GAMBAR GAMBAR JELAJAH ANWAR DI WPKL HARI INI



Perjumpaan santai bersama pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wilayah Persekutuan.
KEADILAN akan terus memberi ruang kepada kumpulan NGO untuk turut serta dalam agenda pembangunan negara.
Suara dan pandangan mereka penting dalam membantu kerajaan merangka dasar serta membangkitkan isu yang mengesani masyarakat.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman


Mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan. Saya ingatkan semua pimpinan termasuk Angkatan Muda Keadilan dan Wanita agar terus menggerakkan idealisme perjuangan reformasi.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja, ruang tamu dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang berdiri, kasut dan luaran




ANWAR DI CERAS, KL MALAM INI !!




OLEH: W.FAUDZIN NS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks




Rakyat rindukan suara pejuang reformasi dan bakal PM ke 8 ni.  Kunci reformasi sebenar berada di tangan DSAI.  Hanya orang yang hidup di dalam peluh keringat dan darah reformasi sahaja yang ada roh reformasi dan punyai kekuatan untuk melaksanakan agenda reformasi di dalam negara ini.  Orang itu adalah Anwar Ibrahim  !! 

Tidak pelik ada di kalangan pimpinan parti dan musuh politiknya tidak mahu melihat sosok ini tampil menjadi PM akan datang.  Pembangkang sudah tentu sedar, jika negara ini berada di bawah PM bernama Anwar Ibrahim, pembangkang akan mendapat kesukaran.  Sekarang ini mereka punyai modal perkauman dan agama ditambah pula dengan beberapa menteri yang 'ampu sana ampu sini" sehingga melupakan 'reform' yang dijanjikan.  Modal mereka akan sampai ke penghujung apabila tiba waktu DSAI diangkat menjadi PM atas izin Allah, InsyaAllah.

Ayuh, malam ini kita ke Ceras.  InsaAllah, jika ada ruang dan diberi peluang, ada sesuatu yang ingin saya tanya kepada tokoh hebat ini.



VIDEO :ANWAR : USAHA MENGURANGKAN MASALAH PENGANGGURAN DIPERLUKAN





https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/2420073648315675/


Usaha dan upaya tambahan diperlukan dalam menangani masalah pengangguran dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada Bumiputra Melayu, tetapi juga kepada yang lain.
Jika ini tidak ditangani dengan baik, maka masalah kesenjangan itu akan terus melebar dan lebih parah.



UTUSAN GULUNG TIKAR, PEMIMPIN2 MELAYU UMNO CUCI TANGAN

Oleh : Zanirun Baba

Dilaporkan hari ini bahawa lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia berkemungkinan gulung tikar Rabu ini. Pekerja-pekerja tidak dibayar gaji sejak Jun 2019. Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah betapa masyuknya pengarah2 Utusan di zaman UMNO berkuasa.

Saya korek beberapa laporan kenyataan kewangan sejak tahun 2015 dan kongsikan untuk tatapan umum.

Pengarah2 Utusan yang berkabelkan Umno masyuk. Gaji/Imbuhan mereka berpuluh-puluh beratus-ratus ribu setiap tahun meskipun kedudukan kewangan Utusan makin tahun makin teruk. Ada yang cecah RM700,000 setahun, ada yang cecah RM550,000 setahun.

Antara pengarah2 yg dapat nikmat selama ini ialah:
1. Tengku Sariffuddin, Setiausaha Akhbar Najib Razak. (kalau korang pernah tengok video Najib melenting "you're not being fair to me", orang yg bersama Najib yg bermisai itu Tengku Sariffuddin.)
2. Ibrahim Yahaya, Setiausaha Akhbar Zahid Hamidi.
3. Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Ahli Parlimen UMNO Kulim Bandar Baharu
4. Ahmad Fauzi Zahari, bekas Ahli Parlimen UMNO Setiawangsa

Yang lain tak kenal takpe, tapi mereka adalah ahli-ahli korporat yang duduk dalam lembaga Utusan Mlayu (Malaysia) Berhad hasil kabel kuat bersama UMNO.

The point is this....

Selama ini, yg bawa motor ke hulu hilir ialah Melayu biasa.
Selama ini, yg jemur bawah matahari terik untuk cover sidang media ialah Melayu biasa.
Selama ini, yg angkat kamera berat-berat naik turun tangga ialah Melayu biasa.
Selama ini, yg dapat gaji ciput ialah Melayu biasa.
Manakala........ yg duduk ofis, yg muka selalu keluar newspaper, yg dapat imbuhan masyuk ialah pemimpin2 Melayu UMNO.

Jadi, setelah berkorban untuk bantu pemimpin2 Melayu UMNO raih sokongan politik selama ini, apa balasan Melayu2 biasa dapat daripada pemimpin2 Melayu UMNO? Fikir-fikirlah. Kalau masih benak, masih malas berfikir, salahkan DAP salahkan PH salahkan Cina salahkan orang lain je lah. Setel.

KEMANA MENGHILANGNYA HAMID BADOR?



Dengan sudah lebih dua bulan masa berlalu sejak isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar, ramai barangkali yang mulai terlupa atau melupakan mengenainya.
Apatah lagi, Azmin tetap santai muncul di mana-mana seperti biasa seolah-olah tiada rasa malu dalam dirinya, meskipun analisa CyberSecurity yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendapati video itu adalah tulen.
Bagaimanapun, di sebalik ketulenan video tersebut, CyberSecurity tidak dapat mengenalpasti sama ada salah seorang pelakunya adalah Azmin atau tidak.
Sebelum itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku beliau adalah lelaki dalam video itu dan mendakwa Timbalan Presiden PKR itu adalah pasangannya.
Analisa CyberSecurity yang didedahkan kepada umum oleh Hamid itu segera menimbulkan kecaman ramai kerana ia dilihat percubaan pihak berkuasa untuk melindungi Azmin, tambahan lagi beliau tidak dapat menyebut berapa peratus analisa Cyber Security mendapati wajah pelaku dalam video itu mirip Azmin.
Adakah 40 peratus, 50 peratus atau 70 peratus?
Atau adakah kemiripan pelaku dalam video itu dengan wajah Azmin hanya 10 peratus dan kurang daripada itu?
Ada juga yang mempersoalkan jika wajah pelaku dalam video itu tidak dapat dikenalpasti, bagaimanakah pihak polis selama ini berjaya menangkap ramai penjenayah yang hanya dikesan melalui rakaman CCTV yang jauh lebih kabur gambarnya?
Dalam waktu yang sama, sejak itu juga wujud pihak lain iaitu Lokman Adam daripada UMNO
yang cuba “menyenangkan” kerja pihak polis dengan menghantar rakaman video yang didakwa melibatkan Azmin itu ke Indonesia dan London untuk dianalisa.
Dalam kedua-dua analisa di luar negara itu, bukan saja videonya disahkan tulen, bahkan pelakunya didapati sangat mirip dengan Azmin berdasarkan beberapa persamaan yang nyata.
Bagaimanapun, sejak kali terakhir muncul mendedahkan analisa CyberSecurity yang kemudiannya menimbulkan kecaman ramai, seterusnya disusuli dengan apa yang dilakukan oleh Lokman, Abdul Hamid seolah-olah terus menghilangkan diri.
Apa khabar beliau sekarang ini agaknya?
Kenapa sudah begitu lama beliau menghilangkan, malah dalam beberapa kes yang berlaku dalam negara seperti kematian remaja istimewa Ireland/Perancis, Nora Anne misalnya, hanya timbalannya saja yang muncul?
Bilakah kes video yang didakwa melibatkan Azmin ini hendak diselesaikan siasatan dan kertas pendakwaan mahu dihantar di Pejabat Peguam Negara?
Apakah tempoh dua bulan masih belum mencukupi untuk menyiasat kes yang dianggap begitu mudah itu di mana sekurang-kurangnya sudah ada rakaman video, ada pengakuan Haziq dan ada juga rakaman CCTV yang boleh dijadikan asas siasatan serta pendakwaan?
Atau pihak polis memerlukan lebih banyak masa lagi?
Tapi, apa pun alasanya, pihak polis tidak boleh berlengah terlalu lama menyimpan kes video ini dalam fail siasatan tanpa sebarang penyelesaian.
Tambahan lagi, Abdul Hamid dilihat seorang yang berintergriti tinggi sebelum ini kerana sanggup melawan dan meletakkan jawatan semata-mata tidak mahu bersekongkol dengan skandal 1MDB ketika era Najib Razak.
Bagaimana dengan sekarang? Masihkah Abdul Hamd berpegang kepada prinsip dan intergriti dalam dirinya?
Kalau dalam kes 1MDB yang jauh lebih besar, beliau berani bersuara dan melawan, dalam kes video semburit yang lebih kecil dan mudah ini, jika didapati ada unsur mahu menutup atau melindungi seseorang, Abdul Hamidi seharusnya konsisten dengan prinsip lamanya.
Membiarkan dirinya tunduk kepada penguasa yang cuba menutup kebenaran hanya akan membuatkan imej, prinsip dan intergriti dirinya tercalar di sepanjang kehidupan.
Itukah yang Abdul Hamid mahu dalam hidupnya? (Shahbudindotcom 20/08/201

KES SRC: NAJIB TIDAK NAFIKAN TANDATANGAN TRANSAKSI BANK

TEGURAN ANWAR SEBAIKNYA DIIKUTI PESANAN TUN M AGAR PENYOKONGNYA TURUT HORMATI KONSENSUS



Secara tiba-tiba ramai penyokong Tun Mahathir Mohamad melompat kegembiraan bila membaca berita Anwar Ibrahim menegur Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung gesaanya agar Perdana Menteri segera berundur daripada jawatannya.

Mereka seolah-olah melihat teguran Anwar itu bukan saja ditujukan kepada Hassan, tetapi juga kepada semua pihak yang selama ini dilihat bersetuju dengan gesaan yang dibuatnya.

Lebih daripada itu, ada juga yang melihat teguran itu tanda keakuran Anwar terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai penentu mutlak bilakah peralihan kuasa itu hendak dilakukan.

Dengan itu, kata mereka, semua orang mulai sekarang hendaklah duduk diam-diam dan tunggu saja dengan sabar penyerahan jawatan kepada Anwar itu.

Benarkah begitu?

Jika diperhati, teguran Anwar kepada Hassan itu adalah dalam konteks menghormati konsensus peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama oleh PH sejak sebelum PRU14 lagi dan tidak selain daripadanya.

“Nasihat kami adalah hormati persetujuan bersama PH untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai pengganti seterusnya.

"Perkara ini tetap menjadi konsensus.

“Saya fikir, bagi saya, Tun Mahathir dan para pemimpin PH tidak ada yang berubah.

"Jadi, nasihat saya elakkan diri daripada membuat kenyataan seperti itu," kata Anwar lagi.

Berdasarkan kenyataan menegur Hassan tersebut, dengan mudah difahami ia adalah menggambarkan jiwa besar Anwar terhadap konsensus peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama iaitu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri interim dengan Pengerusi PH itu sendiri paling awal menyatakan hanya mahu memegang jawatan itu selama dua tahun saja.

Bermakna, selagi janji konsensus itu dipatuhi dan tidak ternampak tanda-tanda dimungkiri, tidak perlu ada gesaan meminta Tun Mahathir berundur lebih awal.

Tetapi, adakah semangat perjanjian itu benar-benar telah dipatuhi oleh pihak yang menyokong Tun Mahathir?

Mengapa, di sebalik semua orang faham mengenai konsensus peralihan kuasa dan Tun Mahathir sendiri menyatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, selain usianya sudah 93 tahun ketika mengangkat sumpah, masih ada yang mahu mendesak khidmat beliau dilanjutkan sehingga ke akhir penggal?

Malah, menteri kesayangan Tun Mahathir sendiri iaitu Azmin Ali pun turut tidak malu-malu menyokong gesaan perlanjutan khidmat sehingga ke akhir penggal itu?

Tidakkah ini benar-benar suatu cubaan di siang hari untuk mencabuli janji konsensus, selain Tun Mahathir sendiri sering berubah-ubah mengenai tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri - mula-mula dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun dan terbaru sehingga ekonomi pulih dan keadaan negara stabil?

Mengapa susah sangat menetapkan suatu tarikh penyerahan jawatan yang akhirnya menjadikan PH sentiasa stabil dan tenang?

Sebagai langkah terbaik dan menghormati janji konsensus itu, oleh kerana Anwar sudah mengambil langkah terpuji menegur Hassan, sepatutnya Tun Mahathir juga mengambil langkah yang sama mengingatkan para penyokongnya.

Tidak perlu ada sebarang desakan atau kenyataan yang mahu Tun Mahathir berkhidmat sehingga akhir penggal, juga termasuk tidak perlu Perdana Menteri sendiri berjumpa pihak luar daripada PH untuk tujuan menambah kekuatannya.

Realitinya,  guna jika Anwar saja yang berbuat menegur penyokongnya, tetapi Tun Mahathir hanya diam dan kadangkala tersenyum melihat penyokongnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mahukannya menjadi Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.

Kadang-kadang gesaan seperti yang dilakukan oleh Hassan itu lebih sebagai respon kepada kenyataan penyokong Tun Mahathir yang lebih dulu tidak berpijak di bumi nyata dengan mahu beliau terus jadi Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Kalau kedua-dua pihak dapat saling menghormati konsensus, baik dari segi tindakan mahu pun semangatnya sejak awal lagi, tidaklah PH ini bergolak seperti yang ada pada hari ini. (Shahbudindotcom 19/08/2019)

BERGAMBAR :ANWAR MERASMIKAN MAJLIS PROFESIONAL MALAYSIA

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

Merasmikan Konvensyen Motivator Profesional Malaysia anjuran Akademi Motivator Profesional Malaysia di Shah Alam.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman


Saya tekankan dalam ucapan, seseorang motivator atau pemidato itu perlu mempunyai keyakinan tinggi serta pengetahuan yang luas terhadap bidang yang mereka sentuh dan ceburi.
Selain itu, saya juga mengingatkan mereka supaya mengangkat martabat Bahasa Melayu serta pematuhan kepada dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan.


KEUTAMAAN KEPADA PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA, BUKAN JAWI

KERAJAAN PH ADIL KEPADA NEGERI PEMBANGKANG

RELAKS LA AZMIN... JANGAN GELABAH




RELAKSLAH AZMIN…DI MANA SALAHNYA GESA TUN M BERUNDUR?

Kenyataan Azmin Ali menempelak
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung gesaannya agar Tun Mahathir Mohamad segera berundur, adalah sesuatu yang pelik dan tidak demokratik sebenarnya.
Dalam politik demokrasi dan dalam era Malaysia Baru sekarang ini, mengeluarkan pendapat dan berbeza pendirian seharusnya diraikan dengan seluas-luasnya.
Yang penting, setiap perbezaan pendapat itu mesti dijawab dengan hujah yang bernas dan meyakinkan.
Hassan ada hujahnya yany tersendiri bila menggesa Tun Mahathir berundur, maka hujah beliau mesti dijawab dengan hujah juga.
Janganlah semudah itu dikecam bila beliau mengeluarkan pendapatnya.
Sebaliknya pendirian Azmin yang mengecam Hassan itu dilihat amat pelik kerana beliau sebagai Timbalan Presiden PKR seolah-olah tidak mahu Presidennya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Dalam hal yang sama, apakah Azmin lupa beliau sendiri pernah menyokong saranan Pas yang mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Tidakkah saranan Pas itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan perjanjian yang sudah dipersetujui dalam PH?
Mengapa pula Azmi tidak mengecam saranan Pas itu, sebaliknya menyokong pula?
Apakah dalam PH sekarang hanya menyokong Perdana Menteri saja dianggap betul, walaupun ia bercanggah dengan persetujuan PH sendiri, manakala berbeza dengan Perdana Menteri suatu kesalahan?
Lagi pula, bukankah juga menggesa Perdana Menteri berundur adalah perkara biasa sejak dulu lagi?
Maka, di mana salahnya gesaan Hassan itu?
Lebih daripada itu, Tun Mahathir sendiri biasa melakukan amalan menggesa Perdana Menteri yang tidak sebulu dengannya agar berundur dan meletak jawatan.
Dengan yang demikian, relaks Azmin dan janganlah kenyataan membodek Tun Mahathir ini dilihat oleh orangramai, termasuk budak-budak sekolah sebagai tindakan untuk menyelamatkan diri daripada isu video semburit yang masih lagi dalam siasatan polis ketika ini. (Shahbudindotcom 18/08/2019)

Cabaran mentadbir dalam demokrasi masyarakat majmuk pasca-kebenaran




Pada 25 Julai, muka depan Sinchew Daily melaporkan bagaimana kononnya sukatan pelajaran darjah 4 tahun depan akan mengandungi enam muka surat pengenalan tentang tulisan jawi. Dengan demikian, DAP pun mendepani krisis terburuknya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, yang juga tidak dinafikan merupakan salah satu krisisnya yang paling serius sepanjang sejarah 53 tahun penubuhan parti.

Apa yang menyusul kemudian ialah sebuah siri luahan emosi yang disemarakkan dengan begitu sedikit fakta, kebanyakannya diputar-belit. Ini sememangnya adalah sesuatu yang menyedarkan. Kita sekarang mentadbir dalam era pasca-kebenaran yang begitu mencabar, di samping tanggungjawab kepada negara untuk memperkukuh sebuah kerajaan yang berbilang-etnik dan berbilang-parti.

Saya ingin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin akar umbi DAP di Johor. Anda semua telah mendepani begitu banya dugaan. Ketika orang ramai menyerang DAP, anda terpaksa menanganinya secara berdepan di kedai-kedai kopi kejiranan masing-masing.

Bukannya kita tidak pernah berdepan keadaan sebegini sebelum ini. Pada tahun 2014, ‘terima kasih’ kepada Sinchew Daily dan Utusan Malaysia, DAP dituduh oleh Sinchew sebagai pengecut kerana tidak berani menyatakan pendirian terhadap PAS, yang ketika itu sekutu Pakatan Rakyat, apabila PAS dan Umno berpentas tentang persoalan hudud; di pihak yang satu lagi, Utusan pula menyerang DAP kononnya bersifat antagonis terhadap Islam.

Kemudian pada tahun 2016, sekali lagi dengan isu yang digembar-gemburkan oleh Sinchew Daily, akar umbi DAP dihina apabila DAP berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa yang sama, dalam lingkungan pembaca Utusan, penyokong Dr Mahathir dijadikan mainan kerana bekerjasama dengan DAP.

Ketika krisis-krisis tersebut, pemimpin DAP Johor di setiap peringkat kekal bersatu dan kita turun ke setiap satu pekan kecil di Johor dan bercakap di forum-forum kedai kopi, bagi menjelaskan kepada para penyokong tentang keputusan sukar yang mesti kita buat.

Ribut perkauman yang dicipta oleh akhbar dan media sosial memang sukar ditangani. Krisis ini misalnya, seakan telah menelan semua orang sehinggakan jika sesiapa berani menghadirkan sudut pandang berbeza, orang itu akan digelar pengkhianat kepada perjuangan kaumnya. Semuanya diwarnakan hitam putih. Selebihnya dihukum sebagai pengkhianat. 

Dalam hal ini, adalah Dr Mahathir atau Lim Kit Siang dikira sebagai petualang?
Media massa sudah bebas sepenuhnya sejak perubahan kerajaan pada tahun 2018. Kerajaan baharu tidak campur tangan dalam operasi harian, walaupun kebanyakan saluran media dimiliki oleh kroni-kroni kerajaan terdahulu.

Jadi kita kita sudah ada Fox News versi kita sendiri, di medan orang Melayu dan juga bukan-Melayu. Fox News di Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menetapkan agenda dan sudut pandang. Pempengaruh media sosial pro-Trump dan tentera siber kemudiannya menari mengikut rentak yang ditetapkan dan membawa rentak itu ke ruang siber melalui aplikasi peer-to-peer seperti Whatsapp. Ilusi persetujuan; seperti ruang gema, justeru diwujudkan.

Dalam senario Malaysia, di medan bukan-Melayu, kerajaan Pakatan dianggap telah dikawal dengan kuku besi Dr Mahathir. Dr Mahathir dibingkai sebagai musuh utama. Semuanya berpunca daripada Dr Mahathir. Ini semua didakwa sebagai kerajaan ketuanan Melayu. Di medan orang Melayu pula, Lim Kit Siang dan Lim Guang dibingkai sebagai musuh negara paling teruk. Semua yang berlaku dalam kerajaan diarahkan oleh mereka. Kerajaan ini digambarkan sebagai kerajaan Cina atau Kristian.

Kedua-dua persepsi tersebut adalah pastinya salah. Namun dalam sebuah dunia pasca-kebenaran, persepsi-persepsi ini diperkukuhkan sebagai kebenaran sehinggakan pemimpin politik di pelbagai peringkat dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama, atau sekurang-kurangnya memberi reaksi positif. Sepanjang proses ini, negara diletakkan di ambang kehancuran.

Hakikatnya ialah, kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan gabungan. Tiada parti mempunyai kuasa mutlak. Banyak hal mesti dibawa ke peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk kelulusan, dan memang begitulah yang sepatutnya.

Kerajaan gabungan ini tentunya sukar sekali mahu diuruskan. Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi musuh ketat selama dua puluh tahun. Dr Mahathir dan DAP pula sudah bermusuh untuk tempoh yang lebih lama. Kita semua dalam Pakatan perlu komited untuk terus memperkukuhkan gabungan dan memastikan masyarakat yang berbilang kaum ini selamat dan sejahtera.

Kita akan harus melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan situasi pasca-kebenaran ini: di mana Dr Mahathir dilabel sebagai musuh utama orang bukan-Melayu, dan Lim Kit Siang adalah musuh utama orang Melayu.

Saya menyeru anggota-anggota DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Harapan. Cakap-cakap untuk meminta DAP keluar dari Pakatan hanya akan menjahanamkan segala hasil demokrasi yang telah dikecapi pada 9 Mei 2018, serta membuka ruang kepada Umno dan PAS untuk kembali memerintah.

Dalam hal krisis tulisan jawi ini, semua pihak berhak menyatakan pendapat masing-masing tentang apa yang perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Saya hormati hak itu.

Saya cuma ada dua permintaan. Pertama, setiap kali kita berbincang, berbincanglah berdasarkan fakta, bukan auta. Sebuah negara yang berwacana berasaskan auta, akan berdepan bencana. Kedua, apa pun pandangan seseorang, ia tidak boleh berasaskan fobia terhadap tulisan Jawi.

Kita tidak mahu kewujudan Jawi-fobia atau fobia terhadap tulisan Cina atau Tamil-fobia di Malaysia.

Ada beberapa fakta asas untuk dipertimbangkan.
Pertama sekali, Jawi bukanlah satu bahasa baharu (akhbar Cina menterjemah Jawi sebagai ‘wen’, suatu terma yang selalunya merujuk kepada sebuah bahasa, yang menyebabkan ramai ibu bapa Cina memberi reaksi terkejut selepas membaca laporan Sinchew kerana mereka menganggap anak-anak mereka akan dibebankan dengan suatu bahasa yang baharu). Jawi cumalah suatu sistem abjad, seperti ABC.

Kedua, Jawi tidak ada kena mengena dengan agama dan tidak kait mengait dengan Islamisasi. Jawi bukanlah Bahasa Arab, dan sepertimana menulis Bahasa Melayu dalam abjad Rumi tidak menjadikan sesorang cekap dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa Barat, menggunakan Jawi tidak mengajar seseorang Bahasa Arab. Sudah terlalu banyak kekeliruan tentang pembelajaran Jawi kononnya membuka gerbang limpah ke arah Islamisasi.

Ketiga, mungkin Kementerian Pendidikan seharusnya bersikap lebih konsultatif, namun idea keseluruhan cadangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan menjadikan Jawi sebagai sebahagian daripada keriangan pembelajaran supaya murid-murid mengetahui tentang sistem fonetik yang digunakan sebelum Rumi. Ia dahulunya melibatkan hanya 6 muka surat, kini dikurangkan menjadi tiga sahaja.

Sebagai penutup, marilah kita kekal bersatu sebagai sebuah pasukan yang kuat. Kita di DAP Johor telah melalui pelbagai rintangan sebelum 2018.

Ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya tahu bagaimana anda semua telah menderita sejak beberapa minggu lalu ketika krisis ini bermula, malah sejak mula menyesuaikan diri menjadi kerajaan
.
Hakikatnya, kita sedang mentadbir dalam sebuah persekitaran pasca-kebenaran, dan kita yang percayakan impian Malaysia harus lebih ke depan bagi memastikan tiada konfrontasi kaum berlaku. Mandat yang telah diberikan kepada kita ialah untuk mentadbir dalam sebuah kerajaan gabungan bagi menjamin demokrasi untuk seluruh rakyat Malaysia dari segenap latar dan lapis masyarakat. 

*Ucapan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada 11 Ogos 2019 ketika bertemu pemimpin dan anggota akar umbi DAP di Stulang, Pekan Nanas, Kulai dan Simpang Renggam