PRK SABAH UJI KESETIAAN PAS.PILIH LOGO DACING ATAU PN


Hubungan rasmi Pas dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) telah terjalin hampir dua tahun yang lalu iaitu sebaik BN kalah PRU14.
Hubungan Pas dengan Bersatu pula hanya terjalin kira-kira enam bulan lalu iaitu sejak tertubuhnya kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional atau PN.
Tetapi, barangkali kerana Perdana Menteri adalah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Pas nampaknya lebih condong kepada Bersatu berbanding UMNO, walaupun UMNO lebih dulu dipeluknya.
Sementara UMNO enggan menyertai PN secara rasmi, Pas sebaliknya menyerah sepenuh jiwa raganya untuk bersama Bersatu dalam PN.
Begitu pun, Pas masih berada dalam MN dan sejak awal ternampak begitu bersungguh untuk membawa Bersatu sama ke dalam MN.
Menjelang PRN Sabah, 26 September depan, sebelum diumumkan PN akan menggunakan lambangnya sendiri, Pas mengatakan ia tiada masalah untuk menggunakan lambang dacing dalam pilihanraya tersebut.
Presiden Pas, Hadi Awang berkata, pihaknya bersikap terbuka dalam hal tersebut.
Kini, berikutan UMNO dan komponen BN telah memutuskan tetap akan menggunakan lambang dacing dalam PRN Sabah dan PN pula dengan lambangnya sendiri, kedudukan Pas tentu saja menjadi tanda tanya.
Ini kerana Pas secara rasmi berada dalam PN bersama dengan Bersatu, STAR dan SAPP serta dalam masa yang ada muafakat rasmi dengan UMNO dalam MN.
Dalam majlis pelancaran logo PN di Kota Kinabalu semalam oleh Hamzah Zainuddin untuk menghadapi PRN Sabah, turut hadir adalah
Presiden STAR, Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP, Yong Teck Lee, Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Dengan perkembangan ini, apakah logo yang akan digunakan oleh Pas dalam PRN Sabah nanti?
Apakah Pas akan menggunakan logo PN atau masih dengan kenyataan asal tiada masalah menggunakan lambang dacing?
Agak-agaknya di mana kesetiaan Pas dalam hal ini? 

(Shahbudindotcom 10/09/2020)

BERSATU, BN UMUM CALON BERASINGAN, BERLAKU PERTINDIHAN KAWASAN?

PARLIMEN TAK BAHAS, TUN M SIAR USUL PECAT MUHYIDDIN DI BLOG

MANIFESTO PAS TOLAK RASUAH MANA PERGI?

PN TEMBERANG, TIADA DASAR PRO-MELAYU DILULUSKAN

MUSA AMAN BERTANDING ATAS TIKET APA?


Alamak…dah gaduh ke ni?
Melalui media sosialnya, bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman memaklumkan beliau akan bertanding di Dun Sungai Manila pada PRN 26 September ini.
Dun Sungai Manila merupakan kawasan baru yang dipecahkan dari Dun Sungai Sibuga, sebuah kawasan yang disandang Musa sejak tahun 1994.
Sebahagian besar penyokong Musa juga difahamkan berada dalam kawasan Dun Sungai Manila.
Musa adalah satu-satunya Adun UMNO yang di Sabah, manakala yang lainnya sudah pun melompat menyertai Bersatu selepas PRU14 yang lalu.
Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin memberitahu, nama Musa tiada dalam senarai calon BN.
Katanya, tiada perbincangan dengan Musa berkenaan hasratnya bertanding di Sungai Manila itu.
Jadi, Musa akan bertanding atas tiket apa di Sungai Manila nanti?
Mungkinkah beliau akan bertanding sebagai calon Parti Cinta Sabah, milik adiknya, Anifah Aman?
Anifah yang mengetuai parti itu baru-baru ini ada memaklumkan PCS akan meletakkan calonnya di semua 73 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sabah.
Atau oleh kerana anak Musa, Hafez Yamani yang merupakan Ahli Parlimen Sipitang adalah ahli Bersatu, mungkinkah bekas Ketua Menteri itu akan bertanding mewakili Bersatu menggunakan logo PN sebagai pertukaran anaknya akan terus menyokong Muhyiddin di Parlimen?
Persoalan lain, mampukah Musa membuat kemunculan semula merampas kembali kerusi Ketua Menteri yang kini diduduki Shafie Apdal? (Shahbudindotcom 09/09/2020)

Kesatuan bangsa sangat berharga bagi Malaysia - Prof Razali Nawawi


Kesatuan bangsa sangat berharga bagi Malaysia - Prof Razali Nawawi


 
Malaysia selepas 63 tahun merdeka semakin luput nilai kesatuan pelbagai bangsa dalam kalangan rakyatnya.

Saban hari isu perkauman dan agenda memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu menjadi propaganda di media masa. Budaya pecah dan perintah ini sekiranya berterusan akan merosakkan masa hadapan negara serta meruntuhkan tamadun yang sedang dibina.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi, halangan menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia lebih kepada kejahilan pemikiran rakyat, selain diadu-domba isu-isu yang menerbitkan kecurigaan melampau antara satu sama lain.

"Saya rasa cabaran di sini ialah kejahilan, kecetekan ilmu dan pemikiran.

"Melihat orang lain dalam bentuk negatif. Tak faham erti hidup bersama. Kemudian yang amat membimbangkan, berlakunya pengkhianatan terhadap gerakan yang mahu merealisasikan semangat kemerdekaan.

"Kita harus sedar peranan mulia yang perlu dimainkan bangsa Malaysia, khususnya umat Islam. Saya rasa tercabar ada Ahli Parlimen Eropah menyindir, awak muslim; kamu satu dalam solat, satu kiblat, satu buku iaitu al Quran, satu Tuhan dan kamu kata kami berbeza kaum. Tetapi kamu berpecah lebih teruk daripada kami. Kami telah bersatu dalam Kesatuan Eropah.

"Mengapakah kita tidak belajar daripada mereka? Kita di sini bercakap Melayu - Islam. Tetapi kita menggembar-gemburkan elemen dan unsur yang boleh menghancurkan bangsa Malaysia.

"Sepatutnya kita mengekalkan co-existance. Depan saya Cina, belakang saya India. Jadi negara ini pelbagai bangsa," katanya dalam forum 'Erti Hijrah dan Kemerdekaan bagi Reformis serta Umat' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Menurut mantan Dekan pertama Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, pembinaan negara bangsa (nation state) yang lebih bermakna pada masa hadapan hanya boleh dilakukan dengan membentuk pemimpin pelapis berkualiti.

Katanya, Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kerasullannya telah melatih para sahabat baginda untuk menjadi pemimpin pelapis.

Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia harus mendesak kepimpinan politik negara agar membentuk pelapis-pelapis yang berkualiti

"Jangan kita harapkan orang kampung mahu berubah. Jangan kita harapkan orang bandar berubah. Pemimpin perlu berubah terlebih dahulu.

"Pemimpin ibarat kapten kapal, dia nak bawa kapal ke mana? Orang di belakangnya pula ibarat jurutera, mereka mesti jaga enjin dengan betul. Kapten pun jangan setkan navigator salah, nak pergi timur disetkan ke barat. Tidak akan sampai.

"Jadi rakyat kena mendesak political leadership, kalau kepimpinan tidak ada ketelusan maka bahanalah negara," katanya lagi.

Kepimpinan yang berkualiti, menurut Dr Razali, menyebabkan bukan sahaja orang Islam tetapi bukan Islam juga selesa mendiami Madinah.

Keselesaan tersebut menyebabkan semua kaum ingin bersatu-padu dan melupakan perbezaan antara mereka.

Cabaran itulah, kata Dr Razali, yang perlu didukung oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambilalih tampuk pemerintahan negara agar masa hadapan Malaysia tidak lagi terumbang-ambing.

"Sekarang bagaimana mahu buat? Tentunya rakyat perlu ada keazaman yang tinggi untuk berubah. Di Madinah orang Islam dan Yahudi ada keinginan yang kuat ke arah perubahan, keinginan yang kuat untuk bersatu.

"Umat waktu itu menjadikan diri mereka seperti bahan yang boleh dibentuk. Di Malaysia, semua bangsa mesti ada keazaman untuk berubah ke arah menegakkan nilai mulia atau 'high standard of values'. Keihlasan, kesamarataan dan timbang rasa.

"Kerana keikhlasan memerintah maka Rasullullah berjaya membina 'nilai moral' dalam kalangan orang Yahudi dan kaum pendatang.

"Kalau kita mahu menghayati semangat kemerdekaan. Kalau reformis nak laksanakan semangat Deklarasi Permatang Pauh maka kena buat kerja mengajak seluruh bangsa ikut memahami dan melaksanakan nilai-nilai yang terdapat dalam Deklarasi Kemerdekaan Malaysia juga Deklarasi Permatang Pauh itu," katanya.

Prof Dr Razali Nawawi merupakan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Forum GRM boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi Malaysia pada setiap Rabu, 9.30 malam.





*KENYATAAN MEDIA**KEADILAN TAMPIL GANDINGAN CALON BERPENGALAMAN DAN BAHARU, PELBAGAI KAUM DAN BERWIBAWA UNTUK PRN SABAH*



*KEADILAN TAMPIL GANDINGAN CALON BERPENGALAMAN DAN BAHARU, PELBAGAI KAUM DAN BERWIBAWA UNTUK PRN SABAH*

Image may contain: 1 person, standing and suit


KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum nasional. Perlembagaan Parti mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963.

Kehadiran KEADILAN di Sabah bukan perkara baru. Pada pilihan raya sulung yang disertai parti pada 1999, KEADILAN sudahpun bertanding 3 kerusi Parlimen di Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, KEADILAN menang 1 kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN. Dalam Pilihan Raya Umum 2018, KEADILAN menang 3 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN.

Walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi lebih besar, atas semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan, khususnya WARISAN, KEADILAN hanya bertanding 6 kerusi Parlimen dan 8 DUN pada 2018.

Keanggotaan KEADILAN Sabah telah mencecah lebih 170,000 orang, menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dari segi keanggotaan parti selepas Selangor.

Atas sebab itu, parti kali ini ingin meletakkan 14 orang calon DUN, satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Dua rundingan terakhir KEADILAN-WARISAN telah melibatkan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan pimpinan tertinggi KEADILAN.
Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang telah lama menyertai pilihan raya, KEADILAN juga berhasrat menampilkan calon Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. KEADILAN juga ingin mempunyai calon di segenap pelusuk Sabah.

Kali ini, KEADILAN melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon-calon yang berwibawa, termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita.

Ini komitmen KEADILAN untuk mengembalikan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri yang diterajui WARISAN, Pakatan Harapan dan UPKO pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dalam Pilihan Raya Negeri 2020.

Senarai kerusi-kerusi yang ditandingi KEADILAN dalam PRN Sabah 2020.
1. N. 20 Api-Api
2. N. 18 Inanam
3. N. 09 Tempasuk
4. N. 14 Tamparuli
5. N. 05 Matunggong
6. N. 32 Klias
7. N. 45 Sook
8. N. 43 Kemabong
9. N. 61 Segama
10. N. 27 Limbahau
11. N. 51 Sg Manila
12. N. 31 Membakut
13. N. 08 Pintasan
14. N. 23 Petagas

*Bertarikh pada 09hb September 2020 (Rabu)*
*Simsudin Bin Sidek*
*Ketua Penerangan MPN PKR Sabah*



MUHYIDDIN HARUS BERANI PECAT TIMBALAN MENTERI YANG MERAPU



Jika Muhyiddin Yasin ada buah pelir, pecat lah tim menteri yang cakap merapu macam orang mabuk ketum.

2. Mana ada dalam sejarah. Kementerian kena nafikan kenyataan Tim Menteri di Kementerian yang sama. Hanya ada di Malaysia.

3. Polisi atau dasar Kerajaan tidak boleh di umumkan selagi tidak ada kelulusan sidang jemaah Menteri.

4. Dan seorang Timbalan Menteri adalah wajib memberi tahu Menteri akan apa dia nak buat kenyataan dan cakap berkaitan dasar Kementeriannya.

5. Setiap pembayaran yang dikenakan kepada rakyat tertakluk dengan Akta Fee atau telah di bentangkan dalam bajet. Lain daripada itu adalah kutipan atau cukai haram.

6. Malaysia sudah ada keperluan mengwujudkan Sekolah Menteri dan Timbalan Menteri.. banyak sangat tidak berapa cerdik.

Tidak ada perasaan malu Kabinet Muhyiddin Yasin ini. Inilah akibat satu Kerajaan yang tidak hala tuju.MakCik Gemok dan Setiausaha Politik botak, boleh buat apa dia suka. Sebab boss pengidap kanser tak boleh stress.

Sang Kelembai
September 9, 2020
Kuala Lumpur.




PEKUDA AGAMA LAGI



NIZAM AKA


Image may contain: 2 people, text that says "Hd Konon2nya Bawa Islam.. Harakahdaily 14m f mkk i About this website Kalau Dah Bawa Islam, Jika PAS tidak membawa perjuangan Islam seperti mana yang diperjuangkan hingga ke hari ini, PAS pasti Bertandinglah tidak akan dimusuhi. Di Semua 73 Kerusi.. Takkan Nak Bwa Islam PAS dimusuhi kerana bawa Islam HARAKAHDAILY.NET KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komo... Hanya Untuk Tapi Bertanding Kerusi? 10 Kerusi Shj? Hanya 10 Yang 63 Kerusi Lagi Tak Perlu Bawakan Islam Utk Mereka? BERITA Azneo malaysiakini. PAS hasrat tanding 10 kerusi PRN Sabah"


✓ Amboiii..Hebat parti perkuda agama ni..Bawa Islam kononnya..Maknanya semua umat islam di msia yg menjadi penganut Islam hasil drp Islam dibawa oleh Pas lah?Parti Pas ni beranak tahun berapa?
✓ Dah berapa ramai org kafir dlm msia ini yg tlh dislamkan oleh puak-puak Pas ini?Agak0agak mana ramai yang telah dislamkan oleh ustaz Ebit Liew walaupun Ustaz Ebit Liew hanya seorang diri?
✓ Langgar arahan kuarantin oleh kjaan tu,islam mana yg dibawa?
Mnyokong mereka yg merompak dan menyamun wang negara itu,islam mana yang dibawa?
✓ Beli kereta mewah utk pemimpin-pemimpin dlm keadaan masalah air utk rakyat belum selesai,islam mana yang dibawa?
✓ Melobi dan berebut-rebut jawatan dlm glc dalam keadaan rakyat ramai yg menjadi penganggur dan hilang pendapatan,islam mana yang dibawa?
✓ Kafirkan org islam yang lain yang tidak sehaluan dgn perjuangan kita,islam mana yang dibawa?
✓ Ramai pemimpinpemimpin yang diarah membayar saman kerana budaya fitnahkan orang lain,islam mana yang dibawa?
✓ Perniagaan yang paling untung dan tanpa menggunakan modal yang besar ialah Berniaga Agama..

Skandal tanah dikaitkan MB Perak: Terkini! SPRM panggil beberapa saksi

Skandal tanah dikaitkan MB Perak: Terkini! SPRM panggil beberapa saksi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan berhubung laporan skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Tanpa mendedahkan jumlah dan identiti individu dipanggil, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, sejak semalam beberapa individu telah memberi keterangan sebagai saksi berkaitan laporan tersebut.
Menurutnya, beberapa individu lagi akan turut dipanggil sebagai saksi untuk membantu siasatan terhadap laporan diterima SPRM pada Isnin lalu.
“Ya, SPRM telah memulakan siasatan. Beberapa saksi telah dan akan dipanggil untuk membantu siasatan mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan satu siasatan akan dijalankan berhubung isu skandal tanah di Perak.
Menerusi kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusyairi Yahya, siasatan tersebut dibuat susulan penyebaran surat bertajuk ‘surat karam’ di media sosial baru-baru ini.
Pada 7 September lalu, Putra membuat laporan kepada SPRM susulan surat tular di media sosial berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.
Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman berkata, pendedahan itu dilihat membimbangkan apabila pemberian secara sah itu melibatkan lebih 1,200 hektar tanah di seluruh negeri.

KALAU LANTIK, SATU HABOK PUN TARAK BUAT APA?



TARMIZI MOHD JAM

Kalau Presiden PAS., Ketua Pemuda PAS ada kepakaran...Dah lama Pelaburan atau FDI tertinggi di Terengganu dan Kelantan.. Terengganu sendiri bergantung hasil Royalty..Tapi tahun lepas, Satu FDI pun boleh kata takda ke Kelantan...
Image may contain: 1 person, text that says "DIPERCAYA AWANI Astro AWANI @501Awani Pelantikan Ir Khairil Nizam Khirudin dalam BDB bukan kerana beliau Ketua Pemuda Pas tetapi atas kapasiti profesionalisme yang dimilikinya- Menteri Besar Kedah, @SanusiNor #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 Translate Tweet AWANI COVID-19 DM BAHARU JANGKITANFOKUS MESYUARAT EXCO NEGERI KEDAH"

ISU VEVEONAH, TIMBALAN MENTERI ANGKUH UNTUK MELIHAT PERMASALAHAN SEBENAR*


KENYATAAN MEDIA

9 SEPTEMBER 2020

ISU VEVEONAH, TIMBALAN MENTERI ANGKUH UNTUK MELIHAT PERMASALAHAN SEBENAR*

Satu kesilapan besar Kerajaan dalam isu Veveonah ini adalah kerajaan seakan-akan tidak mampu untuk melihat bahawa isu ini sebenarnya timbul daripada masalah infrastruktur di Sabah.

Kempen “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” yang dipelopori oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sendiri tidak diendahkan, malah beliau secara terus-menerus menegakkan benang yang basah.

Sebagai Timbalan Menteri yang mempunyai “Ijazah Sarjana”, beliau sepatutnya sedar bahawa masalah sebenar dalam isu ini, yakni kurangnya infrastruktur di beberapa kawasan pedalaman Sabah harus diselesaikan sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati masyarakat yang susah.

Hakikatnya di Sabah dan juga di pelbagai kawasan pedalaman di Malaysia, isu capaian internet ini adalah isu yang biasa. Maka, apabila isu seperti ini diangkat, Timbalan Menteri sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Veveonah.

Namun, sehingga kini Timbalan Menteri masih lagi berkeras dalam menyerang seorang pelajar yang gigih menuntut ilmu.

Mungkin disebabkan kehidupan sebagai Timbalan Menteri itu mewah, beliau tidak faham akan kepayahan anak-anak di Sabah untuk menuntut ilmu.

Adakah Timbalan Menteri pernah merasai betapa susahnya hidup tanpa ketiadaan air dan elektrik setiap hari dan juga dengan jalan yang tidak berturap? Adakah Menteri dan Timbalan Menteri sebenarnya memperjuangkan nasib kami di dalam Parlimen?

Atau sebenarnya anda semua hanya mengumpul harta, membina nama, kononnya memperjuangkan bangsa dan agama.

Di saat realiti kehidupan kami ditunjukkan kepada Menteri, anda semua memilih untuk memperlekehkannya. Adakah #KitaJagaKita sebenarnya bermaksud Menteri jaga Menteri?

Di manakah Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Wanita, Masyarakat dan Komuniti? Malah Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri masih diam membisu dalam isu ini.

Kebisuan ini boleh dianggap sebagai isyarat bahawa seluruh Kabinet sebenarnya setuju dengan tindakan Timbalan Menteri dalam menyerang seorang pelajar yang tidak bersalah.

Berdasarkan situasi sekarang, adakah kerajaan sebenarnya komited dalam menyelesaikan isu ini, atau sebenarnya kerajaan akan terus menyerang mereka yang membuat aduan. Marilah rakyat Sabah, kita hukum dan tolak Menteri-menteri dan Timbalan Menteri ini.

RAYMOND AHUAR
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
Sabah

Seleweng dana OKU: SPRM tahan pemimpin Umno Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang timbalan ketua bahagian Umno di Perak berhubung dakwaan menyeleweng dana hampir RM800,000 milik sebuah persatuan orang kelainan upaya (OKU).
Lelaki itu merupakan pengerusi persatuan itu, selain merupakan ahli majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak.
Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan bahawa ahli politik berusia 61 tahun itu ditahan pada 3 September lalu.
Fauzi berkata SPRM menerima laporan bahawa suspek didakwa memindahkan wang dari akaun persatuan ke akaun peribadinya.
“SPRM sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Fauzi menafikan bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti politik suspek.