Kes 1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion


 

1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada Najib Razak bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa, dan penjara lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi kes 1MDB.

Ketika memaklumkan hukuman tersebut, hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun memerintahkan agar tempoh penjara dijalankan serentak, bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya.

Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas dia menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya.

Sequerah juga memerintahkan Najib untuk membayar denda keseluruhan berjumlah RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan jika gagal berbuat demikian, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan sehingga 40 tahun.

Hakim tidak mengenakan sebarang denda ke atas Najib atas 21 kesalahan pengubahan wang haram, dengan menyatakan bahawa ia "bukan mandatori".

ADS

Namun, bekas Ahli Parlimen Pekan itu diperintahkan membayar RM2.08 bilion lagi jumlah yang boleh dituntut semula di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Jika gagal membayar jumlah tersebut, Najib boleh dihukum penjara sehingga 30 bulan.

Dengan keputusan itu, Najib hanya akan memulakan hukuman penjara 15 tahunnya selepas tamat tempoh hukuman penjaranya sekarang pada 2028.

ADS

Menurut pengumuman Lembaga Pengampunan sebelum ini, Najib dijadualkan untuk menamatkan hukuman penjaranya bagi kes SRC pada 23 Ogos 2028.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan beberapa faktor untuk pertimbangan mahkamah berhubung hukuman Najib, termasuk penyesalan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan dia sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa serta tidak pernah campur tangan dalam sebarang siasatan berkaitan 1MDB.

“(Najib) pada setiap masa yang penting, telah bekerjasama sepenuhnya dan secara sukarela dengan SPRM dan polis, bermula seawal tahun 2015, ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Semasa pentadbiran tertuduh, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberi kuasa untuk menyiasat perkara berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya.

“Walaupun terdapat sensitiviti politik dan penelitian awam yang berkaitan dengan siasatan ini, tidak pernah ada sebarang dakwaan atau bukti mengganggu saksi, campur tangan terhadap siasatan, atau halangan keadilan yang boleh dikaitkan dengan tertuduh,” katanya.

Menyangkal kenyataan ini, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa skandal 1MDB, yang digelar di peringkat antarabangsa sebagai 'kleptokrasi paling teruk', merupakan salah satu jenayah kewangan paling serius yang pernah dilakukan di negara ini.

"Besarnya kerugian yang dialami, beban kewangan berterusan yang ditanggung oleh kerajaan, dan kerosakan teruk yang menimpa reputasi negara menuntut hukuman yang secara tidak langsung mencerminkan kecaman masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Apa-apa sahaja yang kurang daripada itu akan gagal menegakkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan dan akan menjejaskan prinsip asas bahawa tiada sesiapa pun, tanpa mengira status atau kedudukan, berada di atas undang-undang," katanya.

ADS

Pihak pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan denda tinggi yang berjumlah RM11.39 bilion, jumlah akhir yang diperintahkan oleh hakim.

Pecahan denda adalah seperti berikut:

RM303,149197.15 untuk pertuduhan penyalahgunaan kuasa pertama

RM454,499,636.40 untuk pertuduhan kedua

RM10,407,384,630 untuk pertuduhan ketiga

RM222,854,603.50 untuk pertuduhan keempat.

Hakim, dalam keputusannya yang dibacakan awal hari ini, mensabitkan Najib dengan keempat-empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana 1MDB RM2.3 bilion selepas mendapati bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.



SEMUANYA PALESU

 


Ketika membacakan keputusan mahkamah pagi ini, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata pengkisahan Najib sendiri berkaitan dana itu sebagai derma Arab menjadikannya tidak munasabah.




“Naratif derma dari Arab Saudi tiada merit. Surat-surat derma dari Arab merupakan pemalsuan,dan keterangan jelas menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.




Mohon DS Anwar Ibrahim bawa balik Tuan Sirul Azhar semula ke nagara kita.



Norman Daud






Ada isu yang belum selesai.


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengakui dia menerima RM1 juta daripada sumber yang tidak boleh didedahkan supaya ‘tutup mulut’ berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa ditahan di Australia.


Dia mendakwa, seorang peguam terkemuka yang ada kaitan politik dan pemimpin tertinggi Kabinet terlibat dalam pembayaran itu.


“Saya mangsa keadaan, saya kambing hitam dan saya bercakap benar. Mereka menggunakan saya sebagai kambing hitam,” katanya dalam wawancara itu.


Malah, dia mendakwa tidak bertanggungjawab atas pembunuhan model Mongolia Altantuya walaupun disabitkan dengan jenayah itu.


“Selama bertahun-tahun, orang di negara saya telah menunggu untuk mengetahui siapa yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya, tetapi saya tidak boleh mendedahkannya,” katanya.


Bagaimanapun, arahan untuk membunuh Altantuya dibuat oleh seorang ahli politik terkemuka.


Rakyat nak tahu siapa ahli politik terkemuka tu.




PERLUKAH SEMUA INI ???????

Dr Mohd Izhar


Lapar projek dan kuasa. 


Orang politik ni tak fikir ke rakyat sedang susah sekarang ni? Ekonomi negara baru nak dipulihkan .... Anak-anak muda pula sedang berusaha cari rezeki, cari kerja tetap, cari pendapatan lebih dan banyak lagi... 


Orang politik, kalau nak gaduh pun tunggu la PRU 16 nanti... Setahun je lagi.... ermmm🥺




Sepatutnya waktu yang berbaki utk PRU 16 ni hampa FOKUS KERJA la bantu ekonomi rakyat, negeri dan negara... Kos PRK ni bukan kecil anak bohhhhhh..!!!! Rugi duit negara je macam ni..... Tolonggggggg laaaaaaaa.... Kesihani la RAKYAT.... 😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤