Pagi tadi menerima memorandum daripada pertubuhan GEGAR dan gabungan NGO lain yang mendesak agar Ahli-ahli Parlimen membincangkan skandal terbaru terkait Digital Nasional Berhad (DNB).
Pagi tadi menerima memorandum daripada pertubuhan GEGAR dan gabungan NGO lain yang mendesak agar Ahli-ahli Parlimen membincangkan skandal terbaru terkait Digital Nasional Berhad (DNB).
Apabila Ismail Sabri Yaakob memperlekeh kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dengan mengatakan undi popular UMNO hanya meningkat 1 peratus saja pada pilihan raya tersebut, tujuan tersiratnya barangkali ialah untuk memberitahu kepimpinan UMNO yang ada sekarang tidaklah begitu bagus kemampuannya dalam mencipta kejayaan.
Tujuan lebih besar daripada itu tentunya ialah untuk menonjolkan dirinya sebagai calon Presiden UMNO, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, bersekali dengan keinginan agar pemilihan parti harus diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.
Dengan itu, jika PRU15 diadakan bersama wajah baru kepimpinan UMNO, dipercayai bukan saja kemenangan lebih gemilang mampu dicapai, setidak-tidaknya tidaklah peningkatan undi popular hanya sekadar 1 peratus saja.
Di atas kertas, atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri mungkin dilihat tidak ada masalah untuk memenangi pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO, tidak kira siapa sekali pun lawannya.
Apatah lagi dengan kemungkinan paling besar lawannya nanti ialah Presiden UMNO sedia ada, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan hampir 100 pertuduhan di mahkamah, rata-rata percaya kemenangan senang-senang akan memihak kepadanya.
Isunya, benarkah jika Ismail Sabri melawan Zahid Hamidi, hanya “macam kacang” saja untuknya menewaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu?
Beberapa pemimpin UMNO peringkat bahagian yang diketahui sebagai penyokong Zahid Hamidi ketika ditanya pandangan mereka, amat mengalu-alukan jika Ismail Sabri berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang ini.
Bagaimanapun, semuanya mengingatkan bahawa belum pasti Ismail Sabri begitu mudah mahu merampas jawatan tersebut daripada Zahid Hamidi.
Kata mereka, Zahid Hamidi diketahui sebagai pemimpin yang mempunyai kekuatan rantaian akar umbi di seluruh negara yang bermula sejak beliau menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lagi.
“Ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, rantaian itu lebih besar dan kukuh lagi,” ujar mereka.
Sebaliknya, kata mereka, Ismail Sabri tiada kekuatan seperti itu, malah tidak pernah terdengar wujudnya “orang Ismail Sabri” dalam UMNO sebelum ini.
Ia bukan saja berbeza dengan Zahid Hamidi yang rantaian “orang Zahid Hamidi” ada di setiap bahagian di seluruh negara, malah Tun Abdullah Badawi, Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin misalnya, mereka juga mempunyai kelompok “orang masing-masing” yang boleh dikenali wajahnya.
Tetapi, tambah mereka, pernahkah kita dengar wujudnya “orang Ismail Sabri” di mana-mana bahagian UMNO?
Mereka menambah, “orang Ismail Sabri” dalam UMNO hanya ada sedikit-sedikit di sana sini atau ada yang muncul mengaku sebagai penyokongnya setelah beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Dengan kekurangan itu, tegas mereka, tidak mudah untuk Ismail Sabri mahu menjatuhkan Zahid Hamidi, tambahan lagi jika Najib Razak secara terbuka memberikan sokongannya kepada Presiden UMNO itu.
Faktor seterusnya, kata “orang-orang Zahid Hamidi” itu lagi, sebahagian besar ahli UMNO juga sedar, tujuan di sebalik Ismail Sabri yang disokong kluster kabinet untuk mengambil alih kepimpinan itu ialah hanya untuk membolehkan kerjasama parti dengan Bersatu dijalin semula.
Dalam PRN Melaka sendiri, jelas mereka, bukanlah rahsia lagi di mana Ismail Sabri telah mencuba sedaya upaya untuk membawa UMNO dan Bersatu saling bekerjasama, meskipun ia bertentangan dengan keputusan dan hasrat akar umbi melalui PAU2020 yang lalu.
Dengan hasrat Ismail Sabri bertanding jawatan Presiden UMNO itu yang memungkinkan mandat akar umbi melalui PAU2020 akan dicampakkan ke dalam tong sampah, tidaklah mudah, tegas mereka, untuk beliau melepasi halangan tersebut.
Begitu pun, kata mereka lagi, jika Ismail Sabti sedia dimalukan dengan dikalahkan bertanding atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, dipersilakanlh untuk meneruskan hasrat bertanding itu.
“Zahid Hamidi tidak rugi apa-apa, perjuangannya hanya untuk mempertahankan maruah akar umbi UMNO yang menolak sama sekali daripada bekerjasama dengan Bersatu,” ujar mereka.
ShahbudinHusin 14/12/2021.

PETALING JAYA: Pada detik-detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14, Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim membawa PKR keluar daripada Pakatan Harapan, dalam cubaan untuk menghalang Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri baharu.
“Saya tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Mahathir, saya mahu mengelakkan perkara ini daripada berlaku,” Najib memberitahu pembantunya di kediaman perdana menteri yang diselubungi suasana suram apabila semakin ketara kerajaan BN tumbang.
“Saya telah bercakap kepada Anwar (Ibrahim),…Wan Azizah boleh mengangkat sumpah sebagai perdana menteri serta-merta jika Anwar bersetuju untuk PKR keluar daripada PH dan menjadi mesra BN. Tetapi beliau belum memberikan respon setakat ini,” kata Najib.
Petikan tawaran Najib itu terkandung dalam buku “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government,” yang ditulis Romen Bose, konsultan komunikasi politik kepada Perdana Menteri ketika itu.

Mengimbas suasana di kediaman Najib pada malam 9 Mei itu, Bose berkata isteri timbalan presiden Umno ketika itu Ahmad Zahid Hamidi dan isteri naib presiden Hishammuddin Hussein bergenang air mata susulan keputusan PRU itu.
Dalam bukunya, Romen memetik Najib sebagai berkata beliau tiada masalah sekiranya Wan Azizah dilantik Perdana Menteri dengan Zahid timbalannya, “asalkan kita memastikan jawatan PM di luar capaian Mahathir”.
Najib, kata Romen, ketika itu akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang.
Bagaimanapun pada kira-kira 2.30 pagi, 10 Mei, keadaan mula berubah. Najib memaklumkan beliau belum bersedia untuk mengisytiharkan kekalahan, tetapi pada masa sama, memaklumkan Anwar belum memberikan sebarang persetujuan.
Dalam buku itu, Bose berkata beliau diberitahu oleh sumbernya, Najib mendapat tawaran seorang taikun daripada Malaysia Timur untuk ‘menyelamatkan’ kerajaan BN pimpinannya dengan syarat tertentu.
“(Sumber itu) berkata taikun berkenaan bersedia mendapatkan 20 Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong sebuah kerajaan BN, dengan syarat Najib segera melaksanakan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” kata Bose.
Najib mengadakan perbincangan dengan taikun itu pada kira-kira 4 pagi.
Selain menuntut pelaksanaan MA63, taikun itu memberitahu Najib, Ahli Parlimen terbabit mahukan antara RM3 juta hingga RM5 juta setiap orang untuk memberi sokongan kepada BN.
“Najib berkata beliau tidak akan membayar Ahli Parlimen berkenaan tetapi bersetuju mempertimbang penyaluran lebih banyak kemudahan dan bantuan untuk kawasan masing-masing sebagai pertukaran untuk memperolehi sokongan mereka,” katanya.

Najib juga keberatan untuk melayan satu lagi syarat tambahan iaitu Musa Aman mesti meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan diganti presiden Warisan, Shafie Abdullah, menurut buku itu.
Romen berkata Najib tidak mahu bertindak demikian kerana Musa pemimpin popular dan pengunduran beliau akan “memusnahkan” BN Sabah.
Perbincangan itu akhirnya terbukti tidak membawa sebarang hasil, begitu juga tawaran yang dibuat kepada Anwar.
Beberapa hari kemudian, Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.
Buku karya Bose akan berada dalam pasaran mulai hari ini. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Petikan daripada buku itu disiarkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA
Jelas sangat kebodohannya. Salahkah makan guna chopstick? Di mana salahnya? Kalau makan guna chopstick itu salah, bagaimana dengan makan guna pisau dan garfu?


ZUWAIRI MD YUSOF
Calon mutlak tunggal PAKATAN HARAPAN untuk jadi PERDANA MENTERI bila menang PRU15 2022 ANWAR IBRAHIM mengingatkan semua 20+ juta pengundi akan bahaya terbaru yg bernama SKANDAL DNB yg melibatkan projek internet 5G Malaysia.
SKANDAL 1MDB yg DSAI bongkar di parlimen seawal 2011 dulu pun kita menanggung akibatnya ini muncul pula DNB ciptaan MAHIADDIN 18 bulan dan PANDORA PAPERS ciptaan MAHATHIR kroni proksi sebelum adenya 1MDB ciptaan Najib Kleptokrat.Cukup rakus MAHIADDIN dengan DNB 5G bila yg dulu pun BESTARINET gagal teruk serba serbi di bawahnya ketika itu melibatkan YTL.
1MDB pun dah puluhan billion rugi kepada negara,DNB dan PANDORA PAPERS kompem trillion ringgit rugi nanti.Anda mahu SKANDAL DNB dan PANDORA PAPERS di bongkar di siasat dan semua penjenayah terlibat di bawa ke mahkamah di jatuhkan hukuman?Menangkan calon2 PH-PKR,DAP,AMANAH,UPKO PRU15 di 222 parlimen untuk majoriti 2/3 semuanya akan terbongkar macam 1MDB INSYA ALLAH.......
GAMBAR SEKDAR HIASAN.TIADA KENA MENGENA DENGAN TAJUK BERITA

NORSHIDAH MOHD DAUD
Rentua kutuk tu cakap DSAI x pandai perintah negara ye?
NORSHIDAH MOHD DAUD
Tooooo dia makan gaji buta


PETALING JAYA: Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob mesti terus disokong sehingga kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak selesai, kata pakar strategi DAP Liew Chin Tong.
Pakatan Harapan harus mengekalkan pakatan politiknya dengan kerajaan Ismail, kerana akan ada pilihan raya umum mengejut apabila pakatan itu runtuh.
Ia ibarat “impian jadi kenyataan” untuk apa yang dipanggilnya “troika” Umno, terdiri daripada Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan.
“Jika troika memenangi majoriti, dua pemimpin kanan itu akan bebas dari penjara,” katanya dalam artikel yang disiarkan pada Ahad.
Liew berkata, Ismail hanya “50% Umno”, kerana rapat dengan gabungan Bersatu dan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin, yang juga saingan Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
“Ancaman terbesar kepada jawatan Ismail Sabri adalah daripada kepimpinan teras Umno, dan bukan mana-mana pemain politik lain,” kata Liew.
Beliau menggesa agar kompromi diusahakan antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Najib dan Zahid.
“Perjanjian ini diperlukan untuk membawa kerajaan Ismail Sabri, sama ada dalam minoriti atau majoriti, sehingga akhir penghakiman Mahkamah Persekutuan Najib dan penyelesaian kes Zahid. Negara memerlukan satu penutup sebelum beralih ke pilihan raya umum,” katanya.
Najib telah merayu terhadap sabitan kesalahannya atas pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, manakala Zahid sedang dibicarakan atas dakwaan pecah amanah jenayah.
Liew berkata kepimpinan teras Umno “berkempen sengit” untuk menekan Ismail supaya membubarkan Parlimen “secepat mungkin” selepas kemenangan meyakinkan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 Nov, dan penghakiman oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes Najib.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai tahun lepas.
Penangguhan pelaksanaan hukuman dibenarkan sehingga kes selesai dirayu di Mahkamah Persekutuan.
Liew berkata satu-satunya cara untuk kedua-dua pemimpin itu mengelak daripada dipenjarakan ialah memastikan Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, dengan salah seorang daripada mereka atau Mohamad Hasan sebagai Perdana Menteri.
Kedua-dua pemimpin itu telah menyebabkan kejatuhan dua kerajaan dan tidak akan teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi, walaupun ia kononnya dipimpin oleh seorang Perdana Menteri Umno, kata Liew.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyindir Dr Mahathir Mohamad dengan memuji “kepakarannya” menggunakan kayu penyepit, sehari selepas kenyataan kontroversi Mahathir mengenai alat itu dan masyarakat Cina.
Najib mengongsikan gambar yang tidak bertarikh memaparkan Mahathir menggunakan kayu penyepit, dipercayai ketika “yee sang” dalam acara dipercayai sempena Tahun Baharu Cina, dengan disertakan kata-kata “Expert skill” (kemahiran pakar).
Mahathir turut diselar bekas rakan seperjuangan di bawah Pakatan Harapan kerana kenyataannya bahawa kaum Cina mengekalkan budaya dan cara hidup di Malaysia dengan memberi sebagai contoh bagaimana mereka menggunakan kayu penyepit ketika makan berbanding cara orang Malaysia yang menggunakan tangan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika pentadbiran Mahathir berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu “simplistic” dan menyinggung kaum Cina.
“Adakah bererti orang Melayu menggunakan kayu penyepit atau garfu hilang kemelayuannya? Malah ramai bukan Cina di Malaysia dan Barat bangga dengan kebolehan menggunakan kedua-duanya tanpa hilang identiti bangsa,” kata Lim.
Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G.
Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif. Ia kemudian akan dijual kepada syarikat-syarikat telekomunikasi mengikut model Single Wholesale Network (SWN).
Pendekatan ini secara efektif memberikan DNB monopoli khusus dalam perlaksanaan dan pengendalian perkhidmatan 5G seluruh Negara selama 10 tahun.
Sehingga kini, Kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model ini. Apa kewajaran penubuhan DNB ini sebenarnya? Jika ia lebih efektif, jelaskan bagaimana ia akan lebih efektif dalam pelaksanaan jaringan 5G tanpa persaingan.
Perlukah Kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mewujudkan satu lagi syarikat berkepentingan Kerajaan.
Jelaskan juga kelestarian model kewangan dalam membiayai DNB dan mandatnya? Apalagi bila DNB mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara menelan belanja sehingga RM 20 Bilion selama 10 tahun dengan pendanaan melalui pinjaman bank dan penerbitan sukuk.
Kenyataan yang mengatakan bahawa model pembiayaan yang dicadangkan tidak akan melibatkan jaminan kerajaan adalah janggal. DNB adalah milik kerajaan. Pastinya sebarang risiko atas hutang dan keperluan kewangan operasinya akan secara langsung menjadi beban kerajaan.
DNB juga diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesediaan dan kualiti perkhidmatan rangkaian adalah terjamin kepada pengguna.
Jika mengikut model 3G/4G terdahulu, tanggungjawab ini adalah terletak kepada syarikat telekomunikasi. Ia mewujudkan persaingan yang sihat antara mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Bagaimana DNB akan menjadi katalis kepada persaingan sihat ini?
Dengan pemusatan semuanya kepada DNB sebagai penyedia, risiko untuk berlaku ‘single point of failure’ seperti yang berlaku pada rangkaian Starhub di Singapura April lalu boleh terjadi dan berpotensi menjadi kerumitan yang besar kepada rakyat dan negara.
Kerajaan pasti maklum bahawa model SWN ini telah terbukti gagal di negara seperti Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan semasa implementasi rangkaian 4G.
Keengganan negara-negara luar untuk mengikut model ini memberi petunjuk yang jelas berkenaan kelemahan model ini.
Risiko yang diambil oleh Kerajaan memerlukan penjelasan yang konkrit. Defisit keyakinan terhadap DNB dan model SWN nampaknya semakin jelas dan Kerajaan mesti menanganinya.
Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
13 Dec 2021

Setelah dua Pilihan Raya Umum (PRU) berlalu, janji untuk membina Litar Lumba Antarabangsa Sungei Petani, Kedah masih lagi menjadi igauan kepada anak-anak muda samada ianya akan menjadi realiti atau pun sebaliknya.
Menurut Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, anak muda Kedah mulai kecewa serta marah dan mendesak kerajaan negeri dan Persekutuan supaya segera kotakan janji tersebut.
Justeru, beliau mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan status sebenar projek tersebut dengan segera.
“Tidak kisahlah sama ada yang telah berjanji itu Barisan Nasional (BN) atau Pas mahu pun siapa sahaja. Yang pasti projek telah disokong dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan serta sejumlah wang telah disalurkan ke dalam kantung kerajaan negeri Kedah bagi pembangunan projek tersebut, tetapi hingga sekarang tidak menampakkan hasilnya.
“Sudah sampai masanya Menteri Besar Kedah menjawab dengan jujur tanpa berselindung lagi serta dolak-dalik apakah ianya akan dibina ataupun dibatalkan.
“Sebaik saja menjadi MB Kedah selepas PRU 13, usaha telah saya laksanakan bagi merealisasikan impian anak muda dan memenuhi aspirasi peminat sukan permotoran bukan saja yang ada di Kedah, malah dari seluruh negara. Bukan setakat membina litar ala kadar sebaliknya sebuah arena yang diiktiraf badan sukan permotoran antarabangsa, ” ujar beliau melalui laman Facebook hari ini.
Kata Mukhriz lagi, keyakinan kerajaan negeri ketika itu adalah berasaskan kepada panduan dan sokongan Sepang International Circuit yang telah berjaya menganjurkan pelbagai perlumbagaan unggul, khasnya Moto Grand Prix dan Formula 1.
Malangnya tegas beliau, setiap kali penjelasan diminta ketika sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengenai status projek tersebut, jawapan yang diberikan adalah tidak jelas dan tidak meyakinkan.
Kerajaan negeri katanya, tidak memperlihatkan minat yang bersungguh serta tidak juga menyatakan secara jelas samada mahu membatalkan projek yang telah dijanjikan kepada anak muda tersebut.

PETALING JAYA: Tidak adil untuk Anwar Ibrahim dilabel sebagai “individu tidak tahu memerintah negara”, sedangkan Presiden PKR itu masih belum diberi peluang menjadi Perdana Menteri, kata seorang pemimpin parti.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, penuh dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya menggagalkan usaha menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Untuk Tun M, busuknya hati seseorang itu bergantung pada hujahnya. Kalau kata Anwar gagal, beliau belum lagi diuji. Jadi bagaimana dia kata Anwar tidak layak? Dia hendak kata siapa yang bagus? Muhyiddin (Yassin)? Atau dia sendiri?.
“Semua boleh mengkritik orang itu gagal, orang ini bagus. Tapi bagus dari segi apa? Adakah pandangan dia bersifat dendam? Jangan lupa fitnah yang dia buat terhadap Anwar, kerana asasnya hanya untuk tidak benarkan Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada FMT.
“Anwar sudah diuji bermacam-macam, diperlakukan macam-macam tetapi beliau tetap teguh meneruskan agenda dan nasib rakyat. Ini baru pemimpin telun, bukan pemimpin yang hanya tahu menjaga kepentingan anak-beranak dan kroni,” tambahnya.
Dalam buku setebal 304 halaman, Pengerusi Pejuang itu mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Ketua Pembangkang tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya lalu.
Mahathir berkata, beliau bekerjasama dengan Anwar sebelum ini hanya dengan satu matlamat, iaitu untuk menjatuhkan Najib, dan kerjasama itu membuahkan hasil.
Walaupun Anwar mungkin menganggap dirinya berkebolehan, Mahathir berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu bukanlah faktor berlaku kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018.
Mengulas lanjut, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, pandangan Mahathir terhadap Anwar bertentangan dengan pengiktirafan diterimanya di peringkat global.
“Dia kata Anwar tidak layak sedangkan Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika era pentadbirannya dan beliau dijadikan contoh dengan dilantik Pengerusi Bank Negara Dunia ketika itu.”
Dalam satu wawancara disiarkan hujung tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu ada mendedahkan Anwar tidak berupaya menangani krisis kewangan negara ketika memegang jawatan sebagai sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 1997 hingga 1998.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kebolehan Anwar menerajui negara diuji ketika itu apabila dilantik memangku jawatan Perdana Menteri bagi menggantikan beliau yang bercuti selama dua bulan.
“Dia suka menurut apa yang dicadangkan dan disarankan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Saya pernah berkata kepadanya, kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak ada dana yang cukup untuk membayar gaji tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia,” katanya dalam wawancara itu.