'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin


SAM LIM
Kejap tutup kanan,kejap tutup kiri,kejap tutup atas,kejap tutup bawah,inilah perangai highway kat Malaysia
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, hal itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi.
"Berhubung Pemilihan 2022, setelah selesai seluruh proses aduan dan audit, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu Cabang serta pimpinan utama KEADILAN.
"Saf kepimpinan ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berhubung pengajuran Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16 pula, ujar Fahmi, MPP telah memutuskan tarikh kongres tidak berubah dan akan diteruskan pada 15 - 17 Julai ini.
"MPP memutuskan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
"Kongres Nasional diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022, juga bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
"Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022," kataya.
Selain itu, berhubung spekulasi yang ditimbulkan media arus perdana mengenai wujudnya perbincangan dengan pemimpin Bersatu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, MPP sebulat suara telah memutuskan tiada perbincangan atau kerjasama boleh dilakukan dengan pemimpin berkenaan.
"MPP juga memutuskan KEADILAN tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton," katanya lagi.
Usaha kerajaan untuk memperbaiki kehidupan golongan B40 akan
lenyap sebaik sahaja Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan
sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15.
Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, tiada kecukupan
pendapatan bagi golongan B40 apabila harga barang naik secara keseluruhan
sekali lagi dengan pelaksanaan GST.
Katanya, gaji RM1,500 tidak akan melegakan golongan berkenaan
kerana mereka tidak akan merasai lagi nilai gaji itu
"Memang apa apa penambahan gaji bagi golongan pekerja (yang
diberi) gaji minima (baru baru ini) akan lesap kerana mereka kena bayar cukai
GST yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi.
Lebih malang, tegas Wong Chen, cukai GST akan lebih dirasai oleh
golongan berpendapatan rendah dan miskin berbanding orang kaya kerana ia dikira
berdasarkan barangan yang dibeli atau perkhidmatan digunakan, bukannya jumlah
pendapatan.
"GST adalah cukai yang cukup regresif, maknanya ia lebih
menekan golongan miskin dari golongan kaya," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, cukai GST boleh dipertimbangkang
sekiranya taraf hidup di Malaysia telah meningkat dan golongan B40 semakin
mengecil
Hal itu, katanya memerlukan perubahanan struktural yang besar dan
kerajaan yang lebih cekap memerintah.
"Cukai GST boleh diberi pertimbangan, tetapi ia memerlukan
situasi keadaan ekonomi yang lebih stabil dan maju," ujarnya.
GST mula ditimbulkan dalam kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu, kemudian Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz cuba meyakinkan rakyat bahawa GST sekiranya kembali akan ditambahbaik berbanding yang pernah dilaksanakan pada 2016 lalu.
Di sebalik spekulasi yang belum ada jawapannya sehingga kini bahawa Azmin Ali dilaporkan ada bertemu dua pemimpin PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini, parti itu malam tadi dengan pantas membuat ketetapan tidak akan berunding atau menjalin sebarang kerjasama dengan beliau.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, keputusan itu kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dianggap sebagai punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.
Tambah beliau, parti juga membuat keputusan agar saf kepimpinan baru ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik Keadilan pada PRU15 akan datang.
Beberapa hari lalu media melaporkan Azmin dikatakan bertemu dengan dua pemimpin PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Pertemuan itu segera menimbulkan spekulasi kebarangkalian untuk mewujudkan kerjasama antara beliau dengan PKR atau kemungkinan dianya kembali semula ke pangkuan parti demi survival politik masa depannya.
Azmin bagaimanapun tidak menafi dan tidak juga mengesahkan berlaku pertemuan itu, sebaliknya hanya mengatakan beliau tidak ingat hotel mana yang dikunjunginya dan siapa ditemuinya pada minggu lalu.
“Sheraton Hotel? Saya pergi banyak hotel, saya tidak ingat hotel yang mana,” katanya ringkas.
Nampak sangat Azmin sebenarnya cuba berselindung kerana mustahil beliau tidak ingat siapa pemimpin PKR yang ditemuinya di sebuah hotel pada minggu lalu.
Mungkin boleh diterima akal kononnya beliau tidak ingat jika hotel yang dikunjunginya dan orang PKR ditemuinya sepanjang minggu lalu melebihi 100 orang jumlahnya.
Jika hanya ada dua pemimpin PKR yang ada berjumpanya pada minggu lalu dan hotelnya pun satu saja, mustahil beliau tak boleh ingat?
Agak-agaklah kalau ia pun nak membohong dan menipu orang ramai.
Apa pun jawapan Azmin dan sama ada pertemuan beliau dengan dua pemimin PKR itu betul-betul berlaku atau sebaliknya, keputusan MPP parti malam tadi adalah paling tepat dan wajar sekali kerana sudah sampai masanya Azmin dilupakan begitu saja.
Pengkhianatannya tidak harus dimaafkan, jauh sekali ada kewajaran bagi PKR memberinya sebarang ruang untuk menumpang bagi tujuan beliau mengekalkan lagi kerusi Parlimen Gombak yang sedang disandangnya.
Selepas ini jangan ada lagi mana-mana pemimpin PKR yang cuba berjumpa atau berunding dengannya.
Keputusan malam tadi mestilah muktamad dan “tutup buku” buat Azmin.
Azmin yang kini bersama Bersatu harus dibenam karier politik masa depannya dengan PKR sebaik-baiknya segera mengenalpasti calon berwibawa yang boleh merampas kembali kerusi Parlimen Gombak.
Dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo sendiri mengakui PH masih ada kekuatan yang sukar dikalahkan di Selangor, tambahan lagi Parlimen Gombak adalah kerusi separa bandar yang memiliki pengundi campuran, Azmin dalam hal ini pasti sangat sedar awam hitam lebih menyelubungi kariernya ketika ini.
Sekadar ada Bersatu dan disokong oleh Pas, ia belum cukup kuat untuk Azmin mengekalkan kemenangan di Gombak yang diraihnya sebelum ini bersama PKR.
Maka itu, PKR tidak harus berlengah dalam menyusun langkah dengan penuh keyakinan untuk merampas kerusi Parlimen Gombak, seterusnya menghukum karier seorang pengkhianat biar mereput bersama dosa pengkhianatannya selepas PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 21/06/2022.

