KALAU MUDAH KOYAK, JANGANLAH GELAKKAN ORANG BILA MEREKA BERUCAP, KAN DAH...

[panas] GURU BESAR NOBITA FASIQ?? PANAS!MUAR SADIQSEPAKRAGA MENTAL & TER...

PM TIBA DI NEW YORK SEMALAM

 















Alhamdulillah, tiba di New York, Amerika Syarikat ditemani Azizah dan delegasi dari Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Turut bersama saya adalah Menteri Luar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain.

Insya-Allah, saya dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 pada jam 10.00 pagi waktu tempatan (10.00 malam waktu Malaysia).

Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq, Sri Lanka, dan Thailand.

Saya turut dijadual bertemu komuniti perniagaan di Amerika Syarikat serta rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.

Doakan semoga segala urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan.

#MalaysiaMADANI

#UNGA78

 

ELOK ANWAR TUTUP SAJA PERBINCANGAN, PERUNTUKAN DANA KERAJAAN KEPADA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG TIDAK PERLU DIBERIKAN

 

Isu sama ada perlu atau tidak kerajaan memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang terus menjadi perdebatan tanpa jawapan.

Bagi Perdana Menteri, pendirian beliau adalah jelas iaitu jika Ahli Parlimen blok pembangkang inginkan peruntukan bagi menjaga kawasan masing-masing, mereka harus datang dan berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan.

Ertinya, kerajaan tak boleh dan tak akan memberi peruntukan begitu saja kepada Ahli Parlimen pembangkang tanpa apa-apa perbincangan, persefahaman atau perjanjian.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim mengimbas bagaimana ketika PH menjadi pembangkang di era kepimpinan Ismail Sabri Yaaakob dahulu di mana beliau sebagai Ketua Pembangkang telah mengusahakan agar suatu MoU ditandatangani dengan pihak kerajaan.

Berikutan adanya MoU itu, maka sebagaimana Ahli Parlimen kerajaan dapat peruntukan, Ahli Parlimen pembangkang juga memperolehinya.

Masalahnya sekarang ini, walaupun Anwar telah menyebut perkara ini sejak awal beliau menjadi jawatan Perdana Menteri lagi, namun blok pembangkang langsung tidak memberi respon mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang diberi mandat untuk mewakili kerajaan bagi tujuan perbincangan, memaklumkan bahawa sehingga ini belum ada mana-mana kumpulan Ahli Parlimen blok pembangkang datang menemuinya.

Kenapa begitu, adakah mereka tidak mahu peruntukan daripada kerajaan?

Kalau tidak perlukan peruntukan daripada kerajaan, kenapa ada Ahli Parlimen mereka mengeluh dalam Parlimen tentang ketidakmampuan menjaga kawasan dan membantu rakyat, waima untuk membuka pusat khidmat sekali pun?

Atau mereka mahu diberi peruntukan itu tanpa sebarang syarat?

Dalam hal ini, meskipun Anwar ternampak masih mempunyai ihsan serta rahmah ingin memberi juga peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, hanya dengan syarat mereka perlu datang berbincang dengan Fadillah terlebih dahulu, daripada segi politik dan kepentingan parti yang menjadi kerajaan, peruntukan itu sebenarnya tidak harus diberikan sama sekali.

Permintaan PN tidak harus dilayan dan hanya Ahli Parlimen kerajaan saja yang patut layak mendapat peruntukan.

Oleh kerana parti-parti perlu bertanding setiap lima tahun sekali dalam PRU, adalah penting untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa ada beza antara Ahli Parlimen kerajaan dengan Ahli Parlimen pembangkang dalam tempoh lima tahun berkenaan.

Jika diberi peruntukan yang sama dan tiada perbezaan daripada segi kemampuan berkhidmat kepada rakyat, Ahli Parlimen pembangkang akan berpotensi terus menang dalam PRU setiap lima tahun lantaran rakyat langsung tidak merasa ada beza diwakili wakil rakyat kerajaan atau pembangkang.

Ini jelas bukanlah suatu keadilan bagi parti yang menang PRU dan menjadi kerajaan, sebaliknya semacam memberi keistimewaan kepada parti pembangkang.

Lebih buruk dan terkutuk, disebabkan diberi peruntukan seperti suatu kewajipan oleh kerajaan itu, ia tidak menjadikan Ahli Parlimen pembangkang ada rasa bersalah walau hari-hari mereka mengutuk, memaki hamun dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain , dengan memberi peruntukan itu juga menjadikan PRU yang diadakan setiap lima tahun untuk memilih Ahli Parlimen dan parti bagi menjadi kerajaan, sudah tidak bermakna lagi.

Cuma dalam hal ini, rakyat yang membuat pilihan memilih Ahli Parlimen pembangkang tidaklah harus dihukum dan dinafikan hak mereka menikmati pembangunan dan kehidupan yang sama seperti pengundi di kawasan lain.

Apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan harus melantik penyelia, penyelaras atau apa-apa nama jawatan lain di setiap kawasan yang dimenangi parti pembangkang itu.

Melalui mereka itulah disalurkan segala peruntukan untuk rakyat sebagai mewakili parti yang sedang memerintah.

Dengan itu, rakyat akan nampak ada perbezaaan antara kawasan yang diwakili wakil rakyat kerajaan dengan diwakli pembangkang, sekaligus memungkinkan parti yang mewakili kerajaan boleh menang dalam PRU yang seterusnya.

Ini baru demokrasi dan keadilan.

Mungkin ada yang berkata, kenapa kerajaan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu yang ditadbir PN baru-baru ini boleh mengumumkan akan memberi peruntukan yang sama kepada semua wakil rakyatnya, termasuk daripada pembangkang?

Jangan kita cepat terpedaya, tiga kerajaan negeri itu sebetulnya baru saja bersikap pemurah sedemikian kerana kerusi yang dimenangi pembangkang amat sedikit iaitu dua di Kedah, dua juga Kelantan dan kosong di Terengganu.

Adakah penggal sebelum ini di mana pembangkang ada banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah – peruntukan sama rata seperti itu diberikan?

Selain itu, ketika Mahiaddin Md Yasin yang merupakan Pengerusi PN jadi Perdana Menteri sebelum Ismail Sabri, peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen turut tidak pernah menjadi amalan.

Beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri, misalnya Zahid Hamidi, Nazri Aziz dan Ahmad Maslan pernah dipetik media memaklumkan tidak mendapat peruntukan, walaupun UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan ketika era Mahiaddin itu.

Sekarang bila tiba-tiba PN gegak gempita mahu peruntukan sama rata, ehhh…sembang kari apa mereka ini?

Seeloknya Anwar tutup saja perbincangan isu ini, lebih baik cepatkan lantik penyelia atau penyelaras yang disebutkan tadi. ShahbudinHusin 21/09/2023.

https://shahbudindotcom.net/#google_vignette

 

LAPORAN POLIS DI IPD KUANTAN


 

MAKLUMAN KEPADA SEMUA MEDIA.....

Satu laporan polis akan di buat oleh pegawai khas kepada YB Senator Timbalan Menteri KPDN & KOS SARA HIDUP berkenaan video tular yang mengaibkan YB Timb Menteri seperti ketetapan berikut:

Masa : 4pm

Tempat : IPD KUANTAN

Tarikh : 21 SEP 2023

 

RAMAI ANAK2 MUDA TIDAK TAHU SEMANGAT PMX

 



Seorang bernama Anwar, habis pembangkang ‘lari’


NORMAN RADZUAN


RAMAI ANAK2 MUDA TIDAK TAHU SEMANGAT PMX

25 tahun lalu selepas dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri… kakitangan MOF ketika itu sgt bersedih. Ketika meninggalkan Kementerian tersebut Anwar memberitahu, “ Jgn bersedih saya akan kembali… bukan kah saya seorang pejuang.”

Kemudian dlm siri ceramah Anwar selepas keluar penjara dgn nada yg penuh bersemangat di hadapan puluhan ribu penyokong yg saya anggap Quo terhebat beliau…” Sang Naga bisa ku lawan ini kan pula cicak mengkarung.” Sinis ditujukan bahawa Mahathir pun dia lawan inikan pula Najib ketika itu.

Akhirnya Anwar yg ku kenali… kata2nya dibuktikan dgn tindakannnya. Dia tidak lari ke luar negara walaupun tahu akn dipenjarakan. Dia tidak lari dari Parlimen dia hadap semuanya.

Semalam Anwar membuktikan kpd rakyat Malaysia dan kpd saya sendiri akan kata2nya. Walaupun diserang bertubi tubi oleh pembangkang… akhirnya mereka sendiri berkeliaran lari mereka meninggal Dewan.

Anwar bukan seperti Muhyiddin yg sanggup menutup Dewan berbulan lamanya takut berhadapan dgn ahli2 Parlimen pembangkang.

Putrajaya seperti org hilang akal hanya kerana tewas berhujah… akhirnya dirinya terperangkap dgn emosinya apabila melakukan kesalahan qazaf.

Hari ini sambil menghirup Coffee saya berkata pada diri sendiri… tak silap dan tak rugi saya berjuang utk insan bernama Anwar Ibrahim. Dia bukan sahaja hebat berpidato tetapi apa dikata di kotanya hingga bertempiaran lari kerengga2 seperti di spray baygon… he is my hero.

 

ZAMAN KEGELAPAN MASA PN ..WALAUN TAK SEDO DOK PAHANG.

 


Usaha kerajaan untuk mengurangkan kesan harga beras global yang baik akibat India menghentikan eskport terhadap rakyat Malaysia.


Tapi aku tengok ada juga yang beri reaction gelak. Entah apa yang kelakar. Kenaikan harga beras ni isu global, bukan di Malaysia je. Aku rasa yang gelak tu walaun sebab nak perkecilkan usaha kerajaan.


Tapi walaun lupa masa rakyat betul-betul susah dulu sampai angkat bendera putih, pemimpin yang mereka puja sangat tu tak buat apa pun. Yang ada cuma suruh berdoa. Malah ada yang kata tak iktiraf bendera putih tu.


Jangan harap masa tu ada usaha sebegini daripada kerajaan pimpinan Mahiaddin. Masa tu rakyat jaga rakyat, kita jaga kita. Mereka sibuk mengumpul SD dan berbahagi jawatan dan harta di atas sana.


Hari ini, usaha berterusan oleh pihak kerajaan ini mereka gelakkan. Gelap sungguh hati walaun, tak mampu nak beza yang mana kaca, yang mana intan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

TESLA DI CYBERJAYA


 

JANGAN PERASAN BAGUS.

 




First of all, kenapa mesti guna 'ustaz' sebagai kata ganti nama? Tak boleh guna saya? Geli pulak aku rasa. Nak kata sunnah, Nabi saw sendiri pun guna 'ana' (aku) dalam berbicara.


Kedua, tak ada isu dakwah disekat. Yang disekat tu dia je. Itu pun disekat dari buat duit. Bukan disekat berdakwah. Boleh je lagi kalau dia nak berdakwah di tempat lain. Cuma bayaran mungkin kurang la.


Ibarat nak pergi rombongan, tukar pemandu bas sebab pemandu yang ada tu banyak saman dan rekod kemalangannya tak berapa elok. Kerap terlibat dalam kemalangan.


Rombongan masih diteruskan. Tak ada isu. Hanya tukar pemandu je. Jadi tak bolehlah nak kata yang ada usaha sekat rombongan tersebut.


Begitu juga dalam isu ni. Cuma tukar penal sebab ada banyak rungutan terhadap panel yang satu ini. Program masih diteruskan. Tak nampak apa isunya di sini kecuali laparkan perhatian.


Kepada mereka yang gelar diri ustaz dan ustazah, jangan perasan cuma kamu je boleh berdakwah. Bila kamu tak dapat muncul dalam satu program, terus nak dakwa dakwah disekat.


Ada ribuan orang lain yang bertauliah. Bila ceramah kamu dipenuhi fitnah, caci maki, hentam sana sini, tak dapat muncul di media arus perdana, lihatlah kembali diri sendiri. Jangan  lekas tuding jari.


Aku tak tuju khusus kepada mana-mana individu. Sekadar peringatan kepada semua. Jangan ingat orang agama ni tak perlu dinasihat pula. Mereka pun manusia. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

UMNO LAPOR ISU BERKAITAN RADZI JIDIN.


 *Jemputan Media*


LAPORAN SPRM BAGI TUDUHAN RASUAH DI Pejabat SPRM TERHADAP Radzi Jiddin.


Tarikh: 21/9/2023

Masa: 1.45 pm

Tempat: IbuPejabat SPRM

               Presint 7


Sila parkir kereta di parkir terbuka berhadapan Balai Bomba. Jgn parkir di tepi jalan di hadapan SPRM krn akan di saman oleh PDRM.


Semua di jemput hadir


Gulam Muszaffar

SIMPAN SIKIT BERANI CAKAP TU. HATI HATI DENGAN ORANG YANG PERNAH BERPULOH TAHUN DALAM PENJARA.

 


Jangan main kasar dengan orang yang ada kuasa ni. Kalau diri tu bersih takpe la. Tapi kalau memang terpalit skandal, hati-hati.


Segala maklumat ada di hujung jari dia je. Sekali kuit dengan hujung kuku pun dah macam-macam keluar. Belum bukak habis tu.


Ketawalah hari ni puas-puas. Jangan lupa simpan sikit air mata untuk hari esok. Jangan menangis air mata darah nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEDENGARAN LAGI ISU LIWAT.

 


Gino Marvel


Masih lg kedengaran isu liwat di parlimen. Bila sentuh dgn kes songlap ratusan juta & berbilion, automatik bibir pembangkang meratip liwat. Terjerit di parlimen, tiba2 ramai buat solidariti keluar parlimen. 


Sebenarnya pembangkang bukan nak dengar penjelasan isu DNAA sangat pun. Nak cari point isu apa yg buleh buat viral di tiktok dan media lain. Nak bincang ekonomi & keperluan rakyat, jauh sekali.


Utk makluman, Mahkamah Tinggi KL dh bebaskan Anwar isu Liwat 2 pd Jun 2012. Semua org tahu kes ini konspirasi politik. Kemudian pihak yg tak mandi wajib 5 hari nak jaga dubur tu appeal di Mahkamah Rayuan. 2014, mahkamah jatuh hukum 5 tahun penjara.


Kemudian YDPA bebaskan Anwar pd 16 Mei 2018 dan segala rekod jenayah konspirasi politik berkaitan Liwat 2 di hapuskan!


Dari rentetan inilah wujudkan nak pisahkan kuasa AG & kuasa hakim. 33 bulan tebuk atap memerintah, satu apa pun tak buat. Lani dok bising kes DNAA Zahid Hamidi. 


Kes DNAA soqang bekas menteri cabul budak perempuan & DNAA Muhyiddin Yasin guna kedudukan utk rasuah RM232.5 juta senyap sunyi je di tutup rapat puak pas & PN. MP Muar pula cuba jadi hero pun sebab kes berkaitan salahguna kuasa & pengubahan wang haram berkait dirinya di mahkamah.


Penelitian kami, secara teknikalnya kami lihat pentadbiran Anwar dh mula sikit momentum termasuk berkeras. Ini mmg kami sangat tunggu-tunggukan selama ini. 


Kes RM80 juta yg terkait kpd bekas MP mmg dalam siasatan SPRM. Itu yg puak kerengga berderet keluar dewan semalam. 


Dari segi hal lain pula, ya...mmg akan ada penyusunan portfolio kembali. Samada penyusunan ini sebelum lantikan YDPA baru atau pun selepas, hanya Anwar saja buleh jawab. Bagi kami, mmg itulah yg di perlukan sebaiknya berlaku.


Isu bahan asas rakyat seperti beras, gula, tepung, bawang, telur, ayam...KPDN perlu turun dan risik. Bukan pantau saja tak habis2. 


India sekat beras yg di import oleh Malaysia, harga jadi lebih mahal...masalahnya, para pengeluar pula sekat beras tempatan dan campur ke pek baru beras import. 


Bang Mad Sabu, rakyat tak mahu tahu kalau kurang beras...beralih ke makanan lain. Walaupun ada kelemahan petani sendiri yg kena tipu gred padi di kilang kerana di biarkan org tengah yg uruskan, sesekali minta tolong jgn di tuding jari kepada rakyat. 


Kita dah ada kuasa, maka kita gunakan sebaiknya. Betul ada deep state yg mmg sengaja tunggu makan rasuah atau duit tepi. Kementerian Pertanian & KPDN perlu bertindak dgn cara baru, bukan tunggu di meja tunggu report puak deep state bagi hari-hari. 


Kalau bagi kami, utk nak ajar org tengah,pekilang, pembekal dalam memaksimumkan keperluan beras tempatan itu sendiri, petani perlu beli mesin proses yg compact & fleksibel yg buleh di bawa kemana mana. Biar petani sendiri yg hasilkan 100% pengeluaran & jualan. 


Untuk pek/platik/guni pembungkusan pula buleh dapat dr pekilang sedia ada. Kerajaan hanya perlu tetapkan harga kawalan dan berat timbang. Banyak pasaraya besar atau kedai kecil buleh dapatkan terus dr petani. Betul, ia suatu cebisan idea tapi dgn idea sebeginilah industri pertanian Thailand berkembang lebih baik.


Apapun, kami nak lihat gelagat seterusnya di dewan parlimen. Dan kpd sdra Anwar, tahniah...satu permulaan yg baik. Utk negara, biar berkeras dan sikit kejam. Sungguh pun kejam itu, bukanlah tahap seperti zaman 90an hingga zaman Kleptokrasi. 


Kita sebut tatakelola yg baik, maka kita jadikan tatakelola itu sebaik mungkin.


Lepas ini nak lihat pula sektor kementerian pelajaran, ramai cikgu2 dan jabatan kerajaan penyokong parti lebai extremist. Apakah masih nak berdiam diri ?



JANGAN MELONCAT SANGAT.TUDUHAN BELUM JELAS..

 




Mohd Affendi Abas.


MP Kerengga Putrajaya termakan cili kot semalam? Sebab tulah dia koyak! Sedangkan PMX x sebut pun perkara apa!!! 


“You boleh gelak, you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu”.


“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” dakwa Anwar.


Bakal Kluster Mahkamah jugak rupanya??



ZAITON SAMEON UCAP TERIMA KASIH PADA DSAI


 

BERAS.FAMA.DI PENANG


 

JANGAN GELAK KE ORANG. KENA SIKIT KO MEROYAN


 

Patutlah koyak rabak bila kena jentik telinga sikit jer tu dari PMX

 


Faizul Najib 

Patutlah koyak rabak bila kena jentik telinga sikit jer tu dari PMX 🤣 🤣 🤣


 _*MP Putrajaya Yang Mudah Lupa*_


_*September 20, 2023*_


_*MP Putrajaya Yang Mudah Lupa*_


Ahli parlimen Putrajaya, Radzi Jidin mengamuk dan koyak selepas mendapat sindiran keras dari perdana menteri, Anwar Ibrahim.


Anwar ketika itu sedang memberikan penerangan mengenai isu keputusan mahkamah memberikan DNAA (lepas tanpa bebas) kepada DS Zahid Hamidi.


“Apa yang dibincangkan di antara saya dengan peguam negara sebelum ini, Idrus Harun, dibangkitkan oleh ahli parlimen Larut”.


“Apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding mahkamah membabitkan DS Zahid, saya bertanya kepada Idrus”.


“Saya bukan berbincang mengenai keputusannya (menghentikan prosiding)”.


“Saya tanya alasan, minta penjelasan dan can you defend it (adakah kamu boleh mempertahankan keputusan tersebut)?”.


Ketika itu Radzi ketawa apabila mendengar kata-kata Anwar.


“You belah gelak, you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu”.


“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” dakwa Anwar.


Mendengar apa yang dikatakan oleh Anwar, Radzi koyak dan serta merta bangun dan mahu supaya Anwar menarik balik dakwaan tersebut.


Menurut Radzi, dakwaan Anwar itu tidak mempunyai bukti dan mencalarkan maruah beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya.


_*Radzi Jidin Yang Mudah Lupa*_


Kalau Radzi Jidin lupa, mari kita semua ingatkan semula apa yang berlaku di Kementerian Pendidikan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan:


* Skandal terbesar dalam sejarah melibatkan tatakelola yang nyata bagi semua sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada tahun 2022 semasa era Menteri Pendidikan Radzi Jidin


* Radzi Jidin nampak suci tapi dibelakang nya didalangi oleh Setiausaha Politik dan adiknya

Rakus membolot projek-projek pembinaan dewan terbuka dan penyelenggaraan sekolah


* Dana politik Radzi Jidin datang dari pemberian kontrak kepada seorang kontraktor utama dikenali sebagai Dato Chia yang membolot kesemua projek selenggara sekolah


* Modus operandi, Dato Chia akan ke semua sekolah berstatus PTJ dan menawarkan peruntukan ke sekolah secara terus dari KPM tanpa melalui JPN atau PPD


* Malah Pengetua ‘diarahkan’ oleh Dato Chia untuk tidak memberitahu JPN atau PPD


* Dato Chia arahkan sekolah untuk tampal sebut harga perolehan di papan tanda sekolah sahaja


Kemudian proses pelantikan Tanya atas kertas


* Sekolah melantik syarikat Dato Chia dan kesemua BQ dibuat oleh pihak kontraktor


* Sehingga ke hari ini terdapat banyak pelanggaran tatakelola yang nyata yang masih lagi belum disiasat.


Antaranya:


* Kaedah pelantikan tidak mengikut tatakelola


* Syarikat berstatus G3 dapat award buat kerja status G2


* Syarikat di luar dari wilayah (contoh Syarikat berdaftar di Kedah laksana projek selanggara di Kelantan)


* Sekolah diarahkan oleh syarikat untuk bayar 50% pendahuluan sebelum kerja bermula


* Tidak pernah berlaku dalam sejarah, projek penyelenggaraan, sekolah mesti bayar dahulu


* Sekolah juga dikenakan bayaran konsultan, belum pernah berlaku projek penyelenggaraan ada bayaran konsultan


* Tidak sampai 100% kerja, bayaran penuh sudah dibuat.


* Kerja dalam 50%, Dato Chia dah claim 100%


* Ugut akan tukar pengetua ke sekolah lain jika tidak akur


* Unit Audit Dalam KPM ada masuk buat audit tapi masih berdiam diri


_*Semuga maruah Radzi Jidin yang tercalar itu akan dipulihkan apabila SPRM mula buka fail Kementerian Pendidikan…😉😉😉*_



PROGRAM KHAS BERAS PUTIH TEMPATAN (BPT)


18 Sept 2023 - Update terkini edaran BPT sekitar negeri Kelantan.


✅ BPT telah diedarkan ke peringkat peruncit di negeri Kelantan.


[ADMIN]


#TeamKPKM

#cukupdanterjamin

#MalaysiaMADANI



Anwar prihatin bantu Zaiton Sameon 🤲






Setiausaha Politik DS Anwar, Ahmad Farhan Fauzi berkunjung ke rumah penyanyi veteran

Zaiton Sameon, 67 yg kini terpaksa menumpang di rumah anak angkatnya di Ampang, Kuala Lumpur


Kisah Zaiton baru baru ini tular di media sosial yg mengatakan beliau kini hidup sendirian dan sedang mengalami tekanan emosi dek kerana tiada sumber pendapatan dan disahkan OKU kategori fizikal : Traumatic Brain Injuries 


Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun, meninggal dunia.


Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara. 


Saudara Farhan ketemu Puan Zaiton untuk sampaikan salam dari pihak pmx yg telah berlepas ke New York bagi menghadiri sidang PBB turut memberi sumbangan kecil kepada beliau. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau, Insya-Allah. 




Kredit Anwar Ibrahim


#MalaysiaMADANI


TAK PAYAH LAYAN LA. BAGI PUN BUKAN SOKONG PUN. KENA MAKI LAGI ADA.

 



Lor... Betul ke ni? Takkan dah tak ada duit. Walau kemain lagi cerita Sanusi bawa kemajuan ke negeri Kedah. Kalau maju takkan la takde duit?


Bagusnya PMX tak usah layan. Dia ni jenis ular ni. Kalau lepaskan dia nanti dia akan patuk balik. Lebih selamat kalau biarkan dia terus tersepit.


Kalau nak bantu, potong sikit hutang dia. Macam Mahathir buat kat Kelantan zaman Almarhum TG Nik Aziz dulu. Dia mesti setuju sebab Mahathir dah jadi pujaan hati dia sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SELAMAT BERANGKAT.


B. Sarjit Sindhu


 Gembiralah, jangan risau, Datuk Sri Anuar Ibrahim,

Kami semua menyokongmu, usahamu tidak akan pudar.

Malam ini, Azizah dan rombongan berlayar,

Menuju New York, perhimpunan UNGA, mereka tidak akan gagal.


Menangani krisis iklim, tujuan Malaysia,

Agenda 2030, jalan yang kami deklarasikan.

Di bawah panduan Malaysia MADANI,

Isu global ditangani dengan kekuatan dan kebanggaan.



Insiden 'terjerit-jerit' Serlah Kualiti Rendah Ahli Parlimen Pembangkang


 Oleh: Noraini Nordin



ULASAN: Insiden di Parlimen pada petang Selasa lalu yang memperlihatkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin terjerit-jerit seperti diserang 'histeria' ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan Kajian Separuh Penggal RMK12 adalah sesuatu yang amat memalukan serta tidak seharusnya berlaku.

Ia memperlihatkan kualiti beliau yang rendah dan gagal mengawal emosi, sedangkan di Dewan Rakyat adalah medan untuk membentangkan idea, fakta dan hujah lawan dengan hujah.

Kejadian bermula sewaktu Anwar memberi penerangan mengenai isu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 pertuduhan mahkamah berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Datuk Seri Anwar mempertahankan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan prosiding di mahkamah, sambil mengatakan ia adalah keputusan jabatan berkenaan dan menafikan beliau campurtangan mengenainya.



Sikap pembangkang punca suasana kecoh



Ketika itu Radzi tergelak dengan jawapan Anwar.

Anwar kemudian membalas, "You boleh gelak... you boleh gelak Putrajaya, kerana you (pentadbiran PN) buat perkara itu.

"Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu," tambah Anwar lagi.

Kata-kata Anwar itu membuatkan Radzi segera membantah dan seperti naik angin, terus menjerit…."tarik balik, tarik balik."

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_96d3fd0ac3404270b4042b9b60524567~mv2.png/v1/fill/w_740,h_428,al_c,lg_1,q_85,enc_auto/4449e2_96d3fd0ac3404270b4042b9b60524567~mv2.png

Ahli Parlimen Putrajaya menjerit jerit dalam dewan dan dihalau keluar oleh Speaker TS Johari Abdul



Suasana kecoh berlarutan hampir 20 minit dengan Radzi terus mengulang-ulang perkataan "tarik balik, tarik balik", malah menyerang Perdana Menteri dengan kata-kata tidak sopan.



Apabila keadaan semakin tidak dapat dikawal dan beberapa Ahli Parlimen PN turut masuk campur, Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul kemudian mengarahkan Radzi keluar dari dewan.



Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menunjukkan solidariti terhadap arahan kepada Radzi itu dengan meminta semua Ahli Parlimen PN meninggalkan Dewan Rakyat secara beramai-ramai.



Selepas Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan, Anwar menyambung penjelasannya dengan merujuk kepada keadaan pentadbiran di bawah PN.

"Apa yang saya katakan itu benar, Putrajaya (Radzi) tahu (apa yang berlaku), dia adalah sebahagian daripada pentadbiran lama dan AG ‘lama’ (Idrus).

"Sebab itu dia (Radzi) tidak tahan mendengar penjelasan saya.

"Ini kerana mereka sudah biasa dengan sistem itu dan mereka fikir saya juga melakukan perkara yang sama," kata Anwar lagi.

Ketidakmatangan berhujah


Melihat apa yang berlaku dalam insiden itu, adalah jelas Ahli Parlimen PN, khususnya Radzi tidak menunjukkan kematangan ketika berhujah.

Beliau sepatutnya melawan hujah Anwar dengan hujah juga, bukan dengan menjerit-jerit dan mengungkapkan kata-kata tidak sopan terhadap Perdana Menteri.

Sudahlah Radzi tidak menunjukkan kematangan, Ahli-Ahli Parlimen PN lain yang turut menjerit juga memperlihatkan mereka mempunyai sikap yang sama.

Lebih buruk lagi, apabila Radzi diarahkan keluar oleh Speaker berikutan perlakuan tidak wajarnya itu, semua Ahli Parlimen PN secara sepakat juga meninggalkan Dewan Rakyat.

Ertinya, semua mereka tidak matang dan berkualiti rendah.

Kenapa mereka mesti keluar meninggalkan Dewan Rakyat mengikuti hukuman yang dikenakan kepada Radzi?

Di mana perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat di Parlimen dengan bertindak emosi meninggalkan dewan?

Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum itu mengumumkan tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan, telah membuat dakwaan bahawa peruntukan pembangunan untuk kawasannya telah ditarik balik sejurus beliau membuat keputusan tersebut.

"Saya mendapat pengesahan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bahawa sebaik sahaja saya sertai blok pembangkang, peruntukan telah ditarik balik, dikosongkan.

"Ini sama juga bagi semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin, tidak mendapat peruntukan sehingga hari ini," dakwa Syed Saddiq.

Bagaimanapun, ketika menjawab isu berkenaan kemudiannya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan Ahli-Ahli Parlimen agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bersandarkan ‘hear say’ atau dengar cakap di dalam Parlimen yang mulia.

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak pernah sesekali menghentikan rancangan pembinaan dan pembangunan infrastruktur pendidikan di semua negeri di Malaysia.



Ahli Parlimen ‘merengek-rengek’



Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, beliau tidak mahu ada Ahli Parlimen yang ‘merengek-rengek’ memberitahu bahawa mereka mendengar itu dan mendengar ini – sedangkan hakikatnya ia tidak benar sama sekali.

"Saya ingin tegaskan Kementerian Pendidikan tidak akan sekali-kali menghentikan tumpuan serta rancangan pembinaan dan pembangunan infrastruktur pendidikan di semua negeri di Malaysia.

"Yang ada ialah kelewatan tertentu tetapi kita tidak pernah hentikan sebarang pembangunan.

"Jadi kalau nak jadi ahli yang berhormat, bertanggungjawab, masuk Dewan, kena pastikan fakta betul.


"Jangan masuk Dewan 'merengek-rengek' bagitahu 'hear say', saya dengar itu saya dengar ini, tapi tak betul.

"Kementerian Pendidikan akan memastikan semua projek yang kita laksanakan ada jaminan untuk disiapkan," tegas Fadhlina.

Ini baru dua contoh Ahli Parlimen pembangkang berkualiti rendah yang ada di negara kita.

Sampai bila mereka mahu berubah?

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

 

NAGA APA....BARU KENA PANGGE TAKKAN KECUT




 Naga kata dia kecewa dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan himpunan pada 16 September. Katanya lagi, sesiapa pun berhak untuk bersuara asalkan tak melanggar  undang-undang.


Masalahnya, himpunan tu langgar undang-undang. Sebab tu la dia dipanggil. Itu pun tak faham? Tapi anak nak diharap kepada Naga ni.


Sedangkan beza antara kes mamat yang mengaku bersalah kes menghina YDP Agong dengan Iswardy Morni yang minta dibicarakan pun tak faham, apa lagi dengan isu begini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.