BEBAN SEBAGAI JANTUNG EKONOMI NEGARA




Nak tau kekuatan ekonomi sesebuah negara, kita kene cari di mana jantung ekonomi negara tersebut.

Jantung ekonomi Malaysia ialah Selangor.

Bukan KL.

Bukan Penang.

Jauh sekali Kedah atau Terengganu atau Kelantan atau Perlis.

Sumbangan KDNK Selangor telah meningkat dari 21.9% (2008) kepada 25.5% (2022).

Ertinya pada tahun 2008, daripada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM21.90 datang dari bumi Selangor.

Pada tahun 2022, setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM25.50 datang dari bumi Selangor.

Ini suatu kebanggaan, tetapi juga suatu beban kepada pentadbiran dan penduduk Selangor.

Sebagai perbandingan, pada tahun yang sama (2022)....

Kedah: 3.4%

Terengganu: 2.5%

Kelantan: 1.8%

Perlis: 0.5%

Sementara bumi Selangor menyumbang RM25.50 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, keempat-empat negeri contoh di atas cuma menyumbang RM8.20 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia.

Sebab itu sesetengah ahli politik dari tempat luar tidak akan faham atau pura-pura tidak faham beban yang ditanggung oleh Selangor. Mereka tidak pernah menggalas beban seberat ini.

Contoh, daripada RM100 yang dijana, hilangnya RM3.40, kesannya tak berapa dirasakan.

Hilangnya RM2.50 atau RM1.80 atau RM0.50... lagilah tidak terasa apa-apa.

Jadi anak-anak dan rakyat Selangor kene jaga Selangor baik-baik.

Saya bukan anak Selangor tetapi saya berterima kasih kepada orang Selangor yang menggalas beban ini.

Saya sedar betapa pentingnya negara ini bergantung pada Selangor.

Kerana hancurnya ekonomi Selangor, hancurlah ekonomi negara.

Hancurnya ekonomi negara, hancurlah ekonomi setiap negeri kat dalam Malaysia ini.

 

Adakah mudah hendak hack sesuatu website?



MMS

Hacking ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, tapi nak nak ulas dari segi praktikalnya, adakah senang untuk seseorang itu hack server atau website?

Nak hack website pun kena ada cara tengok apa motif hacker tersebut. Kalau contoh serangan siber dari negara luar biasa mereka akan pakai DDOS (Distributed Denial of Service) yang mana mereka banjirkan request sampai server tadi tak mampu ambil request dan terus down. Ada juga guna cara SQL injection atau guna code injection yang mana boleh connect direct dengan SQL database.

Brute force pun terkenal juga, benda ini biasa di buat kalau hacker ada direct access ke internal network dan cuba brute force username and password. Benda-benda ini semua biasanya ada protection dari segi app atau infra sendiri, contoh Amazon WAF boleh mitigate DDOS attack, cloudwatch and inspector boleh monitor log dan buat security assesement.

Walaupun hacker dapat access ke database atau server, 99% of the time mereka tak boleh buat apa-apa, sebab itu biasanya mereka akan ugut leak private data jika tak di bayar dengan bitcoin (matawang yang tak boleh di kesan pihak berkuasa).

https://www.tomshardware.com/news/gigabyte-ransomware-hack

Atau yang famous kes Youtube LTT kena hack guna man in the middle session hijack, yang mana hacker dapat takeover satu browser lepas hantar satu email palsu pasal sponsership. Yang ini di panggil phising atau pun memancing; kira memang targeted hack dari awal lagi dan bukan mudah.

Cuma yang saya nak cerita, no hacking is free, semuanya guna duit, tenaga dan masa.

Lagi senang bayar mat pet pergi rumah seseorang, masuk dalam rumah dia ambil kunci kereta dan bawa lari kereta dari nak hack server. Kalau server itu mudah di hack, tak ada la orang bayar gaji security engineer beribu-ribu, firewall engineer, server engineer, devops engineer semua mahal.

Kalau pun hacker pancing (phishing) dapat username/email address dan password, belum tentu boleh hack server lagi. Server yang internet facing biasanya web server dan tak store data, yang store data dekat backend. Nak access ke server biasa kena vpn, dan kena ada root access. AWS sendiri dalam guide dia tak suggest untuk benarkan root login dari internet. Itu belum masuk bab 2 factor autententication dekat account lagi kalau nak ssh ke server.

Berbalik pada tujuan hacker, jarang hacker bila dapat masuk access akan delete user atau data, sebab kalau modus operandi hacker hendak dapatkan tebusan duit, data adalah leverage dia, mana ada hacker yang akan delete leverage dia sebelum dapat duit. Unless motif hacker tersebut bukan duit tapi suka-suka, agak sukar hendak di percayai.

Jadi adalah mustahil untuk seseorang di hack? Tidak, cumanya macam hendak kena jackpot dalam jackpot dalam jackpot. Malas nak tulis panjang-panjang, nanti geng CEH kata post saya ini merepek pula. Tapi kalau tak tulis, ramai pula yang akan di mislead.

 

PENDIRIAN PMX




 

Rafizi Ramli, Amirudin Shari & Pimpinan Perpaduan: Ceramah Jelajah Madan...

((LIVE)) KDN Jawab Dakwaan Wujud Amalan Rasuah Di KLIA



Ikuti sidang media khas oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi menjawab dakwaan amalan rasuah di pintu masuk negara.

TALIAN TERGANGGU SEJAK BEBERAPA HARI. BLOG ADAKALA TIDAK FAPAT DI UPDATE SEPERTI BIASA.

 


GANGGUAN TALIAN.

HARAP MAAF.

TANGKAP JA...SAMSWNG JALANRAYA


 

WALAUN PERCAYA

 





Yang kelakarnya walaun percaya 1000% pada lebaiun yang naik alpat walaupun walaun hanya naik kancil yg penuh tampal sticker.

AWAT CAM NI...NYANYUK KA LUPA...

 



Tapi sekarang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri hari2 meluahkan ketakutan kepada DAP.


Siapa bacul sebenarnya?



ANWAR TAK CAKAP KALAU TAK ADA BUKTI


 

KERANA MULUT AZMIN BINASA


 

AZMIN TAK CERMIN DIRI


 

HANG BUAT PA....YELLEK


 

RENTASAN 1399 | PANAS!! TERNYATA KINI TUN M SUDAH LUPA TERHADAP VISI, MI...




MENARIK DALAM RENTASAN 1399
1. KALAU TAK BUAT ONAR, KENAPA GELABAH SANGAT? 2. SAKIT SAMA MENGADUH, LUKA SAMA MENYIUK 3. PN TIDAK BOLEH DIHARAP 4. MALAYSIA MADANI BERTEPATAN DENGAN NAMANYA




MELAYU DAN ISLAM: UCAPAN TERBAIK PM ANWAR

Rafizi Ramli - Ceramah Jelajah MADANI DUN Sikamat, Negeri Sembilan

TAK MAMPU LAWAN, TANAM KEBENCIAN

 

Mahathir kata DAP ada 40 kerusi jadi DAP ada pengaruh besar dalam kerajaan. Kalau DAP tarik diri, maka kerajaan akan jatuh. Jadi DS Anwar kena ikut cakap DAP kalau tak, akan hilang jawatan PM.

Ok sebelum tu, ada kemungkinan tak DAP tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ini? Kemudian, kalau DAP tarik diri, siapa yang untung siapa pula rugi? DAP akan dapat apa kalau tarik diri sekarang?

Katalah DAP mahu hapuskan hak istimewa orang Melayu. Lalu DAP ugut DS Anwar, kalau tak buat, DAP tarik diri. Katalah DS Anwar enggan ikut, lalu DAP tarik diri. Maka kerajaan ini pun runtuh.

Kemudian apa berlaku? Adakah DAP akan bincang dengan PN dan bentuk kerajaan? Tak mungkin. PAS kata mereka bencikan DAP. Begitu juga DAP pun tak mahu bersama PAS. Jadi kerjasama takkan terjalin.

Katakanlah waktu itu, BN dan GPS alih sokongan ke PN. DS Anwar hilang jawatan. Itu betul. Tapi DAP juga akan kekal pembangkang. Lebih untung atau lebih rugi kalau DAP tarik diri daripada kerajaan?

Jadi sebenarnya, tidak ada kemungkinan untuk DAP keluar daripada kerajaan ini. Kedudukan DAP tidak seperti kedudukan BN dan GPS. Kalau DAP tarik diri mereka akan jadi pembangkang yang kecil.

Malah DS Anwar mungkin boleh kekal sebagai PM tanpa DAP kalau dapat pujuk PAS. Kalau tengokkan sejarah, bukan susah pun nak pujuk PAS. Tawarkan jawatan, sekejapan je Bersatu kena tinggal.

Jadi apa yang Mahathir kata DAP besar pengaruh dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah mengarut. Yang sebenarnya, DAP tak punya banyak pilihan. DAP tak punya daya untuk ugut DS Anwar.

Kalau DAP tinggalkan Perpaduan sebab tak mahu bersekongkol dengan kebejatan, itu mungkin. Tapi kalau keluar sebab mahukan keuntungan, itu susah. Sebab kalau keluar jadi pembangkang terus, lebih merugikan. Apa pun tak dapat. Faham tak?

Jadi tak usah termakan dengan mainan sentimen yang Mahathir cuba buat. Dia dalam keadaan yang sangat terdesak. Dia akan cuba perdayakan orang Melayu dalam segala bentuk dan cara.

Hakikatnya, semakin bersatu rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, semakin sukar kaki sakau seperti Mahathir & Mahiaddin untuk curi kekayaan negara. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita tolak jauh-jauh pandangan jahat yang sebegini. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SATU KERUSI TAK ADA, JADI ABANG BESAR

 






Ye ye je Peja. Dia tak cerita orang geli dengan parti Gerakan. Satu kerusi pun tak ada tapi jadi abang besar dalam PN. Selamba tegur pemimpin PAS. Tak berani melawan langsung pemimpin PAS.

Orang pun geli juga dengan makhluk yang mengaku ulama tapi perangai lebih dari jahil. Rasuah pun jadi sedekah, sogok pengundi, dan tengok jururawat pun dengan pandangan nafsu.

Dan hampir kesemua rakyat Malaysia geli-geleman dengan pemimpin Bersatu yang acah acah bersih tapi yang bersih duit rakyat disapu. Minyak masak bersubsidi pun kena sorok. Apa kes? Tak perasan kami geli-geleman dengan PN? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

OWHHHH- TERBAIK

 

Ada la jugak Penang tu negeri DAP, nak harapkan negeri walaun memang tak la. 




TAK PANDAI MENGIRA KE ?

 

Geng walaun, walabah duk bising bil elektrik naik, diorang tak ingat zaman PN dah nak tarik subsidi.

Zaman PH ni nak tarik subsidi orang kaya je.




 

MODERATOR GAGAL…WACANA KECOH

 



NORMAN RADZUAN


Wacana Sinar Harian paling panas 2023

MODERATOR GAGAL…WACANA KECOH

Sedikit ulasan mengenai Wacana semalam ‘Adakah Bom Jangka Kedua?’… ia adalah Wacana paling panas 2023. Segalanya bermula kelemahan moderator, Herleena anyg saya anggap paling gagal sepanjang mengikuti Wacana Sinar Harian.

Bermula dgn soalan pertama moderator membiarkan siapa yg mahu menjawab soalan tersebut.Sepatutnya dia sudah bersedia untuk bertanya kepada siapa soalan yang diajukan… sedikit melucukan.

Lokman Adam dilihat agak emosi dan adakalanya menganggu panelis yabg lain ketika berucap. Namun berbanding dengan Chegu Bad yg saya lihat berhujah tanpa fakta yang tepat… saya tetap mengkagumi Lokman Adam dalam emosi masih boleh membalas hujah dengan fakta.

Paling melucukan apabila Lokman Adam menyamakan kedua panelis iaitu Tun Faizal dan Che Gu Bard level pemikiran Papagomo apabila tidak faham Akta Lompat Parti. Ia berlaku apabila Chegu Bad memberitahu PN dahulu yang menghantarkan lengkap SD kepada Istana.

Suasana menjadi kecoh apabila penonton juga bertindak provokatif. Tidak pasti samada tukang sorak di dlm dewan tersebut team Chegu Bard atau Tun Faisal anyg saya lihat agak agresif dan provokatif kepada epanelis. Yang melucukan saya apabila Tun Faisal bertanya pandangan kpd penyokong sendiri utk menyokong dakwaannya… ia ibarat syok sendiri.

Arafat saya anggap tidak sesuai utk bergandingan dgn Lokman Adam. Arafat telah membuatkan suasana tidak balance dlm berlawan hujah dgn Chegu Bad dan Tun Faisal.

Disebabkan itulah saya melihat Lokman Adam terpaksa mencelah bebarapa kali bagi mengimbangi tekanan serta provok panelis pihak PN. Sepatutnya PKR menapis jemputan dari pimpinan mereka mengikut kesesuaian. Datuk Amiruddin, Datuk Romli, Iswardi Morny, Dr Mazlee, adalah nama2 yg lebih sesuai utk Wacana seperti ini.

Kegagalan mengawal emosi panelis serta membiarkan penonton berteriak telah memperlihatkan moderator gagal pada malam itu.

Walaupun ramai yang komen moderator dilihat bias atau berat sebelah kepada PN… saya ‘No comment’. Bagi saya dia gagal secara keseluruhan program…bagaimanapun saya dpt sedikit memaafkannya kerana paras rupanya.



BILA TERLALU TERHUTANG BUDI

 

ASYRAF JEFFRY


Masa lawan Like&Share, ramai unsubscribe saya. Bila lawan penyalahgunaan dana awam,ramai yang unfollow.

.

Alasan mereka sama,"sekurang-kurangnya, dia bantu orang. Kau apa buat?"

.

Sayangnya yang dia tidak sedar saya sedang bantu orang ramai dari terjerat. Pilih lah siapa yang anda follow di Media Sosial, Insya Allah anda tidak akan tertipu.

 



Aliff Ahmad

  · 

“AT LEAST DIA DAH TOLONG KITA..”

Mungkin di akhir zaman nanti, akan ada suara-suara yang menyokong dajjal.

Kata mereka,

“At least dia dah suburkan tanah kita yang gersang. Kau buat apa?”

“Dia dah tolong turunkan hujan ketika kemarau. Kau buat apa?”

“Dia dah hidupkan kembali baby Noah yang mati, kau buat apa?”

Jika manusia gagal mengenali mana drama, mana tunggang, mana sembang. Walaupun telah kantoi menipu dan menggoreng.

Confirm jumpa dajjal jadi pengikut tegar dajjal. Sebab rasa terhutang budi dan terpadaya dengan kebaikan dajjal. Walhal di dahi dajjal jelas tertulis kaf alif fa ro dan hadis-hadis sahih telah memberi gambaran ciri-ciri dan watak-watak dajjal.

Mungkin waktu itu kita akan panggil mereka walajal.

Kan?

 

MASIH ADA BUKTI PIMPINAN PAS SALAHGUNA TENTANG AKSB


 

ORANG AKAN TAK BERJAYA...NAMUN..


 

SIAPA YANG TENTANG ISLAM




 

TAK KAN LA NAK PEMBOHONG KAN


 

IDEOLOGI KHAWARIJ


 

MELAYU NI MUDAH JA- MAHATHIR DIA GUNA BANGSA DAN KALI NI DIA BAGI HADI MAIN ISU AGAMA.




Tak mampu serang dasar Kerajaan Perpaduan, tak mampu cari kelemahan pentadbiran DS Anwar, jadi yang ada hanya satu pilihan, tanamkan rasa benci orang Melayu kepada DAP. Caranya? Dengan main sentimen agama dan kaum.

Hakikatnya, negara ini memang negara sekular dari semenjak merdeka lagi. Kita guna perlembagaan buatan orang putih, bukan undang-undang Islam. Sebab itu jugalah kita ada dua set undang-undang, sivil dan syariah.

Isu perlembagaan orang putih inilah yang jadi asas amanat Hadi tahun 1981 dahulu. Malah MP Jasin sendiri akui yang perlembagaan ini adalah sekular. Tapi masa angkat sumpah sebagai MP, dia pun bersumpah juga akan pertahan perlembagaan ini.

Namun begitu, Islam adalah agama rasmi kerajaan persekutuan. Itu tertulis dalam perlembagaan dan tak boleh ditukar sewenangnya. Perlukan majoriti ⅔ parlimen dan diluluskan juga oleh Majlis Raja-Raja. Kelulusan Dewan saja tak memadai.

Jadi cerita apa yang Mahathir reka ini?

Buat apa DAP nak jadikan Malaysia sekular sedang Malaysia memang sudah sekular. Dan Malaysia memang negara berbilang kaum. Pemimpin kita dulu setuju terima orang Cina dan India sebagai rakyat negara ini sewaktu menuntut kemerdekaan.

Sekular atau tidak, apa yang penting adalah Islam bebas diamalkan di negara ini. Lihat di Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka jelas negara sekular tapi Islam berkembang pesat di sana. Kerana dakwah berjalan dengan baik.

Dan DS Anwar sendiri, semenjak jadi PM, banyak program agama yang diaturkan. Hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah. Ada dengar DAP larang? Tak ada. Tak seperti respon Gerakan waktu PAS nak pinda RUU355 dulu.

Masa Mahathir berkuasa, tjada pun dia buat begitu. Malah ada beberapa kenyataan Mahathir yang hina Islam seperti kalau buat hudud orang Melayu ramai jadi kudung, nak makan sup tangan pergi Kelantan, zaman Nabi saw tak ada pisau gilette sebab itu Nabi saw bela janggut dan sebagainya.

Tapi ketika DS Anwar jadi PM, Islam betul diangkat sebagaimana sepatutnya. DAP sendiri pun sebegai pemerintah di Pualau Pinang, berikan begitu besar peruntukan untuk pembangunan Islam. Tak beraku sewaktu Mahathir jadi PM.

Dalam DAP ada orang Islam. Ada antara mereka yang berkelulusan agama. Malah ada ahli DAP yang kehidupan hariannya lebih kemelayuan dan muslim dari Mahathir sendiri. Masuk rumah masih tanggal selipar dan makan masih guna tangan.

Sebenarnya Mahathir dah cukup terdesak. Mungkin ada rahsianya yang sikit lagi akan terbongkar dan hanya boleh diselamatkan jika kerajaan ini jatuh. Maka sebab itu di sanggup gadai maruah diri untuk bercakap seperti ini hanya untuk tubuhkan kerajaan ini.

Sudahlah Mahathir. Cukuplah tu. Negara ini mesti terus bergerak ke hadapan. Kita tak akan maju jika hasutan kaum terus berleluasa. Awak tu dah cukup kaya dah. Tapi rakyat masih ramai yang susah. Jadi usahlah ganggu progress negara ini hanya untuk kepentingan peribadi.

Berehatlah. Biarlah negara ini maju tanpa gangguan dan hasutan kebencian kaum dan agama seperti ini lagi. Biarlah negara ini penuhi potensinya yang ada tanpa gangguan. Berehatlah Mahathir. Usah bangkit lagi. Guane boh?

Raja Gelap

 

KES LAIN KO DIAM JA SADDIQ....KO JANGAN BUAT PERTUDUHAN DAKWAAN TERPILIH

 




Syed Saddiq ni, kes Jana Wibawa dia senyap terus. Jadi bisu. Langsung tak ada bunyi. Tapi kes LCS ni, walaupun dah dijelaskan oleh Speaker ianya akan dibahaskan selepas selesai siasatan, Saddiq tekan habis-habisan.

Sekarang pun dah boleh nampak dia berkhidmat untuk siapa. Bukan dia kisah pasal kes LCS tu pun sebenarnya. Tapi itu je satu-satunya lompong yang dia mampu korek untuk serang Kerajaan Perpaduan ini.

Sambil menyelam, minum air. Sambil nak burukkan PH, dia nak hentam pesaing dia. Sebab tu diserang Adam Adli. Tapi tak tanya pun Hannah dan lain-lain yang mesra dengannya. Murah sangat politik budak ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

PEMIMPIN PAS PERLEKEH TITAH RAJA PEMERINTAH



Sementara itu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula menitahkan agar semua calon dan penyokong parti politik berkempen secara sihat, menunjukkan akhlak baik serta tidak membangkitkan isu agama dan kaum pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Titah Sultan Sharafuddin dan Sultan Mizan adalah senada dengan harapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, ketika baginda bertitah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang diadakan di Istana Negara pada 30 November tahun lalu.




DATO KAMAL RESPON BERSIH INGATKAN MUHYIDDIN JANJI LANTIKAN GLC JIKA MENA...

APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU DUSTAKAN - LOKMAN ADAM

RENTASAN 1398 | PANAS!! KINI AGENDA PERTEMUAN TUN M-AZMIN ALI DIDEDAH?




MENARIK DALAM RENTASAN 1398
1. ANTARA ANAK ANGKAT, PENJILAT DAN PENGKHIANAT 2. PEMIMPIN PAS PERLEKEH TITAH RAJA PEMERINTAH 3. GENG KAYA BERPAKAT DEMI MELAYU ATAU RASUAH?









TUN MAHATHIR SENGAJA MAHU PN KALAH PRN?



 Beberapa tulisan Tun Mahathir Mohamad kebelakangan ini, jika diteliti dengan jelas membawa maksud mengajak orang Melayu memusuhi orang bukan Melayu, selain melakukan serangan kepada DAP yang disokong oleh 90 peratus pengundi bukan Melayu dengan dakwaan mahu menguasai negara ini.

Kalau diperhatikan pula, tulisan yang menggambarkan pendirian terbarunya sejak hilang deposit dan sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekarang ini begitu jauh berbeza dengan pendirian ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kemudian ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan lagi melalui sokongan PH pada 2018-2020 yang lalu.


Sebagaimana poket yang berubah boleh menjadikan manusia berubah, hilang kuasa, hilang deposit dan sakit hati kepada musuh yang kini menjadi Perdana Menteri, rupa-rupanya turut mengubah hampir sebahagian besar pendirian Tun Mahathir antara dahulu dan sekarang.

Jika dulu beliau benar-benar dilihat sebagai pemimpin berjiwa Malaysia dengan tiada masalah langsung terhadap kemajmukan kaum di negara ini sambil sering mengajak perpaduan antara kaum, kini semuanya sudah berubah.

Pernah menerima sokongan DAP untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, kemudian tanpa segan memuji DAP lebih baik daripada MCA kerana bermesyuarat dalam bahasa Melayu serta menyanyikan lagu kebangsaan, kini tuduhan beliau ialah DAP dan kaum pendatang kononnya mahu menguasai negara ini, ingin Malaysia menjadi negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.

Orang Melayu yang tertutup dan terhad pergaulannya barangkali akan mudah terpengaruh serta seronok dengan tulisan Tun Mahathir yang seiring dengan perjuangan Proklamasi Orang Melayu yang kini dilaung-laungkannya itu, tetapi orang Melayu yang terbuka, malah anak-anaknya sendiri yang menjalin perniagaan dengan orang bukan Melayu untuk menjadi kaya, boleh jadi secara diam-diam turut ragu-ragu dengan keikhlasan beliau.

Soalan paling mudah ialah kenapa hanya baru sekarang beliau ternampak cukup prihatin tentang nasib dan kedudukan orang Melayu di negara ini?

Ketika berkuasa selama 22 tahun dan campur lagi 22 bulan, kenapa tidak berbuat sesuatu yang konkrit mengenai nasib orang Melayu melalui kuasa sebagai Perdana Menteri yang ada dalam tangannya?

Kenapa ketika berkuasa asyik-asyik melabel Melayu sebagai malas dan seumpamanya?

Di sebalik menjadikan DAP sebagai sasarannya dan menunjukkan kecenderungan bermusuh dengan bukan Melayu, Tun Mahathir dalam waktu yang sama mengumumkan keinginan untuk bekerjasama dan membantu PN dalam PRN enam negeri yang akan datang ini.

Setelah mengumumkan kesediaan bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin dan ia kemudian disambut positif oleh Pengerusi PN itu, Tun Mahathir baru-baru ini berkata, kedua-dua mereka akan bertemu selepas Aidil Adha nanti.

Dalam hal ini, ada kemungkinan minggu ini atau minggu depan mereka akan bertemu.

PN dalam PRN akan datang ini, selain ingin mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, juga bercita-cita besar untuk menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Bermusuh dengan bukan Melayu mungkin tidak menjejaskan peluang PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi bagaimana dengan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang banyak dapat kerusi-kerusi campuran?

Bagaimana pengundi bukan Melayu mahu menyokong PN yang disokong oleh Tun Mahathir yang jelas bermusuh dengan mereka?

Tidakkah dengan PN menerima sokongan daripada Tun Mahathir akan menjadikan pengundi bukan Melayu lebih menjauhi gabungan tersebut?

Tidakkah juga serangan dan api permusuhan yang dimarakkan oleh Tun Mahathir akan menjadikan pengundi bukan Melayu lebih kuat mendakap DAP dan tidak sama sekali menyokong Gerakan, satu-satunya komponen dalam PN untuk segmen pengundi bukan Melayu?

Ataukah Tun Mahathir memang sengaja bersikap lebih rasis dan bermusuh dengan bukan Melayu, sambil menyokong PN kerana tidak mahu PN menang di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan disebabkan masih ada dendam tersemat dalam hati kecilnya terhadap Mahiaddin yang pernah menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri melalui Langkah Sheraton dan kemudian memecatnya daripada Bersatu sebelum ini? – ShahbudinHusin 04/07/2023.




“DAKWAAN MAHATHIR TENTANG PERLEMBAGAAN ADALAH FITNAH”

 

Pengamal undang-undang berpandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah salah faham apabila mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam perlembagaan Bastian Pius Vendargon berkata dakwaan Mahathir adalah tidak betul kerana Perkara 8 perlembagaan menyatakan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.

Beliau juga berkata perlembagaan tidak bertujuan untuk “menekankan kemelayuan Malaysia” di kalangan masyarakat pelbagai etnik, walaupun mengiktiraf hak Melayu dan Islam.

“Hanya kerana ia tidak menyatakan mana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, tidak bermakna ia tidak,” kata Vendargon.

Semalam, Mahathir di Twitter mendakwa usaha mempromosi negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan kerana Malaysia tidak pernah digambarkan sebagai negara berbilang kaum dalam Perlembagaan.

Beliau mendakwa Perlembagaan “menekankan kemelayuan Malaysia”.

Vendargon berkata prinsip asas demokrasi berparlimen – iaitu pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman – tidak dinyatakan dalam perlembagaan.

“Namun telah berulang kali diperkatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa apabila menganalisis Perlembagaan Persekutuan, adalah jelas bahawa pengasingan kuasa adalah sebahagian daripada perlembagaan model Westminster Malaysia,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata keistimewaan bukan hanya diberikan kepada orang Melayu tetapi juga kepada kumpulan masyarakat tertentu iaitu Bumiputera, anak negeri Sabah dan Sarawak serta orang asli di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, mengambil kira perkara itu Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mengiktiraf setiap rakyat Malaysia dan telah memberikan mereka semua hak yang berbeza.

Philip Koh, seorang profesor adjung di Universiti Malaya, menyifatkan tafsiran Mahathir terhadap perlembagaan sebagai “fitnah”.

Beliau menjelaskan perlembagaan menggalakkan demokrasi yang kondusif untuk membina sebuah negara berbilang kaum, sambil mengiktiraf peranan Islam dan hak orang Melayu.

“Bagaimanapun, pengiktirafan perlembagaan ini tidak menafikan hakikat bahawa, secara keseluruhannya, Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk melindungi demokrasi liberal (landskap politik).

“Bagi mengatakan bahawa menggalakkan etnik berbilang kaum bercanggah dengan perlembagaan adalah satu penipuan kepada mana-mana pendekatan tafsiran (kepada perlembagaan).

“Suruhanjaya Reid dan Cobbold, latar belakang Merdeka dan pembentukan Malaysia, semuanya mengesahkan bahawa kita adalah demokrasi liberal dan bukan autokrasi berasaskan kaum,” katanya.

Koh berkata mereka yang menyokong salah tafsir perlembagaan itu boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan memudaratkan kesejahteraan negara.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023

MULAI SEKARANG, SEELOKNYA SETIAP BULAN MESTI ADA MENTERI MENERJAH KLIA

 

Secara umumnya kita tentu boleh bersetuju dengan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin yang mengecam Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Tiong King Sing atas tindakannya menerjah KLIA bagi melepaskan seorang pelancong China adalah suatu perbuatan salah iaitu menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.

Katanya, dakwaan menteri berkenaan tentang wujudnya amalan rasuah di kalangan kakitangan Imigresen di KLIA menimbulkan banyak syak wasangka di sebaliknya.


“Jika saya jadi pegawai imigresen tu saya akan warning menteri tu dua kali agar jangan ganggu kerja saya.

“Jika kali ketiga dia masih tidak dengar, saya akan tangkap dia atas kesalahan mengganggu tugas penjawat awam,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Bahri menggesa agar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap Tiong yang perbuatannya itu telah menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Ya, daripada sudut itu memanglah ternampak ada kesalahan telah dilakukan oleh menteri berkenaan.

Cuba orang biasa yang melakukan demikian, senang-senang dah kena tangkap dan kemudian pastilah akan didakwa di mahkamah.


Pun begitu, di sudut yang lain, terjahan Tiong, walau atas apa alasan dan kecenderungan sekali pun, ada juga kesan baik daripadanya.

Daripada terjahan beliau yang menjadi kontroversi dan bualan dalam masyarakat itu, ia menyebabkan Anwar turut tergerak hati untuk melakukan lawatan mengejut ke KLIA juga.

Dalam lawatan mengejut Anwar itu, baru terdedah bahawa hanya satu mesin pengimbas kastam yang boleh beroperasi, manakala enam lagi mengalami kerosakan.

Bagaimana mesin pengimbas di sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa hanya ada satu saja yang boleh digunakan?

Enam yang tidak boleh digunakan itu pula entah-entah sudah lama mengalami kerosakannya dan dibiarkan begitu saja tidak dibaiki.

Mujur Anwar buat lawatan mengejut yang didorong oleh terjahan mengejut Tiong ke KLIA, maka akhirnya terdedahlah enam mesin pengimbas kastam yang tidak berfungsi itu.

Kalau Tiong tidak menyerbu KLIA, sudah pasti Anwar pun tidak tergerak hati nak buat lawatan mengejut ke lapangan terbang itu dan tanpa lawatan mengejut Perdana Menteri, pastilah tidak terdedah adanya kerosakan enam mesin pengimbas kastam itu.

Susulannya, sebagai satu lagi tindakan mengejut, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan segera mengumumkan kerosakan enam mesin pengimbas yang rosak sudah entah berapa lama itu akan mula dibaiki hari ini.


Katanya, urusan pembaikan itu melibatkan kos lebih RM1 juta.


Tengok…boleh pula cepat membaiki dan meluluskan peruntukan untuk membaikinya?

Kenapa selama ini ia dibiarkan rosak dan sampai enam sekali rosak, tetapi tiada mana-mana pihak yang tercelik mata dan terbuka hati untuk membaikinya?

Maka, dalam kita marah-marah kepada Tiong, kita rakyat Malaysia sewajarnya juga mengucapkan terima kasih kepada beliau, walaupun terjahannya ke KLIA baru-baru ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan kecaman berkaitan maksud dan tujuannya berbuat demikian.

Oleh kerana KLIA sebuah kompleks yang besar dan macam-macam jabatan serta agensi kerajaan beroperasi di situ, ditambah pelbagai perniagaan turut berjalan 24 jam tanpa henti, sudah pasti bersamanya juga timbul seribu satu macam masalah pada setiap hari.

Jika dengan terjahan Tiong telah menyebabkan kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas kastam terdedah dan kemudian dapat segera dibaiki, ertinya untuk memastikan KLIA benar-benar sempurna segala kemudahannya sepanjang masa agar sesuai dengan kedudukannya bertaraf dunia, elok rasanya kalau tiap-tiap menteri melakukan terjahan yang sama pada setiap bulan atau dua minggu sekali ke lapangan terbang tersebut

Jika itu dapat dilakukan, bukan saja tiada lagi mesin yang rosak dan semua kemudahan jadi sempurna, bahkan “orang-orang yang rosak” barangkali juga tidak akan kelihatan lagi di KLIA.

Lagi pula, bersesuaian dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa setiap menteri memang diberikan pas khas untuk memasuki mana-mana ruang di KLIA pada bila-bila masa, walaupun tidak menaiki mana-mana penerbangan, makna kata, jika menteri membuat terjahan di KLIA, ia adalah sesuatu yang dibenarkan dan bukan suatu kesalahan.

Cuma, untuk melakukan terjahan itu, janganlah menteri-menteri guna alasan yang sama iaitu untuk melepaskan pelancong dari China juga. – ShahbudinHusin 03/07/2023.