Hishammuddin Takut?

Pembangkang bermesyuarat di Parlimen, bukti Parlimen selamat

 



POSTED BY AMIR WRLR


Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bermesyuarat di Parlimen hari ini, sekali gus membuktikan bahawa sidang Parlimen selamat untuk diadakan ketika darurat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat itu dibuat bagi memberi mesej kepada kerajaan bahawa tidak ada masalah untuk bersidang di Parlimen.

"Bolasepak boleh diteruskan, panggung wayang boleh berjalan, tak ada sebab sama sekali Parlimen tidak bersidang.

"Kita membantah kepada keputusan penggantungan Parlimen, walaupun Agong telah berikan pandangan bahawa darurat tidak bermakna sidang parlimen digantung. Jadi kita hanya tunggu keputusan perdana menteri.

"Bila Agong berikan pandangan maknanya baginda beri gambaran jelas bahawa pandangan kerajaan itu tidak tepat untuk menggantung Parlimen," katanya.

Anwar juga berkata, mesyuarat ahli Parlimen pembangkang itu dapat diadakan atas dasar kuasanya sebagai ketua pembangkang.


"Kita mohon kepada speaker untuk berikan kerjasama. Jadi beliau benarkan sebahagian ahli Parlimen masuk bermesyuarat.

"Kuasa ini sama ada speaker, atau kerajaan, perdana menteri, atau ketua pembangkang, jadi saya gunakan kemudahan yang ada pada ketua pembangkang untuk mengundang ahli Parlimen hadir.

"Saya pilih dewan makan, supaya agak luas tapi speaker bagi bilik yang kecil walaupun kita nak patuh SOP," katanya.

Dalam mesyuarat tersebut, Anwar berkata ahli Parlimen pembangkang sepakat dengan keputusan untuk membantah pengisytiharan darurat.

"Darurat tidak mengemukakan apa-apa asas yang munasabah terutama penggantungan Parlimen. Kita satu-satunya negara menggantung Parlimen bersama Myanmar. Tidak ada sebab munasabah gantung Parlimen.

"Kita juga bincang soal Covid-19, langkah langkah diambil, menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin dan tidak menangguhkan jadual, daftar ikut Mysejahtera. Kerajaan juga perlu mengambil kira pakar pandangan lain.

"Soal ekonomi kita putuskan supaya ada jawatankuasa. Masalah pengangguran amat serius ketika ini.

"Kadang-kadang angka yang diberikan kerajaan itu nak melunakkan tapi kalau kita tengok anak muda siswazah universiti, jumlah pengangguran 17.3 peratus dan ini tidak termasuk dibuang kerja dan kerja sementara.

"Kita juga bincangkan usul spesifik kepada kerajaan iaitu jawatankuasa pendidikan kerana banyak perkara jadi haru biru, soal buka sekolah, peranti. Keputusan dibuat cara gopoh gapah dan tidak membantu anak-anak kembali ke sekolah.

"Kita bincang soal perundangan dan keselamatan. Dalam tempoh beberapa hari Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan memutuskan langkah- langkah berikutnya," katanya.

 




Jawatankuasa Pendidikan Blok Pembangkang mengkritik cara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengendalikan maklumat jangkitan Covid 19 di sekolah.

Menurut jawatankuasa itu, KPM perlu lebih telus membekalkan maklumat kepada para ibu bapa dan memberi autonomi kepada sekolah-sekolah menentukan sama ada boleh dibuka atau ditutup berdasarkan situasi di sesebuah sekolah.

"KPM perlu telus dalam memberikan maklumat kepada awam mengenai kes Covid-19 di sekolah. Perkongsian data akan memudahkan semua pihak untuk menjadi lebih bersedia melawan Covid-19 di kawasan mereka.

"Satu-satunya cara untuk melindungi sekolah dan anak-anak kita adalah dengan ketelusan dari pihak KPM serta komitmen untuk memperkasakan pemegang taruh tempatan termasuk ibu bapa dalam usaha tersebut.

"Jawatankuasa ini pada 20 Februari lalu telah menggesa kerajaan memberi autonomi kepada pihak sekolah yang merangkumi pengurusan sekolah, PIBG dan Lembaga Pengarah (jika ada) untuk membuat keputusan bersama dalam menentukan buka atau tutup sekolah mengambil kira keadaan dan kadar kes di kawasan masing-masing. Ini perlu dilaksanakan dengan segera," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut jawatankuasa itu lagi, kegagalan KPM berkongsi maklumat segera menimbulkan spekulasi liar dan tidak diingini dalam kalangan keluarga murid.

Menurut mereka, spekulasi yang tidak wajar mungkin menakutkan para ibu-bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

"Ibu bapa dan masyarakat tempatan pasti berasa resah jika sekolah menjadi pusat penyebaran jangkitan dan mewujudkan kluster baharu.

"Punca keresahan ini timbul kerana tiadanya perkongsian data oleh pihak KPM berkenaan sekolah yang terlibat dengan jangkitan Covid-19 dan tiada ruang untuk masyarakat setempat melibatkan diri dalam melindungi sekolah di kawasan masing-masing.

"Kerajaan menyeru rakyat untuk memberi kerjasama melawan Covid-19 namun rakyat dan dalam isu ini, warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat tidak diberi kuasa, ruang dan sumber untuk melibatkan diri dalam usaha melindungi sekolah dan anak-anak kita," kata mereka lagi.

Untuk rekod, baru-baru ini Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi, Johor Bahru diarah tutup sehingga 25 Mac berikutan jangkitan Covid-19.

Turut ditutup ialah SK Abang Ali dan SK St Mary, di Sibu, selepas peningkatan kes kumulatif kepada 52 dan 43 masing-masing pada 18 Mac lalu.

 

UMNO ROSAK KERANA BERSATU ?

 


Selepas kalah pada PRU14 lalu dan dalam tempoh 22 bulan berikutnya di mana UMNO menjadi pembangkang, parti itu boleh dikata berada di landasan yang betul untuk bangkit berkuasa semula.

Dalam beberapa PRK yang diadakan, calon-calon UMNO berjaya menang dengan bergaya.

Dan disertai kerjasama dengan Pas, aura kebangkitan UMNO hampir tidak mampu ditahan lagi.

Akar umbi UMNO juga bersatu hati dengan pemimpin di atas dengan kesatuan hati untuk bangkit semula menebus kekalahan lalu.

Mereka yang bergelar pemimpin pula ternampak menjiwai kedudukan mereka sebagai pemimpin yang rebah dengan watak berjiwa rakyat, selain kerap terpapar bercampur gaul dengan golongan bawahan serta rakyat marhaen.

Realitinya, ketika UMNO bergelar pembangkang, ahli akar umbi terlihat begitu gembira dengan watak pemimpin mereka yang selalu berada di bawah, kerap tersenyum dan banyak memperjuangkan isu-isu rakyat.

Pantang ada isu, pemimpin UMNO yang sudah rebah itulah yang selalu tampil ke depan bersuara.

Tetapi, segalanya berubah sebaik UMNO memilih berada dalam kerajaan bermula 1 Mac 2020.

Sejak itu juga terdengar banyak rungutan daripada akar umbi parti tentang watak dan kelakuan pemimpin yang sudah berubah setelah mereka bergelar menteri, timbalan menteri dan sebagainya.

Mereka mula diceceh dan dirunguti kerana tidak lagi berkelakuan seperti tidak beroleh jawatan sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, diperkatakan juga mereka yang menjadi pegawai menteri turut sama berubah dan merak kelakuannya.

Agaknya, setelah lapar selama 22 bulan dan tiba-tiba beroleh jawatan, mereka jadi tak ketahuan dengan persekitaran seolah-olah semua orang yang cuba mendekati dianggap mahu mendapatkan sama makanan yang ada dalam dulang mereka.

Ketika berkuasa selama 60 tahun sebelum ini, tidak pernah atau jarang sekali terdengar rungutan seperti itu.

Hari ini, UMNO bukan saja berbeza dengan UMNO sebelum ini, malah keadaan berantakannya seperti tidak terkawal lagi.

Dengan berada di dalam kerajaan yang dikuasai Bersatu, pelbagai kluster turut muncul dalam UMNO.

Kalau dulu, paling tidak hanya ada Team A dan Team B, kini lebih daripada dua kluster sudah ada.

Semua kluster ini ada kepala dan perangai yang tersendiri serta saling berlaga antara satu sama lain.

Yang jelas, beradanya UMNO dalam kerajaan PN bersama Bersatu sekarang adalah suatu kesilapan, merugikan serta merosakkan kelangsungan masa depannya.

Lebih daripada itu, jika sebelum ini UMNO dan Pas berganding elok dalam MN dan terlihat sebagai gabungan kuasa yang bakal merubah negara, kini segala-galanya hampir berkecai jadinya.

Pas yang menjadi tunangan UMNO dalam MN dengan mudah dapat dirampas oleh Bersatu untuk mereka setuju bersatu hati dalam mahligai PN yang ada segala kemewahan.

Benarlah ingatan orang tua-tua, kuasa dan kedudukan boleh menukar warna cinta.

Jika tidak berada kerajaan PN, pasti semua yang berlaku sekarang tidak berlaku kepada UMNO.

Sebagaimana kuasa menjadikan Pas beralih arah, kuasa yang ada dalam genggaman Bersatu juga berupaya menjadikannya UMNO berpecah-pecah.

Menuju PRU akan datang, dengan perpecahan dan kemelut yang ada dalam UMNO sekarang, ia dijangka akan terus berpanjangan lagi tanpa dipastikan bila kesudahannya.

Harapan untuk merebut kembali kuasa dan jawatan Perdana Menteri, mungkin ada dan mungkin sudah tinggal angan-angan saja.

Hakikatnya, UMNO kini lebih sibuk mengurus perpecahannya daripada menumpukan perhatian untuk merebut kuasa, bahkan lebih buruk kerana ada kluster di dalamnya yang lebih menyanjung Bersatu daripada parti sendiri.


 (Shahbudindotcom 22/03/2021)




KEADILAN Ampang sumbang barang keperluan kepada keluarga B40




POSTED BY AMIR WRLR


KEADILAN Ranting Kuala Ampang, di bawah Parlimen Ampang baru-baru ini menganjurkan majlis sumbangan barang-barang keperluan harian kepada 20 keluarga kurang bernasib baik.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua Wanita Ampang, Puan Norsiah dan Exco Wanita Pusat, Puan Rayyan Rahim itu diadakan di dewan MPKK, kampung Kuala Ampang.

Menurut penganjur, Ketua Kampung, Patrick Ang, tumpuan harus diberi kepada kaum wanita dan pembangunan keluarga menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 15 kerana kaum wanita dianggap penentu kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen berkenaan.

"Saya bersetuju dengan ucapan Puan Rayyan, wanita merupakan tunjang di Parlimen Ampang.

"Tidak kira musuh di dalam atau di luar selimut, pengundi di Bukit Antarabangsa akan menolak mereka yang tidak jujur dalam pentadbiran.

"Saya percaya kedua-dua kampung Baru Cina Ampang dan Kuala Ampang akan sekali lagi menyumbangkan kemenangan kepada KEADILAN dalam PRU 15,” katanya merujuk kepada dua kampung tradisi Cina yang pengundinya merangkumi hampir separuh daripada DUN Bukit Antarabangsa.

Ampang mempunyai peratusan pengundi wanita yang lebih tinggi. Dianggarkan bahawa terdapat 52% pengundi wanita berbanding dengan 48% pengundi lelaki di dalam DUN Bukit Antarabangsa.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Andre Lai, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan yang juga pengundi di Bukit Antarabangsa.

 

Sia-sia Kelantan ada 5 menteri masalah air tak selesai - MSO

 




POSTED BY AMIR WRLR


Kelantan mempunyai 5 menteri Persekutuan yang sepatutnya telah membolehkan negeri itu mendapat peruntukan khas menaiktaraf bekalan air bersih secara segera tanpa menunggu Belanjawan tahunan negara.

Bagi penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau MSO, kegagalan kerajaan negeri Pas Kelantan memohon peruntukan khas dan kegagalan menteri dari Kelantan mendesak peruntukan itu memperlihatkan kelemahan menyolok mata kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhan.

"Tidak ada guna Kelantan diberikan kuota sampai lima menteri tetapi seorang pun tidak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah bersangkutan.

"Sia sia mereka diberi kepercayaan. Selain Takiyuddin dan Mustafa serta tiga lagi MP Kelantan dilantik jadi menteri Tuan Ibrahim, Annuar dan Razi Jidin," sinis beliau di Facebooknya.

Sayuti turut mengulas pertanyaan mengenai masalah bekalan air bersih yang dibangkitkan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Selasawati Ghazali, dalam program Malaysia Prihatin yang diadakan di Kota Bharu semalam.

"Kebiasaanya jika ada kemusykilan atau masalah, jabatan hanya menghantar dan mewakilkan pegawai bawahan sebagai jurucakap atau membangkitnya

"Syabas doktor, jarang-jarang sekali ketua jabatan ikut membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan jabatan atau agensi kerajaan," katanya lagi.

Bagi MSO, masalah yang dihadapi rakyat Kelantan seperti bekalan air bersih, sampah dan prasarana lain hanya akan dapat diatasi sekiranya rakyat sanggup menukarkan kerajaan kepada parti selain daripada Pas.



‘Rekaan semata-mata’, bekas ADUN nafi cabul isteri rakan

 

Bekas ADUN Air Putih, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, sudah menjangka perkara itu akan berlaku kerana menerima ugutan awal.(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ADUN Air Putih, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, 51, tampil menafikan dakwaan mencabul isteri rakannya susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Nizam berkata, dakwaan yang dibuat pasangan suami isteri dari Taman Melawati, Ampang, Selangor itu hanyalah rekaan semata-mata.

Menurut laporan akhbar Utusan, beliau menyifatkan dakwaan itu hanya bertujuan menjatuhkan reputasi dan mengaibkan dirinya.

Nizam berkata, beliau dan isteri tidak pernah bermalam di rumah pasangan terbabit kerana mempunyai kediaman di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun katanya, beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku kerana menerima ugutan awal daripada rakan baiknya yang berusia 50 tahun itu pada Ahad lalu. Nizam juga mendakwa dipukul lelaki berkenaan.

Bekas naib ketua Umno Kemaman itu berkata, rakannya itu mempunyai hutang berjumlah RM200,000 dengannya dan hubungan persahabatan mereka renggang sejak Sept tahun lalu kerana kegagalannya melunaskan hutang.

“Ahad lalu kira-kira 4 petang, dia bersama isteri datang ke rumah saya di Geliga, dan katanya untuk berbincang tentang hutang.

“Tetapi tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepala serta badan dibaling dengan pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tidak boleh bangun, sebelum dia berlalu pergi.

“Saya maklumkan padanya akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang boleh memalukan saya.

“Tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya,” katanya kepada Utusan semalam.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Chukai dan suspek ditangkap di Ampang, Selangor pada petang Jumaat. Suspek namun belum lagi direman dan kini dibenarkan jamin.

Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, mengesahkan laporan kejadian pukul dan khianat membabitkan Nizam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Nizam sementara itu menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut mengenai dakwaan cabul tersebut.



Soalan padu dari Pengarah Hospital RPZ !! Bila MB PAS Kelantan nak selesaikan masalah bekalan air

 


Soalan padu dari Pengarah Hospital RPZ !! Bila MB PAS Kelantan nak selesaikan masalah bekalan air


Selepas lebih 10 tahun masalah bekalan air membelenggu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, pengarahnya Dr Selasawati Ghazali tampil bertanya mengenai perancangan kerajaan dalam mengatasi masalah itu pada sesi soal jawab program Malaysia Prihatin yang dihadiri dua menteri dan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

Pada sesi soal jawab program itu, Selasawati menyuarakan masalah air yang berlaku di hospital itu dan apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Susulan itu Ahmad ketika menjawab soalan berkenaan menjelaskan, pihaknya dan Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang mengambil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Tindakan sedang diambil dan ia akan mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku,” katanya pada program Malaysia Prihatin sesi bersama pengawai kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Sementara itu, ditemui media selepas program itu, Selasawati berkata, hampir setiap hari bekalan air di HRPZ II mengalami gangguan sekali gus menjejaskan aktiviti harian.

Katanya, setiap hari penggunaan air di hospital itu tinggi sehingga mencecah 500 gelen atau 1,893 liter, namun bekalan air yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

“Di hospital kapasiti pesakit hampir 1,000 orang dan jumlah kakitangan pula seramai 4,000 orang dan jumlah itu tidak termasuk waris pesakit yang menjaga dan mengunjungi hospital berkenaan.

“Masalah ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu dan sehingga kini. Air adalah keperluan asas dan semestinya menjejaskan aktiviti harian hospital,” katanya..


Saari Sungip dedah perangai sebenar Azmin, buatkan ramai orang terkejut

 

Panas! Saari Sungip dedah perangai sebenar Azmin, buatkan ramai orang terkejut


YB Saari Sungip ADUN Hulu Klang ialah…

Tokoh reformis, pendidik, penulis buku, ketua naqib, tiga penggal sebagai ADUN Selangor.

Gelar dirinya Abu Urwah, Saari adalah pejuang Pas sejak 1998 yg *kini ahli AMANAH sejak awal Amanah ditubuhkan*.

Saari kecewa dgn Azmin Ali atas perangai Azmin antara lain…

1. Azmin engkar kpd presiden PKR DSWan Azizah agar isytihar Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan 2014.

2. Sebelum itu, Azmin yg ditugaskn oleh DSAI utk menilai sokongan Istana kpd DSWan Azizah sebagai MB Selangor 2014..didapati Azmin berbuat lbh dari itu dgn mengatur agar Istana memilih Azmin.

3. Takut bersemuka dgn DSAI atas pembelotannya, Azmin minta bantuan Saari Sungip 2014 utk bertemu DS Anwar.

4. Dgn keputusan DS Anwar sedia undurkn DS Wan Azizah isterinya digugur dr jd calon MB Selangor, Azmin yg lupa bantuan Saari sebelum itu ada buat kenyataan umum menghina Saari kononnya Saari mengemis jawatan Exco Selangor.

5. Hanya dlm dua tahun berjawatan MB Selangor, ketika DS Anwar dlm penjara, Azmin ada minta beberapa ADUN menulis surat kpd Sultan agar mempersoalkn kepimpinan DSWan Azizah sebagai Presiden PKR..dgn harapan DS Wan Azizah undur …supaya Azmin dpt jawatan itu. ( ketika ini DS Anwar dlm.penjara)

Cubaan Azmin ini gagal.

Rujuk audio penjelasan oleh Abu Urwah atau YB Saari Sungip ADUN Hulu Kelang Parlimen Gombak.

Ini sebahagian drp tindak tanduk belotnya Azmin sesama rakan perjuangan… Sheraton Move hanyalah kemuncak pembelotannya yg memburai siapa diri Azmin yg sebenarnya.

Rujuk audio 41:52 – PD




Soalan padu dari Pengarah Hospital RPZ !! Bila MB PAS Kelantan nak selesaikan masalah bekalan air

 

Soalan padu dari Pengarah Hospital RPZ !! Bila MB PAS Kelantan nak selesaikan masalah bekalan air


Selepas lebih 10 tahun masalah bekalan air membelenggu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, pengarahnya Dr Selasawati Ghazali tampil bertanya mengenai perancangan kerajaan dalam mengatasi masalah itu pada sesi soal jawab program Malaysia Prihatin yang dihadiri dua menteri dan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

Pada sesi soal jawab program itu, Selasawati menyuarakan masalah air yang berlaku di hospital itu dan apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Susulan itu Ahmad ketika menjawab soalan berkenaan menjelaskan, pihaknya dan Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang mengambil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Tindakan sedang diambil dan ia akan mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku,” katanya pada program Malaysia Prihatin sesi bersama pengawai kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Sementara itu, ditemui media selepas program itu, Selasawati berkata, hampir setiap hari bekalan air di HRPZ II mengalami gangguan sekali gus menjejaskan aktiviti harian.

Katanya, setiap hari penggunaan air di hospital itu tinggi sehingga mencecah 500 gelen atau 1,893 liter, namun bekalan air yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

“Di hospital kapasiti pesakit hampir 1,000 orang dan jumlah kakitangan pula seramai 4,000 orang dan jumlah itu tidak termasuk waris pesakit yang menjaga dan mengunjungi hospital berkenaan.

“Masalah ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu dan sehingga kini. Air adalah keperluan asas dan semestinya menjejaskan aktiviti harian hospital,” katanya.



Najib pula sekolahkan Takiyuddin, bagi alasan mengarut tak buka Parlimen

 

Panas! Najib pula sekolahkan Takiyuddin, bagi alasan mengarut tak buka Parlimen 

Perbezaan antara tahun 1969 dengan 2021:

– YDP Agong tak bertitah bahawa parlimen boleh bersidang semasa darurat pada tahun 1969.

– Perikatan (BN) menang majoriti yang tetap besar masa itu – 66 kerusi parlimen berbanding 37 bagi pihak lawan

– Timbalan Speaker tak lari keliling parlimen.

– Tiada siapa yang keluarkan alasan “sains dan data” untuk memberi justifikasi bahawa Dewan Rakyat tak selamat tapi health spa, bazaar Ramadan, panggung wayang, kasino, kedai 4D, shopping mall, sekolah, pusat peranginan, “fun ride yang tak fun”, pasar malam dan hampir semua lokasi pula adalah selamat.




Memahami isi surat Umno Ketereh

 

SUSUPAN PAGI 




UMNO bahagian Ketereh telah menghantar surat bertarikh 19 Mac 2021 kepada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan empat perkara untuk dilaksanakan segera. 

Ia merupakan tuntutan dan desakan, memorandum. Apa dikemukakan itu sebagai menuntaskan beberapa perkara sebenarnya yang berada dalam jiwa ketua Umno Ketereh Annuar Musa bukannya desakan atau suara umum Umno.

Empat perkara itu, pertama Umno Ketereh menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) gabungan BN dengan Pas, GPS Sabah dan GRS Sarawak.

Kedua mengesorkan supaya BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi serta membentuk gabungan terkuat untuk menentang PH dalam Piruam ke-15.

Ketiga memohon Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) segera melantik seorang timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin BN.

Dan keempat, fokus dan memberi keutamaan kepada kestabilan politik, menentang Covid, membela rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara. Perkara terakhir dan ketiga ini hanya formaliti sahaja bukan keutamaan?

Pengiriman atau penulisan surat seperti itu; memberi cadangan dan desakan adalah perkara biasa dalam praktik sistem demokrasi. Begitu juga menyuarakan sesuatu desakan kepada presiden adalah perkara lazim, merupakan satu tanggungjawab secara tidak langsung menandakan wujud kebebasan bersuara dalam parti, dan menunjukkan Umno tidak dikuasai oleh presiden secara veto atau diktator.

Tetapi ada sedikit kejangalan dengan surat Umno Ketereh yang lebih merupakan surat peribadi Annuar Musa itu apabila isi kandungannya didedahkan kepada media. Kemurnian dan kejujurannya serta disiplin beroganisasi tidak ada lagi apabila Annuar berbuat begitu. Tentu maksudnya mahukan mesej dan tuntutan beliau itu dilihat oleh dunia serta mempunyai motif tersendiri. 

Surat itu lebih kepada menyerang Zahid sebagai presiden daripada memberi nasihat. Lagipun pun, setelah orang menyedari akan hubungan atau pun perbezaan nada antara beliau dengan presiden, tidak sulit untuk orang membaca apakah hujung jatuh dan tujuan surat tersebut diperbuatkan. Surat tersebut tidak semurni tujuannya lebih-lebih lagi menjelang seminggu perhimpunan agung Umno (PAU). 

Luka lama berdarah kembali. 

Hubungan Annuar dengan Zahid sudah lama diketahui tidak sejalur, dan ia agak kritikal kebelakangan ini khasnya setelah Umno kehilangan kuasa. Tindakan Zahid memecat Annuar sebagai Setiausaha Agung Umno adalah klimaks rasa tidak puas hati kedua pihak, menjadikan luka lama yang berlaku antara keduanya berdarah kembali.

Tetapi kenapa surat itu dibuat secara umum dan didedahkan kepada media massa? Kebijakan ini dipersoalkan dari sudut politikal. Justeru apa dilihat di sini Annuar mempunyai maksud dan strtegi tertentu dengan surat berkenaan. Ia merupakan satu perang serang (psywar) berterusan dilancarkan oleh Annuar terhadap Zahid Hamidi. Annuar tidak dapat menyembunyikan rasa tidak puas hati kepada Zahid sampai kapan pun disamping mendedahkan cita-citanya. 

Cara Annuar dikira bijak mengikut sistem politik Machavellisme. Annuar menggunakan seoptimunya menyerang Zahid dengan mengambil kesempatan sewaktu Zahid sedang "bertawajuh" ke Sungai Buloh. Tuduhan di mahkamah terhadap Zahid digunakan sebaik mungkin oleh Annuar untuk menekan dan menyingkirkan Zahid sebagai melunasi dendam kesumatnya. 

Umum tahu Umno akan mengadakan persidangan agung (Pau) penghujung bulan ini. Jadi surat Annuar itu ada kena mengena dengan Pau itu. Surat itu adalah sebagai masej yang hendak disampaikan oleh Annuar kepada para perwakilan. Apa diharapnya sudah pasti mahu para perwakilan alert kepada beberapa perkara itu khas berhubung dengan pembahagian kerusi. Tuntutan dan pengsyoran Annuar masih logik, tetapi ada maksud tersiratnya menekan Zahid, sebab tidak mudah untuk Zahid melaksanakannya terutamanya mengeratkan atau bekerjasama dengan PPBM. 

Annuar mungkin sudah dapat menghidu di sebaik apa yang berlaku sekarang ini, yang Umno dikhabarkan sudah memulakan perundingan kerusi dengan PH khususnya Keadilan. Perkembangan terbahru ini sangat mengetik hati dan mencemaskan Annuar Musa. Itulah menyebabkan beliau gelabah dan tidak lena tidur. Annuar seorang politis yang boleh dikatakan mahir membaca arus politik berdasarkan pengalamannya. Sekiranya rundingan itu sukses ia boleh menyebabkan beliau mati beragam.

Sekiranya wujud kerjasama antara Umno dengan PH, ia akan membuka satu dimensi baru politik yang boleh menyebabkan kerajaan PN boleh tumbang dan menyebabkan nasibnya sendiri akan ghuyup entah ke mana. Walaupun dia mungkin ada cita-cita untuk bergantung "ditangkai bunga raya", tetapi dia tahu tangkai bunga itu tidak begitu kukuh. Ini menjadikan dia perlu bersiap sedia untuk pensiun politik. 

Jadi apa yang diingini Annuar dengan surat itu menjadi aspirasi dan api yang akan nyala di PUA kemudian membakar Zahid Hamidi. Dia mahu pengysoran dan tuntutan itu akan dilaungkan oleh para pewakilan khas para pembahas. Sekiranya Zahid berjaya disingkir, maksudnya untuk tercapai bagi memisahkan Umno dengan lain-lain entiti (Keadilan) dan merapatkan hubungan dengan Pas juga berhasil. 

Mungkin orang di luar sana tidak berapa sedar kewujudan gerakan bawah tanah dalam Umno untuk singkir Zahid dan kumpulan yang anti PPBM. Orang yang memain peranan penting atau arkitek untuk menyingkir Zahid dan membersihkan anti Muhyiddin adalah mereka yang itim dengan Muhyiddin. Walaupun ada beberapa kerat pemimpin Umno lain sependapat dengan Annuar tetapi mereka lebih bersikap mendiamkan diri dan menyokong dari belakang. Mereka membiarkan Annua memainkan peranannya.

Surat Annuar Musa keluar menyusuli kenyataan Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim yang memberi kata (altimatium) dua kepada Umno khasnya Zahid yang enggan bekerjasama dengan PPBM. Kata Shahihdan beliau akan membawa Umno meninggalkan arahan parti dan akan bersama PPBM. Kata-kata Shahidan itu biadab yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ketua bahagian kepada presiden.

Persoalanya kini apakah rancangan hendak menyingkirkan Zahid atas nama nak perkasakan Umno berjaya? Ia akan terjawab dalam masa terdekat ini. Sekiranya surat Annuar dan kenyataan Shahidan itu mendapat respon bermakna usaha itu aktif. Sebaliknya kalau ia mati dan berlalu begitu sahaja, bermakna PAU ini akan memuktamadkan akan memutuskan kerjasama dengan PBBM dalam kerajaan PN. Apapaun PAU itu nanti dijangka hangat kalau pun tidak berlaku sesuatu di luar dugaan.

Sebaliknya kalau PAU itu sukses dan lancar tanpa apa-apa kejutan, ia memberi natijah potensi untuk Umno akan bekerjasama dengan Keadilan (PH) dalam Piraum nanti sangat besar. [wm.kl.12:01 pm 21/03/2021] 

 

Siapa Broker Beli MP Pembangkang?

Bicara Bersama Dr Mujahid: Menjangkau Kerjasama Politik Kepada Penyembuh...

[ TERKINI ] Malaysia juara kejohanan badmintan All England

Ezam Mohd Nor: Gerak98 Di Kuala Selangor

[[LIVE]] 21.3.2021 PRU ogos?PILIHANRAYA HANYA 2023...TIDAK SEKARANG...PARLIMEN PULA MUNGKIN TIDAK AKAN DIBUK..



[[LIVE]] 21.3.2021 PRU ogos? kenapa tidak akan ogos? Taikyudin menyatakan 1969 2 tahun parlimen digantung. Apa indikasi dia? No Anwar No DAP. UMNO akan PRO bersatu akan menang dan akan tolak pakatan ini demi survial bersatu




Umno kena waspada dengan politik diplomasi Azmin

 






ULASAN


Azmin sang pemikat yang handal.

AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN. Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin berkata tumpuan perlu kepada kesemua 222 kerusi. Azmin memang seorang yang licit dan lincah dalam mencari kesempatan politik untuk menyelamatkan dirinya. 

Beliau berkata Umno tidak sepatutnya mempertikaikan 13 kerusi yang dibawa oleh MP Umno kepada Bersatu sebaliknya perlu melihat kepada agenda lebih besar menyelamatkan kerajan. "Janganlah pertikaikan 13 kerusi sampai melupai 222 kerusi," demikian kata Azmin. 

Amaran bernada psikoligi olehnya dengan berkata "apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?" Tanya Azmin.

13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah ialah Tasek Gelugor (Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad), Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu (Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).


Bagi mereka yang tidak arif dengan politik Azmin, panggilan dan rayuan Azmin itu dirasakan lunak dan menyerlahkan kejujuran bekas timbalan presiden Keadilan itu dalam berpolitik. Tetapi mereka yang sudah kenal apa lagi sudah terkena dengan jerat bingkasnya, mencuriagi diplomasi beliau itu bahkan dilihat sebagai perangkap.

Kekuatan PN untuk menghadapi pilihan raya kelak, terletak ditangan Azmin selaku Ketua Penerangan Bersatu. Azmin adalah arkitek dan engineer nya. Manakala yang menjadi kata kunci apakah PN boleh mengekalkan kerusinya. Kemungkinan itu ditentukan sejauh manakah kerjsama Bersatu, Pas dan Umno kekal. Kalau tidak, kerajaan PN akan jadi mendiang. 

Setakat ini Umno bekeras tidak akan bersama Bersatu. Umno sudah menolak kerjasama politik dengan Bersatu atau (MN) sehingga parlimen dibubar. Selepas sahaja parlimen dibubar kerjasama itu tidak akan terbentuk lagi. Kenyataan dan penegasan dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Ahmad Mazlan, yang memaklumkan keputusan Umno masih kekal, menolak kerjasama dengan Bersatu.

Cita-cita jadi Perdana Menteri.

Untuk menyatukan itulah tugas dan tanggungjawab besar Azmin. Kejayaan menyelamatkan keadaan turut menjamin kedudukannya selamat dan menetukan apakah cita-cita besarnya untuk jadi PM akan berjaya atau tidak.

Untuk rekod, Azmin sudah mencapai beberapa kejayaan di luar jangka umum. Perjalanan politiknya licin dan mencapai kejayaan cemerlang walaupun atas langkahan mayat orang lain. Dia berjaya mengepong Anwar dan mengehelkan Ezam Muhammad Noor daripada Anwar sehingga dapat menjadi timbalan presiden Keadilan. Dia berjaya dalam percaturan dan politik selingkuhkan menjadi MB Selangor dua penggal. 

Kejayaan terbaru beliau melakukan pengkhianatan dengan merampas kerajaan PN dan dia menjadi anggota kabinet selaku menteri "kanan kiri" dalam jemaah menteri kerajaan PN.

Azmin tidak pernah gagal dalam politik. Tidak pernah terseksa dan rugi. Itulah kebijaksanaannya dalam politik. Saat orang lain bergelumang dalam penjara, berpergi balik ke mahkamah, beliau hanya diam dalam bilik dingin memerhati dari jendela kaca tertutup sambil mencatur.

Justeru pelawaan dan rayuan baru kepada Umno itu adalah tugas dan cabaran buatnya. Umno kena berhati-hati disebalik logikal kata-kata dan pandangan Azmin itu. Ingat Azmin seorang pakar dalam matemetik dan sangat mampu menguruskan nombor dengan mahir. Kebolehan dan kepakarannya yang satu inilah yang ramai dialpakan oleh orang ramai yang akhirnya menjadi mangsanya.

Di sini selain mengenali cula dan wajah politik seorang Azmin, Umno kena fikir semak-masaknya dimana dan apakah bentuk jerat Azmin. Ajakan itu adalah umpan semata-mata yang bersifat untung seguni rugi sekarung buat Umno

Memanglah 13 kerusi itu bukan perkara pokok yang tidak boleh diuruskan. Tetapi apakah natijah daripada penyesaianya itu kelak. Jika ia dituntaskan maka kerjasama berlaku dan Umno akan bersama PN. Dalam pilihan raya nanti gerenti PN akan menang, tetapi berapa kerusi untuk Umno?

Perkara yang Umno tidak boleh lupakan nawaitu asal Bersatu itu adalah untuk membunuhnya. Bersatu sang ular lidi yang mahu menjadi naga. Umno kena waspada dan tidak mudah termakan dengan ajakan penuh tektikal oleh Azmin itu.

Benar Umno tidak boleh memimpikan akan dapat menjadi peneraju kerajaan selepas Piraum ke-15. Tugas dan peranan Umno kini hanya untuk survive parti itu sahaja. Umno harus selamatkan diri dahulu barulah bergerak untuk kembali berkuasa semua. Umno kena perkukuhkan parti itu baik dari segi fizikal dan spiritual. Ia memerlukan sekurang-kurang 20 tahun untuk kembali menerajui kerajaan. 

Manakala untuk menyelamatkan diri, Umno perlu memilih regu dan patner yang boleh dipercayai. Berkawan dan menjalinkan kerjasama dengan orang yang belum ada rekod khianatan kepadanya. Di sini tidak ada pilihan paling baik buat Umno melainkan bergabung dengan Keadilan atau Anwar Ibrahim. 

Mungkin untuk disebut PH agak alergik kerana PH ada sama DAP parti yang dilihat anti oleh Umno. Walhal perubahan dan putaran politik hari ini, persepsi lapok kepada parti chauvenis itu sepatutnya tidak timbul lagi. 

Mungkin setengah orang Umno mengira ia mustahil untuk bekerjasama dengan Keadilan atau Anwar. Masih ada orang Umno yang tidak dapat menerima Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai memberi masalah kepada parti itu dan juga dengan masalah peribadi yang dihadapinya. Sebenarnya rasa itu - perasaan mereka yang tidak cuba membebaskan diri keluar dari orbit politik sebenarnya.

Orang Umno perlu waras dalam menilai dan mengenali siapa oknum sebenarnya yang merosak dan damage Umno, bukan berpegang di atas sesuatu yang dipancang oleh mereka yang cemburu dan bencikan Anwar. 

Umno mempunyai alasan baik untuk bersama Keadilan atau Anwar. Setidak-tidaknya Anwar tidak pernah mengkhianati Umno secara langsung atau secara sengaja. Anwar tidak kelur daripada Umno tetapi ia dibuang diera OT95. Ini hakikatnya yang seakan dilupakan. Begitu juga masalah peribadi dihadapi Anwar, adalah masalah peribadi yang tidak perlu diheret ke dalam perdebatan politik untuk menyoal apakah perlu atau tidak bersama Anwar. Dalam era politik hilang maruah wajarkan itu dipersoalkan?

Anwar tidak pernah mengecam kewujudan Umno yang juga merupakan parti kedua-dua orang tuannya. Yang beliau kecam dan tidak bersetuju kepada beberapa individu dalam Umno yang menyimpang daripada perjuangan Umno. Yang menggunakan Umno sebagai alat menggembungkan diri.

Peluang ini sepatutnya diguna sebaik mungkin oleh Umno. Peluang seperti ini tidak akan datang berulang kali. Politik selain daripada perlu cermat dan tangkas, ia juga perlu bijak mengambil kesempatan. 

Diualng ingat lagi, Umno jangan muda terkesan dan empati dengan rayuan dan ajakan Azmin. Bacalah sejarah politik Azmin yang disenaraikan tadi. Azmin seorang pemikat yang cukup pandai kadang-kadang dia boleh menjerat mangsa hanya dengan kata-kata tanpa umpan yang nyata. [wm.kl.12:10 pm 15/03/2021]