Bangsa lain, kalau ada di kalangan mereka berjaya, mereka angkat jadi idola dan belajar dari dia.
Bangsa lain, kalau ada di kalangan mereka berjaya, mereka angkat jadi idola dan belajar dari dia.

2. Isu ini adalah khilaf mazhab sebagaimana bacaan bismillah (Basmalah) kuat atau perlahan Dalam Surah Al-Fatihah.
3. Mereka yang memahami ini khilaf mazhab tidak akan bergaduh hingga kecoh dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui fiqh mazhab lain agar dapat berlapang dada.
4. Apabila sesuatu perkara melibatkan khilaf mazhab maka tidak boleh dipaksakan tatacara tertentu dalam solat kepada masayarakat.
5. semasa di mesir, saya pernah membelek kitab Zadul Ma'ad karya ibnu qayyim. Kitab ini berkaitan sirah nabi SAW. Dalam kitab ini, Ibnu Qayyim turut membahaskan isu turun untuk sujud samada mendahulukan lutut atau tangan. Ibnu Qayyim membahas panjang isu ini dan beliau mentarjihkan (memilih) pandangan mendahulukan lulut kemudian barulah tangan. Boleh rujuk kitab Zadul Ma'ad untuk mklumat lanjut.
6. Ibnu Qayyim adalah ulama mazhab Hanbali. Nanmun Ibnu qayyim dan gurunya Syeikhul Islam ibnu Taimiah banyak mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan ulama hanbali.
7. Namun Perbezaan pandangan mereka tidak meyebabkan mereka terkeluar daripada mazhab hanbali. mereka masih dianggap sebagai ulama mazhab hanbali. Hal ni menunjukkan di kalangan ulama Hanbali pun berbeza pandangan.
8. Bahkan Ulama Arab Saudi Salafiah seperti Syeikh Ibnu Baz dan Syeikh Ibnu Uthaimin memilih pandangan mendahulukan tangan Untuk turun sujud. Boleh rujuk fatwa mereka.
10. Kebiasaannya warga emas semasa turun untuk sujud, mereka akan mendahulukan tangan Kemudian barulah lulut. Mungkin mereka berasa selesa begitu. Mereka ini bukan mazhab Hanbali dan saya yakin mereka tidak tahu tentang khilaf mazhab dalam perkara ini.
11.Begitu juga orang yang sakit lutut akan mendahulukan tangan dahulu untuk sujud. Jadi suasana jemaah mendahulukan tangan untuk sujud sudah lama wujud dalam masyarakat kita.
12. Kesimpulannya, isu mendahulukan tangan atau lutut untuk sujud adalah khilaf mazhab. Kita tidak perlu bergaduh dalam hal ini. Kita juga tidak boleh memaksa masyarakat mengikut satu tatacara solat sahaja sedangkan ia melibatkan khilaf mazhab. Salam hormat.
Politik kabilah telah berakar dalam KEADILAN sejak beberapa siri
pemilihan lalu dengan pelbagai gelaran diberikan kepada kumpulan yang
mengamalkannya.
Sehubungan itu calon Naib Ketua Wanita pusat, Siti Aishah Shaik
Ismail bertekad untuk mengeluarkan parti daripada budaya politik yang tidak
menguntungkan itu.
Katanya, tidak boleh wujud pasukan tertentu dalam parti dan akan
menyebabkan peringkat bawahan tidak mengambil arahan daripada pemimpin puak
berlainan
"Pemilihan kali ini ialah pemilihan yang perlu dianggap
sebagai persiapan kepada maksud tujuan asal parti politik iaitu pilihan raya
umum. Setelah sekian lama kita berjuang dan membina semangat bersama, pasti apa
yang pernah berlaku adalah satu tempoh yang amat sukar untuk dilupakan.
"Menginsafi bahawa perlu ada timbal balik dalam politik maka
kali ini saya menawarkan diri untuk bersama akar umbi bagi menjadi pasukan yang
bukan sekadar benteng semata-mata tetapi tentera yang berjuang bersama sehabis
tekad dan usaha bagi memastikan mandat yang sebenarnya dicapai dengan
sebaiknya.
"Saya mahu membawa Wanita KEADILAN keluar dari politik
kabilah, yang pastinya membuatkan kita nampak lemah, tidak utuh dan
terkebelakang.
"Politik itu kerja berpasukan menguatkan yang lemah dan
menterjemahkan segala kekuatan itu di medan yang betul," katanya.
Menurut beliau lagi, tiba masanya wanita baik di peringkat pusat
mahupun akar umbi dipersiapkan sebaiknya bukan sahaja sebagai jentera namun
sebagai pemimpin yang bakal menggalas tugas sekiranya Pakatan Harapan diizinkan
memerintah dalam pilihan raya akan datang.
"Wanita bukan lagi perlu jadi "option" tetapi wajib
untuk mengisi keperluan jawatan di peringkat akar umbi dan institusi-institusi
yang ada dengan baik dan cemerlang.
"Menempatkan diri saya dalam barisan kepimpinan wanita
sebagai Calon Naib Ketua Wanita hanya sebagai asbab untuk saya melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan lebih fokus.
"Dengan rendah diri saya menawarkan khidmat dan bakti saya
kepada parti dan Wanita dan kita bina rumah ini bersama agar ia menjadi satu
lonjakan untuk semua dan menjadikan Wanita KEADILAN disegani oleh lawan dan
kawan," katanya lagi.

Israel dilapor merancang untuk menyalurkan air laut yang dinyahgaram ke Tasik Galilee yang kini semakin tenat dan kering.
Menurut laporan The Times Of Israel, hujan yang tidak menentu dan peningkatan suhu dikatakan antara punca yang menyebabkan air tasik air tawar terbesar di Timur Tengah ini semakin susut. Tasik berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan utama yang membekalkan bekalan air bersih untuk Israel.
Israel kini merancang untuk menangani masalah ini dengan menyalurkan semula lebihan air laut yang dinyahgaram ke tasik berkenaan, melalui jaringan paip, pam dan terowong yang dibina sejak 1960 lagi.Sebagai salah sebuah negara yang memiliki teknologi penyahgaraman air laut yang tercanggih di dunia, usaha itu turut mendapat pujian kerajaan Israel yang menyifatkannya bakal mengeratkan hubungan negara itu dengan negara-negara Arab lain.
Syarikat-syarikat Israel yang menerajui teknologi penyahgaraman air laut dilapor sudahpun menandatangani perjanjian kerjasama dengan beberapa negara Arab antaranya UAE, Bahrain dan Magribi.
Israel, UAE dan Jordan juga secara prinsipal sudah bersetuju untuk membenarkan Jordan melakukan pertukaran antara bekalan tenaga solar dengan air bersih dari Israel. Laporan AFP menyebut air bersih yang dihantar akan diambil dari tasik ini.
Sebelum ini, para pemerhati mengkritik dan mendakwa Israel bertindak menyekat penghantaran bekalan air ke sebahagian besar Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di Palestin. Tindakan itu menyaksikan kedua-dua wilayah itu berdepan dengan krisis air yang sangat teruk.Suhu meningkat
Suhu purata di Israel meningkat dua darjah Celcius sejak dua dekad lalu, jelas seorang penyelidik di Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Israel.
Jika berlaku musim sejuk ia dapat menaikkan semula paras air di tasik berkenaan. Namun sejak berlaku kemarau pada 2014 hingga 2018 lalu, paras air menurun dengan ketara dan berpotensi menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
“Setiap 30 tahun, populasi Israel akan meningkat secara berganda. Tanpa projek ini ia akan menjadi satu situasi yang ‘ngeri’.”
Paras air semakin berkurang
Pekerja dari Syaraikat Air Israel ketika ini sedang bertungkus lumus menurunkan paip ke dalam parit yang akan bertindak sebagai saluran membawa masuk air laut yang dinyahgaram ke tasik tersebut.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendapati hujan semakin berkurangan terutama di kawasan tadahan di tasik tersebut.”

Secara keseluruhan, projek ini dilapor menelan belanja lebih USD 300 juta
Kenyataan yang silap dan sangat tidak bijak. Ini bererti, jika PH bekerjasama dengan parti lain atau apa yang dipanggil khemah besar, PH tengah tak kuatlah kan?

Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun sekarang, ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai.
Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang menjadi perhatian sebelum ini tiba-tiba hilang dari radar sementelah isu berkaitan #justiceforbella yang melihatkan rina seolah-olah diam dan membisu.
Penampilan Rina yang kini semakin kurus dan cantik, namun kesilapan pasukan medianya berikutan isu cuci taik cicak ketika banjir menenggelamkan terus rina harun.
Jika sebelum ini menjadi bualan ramai bahawa dikatakan Rina adalah isteri kepada Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh Ahli Parlimen Sri Gading yang kini dilaporkan mereka bercerai. Perkahwinan Dr Shahruddin dan Rina sebelum ini bukanlah rahsia dikalangan pemimpin Bersatu.

Terbaru Rina Harun tidak lepas dari gosip-gosip baru apabila terdapat sumber dalaman yang rapat dengan Bersatu memaklumkan Rina telahpun bernikah semula dan suaminya merupakan anggota Menteri Kabinet daripada PAS iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

Situasi ini menjelaskan mengapa Rina jarang masuk ke pejabat dan mengabaikan tugas-tugasnya di Kementerian Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Hanya selepas isu dera Bella muncul dan teguran Tengku Mahkota Johor barulah Rina mula tampil ke depan mempertahankan Bella seolah-olah beliau bersungguh menyelesaikan masalah penderaan kanak-kanak.

Kedudukan Takiyuddin dan Rina dalam satu kabinet sama mencetuskan isu panas baru tentang status sebenar Rina Harun.

Rina Harun wajar menjelaskan status kedudukannya dengan Takiyuddin begitu juga Takiyuddin bagi mengelakkan fitnah masyarakat.
Benarkah Rina Harun isteri keempat Datuk Seri Takiyuddin Hassan?