NORMAN RADZUAN
Wacana Sinar Harian
paling panas 2023
MODERATOR
GAGAL…WACANA KECOH
Sedikit ulasan
mengenai Wacana semalam ‘Adakah Bom Jangka Kedua?’… ia adalah Wacana paling
panas 2023. Segalanya bermula kelemahan moderator, Herleena anyg saya anggap
paling gagal sepanjang mengikuti Wacana Sinar Harian.
Bermula dgn soalan
pertama moderator membiarkan siapa yg mahu menjawab soalan tersebut.Sepatutnya
dia sudah bersedia untuk bertanya kepada siapa soalan yang diajukan… sedikit
melucukan.
Lokman Adam dilihat
agak emosi dan adakalanya menganggu panelis yabg lain ketika berucap. Namun
berbanding dengan Chegu Bad yg saya lihat berhujah tanpa fakta yang tepat… saya
tetap mengkagumi Lokman Adam dalam emosi masih boleh membalas hujah dengan fakta.
Paling melucukan
apabila Lokman Adam menyamakan kedua panelis iaitu Tun Faizal dan Che Gu Bard
level pemikiran Papagomo apabila tidak faham Akta Lompat Parti. Ia berlaku
apabila Chegu Bad memberitahu PN dahulu yang menghantarkan lengkap SD kepada Istana.
Suasana menjadi kecoh
apabila penonton juga bertindak provokatif. Tidak pasti samada tukang sorak di
dlm dewan tersebut team Chegu Bard atau Tun Faisal anyg saya lihat agak agresif
dan provokatif kepada epanelis. Yang melucukan saya apabila Tun Faisal bertanya
pandangan kpd penyokong sendiri utk menyokong dakwaannya… ia ibarat syok
sendiri.
Arafat saya anggap
tidak sesuai utk bergandingan dgn Lokman Adam. Arafat telah membuatkan suasana
tidak balance dlm berlawan hujah dgn Chegu Bad dan Tun Faisal.
Disebabkan itulah
saya melihat Lokman Adam terpaksa mencelah bebarapa kali bagi mengimbangi
tekanan serta provok panelis pihak PN. Sepatutnya PKR menapis jemputan dari
pimpinan mereka mengikut kesesuaian. Datuk Amiruddin, Datuk Romli, Iswardi
Morny, Dr Mazlee, adalah nama2 yg lebih sesuai utk Wacana seperti ini.
Kegagalan mengawal
emosi panelis serta membiarkan penonton berteriak telah memperlihatkan
moderator gagal pada malam itu.
Walaupun ramai yang
komen moderator dilihat bias atau berat sebelah kepada PN… saya ‘No comment’. Bagi
saya dia gagal secara keseluruhan program…bagaimanapun saya dpt sedikit
memaafkannya kerana paras rupanya.