MAU TAK TAKUT..DIBUATNYA KLUSTER MAHKAMAH BELOT ...MEMANG DIA NAYA LAH..TAPI PH BERNIAT BAIK...DEMI AGONG DAN RAKYAT..

 


Panas! Hatta persoal Ismail Sabri, apakah kerisauan yang membelenggunya untuk bawa usul percaya


Panas! Hatta persoal Ismail Sabri, apakah kerisauan yang membelenggunya untuk bawa usul percaya


Pakatan Harapan (PH) tertanya apakah kerisauan yang membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga beliau enggan membawa usul undi percaya ke Parlimen.

Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, apabila kerajaan baru ditubuh, semua pihak mengharapkan supaya perdana menteri berani untuk berdiri di Dewan mencari sokongan walaupun telah dikatakan dapat sokongan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi untuk mendapatkan keabsahan dari konteks demokrasi berparlimen ini, Kita menjangkakan dia (Ismail) berjiwa besar dan berani membawa undi percaya.

“Tapi nampaknya dia disokong oleh peguam negara yang mengatakan tak perlu bawa usul. Jadi kita masih lagi tertanya-tanya apakah kerisauan perdana menteri untuk bawa usul ini,” katanya dalam sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Hatta menyatakan harapan agar memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara dan berjaya menangani wabak Covid-19.

Beliau juga mengingatkan, sekiranya berlaku lagi sekali ketidakstabilan kerajaan, ianya adalah berpunca daripada pergolakan dalam kerajaan itu sendiri.

“Kita harap kita tidak dilabel pengacau. Dalam tempoh tertentu kita tak akan terlibat dengan usaha menjatuhkan PH, kita tak mahu ada pilihanraya sampai satu tarilh dipersetujui bersama.

“Ini pengorbanan besar dibuat pembangkang. Tak ada sebab kita nak memperteguh kerajaan yang sudah sedia ada majoriti. Kerajaan yang tak yakin dengan diri sendiri itulah yang masalah,” katanya lagi.

WALAU LEBAI TENGIN KATA BERDOA SAHAJA, ......NAMUN KEMPEN BENDERA PUTIH BERJAYA MEMBANTU RAKYAT YANG TERJEJAS

 



Kempen Bendera Putih, bank makanan berjaya bantu rakyat terjejas ketika pandemik Covid-19





Kempen #BenderaPutih yang dilancarkan adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan.

PETALING JAYA: Kempen #BenderaPutih dan inisiatif mewujudkan bank makanan bagi membantu rakyat terjejas ketika pandemik Covid-19 melanda negara dilihat berjaya oleh beberapa individu, organisasi dan syarikat sejak ia dilancarkan Julai lalu.

Nur Dinie Mohd Fadil, antara individu yang menggerakkan kempen itu di Negeri Sembilan berkata sepanjang pelaksanaannya, bantuan bakul makanan telah diberikan hasil daripada sumbangan pelbagai pihak.

Katanya, sumbangan mencecah RM17,000 untuk digunakan dalam pemberian bakul makanan sejak ia mula dilancarkan.

Dinie berkata hasil sumbangan itu lebih separuh telah digunakan untuk diberikan bantuan kepada golongan sasar seperti mereka yang berpendapatan rendah (B40), ibu tunggal dan juga ibu tidak bekerja.

Beliau berkata setiap satu isi rumah akan diberikan bakul makanan berharga RM60 yang mengandungi makanan asas, beras, ayam, gula, minyak, biskut dan telur.

“Sumbangan derma akan digunakan untuk menyalurkan bantuan wang tunai dan makanan selain menyediakan beberapa barangan keperluan lain.

Kita akan tolong golongan seperti itu kerana mereka amat terjejas ketika pandemik Covid-19,” katanya kepada FMT.

Pada Julai lalu, rakyat bergabung tenaga sebagai satu komuniti di bawah kempen disebut sebagai #BenderaPutih bagi menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Kempen itu meminta mereka yang terkesan supaya mengibarkan bendera putih di luar rumah dan mengetepikan rasa malu atau takut untuk meminta bantuan, lebih-lebih lagi susulan berlakunya peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang tertekan.

FMT sebelum ini turut senaraikan bantuan makanan dalam beberapa siri artikel.

Sementara itu, syarikat penyedia perkhidmatan web, Shinjiru Technology Sdn Bhd (Shinjiru) yang turut mengambil inisiatif memberi bantuan bank makanan sejak 21 Julai lalu berkata, kempen itu dianggap berjaya membantu mereka terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Teknologi Shinjiru, Shaun Lim berkata program itu telah menarik orang ramai untuk menyumbang apa saja bentuk sumbangan di meja yang disediakan.

“Projek ini mendorong orang ramai menunjukkan sikap murah hati dan berbuat baik antara satu sama lain.

Kami mengukur kejayaan projek kami, bukan dengan jumlah sumbangan yang diberikan tetapi dengan cara bank makanan membantu orang yang memerlukan,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada mereka terlibat dalam menjayakan projek itu.

“Projek ini adalah salah satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang paling berkesan kami pernah jalankan kerana ramai orang terjejas teruk ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya.

Bank makanan itu dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai 9 pagi hingga 6 petang di Wisma Laxton, Jalan Desa, Off Jalan Klang Lama, Taman Desa di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun program bank makanan syarikat itu akan berakhir pada 31 Sept ini.

Tak perlu bimbang suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar, kata timbalan menteri


Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata 26.9% pelajar sudah menerima suntikan sejak dilancarkan sehingga semalam dan 4.3% telah lengkap divaksin. (Gambar Bernama)

BAGAN SERAI: Ibu bapa tidak perlu bimbang kesan sampingan vaksin yang diberikan kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang diberikan kepada remaja tidak mempunyai kesan sampingan yang besar.

“Jangan bimbang, risiko kerana suntikan vaksin amat rendah kebarangkaliannya dan kebaikan vaksin adalah jauh lebih baik daripada terkena Covid-19 malah kes itu tidak dilaporkan di negara ini.

Kajian di luar negara ke atas golongan muda yang terkena radang otot jantung dan radang selaput luar jantung mendapati peratusnya adalah sangat rendah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir (Sabar), semalam.

Dalam pada itu beliau berkata pihaknya menyasarkan 60% pelajar menerima suntikan sehingga November ini dan 80% sebelum akhir Disember tahun ini.

Mengikut statistik, beliau berkata jumlah pelajar di negara ini adalah seramai 2.5 juta orang dan 681,853 daripadanya telah menerima suntikan dos pertama manakala 108,935 telah melengkapkan vaksinasi mereka sejak 20 Sept hingga semalam.

“Ini bermakna 26.9% sudah menerima suntikan sejak dilancarkan sehingga semalam dan 4.3% telah lengkap divaksin,” katanya.

Beliau berkata peratusan pelajar yang mendapat suntikan mengikut negeri tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 76.7% dos pertama dan 6.4% dos kedua, Sabah dos pertama 65.3% dan 7.2% dos kedua manakala Sarawak 37.7% dos pertama dan 6.9% dos kedua.

Katanya, Perlis telah mencapai 33.3% dos pertama dan 4.6% dos kedua, Pahang dengan 30.7% untuk dos pertama dan 3.4% telah menerima dos kedua manakala Perak dengan jumlah pelajar seramai 53,770 atau 26.5% telah menerima suntikan dos pertama dan 7,633 orang atau 3.8% dos kedua.

Sementara itu, Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik cadangan untuk meminta pihak MySejahtera mengaktifkan bunyi penggera secara berulang-ulang selepas lebih 30 minit mendaftar masuk bagi memberi peringatan kepada pengguna aplikasi itu untuk mendaftar keluar.

Beliau berkata cadangan itu merupakan satu pandangan yang baik kerana ramai pengguna yang terlupa berbuat demikian selepas mendaftar masuk.

DENGAR DULU BOLEH..TAKKAN ISMAIL SABRI KATA BARU PERINGKAT DRAF ? LEBONG KUAT

 


Terkini! Timbalan Menteri Pertanian dedah RUU355 akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi

Terkini! Timbalan Menteri Pertanian dedah RUU355 akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi

Program penerangan secara besar-besaran mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 kepada masyarakat majmuk di negara ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan masyarakat khususnya bukan Islam memahami dengan lebih jelas undang-undang yang hanya terpakai untuk orang Islam apabila ia dilaksanakan kelak.

Menurutnya, usaha untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah dengan melaksanakan RUU355 itu ‘terbantut’ kerana masih ramai tidak faham undang-undang yang ingin diperkenalkan itu.

“Insya-ALLAH kita akan buat satu program besar supaya kita mampu menerangkan kepada masyarakat majmuk negara kita. Jadi, (hingga) tahap mana yang kita mampu laksanakan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita serah kepada ALLAH SWT.

“Kalau rakyat kita cepat menguasai bidang ini, dia (masyarakat) boleh faham dengan baik, Insya-ALLAH lajulah prosesnya nanti.

“Jadi, sebab itu apabila kita bincang masalah RUU355, pertamanya saya ingin betulkan persepsi dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Masyarakat bukan Islam jangan menganggap RUU355 yang diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini akan menyekat kebebasan mereka. Tidak sebenarnya.

“RUU355 ini adalah satu peraturan, satu syariat yang ALLAH wajibkan ia dikuatkuasakan dalam kalangan umat Islam sahaja. Ia tidak membabitkan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam wawacara eksklusif bersama Sinar Harian di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, beliau yakin dengan sikap terbuka dan penerimaan baik rakyat terhadap Ismail Sabri akan melancarkan lagi usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Justeru katanya, penjelasan yang akan dibuat itu nanti juga diharap akan meredakan segala kekeliruan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu.

“Saya kira ia mampu meredakan segala-segalanya (kekeliruan) sebab benda ini sebenarnya perkara yang tidak ada apa-apa sebab ia hanya membabitkan orang Islam dan membabitkan penguatkuasaan.

“RUU ini sebenarnya untuk melahirkan umat Islam yang hebat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak disokong,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu turut menggesa agar semua ahli Parlimen menyokong pelaksanaan RUU355 apabila ia dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

“Saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memaklumkan akan semak, teliti dan Insya-ALLAH dengan izin ALLAH SWT, RUU355 ini akan dibawa ke Parlimen dan saya mengharapkan semua ahli Parlimen Islam atau bukan Islam supaya menyokong.

“Sebab orang bukan Islam tiada sebab untuk tidak menyokong sebab benda ini tidak melibatkan mereka,” katanya.

Pada 13 September, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan sedang mendraf RUU 355.

Katanya, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Selepas kecewa dengan Hamzah, Sultan Johor titah PM semak segera syarat ketat program MM2H

 Selepas kecewa dengan Hamzah, Sultan Johor titah PM semak segera syarat ketat program MM2H

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Baginda membangkitkan perkara berkenaan ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah ini kerana Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah baginda.

Di pertemuan itu Sultan Ibrahim turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan negeri Johori.

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.

Kejatuhan monarki Russia adalah kerana Rasputin

 


NORMAN RADZUAN


Ramai pernah dgr lagu Rasputin 'Boney M'

KETAKSUBAN ISTERI RAJA RUSSIA

Di hari minggu saya suka cerita santai. Pagi ini saya nak bercerita bagaimana kehancuran kuasa monarki Russia. Ia bukan sekadar cerita tetapi sarat dgn mesej yg tersirat.

Mereka yg lahir era 60an dan 70an pasti pernah mendengar lagu berjudul 'Rasputin' iaitu sebuah lagu 'masterpiece' nyanyian kumpulan Boney M.

Saya sgt meminati lagu ini kerana dahulu dlm kereta bapa saya sering memainkan lagu Boney M dan Abba. Bezanya ketika itu hanya layan melodi sahaja dan tidak faham maksud lirik yg tersirat.

Lagu ini menyebut Rasputin. Apa Rasputin tu... ? Siapa orgnya? Hebat sgtkah hingga dilagukan oleh kumpulan Boney M. Cuba dgr lirik lagu ini yg dimulakan dgn nyanyian anggota lelaki Boney M...

"There lived a certain man in Russia long ago

He was big and strong, in his eyes a flaming glow

Most people looked at him with terror and with fear

But to Moscow chicks he was such a lovely dear

He could preach the Bible like a preacher....

Ra ra Rasputin

Lover of the Russian queen

There was a cat that really was gone

Ra ra Rasputin

Russia's greatest love machine

It was a shame how he carried on"

Nama Rasputin mengingatkan rakyat Russia betapa mereka pernah melalui saat2 mengerikan apabila keluarga DiRaja iaitu Raja Tsar Nicholas II dan Pemaisuri Tsarina begitu taksub dgn Rasputin yg dipercayai mempunyai kuasa mistik.

Rasputin dilahirkan pada tahun 1872 di Seria. Kononnya dari kecil lagi dia dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri. Cerita mengenainya hebah ke merata rata tempat hingga ke pengetahuan Raja Russia.

Rasputin menggambarkan dirinya sebagai org suci, kehidupannya bergantung hasil petanian. Petani2 juga sanggup menanggungnya kerana Rasputin dianggap org alim dan dikenali sebagai penyembuh dan peramal.

Dari hari ke hari pengikut yg taksub dgnnya semakin ramai hingga ke beberapa negeri. Malah ramai yg sanggup berkorban menanggung kehidupannya dan mempertahankan diri Rasputin jika ada pihak yg sangsi dgnnya.

Suatu hari anak Raja Tsar Nicholas II sakit. Maka dipanggil Rasputin utk mengubatinya. Dipendekkan cerita anaknya sembuh. Sejak dari itu Raja Tsar dan Pemaisuri Tsarina menganggap Rasputin sebagai utusan Tuhan. Malah dikatakan Pemaisuri Tsarani terpikat dgn Rasputin.

Di hadapan Raja Tsar dan anggota keluarganya, Rasputin berlagak alim. Namun di belakang keluarga diraja tersebut Rasputin telah memperkosa ramai wanita dan juga melakukan sumbang mahram.

Rasputin memberitahu mereka yg melakukan seks dgnnya mampu menyucikan dan menyembuhkan diri. Bila cerita itu sampai ke telinga Raja Tsar, keluarga Diraja itu tidak mempercayainya. Setahu Raja Tsar, Rasputin itu org alim lagi suci.

Akibatnya mereka yg melaporkan kpdnya dianggap pemfitnah dan sengaja mengaibkan Rasputin. Malah hukuman kpd pengadu dibuang ke tempat terpencil.

Cerita mengenai skandal Rapustin semakin lama tersebar ke seluruh negara. Pada tahun 1911, Perdana Menteri P.A. Stolypin yg dikenali seorang yg berani, merasa wajib utk dia melaporkan perbuatan Rasputin kpd Raja.

Raja Tsar mempercayainya dan mengarahkan Rasputin dijauhkan dari istana. Tapi sayang Rasputin dipanggil semula oleh isterinya yg terlalu taksub dgn lelaki tersebut. Bagi Pemaisuri Tsarina yg jatuh hati kpd Rasputin, lelaki alim ini mampu menjaga keluarganya.

Dipendekkan cerita kerabat dan pegawai kerajaan berkomplot utk membunuh Rasputin. Ini kerana mereka menganggap sejak kehadiran Rasputin telah membuat negara Russia mundur. Mereka merasakan Rasputin telah mengusai Raja dan Permaisuri mereka.

Pelbagai cara utk membunuh Rasputin. Mereka telah cuba meracun Rasputin tetapi tidak berkesan. Malah Rasputin ditembak beberapa kali juga tidak memberi kesan sehingga mereka mengikat Rasputin dan dicampakkkan ke dlm Sungai.

Bila mati dan hasil bedah siasat mengatakan Rasputin tidak mati sebelum jatuh Sungai Neva. Maka mengamuklah Pemaisuri Tsarina. Raja Tsar telah menghukum kerabatnya.

Namun kemarahan rakyat kpd sikap Raja dan Permasuri mereka tidak dpt dibendung lagi hingga berlakulah Revolusi. Raja Tsar dipaksa turun takhta. Bersama seluruh anggota keluarganya ia ditawan dan dibawa ke Yekaterinburg.

Di sanalah mereka mengalami nasib tragis. sepertimana berlaku kpd keluarga Raja2 di Indonesia ia turut sama dialami oleh keluarga Diraja Russia.

Raja Tsar Nicholas II dan seluruh keluarganya ditembak mati pada 16-17 Julai 1918 oleh kaum Bolsheviks. Maka berakhirlah kuasa monarki di Russia kerana ketaksuban Raja Russia kpd seorang bernama Rasputin yg dianggap alim dan suci.

Taksub sgt dilarang oleh agama Islam. Penyakit ini disifatkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi seperti penyakit yg menimpa golongan Khawarij pada zaman awal Islam.

Pernah baca kisah Harun Yahya anak kelahiran Turki? Jika kita di Malaysia mungkin ada membaca buku penulisannya seperti 'Kaum2 Yg Pupus, Al Quran dan Sains' dan byk lagi.

Beliau diangkat sebagai fronting dunia Islam. Namun Harun Yahya rupanya terlibat dgn penculikan kanak2, sexual abuse, rogol kanak2 bawah umur. Tapi kerana pengaruh pentaksub mempertahankan Harun sukar utk mendakwanya.

45 mangsa jenayah seksualnya dari 6 negara muncul membuat pengakuan. Akhirnya Harun Yahya dijatuhi hukuman penjara lebih 1000 tahun.

Taksub atau fanatik ini juga merentas setiap anutan agama bukan sahaja di dlm Islam. Setiap agama ada golongan yg taksub.

Begitu juga ketaksuban org hindu kpd Sai Baba yg mempunyai 100 juta pengikut. Sai Baba membina beratus hospital, sekolah dan byk menderma kpd org susah.

Salah lakunya sukar didakwa kerana Sai Baba dianggap untouchable dan invincible. Hinggalah dia mati berbillion hartanya dijumpai dan barulah ramai yg mempercayai dakwaan2 sebelum ini.

Dlm kata lain, taksub juga boleh menyebabkan huru hara dlm masyarakat. Wasalam dan selamat berehat di hari minggu.

 

OWHHH...YA KAH INI ?

 

Bila Mufti Mengajar Untuk Khianat

 



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


DrMAZA.com menulis supaya TunM supaya mencari redha Allah dalam menamakan pengganti, secara tak langsungnya DrMaza merujuk DSAI sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri yang seterusnya. TunM dilantik sebagai PM atas konsensus PH; walaupun di masa itu DSWA mempunyai majoriti; DSWA tetapi dengan konsensus untuk melantik TunM sebagai PM ke7. Dan konsensus juga yang menyatakan Perdana Menteri seterusnya ialah DSAI. Sebagai Mufti DrMaza sepatutnya bi-partisan, tetapi bila DrMaza mengkritik atas kapasiti Mutfi, DrMaza sendiri telah mencemari institusi agama.

Kalau betul DrMaza risau pada Islam, boleh sahaja buat pertemuan 3 mata antara DrMaza , TunM dan DSAI; tegur lah di ruang peribadi. Tapi apa faedahnya menulis di public atas kapasiti mutfi; tidak berani letak penama seqodar hanya untuk mengadu domba?

Perjanjian Hudaibiyyah yang berat sebelah kepada kafir pun Nabi Muhammad tidak mungkir, apa rasionalnya TunM di suruh khianat konsensus? Bukankah khianat itu sifat seorang munafik? Apa kasyaf yang DrMaza nampak sampai DSAI tidak layak? Mungkin DrMaza boleh kongsikan bersama public, kenapa DSAI tidak layak menjadi PM.

Adakah ini berdasarkan ilham yang Allah turunkan pada DrMaza seperti mana ilham yang turun pada TGHH? Nampaknya TGHH dan DrMaza berkongsi pendapat atas perkara ini. Sepanjang saya ikuti pemikiran dan idealogi DSAI, saya lihat DSAI punya idea-idea yang segar, dia menyuruh kepada perpaduan bangsa Malaysia dan amat cakna pada orang miskin. Tidak pula DSAI menyuruh kepada perkauman sempit dan hanya menyuruh sesuatu kaum untuk mengutamakan barangan bangsa sendiri macam mana yang di seru mutfi sendiri.

Nak jadi pemimpin politik kena berani dan sebagai permulaan DrMaza boleh sahaja namakan terang-terang DSAI tidak layak kerana apa. Tak usah berselindung di balik kiasan. Bila hendak bercerita pasal politik, kena berpijak pada realiti. Kalau DrMaza rasa DSAI tidak layak kerana tidak bermoral, siapa calon PM yang bermoral ikut acuan DrMaza? Adakah calon persis Saddam Hussien? Atau calon tak bermoral yang ada kes pedofilia ( walaupun gugur sebab saksi tidak mahu teruskan)?

Atau calon yang ada berpuluh-puluh kes mahkamah? Kalau semua ini tidak layak ikut neraca DrMaza, boleh sahaja DrMaza turun dari kerusi empuk mutfi dan bertanding di PRK Tanjung Piai atas tiket perpaduan ummah. Kalau DrMaza menang dan kalau dapat sokongan Ahli dewan Rakyat, DrMaza boleh melobi untuk jadi PM ke 8. Bila sudah jadi PM ke 8 nanti DrMaza boleh la tunjuk macam mana Islam acuan DrMaza; mungkin hendak di mulakan dengan mengharamkan aliran lain selain dari aliran salaf di seluruh Malaysia baru Islam tidak terancam kan?

Yang pasti kalau PM8 bukan DSAI, PH dan terutama sekali Bersatu akan terkubur pada PRU15. Mungkin nanti perpaduan ummah akan menang dalan piliharaya, jika ikut neraca DrMaza , Islam akan jadi kuat kalau UMPAS menang; tak tahu nak letak MIC dan MCA di mana dalam konteks perpaduan ummah.

Saya tertarik dengan quote Dr Maza

"Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa"

"Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk."

Jika Allah sendiri tidak menghukum hambanya atas kesalahan orang lain atau kesalahan yang belum di lakukan, macam mana DrMaza boleh kata DSAI rakus dan sanggup mempergadaikan kesemuanya? Adakah DrMaza punyai bukti atas tuduhan ini? Kalau betul, saya cadangkan DrMaza supaya buat laporan polis atau pun buat akuan bersumpah; biar semua rakyat Malaysia tahu apa kelemahan DSAI. Kalau ini hanya suuzon DrMaza seperti mana prasangka DrMaza yang kata Islam lemah di bawah PH, DrMaza tidak sepatunya membuat kesimpulan sendiri. Kalau betul DrMaza ada kasyaf, kenapa tahun 2015 DrMaza tidak mahu nasihat DS Najib supaya pulangkan semula duit 1MDB yang di curi dari rakyat?

Dan sebagai soalan terakhir saya, macam mana DrMaza tahu kalau DSAI jadi PM ke 8, ianya satu pengakhiran yang buruk? Bukankah pengakhiran seseorang itu ditakdirkan oleh Allah? Macam contoh DrMaza sendiri, dahulu DrMaza kata berjuang atas panji kaum adalah assobiyyah dan salah, sekarang ini DrMaza sendiri berjuang atas panji bangsa dan assobiyyah. Mungkin ini sendiri cara Allah SWT menunjukkan pengakhiran DrMaza dengan membolak-balikkan hati dan pamirkan apa yang terhijab selama ini.

Maaf kerana banyak bertanya, orang awam macam saya tidak belajar tinggi tapi tidaklah sampai b*doh tak bertebing

 

JADI MENTERI LAGIKAH DIA INI?

NANTI MASA NAK PRU JAJ PADA WALAUN PENANG NAK AMBIK BALIK.....GANTI ISU LAIN YA...

MOHD NOR

Hong Kong tu orang putih dah janji dgn China ..akan serah pada China tahun 1997...P Pinang tu Kedah bagi free pada Syarikat Hindia Timur British sebagai upah kepada inggeris melindungj Kedah dari Siam ...xtau sejarah xusah cakap la....

May be an image of 1 person and text that says "Ust Dr. Khairuddin at-Takiri 8h X Apabila berakhir tempoh pajakan Hong Kong, maka kembalilah Hong Kong menjadi milik China. Pulau Pinang pula macamana? 1K 166 comments 50 shares"


Tuan..cakap pada mokyit tu macam hang la ..janda orang ko usong siang malam..bila kena tahan bukan main lagi cakap saya menteri..kalau aku penguasa masa tu aku joboq hang la.




8 JADI 22 CABUTAN!! - PAS 'PAK TURUT' - BUKAN 'KING MAKER'



Isu judi, Pas mula menggelupur. Sedang cari dalil kot untuk halalkan judi syarie. Waktu Pas hanya perintah Kelantan, mereka kata mereka tiada kuasa di pusat. Nah, ditakdirkan Pas bersekongkol dgn pengkhianat untuk jadi kerajaan tebuk atap, lebai Pas beberapa ekor jadi menteri di era Mahiadin, judi ditambah dari 8 kali kepada 22 kali setahun. Bila Pas bersama Ismail Sabri jadi PM, lebai Pas jadi menteri agama, judi masih dikekalkan kpd 22 kali setahun.

Apa pula alasan lebai bila dah berada di Pusat? Mereka kata mereka bukannya mengetuai kerajaan, iaitu PM bukan dari lebai. Waktu PH perintah, macam2 mereka tuduh Anwar dan Guan Eng serta Mat Sabu, sedangkan ketiga2 orang ini pun bukannya PM.

Seandainya, Na'uzubillah, Pas jadi PM, percayalah Pas tetap serupa dan waktu itu lebai akan kata kami bukannya Agong. Kalaupun lebai dpt jadi Agong, akhirnya dia akan kata kami bukannya Tuhan.

Ada saja alasan lebai....

WFAUZDIN NS


[[LIVE]] 25.9.2021 PAS akan Khianat BERSATU... SEBAB?

[🔥SIRI 125🔥] "KE MANA TUJUNYA PAS?"

Datuk Kamal Respon Isu Judi : Tanda PAS Gagal Dan Bakal Kecundang Pada P...

EDISI KHAS MINGGUAN 041 | PANAS!! KES KEMATIAN COVID-19: MALAYSIA KINI J...






MENARIK DALAM EDISI KHAS 041
1. SPRM DISIASAT SPRM, AZAM BAKI DITUNTUT DIGANTUNG TUGAS 2. RM1.7 JUTA SETAHUN BAYAR GAJI PEGAWAI DUTA KHAS 3. KEMATIAN PER SEJUTA PENDUDUK: MALAYSIA MENJADI JUARA



KESAN VAKSIN KEATAS REMAJA ?


Ada pelajar yang menerima kesan sampingan akibat covid...Memang berlaku dan ianya boleh dikatakan kes terpencil.


 



Anwar bakal bertanding di Perak pada PRU-15?

 


Terkini! Anwar bakal bertanding di Perak pada PRU-15?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak memberi ruang kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada salah satu kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, hasrat itu disampaikan sendiri pimpinan PKR negeri bersama ketua-ketua cabang ketika mesyuarat bersama Anwar baru-baru ini.

Menurutnya, kehadiran Anwar bertanding di Perak dijangka memudahkan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negeri ini selepas berjaya mengukuhkan Negeri Sembilan.

“Kami di Perak percaya, kalau calon itu heavyweight (tokoh besar), mereka kena keluar ke tempat baharu macam perang. Jadi, Perak ini merupakan tanah baharu yang perlu ditawan.

“Kita menjemput dan presiden sangat responsif dan positif. Insya-ALLAH kita tengok. Dalam politik sentiasa berubah-ubah tetapi bukan hanya daripada PKR sahaja, saya rasa rakan parti komponen lain pun hendakkan nama besar seperti ini untuk datang bertanding di negeri mereka,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Jelajah Peduli di pekarangan Pejabat PKR Perak, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, Perak merupakan negeri yang berpotensi untuk dimenangi oleh PH memandangkan rekod keputusan PRU sebelum ini menunjukkan jumlah kerusi yang tipis antara parti kerajaan dan pembangkang.

Jelas Farhash Wafa Salvador, dengan adanya tokoh besar seperti Anwar, peluang untuk menang di Perak dan membentuk kerajaan lebih mudah.

Sementara itu, mengenai calon-calon PKR Perak pada PRU akan datang, beliau menjelaskan, pemilihan dibuat mengikut pertimbangan semasa lebih-lebih lagi dengan kehadiran pengundi baharu menerusi pelaksanaan Undi 18.

“Kalau kita tengok dalam trend akan datang, hampir lapan juta pengundi muda. Sudah tentu kita kena fikir untuk calon-calon baharu dan muda bertanding mewakili parti. Sekarang ini kita tengok hampir 40 peratus pengundi akan datang adalah orang muda.

“Kita di Perak amat serius untuk meletakkan calon muda, muka baharu dalam parti ini dan wanita,” katanya yang juga Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi komitmen untuk menampilkan lebih ramai kaum wanita pada PRU15 nanti.

Menurutnya, PKR Perak bersedia untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita mewakili parti itu pada PRU akan datang.

Bila seorang ahli syurga semak harta seorang ahli syurga yang lain

 



Kita semua tentunya maklum akan kisah bagaimana Umar Al Khatab, Amirul Mukminin di ketika itu, pergi melawat rumah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang merupakan Gabenor Syam di bawah pemerintahan Umar.

Salah satu amalan Umar ialah memeriksa harta pegawai-pegawai di bawah pentadbirannya untuk mempastikan mereka menjalankan amanah yang mereka pikul dengan jujur dan tidak menyalahgunakan kuasa yang dipegang.

Jadi, apabila dia berada di Syam, dia meminta Abu Ubaidah untuk membawanya ke rumah Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah memberitahu Umar bahawa Umar akan menangis apabila melihat rumahnya. Namun Umar tetap mahu melihat sendiri rumah Abu Ubaidah dengan matanya sendiri. Apabila sampai di rumah Abu Ubaidah dan Umar melihat bertapa kecilnya rumah itu dan hampir tidak ada apa-apa di dalamnya, menagislah Umar. Kemudian Umar mengucapkan “Dunia telah mengubah kami semua selain engkau, wahai Abu Ubaidah.”

Biasanya kisah ini diceritakan untuk menunjukkan kejujuran dan juga sifat zuhud Abu Ubaidah. Walaupun beliau merupakan Gabenor Syam, bukan sahaja rumahnya kecil tetapi dia tidak memiliki apa-apa harta di dalamnya.

Saya ingin bawa perspektif tadbir urus yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Umar Al Khatab. Dia mengamalkan pemeriksaan harta ke atas pegawai-pegawainya. Di dalam konteks kita sekarang, apa yang hampir sama ialah pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan dan juga menteri-menteri. Bila sudah diisytiharkan, bolehlah disemak jika perlu.

Jadi susah bagi saya untuk menerima kenyataan bahawa pengisytiharan harta ini datang dari ajaran komunis.
Apa yang lebih menarik ialah kedudukan Abu Ubaidah itu sendiri.

Dia termasuk di dalam 10 orang yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW

Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa Abu Ubaidah adalah Aamiinu Hadzil Ummah (Orang kepercayaan ummat ini)

Kedua-dua kedudukan di atas sudah cukup untuk dijadikan alasan oleh Umar untuk mengecualikan Abu Ubaidah dari diperiksa hartanya.

Ini bukan pangkat dunia seperti Dato atau pun Tan Sri, ini adalah perakuan-perakuan dari Rasulullah SAW berdasarkan wahyu. Di dalam istilah sekarang, ni dah lebih dari golongan kayangan.

Namun, sebagai pemimpin, Umar sebagai Amirul Mukminin tidak mengecualikan sesiapa pun dari peraturan dan sistem tadbir urus yang diamalkan di bawah pentadbirannya.

Peraturannya terpakai kepada semua orang tak kira kedudukan mereka. Adakah Umar tidak tahu bahawa Abu Ubaidah sudah dijamin syurga dan digelar oleh Rasulullah SAW sebagai seorang Amin?

Apa yang saya boleh simpulkan ialah;

Sistem tadbir urus perlu ada di dalam pentadbiran agar orang yang memegang kuasa tidak menyalahgunakannya

Pengisytiharan harta atau pun pemeriksaan harta sudah diamalkan semenjak zaman Umar Al Khatab lagi.

Tidak ada sesiapa yang berada di atas mana-mana peraturan untuk menjaga amanah dan harta rakyat walaupun orang itu sudah dijamin masuk syurga dan disahkan sebagai seorang yang amanah.

واال أعلم

Terkini! Pertembungan dua kem bakal tercetus dalam Umno

 


Terkini! Pertembungan dua kem bakal tercetus dalam Umno


Seorang penganalisis politik membuat spekulasi bahawa akan berlaku pertembungan dalam Umno, dengan berkata, ini ditunjukkan dengan keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura percaya mungkin akan terjadi perebutan bagi jawatan Presiden Umno, dan Ismail terdesak untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

Katanya, keputusan untuk memberi peruntukan sama rata menunjukkan “ada sesuatu bakal terjadi” dalam pentadbiran Ismail dan “pertembungan” bakal tercetus dalam Umno.

Peruntukan sama rata, tambahnya, hanya akan bertahan selama Ismail berasa sokongan baginya cukup, terutamanya daripada partinya sendiri.

Oh berkata, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Perdana Menteri mempunyai kelebihan berbanding Presiden Umno sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, jika bertanding untuk jawatan tertinggi parti itu.

Ismail adalah Perdana Menteri pertama daripada Umno yang bukan presiden parti. Ahli Parlimen Bera itu adalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden Umno.

Zahid menjadi Presiden Umno pertama yang terkecuali daripada pentadbiran, walaupun parti itu adalah sebahagian daripada pentadbiran bawah Muhyiddin Yassin. Dalam kerajaan terbaru bawah pimpinan Ismail, beliau masih terkecuali.

Pentadbiran Muhyiddin jatuh setelah beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen ekoran keputusan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang diketuai oleh Zahid untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri. Mereka kemudian menyokong Ismail sebagai Perdana Menteri.

Ismail telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan. Tony Pua daripada DAP berkata, ini mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, membolehkannya menangkis ancaman atau tuntutan daripada Zahid dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mastura Mohd Yazid mengumumkan, Ismail bersetuju untuk memberikan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang, untuk baki tahun ini.

Seorang penganalisis lain, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, berkata kerajaan semasa nampaknya sedar bahawa mereka memegang kuasa bukan hasil daripada pilihan raya, tetapi hasil tindakan melompat parti.

Maka, tidak adil untuk menafikan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas.

“Ini adalah langkah positif untuk meredakan rungutan mengenai kerajaan ‘pintu belakang’, satu kecaman yang menghantui kerajaan Muhyiddin dan tidak dapat dibalasnya dengan berkesan,” katanya.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, peruntukan sama rata akan memastikan tiada lagi yang melompat parti atas dasar memerlukan lebih dana bagi pengundi, alasan yang diberi Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang apabila meninggalkan blok PH.

Beliau berkata, langkah seterusnya bagi Ismail adalah menjadikan ini sebagai dasar tetap kerajaan.

“Ini adalah langkah terbaik untuk lanskap politik negara dan merupakan satu bentuk keadilan sosial untuk semua pihak, seperti yang dipersetujui bawah MoU,” katanya kepada FMT.

MERASAKAN DIRI ULAMA : DIA PUNYA FITNAH BAB TABUNG HAJI MASA PH DULU..SAMPAI SEKARANG BILA LAPORAN TH CEMERLANG..MINTA MAAF PUN TIDAK...ULAMA TIDAK BERSIKAP MACAM TU

 


Jangan duduk dalam group yang caci maki ulama, kata Dusuki ketika TH rai kejayaan


Ketika Tabung Haji meraikan kejayaan mereka selepas Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan untuk 2019, ulama Pas, Dusuki Rani memberikan ingatan kepada pengikutnya agar jangan duduk dalam group yang mencaci maki ulama.

“Sejak kebelakangan ini banyak sangat orang yang takda kerja lain…. serang orang Islam sahaja khasnya ulama termasuk saya.

“Ada yang mati ketika caci maki orang-orang alim. Termasuk caci maki ana.

“Ada seorang itu, mati ketika umur 38 tahun. Masuk bilik air pung jatuh bilik air, tak sempat minta maaf.

“Sedangkan, di wall Fb dia penuh dengan caci maki ulamak termasuk caci maki saya.

“Jadi jika kita dalam group sebegini ke, kita kena left group dan block orang sedemikian,” kata beliau dalam kuliah tayangan perdana secara online yang dinamakan tayangan perdana video.

Video itu disiarkan dalam facebook bekas calon Pas di Selangor itu pagi ini dengan tajuk “Kesan dan Akibat Berdendam”.

Turut disiarkan bersama video itu adalah tiga nombor akaun bank beliau bagi memudahkan penyokongnya memberikan sumbangan.

Kenyataan Dusuki ini disiarkan ketika Tabung Haji meraikan kejayaan mereka selepas Laporan Audit Tabung Haji 2019 dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu mengesahkan kejayaan Tabung Haji dipulihkan selepas jatuh teruk sebelum itu.

Pada tahun berkenaan, Dusuki antara pihak yang menyerang kepimpinan Tabung Haji ketika itu khasnya menteri yang menjaga hal ehwalnya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Antaranya mendakwa Tabung Haji menjual asetnya kepada orang bukan Islam.

Sehingga kini, video klip dakwaan beliau itu masih berada di Youtube.

“Dalam hidup kita jangan sesekali orang menyebut kejahatan kita walaupun kita dah mati.

“Biarlah orang menyebut kebaikan kita, setiap kali orang sebut, kita akan dapat pahala,” kata beliau dalam kuliahnya yang disiarkan pada 20 Februari 2020 bertajuk “Jual Aset orang Islam: Tabung Haji”.

Dalam kuliah itu beliau mendakwa, aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam.

“Harta Tabung Haji ni milik orang Islam. Rugi sangat ke Tabung Haji ni sampai hendak dijual hotel-hotel yang dibina semata-mata mahu mengaut keuntungan.

“Dosa kamu jual ni, kamu tanggung sampai akhirat. Jangan main-main.

“Lihat bagaimana jahat apa yang dilakukan ini. Hal ni kamu kena tanggung sampai di akhirat,” tuduh beliau dalam video itu.

Selepas Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan mereka, Dusuki antara yang menjadi sasaran para netizen kerana menghina dan membuat pelbagai dakwaan terhadap Tabung Haji ketika itu.