Mengapa dakwaan belum memadai jadi kes rasuah?


 


Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN



Semalam, Setiausaha Politik (Supol) Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah meletakkan jawatan.

Tidak lama selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan, keluar berita Albert Tei yang mengatakan telah memberikan wang lebih RM600,000 kepada Supol PMX itu.



Orang ramai berspekulasi sama ada peletakan jawatan itu ada kaitan dengan dakwaan Albert Tei.

PMX pula mengeluarkan satu kenyataan ringkas bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan tersebut dan menyebut SPRM bebas untuk membuat siasatan.

SPRM juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan memanggil kedua-dua pihak bagi tujuan siasatan.

Jika kita lihat definisi rasuah SPRM adalah:

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Suapan boleh berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, atau diskaun.

Contoh mudah: Seorang kontraktor memberi hadiah kepada pegawai kerajaan supaya projek diluluskan kepada syarikatnya. Itu dikira rasuah kerana ia melibatkan pemberian suapan untuk mempengaruhi keputusan rasmi.

Jika kita melihat kepada sabitan bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan yang didenda lebih RM8 juta dan penjara 6 tahun akan memberikan gambaran kes rasuah ini.

Laporan akhbar menyatakan, “Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng, melalui Roslan Lahada”.

“Ia sebagai dorongan mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif” bagi kempen Tourism Malaysia, serta tender Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.”

Tugas rasmi

Jika kita melihat kepada tohmahan Albert Tei itu pula dia menyatakan, “Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.”

“Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik itu.”




“Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.”

“Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023, yang Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.”

Jadi, cuba kita lihat kembali definisi rasuah SPRM yang menyebut suapan itu mesti sebagai dorongan untuk kerja rasmi.




Adakah memberikan RM629,000 untuk Supol itu lobi bagi dapatkan kembali wang yang telah disalurkan kepada ahli-ahli politik Sabah itu termasuk dalam tugas rasmi Supol? Adakah ini tugas rasmi Supol atau tugas politik?

Cuba bandingkan pula dengan sabitan ke atas SUSK Menteri Pelancongan yang menerima RM1.7 juta sebagai dorongan untuk dapatkan tender secara rundingan terus. Ini jelas masuk dalam tugasan rasmi.

Tidak mencukupi

Malaysiakini yang memuatkan berita Albert Tei itu pun cukup berhati-hati dalam memilih tajuk berita.

Tajuk yang dipilih “Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM” dan bukannya “Tei dakwa beri rasuah lebih RM600,000…”.


Ini kerana pemberian RM600,000 itu mungkin merupakan fakta yang disokong bukti.

Sebaliknya, istilah rasuah mempunyai takrif undang-undang yang lebih kompleks dan tidak boleh digunakan tanpa asas yang kukuh.

 

Apa pun kita lihatlah nanti perkembangan siasatan SPRM kerana kita tidak ada maklumat terperinci.

Walaupun Albert Tei mendakwa beliau telah menghimpunkan 300 muka surat bukti, jika ia sekadar melibatkan dana politik maka ia tidak mencukupi untuk mensabitkan kes rasuah.

Paling kuat pun kira kena scam orang politik sahaja dan ia lebih berkemungkinan hanya boleh menjadi asas tindakan sivil dan bukannya suatu kesalahan jenayah.

Asasnya, sebagai orang politik selain daripada aspek undang-undang, aspek moral juga adalah penting untuk menjaga imej dan integriti parti.



*DR ZULQARNAIN LUKMAN merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH.







Ironi Terbesar PAS: Projek Kerajaan Pusat, Dia Yang Canang Lebih!

Bila Parti Reformasi Pun Main Surat Sokongan

Samsul Iskandar belum panas letak jawatan tetiba salam 630K muncul, keja...

"JANGAN TUDUH PKR PARTI RASUAH" ! SPEAKER SEKOLAH YB PN !

PERLIS LUMPUH...


 

GAMAKNYA BANJIR TERUK DI GANU SEBAB HADI .DAK OUN SEBAB KO..SUWEY

 Sebab itu lah saya lawan PAS sebab takut mahkluk macam ini jadi Menteri…


 membodohkan umat. Banjir di Terengganu tu sebab Hadi agaknya. Level pemikiran kuno.





TAK SIAPA ANGKAT TEI SEBAGAI HERI.

 

Norshidah Md Daud



Sape pulak yang dok mengata geng Hiruk angkat Tei sebagai hero ni 


Agak2 la


Aku x minum tei, aku minum kopi je


Logik ke ni game Madey?

Logik...

Selagi lom mampos otak dia ligat


Tapi  dia bukan game sesaje

Dia plan awal dah nak makan orang yang dia boleh makan


So pepaham je la

Pelanduk dah masuk jerat


Kalau imej dia bersih, aku pun boleh nak bersangka baik lagi

Tapi tu la hurm...


Semalam dia bgtau dia akan pertahankan diri dia kan?


So kita tegok ape dia nak wat...


Jangan wat baju baru lagi dahla 😉




SIAPA DIBELAKANG TABIR. CERITA DIA BUKAN SIAPA..TAPI MEMANG DAH TAK CERDIK



 Cerita Tei ni makin panjang, tapi yang orang nak tahu sebenarnya siapa yang gerakkan semua benda di belakang tabir.









INI CERITA DIA.

 

Alif Jamil






Nah ini kenyataan rasmi dari Perdana Menteri Thailand sendiri berhubung isu perdamaian antara Thailand-Kemboja dan penglibatan US. 


Yang bercakap tu bukan wartawan pro-kerajaan, bukan pegawai Malaysia tapi Perdana Menteri Thailand sendiri.


Jelas dan terang. 


Tapi sudah tentu lah kenyataan rasmi macam ini takkan dikongsi oleh kumpulan pemuja sakatua.


Depa hanya akan rujuk sumber yg sama² tenggelam dalam lumpur kejahilan dan dendam politik.


Kalau dalam negara, rujukan mereka ialah:


Papagomo, si raja fitnah yg tiap² Jumaat muncul ramalan ghaib tapi tak pernah jadi.


Ratu Nangka , si penganut ekonomi Ayah Pin.

Dia kira nilai matawang macam kira harga kangkung.


Shafiq Murtad.

Duta besar teori sesat dari TikTok University.


Untuk Thailand pula, depa rujuk askar pencen yg kalah deposit sama spesis dgn parti Pejuang yg depa junjung.


Cuba fikir:

Yang hilang deposit rujuk yg hilang deposit.

Yang kecewa rujuk yg kecewa.

Yang gagal rujuk yg gagal.

Yang isim rujuk yg isim. 

Yang wayar putus rujuk wayar putus. 


Logik depa memang konsisten… konsisten bodoh.


Yang paling kelakar, bila Perdana Menteri Thailand sendiri bagi kenyataan rasmi, depa tiba² jadi buta.


Sebab apa? Sebab fakta ni tak sesuai dgn naratif dendam mereka.


Puak² ini bukan nak mencari kebenaran pon.. 


Depa hanya mencari apa sahaja yg boleh disandarkan untuk jatuhkan Anwar Ibrahim.


Dan kalau isu tu datang dari orang yg rekodnya lagi teruk dari Papagomo sekalipun depa akan kunyah dan telan. 


Hatta kalau ada orang gila yg gelak sorang diri tepi longkang tu pon isytihar lawan Anwar Ibrahim, kompom puak² celaka ni akan sokong orang gila tu.


Apa sahaja yg boleh digunapakai untuk lawan Anwar Ibrahim , depa akan rangkul semua sekali masuk dalam tong najis buatan mereka termasuklah dgn penyokong pengganas LTTE dan Hindraf tu. 


That is how low the bar they are.


MEMANG HANG BODO. TU SAJA NAK CAKAP

Sham Ghaz.


 Albert Tei kuda Trojan Mahathir?





Fadhli Shaari menyebut perjumpaan itu kelmarin.


Mahathir adalah Penasihat SG4, Negeri yang dikuasai Pas.


Banyak kali dah kami nasihatkan mana mana Menteri, Timbalan Menteri, Pegawai Lantikan Politik supaya hati2 dengan “perangkap rasuah”, jika dah kena memang kena “pegang batu”!


Itu memang skill Mahathir sejak dulu.





JOM MINUM AIR OREN...KIOK

 



KEH..KEH..KEH...KIOK.


 Che Ibrahim


Sabit ore kata jangan dok lok ke budak budak berhingus main politik, tepuh koksir....







KO NI MACAM ORANG TAK SEKOLAH KAN ?


 Bang Aji


Kalau ada kes biar SPRM cekup


SPRM tangkap anak MB Perlis dia kata tak perlu terkejut dan kata belum tentu bersalah.. MB Perlis pun dia tak suruh letak jawatan


Bila kena dekat orang lain, dia suruh PMX pulak cepat letak jawatan.





KEH KEH KEH....


 

MUSIBAT AIR OREN....SPRM JANGAN PANDANG SEBELAH MATA.


 Fendi Apple


Dengor citer kontraktor ni kaut keuntungan besar dari RM4.95juta.. .siap beli 3 biji kereta mewah baru..Merz...BMW & Mustang untuk anak beranak dia..Takebeer3x 😂🤣😅😆😁🤭



38 BUAH TU MASIH IDAMAN....MALAYSIA AKAN MENJADI PEMEGANG F18 YERBANYAK DI DUNIA...IA MASIH BAIK LAGI.

 


Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris Panglima TUDM telah lawatan ke pangkalan udara Kuwait jadinya proses pembelian 37 buah pesawat tempur Dari Kuwait masih dijalankan






𝗣𝗘𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗝𝗔𝗗𝗜: 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮’𝘀 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗖𝗶𝗻𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗰 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲




𝘗𝘢𝘨𝘪 𝘵𝘢𝘥𝘪, 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘥𝘢 𝘭𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘍𝘣 (𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘚𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩).


𝘊𝘪𝘵𝘦𝘳 𝘥𝘪𝘢 𝘨𝘪𝘯𝘪...


𝘑𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘪 𝘵𝘰𝘬𝘦𝘺 𝘧𝘪𝘭𝘦𝘮 𝘪𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩.

𝘋𝘪𝘢 𝘢𝘫𝘢𝘬 𝘮𝘪𝘯𝘶𝘮 𝘵𝘦𝘩, 𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢… 𝘴𝘵𝘺𝘭𝘦 𝘥𝘪𝘢 𝘤𝘪𝘵𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘰𝘯𝘵𝘰𝘯 𝘸𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨, 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘶𝘴𝘱𝘦𝘯𝘴𝘦, 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵, 𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘮...


“𝘉𝘳𝘰… 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘯𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬. 𝘝𝘌𝘙𝘠 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬.”


— Bekas PM masuk mahkamah, masuk jail.

— Yang dulu kena jail, keluar → masuk parlimen → angkat sumpah jadi PMX.

Narrator: “𝘐𝘯 𝘢 𝘭𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘳𝘦𝘢𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘪𝘴 𝘰𝘱𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣…”


Mael, Naib Presiden je pun…

Tapi naik jadi PM9 mendahului Presiden sendiri.


Narrator:

“𝘗𝘦𝘭𝘪𝘬? 𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘯𝘪… 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘸𝘢𝘳𝘮-𝘶𝘱.”


Ok, let's go to...

Sabah – Land of Surprises.


Ada satu nama, satu watak — aka legenda plot twist.

Yang pernah masuk jel…

Tetiba naik pentas jadi KM Sabah.

Possible? 

GRS goyang beb. Bakal tumbang.


Narrator:

“𝘐𝘯 𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘳𝘪𝘦𝘴, 𝘢 𝘤𝘳𝘪𝘮𝘪𝘯𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘳𝘥 𝘦𝘯𝘥𝘴 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘤𝘢𝘳𝘦𝘦𝘳.

𝘐𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢… 𝘪𝘵’𝘴 𝘤𝘩𝘢𝘳𝘢𝘤𝘵𝘦𝘳 𝘥𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵.”


PAP (𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘯𝘥𝘪 𝘈𝘵𝘢𝘴 𝘗𝘢𝘨𝘢𝘳) tak keluar undi.


“𝘋𝘦𝘱𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘢𝘴𝘶𝘢𝘩…

𝘉𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘰𝘯𝘶𝘴 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬-𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬.”


PRU16...

PAP dah muak.

PAP tekan reset.

PMX tumbang.


Black screen. Silent. Tension. Biasa lah time nak kira undi kan. Pernah jadi blackout, tak pelik la.


Kat Putrajaya in stormy weather.

Voice-over whisper:

“𝘈𝘯𝘥 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘶𝘪𝘯𝘴 𝘰𝘧 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘤𝘩𝘢𝘰𝘴… 𝘢 𝘯𝘦𝘸 𝘭𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳 𝘦𝘮𝘦𝘳𝘨𝘦𝘴.”


KM Sabah itu —

bangkit dari tempat yang tak disangka…


…jadi PM11.


Yes. PM SEBELAS.

Malaysia entire cinema goes silent.


Narrator:

“𝘐𝘮𝘱𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦? 𝘔𝘢𝘺𝘣𝘦.”

“𝘗𝘦𝘭𝘪𝘬? 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮.”

“𝘗𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢? 100%."


[FINAL SHOT]

Poster style:

KM Sabah berdiri depan Seri Perdana, angin tiup kain sampin, lighting kuning ala filem epik.

Caption besar:


“𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮: 𝗪𝗵𝗲𝗿𝗲 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀 𝗚𝗼𝗲𝘀 𝗙𝘂𝗹𝗹 𝗖𝗶𝗻𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗰.”

“𝗣𝗘𝗟𝗜𝗞 = 𝗣𝗢𝗦𝗦𝗜𝗕𝗟𝗘.”


Fade out.

Lepas tu gelak sinis:

😅😂🤣


Simpan sini dulu kot-kot leh jadi Malaysia movie blockbuster nanti. 

Shafie: The Unpredictable Story.


𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗵𝗼𝘁:

Sebelum kita part ways, aku tanya dia, how come?

Dia kata, you gila ka? How can the PAP give to BN or PN again? 60 years & 33 months total ruin, and now PH = already 2 years ago + 3 years now, Reformasi become Reformati... PAP kasi Reforbungkus la.


So, the next logical Pelik Tapi boleh berlaku is from Sabah, beb. Abang Jo not interested. 


Phew... what a pelik plot twist, my fren. 


====>>>

🖊 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘋𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, 𝘗𝘦𝘭𝘪𝘬 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘦𝘫𝘶𝘵𝘢𝘯, 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘥 𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦.


P/S: Janganlah ada yang triggered. Aku sekadar sampaikan apa yang aku dengar dari kaki pernah tarik kabel, pernah putuskan kabel dan sedang pasang kabel. 😁 Di negara ni, yang pegang kabel ni yang boleh tentukan siapa naik kuasa, beb. Tak pelik, kan? 😁


•••





SHAMSUL ISKANDAR LETAK JAWATAN

Zuwairi Md Yusof


TAHNIAH Rafizi Ramli SHAMSUL ISKANDAR DAH SERAH SURAT LETAK JAWATAN SETPOL KANAN dia kepada PMX https://x.com/shamsuliskandar/status/1993248527267643802

tolong ulas,kupas, nanti apa yang patut ye.Wajiblah Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan ini seperti mana PMX menerima peletakan jawatan RAFIZI RAMLI selaku MENTERI EKONOMI tidak lama dahulu.

Saya dah cakap dah pada RAFIZI RAMLI jangan berundur dari tanding semula PRU16 hujung 2026.Saya boleh keluarkan Surat Sokongan kalau PMX mahu.Setuju sangat SAM letak jawatan.Jangan jadi Beban dan Bebal terhadap Kerajaan dan Parti.Tengok macam mana kuasa libasan gang HIRUK THE SIMPSON RAFIZI membantai.TOPEK yang beriya iya cabar RAFIZI hari itu pun dah terkedu beberapa hari berani menyorok di post2 gang2 CEPLOS dia ja tak berani dah membongak berlagak.Ramai lagi harus letak jawatan sebenarnya kerana jadi pembawa masalah kepada keraajaan ini.Adekah lagi yang sedia letak jawatan dan berkorban?Adekah kita akan berhenti setakat ini?Tidak.Desakan demi desakan akan di buat bagi memastikan Kerajaan ini tidak jauh hanyut dan sesat jalan sehingga tiba PRU16 2026 nanti.Tak jauh mana Setahun ja lagi kita kembali ke peti undi.PRU16 serentak semua negeri tiada lagi asing2 macam PRU15 lalu.SPRM bolehlah masuk siasat Shamsul ni lepas ini tanpa sebarang gangguan sesiapa sebab AZAM BAKI pun dengarnya minta lanjut kontrak 3 tahun lagi,jilaker.

RAFIZI RAMLI 1 SHAMSUL 0
RAFIZI RAMLI 1 TOPEK 0 

2-0 setakat ini.

Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1993264818543829044













𝗦𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻.



Leon Wen


𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗶𝗸?

Rafizi tekan, Hiruk ikut desakan…

Eh, senang ke tak senang?

Apa sebenar nya yang jadi di balik dinding politik?


PAS pula sibuk suruh PMX letak jawatan…

Ish… ish… takkan PMX yang tumbang?

Mungkin GRS yang PMX peluk erat tu… dulu goyang, nanti tumbang?


Satu per satu timbul ke permukaan—

Albert Tei dedah hulur RM600K pada Sam… itu baru permulaan.

Siap jumpa Tun M, bentang dalang…

Haih… makin pelik, makin terang.


Yang 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙞𝙧𝙖𝙩 makin terbentang,

yang 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙮𝙞 makin berdentang.

Pelik, senang, goyang, 𝙩𝙪𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜—

Semua sedang beratur untuk di dendang,

Atau di catur pecah 𝙩𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜?


Aku dah pesan tempoh hari, kan…

Ada 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙤𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧-𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣

𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙜𝙤𝙮𝙖𝙣𝙜, 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙤𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜, 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜-𝙡𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣.







Bersiap sedialah… ini bukan hal pelik lagi, kawan.

Jeng… je jeng… 😁


•••




UNTUNG LA.

 Jebon Menggelupur Ceplos Menggeletar


Rilekslah kenapa marah2 sampai maki hamun ni?Korang memang satu kepala macam WAN DAHI ka maki hamun kalau koyak dan tisu?


Kabarnya ada payment/bayaran sangkut.Ada ahli ahli team yang mula bebel mengadu sama kepala mereka si HAIRUL aka MILO SUAM.Hebat gaji.RM 5000 sebulan ada,RM 8000 sebulan pun ada.MILO SUAM akaun besar mesti tinggi punya nama pun Kapla High Council,kehkehkeh.








ADA YANG BEEBULU..KIOK



 MANA ADA PERDANA MENTERI SEPERTI INI





Saya kutip sekeping gambar Perdana Menteru Malaysia Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhabar dalam kapal terbang diketinggian 12,192 meter dari paras laut. Mana ada perdana menteri seperti ini, jarang sekali kita dengar PM mana mana negara buat kenyataan dalam penerbangan. 


Donald Trump pun tak buat.


Ghalibnya PM atau pembesar negara akan mengadakan sidang akhbar sebaik mendarat ataupun sebelum berlepas. 


Tampaknya perdana menteri Malysia ingin mencatat pelbagai rekod, daripada berjalan laju, kuat bekerja, round dunia, tidak peduli protokol, dan sebagainya. Gelagat inilah yang menyebabkan Mahathir dan Tok Dor berbulu. Trims.




SAMSUL LETAK JAWATAN.

 Kenyataan Media

26 November 2025 Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini. Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Sekian Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin

MUNCUL LAGI FITNAH

 

Norman Daud


Hari ini muncul lagi satu pusingan fitnah yang sudah lama berlegar  kononnya DS Anwar Ibrahim ada simpanan puluhan juta di “bank Israel”. Ini Cerita lama yang  dijual kembali kepada orang ramai seolah-olah ia berita baru. Untuk menilai cerita begini, kita tak perlu emosi. Kita hanya perlu  tengok apa sebenarnya yang mereka tuduh, dan apa yang sebenarnya wujud dalam dunia nyata.


Pertama sekali, nama bank yang selalu disebut dalam fitnah itu sendiri sudah bermasalah. Mereka mendakwa wujudnya “Israel National Bank”, seolah-olah ia sebuah institusi kukuh yang beroperasi seperti mana Bank Negara di Malaysia. 


Realitinya, tidak ada pun bank komersial yang bernama “Israel National Bank”. Apa yang ada hanyalah Bank of Israel, iaitu bank pusat mereka, sama seperti Bank Negara kita. Ia bukan tempat individu buka akaun simpanan tetap. Bank-bank komersial yang sebenar di Israel pun ada namanya yang khusus seperti Bank Leumi, Bank Hapoalim, First International Bank of Israel. Tiada satu pun bernama “Israel National Bank”. Jadi kalau nama institusi pun tak wujud, bagaimana akaunnya boleh wujud? Lemah betul IQorang yang menyebarkan fitnah ni.. lagi lemah IQ orang yang percaya membabi buta.


Kemudian, ada pula cubaan mengaitkan Citibank, DBS dan American Express sebagai “bank Israel”. Ini pun satu lagi dongeng yang direka untuk menakutkan orang ramai dengan naratif kononnya PMX ada jaringan rahsia dengan entiti Zionis. Citibank dan American Express ialah syarikat Amerika Syarikat, beribu pejabat di New York. DBS pula bank Singapura, dimiliki Temasek Holdings. Tidak ada sebarang hubungan struktur atau pemilikan dengan kerajaan Israel. Tapi dalam dunia fitnah, logik bukan keutamaan. Asal boleh fitnah, semuanya dibelasah tanpa rasa malu.


Dakwaan yang mereka ulang sejak dua dekad lalu kononnya ada 20 akaun, sudah dijawab berkali-kali. Anwar sendiri pernah menjawab di Parlimen pada tahun 2013 bahawa beliau telah menyemak dokumen-dokumen asal dalam WikiLeaks dan tidak ada satu pun rujukan tentang akaun-akaun seperti yang dituduh. Hansard Parlimen pun merekodkan perkara ini dakwaan itu datang daripada ahli politik tertentu, bukan daripada dokumen WikiLeaks yang sah. Ia tuduhan politik, bukan pendedahan antarabangsa.


Lebih penting, SPRM sendiri telah menyiasat. Kes ini bukan baru. Ia sudah diteliti, dikaji, dan ditutup kerana tidak ada bukti bahawa akaun-akaun yang disebut itu wujud. Kalau benar ada ratusan juta ringgit disimpan di luar negara, apatah lagi di institusi kewangan sebuah negara asing yang sensitif, ia mustahil terlepas daripada radar SPRM, Bank Negara, audit antarabangsa, atau sistem SWIFT yang mengesan transaksi lintas sempadan. Tapi seperti yang dijangka, setelah disiasat, kes itu mati tanpa apa-apa penemuan.


Akhirnya, kita kena faham sifat cerita seperti ini. Fitnah jenis ini dibina untuk memukul persepsi, bukan untuk membuktikan apa-apa. Ia hidup kerana diulang. Ia bertahan kerana ada orang yang mahu percaya, bukan kerana ia benar. Bila sesekali suasana politik memanas, fitnah lama pun diangkat kembali, dijaja seperti barang antik  walhal nilainya tetap sama...kosong.


Jadi, bila hari ini muncul pula skrip lama yang dihidupkan semula, kita tak perlu risau sangat. Jawapannya masih sama..  Hang percaya hang bodoh😂😂😅😅




SHAFEI JUAL UBAT EXPIRE


MSO





Kempen pilihan raya Sabah makin rancak. Petang tadi Warisan turun menemui rakyat di satu ceramah perdana. Ceramah itu disiar secara live semasa Shafei Apdal berceramah.


Berbagai janji ditabur Shafei kepada rakyat Sabah. Antaranya dia akan selesaikan masalah air bersih dalam tempoh setahun kalau memerintah. Kemunduran Sabah dicampak dan disalahkan ke  atas kerajaan dan PM sebelum ini.


Itulah bila ghairah menyalahkan orang dia lupa bahawa dia adalah sebahagian dalam kerajaan itu dan dia pernah dilantik jadi menteri pembangunan luar bandar. Saat jadi menteri dia gagal memajukan Sabah.


Perangai Shafei macam Mahathir juga bersuara dan berjanji selepas kehilangan kuasa. Orang berketut sebelum berak bukan selepas melepas.🤣


Ceramah Shafei sekejap tadi tak ubah sang penjual ubat yang sudah expire yang mana pembelinya tentu yang buta huruf dan bole IT saja. Trims.




AJARAN SYIAH


Che Ibrahim


 Sikap "mentaqdiskan"  pemimpin bukan dari ajaran Islam. Mungkin ada sesuatu secara adatnya menyebabkan potret tersebut tidak terbakar, bukan kerana ianya potret atgna, tu pesen kepercayaan puak syiah atau set ajaran sesat


Portrait Almarhum Tok Guru tak hangus dijilat api. 









satu bangunan kecil yang menempatkan Pejabat Pengurusan PUTIK, Pengkalan Chepa telah terlibat dalam satu kebakaran awal pagi tadi.


Alhamdulillah, Bangunan Utama PUTIK serta bangunan dan infrastruktur lain di sekitarnya tidak terjejas. Punca kejadian sedang disiasat.


Portrait Almarhum Tok Guru, bukan kerana taksub, apatah lagi untuk mengagungkan sesiapa, tetapi ia hadir sebagai satu ketentuan yang tersingkap, mungkin sekadar kebetulan dengan izin Allah.


Perkara ini tidak menambah atau mengurangkan iman sesiapa. Namun keperibadian TGNA tetap menjadi contoh dan teladan yang terus hidup dalam jiwa sepanjang masa.


Semoga Allah hadiahkan yang lebih baik. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara yang tidak diingini. Hati-hati kerana semua.