RINGKASAN PERBICARAAN NAJIB SEMALAM.

APA yang didedahkan dalam perbicaraan Najib hari ini..??(semalam) Syarikat 1MDB, SRC yang dikaitkan dengan akaun Najib itu mohon pada EPU (Unit Perancang Ekonomi) dari Perbendaharaan Negara sebanyak RM 3 billion...
Ini syarikat ada kaitan 1MDB... ia disahkan Timbalan Pengarah EPU Dr Kamariah... Tapi pegawai terbabit sukar menerima permohonan... sebab jumlah yang dipohon itu besar...
Lepas itu mereka  lulus kan geran RM 20 juta, korang tahu tak geran ni apa maknanya ? maknanya syarikat ni tak perlu bayar balik... lepas tu mereka inilah  ni lah yang  menyalurkan  duit untuk Najib, dan Najib salur untuk kerja politik... tak nampak lagikah ?
Itu baru permohonan pada EPU... itu belum cerita pasal dana KWAP lagi... nampak tak bertapa jahat dan rakusnya Najib... duit pencen pun dia tibai... ,  dapat geran 20 juta yang tak perlu bayar balik hanya bagi tujuan dan proposal bisnes arang batu yang tak wujud...

BERGAMBAR : ANWAR MENYAMPAIKAN ANUGERAH INTERNATIONAL TRADE AND EXHIBITION CENTRE (MITEC)

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut

Hadir ke Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec) malam ini, (MALAM SEMALAM)  bagi menyampaikan ucapan dan juga anugerah kepada para penerima anugerah Global Leadership Award 2019. Saya bicara, semestinya perihal kepimpinan, dan juga kagum dan bangga dengan penerima-penerima anugerah yang sememangnya ahli dan pakar daripada pelbagai bidang dan lapangan tertentu seperti kesihatan, pendidikan, perniagaan dan lain-lain. Tahniah kepada semua penerima.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan perkahwinanImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

PEMFITNAH "ABU LEMAN" DITAHAN.




ImageImage

KENA DAH !!.. nampaknya pemfitnah tegar 'ABU LEMAN' sudah kena cekup SKMM hari ini (semalam)  kerana perbuatan fitnah beliau yang sangat ketara.Beliau yang berkhidmat sebagai anggota tentera berpangkat Lt kol bakal didakwa.
Hilanglah satu sumber fitnah yang banyak dirujuk oleh walaunPAS & macaiUMNO selama ini...

Kami juga bekerjasama dengan SKMM mana-mana yang cuba sebarkan fitnah akan kami ajukan terus kepada pihak SKMM dan polis terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Tahniah buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia !!
Selamat bersara tanpa pencen.....

Selain si Abu, nun di negeri orang putih ada seorang lagi pengadu domba dan pemfitnah jahat masih aktif. Bagi puak khawarij, itu nabi palsu mereka yang wajib dipercaya walaupun berita dusta yang ditulisnya. Setiap tulisannya wajib dikongsi melalui media sosial supaya sama-sama bergembira mengadu domba.
Di sebelahnya pula ialah penulis wahyu palsunya yang menyampaikan dakwah gila supaya walaun teruja dan percaya. Baliklah ke Malaysia..


Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks
~SR

Anwar Ibrahim: USIM Dialog Mahasiswa bersama Anwar Ibrahim

BAGAIMANA DENGAN SOKONGAN PAS PADA CALON BUKAN ISLAM ???

SEBELUM ini kata.. "SOKONG UNDI calon bukan Islam membawa mudarat lebih besar kepada Islam dan Melayu, mereka pijak agama Islam", kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man !!
TIBA-TIBA.. Sekarang PAS beri sokongan pula kepada calon PBS bukan Islam dalam #PRKSandakan walaupun ada dua orang calon Bebas yang beragama Islam.
Malah salah seorang calon Bebas adalah bekas Pesuruhjaya PAS Sabah.
Adakah Islam bukan lagi menjadi keutamaan kepada PAS kini demi ikut telunjuk UMNO yang bobrok lagi korup penuh dengan kaki perasuah ??!

~SR

ELIT BANDAR TIDAK FAHAM KERESAHAN MARHAEN – ANWAR

1MDB, ECRL JANA DANA PILIHAN RAYA KE 14

PENDEDAHAN DI MAHKAMAH TINGGI .

Banyak pendedahan dibuat di Mahkamah Tinggi hari ni semasa perbicaraan DS Najib @ Bosskur.
Buat pertama kalinya, orang kanan bosskur Habibul Rahman muncul di khalayak ramai utk menceritakan peranannya dlm keraanjaan lalu.
Selama ini beliau lebih suka bekerja dibelakang takbir. Tak ramai org yang kenal atau tahu keujudannya.
Tapi kepada mereka yang tahu, Habibul ini memanglah diakui seorang yang amat berkuasa dan merupakan orang penting dalam mengatur strategi PM dan BN terutama dalam hal media.
Dikalangan mereka yang tahu, beliau memang mempunyai reputasi esbagai seorang yang ruthless atau ganas dalam menjalankan tugasnya iaitu mengatur orang terutama dalam media.
Beliau juga bertanggungjawab menjalankan operasi gelap untuk pastikan semua penentang Najib akan diaibkan dengan begitu teruk.
Blackops atau fitnah memanglah makanan atau kepakarannya. Siapa yang ingkar arahannya, termasuk pemimpin Umno atau Menteri sekalipun, pasti menerima padah.
Habibul ialah seorg yang amat berkuasa dan digeruni ketika zaman BN dahulu. Suaranya adalah suara Najib.
Hari ni beliau mengaku menerima dana dpd SRC utk kerja-kerja gelapnya terutama memfitnah musuh Umno/BN terutamanya Tun Dr Mahathir.
Dana tersebut adalah icetip atau cuma sedikit daripada keseluruhan dana yang beliau perolehi untuk operasi gelapnya selamanya zaman Najib.
Mahkamah juga hari ini diberitahu tentang jumlah dana RM2bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pekerja atau KWAP yg dimasukan ke dlm akaun SRC yang merupakan tabung belanja dan politik Najib.
Kalau dulu Bosskur dengan selamba menafikan dan disokong kuat oleh pemimpin dan penyokong Umno, hari ni perkara ini telah terjawab di mahkamah.
Ini adalah wang tabungan amanah untuk pekerja sektor awam yg rata-rata org Melayu , tapi telah disalahgunakan oleh seorg pemimpin yang tidak amanah.
Bagi yang sudah lama tahu, pendedahan hari ni dan sebelum ini yang tidak kurang dasyatnya, adalah satu perkara yang amat memalukan. Tapi tidak memeranjatkan.
Dijangka banyak lagi pendedahahan ttg penyelewengan Bosskur akan dilondehkan dlm perbicaraan ini.
sebabai seorang Melayu beragama Islam, saya merasa amat sedih dan malu tentang beberapa pendedahan sejak perbicaraan ini bermula.
Saya menyeru kepada semua rakyat Msia, terutama org Melayu dan ahli Umno dan Pas, utk membuka mata dan hati mrk utk melihat pendedahan ini dgn penuh keinsafan dan keikhlasan.
Kita sentiasa mendabik dada tentang kesucian Islam dan ajaran agama Allah swt yang dibawa oleh Rasulullah saw terutama tentang perkara yang merangkul bab halal dan haram. Tentang dosa dan pahala.
Dalam keadaan hari ini dimana umat Islam amat teruji dgn pelbagai konflik dan cabaran, kita diajar untuk menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan yang merosakan dan memalukan Islam dan umat Rasulullah saw.
Allah swt memberi kita akal, hati dan mata. Lihatlah tentang semua kemungkaran yang berlaku. Ketepikan fahaman politik dan lihatlah dengan mata hati kita.
Janganlah kita terpedaya dengan segala retorik dan slogan terutama daripada pemimpin yang hanya untuk menutup kesalahan mereka.
ingatlah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah salah dan Allah swt juga tidak pernah tidur.
Jgn sampai kita juga terpalit dgn segala kemungkaran yg berlaku dan disabitkan di akhirat kelak.
Islam itu bukan milik Umno Pas Bersatu PKR atau mana2 parti politik. Islam juga bukan milik mana2 negara atau Raja. Islam itu milik Allah swt.
Berfikirlah dgn ikhlas. Lihatlah dgn mata dan hati.

ANWAR: CABARAN,DAN HALANGAN DUNIA KEBEBASAN BERSUARA DAN MEDIA



Menyampaikan ucapan di Al Sharq Youth 5th Annual Conference di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Saya sentuh aspek kebebasan bersuara, sektor dan kemahiran inovasi dan cabaran demokrasi di era Malaysia Baharu.



Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang ramai

GERAKAN REFORMASI BEREVOLUSI – TIAN CHUA

BUNG MOKHTAR DAN ISTERI DIDAKWA ESOK

MASIH INGAT, org kuat UMNO di Sabah tersebut sebelum ini dah dipanggil SPRM utk siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit.
Kali ini beliau & isterinya ditahan di Sabah oleh SPRM.
Pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
"Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat," kata sumber.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks



SURAT MENYURAT SRC


Ini dokumen yg telah dipamerkan di mahkamah..

Tiada penerangan foto disediakan.

Tiada penerangan foto disediakan.

SELAMAT HARI PEKERJA
(Ini hadiah Najib untuk golongan penjawat awam sempena Hari Pekerja)
Langkah-langkah SRC merompak dari KWAP:
1. Nik Faisal bagi pihak SRC International, menulis 'surat cadangan' kepada Najib Razak. Cadangan untuk mengambil RM4 bil dari KWAP. Najib Razak pada ketika itu, merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB.
2. Najib memanjangkan surat Nik Faisal kepada Azian, CEO KWAP pada ketika itu, dengan menyatakan "saya bersetuju dengan cadangan ini".
3. Sementara itu, SRC dengan sokongan Najib telah menyediakan resolusi syarikat, dengan hasrat mengambil tambahan beberapa bilion dari KWAP.
4. Ahli panel pelaburan KWAP, Abdul Wahid Omar merangkap CEO Maybank pada ketika itu, telah meluluskan permohonan SRC tanpa pertanyaan, tanpa syarat, tanpa ulasan.

SAMPAI BILA TUN MAHATHIR SUKA BERGADUH?


Ketika bermusuh dengan Najib Razak, Tun Mahathir bukan saja menjadi pengkritiknya, malah mengalu-alukan sesiapa juga yang berani menegur Perdana Menteri.
Ketika itu, termasuk TMJ yang pernah melakukan kritikan terhadap Najib, bagi Tun Mahathir ia adalah hak pewaris takhta Johor itu untuk berbuat demikian dan ia sesuatu yang harus dialu-alukan.
Tetapi, setelah beliau sendiri duduk di kerusi Perdana Menteri, Tun Mahathir nyata tidak suka dikritik oleh TMJ.
Ketika TMJ memberi reaksi spontan terhadap kata-kata peminat bolasepak JDT yang mahu jurulatih pasukan itu, Benjamin Mora ditukar dengan mengatakan “daripada tukar, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir kelihatan begitu sensitif dan tidak senang dengannya.
Kata Tun Mahathir, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak boleh ditukar oleh TMJ, sebaliknya hanya rakyat yang boleh menukarnya.
Walaupun sebelum itu Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat pernah berusaha agar Majlis Raja-Raja memecat Najib, yang nyata sikapnya kini memperlihatkan dia tidak suka dikritik – suatu keadaan yang berbeza ketika sebelum dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Terbaru dengan TMJ, khususnya berkaitan Statut Rom dan Istana Johor dalam soal campurtangan dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa isu sebelum ini, Raja-Raja adalah institusi yang dikira paling suka dicari gaduh oleh Tun Mahathir.
Semalam pula, ketika Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kecewa dengan kedudukan Islam yang dilihatnya terancam di bawah kerajaan PH, Tun Mahathir menempelaknya sebagai pekak.
Walaupun Dr. Asri kemudian menjawab balik dengan mempersoalkan siapa yang pekak antara beliau dan Tun Mahathir, yang nyata Perdana Menteri tidak sedia untuk ditegur oleh sesiapa, termasuk oleh golongan agama.
Mengapakah cara Tun Mahathir memberi reaksinya begitu kasar dan seolah-olah ingin bergaduh?
Tidak bolehkah, sebagai Perdana Menteri, beliau menjawab setiap kritikan dengan bahasa yang baik-baik sebagai lambang kesediaan menerima teguran?
Terbaru, dalam ucapannya di depan penjawat awan semalam, Tun Mahathir secara terbuka membidas golongan itu serta mengaitkan mereka dengan amalam rasuah yang berleluasa.
“Dulu kita tahu ada orang tertentu dapat perlindungan dari jentera dan pegawai kerajaan kerana rasuah, apabila kita berusaha menghentikannya, maka pegawai kerajaan tertentu ini tiada pendapatan tambahan dan mereka kecewa, (malah) mereka rasa kerajaan kleptokrasi (terdahulu) lebih baik daripada kerajaan demokrasi.
“Sebab itu sokongan pada kerajaan ini dan saya sendiri merosot, tetapi kita akan terus bersihkan negara dari rasuah, kerana rasuah akan hancurkan negara dan menyebabkan kos hidup meningkat kerana setiap yang kita belanja kena tambah kos rasuah,” katanya lagi.
Tidakkah ini menunjukkan Tun Mahathir seolah-olah ingin bergaduh dan bermusuh dengan penjawat awam pula?
Mengapa memalukan penjawat awam sampai begitu sekali?
Bagaimana dengan rasuah di kalangan pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan puncak kuasa?
Rasuah mana yang lebih serius dan memudaratkan?
Mengapa hanya kakitangan awam saja dijadikan sasaran?
Apa kaitan rasuah di kalangan kakitangan awan dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap PH?
Sebelum ini dan sejak beberapa lama dulu juga, Tun Mahathir turut tidak henti-henti melabelkan orang Melayu sebagai malas.
Tetapi ketika meminta sokongan untuk mendapat kuasa, siapakah yang mula-mula dicarinya kalau bukan orang Melayu juga?
Dalam keadaan lain, di peringkat awal berkuasa baru-baru ini, Tun Mahathir turut mencipta pergaduhan dengan Singapura dan China dalam soal hubungan dengan kedua-dua negara tersebut.
Walaupun baru-baru ini Tun Mahathir sudah bersikap lunak terhadap China, tetapi tindakannya bergaduh secara terbuka dengan pemimpin negara itu dalam lawatan sebelum ini tentu masih diingati lagi.
Pendek kata, dengan Raja-Raja, mufti, kakitangan awam, orang Melayu, Singapura dan China – semua mahu dibuat gaduh oleh Tun Mahathir.
Sampai bila Tun Mahathir mahu terus bergaduh?
Selamatkah kita sebagai rakyat apabila memiliki seorang Perdana Menteri yang kaki gaduh dan apakah beliau boleh dianggap betul dan benar melalui sikapnya yang suka bergaduh dengan semua orang itu? (Shahbudindotcom 01/05/2019)

PH ADIL, BAYAR ROYALTI PETROLEUM – MB TERENGGANU

PH bermesyuarat bentang dasar 1 juta peluang pekerjaan


Image result for kabinet malaysia
KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat khas sedang dijalankan oleh kerajaan di Pejabat Perdana Menteri dalam merealisasikan dasar satu juta pekerjaan baharu di negara ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mesyuarat itu diadakan supaya setiap kementerian mencari jalan dengan mencadangkan kertas kerja ke arah mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam negara.
“Datuk Seri Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) akan dipertanggungjawabkan untuk membincangkan ruang-ruang untuk menambahkan pekerjaan dan bagaimana nak selarikan peranan macam Kementerian Pendidikan bekalkan tenaga kerja dan selarikan dengan industri,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Sambutan Hari Pekerja di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jelasnya, mesyuarat itu juga akan membincangkan bagaimana meningkatkan penempatan pekerjaan dan mengurangkan ‘mismatch’ dalam sektor pekerjaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH berjanji akan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.
Ia dimeterai dalam manifesto setebal 200 muka surat “Buku Harapan: Negara, Memenuhi Harapan”. 

KERAJAAN MAHU PINDA AKTA 355



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


PINDAAN AKTA RUU 355 GAGAL DIUSAHAKAN OLEH UMNO DAN PAS, KINI KERAJAAN PH PULA AKAN USAHAKAN
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak payah nak harapkan umno, kemudian kita sendiri minta tangguh. Semuanya kerana kepentingan politik saja.
Alhamdulillah, kerajaan PH tidak perlu tunggu waktu PRU untuk laksanakan sesuatu kebaikan. Kerajaan PH akan lakukan sedaya upaya. Umno dan Pas boleh menolaknya dan kami tidak akan men'jirat"kan atau mengkapirkan anda.

Henti kekang wacana rakyat, forum ilmiah berkaitan Statut Rom


Dua pemimpin muda DAP membantah tindakan polis menyiasat forum akademik berkaitan Statut Rom yang diadakan pada Sabtu lalu di Universiti Malaya mengikut Akta Hasutan.
Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dantindakan itu bertentangan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi tempatan.
“Kami mengambil pendirian bahawa forum tersebut adalah suatu forum ilmiah untuk membincang isu berkaitan Statut Rom secara akademik, sejajar dengan usaha Kerajaan yang mahu membenarkan kebebasan akademik di institusi-institusi pengajian tinggi.
“Atas dasar ini, kami membantah tindakan PDRM untuk memulakan siasatan ini dan berpandangan forum ilmiah sebegini tidak wajar dibungkamkan melalui tindakan undang-undang kerana dilihat sebagai suatu usaha menghalang wacana rakyat mengenai isu Statut Rom,” katanya dalam kenyataan.
Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pol
is Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bahawa polis telah memulakan siasatan ke atas forum bertajuk “Malaysia and the Rome Statute” mengikut Akta Hasutan. 
Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.
Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.
Malaysia menyertai Statut Rom pada 4 Mac lalu, namun menarik sebulan kemudian susulan daripada tentangan pelbagai pihak.
Ketua DAPSY Subang, Farhan Haziq Mohamed.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengumumkan penarikan Malaysia daripada treati itu pada 5 April lalu berkata, ia dibuat bagi mengelak kekeliruan yang dicipta oleh individu tertentu dan penarikan itu dibuat bukan kerana perjanjian tersebut membahayakan negara.
Mahathir turut mendakwa terdapat percubaan untuk melibatkan raja-raja menentang kerajaan serta untuk memburuk-burukkan kerajaan PH dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rom dengan mendakwa kerajaan menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.
Gesa kerajaan mansuh Akta Hasutan
Mengulas lanjut, Syahredzan dan Farhan berkata, polis masih boleh menggunakan budi bicara untuk tidak meneruskan siasatan ke atas forum terbabit meskipun terdapat laporan polis.
“Mereka (pihak yang melapor) berhak untuk tidak bersetuju dengan Statut Rom tetapi mereka tidak wajar untuk mendesak PDRM supaya mengambil tindakan terhadap individu yang mengamalkan hak mereka untuk berdiskusi mengenai isu tersebut,” ujar mereka.
Mereka juga membantah tindakan polis menggunakan Akta Hasutan yang disifatkannya sebagai “undang-undang peninggalan penjajah yang zalim dan menekan”.
“PDRM sepatutnya menggunakan undang-undang lain yang sedia ada selain Akta Hasutan untuk membuat siasatan, sekiranya benar-benar perlu.
“Kami menggesa PDRM untuk menghentikan segala siasatan di bawah Akta Hasutan terhadap mereka yang terlibat dengan forum tersebut.
“Kami juga sekali lagi menggesa pihak Kerajaan untuk mempercepatkan usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah dijanjikan di dalam mnifesto Pakatan Harapan,” ujar mereka lagi.