Fitnah kononnya PM Anwar dihalang bercakap dengan Xi Jinping terbongkar


 


Dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping, ketika pertemuan rasmi baru-baru ini disahkan sebagai fitnah yang tidak berasas.

Aktivis politik, Syam Ghaz berkata, tuduhan yang disebarkan pembangkang termasuk Eric See-To dan Lim Sian See itu telah memutarbelitkan fakta sebenar.

Mereka mendakwa lelaki dalam gambar bersama Xi Jinping dan Anwar adalah “pegawai keselamatan” yang menghalang Perdana Menteri daripada mendekati Presiden China.



“Kononnya lelaki dalam gambar itu adalah pegawai keselamatan Presiden China. Tunjuk jari supaya tak bagi rapat dengan Presiden China,” tulis Syam Ghaz.

Beliau menjelaskan, individu yang dimaksudkan sebenarnya ialah Menteri Luar China, Wang Xi yang hadir di tengah-tengah kedua-dua pemimpin berkenaan bagi menterjemahkan perbualan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping.

“Terdapat video penuh dalam talian internet, Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.



Ia sekali gus menolak dakwaan kononnya hubungan kedua-dua pemimpin tersebut tegang.

“Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.

Syam juga mempersoalkan motif individu seperti Eric See-To dan Lim Sian See yang didakwa sengaja mencetuskan persepsi buruk terhadap hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Eric See-To, Lim Sian See — kamu tu Cina, kenapa suka adu domba seolah-olah Menteri Luar China dan Presiden China tak ngam dengan PMX? Cina murtad ke?” sindirnya.


Beliau menambah bahawa fitnah seumpama itu mudah dipatahkan kerana teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja mengesahkan identiti melalui carian imej di Google, yang jelas menunjukkan wajah dan jawatan sebenar Wang Xi.

“Ini bukan zaman Pak Kaduk dan macai-macai dulu, boleh putar belit media,” katanya lagi.

Terdahulu, pertemuan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping di Beijing berlangsung dalam suasana mesra dan produktif.

Kedua-dua negara menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan serantau.



Howard balas Ka Siong: YB ke mana masa sejam penggulungan MITI?



Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee tampil menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berhubung sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen mengenai perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia -AS.

Katanya, tiada siapa pun menuduh Wee tidak hadir ketika sesi itu berlangsung, kerana ia hanyalah sesi penerangan 30 minit tanpa sebarang perbahasan seperti yang diakui sendiri oleh MP MCA itu.

Namun katanya, Wee tidak pula menjelaskan bahawa Tan Sri Speaker telah memaklumkan segala soalan berkaitan boleh dikemukakan semasa sesi penggulungan belanjawan oleh MITI pada hari berikutnya.


Menurut Howard, ketika sesi itu berlangsung, MITI menjawab hampir sejam, lebih lama berbanding mana-mana kementerian lain, menunjukkan ruang dan peluang luas diberikan kepada semua Ahli Parlimen untuk bertanya dan membangkitkan isu.

“Kalau nak soal, nak bangkitkan isu, nak dapat jawapan terus, nak tembak, nak hentam dengan peluru atau meriam, itulah waktunya, di situ tempatnya.

“Soalannya: masa itu YB di mana? Bangun tak? Tak bangun. Taklimat tak hadir. Penggulungan MITI pun tak hadir. Sudah diberi peluang, tak mahu guna. Sudah diberi masa, tak mahu datang.



“Apa punya alasan kononnya lambat dapat teks Perjanjian AS–Kemboja? Punya lama dimuat naik dalam laman web rumah putih sudah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Howard berkata, perkara itu lebih menghairankan apabila rakan-rakan pembangkang lain telah pun membangkitkan isu sama berkaitan Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja semasa penggulungan MITI dijalankan.

“Padahal, masa penggulungan MITI, rakan-rakan YB di sebelah pembangkang sudah tanya berulang kali pasal Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja. Hujah mereka sama dengan YB. Berpakat atau tidak itu biar rakyat yang bagi penghakiman. 

“Kalau YB hadir masa tu, boleh tanya terus, tak perlu nak buat video berbelit-belit sekarang.


“Sekarang giliran YB pula jawab. Kenapa ponteng sesi MITI kalau betul-betul mahu perjuang isu ini?,” soalnya.




SEKOQ NI BUAT HAL APA PULAK


 

JENIS LAWYER BENAK NI PAYAH


 

NOVEL ATAU FILEM SESUAI DENGAN BABAK INI.Komplot jatuhkan Presiden, giliran Saifuddin Abdullah pula dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu


 


Selepas beberapa ahli Bersatu dikenakan tindakan disiplin, kini giliran Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula dipanggil ke lembaga disiplin parti.

Difahamkan ia berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

 Menurut Astro Awani, Saifuddin akan bertemu Lembaga Disiplin pada jam 2 petang Khamis ini, 6 November.



Proses siasatan bersama Lembaga Disiplin itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

“Pada kira-kira jam 1.52 petang Ahad, saya telah menerima notis untuk saya menghadiri sesi perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Disiplin pada 6 November jam 4.30 petang di Petaling Jaya.

“Oleh kerana pada tarikh itu, di sebelah malamnya saya ada program di luar Kuala Lumpur, saya minta sesi itu diawalkan dan Lembaga Disiplin bersetuju ditukar ke 2 petang,” katanya seperti dilapor.



Saifuddin dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis pada 27 Oktober 2025.

Pada Khamis lalu, tiga Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional.

Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail yang mengesahkan perkara itu menyatakan mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali; serta Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa.









Kestabilan Politik Negara Tarik Pelabur Asing Termasuk Sektor Perbankan

 


Pelabur asing melihat bank-bank Malaysia menawarkan pendapatan yang teguh, hasil dividen yang tinggi, dan kualiti aset yang stabil menurut laporan firma penyelidikan MBSB Research pada 4 November 2025.

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kestabilan ekonomi dan politik Malaysia yang bertambah baik telah meletakkan negara sebagai antara penerima utama aliran masuk pelabur asing ke pasaran sedang pesat membangun.

Menurut firma penyelidikan MBSB Research (MBSBR), sentimen ini didorong oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan negara berbanding ketidakpastian geopolitik yang berlaku di negara serantau.

Laporan firma itu yang bertarikh 4 November 2025 menjelaskan, pelabur asing melihat bank-bank tempatan sebagai saluran pelaburan yang sangat menarik.

Ini kerana bank-bank Malaysia menawarkan pendapatan yang teguh, hasil dividen yang tinggi, dan kualiti aset yang stabil.

MBSBR menegaskan bahawa “kelemahan dan ketidakpastian” dalam aspek teras perbankan seperti margin faedah, pertumbuhan pinjaman, modal, dan kualiti aset telah “berkurangan dengan ketara sejak beberapa bulan lalu”.

Keyakinan ini mendorong MBSBR untuk mengekalkan saranan ‘POSITIVE’ ke atas sektor perbankan dan menaikkan harga sasaran serta penilaian untuk semua bank di bawah liputannya.

Pandangan positif ini turut dikongsi oleh CGS International, yang dalam laporan berasingan turut mengekalkan saranan ‘Overweight’ ke atas sektor itu.

Tarikan utama kepada pelabur, seperti yang disebut oleh kedua-dua firma, ialah prospek dividen yang cerah.

CGS International menjangkakan bank-bank akan meningkatkan nisbah pembayaran dividen mereka pada masa hadapan.

Lebih menarik lagi, MBSBR memberi bayangan “kemungkinan tinggi” beberapa bank akan mengumumkan dividen khas.

Public Bank (PBK) disebut mempunyai potensi memberi dividen khas hasil daripada penjualan saham LPI dan penggunaan rangka kerja modal baharu Bank Negara Malaysia.

CIMB Group Holdings Bhd juga dikenal pasti mempunyai “kemungkinan tinggi” untuk mengeluarkan dividen khas berikutan potensi lebihan modal.

CGS International turut meramalkan peningkatan dalam nisbah pembayaran dividen CIMB untuk tahun kewangan 2025 hingga 2027.Kestabilan yang menarik pelabur ini disokong oleh kesihatan bank yang kukuh.

CGS International menganggarkan keuntungan bank pada suku ketiga 2025 akan meningkat, dibantu oleh jangkaan penurunan 17.5 peratus dalam peruntukan kerugian pinjaman.

Kualiti aset juga bertambah baik, dengan nisbah Pinjaman Terjejas Kasar (GIL) atau ‘hutang lapuk’ menurun kepada 1.41 peratus pada akhir September 2025.

RHB Bank Bhd turut dinamakan sebagai pilihan utama oleh kedua-dua firma penyelidikan , dengan CGSI mengunjurkan hasil dividen yang menarik sebanyak 6.51 peratus untuk TK25F.



PMQT: Bulan Pertama BUDI95 Catat Purata 98 Liter – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Purata penggunaan petrol RON95 melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, purata berkenaan hanya mewakili 33 peratus sahaja berbanding 300 liter had bulanan yang ditetapkan melalui BUDI95 sejak diperkenalkan pada 30 September lalu.

“Adakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata penggunaan bulan Oktober adalah 98 liter sahaja iaitu 33 peratus daripada kelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Mereka yang membelanjakan lebih 300 liter hanya 0.7 peratus sahaja,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena binti Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan BUDI95 dan apakah kesannya kepada rakyat.

Kuota untuk pemandu e-hailing naik kepada 800 liter sebulan

Pada sesi itu juga, Perdana Menteri berkata, kerajaan setuju untuk meningkatkan siling penggunaan BUDI95 daripada 600 liter kepada 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan meninjau situasi pembelian RON95 menerusi BUDI95 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 30 September 2025. Foto Kementerian Kewangan

Keputusan itu katanya, dibuat selepas mengambil kira maklum balas pemandu e-hailing yang merasakan jumlah semasa 600 liter masih belum mencukupi untuk menampung kos operasi harian.

“Untuk Oktober, (subsidi pemandu) e-hailing aktif kita naikkan daripada 300 liter kepada 600 liter untuk 58,000 pemandu aktif yang layak.

“(Bagaimanapun), ada lagi rakan-rakan di e-hailing merasakan (jumlah berkenaan) belum mencukupi.

“Jadi sekarang, kita mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan budi 95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan ,” katanya.




Mampoih dah Krisis Bersatu: Bersatu Ampang hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin


Bersatu Ampang telah menarik balik kepercayaan terhadap kepemimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Setiausaha Bahagian Bersatu Ampang, Daing Mohamad Daing Makati, berkata mereka turut mendesak Mahiadin melepaskan jawatan secara terhormat dengan segera demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli terhadap masa depan parti.

“Menyeru supaya satu pelan transisi kepemimpinan dilaksanakan dengan tertib dan inklusif bagi memastikan BERSATU kekal kukuh dan berdaya saing menjelang pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.


Keterapan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa BERSATU Ampang berlangsung pada 28 Oktober.

“Sekali lagi diulangi, keputusan ini dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Bahagian Ampang selepas mengambil kira pandangan dan aspirasi ahli di peringkat akar umbi yang mengharapkan perubahan demi kelangsungan perjuangan parti yang dicintai,” katanya.

“Menginsafi bahawa kegagalan kepimpinan tertinggi, khususnya Presiden, dalam menangani dan menasihati kedua-dua pemimpin itu untuk memperkukuh hubungan dalaman parti sudah membawa kepada perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan akar umbi serta kepimpinan bahagian,” katanya.


Untuk rekod ketua bahagian Mohd Isa Mohd Saidi telah dipecat ekoran isu akuan bersumpah.



 

PMQT: Had Kelayakan E-Hailing Naik Kepada 800 Liter Sebulan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Had BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi sektor e-hailing di negara ini kepada pemandu yang layak dinaikkan sehingga 800 liter sebulan ketimbang 600 liter sebelum ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara ini juga bermakna jarak minimum juga ditambah kepada 5,000 kilometer (km) tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.

“Untuk (bulan) Oktober, (pemandu bagi BUDI95) e-hailing aktif dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Berapa (jumlah pemandu) yang dapat? 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“(Tetapi) ada lagi rakan-rakan, anak-anak kita dari (sektor) e-hailing yang merasakan (kuota yang diterima itu) masih belum cukup.

“Kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan, saya nak umumkan di sini, bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada 800 liter sebulan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) bertanya mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 pada 4 November 2025. Foto YuoTube Anwar Ibrahim

Menjawab soalan asal Syerleena, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan sebanyak 98 liter saja daripada 300 liter yang diberikan kepada individu layak digunakan oleh mereka bagi bulan Oktober.

“Apakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata penggunaan bulan Oktober, purata jumlah liter ialah 98 liter saja, iaitu 33 peratus daripada kelayakan.

“Yang berbelanja lebih daripada 300 liter, 0.7 peratus termasuk orang berulang-alik (ke kampung),” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying turun padang melakukan pemantauan BUDI MADANI95 di Butterworth pada 28 September 2025. Foto Kementerian Kewangan

Mengenai pengecualian pemberian subsidi RON95 kepada golongan T15, Perdana Menteri berkata, perkara itu hanya boleh dilaksanakan selepas sistem Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang kini digunakan pakai kerajaan, dinaiktaraf menjadi lebih mantap.

Katanya, kerajaan melihat pengecualian itu boleh dilaksanakan kepada mereka yang benar-benar mempunyai pendapatan tinggi ataupun menggunakan kenderaan mewah.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini kerajaan meneruskan dahulu pelaksanaan program BUDI95 dengan sistem sedia ada.

Orang ramai menunjukkan isyarat bagus semasa mengisi petrol RON95 bersubsidi menerusi insiatif BUDI MADANI RON95 di Kota Bharu pada 30 September 2025. Foto Bernama

“Jadi sekarang ini, pandangan kita, kita jalankan ini dulu dan kalau ada keperluan di masa akan datang, yang mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenakan tetapi bagi yang benar-benar tinggi ataupun kenderaan betul-betul mewah,” katanya.




ORANG GILA ELOK BAGI UBTA PENENANG- PAPAGOMO DETENTIONED AGAIN FOR SEDUCTION! MAHATHIR IS THE CANDIDATE FOR ...

MP Pendang sindir PMX tok sah dok menari kuat sgt nanti sakit belakang ,...

GUGAT KEDAULATAN NEGARA BETRULKAH? JAWAPAN ZAFRUL DAKWAAN RAFIZI!

Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (04.11.25)

Suami Tidur Dalam Kereta, Akhirnya Pergi Buat Selamanya.






Kelmarin, selepas aku parking kereta depan rumah, aku nampak sesuatu yang buat hati rasa tak sedap. Sebuah kereta masih hidup enjinnya. Dalamnya, kelihatan seorang lelaki, iaitu jiran aku yang tertidur di tempat duduk pemandu.


Kami sebenarnya tak rapat. Dia keluar kerja pukul 7 pagi, aku pula biasanya 9 pagi. Jadi memang jarang berselisih. Tapi malam itu, entah kenapa aku rasa nak tegur. Aku jalan ke arah kereta tu.


Belum sempat aku buka mulut, dia sedar dan tersenyum lesu.


“Hai bang… saya ok. Saya cuma nak rehat sekejap. Siang tadi kerja banyak kat pejabat. Lepas Maghrib saya buat Grab pulak. Penat sangat.”


Aku hanya sempat balas, 


“Ok… tapi jangan lama-lama duduk dalam kereta ya.”


Dia angguk dan senyum. Senyum yang... kalau aku tahu itu senyuman terakhir beliau, mungkin aku akan ajak dia masuk rumah minum air dulu.


Keesokan harinya, berita yang datang betul-betul menggoncang hati. Jiran aku itu ditemui meninggal dunia dalam kereta akibat keracunan gas ekzos. Dia tertidur dengan enjin masih hidup.


Yang lebih menyayat hati, isterinya menjerit dan meraung... menyalahkan diri sendiri. Rupanya mereka bergaduh pada malam sebelumnya.


Si isteri merajuk, tak jawab mesej, tak buka pintu bilik bila suaminya balik. Dan malam itu, si suami hanya duduk dalam kereta. Kesunyian, kepenatan dan kelesuan ditambah dengan rajuk isteri yang belum reda.


Mungkin cuba tenangkan hati, mungkin cuma nak tunggu reda. Tapi tak sempat. Dia meninggal dalam kereta di hadapan rumah tanpa disedari oleh isterinya yang hanya berada beberapa meter sahaja darinya.


(Diceritakan sendiri oleh encik Nizam)


Apabila Suami Diam - Itu Tanda Luka Dalam


Banyak isteri hari ini tidak sedar bahawa lelaki tidak tahu cara meluahkan tekanan. Kajian oleh American Psychological Association menunjukkan lelaki lebih cenderung memendam stres dan akhirnya mencari ruang sunyi seperti dalam kereta, di kedai mamak atau di luar rumah untuk lepaskan beban yang dipendam.


Mereka bukan lari. Mereka cuma tak tahu macam mana nak beritahu bahawa mereka sebenarnya penat. Bukan hanya penat fizikal, tapi penat emosional... rasa tak dihargai, rasa gagal, rasa tidak disayangi.


Bila di rumah tiada tempat meluah, lelaki akan mencari “ketenangan” di luar. Kadangkala cuma dengan telefon. Kadang dengan kerja lebih masa.

Dan lebih malang lagi... kadang dengan 'seseorang' yang buat dia rasa “dihargai semula”.


Suami Tidak Mahu Dimengerti, Tapi Dirasai


Kebanyakan lelaki tak minta difahami. Mereka cuma mahu dirasai kehadirannya. Senyum kecil masa dia balik kerja, teguran lembut waktu dia diam atau pelukan sebelum tidur. Itu semua jadi ubat yang mereka tak pernah minta tapi sangat diperlukan.


Ramai isteri tak sedar, bila hubungan makin hambar, bukan cinta yang hilang dulu. Yang hilang ialah sentuhan jiwa. Lelaki yang terlalu lama lapar kasih, akan mencari tempat lain untuk merasa cukup.


Bukan Salah Isteri, Tetapi Perlu Belajar Kembali Seni Menyentuh Hati Lelaki


Kadang bukan sebab isteri tak baik. Tapi sebab isteri terlalu penat dengan kerja, anak, tanggungjawab rumah, emosi sendiri. Lalu ruang untuk “melayani” suami jadi semakin sempit. Namun di sisi lain... hati suami juga semakin jauh, sedikit demi sedikit.


Kerana itu penting untuk setiap isteri belajar ilmu halus bagaimana menambat hati dan nafsu suami dengan cara yang benar dan halal.


Ilmu ini bukan tentang menggoda, tapi tentang memahami jiwa lelaki dan bagaimana seorang isteri boleh menjadi tempat suami pulang dengan tenang.


Baca dan kuasai rahsia ini dalam Ebook Rahsia Menambat Nafsu Suami (Versi 2.0), satu panduan yang telah bantu ramai isteri menghidupkan kembali kehangatan rumah tangga mereka. Klik di sini untuk dapatkannya:

http://ebook.rahsiasulit.com/menambatsuami


Kesimpulan: Jangan Tunggu Sampai Menyesal


Kematian jiran itu jadi peringatan besar buat aku — bahawa lelaki juga boleh rosak dalam diam.

Kadang mereka cuma perlukan sedikit ruang kasih, tapi kita terlalu sibuk untuk melihat.

Sampai akhirnya, ruang itu jadi sunyi… dan sunyi itu menelan mereka.


Sahabat, kalau malam ini suamimu diam, jangan tunggu dia mula menjauh.

Sapa hatinya, walau cuma dengan senyuman kecil atau pelukan ringkas.

Kerana mungkin, itu saja yang dia tunggu untuk terus kuat..




HAH... KELANTAN GADAI KEDAULATAN NEGERI

 Sham Ghaz



Kelantan dah gadai Kedaulatan la kan?







Bendera China duk berpacak megah di Sokor Tanah Merah, Kelantan.


“Negeri Kita dah ada oghang nak ambik dahhhh”


Jika naratif sama dimainkan pada mrka. Comfirm mcm2 dalil Kelantan.


Tapi kita bukan benok mcm mereka.


Dari tahun 2010-2025 lebih 7.1 tan emas dikeluarkan dari bumi Kelantan.


Kelantan hanya dapat royalti 8% dlm bentuk tunai dan 2% dalam bentuk Jokong.





PAS MANA ADA INGAT LAIN...

 


PAS BIASA LA..RASA DIA TAK LEH NAK BERPAUT. DIA LARI KE DAHAN LAIN UNTUK BERPAUT


 


DUA EKOQ DEBU

 

Mohd Faisal.



Korang Berdua Hanya Debu





Meh sini aku nak cerita kepada kamu berdua….


Azmin Ali adalah orang yang mengasas dan melahirkan PKN (Parti Keadilan Nasional), sebelum ianya ditukar ke PKR selepas bergabung dgn PRM. 


Masa itu DSAI berada dalam penjara dan Wan Azizah terlalu banyak beban yang terpaksa digalas. 


Azmin yang menguruskan segala2nya untuk melahirkan PKR. 


Dari jawatan Setiausaha Kerja , ke jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat sehingga menjadi Timbalan Presiden. 


Azmin ramai pengikut…..maklumlah orang kuat parti. 


Berlaku krisis Azmin dengan Anwar pada 2020 sehingga membawa kepada pemecatan Azmin sebagai ahli. 


Azmin tinggalkan PKR dengan membawa gerombolan ahli2 parlimen dan orang2 kuat parti, termasuk Naib Presiden, Zuraida. 


DSAI kehilangan orang kuat beliau. Malah Azmin itu telah menjadi sebahagian dari famili beliau. 


Diringkaskan cerita, walaupun kehilangan orang kuat, kehilangan orang yang dipercayai, DSAI tidak ada masa untuk bersedih. Perjuangan diteruskan dalam keadaan tenang. 


Akhirnya beliau menjadi PM jua tanpa Azmin di sisi. 


Lebih malang lagi, Azmin kalah PRU di Gombak. Zuraida juga kalah….


Itu Azmin tau…..


Orang yang sangat kuat dan lama dalam politik. 


Kau orang berdua siapa kalau nak dibandingkan dengan Azmin wehhhhh…..


Kau orang berdua hanya secebis debu di stokin Azmin. Nak cakap di kasut tak tergamak pula….


Hari ini kau orang dok jual nama PAS, PAS, PAS…..


Kalau letak antara kamu orang berdua dengan Azmin, korang rasa PAS nak percaya kamu orang ke wehhhh…


Woiiiii, Azmin tu bermain dengan PAS sejak zaman Markas Taman Melewar lagi lah woiiiii…..perhubungan Azmin dengan PAS dah bagai gam gajah. 


Azmin dan Allahyarham Ismail Kamus sama2 menang di DUN Selangor pada 1999. Sorang di Ulu Kelang dan sorang di Gombak Setia. Kedua2 kerusi itu dalam Parlimen Gombak. Hassan Ali menang di Sg Burong (Tg Karang). 


Korang baru kenal PAS beberapa hari ini, bukan main lagi nak jual nama PAS. Seolah2 koranglah pejuang PAS dari zaman Memali lagi….


Jangan lawan tok guru yang mengajar kita. 


Selamat menggali lubang kubur sendiri….


Selepas ini boleh tukar pakaian, rambut warna warni dan jual belon gulung2 depan Sogo sambil buat magic. Nampak ngam tu kalau bergabung.




MUKA MUKA YANG BERBEZA...PUNYA GIGIH NAK ANWAR YURUN..KE KEH KEH....


Pn Ainol


Cuba perhatikan ada tak muka muka yang sama dalam tiga program berbeza ni?







1. Isu ART

2. Anwar turun

3. Deklarasi rakyat, Najib letak jawatan


Cuba senaraikan muka yang sama.





KESIAN WALAUN NI..HINA ORANG, KEMUDIAN TUHAN AMBIL NYAWA ORANG TERSAYANG.


 De De








Aku simpati sorang cybertrooper type W ni, dia sindir kesihatan PMX Anwar Ibrahim Dan doakan perkara yang tak baik, bila Allah UJI dia dengan "kehilangan" org yg dia sayang, Allah UJI pula dia dengan bertubi² netizen pulangkan sindiran terhadap dia di Threads n fb


Wlupun begitu, aku tetap tak setuju apa yang netizen timbal balik pada dia..


Dan ucapan Takziah aku tetap pada dia sekeluarga,semoga diberi kesabaran atas kehilangan orang yang tersayang, Dan semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang² soleh..aamin 🤲🏻





BIAR LAH MELINGKUP


 

TANGKAP JA HANTAR KE TANJUNG.. ENTAH APA APA..


 

BERSATU KINI BERSEPYE.....PECAH DUA.KIOK


 Syam Ghaz



BERSATU PECAH 2, 19 (YB pro Hamzah minyak masak) vs 6 (Muhyiddin #KerajaanGagal)







PAS ‘tapau’ Pengerusi PN Pahang dan Perlis.


Shukri Perlis bakal terlepas kerusi MB, Shahidam Kasim sedang diulik mimpi selepas disucikan oleh Presideng.


Tuan Ibrahim pula jika menang bakal dinobatkan MB Pahang. Parlimen Kubang Kerian tak jaga pun.


Saifuddin Abdullah pula disingkir jadi Pengerusi PN Pahang kerana tegur Muhyiddin dan Azmin


PN retak menanti belah. BERSATU kini kain buruk dalam PN.


Habis sepah madu dibuang, baru hang kenal perangai Pas mcmana kan? 


Elok2 duk dalam PH dulu, g pakat dgn Pas tebuk atap. 


Pengkhianat dibalas pengkhianatan. 


Bye bye Abah Cow Muhyiddin Yassin