KEMANA MENGHILANGNYA HAMID BADOR?



Dengan sudah lebih dua bulan masa berlalu sejak isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar, ramai barangkali yang mulai terlupa atau melupakan mengenainya.
Apatah lagi, Azmin tetap santai muncul di mana-mana seperti biasa seolah-olah tiada rasa malu dalam dirinya, meskipun analisa CyberSecurity yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendapati video itu adalah tulen.
Bagaimanapun, di sebalik ketulenan video tersebut, CyberSecurity tidak dapat mengenalpasti sama ada salah seorang pelakunya adalah Azmin atau tidak.
Sebelum itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku beliau adalah lelaki dalam video itu dan mendakwa Timbalan Presiden PKR itu adalah pasangannya.
Analisa CyberSecurity yang didedahkan kepada umum oleh Hamid itu segera menimbulkan kecaman ramai kerana ia dilihat percubaan pihak berkuasa untuk melindungi Azmin, tambahan lagi beliau tidak dapat menyebut berapa peratus analisa Cyber Security mendapati wajah pelaku dalam video itu mirip Azmin.
Adakah 40 peratus, 50 peratus atau 70 peratus?
Atau adakah kemiripan pelaku dalam video itu dengan wajah Azmin hanya 10 peratus dan kurang daripada itu?
Ada juga yang mempersoalkan jika wajah pelaku dalam video itu tidak dapat dikenalpasti, bagaimanakah pihak polis selama ini berjaya menangkap ramai penjenayah yang hanya dikesan melalui rakaman CCTV yang jauh lebih kabur gambarnya?
Dalam waktu yang sama, sejak itu juga wujud pihak lain iaitu Lokman Adam daripada UMNO
yang cuba “menyenangkan” kerja pihak polis dengan menghantar rakaman video yang didakwa melibatkan Azmin itu ke Indonesia dan London untuk dianalisa.
Dalam kedua-dua analisa di luar negara itu, bukan saja videonya disahkan tulen, bahkan pelakunya didapati sangat mirip dengan Azmin berdasarkan beberapa persamaan yang nyata.
Bagaimanapun, sejak kali terakhir muncul mendedahkan analisa CyberSecurity yang kemudiannya menimbulkan kecaman ramai, seterusnya disusuli dengan apa yang dilakukan oleh Lokman, Abdul Hamid seolah-olah terus menghilangkan diri.
Apa khabar beliau sekarang ini agaknya?
Kenapa sudah begitu lama beliau menghilangkan, malah dalam beberapa kes yang berlaku dalam negara seperti kematian remaja istimewa Ireland/Perancis, Nora Anne misalnya, hanya timbalannya saja yang muncul?
Bilakah kes video yang didakwa melibatkan Azmin ini hendak diselesaikan siasatan dan kertas pendakwaan mahu dihantar di Pejabat Peguam Negara?
Apakah tempoh dua bulan masih belum mencukupi untuk menyiasat kes yang dianggap begitu mudah itu di mana sekurang-kurangnya sudah ada rakaman video, ada pengakuan Haziq dan ada juga rakaman CCTV yang boleh dijadikan asas siasatan serta pendakwaan?
Atau pihak polis memerlukan lebih banyak masa lagi?
Tapi, apa pun alasanya, pihak polis tidak boleh berlengah terlalu lama menyimpan kes video ini dalam fail siasatan tanpa sebarang penyelesaian.
Tambahan lagi, Abdul Hamid dilihat seorang yang berintergriti tinggi sebelum ini kerana sanggup melawan dan meletakkan jawatan semata-mata tidak mahu bersekongkol dengan skandal 1MDB ketika era Najib Razak.
Bagaimana dengan sekarang? Masihkah Abdul Hamd berpegang kepada prinsip dan intergriti dalam dirinya?
Kalau dalam kes 1MDB yang jauh lebih besar, beliau berani bersuara dan melawan, dalam kes video semburit yang lebih kecil dan mudah ini, jika didapati ada unsur mahu menutup atau melindungi seseorang, Abdul Hamidi seharusnya konsisten dengan prinsip lamanya.
Membiarkan dirinya tunduk kepada penguasa yang cuba menutup kebenaran hanya akan membuatkan imej, prinsip dan intergriti dirinya tercalar di sepanjang kehidupan.
Itukah yang Abdul Hamid mahu dalam hidupnya? (Shahbudindotcom 20/08/201