PH setuju meterai MoU ‘reformasi’ dengan kerajaan

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan secara dasarnya bersetuju dengan memorandum persefahaman itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) bersetuju memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan, tetapi tertakluk kepada penambahbaikan yang perlu diperhalusi kedua-dua pihak sebelum dimuktamadkan.

Ini menyusul mesyuarat pemimpin pembangkang petang tadi untuk membincangkan pembaharuan dicadangkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang antara lain mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, memperkenalkan undang-undang antilompat parti dan wakil pembangkang turut menganggotai Majlis Pemulihan Negara.

Majlis Presiden PH berkata, ia secara dasarnya bersetuju dengan MoU itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

“Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita,” katanya dalam kenyataan bersama oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

PH berkata, satu siri pertemuan juga berlangsung antara wakil gabungan pembangkang itu dan wakil Perdana Menteri semalam yang membincangkan sejumlah perkara dasar serta program khusus, dengan penekanan diberikan kepada keperluan melakukan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani Covid-19.

“Isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan.”

Katanya, PH berpendirian suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu disalurkan kepada dana Covid-19 berjumlah RM65 bilion, yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion untuk menangani pandemik itu dan membantu rakyat dari segi kewangan.

Gabungan itu turut mencadangkan pengecualian bayaran faedah ke atas moratorium pinjaman bank untuk golongan B40 dan M40.

Mereka turut membincangkan langkah reformasi politik yang perlu dimasukkan dalam MoU itu, antara lain termasuk memperkasakan pelaksanaan Undi18 sekarang, reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman.

“Wakil-wakil turut membincangkan isu undi percaya serta mekanisme pemantauan pelaksanaan memorandum persefahaman ini.”

Pertemuan semalam disertai Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa serta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang mewakili Perdana Menteri.

PH pula diwakili Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Rais saran gantung Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara hadapi kes mahkamah

 

Faiz Zainudin
 -

Rais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan ADUN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang menghadapi pendakwaan di mahkamah, digantung sementara menunggu kes mereka selesai.

Cadangan itu menyusul saranan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan transformasi Parlimen.

Bagaimanapun, Rais mengakui langkah itu tidak mudah dilaksanakan kerana perbicaraan kes memakan masa lama.

“Kalau rayuan mahkamah memakan masa setahun lebih, macam mana kalau pilihan raya umum berlaku? Ini barangkali Perdana Menteri berfikir juga untuk masa depan negara,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama bertajuk “Transformasi Parlimen 62 tahun: Antara kenal huruf atau celik politik”.

Rais berkata, ia berbeza dengan penjawat awam akan digantung tugas jika mereka dihadapkan ke mahkamah.

Oleh itu, beliau menyarankan kod etika turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan ADUN.

“Penting saya rasa kanun ini (kod etika) dijadikan satu perundangan dan dikenakan kepada yang menjadi YB, di mana hari pertama mereka mengangkat sumpah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dikenakan syarat ini.”

Jumaat lalu, Ismail menawarkan tujuh cadangan transformasi Parlimen dan pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani Covid-19 serta memulihkan ekonomi negara.

Katanya, tawaran dan komitmen kerajaan itu sejajar titah Yang di-Pertuan Agong dan raja Melayu mengenai pentingnya pentadbiran stabil yang dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

Tawaran transformasi itu antara lain membabitkan jawatan Perdana Menteri dihadkan 10 tahun, menggubal rang undang-undang antilompat parti, pelaksanaan pindaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan Ketua Pembangkang diberikan saraan serta kemudahan yang setara dengan menteri.

Calon Timbalan Speaker perlu beretika dan adil, kata Majlis Profesor Negara

 

Faiz Zainudin
 -

Shamsul Amri Baharuddin berkata, individu yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh memihak kepada pihak yang menyokong pelantikannya kelak, atas dasar terhutang budi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu terdiri daripada individu beretika dan adil, kata Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Shamsul Amri Baharuddin.

Ini kerana, katanya, individu itu tidak boleh memihak kepada pihak yang menyokong pelantikannya kelak, atas dasar terhutang budi.

“Pada saya, yang penting ialah orang itu terbukti beretika dan dia tidak akan sokong mana-mana pihak dirasakan dia telah terhutang budi, itu tidak boleh.

“Dia harus berpendirian dan bercakap ‘ini tanggungjawab saya’, selepas angkat sumpah ‘ini kerja saya’, kalau sesiapa tidak puas hati (dengan pelaksanaan tanggungjawab yang diberi) boleh buat bantahan supaya dia boleh letak jawatan,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama bertajuk “Transformasi Parlimen 62 tahun: Antara kenal huruf atau celik politik” malam ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan mengesahkan dirinya dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, manakala blok pembangkang dilapor mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan.

PERINGATAN UNTUK SEMUA

 

HAMZAH RIE NA


Tidak hairanlah kenapa kerajaan tergesa-gesa nak buka sektor pelancongan contohnya di Langkawi w'pon DATA dan SAINS menunjukkan lebih 91 peratus Langkawi catat masih ZON MERAH, negara dgn 21,176 kes baharu yang masih tinggi dan 341 kematian sehari.

Mereka lebih risaukan ekonomi berbanding nyawa rakyat. Rakyat dah mati 19,827 kerana COVID takper janji ekonomi kroni perlu diselamatkan.

SR

 May be an image of 1 person and text that says "Peringatan untuk semua. Banyak sektor dibuka kerana ekonomi, bukan kerana ia selamat. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 19 Ogos 2021"

APAKAH BAHASA YANG SESUAI UNTUK PIMPINAN SEPERTI INI ?ANDA MENENTUKAN.

 May be an image of ‎3 people, people sitting, headscarf and ‎text that says "‎Sebelum PAS dapat kuasa يَبَاقَاس PAR فَارتاش YSIA (PAS) Selepas PAS dapat kuasa/jawatan ALA GARA Sinar WACANA IEN WAN SR sara akya PAS tolak kluster mahkamah, sokong PN Bayan Budiman Mar2 2021 2:41 PM Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Parlimen Û WAN MANSOR 11 September WAN MOHD Ahmad Maslan Timbalan Speaker Dewan Rakyat AHMAD MASLAN BUKAN KLUSTER MAHKAMAH KA? Sefiausaha Agung UMNO 2tuduhan engubahan wang haram 'RAJAAM, MAEL‎"‎‎

Sebesar mana pun pokok jika akar umbinya tidak menjalankan tugas masing² akhirnya pokok yg besar itu akan mati dan tumbang juga.

 


SHAFI HJ ISMAIL

Sebesar mana pun pokok jika akar umbinya tidak menjalankan tugas masing² akhirnya pokok yg besar itu akan mati dan tumbang juga.

#AyatYangPadu & #Mantap.

Ayat selalu

mantap

tp ini betul2

Mantap

.

#NajibBossKurr Nama gagah diguna pakai Buat kerja nmpk tak terjejas ttp tumbang juga sebb bawah tak buat kerja, leka, bercakaran cari salah org shja akhirnya Najib Tumbang...

#TokMatKancong Gagah Namonyoo Tp Tumbang jugo sbb organisasi nya skdr tumpang namanya tp tak buat kerja wlpun bnyk jwtan...dikuasai..

Kini Pndgan Masyarakat Negeri dan luar N9 melihat #TokMin

mantap

gerak kerja Negeri, Mampu Menyaingi TokMat dan berintergeriti juga sikap tawaduq...(Konsep Islam Rahmatanlilalamin)..

ttp Jentera2 Organisasi Kurang bergerak, kurang sealiran, berebut2 gayung, Memecahbelah...dh nmpk ado potensi akan tumbang jika terlalu bernafsu tnpa kesabaran..

Nak Tampal2lah Skg..Yg Bernafsu Nak Gayung cari2kanlah.

TokMin Perlu Gerak Pantas Tampallah sekarang SuPol & Penerangan tu..agar pantas melangkaui masa..

#Susunlah Bersama2 Mudik yg sehaluan..

#Anak2Mudo Kok ado tobek renangilah..berenangnyo melangkauilah tobek tu kok menjadi tasik dan laut...

#Wanita menampi membanting bosamo dilupo jgn..mudik dayong disalur jugoo..

#NakSalahSiapoo..

#kredit Abdul Hafiz

#PandanganMelangkauiMedia

 

Sembang Spontan Bersama Afdlin Shauki [11.09.2021]

Sentimen Politik Perkauman Anti DAP Patut Ditolak!

(LIVE) Mat Sabu: Respon Khas Berkenaan Isu Semasa & Menjawab Beberapa So...

INI CONTOH MANUSIA YANG CUKUP TIDAK ADA PENDIDIKAN

 

Apabila zaman berubah , sepatutnya pemikiran turut berubah. Menjadi sedikit bijak bukan bermakna punya segulung atau bergulung gulung ijazah untuk menentukan tahap pemikiran seseorang. Membaca adalah salah satu dari keperluan zaman semasa kerana membaca bukan sahaja menjadikan manusia itu celik, malah ianya menambahkan ilmu dan banyak pengetahuan selain dari mengembara dan berjalan dimuka bumi Allah ini. 

Contoh manusia yang kurang cerdik ialah apabila melihat sesuatu kejadian itu sebagai bahan untuk dikaitkan dengan bangsa dan agama serta penglibatan dalam politik sempit perkauman. Biar bangsa sendiri menyamun merompak dan menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan kerjaya politik, rakyat bawahan yang kurang cerdik tadi menjadi mangsa, 

Kesian apabila bangsa sebegini memandang bahawa politik itu adalah hasrat untuk mewajarkan bangsa sendiri merakus menyamun dan menanamkan sikap kebencian kepada bangsa lain hanya kerana perbezaan fahaman politik. Sedangkan dihadapan mata sendiri, bangsa dan parti yang disokong itu bukan sahaja merakus, merompak, menyesatkan pemikiran ..tetapi menunjukkan contoh teladan buruk sebagai ahli politik yang merosakkan generasi muda dan tua yang kurang ilmu dalam menilai kebenran yang nyata depan mata, keana apa, kerana ia kutang ilmu.



May be an image of text that says "AIZâu Penduduk Alor Setar Jitra Kedah Lkm Jebat Laksamana Naik pi lah berapa pun, kami susah pun tak apa, asalkan bukan DAP yg memerintah See ation Sinar Harian SINAR HARIAN Harga ayam naik lima kali dalam tempoh seminggu"

DULU GUNA GELARAN DATO-KANTOI ITU CONTOHNYA...


Habis kerja tu nak beri pada siapa ? Takkan nak bagi pada Ebit Liew sahaja. Ulama kerjanya mendakwah dan bukan berpolitik semata mata. Lihat sejarah para sufi dan sunan di Indonesia menentang penjajahan waktu itu. Penjajahan bukan semata mata soal maruah bangsa agama, tetapi soal rasuah . Namun kalau kita sendiri yang terlibat dngan rasuah, menyokong dan menjadi talibarut dengan pihak pemerintah, bermakna kita bukan ulamak yang diharapkan para umat islam melainkan kita adalah talibarut yang merosakkan ummat.


 May be an image of 1 person and text that says "Bukan kerja ulamak mengawal ajaran sesat Nik Zawawi September 10, 2021 4:47 pm n"

EDISI KHAS MINGGUAN 039 | PANAS!! KLUSTER MAHKAMAH BAKAL KEMBALI KUASAI ...

Anwar Ibrahim: Usul Undi Percaya Terhadap Perdana Menteri Perlu Diadakan...

Mahiaddin sokong Ismail hanya mahu gelapkan fakta PN gagal

 


Isu jemaah solat sudah lama dipersoalkan, menteri agama baru nak bincang


Isu jemaah solat sudah lama dipersoalkan, menteri agama baru nak bincang


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan membuat deraf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau.

Ini, katanya untuk dljadikan panduan kepada seluruh negeri di Malaysia, tertakluk kepada persetujuan negerl-negerl.

Menurutnya, arahan itu jejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik Covid-19 pada penghujung Oktober selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin

“Untuk itu, saya juga akan mengadakan satu pertemuan dengan mufti-mufti negerl, plhak Kementerian Keslhatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat bagi perbincangan lanjut mengenal perkara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan itu bagl membincangkan beberapa cadangan yang boleh diambil bagi memberi ruang kapasiti yang lebih luas untuk umat Islam solat berjemaah di masjid dan surau dengan langkah-langkah keselamatan yang rapi.

Selain itu, ujarnya cadangan untuk menjadikan lebih banyak surau biasa termasuk surau-surau di pejabat sebagai tempat mendirikan solat Jumaat juga akan turut dibincangkan bersama pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitannya.

“Ini kerana ia sebahagian daripada lima inisiatif MANTAP yang dirancang oleh pihak saya, iaitu Pemantapan Mental, Jasmani dan Rohani serta Pemantapan lnstitusi Masjid dan Surau,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau amat berharap agar masyarakat khususnya umat Islam memahami bahawa sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam setiap perkara, keselamatan rakyat adalah perkara yang paling menjadi keutamaan.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan terus berusaha bersama pihak berkuasa agama negeri, dalam perkara berkaitan hal ehwal agama Islam agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta menurut lunas perundangan.

“Semua usaha ini sudah pasti akan mengambil kira titah nasihat, pandangan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Raja negeri-negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan hal ehwal Islam di negara ini,” ujarnya.

DAH ITU JA PERANAN KAU KAT MASJID ? PERLI APA PULAK..DAH NAK MASUK SOLAT PUN MACAM NAK MASUK SYURGA GAMAKNYA....MASUK NIGHT CLUB TAK SUSAH MACAM NI KAN ?

 

Selepas kejadian VIP, Imam Masjid Putra ‘perli’ jemaah asar 12 orang saja

Selepas kejadian VIP, Imam Masjid Putra ‘perli’ jemaah asar 12 orang saja

 


‘Group’ WhatsApp keluarga boleh pengaruhi kesihatan mental secara negatif?

 

Ramai juga di antara remaja yang mengakui kumpulan WhatsApp keluarga mempengaruhi kesihatan mental mereka secara tidak langsung. (Gambar Rawpixel)

Selain berfungsi menyebarkan informasi berkaitan hal remeh-temeh sehingga yang serius, kumpulan WhatsApp dan media sosial yang lain sebenarnya boleh mengganggu kesihatan mental anda.

Lebih-lebih lagi, ‘group’ WhatsApp tersebut disertai ahli dengan corak pemikiran yang pelbagai.

Sebenarnya, bagaimanakah kumpulan WhatsApp keluarga dan platform media sosial yang lain boleh mempengaruhi kesihatan mental ahlinya?

‘Group’ WhatsApp keluarga boleh pengaruhi kesihatan mental

Pernahkah anda berasa tidak selesa ketika berada dalam sebuah ‘group’ WhatsApp keluarga kerana topik perbualan mereka membuatkan anda risau?

Topik yang mungkin diperkatakan adalah seperti berita-berita yang tidak diketahui kebenarannya dan topik-topik sensitif seperti politik dan isu-isu agama.

Akibatnya, anak muda atau remaja cenderung untuk mengabaikan nasihat dalam ‘group’ WhatsApp keluarganya sendiri kerana malas bertelagah dengan ibu bapa masing-masing.

Bahkan, ramai juga di antara remaja ini yang mengakui kumpulan WhatsApp keluarga mempengaruhi kesihatan mental mereka secara tidak langsung.

Menurut sebuah kajian oleh American Psychological Association (APA), tabiat memeriksa mesej dan email pada telefon bimbit dan komputer secara kerap amat berkaitan dengan tahap stres seseorang individu itu.

Apa yang dibaca atau dilihat pada telefon bimbit dan juga komputer adalah perkara-perkara yang boleh menimbulkan kegelisahan hinggalah mengganggu mental.

Mengapa ‘group’ WhatsApp keluarga boleh mempengaruhi kesihatan mental?

Sebabnya, kumpulan keluarga kadangkala menimbulkan perasaan kurang senang kepada ahlinya sendiri.

Sebagai contoh, jika ahli yang lain mengucapkan kata-kata selamat hari lahir, anda mungkin akan berasa kurang selesa jika anda tidak mengucapkannya juga.

Selain itu, kumpulan WhatsApp keluarga juga sering berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap tidak penting bagi golongan muda.

Mungkin ada yang terpaksa membacanya untuk mengelakkan rasa kurang selesa. Kesannya, apa yang terpaksa dibaca tersebut perlahan-lahan mempengaruhi kesihatan mental anda.

Banyak maklumat palsu di ‘group’ WhatsApp keluarga?

Sebenarnya, salah satu perkara yang menyebabkan kumpulan WhatsApp keluarga ini mempengaruhi kesihatan mental seseorang adalah disebabkan oleh maklumat palsu.

Anda pasti tahu berapa kerap berita-berita palsu disebarkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

Membaca berita palsu ternyata dapat mempengaruhi kesihatan mental walaupun dengan hanya membacanya daripada media sosial.

Menurut Psycom, dengan kewujudan banyak berita palsu yang dipercayai sebagai berita yang benar, ramai individu mengalami stres akibat daripada tajuk berita yang dibaca.

Berita-berita palsu sememangnya dirancang untuk memanipulasi pendapat masyarakat, terutama bagi mereka yang jarang sekali memeriksa kesahihannya.

Selain itu, maklumat palsu juga seringkali boleh menimbulkan perasaan marah, sangsi, dan panik yang mampu mempengaruhi pemikiran individu.

Tip bagi memelihara kesihatan mental pada era kemajuan teknologi

Bukan hanya kumpulan WhatsApp keluarga sahaja yang boleh mempengaruhi kesihatan mental anda, platform media sosial yang lain juga boleh memberikan kesan yang sama.

Anda mungkin berasa mudah untuk menghindari ‘group’ WhatsApp, tetapi bagaimana pula dengan media sosial yang lain?

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda lakukan dalam menjaga kesihatan mental pada era kemajuan teknologi ini:

1. Mengurangkan waktu penggunaan

Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan waktu penggunaan media sosial bagi menjaga kesihatan mental.

Kurangkan penggunaan media sosial antara 10 hingga 30 minit sehari ternyata boleh membantu menurunkan tahap keresahan, kemurungan dan gangguan tidur.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengurangkan penggunaannya secara drastik untuk menjaga kesihatan mental anda.

2. Alihkan perhatian anda

Alihkan perhatian dan keinginan anda daripada membuka media sosial dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Menghabiskan waktu bersama keluarga dan rakan seperti minum di kedai kopi.
  • Melakukan sesuatu hobi atau perkara yang baharu seperti melukis dan membaca.
  • Mengisi waktu yang terluang dengan perkara yang menyihatkan seperti bersukan dan bersenam.
  • Menenangkan fikiran anda dengan dikelilingi unsur-unsur alam.

Kesimpulan

Walaupun banyak kesan negatif yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan mental disebabkan oleh ‘group’ WhatsApp keluarga, tapi ia juga masih mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Selain bertanya khabar dan mendapat berita mengenai ahli keluarga, kadangkala anda mungkin boleh mendapatkan sesuatu maklumat daripada ahli keluarga yang lain dan juga daripada media sosial.

Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Khairy perlu segera jelaskan isu angka BID tinggi – Kit Siang

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin digesa mengotakan janjinya untuk bersifat lebih telus dan memberikan maklumat berkenaan Covid-19 yang lebih terperinci kepada orang awam.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata Khairy sehingga kini masih belum membuat pengumuman dan penjelasan mengenai angka kematian di bawa ke hospital (BID) yang tinggi.

“Saya amat kecewa kerana Khairy tidak memenuhi janjinya di Kota Kinabalu pada hari Isnin, iaitu untuk membuat pengumuman dan penjelasan mengenai angka BID yang tinggi apabila beliau mendapatkan data baharu semalam. 

“Rakyat Malaysia masih menunggu hasil daripada janji Khairy untuk menyelesaikan masalah kadar kematian di bawa ke hospital yang tinggi ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, angka BID yang dicatatkan adalah sebanyak 102. Ia merupakan hari ketiga dalam 10 hari yang lepas di mana kes BID melepasi paras tiga angka. 

Sebelum 30 Ogos, hanya dua hari mencatatkan kadar BID melepasi julat tiga angka — 101 dan 100 kematian BID pada 15 dan 26 Ogos. 

Art Harun perlu nyatakan pendirian atau letak jawatan

 


Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia, Timbalan Pengerusi DAP Perak, Setiausaha Majlis Pakatan Harap Perak, Mantan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 10 September 2021 di Ipoh

Dalam sistem demokrasi Malaysia, institusi Parlimen adalah yang paling mulia. Institusi ini tidak boleh dicemari supaya nama baik negara tidak tergugat di dalam dan di arena antarabangsa.

Ketua cabang legislatif ialah Yang Dipertua Dewan Negara, dan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Speaker Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat. Kedua-dua Yang Dipertua itu dibantu oleh Timbalan-timbalannya dalam urusan pengendalian Parlimen.

Jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua adalah sangat dihormati bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli Parlimen malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Baru-baru ini, satu kontrovesi telah mula menghantui pemikiran rakyat jelata apabila Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mencalonkan Ahli Parlimen Pontian iaitu YB Datuk Seri Ahmad Mazlan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pencalonan ini bukan sahaja menimbulkan kontrovesi dari kalangan ahli-ahli politik tetapi menimbulkan kebimbangan dan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Ahmad Mazlan adalah diantara pemimpin-pemimpin “Kluster mahkamah” yang mempunyai tuduhan yang berat.

Beliau didakwa mengikut seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 5 tahun atau denda RM 3 juta atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Oleh itu, Ahmad Mazlan bukanlah calon yang layak untuk jawatan Timbalan Speaker bagi Dewan Rakyat yang mulia. Perdana Menteri Ismail Sabri telah membuat satu pilihan yang cukup janggal apabila beliau menamakan Ahmad Mazlan bagi mengisi jawatan tersebut.

Pandangan saya ini adalah seiring dengan YB Tan Sri Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Negara yang secara ikhlas membuat kenyataan bahawa jawatan Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua tidak boleh ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang dituduh dan didakwa di mahkamah.

Beliau menegaskan lagi bahawa sesiapa yang dicalonkan untuk jawatan-jawatan itu mestilah bersih dari segi rekod jenayah atau sebarang pendakwaan di mahkamah. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Rais Yatim yang berpegang kepada prinsip demi menjaga nama baik institusi Parlimen.

Tetapi, saya rasa amat kecewa kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar Azizan Harun (Art Harun) masih membisu mengenai pencalonan ini. Sehingga detik ini beliau tidak membuka mulut memberi apa-apa komen tentang pencalonan Ahmad Mazlan.

Suatu ketika dahulu, Art Harun dipercayai sebagai seorang reformis yang disegani. Tetapi hari ini, beliau telah kehilangan keperibadian dan prinsip perjuangannya. Beliau tidak berani membuat apa-apa kenyataan mengenai pencalonan jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Saya memohon kepada beliau supaya membuat kenyataan terbuka mengenai pendiriannya seperti mana yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Jika tidak, adalah wajar untuk beliau meletakkan jawatannya secara terhormat dengan hati terbuka supaya kemuliaan institusi Parlimen tidak dicabuli oleh mana-mana pihak. 

TAK MALU KE BANGSA CINA- PERASUAH NAK DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN SPEKER

 

Tolak Kluster Mahkamah jadi timbalan speaker





Kesemua 220 Ahli-Ahli Parlimen diseru membuat undian pemilihan Timbalan Yang  di-Pertua Dewan Rakyat dengan undian mengikut hati nurani (vote by conscience).

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, ini demi melindungi integriti dan keutuhan institusi Parlimen negara kita,

Menurut beliau, ahli-ahli Parlimen harus menolak sebarang calon yang mempunyai rekod yang tercemar atau dari kalangan Kluster Mahkamah daripada memegang suatu jawatan yang begitu penting dalam Parlimen. 

“(Ini) supaya ia tidak mendatangkan penghinaan (disrepute) dan menyebabkan institusi Parlimen menjadi suatu bahan ejekan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dikosongkan selepas perletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini. 

Kah Woh berkata, ia telah menjadi suatu perbincangan ramai yang mana dikatakan pihak kerajaan telah mencadangkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu. 

Beliau menambah, ini adalah mengejutkan dan membimbangkan memandangkan Ahmad sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah untuk dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberikan penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu, ujar Kah Woh, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dan menyokong mana-mana mereka dari kalangan Kluster Mahkamah dalam UMNO.

“Tan Sri Mahiaddin Yassin telah menyatakan pendirian beliau yang nampaknya begitu jelas dan tegas, dan sudah sampai masa beliau untuk mengotai janji atau ‘walk the talk’. 

“(Ini dilakukan) dengan memastikan beliau sendiri dan ahli-ahli Parlimen parti beliau tidak akan menyokong mana-mana calon dari Kluster Mahkamah apabila pengundian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dibuat pada 14 September ini,” katanya.