CUACA. BERTENANG DAN JANGAN PANIK. AMARAN INI UNTUK BERSIAP SIAGA.

 

Penang Press


Dalam 24 jam akan datang, Semenanjung Malaysia sedang berdepan sesuatu yang jarang berlaku. Ribut Tropika Senyar yang terbentuk di Selat Melaka kini sedang bergerak ke arah pantai barat dan tengah, termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berterusan, angin kencang sehingga sekitar 40–60 km/j dan laut bergelora sehingga sekurang-kurangnya Sabtu. Ini bukan lagi ribut biasa musim hujan, ini sistem ribut tropika yang lengkap.  







Ini kali pertama MetMalaysia mengesan ribut tropika terbentuk di Selat Melaka sendiri sebelum menghentam daratan. Amaran hujan berterusan, ribut tropika dan laut bergelora telah dikeluarkan untuk beberapa negeri di pantai barat dan tengah Semenanjung, termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan sebahagian Pahang. Hujan lebat yang berjam-jam bermakna satu perkara: risiko banjir kilat, tebing runtuh, pokok tumbang dan tanah runtuh meningkat dengan sangat ketara.  


Kalau rumah anda di kawasan rendah, berhampiran sungai, longkang besar atau kawasan yang selalu banjir, anggap tempoh malam ini hingga dua hari ke depan sebagai tempoh kritikal. Jangan parkir kereta di basement, tepi sungai, bawah jambatan atau bawah bukit yang pernah ada rekod tanah runtuh. Jangan tidur lena di tingkat bawah jika air di longkang sudah melimpah. Jangan tunggu siren PPS dibuka baru nak mula kemas barang. Bila air datang, ia tidak menunggu kita bersedia.


Mulakan dari dalam rumah. Simpan dokumen penting dalam plastik atau ziplock. Sediakan satu beg kecemasan yang betul-betul siap: ubat harian, inhaler, pam insulin, bateri, lampu suluh, powerbank penuh, susu formula dan lampin untuk bayi, tuala wanita, baju sepasang untuk setiap ahli keluarga, sedikit makanan kering yang mudah dimakan. Letakkan di satu tempat yang semua orang dalam rumah tahu. Kalau anda menjaga warga emas, pesakit kanser, pesakit dialisis, pesakit jantung atau anak istimewa, rancangkan lebih awal bagaimana hendak bergerak jika diarahkan berpindah.


Lihat sekeliling rumah. Bersihkan longkang yang tersumbat, buka laluan air supaya tidak bertakung di depan pintu. Elakkan keluar memandu jika tidak perlu. Ramai mangsa banjir terperangkap bukan di rumah, tetapi di dalam kereta ketika cuba “cepat balik sebelum air naik”. Air deras yang nampak cetek boleh cukup kuat untuk mengheret kereta kecil. Jangan sesekali benarkan anak bermain air hujan di jalan yang sedang naik air. Dalam air keruh itu ada parit yang kita tak nampak, ada lubang, ada arus yang senyap.


Jika anda berada di kawasan yang berpotensi dibuka sebagai PPS, peka dengan pengumuman pihak berkuasa. Jangan malu bertanya jiran atau ketua komuniti jika tidak pasti di mana pusat pemindahan terdekat. Simpan nombor telefon penting dalam nota bercetak, bukan hanya dalam telefon, kerana telefon boleh rosak atau kehabisan bateri. Untuk nelayan dan mereka yang bekerja di laut, patuhi amaran laut bergelora dan ombak tinggi. Satu perjalanan yang ditangguh mungkin menyelamatkan nyawa anda dan kru.  


Ini juga masa untuk kita jaga satu sama lain. Tengok rumah jiran yang ada warga emas tinggal seorang diri, keluarga yang ada anak kecil ramai, atau rakan yang baru lepas keluar hospital. Satu mesej ringkas, “Kalau apa-apa jadi, kita boleh gerak sama-sama,” boleh mengurangkan panik bila air mula naik. Dalam bencana begini, nyawa yang selamat bukan hanya kerana benteng tinggi, tetapi kerana komuniti saling memerhati.


Ribut Tropika Senyar akan berlalu, tetapi kesan banjir, rumah rosak, jalan runtuh dan trauma mangsa boleh kekal lama. Apa yang kita buat dalam 24 hingga 48 jam pertama ini akan menentukan sejauh mana kerosakan yang berlaku. Jangan pandang ringan hanya kerana “dari kecil memang biasa musim hujan”. Ini ribut tropika yang jarang berlaku, dengan sistem amaran rasmi yang jelas. Tolong ambil tindakan sebelum terlambat.


Ikuti perkembangan terkini hanya daripada saluran rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan agensi berkaitan. Elakkan sebarkan berita palsu yang hanya menambah panik. Jika perlukan maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638. Satu langkah berjaga-jaga hari ini boleh membezakan antara cemas sekejap dan kehilangan yang tidak boleh diganti.





KITA DIUJI KETIKA KITA BERADA DIPUNCAK.

 

Mohd Faisal.


Dengar Sini Wahai Kawan-Kawanku Sekalian, Ini Cerita Saya…





1. Dalam kehidupan ini apabila kita berada dalam keadaan miskin, susah, tiada wang, tiada pangkat, tiada kuasa, buat itu tak dapat, buat ini tak berjaya, masuk bertanding tak menang2. 


2. Kita rasa apalah salah kita…ujian apa yang kita hadapi ini….doa dah puas doa, solat dhuha, solat tahjud, solat taubat dan bla bla bla….


3. Tidak ! Tidak wahai kawan2ku sekalian. Janganlah kita bersangka buruk kepada Allah. 


4. Sebenarnya ketika itu Allah sedang menyelamatkan kita dari dosa2 yang lebih besar. Itu semua adalah perlindungan daripada Allah terhadap kita agar kita tidak terjerumus kepada keadaan yang lebih teruk. 


5. Ujian yang sebenar adalah ketika kita mempunyai wang, ketika kita kaya, ketika kita ada pangkat, ketika kita ada kuasa. 


6. Waktu itu kita lupa bahawasanya Allah itu ada….kita mula sombong dengan Allah. Kita lupa untuk berdoa, untuk buat macam2 solat sebagaimana waktu kita tidak mempunyai apa2 dulu. 


7. Sifat sombong, riak dan takbur boleh datang secara semulajadi tanpa kita sedari. Itu memang lumrah manusia. 


8. Kita sombong dengan isteri, kita sombong dengan adik beradik, kita sombong dengan mertua dan ipar duai yang pernah pandang sinis kepada kita satu masa dulu, kita sombong dengan kawan2 yang pernah membantu kita sewaktu kita tidak punyai apa2. 


9. Kita sumbat anak2 kita dengan pelbagai kemewahan hingga membuatkan anak2 kita lupa untuk bersyukur. Kita tidak mengajar lagi anak2 kita ajaran2 agama kerana kita telah sibuk dengan urusan dunia. Semua itu adalah ujian yang datang tanpa kita sedari….


10. Mungkin Alllah kata, kau minta aku berikan….aku nak lihat bagaimana kau mengendalikan kemewahan, pangkat, jawatan dan darjat yang aku berikan….


11. Sebagai contoh dalam kes Shamsul Iskandar yang sedang diuji sekarang. Saya tidak kata beliau bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tetapi perbicaraan publik telah berlaku kepada beliau. 


12. Shamsul Iskandar ini bukan orang cap ayam tepi jalan. Beliau adalah graduan lulusan UIA dalam bidang perundangan. Beliau seorang peguam. 


13. Peguam2 yang lahir dari UIA bukannya jenis komang-komang. Boleh dikatakan semuanya hebat2. 


14. Beliau berjuang dalam PKR terlalu lama. Puluhan tahun. Beliau setia bersama PKR dan DSAI. Ketika kawan2nya keluar lari meninggalkan DSAI, beliau kekal di situ. 


15. Benda yang dikejar puluhan tahun untuk DSAI jadi PM dan PKR jadi kerajaan, Allah kabulkan. 


16. Baru jadi kerajaan dan setiausaha politik tiga tahun , beliau diuji dengan ujian yang begini. Kasihan…berpuluh tahun punya perjuangan jadi rosak kerana jawatan tiga tahun. Inilah ujian yang saya katakan…Sedihhhh…macam sia2 perjuangan yang dibina sekian lama. 


17. Rasa macam hina sangat seorang yang berkelulusan undang2 yang baik, dari universiti yang hebat, bergelar peguam pula apabila meminta2 dengan tauke wang untuk keluar negara, baiki rumah hinggakan sampai ke pakaian suit pun tauke yang bayarkan. 


18. Dakwaan itu belum tentu benar sehingga dia dibuktikan bersalah. Tetapi cerita dah keluar dan geger merata. 


19. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Orang tidak akan berani membuat pendedahan jika tidak ada asas. Pasti sikit sebanyak ada asasnya.


20. Ingatlah kawan2 termasuk pesanan kepada diri saya sendiri, ujian sebenar adalah ketika kita telah mempunyai segala2nya. Allah hendak lihat bagaimana kita mengendalikan apa yang pernah kita minta kepadanya. Jika kita lepas ujian ini, Insyallah akan ditambah lagi dan syurgalah tempat kita jika berjaya mengendalikannya. 


Penutup : Dimana Kita Bermula Tidak Penting, Yang Penting Dimana Kita Berakhir. 


Jika bermanfaat mohon share kepada kawan2 dan ahli2 keluarga. Sebagai ingatan kepada semua…





NOH..BANYAKNYA MAKAN...



SUMBER. FB ISWARDY

 
















 


USAHA NAK JATUHKAN PMX.

Salahuddin Hisham


 Sofia Rini Binti Buyong, wanita asal Pasir Mas Kelantan. Ejen Komisyen yg sering jadi broker projek. Runner kepada Albert Tey. 






Hal2 yang disebut dalam video bersusun. Ada sesuatu yang anih.


Pendedahan Albert Teh ini libatkan Mahathir yang mana kemungkinan besar ada peranan bekas IGP Tan Sri Fuzi Harun. 


Bekas Ketua Pengarah SB ini adalah penyokong kuat Mahathir dan Muhyiddin hingga hari ini. Pertemuan Albert dengan Mahathir dihebahkan PAS menjadi viral.


Fuzi juga terlibat atur pertemuan Albert dengan Hajiji tahun 2023 (dlm komen)..


Penghebahan kali ini libatkan PAS, Fadhli Shaari yg mana Albert pernah jadi penyumbang. (dlm komen)

.

TAKUT KENA JENTIK TELOR


ALIF  JAMIL



 


Sir Azri aka Papagomo adalah salah satu contoh Pejuang Melayu yang sejati. 


Dia bukan sahaja berani melawan Perdana Menteri Malaysia , bahkan dia berani menentang siapa sahaja yang menyokong Perdana Menteri ke-10 yang bernama Anwar Ibrahim. 


Hatta kalu Presiden Russia Vladimir Putin isytihar masuk Parti Keadilan pon dia akan lawan Putin. 


Cuma satu je kelemahan Gomo nih. 


Seluruh manusia dia berani lawan kecuali Salim Parpu sorang 😂


Abam taktau laa apa ilmu yang si Salim pakai sampai Papagomo takut dengan dia. 


Situasi Gomo dengan Salim ni ibarat hantu saka yg takut dengan tok bomoh ghost buster yang bila² masa je boleh lastik telor hantu saka tu sampai dia boleh buat bunyi udang 😂




HUH PAK LONG NI KATA.


 

BUKA MULUT JA MUHONG.. KEPALA BAPAK HANG

 


Misteri Kembar Fadhli Shaari PAS



Zuwairi Md Yusof





Ade sesiapa yang kenal kembar kepada MP PASIR MAS,KELANTAN Fadhli Shaari seperti tertera di gambar ini?Adekah mereka kembar Siam atau ade bau2 bacang antara satu sama lain?Saya cukup teruja ingin mengetahui lelaki di dalam gambar ini.


Bagaimana dengan anda semua pula?Ini kembar Fadhli sedang menoreh getah dalam video asal itu.Mana mungkin ini si Fadhli Shaari berlakon menoreh getah di atas pokok yang tinggi dari tanah itu mustahil.



KEH KEH KEH...

 


MANA ADA CERDIK PUN MP GANU NI.


 

ELOK SKRIP.

 



1. Sam sudah pun letak jawatan dan PMX sudah mengarahkan supaya SPRM siasat dengan telus.








2. Kenapa Sam letak jawatan? Kerana tidak mahu jawatannya sebagai SetPol Kanan Perdana Menteri dijadikan alasan apabila beliau disiasat. Jadi bila beliau letak jawatan, ia bukanlah kerana beliau bersalah, tetapi kerana mahu melindungi nama baik PM dan kerajaan. Juga kerana, beliau tidak mahu dituduh berselindung disebalik jawatan beliau.


3. Video Albert Tei jelas adalah satu perangkap dan fitnah politik terhadap PMX untuk menjatuhkan dan memalukan beliau bersempena dengan PRN Sabah.


4. Albert yg sudah diketahui berjumpa dgn pemimpin GRS memakai spycam dan berbicara mengenai bayaran rasuah, sendiri sedang didakwa atas kesalahan memberi rasuah tetapi bila dibicarakan, mengaku TIDAK BERSALAH pula.


5. Video terbaru dibuat pada 21Nov iaitu Jumaat lepas selepas bertemu dgn Tun Mahathir dan video dengan seorang wanita yg tidak diketahui diblurkan pula mukanya dan video diambil dari angle yg sungguh baik dan tanpa gegaran seolah menggunakan kamera diatas sebuah tripod. Berbeza dgn video spycam bersama pemimpin GRS.


6. Sepanjang bulan Nov pula, papagomo sentiasa mengulangi "3 Jumaat lagi" membuktikan semua ini adalah satu perancangan jahat yg teliti dan susunan yg rapi demi PRN Sabah.


7. Dan selepas bertemu dgn Tun, keesokan harinya Fadhli Shaari pula memberi hint bahawa akan berlaku satu kejutan besar. Dan selepas video terbaru itu dikeluarkan, ia mula mula disebarkan oleh akaun FB bernama Pejuang Tun Mahathir dan serta merta disambut oleh semua page cytro pembangkang. Dan dalam beberapa saat, Fadhli dan Chegubard menulis kenyataan yg SAMA di akaun mereka menunjukkan skrip yg sama dipakai.


8. Kesemua ini nampak sangat tersusun dan dirancang dari awal sehingga akhir hanya untuk memburukkan nama dan maruah PMX dan terbukti lagi bila hari ini Fadhli menggesa PMX pula meletakkan jawatan.


9. PAS pula mengarahkan Pemuda nya membuat laporan polis serentak di seluruh negara selepas Takiyuddin mengeluarkan kenyataan rasmi dari PN mendesak supaya siasatan dibuat. Malah, satu himpunan Turun Anwar dikhabarkan akan dibuat pada hari Jumaat ini sinonim dengan hint yg dibuat oleh papagomo sepanjang bulan.


10. Jelas ini semua adalah susunan yg dirancang dengan rapi dengan kerjasama dari semua pihak dalam pembangkang dan dalang yg akan mendapat untung paling banyak ialah musuh PMX dan musuh yg paling jelas ialah Tun Mahathir.




WOII !!!..HANG BALIK LA TRNGOK ORANG KAMOUNG NAK TENGGELAM DAH. MENUNG OA DI PARLIMEN...CARI DUIT ELAUNS LEBIH SEDANGKAN RAKYAT PARLIMEN SEDANG BERGELUT DENGAN BANJIR..APA RRRRRRR....LEKEH

 Sham Ghaz








Yb Pasir Mas masih duk Lepak di Parlimen lagi. Balik la tengok Kawasan ni.


Saat TV3 sejak Kelmarin duk siar Berita rakyat di Pasir Mas duk habis duit belanja mcm2 untuk hadap banjir besar


YB Fadhli Shaari RAKYAT PASIR MAS duk nak tengelam banjir dah ni, mrka tanya mana YB mrka? 


Saya kata duk kalut nak berpolitik pah ceroh.




OWHH PAS PUN KENAI LA KALAU LAGU TU.?

 


QUID PRO QUO






Dalam bahasa Latin, Quid Pro Quo bermaksud timbal balik. 


Quid- “Apa untuk aku?”

Pro Quo- “Apa untuk kau?” 


Sedikit lain dari dialog penyamun dalam cerita P Ramlee. “Satu untuk aku, satu untuk kau”. Itu nak bahagi gnaimah menyamun. 


Namun Quid Pro Quo berlaku sebelum menyamun lagi. Strategi nak menggerakkan sesuatu. 


Si pemberi rasuah beri suapan. 

Si penerima rasuah janji buat suatu tindakan. 


Inilah konsep quid pro quo dalam undang2 rasuah. 


*************


Kes Albert Tei di Sabah contohnya. 

Jun lalu beliau didakwa memberi rasuah untuk dapatkan lesen mineral di Sabah. Dan 2 ADUN berpangkat Datuk juga didakwa dengan kes menerima rasuah dari Albert Tei dan kes masih berjalan. 


Masalahnya, bila dalam mahkamah Albert tidak mengaku dia beri suapan, susah juga kes ini nak melekat.


Albert Tei ini karakter yang pelik. Dia jaja dengan semua orang di luar sini, beliau menyogok ramai wakil rakyat, siap tangkap video. Beliau mengamuk dan terkesan bila lesen yang beliau sendiri bayar rasuah langsung tak diluluskan. That was when all hell broke loose. 


Habis dilondehkan. Cuma dalam mahkamah dia tak ngaku pula beliau memberi suapan. Pada saya sedikit pelik dan bukan2. 


Now, dia londehkan pula, WhatsApp SUPOL PMX. Meminta dia USD dan Pounds untuk berjalan. Siap tunjuk semua gambar yang didakwa dia sponsor cigars, perabot dan baju. Siap ada resit 300 muka surat tu. 


Maknanya, ketika memberi itu, memang niatnya untuk melapor kembali. Kalau penerima suapan, tak buat apa yang dia nak, habis dia londehkan. 


Elok dah sangat semalam SPRM kata nak siasat. Siasat lah Albert Tei dan SUPOL PMX tu. Apa quid pro quo yang dijanjikan? 


Kalau janji lesen melombong, SUPOL tu ada ke kuasa nak memberi? Bukan ke lesen melombong tu kuasa Negeri? Takpun Albert Tei kena scam sekali lagi 😅


Jangan nanti SPRM dakwa SUPOL PMX, Albert Tei sekali lagi tak ngaku memberi. Jenuh juga nanti. 


*************


Dalam rekod, Albert Tei ini pernah menyumbang pada PAS juga, siap masuk Harakah lagi. Makanya orang PAS perlu beware ya. Kalau benda tak kena tekak dia, habis nanti dilondehkan PAS pula.


Ini jadi pengajaran kepada semua peniaga di luar sana. Takyah la merasuah/ menderma kepada Pemimpin ni. Tak confirm lagi anda dapat apa yang dihajati. Eloklah usaha sendiri, terima sahaja kalau takde rezeki. 


Pengajaran juga kepada pemimpin. Lepas ni buka lah mata, setiap pemberi rasuah itu boleh londehkan anda. Elakkan menerima. Cukup dah pencen dan gaji anda. 


Harap kes ini jadi pengajaran kepada kedua2. 

Quid pro quo dalam rasuah itu membinasa. 


Pemberi rasuah ada potensi kena scam, janji tak dikota. Penerima rasuah, ada pontensi dilondehkan bila2 masa. 


*************


Semalam ada keluar video, katanya agen SUPOL PMX seorang wanita berbincang dengan Albert Tei. Katanya PMX yang suruh rakam video rasuah GRS. Walau untuk kes undang2 eloklah tu. Bila Albert Tei mengadu, mereka nak bukti. 


Cuma otak bekas TPR saya berjalan dengan skeptikal sekali. 


Betul ke wanita tu broker SUPOL PMX. Awat cakap nya pelik sangat. Siap wanita tu cakap “yang paling untung siapa? PMX ler”. Eh apa punya script? Nampak Albert Tei yang leading, macam tanam naratif. 


Sama saja macam saya skeptikal kes tanah isteri Dr Sam sebelum PRN. Naratif yang ditanam a bit mencapah. Langsung saya tak ambil port sudah. 


Bab video ni teringat kes Papagomo, fitnah video kepada Anwar Ibrahim yang kita dok percaya dulu. Alih2 Mahkamah Persekutuan tahun 2015 kekalkan keputusan semuanya fitnah belaka, siap si Papagomo kena bayar pampasan dekat RM1juta ya. 


Kalau video serupa real macam tu pun depa boleh memfitnah, setakat nak cari seorang wanita dengan muka blur, pada saya sap sap soi sahaja. 


Lebih berat saya nampak, ia suatu political ploy sebelum pilihanraya. Tujuan nya untuk divide and conquer. Typical taktik si Machiavelli negara. 


*******************


Walau apa pun PMX baru satu term. Selalu term pertama, semua baik2 dan wangi2. 


Ingat dulu era DS Najib, semua nya baik. Masuk second term, meletup kes 1MDB, DS Najib ditipu Jho Low. Orang sekeliling. 


PMX juga kena hati2. Bila PM fokus kepada kuasa, selalunya orang sekeliling fokus buat duit pula. Budaya tol nak berjumpa, adjust project, makan atas angin. Bukan exclusive kepada mana2 parti. Ia mengekori pemegang kuasa. 


Kalau orang keliling dia, jadi billionaire tetiba, orang berhak tanya, apa beza anda dan PM sebelumnya? 


Pengundi atas pagar bukan sentimental. Kalau mereka boleh jatuhkan parti 60 tahun, pejuang kemerdekaan. Apa sangat parti 4/5 tahun yang baru memerintah.


GAP mencari lesser evil pada negara. Jangan sampai lesser itu menjadi greater pula. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


NB- Ticer nak selit teori Ibnu Khaldun & cadangan Akta Dana Politik. Dah panjang bebenor. Tusyen esok pula.



PERDAGANGAN OKTOBER MELETOP LAGI.


 

BANYAK KAYA ..TAPI BANYAK SALAH JUGA


 

AIK..LUAR MAHKAMAH LAIN..DALAM MAHKAMAH LAIN ?


 

FITNAH : ANTARA KESALAHAN SIVIL DAN JENAYAH


Che Ibrahim.







Pengakuan di luar mahkamah dalam apa apa kes sekalipun tidak boleh dijadikan bukti kes atau asas sabitan.


Bersediakah Albert Tei mengulangi pengakuannya telah memberi rasuah kepada tokoh tokoh politik tertentu dalam mahkamah?? 


Fitnah sepatutnya dituduh sebagai satu kesalahan jenayah, bukan defamation atau kesalahan sivil.




TUMBANGKAH GRS DAN TEGUGATKAH PKR AKIBAT PENDEDAHAN ALBERT TEI?



27 November 2025


Albert Tei sudah banyak kali membuat pendedahan mengenai skandal rasuah melibatkan Adun-Adun Sabah.


Beberapa pendedahannya sebelum ini memang menggemparkan, tetapi ternampak tidak memberi banyak kesan.


Walaupun ada kertas siasatan dibuka dan dua Adun didakwa di mahkamah setakat ini, namun ramai melihat pendedahan demi pendedahan oleh Albert Tei semacam tiada kesan yang ketara.


Hakikatnya, di sebalik banyak pendedahan dilakukannya, kerajaan negeri Sabah masih kekal, Hajiji Noor masih bertahan sebagai Ketua Menteri dan tiada menteri negeri digugurkan daripada jawatan mereka akibat apa yang didedahkannya itu.


Bahkan, sebahagian yang dikaitkan dengan rasuah itu, didedahkan video menerima wang, mereka masih lagi dicalonkan untuk bertanding pada PRN Sabah, 29 November depan.


Ertinya, segala pendedahan Albert Tei selama ini seperti lalunya air di atas daun keladi saja.


Tetapi pendedahan terbaru yang dibuat Albert Tei Selasa lalu yang melibatkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selain meneruskan lagi pendedahan berkaitan Sabah, ia dengan pantas terzahir kesannya.


Hanya beberapa ketika selepas pendedahan itu dibuat, Shamsul Iskandar terus meletakkan jawatannya.


Kenapa Shamsul Iskandar memilih untuk meletak jawatan, sedangkan dalam isu surat sokongan yang mengaitkan dirinya sebelum ini, walaupun banyak desakan ditujukan kepadanya, beliau langsung tidak terdetik untuk meletak jawatan?


Malah, dalam isu surat sokongan itu, beliau turut dipertahankan oleh Perdana Menteri sendiri?


Mengapakah dengan pendedahan  Albert Tei terkait dirinya, beliau terus meletakkan jawatan?


Kenapa beliau tidak menunggu Perdana Menteri mempertahankannya sekali lagi?


Dalam waktu yang sama dengan pendedahan Albert Tei itu, terdedah sama tangkap layar teks perbualan Whatsapp antara Shamsul Iskandar dengan ahli perniagaan itu serta video perbualannya dengan seorang wanita.


Wanita berkenaan telah tampil menafikan dirinya sebagai proksi Shamsul Iskandar serta membuat laporan polis terhadap Albert Tei.


Shamsul Iskandar juga sebelumnya telah membuat laporan polis berhubung pendedahan Albert Tei itu, tetapi laporannya hanya berkaitan dakwaan yang mengaitkan Perdana Menteri yang dikatakan memberi ‘lampu hijau’ untuk merakam secara rahsia perbualan dengan beberapa ahli politik Sabah daripada GRS berhubung skandal perlombongan di negeri itu.


Lupakan seketika tentang siasatan polis dan siasatan SPRM berhubung pendedahan Albert Tei, paling menarik untuk dilihat dalam waktu terdekat ini ialah apakah kesan pendedahan ahli perniagaan itu serta perletakan jawatan Shamsul Iskandar kepada keputusan PRN Sabah 29 November ini?


Mampukah GRS mengekalkan kuasa mentadbir Sabah dan mampukah juga PKR memenangi jumlah kerusi yang munasabah?


Parti manakah pula paling mendapat manfaat daripada pendedahan Albert Tei?


Melihat kepada siri pendedahan oleh Albert Tei dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan yang merasakan telah kena tipu untuk mendapatkan lesen carigali mineral, sedangkan beliau telah melabur banyak wang kepada sejumlah Adun Sabah, tidaklah sukar menjangka matlamat yang dimahukannya.


Perjuangannya barangkali ialah alang-alang bisnes tak dapat, biarlah juga mereka yang pernah berjanji dan mengambil wang daripadanya turut sama hilang kuasa.


Dengan itu, secara kasarnya memang tidak mustahil GRS berdepan kesukaran untuk mengekalkan kuasanya, apa lagi jika parti lawan menggunakan isu tersebut dalam kempen-kempen mereka.


Pun begitu, dengan pendedahan terbaru Albert Tei yang disusuli perletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri, mahu tidak mahu, PKR pastinya tersimbah kesan yang tidak diingini.


Mungkinkah PKR yang bertanding 12 kerusi di PRN Sabah berdepan kesukaran untuk memenangi walau satu kerusi?


Untuk itu, selain keputusan pada malam 29 November nanti amat ditunggu-tunggu, gerak kerja kempen di hari-hari terakhir ini juga tentunya lebih menarik dan lebih panas daripada jangkaan. – ShahbudinHusin 27November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/tumbangkah-grs-tegugatkah-pkr-akibat-pendedahan-albert-tei/



BERSIH MANA NIK ABODOH.





 

PEMIMPIN JENIS APA LAK KAU NIH


 

PENGAKUAN WANITA TERKAIT ISU RASUAH


 

Alat untuk jatuhkan PMX?






Persoalan tu memang selalu timbul terutama bila muncul gambar-gambar pertemuan politik, naratif portal, dan gerakan serentak dalam media sosial.


Tapi setakat ini, tiada bukti konkrit menunjukkan Albert Tei adalah “alat” mana-mana gerakan untuk menjatuhkan PMX. Namunnn menyebarkan satu video yang lama dimiliki disimpan di saat yang kritikal waktu 3 hati sebelum pilihanraya adalah satu perkara yang agak fishy disini. 


Apa yang lebih realistik ialah:


✔ Dia guna bukti untuk kepentingan peribadi dan projek.

✔ Bila bukti tu tular, pihak lain ambil kesempatan untuk spin naratif politik.

✔ Bila kerajaan tak stabil, apa-apa video pun boleh jadi peluru politik.


Bila dah jumpa orang yang paling nak anwar jatuh korang pikir la sendiri. 


 Tapi videonya memang digunakan oleh banyak pihak untuk menekan, menyerang dan mencipta persepsi terhadap PMX.


Itu hakikat yang lebih dekat dengan realiti.



MINTA DUIT TU RASUAH KAH.

 

De De


⚖️ 1. Minta duit itu sendiri tidak automatik jadi rasuah:








❗ Dalam undang-undang Malaysia, minta duit sahaja tanpa bukti tujuan rasuah tidak menjadi kesalahan.


Contoh:

“Bro, aku nak travel. Boleh tolong bagi sikit duit?”

→ Ini tak jadi rasuah kalau tiada kaitan dengan kuasa, projek, tender atau balasan.

Sama seperti kawan minta pinjam duit, atau saudara minta tolong.

Undang-undang hanya panggil rasuah bila ada elemen:


suapan (duit atau hadiah)

sebagai dorongan atau upah

berkaitan tugas rasmi seseorang (contoh: bagi tender, percepatkan kelulusan, dapat projek, direct nego, dsb.)

Kalau tiada kaitan dengan kuasa, ia tak jatuh rasuah.


⚖️ 2. Jadi… ex-SUPOL tu minta sebab apa?

Ini yang jadi isu sebenar.

Berdasarkan chat yang tersebar:


📌 Dia kata nak pergi London.

📌 Dia minta “pound sterling”.

📌 Tiada disebut tender.

📌 Tiada disebut projek.

📌 Tiada janji balasan.

📌 Tiada kaitan direct dengan kuasa kerajaan dalam mesej itu.

❗ Kertas siasatan SPRM pun sebenarnya perlu buktikan ‘niat’ — bukan sekadar mesej minta duit.


Kalau TIADA:

projek dijanjikan,

surat sokongan,

direct nego,

kelebihan kerajaan yang diterima Albert,

→ maka sukar untuk disabitkan kes rasuah pemberi atau penerima.

⚖️ 3. Jika hanya “janji mulut” Shamsul, ia memang tak boleh disabitkan jika:


tiada dokumen

tiada bukti projek

Albert tak dapat apa-apa manfaat kerajaan

Kalau Shamsul hanya "cakap kosong" dan Albert percaya — itu bukan unsur rasuah. Itu hanya:


🔹 kawan minta tolong

atau

🔹 Shamsul mempergunakan hubungan / nama (kalau benar)

Tetapi bukan rasuah jika tiada quid pro quo (balasan untuk kuasa).


⚖️ 4. Soalan paling penting: Albert bagi duit itu dengan niat apa?

Ini yang undang-undang lihat:


Jika Albert memberi dengan tujuan:

nak dapat tender

nak dapat direct nego

nak dapat projek

→ itu jatuh pemberi rasuah, walaupun dia tak dapat apa-apa pun akhirnya.

Niat pemberi sudah cukup.


TAPI…

Jika Albert bagi kerana:

rasa kesian

tolong kawan

tolong SUPOL sebab dia minta nak travel

tak wujud apa-apa urusan kerajaan

→ itu bukan rasuah, cuma pemberian peribadi.


📌 5. Kesimpulan undang-undang yang paling tepat

Dengan maklumat dalam WhatsApp itu sahaja, ia menunjukkan:


✔️ Ex-SuPol minta duit TANPA nyatakan apa-apa urusan kerajaan

✔️ Tiada bukti tender / projek / direct nego dijanjikan

✔️ Tiada janji balasan (explicit atau implicit)

✔️ Albert tak dapat apa-apa daripada kerajaan

✔️ Mesej sangat mirip “pinjam duit / minta tolong kawan”

👉 Maka secara law, susah nak kategorikan ia sebagai rasuah.


📢 6. Tapi kalau Albert baginya dengan niat nak dapat projek… itu masalah pemberi

Ini kena selari dengan apa yang Tuan Guru cakap:


“HAPUSKAN PEMBERI RASUAH”

Kalau benar Albert bagi dengan niat beli projek, maka:


dialah pemberi

dia yang patut dipersalahkan dulu

penerima hanya boleh disabitkan jika balasan itu wujud



𝗣𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗕𝗘𝗥𝗧 𝗧𝗘𝗜, 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡







Dari segi undang-undang, apa yang didedahkan oleh Albert Tei masih merupakan dakwaan. Lebih baik sekiranya perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan yang sewajarnya.


Shamsul sepatutnya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil untuk membersihkan namanya. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menguatkan dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.


Begitu juga, pihak berkuasa — terutamanya SPRM — perlu bertindak segera untuk menyiasat dan, sekiranya ada asas kes, mendakwa kedua-duanya atas tuduhan rasuah.


Dari segi politik, keadaan ini lebih rumit.


Tanpa mengira apa yang akan berlaku di mahkamah — dan lebih-lebih lagi jika tiada tindakan diambil — pendedahan Tei telah memberikan tamparan hebat kepada kerajaan dan kredibiliti Dato’ Seri Anwar.


Sekiranya Dato’ Seri Anwar mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan Shamsul ketika kontroversi surat sokongan itu timbul minggu lalu, Perdana Menteri mungkin boleh menjauhkan diri daripada kesan pendedahan ini.


Pada ketika ini, saya tidak nampak cara cepat yang boleh diambil oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan kerosakan terhadap kredibilitinya.


Dalam keadaan paling buruk, para pengkritiknya akan menggunakan episod ini terhadap beliau pada masa hadapan setiap kali beliau bercakap tentang usaha memerangi rasuah.


Dalam keadaan terbaik, orang ramai mungkin meragui pertimbangan beliau dalam menghakimi watak dan akhlak orang yang dipilih berada di sekelilingnya, memandangkan beberapa kali beliau meletakkan kepercayaan kepada individu yang reputasinya dipersoalkan sepanjang kerjaya beliau.


Saya berharap beliau tidak memandang rendah gelombang kekecewaan di kalangan penyokong PH dan masyarakat umum akibat episod ini.


Saya juga tidak mahu bertindak melulu menerima bulat-bulat apa yang didedahkan dalam video tersebut, yang mendakwa Dato’ Seri Anwar berada di belakang usaha merakam video ADUN GRS dan Albert Tei.


Setakat ini, semua itu masih kekal sebagai dakwaan dan khabar angin.


Dakwaan tersebut perlu disiasat secara bebas dan segera.


Sukar untuk Albert Tei membuktikan dakwaannya melebihi andaian yang dibuat dalam video itu, melainkan beliau mempunyai rakaman pertemuan dengan Perdana Menteri yang jelas merakamkan arahan sedemikian.


Selain daripada itu, perkara ini hanya boleh diselesaikan di mahkamah.


Saya berharap Dato’ Seri Anwar menyaman Albert Tei secepat mungkin dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.


Jika tidak, kita akan terus mendengar mainan politik yang tidak berkesudahan daripada PAS dan PN, yang mengalih perhatian negara daripada perkara yang lebih penting.


Akhirnya, bola berada di kaki Perdana Menteri. 


Penting untuk beliau mengambil tindakan undang-undang dengan segera kerana isu ini akan kekal sebagai situasi “kata dia, kata saya” selagi tiada bukti kukuh dikemukakan.



Siapa Pula Letak Jawatan Nanti?

Zuwairi Md Yusof















Selepas Shamsul ada seorang lagi.Dana sudah makin kering ke tu 🤭. Ada yang sudah loan Proton X50 lepas ini susah la nak bayar pendapatan akan hilang.Hebat jugak aku ni.Seluruh jentera JKOM di kerahkan serang Iswardy lepas Rafizi Ramli untuk redakan isu @shamsuliskandar .Orang tak makan taktik itu.Haha pening dia orang lepas ini sebab ada beberapa lagi ni cerita akan buka termasuk yang dapat jutaan ringgit untuk AI bot MADANI.Definisi SURAT SOKONGAN.


Menteri Kewangan

• Dulu - SURAT JAMINAN

• Kini - SURAT BUKAN ARAHAN


Jom kita dengar pula kupasan definisi ini daripada YB @rafiziramli

secara lebih teliti dan berilmiah https://www.facebook.com/reel/1381591740102921


Kabinet dapur Anwar Ibrahim perlu membatalkan pelantikan TERRIRUDIN dalam JAC kerana Tuan Yang Dipertuan Negeri Sembilan risau dan tidak berkenan dengan pelantikan itu.Kami pun tidak setuju JAC ambil TERRIRUDIN duduk dalam JAC sama macam kami setuju Najib Razak di beri Tahanan Rumah.Oh ya jangan sambung lagi kontrak AZAM BAKI untuk 3 tahun lagi cukuplah dia duduk kerusi panas itu selama ini.Malaysia tidak perlukan KP SPRM yang menghalang orang ramai berspekulasi kerana itu terjamin dalam Perlembagaan untuk berspekulasi.


Link post twitter




LAPORAN TERHADAP PERASUAH.

 





Ramai yang panggil Albert tei tu "whistleblower". Klakar.. dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar.


 Norman Daud


Ramai yang panggil Albert tei tu "whistleblower". Klakar.. dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar.







Saya bagi sedikit pengenalan siapa dia ni sebenarnya dan saya yakin ramai tak tahu.


Albert Tei, atau nama penuhnya Tei Jiann Cheing, berumur 37 tahun dan berasal dari Selangor. Beliau dikatakan memiliki hampir 50 syarikat sama ada sebagai pengarah, pemegang saham, atau melalui proksi. Nama beberapa syarikat yang dikaitkan dengannya disebut dalam laporan, termasuk syarikat berkaitan perlombongan dan pelaburan misalnya syarikat seperti Kencana Primary Sdn Bhd, ARGO PACIFIC, Nova Asia Resources, CLA Global Holdings, antara lain.


Terdapat dakwaan bahawa beliau menggunakan struktur “money‑layering” (pinjaman silang antara syarikat, loan internal, transaksi dalaman) untuk “melicinkan” aliran kewangan, mengaburkan aliran wang tunai, dan mengelak cukai. Laporan sama menyebut bahawa walaupun dikatakan mempunyai empayar besar ,hartanah, kenderaan mewah dan pelbagai syarikat tapi beliau pada tahun taksiran 2024 dikatakan mengisytiharkan pendapatan “RM0.00” kepada pejabat cukai, memunculkan syak bahawa aset dan pergerakan wang dikaburkan. 


Tambahan lagi, SabahKini2 memetik sumber daripada data yang dikatakan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan penyiasatan pihak berkuasa sebagai asas dakwaan bahawa terdapat percubaan penghindaran cukai dan penstrukturan semula aliran kewangan melalui syarikat‑syarikat yang dikaitkan dengan Tei. 


Pada 2017, Albert pernah didakwa dengan 105 pertuduhan:


1) Kesalahan bawah Akta Buruh 1955


2) Kesalahan bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011


Albert Tei juga dikatakan memohon 25 lesen pencarian mineral melalui rangkaian syarikatnya. Kawasan yang dipohon dilaporkan hampir 1 juta ekar (404,685 hektar), satu jumlah luar biasa besar.


Daripada 25 permohonan itu, dilaporkan 13 lesen telah diklaim diluluskan atas nama syarikat milik Albert Tei. 


Namun menurut penyata daripada agensi negeri (Sabah Mineral Management Sdn Bhd — SMM), dalam semakan semula Lembaga Pengarah, keputusan kelulusan tersebut dibatalkan. 


Surat “Letter of Approval (LOA)” yang dikemukakan oleh pihak berkaitan dikatakan palsu / dokumen manipulasi, bukan dari keputusan mesyuarat rasmi Lembaga Pengarah. 


Menurut dokumen sulit yang disiarkan media selepas pendedahan, SMM mendapati bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah yang sepatutnya membuat keputusan telah diubah suai secara palsu  dan keputusan semasa mesyuarat rasmi adalah untuk menolak / tidak meluluskan permohonan syarikat milik Albert Tei. 


Tarikh mesyuarat rasmi yang menolak lesen tersebut dilaporkan pada 25 September 2024. 


Pada 30 Jun 2025, Albert Tei didakwa bersama dua ADUN Sabah atas tuduhan memberi rasuah  berupa wang tunai RM200,000 dan RM150,000 kepada dua ADUN  bagi membantu permohonan lesen cari gali mineral bagi syarikat miliknya. 


Kes disiasat di bawah akta antirasuah (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009  Akta SPRM), dan mahkamah telah menetapkan tarikh pra-perbicaraan. 


Pendakwaan terhadap beliau dibenarkan, menunjukkan bahawa bukti awal dianggap mencukupi untuk mendakwa pemberian suapan berkaitan lesen mineral. 


Dalam laporan 2025, kerajaan negeri Sabah menyatakan bahawa hasil semakan mendapati tiada lesen yang sah dikeluarkan dalam permit pelombongan / mineral di kawasan yang kontroversi  dengan penekanan bahawa apa yang dipohon hanyalah “permohonan”, bukan permit pelombongan sebenar. 


Kronologi permohonan lesen mineral, pembatalan lesen akibat dokumen palsu, serta dakwaan sogokan kepada ADUN Sabah menambah lagi keraguan bahawa Albert Tei boleh bertindak sebagai saksi yang bebas dari kepentingan sendiri.


Setiap tindakan dan pendedahannya perlu diteliti dengan berhati-hati, kerana sejarah dan dakwaan beliau menunjukkan konflik kepentingan yang jelas, sekaligus menimbulkan persoalan sama ada maklumat yang dikemukakan beliau benar-benar untuk kebenaran atau sekadar untuk melindungi kepentingan peribadi dan perniagaan sendiri.