[LANGSUNG] Kes Rasuah Solar: Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan...

MP MAHU DR. LATIFF JUGA DISIASAT

 

Saya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan menjadi anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan memandang berat laporan portal Malaysiakini semalam 31/08/2022 jam 4.28 petang yang melaporkan kenyataan Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai bahawa Rafizi Ramli akan disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta komunikasi dan multimedia 2005.

Saya mengakui hak Polis untuk memulakan siasatan apabila penolong kepada Abdul Latiff Ahmad, Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri membuat satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli berhubung isu kapal tempur persisir (LCS).

Namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menunjukkan sikap yang adil dan telus. Adakah pihak PDRM telah membuka Kertas Siasatan terhadap Abdul Latiff, Menteri Tugas-Tugas Khas tersebut sebaik sahaja Rafizi Ramli membuat laporan rasmi terhadap Abdul Latiff berhubung isu 6 buah kapal tempur LCS tersebut?

Kenyataan Ketua Polis Sentul itu amat membimbangkan kerana ia berupa satu ancaman dengan menggunakan Kanun Keseksaan dan Akta komunikasi dan Multimedia untuk menakutkan ahli-ahli politik dan aktivis masyarakat agar tidak mengeluarkan suara yang dianggap mengkritik menteri-menteri Kerajaan.

Ancaman dan amaran tidak langsung dari Ketua Polis Sentul itu jelas bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu setiap warganegara mempunyai hak terhadap Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Sekiranya Abdul Latiff secara peribadi merasakan dirinya telah difitnah oleh Rafizi Ramli maka dari segi Undang-undang sivil, Menteri Tugas-Tugas Khas tersebut ada Hak untuk Saman Rafizi di Mahkamah sivil.

Pihak polis adalah silap dari segi Undang-undang jika menggunakan seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk melundungi Menteri kabinet.

Menteri kabinet atas jawatannya dan diri peribadinya boleh ditegur dan dikritik, malah boleh disaman di Mahkamah.Tetapi Menteri tidak boleh menggunakan polis untuk melindungi dirinya.Begitu juga Polis tidak boleh menggunakan ugutan undang-undang bagi melindungi menteri- menteri Kerajaan.

Undang-undang dalam hal ini telah mantap dinyatakan di dalam Kes Abdul RahmanTalib v Seenivasagam & Anor (1965)1MLJ 142.

Menteri Pelajaran ketika itu Abdul Rahman Talib telah kemukakan saman fitnah (defamation) di Mahkamah sivil terhadap S.P. Seenivasagam, Presiden People Progressive Party.

Hal itu berlaku pada Tahun 1965 di zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama.

Polis ketika itu tidak menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan terhadap S.P. Seenivasagam.

Pihak Polis Sentul perlu menasihatkan Menteri Tugas-Tugas Khas, Abdul Latiff Ahmad supaya memfailkan tuntutan Saman terhadap Rafizi Ramli di Mahkamah sivil.

Malah Rafizi Ramli secara terbuka telah menyatakan bersedia untuk dia disaman oleh Abdul Latiff bagi membolehkan dirinya (Rafizi) membela diri.

Pada hemat saya Rafizi Ramli mempunyai pembelaan bermerit, antaranya ialah (a) fakta-fakta yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Keadilan itu benar; (b) untuk kepentingan awam; (c) tiada niat jahat, dan (d) komen yang berpatutan.

Dalam hal yang demikian tidak wajar pihak Polis membuka Kertas Siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap Rafizi Ramli.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

dan

Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan

01/09/2022



Rafizi sedia beri keterangan kepada polis

 

Sinar Harian
Rafizi sedia beri keterangan kepada polis
Rafizi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Johor di Ibu Pejabat PKR negeri di Johor Bahru, malam tadi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sedia dipanggil polis susulan laporan dibuat terhadapnya berkaitan dakwaannya mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Bagaimanapun, beliau turut mempersoalkan mengapa Abd Latiff belum dipanggil polis memberi keterangan walaupun laporan polis terhadapnya berhubung isu projek LCS telah dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini.
Katanya, situasi tersebut akan memberi tanggapan negatif orang awam terhadap ketelusan dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan.
"Nampak tidak cantik di mata rakyat kerana Akmal Nasrullah telah membuat laporan polis sebelum ini tetapi Abd Latiff tidak dipanggil dan tidak ada sebarang reaksi ataupun kenyataan daripada polis.
"Namun, sebaik sahaja pegawai khas menteri berkenaan membuat laporan polis, hari seterusnya itu terus ada kenyataan rasmi daripada polis," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor di Ibu Pejabat PKR negeri, di sini pada malam Rabu.
Pada Rabu, polis dilaporkan akan memanggil Rafizi untuk dirakam keterangan susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaannya mengenai projek LCS membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat pegawai khas menteri berkenaan pada jam 9.28 malam Selasa.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut menggesa supaya tidak berlaku sebarang bentuk campur tangan dalam isu tersebut memandangkan ia membabitkan pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tegasnya, PDRM sepatutnya diberikan ruang sepenuhnya untuk menjalankan siasatan secara meyeluruh tanpa prejudis.
"Kenapa Abdul Latiff langsung tidak disiasat, langsung tidak diambil kenyataan sedangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut dipanggil memberi keterangan baru-baru ini.
"Sementara saya mengalu-alukan diri ini dipanggil ke balai polis, saya harap dia (Abd Latiff) juga menyusul dipanggil untuk beri kenyataan di balai polis.
"Itu baru adil, barulah rakyat akan merasa yakin dengan pihak yang menguatkuasakan undang undang di negara ini," katanya. - Sinar Harian

Kes rasuah solar: Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram

 

Firdaus Azil
Kes rasuah solar: Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram
Gopal Sri Ram berkata, Raja Petra dikenali sebagai seorang pelarian, dan hanya menulis mengikut kemahuan pihak yang membayarnya. - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Pengasas dan penulis portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tidak seharusnya dianggap sebagai sumber yang berkredibiliti, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua Pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Raja Petra dikenali sebagai seorang pelarian, dan hanya menulis mengikut kemahuan pihak yang membayarnya.
Sri Ram berkata, permohonan pembelaan untuk mengecualikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dari kes tersebut perlu ditolak, kerana ia hanya berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh Raja Petra, yang pada pandangan beliau hanya bersifat khabar angin, dan dibuat dengan niat jahat (mala fide).
Saya berhujah bahawa penulis dua artikel tersebut adalah seorang pelarian dari keadilan, yang kini sedang bersembunyi di United Kingdom.
“Keduanya dia adalah wartawan yang sukar dikawal. Dan ketiga, pandangan dia sering kali berubah mengikut jumlah bayaran yang diterima,” kata Sri Ram.
Ketika ini Mohamed Zaini sedang mendengar permohonan pihak pembelaan, yang diketuai Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Datuk Jagjit Singh untuk mengecualikan beliau dari kes tersebut.
Rosmah dalam kenyataan afidavit sokongan berkata, permohonan tersebut dilakukan selepas tular ringkasan penghakiman berhubung kes tersebut, yang didakwa sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 Sept (hari ini).
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau mendapati terdapat ketirisan atau kebocoran, selain mendapati penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan bukannya Mohamed Zaini sendiri.
Pandangan pendakwaan, bagaimanapun disanggah Jagjit, yang berhujah bahawa dalam setiap diri manusia yang jahat, pasti ada kebaikan, seperti mana yang dilakukan Raja Petra.
Beliau berkata, biar pun apa juga pandangan atau persepsi pendakwaan terhadap penulis itu, namun pendakwaan langsung tidak menyangkal bahawa dua dokumen – ringkasan serta penghakiman penuh kes Rosmah – adalah dokumen palsu.
Dlaam pada itu Jagjit berkata, kedua-dua dokumen tersebut merupakan draf penghakiman, yang dibuat oleh pihak luar, bertujuan untuk mempengaruhi penghakiman penuh Mohamed Zaini.
Beliau berkata, Mohamed Zaini selaku Hakim kes tersebut perlu segera mengecualikan diri, bagi menjaga integriti dan kebebasan badan kehakiman.
Namun Sri Ram berkata, dokumen tersebut lazimnya disediakan oleh unit penyelidikan badan kehakiman, dan ia merupakan amalan yang bukan digunapakai bukan sahaja di negara-negara Komanwel, tetapi juga di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat.
Katanya lagi, terpulang kepada Hakim Bicara untuk menggunapakai draf atau pandangan tersebut, kerana ia bukan satu amalan yang luar biasa.
“Perkara penting di sini, secara objektifnya, bahawa tertuduh (Rosmah) telah menerima perbicaraan yang adil, dan penghakiman itu merupakan pandangan atau keputusan Hakim sendiri, bukan orang lain,” katanya lagi.
Rosmah ketika ini berhadapan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta, serta dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Dana itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta
Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Media sebelum ini melaporkan keseluruhan projek tersebut bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

TERKINI: MAHKAMAH mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-Ttiga tuduhan. Berapa tahun penjara akan diketahui sebentar lagi!

 

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan


Firdaus Azil
Kes rasuah solar: Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pembelaan isteri bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berhubung projek solar di Sarawak.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pembelaan isteri bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Rosmah didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

DAH JATUH DAN KENCING KAWAN AJAK SEMULA.

APA PUNYA BAQAL

Layak sangat dah... 

2019 JADI PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT 2018.. BEGABUNG DENGAN UMNGOK BN UNTUK JADI PM.. LEPASTU KENE GULING DENGAN UMNGOK BN LEPAS 17 BULAN... KIFARAH ... HARINI  AJAK PH BERGABUNG UNTUK LAWAN UMNGOK BN SEMULA.. APA BODO PUNYA MANUSIA NI!!


AMINKAN DOA ANAK KECIL INI LEBIH MUSTAJAB DARI PARA MACAI DAN YANG BERSEKONGKOL DENGAN NAJIB: YA ALLAH AMIR TAKUT MASUK NERAKA KERANA RASUAH


 

INGATLAH PESAN OSTAZAH

 

Ostazah PESAN DAN NASIHAT  menasihati jangan aibkan Kerajaan Kedah, nanti aib kera
jaan lain pula terdedah..


SEBURUK BURUK ZAMAN PH- TUANG PRESIDENG TAK KENA SIASAT- UJIAN DATANG DALAM BERBAGAI BENTUK...


Zaman PH jadi kerajaan dulu tak pernah pulak presideng parti

 ana kena siasat…. Mungkin dah jadi kerajaang rasa diri kebal?

 Bole cakap apa saja….






 

CUBAAN KONAR BARING GAGAL

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Nampaknya cubaan pembelaan untuk konar baring hampir gagal; sebab hakim punya somersault berpusing lagi power.

Siap pembelaan terpaksa panggil yang konon-kononnya bukti tadi adalah "sampah".

Jadi pihak pendakwaan adalah betul dari awal dengan mengatakan yang "bukti" tadi hanyalah khabar angin sahaja.




 

SENANG BANYAK LA...NAK BICARA ..TAK SUKA HAKIM SURUH TAREK DIRI....

 

Kes rasuah projek solar: Pendakwaan bantah permohonan Rosmah agar hakim tarik diri




Pendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata, ‘penghakiman’ bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini membantah permohonan Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di saat akhir atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran penghakiman kes itu yang disediakan oleh pihak lain.

Pendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata “penghakiman” bocor yang dirujuk oleh Rosmah bukanlah penghakiman bertulis.

“Jelas daripada dokumen itu sendiri bahawa ia adalah penyelidikan dan penulisan pendapat yang disediakan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.

Sri Ram berhujah bahawa permohonan itu sepenuhnya berdasarkan kepada keterangan dengar cakap serta niat jahat.

Pemohon juga tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai dan kukuh untuk menyokong tuduhannya terhadap Mohamed Zaini, tambahnya.

“Kami sedia berhujah dan kami membantah sebarang permohonan penangguhan dan penyampaian penghakiman.

“Jika mereka tidak bersedia, kami minta ia (permohonan) ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membalas permohonan peguam Jagjit Singh supaya menangguhkan prosiding permohonan itu kerana mereka memerlukan lebih masa untuk mengumpul fakta.

Peguam itu membangkitkan perkara tersebut ketika prosiding bermula pada 9.28 pagi.

Jagjit juga berkata, pihak pembelaan memerlukan masa untuk menjawab afidavit disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn yang membantah permohonan Rosmah.

Hakim berkata, pihak pembelaan telah memfailkan sijil perakuan segera dan ini biasanya bermakna perkara itu harus didengar secepat mungkin.

“Jika tidak pada hari yang sama, ia harus didengar pada hari berikutnya. Apabila kamu memfailkan sijil perakuan segera sehari sebelum Hari Merdeka, saya mengarahkan pegawai saya supaya menyediakan prosiding hari ini,” katanya.

Hakim bertanya kepada pihak pembelaan idea siapa permohonan itu difailkan dan Jagjit menjawab, “Kami bertindak atas arahan.”

“Kamu mahu (prosiding) permohonan itu ditangguhkan ke hari lain? Permohonan ini akan bersifat akademik selepas saya menyampaikan keputusan saya,” kata hakim.

Beliau juga mengambil maklum dakwaan dalam permohonan agar beliau menarik diri itu berkaitan kononnya penghakiman ditulis oleh pihak ketiga bagi pihaknya.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, beliau seorang sahaja yang akan menjawab perkara itu dan meminta pihak pembelaan berhujah mengenai permohonan tersebut sebelum menangguhkan prosiding itu.

“Saya akan tunggu. Beritahu saya apabila sudah bersedia,” katanya.

Hakim dijadual menyampaikan keputusan kes itu hari ini.


SIKIT SANGAT JEMING...TAK PADAN DENGAN ORANG SOLAT LETAK NO ACC..PATUT MINTA 100K...500K....


 

MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN?




NORMAN RADZUAN

MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN

Mengapa negara tidak beragama lebih beragama?

RAHSIA CHINA MENJADI NEGARA HEBAT

Di kala negara kita berhutang trillion hasil ‘rompakan’ pemimpin-pemimpin politik sejak sekian lamanya negara ini masih boleh bertahan dan pembangunan masih berlaku walaupun terbatas. Ini menunjukkan betapa kayanya Malaysia ini.

Jadi kenapa Malaysia ekonominya tidak boleh mengatasi Singapura malah semakin ke belakang dari negara Asean yg lain? Sedangkan Singapura jangan kata minyak, air pun tiada. Percayalah Malaysia sebuah negara yang sangat kaya tetapi telah dimiskinkan oleh pemimpin-pemimpin nya.

Sepertimana Sabah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi menjadi antara negeri termiskin di Malaysia atau anologinya sepertimana orang berniaga pelanggannya ramai tetapi sewa kedai tidak mampu dibayar.

Jadi negara apakah yang patut kita jadikan sebagai ikon? Jawapannya pandang ke China.

China adalah negara yang mengamalkan fahaman komunis. Komunis diasaskan Karl Marx yang terkenal dengan falsafah ‘Agama Adalah Candu Masyarakat’. Ia digunakan hanya untuk membenarkan seseorang.

Bila Soviet jatuh pada tahun 1991 ramai meramalkan Parti Komunis China akan tumbang. Seorang penulis di Amerika menulis dalam bukunya ‘The Comming Collapse Of China’ meramalkan parti PKC akan terbubar pada 2001.

Tapi sebaliknya kini China begitu hebat hingga dicemburui Amerika kerana menguasai segala aspek samada ekonomi, ketenteraan dan teknologi. Untuk mencapai pencapaian luar biasa itu bagaimana? Kita ke belakang lagi untuk mencari rahsia yang tersembunyi.

Tahukah anda China 60 tahun dahulu adalah negara yang sangat miskin. Suatu ketika perkapita pendapatan rakyat China 54 US dollar berbanding dengan rakyat Amerika 2.349 US dollar.

Saya memilih Diang Xioping sebagai pemimpin teragung yang mengubah lanskap kerajaan China. Di mana China sebelum itu mengamalkan dasar tertutup telah membuka ekonomi mereka kepada dunia luar. Rakyatnya secara individu boleh mencari rakan perniagaan di luar negara dan bermacam lagi peluang perniagaan.

Tapi ia tidak cukup utnuk China menjadi gah seperti sekarang. Pada tahun 1952 Mae Zedong telah menghukum mati di khayalak ramai terhadap dua pegawai tertingginya sedangkan keduanya adalah pegawai yang brilliant .

Tapi Mae Zedong tidak peduli dan katanya, “Perasuah adalah musuh rakyat. Mereka sudah bukan kawan kita lagi. Jadi mereka perlu dihapuskan. Tidak patut ada belas kasihan kepada perasuah.”

Pemimpin-pemimpin  China selepas itu meneruskan tradisi yang ssangat tegas kepada rasuah. Zhu Rongji negarawan China berkata, “Di Sini aku siapkan 100 keranda, 99 untuk perasuah dan 1 untuk aku jika aku mengamalkan rasuah.”

Presiden China sekarang ini, Xi Jinping juga bila menjadi Presiden melawan rasuah secara besar besaran dengan falsafah ‘Menangkap harimau mestilah dengan lalatnya sekali.’

Maksud melawan rasuah tak kira besar atau kecil sama sahaja mesti dihapuskan sama sekali. Beribu rakyat China menjalani hukuman mati tanpa mengira pangkat, umur dan jantina.

Itu rahsia China bagaimana mereka menjadi kuat dari segala aspek hingga ditakuti Amerika. Fahamilah pemimpin yang rasuah akan membuatkan rakyat kurus dan menjadikan dirinya gemuk.

Tidak perlu kita bersimpati dengan pemimpin yang korup sedangkan mereka tidak pernah memikirkan nasib rakyat. Mereka hanya bersenang senang atas penderitaan rakyat. Ada benar kata Karl Marx , “Agama menjadi candu untuk membenarkan diri”.

Ingatlah perasuah atau pemimpin korup ini lebih jahat dari perompak kedai. Perompak hanya membuat pemilik kedai rugi tetapi pemimpin yang rasuah membuatkan seluruh rakyat menderita.

China tidak perlukan sebarang agama begitu juga agama Islam dalam pentadbiran tetapi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Islam denagn tegas. Kunci kejayaan negara maju atau kaya yang paling utama hapuskan rasuah. Negara yang korup pasti akan membuat rakyatnya menderita.

 

TUDM PAMER ASET KEKUATAN UDARA NEGARA






Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.




Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) turut mempamerkan aset-aset persenjataan yang dimiliki oleh angkatan itu pada perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka hari ini.

Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.

Kenderaan prime mover pertama membawa peluru berpandu yang digunakan oleh pesawat Sukhoi Su-30MKM iaitu 1 x Misil KH-31A yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”.


Kenderaan itu turut membawa 1 x Misil KH-31P yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile” dan 1 x Misil KH-59 adalah “air to ground missile” yang berfungsi sebagai “land attack missile”. 

Kenderaan prime mover kedua pula membawa 1 x Misil KH-29 yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi untuk memusnahkan sasaran yang luas dan menghancurkan struktur bangunan yang besar serta 3 x Misil 190ul. 

 

Manakala kenderaan prime mover ketiga pula membawa 1 x Misil AIM-120 AMRAAM dikenali sebagai “Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile” yang digunakan oleh pesawat Hawk dan Hornet, 1 x Misil AIM-7 SPARROW iaitu peluru berpandu dari jenis “Medium-range, semi-active radar homing air-to-air missile” yang digunakan oleh pesawat Hornet.








Kenderaan juga membawa 1 x Misil AGM84 HARPOON iaitu “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”, 1 x Mk 82 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang dipasang dengan “guided kit” bagi mengawal pergerakan bom apabila dijatuhkan.

Berat bom adalah 500 lb dan digunakan untuk serangan “air to ground” dan 1 x Mk 83 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang dipasang dengan “guided kit” bagi mengawal pergerakan bom apabila dijatuhkan_Berat bom adalah 1000 lb dan digunakan untuk serangan “air to ground”.

Selain sistem-sistem persenjataan, pesawat-pesawat TUDM termasuk Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk, C-130, A-400M, helikopter EC-725 dan Pilatus turut ke udara untuk bersama-sama mengadakan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.

RAKYAT DAPAT MERASAKAN ERTI ‘MERDEKA’??

 




NORMAN RADZUAN

Secangkir Kopi meraikan kemerdekaan

Kenapa sambutan rakyat luar biasa?

RAKYAT DAPAT MERASAKAN ERTI ‘MERDEKA’

Sambil melayani video2 menarik dirakam netizen di medsos yg berkunjung ke Dataran Merdeka, saya melayani White Coffee Old Town. Nak layan caramel macchiato tak mampu. Lain la org tu duit Coffee pun pakai duit rakyat. So kita layan ikut kemampuan asal Coffee.

Sepanjang saya mengikuti sambutan hari Kemerdekaan sejak kecil lagi, tahun ini sambutan daripada rakyat Malaysia luar biasa. Saya jangkakan 100 ribu hadir utk menyaksikan sambutan tersebut.

Adakah mereka benar2 menghayati erti kemerdekaan? Mungkin ya bila Najib sudah ke dalam mereka merasakan benar2 erti kemerdekaan kata kawan saya. Mereka merasakan keadilan itu masih ada. Kemerdekaan erti kata lainnya Keadilan.

 

DOKTOR..DOKTOR....NAK "KENCING"....



ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

YEAY!!! Akhirnya Court mendapat SOLUTION untuk mengatasi TRICKS cluster mahkamah!


 

BUAT DIKEDAH..BUKAN DI PENANG ..INGAT SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA. MUKTAMAR NANTI PAS ELOK BICARA SOAL INI YA...JANGAN DOK BINCANG SOAL DAP KA..PH KA...



 
Kita sebagai umat Islam. Turut berasa malu. Rasa kudung telinga bila mendengar orang ramai bercakap sana sini.  Islam jenis apa yang dibawa oleh Pas hari  ini. ??? Islam liberal? Islam sekular?. Islam pro jahiliah ? Islam 
modenisme ?? Islam Pas??    Bila rakyat jelata komplen dan hentam. Pelbagai dalih dan dalil untuk melepaskan diri dan menyalah orang itu, orang ini.  Akhirnya DAP dan PH juga dihukum dan  dipersalahkan. Islam.terancan..!!! Itulah cara Pas berpolitik dan bermain sentimen agama untuk perbodoh dan menipu  rakyat.  

Jika ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh PH, sahih bising satu dunia..walaun akan lebel PH ada parti liberal dan sebagainya...kita tahu dan kita sedar, maka kerana itulah ianya di hadkan malah tidak dilakukan...tapi bagaimana ianya dilakukan dinegeri yang ditadbir oleh Lebai ?..keh..keh....pembohong....

Wallahu 'alam.




NI PAS...SAJA NAK BAGI TAU LA...DALAM MUKTAMAR HANGPA...KERJASAMA DENGAN PH BAIK BUANG LA...BUAT DOSA JA HANGPA DOK MENGATA KE PH....DAH KENA SAMAN BANYAK DAH PAK LEBAI...BUANG..BUANG BAB KERJASAMA DENGAN PH...DAP ADA LAM PH...

 

Isu logo, Umno dan ‘kerjasama’ dengan PH dijangka dominasi Muktamar PAS



Muktamar PAS ke-68 yang membuka tirai hari ini dijangka membincangkan pendirian parti itu dalam menghadapi PRU15 bersama Perikatan Nasional, termasuk penggunaan logo. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Muktamar PAS yang bermula hari ini dengan mesyuarat tahunan sayap, dijangka menghantar mesej jelas kepada Bersatu dan Presidennya, Muhyiddin Yassin untuk membatalkan sebarang niat menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Muktamar itu juga dijangka memfokuskan tahap keyakinan PAS terhadap Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, selepas beberapa negeri di bawah teraju PAS dilaporkan tidak mahu menggunakan simbol PN untuk PRU, sebaliknya mahu kekal dengan logo bulan.

Sejak Selasa lalu, Muhyiddin “diasak” pemimpin PAS selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan “terbuka” kepada kerjasama dengan parti lain, termasuk PH untuk memastikan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak memenangi PRU15. PAS menganggap PH, khususnya DAP, sebagai seteru politik utamanya.

Pimpinan PAS mungkin boleh menarik nafas lega kerana perkembangan setakat ini menunjukkan usaha Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan pengerusi PN untuk menjalin kerjasama sedemikian belum berhasil.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Namun, ia bukan disebabkan Muhyiddin tunduk kepada sentimen PAS menolak kerjasama dengan PH, tetapi lebih kepada pelawaan Ahli Parlimen Pagoh itu ditolak keras pemimpin PH sendiri, termasuk Lim Guan Eng (DAP), Rafizi Ramli (PKR) dan Mohamad Sabu (Amanah). Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan Muhyiddin hanya berminat menjadi perdana menteri semula.

Meskipun hasrat Muhyiddin itu boleh dianggap “terbatal” dengan reaksi PH itu, isu berkenaan dijangka tetap akan dibangkitkan perwakilan PAS.

Kalangan akar umbi dan pimpinan PAS melihat usaha Muhyiddin mencari sekutu baharu seperti PH, seolah-olah menidakkan pendirian parti itu berhubung kerjasama politik.

“Pada muktamar kali ini, PAS akan memberi mesej jelas kepada mana-mana parti yang ingin bergabung dengan PAS supaya pendirian mereka dalam isu kepentingan umat Islam harus diberi perhatian dan mereka perlu dihormati sebagai parti gergasi dalam negara,” kata penganalisis politik, Noor Nirwandy Noordin dari Universiti Teknologi Mara.

“Muhyiddin jangan sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan atas nama PN tanpa persetujuan rakan komponen lain, terutama PAS, lebih-lebih lagi membabitkan perkara dasar dan strategik besar.

“Saya harap PAS terus bertegas dalam isu ini supaya tidak dilihat sebagai ‘pak turut’ untuk agenda pihak tertentu,” tegas bekas pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek.

Selain isu Muhyiddin terbuka kepada kerjasama dengan PH, akar umbi PAS juga dalam dilema mengenai penggunaan logo PN pada PRU15. Wujud desakan dalam kalangan pemimpin PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menolak logo PN, sebaliknya mahu logo tradisi parti itu terus digunakan.

Tindakan sedemikian, jika dibenarkan pucuk pimpinan PAS, tentunya mengundang persepsi parti itu tidak mempunyai keyakinan penuh terhadap PN mahupun Muhyiddin sebagai tonggak utama berdepan PRU15.

“Isu (logo) ini pasti akan diungkit, bukan oleh presiden, tetapi ahli lain dan ia akan mempamerkan betapa PAS tidak begitu yakin dengan PN atau lebih tepat, Bersatu sebagai tonggak PN. Saya rasa penggunaan logo akan menjadi keutamaan agenda muktamar,” kata penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.

“(Ia) akan menjadi perbincangan hangat pada muktamar,” kata beliau.

Muktamar PAS juga dijangka mengupas hubungan parti itu dengan Umno yang kerap dibayangi “perang mulut” antara pemimpin utama dua parti itu, walaupun Umno dan PAS masing-masing tidak mahu memansuhkan secara rasmi Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan pada 2019.

Perwakilan parti dijangka menunggu “amanat khas” atau “petunjuk” daripada Presidennya, Abdul Hadi Awang berhubung hala tuju parti itu, selepas Umno bertekad bertanding “solo” di bawah panji BN pada PRU15.

Meskipun Hadi lantang membidas pemimpin tertentu Umno, pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Hashim Jasin dilihat masih berusaha “memujuk” Umno kembali ke meja rundingan.

Namun, usaha itu tentunya menjadi lebih sukar susulan hasrat Muhyiddin mengatur penubuhan gabungan perdana untuk melawan BN.