TAK MAMPU LAWAN, TANAM KEBENCIAN

 

Mahathir kata DAP ada 40 kerusi jadi DAP ada pengaruh besar dalam kerajaan. Kalau DAP tarik diri, maka kerajaan akan jatuh. Jadi DS Anwar kena ikut cakap DAP kalau tak, akan hilang jawatan PM.

Ok sebelum tu, ada kemungkinan tak DAP tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ini? Kemudian, kalau DAP tarik diri, siapa yang untung siapa pula rugi? DAP akan dapat apa kalau tarik diri sekarang?

Katalah DAP mahu hapuskan hak istimewa orang Melayu. Lalu DAP ugut DS Anwar, kalau tak buat, DAP tarik diri. Katalah DS Anwar enggan ikut, lalu DAP tarik diri. Maka kerajaan ini pun runtuh.

Kemudian apa berlaku? Adakah DAP akan bincang dengan PN dan bentuk kerajaan? Tak mungkin. PAS kata mereka bencikan DAP. Begitu juga DAP pun tak mahu bersama PAS. Jadi kerjasama takkan terjalin.

Katakanlah waktu itu, BN dan GPS alih sokongan ke PN. DS Anwar hilang jawatan. Itu betul. Tapi DAP juga akan kekal pembangkang. Lebih untung atau lebih rugi kalau DAP tarik diri daripada kerajaan?

Jadi sebenarnya, tidak ada kemungkinan untuk DAP keluar daripada kerajaan ini. Kedudukan DAP tidak seperti kedudukan BN dan GPS. Kalau DAP tarik diri mereka akan jadi pembangkang yang kecil.

Malah DS Anwar mungkin boleh kekal sebagai PM tanpa DAP kalau dapat pujuk PAS. Kalau tengokkan sejarah, bukan susah pun nak pujuk PAS. Tawarkan jawatan, sekejapan je Bersatu kena tinggal.

Jadi apa yang Mahathir kata DAP besar pengaruh dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah mengarut. Yang sebenarnya, DAP tak punya banyak pilihan. DAP tak punya daya untuk ugut DS Anwar.

Kalau DAP tinggalkan Perpaduan sebab tak mahu bersekongkol dengan kebejatan, itu mungkin. Tapi kalau keluar sebab mahukan keuntungan, itu susah. Sebab kalau keluar jadi pembangkang terus, lebih merugikan. Apa pun tak dapat. Faham tak?

Jadi tak usah termakan dengan mainan sentimen yang Mahathir cuba buat. Dia dalam keadaan yang sangat terdesak. Dia akan cuba perdayakan orang Melayu dalam segala bentuk dan cara.

Hakikatnya, semakin bersatu rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, semakin sukar kaki sakau seperti Mahathir & Mahiaddin untuk curi kekayaan negara. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita tolak jauh-jauh pandangan jahat yang sebegini. Guane boh?

Raja Gelap

.