ADUN Pas di Terengganu kena sekolah lepas dakwa ekonomi negara bawah PMX teruk


Seorang aktivis membidas kenyataan ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang mendakwa prestasi ekonomi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “agak teruk”.

Dalam satu kenyataan, aktivis Fairul al Qasas mempertikaikan dakwaan tersebut dengan menyenaraikan pelbagai pencapaian ekonomi yang dilaporkan secara rasmi oleh agensi kerajaan dan media arus perdana.

Beliau mempersoal, apa penanda aras yang digunakan pemimpin pembangkang itu untuk mengatakan ekonomi di bawah pengurusan PMX sebagai agak teruk.


“Terima kasih YB Dr Azman kerana memuji kebijakan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal diplomasi antarabangsa. Namun ingin saya tegaskan jangan sesekali biasakan dengan menyulam bersama fitnah.


“YB mengatakan prestasi pengurusan ekonomi dibawah agak teruk. Saya ingin bertanya apakah penanda aras yang YB gunakan untuk mengatakan yang ekonomi dibawah pengurusan PMX sebagai agak teruk?,” soalnya.

Beliau kemudian menyenaraikan tujuh pencapaian utama yang telah membuktikan pengurusan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan stabil.


Antaranya termasuk nilai ringgit yang kekal stabil di bawah RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (USD), kadar inflasi menurun ke 1.2 peratus – terendah dalam 51 bulan, serta kadar pengangguran terendah dalam tempoh 10 tahun.

Turut disentuh ialah kestabilan kadar OPR, jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM474 bilion dari 2024 hingga Mac 2025, serta eksport dan perdagangan Malaysia yang terus kukuh selama 15 bulan berturut-turut.


Beliau mempertikai kelayakan Dr Azman untuk mengkritik dasar ekonomi negara sedangkan negeri yang diwakilinya iaitu Terengganu masih lagi menjadi negeri tercorot di Pantai Timur.

“Adakah YB menggunakan penanda aras kerajaan langit? Atau YB sedang berbohong demi parti? Yang pasti Terengganu adalah antara negeri tercorot dalam kalangan negeri-negeri pantai timur.


“Maka tak layak sekali untuk YB mengkritik polisi ekonomi pihak lain kerana ekonomi negeri YB sendiri kelaut,” tegasnya.


Fairul turut mempersoalkan prestasi kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sepanjang sepenggal pentadbiran lalu.


“Akhir sekali cuba YB ceritakan sepanjang sepenggal Terengganu dibawah MB Samsuri (2018-2022), Kerajaan Pusat telah memberikan royalti tunai sebanyak RM6.778 billion, apa yang Terengganu buat? Sebab sepanjang tu masih ada 10 ribu miskin tegar.


“Jika bijak sepatutnya sebelum PMX bantu miskin tegar, Terengganu lebih dahulu berjaya hapuskan. Apa pun, selamat menjawab,” tambahnya mengakhiri kenyataan






 


𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗝𝗢𝗠 𝗙𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚


RR



Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis penerangan Ayuh Malaysia hari Ahad lepas. Ramai yang datang dari seluruh Malaysia sehinggakan dewan yang tidak seberapa itu tidak cukup kerusi.











Mungkin ada yang hadir itu nak tahu rancangan politik saya yang seterusnya. Tapi majoriti yang hadir benar-benar kumpulan yang memang pernah terlibat dengan usaha kemasyarakatan yang tidak jauh dari konsep perusahaan sosial.


Niat untuk menghidupkan satu gerakan perusahaan sosial ini bukan benda baru. Dari muda lagi saya ada beberapa minat - (1) berniaga; (2) tolong budak-budak ada pekerjaan. Dari dulu-dulu saya yakin kalau kita berjaya beri peluang pekerjaan kepada orang lain, Insya Allah rezeki kita baik sebab kita menjaga periuk nasi orang lain.


Saya pernah kerja swasta, saya pernah kerja kerajaan (walaupun tak lama ha3). Masanya sudah tiba untuk kita gembleng tenaga dan sumber masyarakat untuk mencabar status quo yang sering tersepit di antara bergantung harap kepada kerajaan; dan motif keuntungan pihak swasta yang bermakna harga akan terus naik.


Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak menghantar mesej ingin turut serta. Ramai juga yang minta saya turun ke seluruh negara menerangkan bagaimana mereka boleh terlibat.


Insya Allah, pada masa yang sesuai, saya akan berjumpa dengan seberapa ramai yang ingin menyertai usaha yang dimulakan melalui Ayuh Malaysia.


Buat masa sekarang, untuk dapatkan maklumat lanjut dan memahami perusahaan sosial melalui Sektor Ketiga, saya kongsi:


1) Laman Ayuh Malaysia di https://ayuhmalaysia.org/


2) Slaid pembentangan semasa pelancaran Ahad lalu


Insya Allah, maklumat sedia ada ini boleh memberi pencerahan lanjut mengenai konsep Sektor Ketiga.




NAMA NAMA YANG DICADANGKAN NAK JADI PM. JOM KITA BACA ULASAN.



Mukhlis Eddie



Tan Sri Annuar Musa kalau teringin sangat nak jadi PM… tunggu PRU 35 lah. Buat masa ni, PM tepi je dulu na 😋




Ariff Kadir Al Katami


Tan Sri Annuar Musa, meh sini ana ulas. Dalam 7 nama ni, kita tolak tepi Zahid, Fadhillah & Rafizi sebab semuanya tu nak Anwar terus jadi PM. Solid dah.


MUHYIDDIN track record buruk. Kurung rakyat dekat 2 tahun, ekonomi ranap.  Dia macam tak reti nak buat apa dah selain menggantung parlimen & mengurung rakyat.

 Tapi pada masa sama relax aje dia main golf. Kami semua ingat tu.


TITM dilihat tidak cerdik & tiada pengalaman di peringkat nasional. Antarabangsa lagi ke laut. Bekas Ustaz Forum Perdana RTM ni masa jadi Menteri dia pegi tukar nama kementerian dia kepada MEWA yg bermaksud bodoh. Lepas tu cancel sebab kantoi. 


SAMSURI? Nak bayar bonus kakitangan sendiri pun mintak kat Anwar. Ketua Menteri Penang tak de pun mintak duit nak bayar bonus dari Anwar.


HAMZAH? Kes anak dia sorok minyak masak dah settle belum? Masa tu minyak masak botol cecah RM50 sebotol. Tu belum kes "budak kita" lagi. Rakyat semua ingat tu. Kemampuan urus kementerian ada? Urus negeri?


Hadap aje laa Anwar tu. Kasi dia peluang.  Ekonomi makin baik ni. Kerajaan pun stabil. Tak macam zaman PN-PAS tebuk atap dulu. UMNO dok serang aje dari dalam. Serabut tengok.  Sekarang  mana ada. Aman & stabil aje. Pembangkang PN-PAS yang meroyan.


Apa pun, nak RM1juta boleh? Tan Sri kan banyak duit. PM tepi deh.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Lajnah Pemilihan PM Yang Tak Sambung Kontrak




KENA BAGI NASIHAT WALAU SAMA SAMA BANGGANG


 

JAGA MULUT TAK ADA SEMPADAN


 

IYA... RAMAI DATANG


 

KEH KEH KEH... TERSEPIT TAPI TETAP TUMBUH


 

WALAUN TAK LEH JAJA DAH.. RM 199.. MASA TERENDAH MASA KINI.


 

LEBAI DOLLAH BUSUK HATI PERUT


 

BERDARAH MATA WALAUN...


 

MANDAT 1 JUTA KALAU NAIK KERAJAAN... DUIT SENDIRI KWSP


 

NOHHH HAIHH


 

JOM BACA... BELUM LAGI PM SEBELUM INI MENEFON UNTUK DIPLOMASI NEGARA





 BAPA PENELEFONAN NEGARA


Saya menyaksikan sendiri betapa sibuk dan padatnya jadual PMX setiap hari. Tetapi seminggu yang lepas ini agak berbeza. Bukan sekadar sibuk dengan mesyuarat atau program rasmi, tetapi juga dengan panggilan telefon.


Ya, panggilan telefon.


Dalam keadaan biasa, satu panggilan telefon mungkin tidak membawa makna besar. Tetapi dalam dunia diplomasi, terutama ketika dua negara jiran berada di ambang perang, panggilan itu adalah talian hayat. Dan saya saksikan sendiri bagaimana panggilan-panggilan itu berlangsung lima hari yang lalu sehingga hari Ahad. Dari satu pemimpin ke satu pemimpin, dari satu negara ke satu negara. Daripada suara yang tegas dan berprinsip, kepada nada bersahaja yang diselitkan dengan jenaka. Setiap nada membawa maksud. Setiap gurauan yang dilontar bukan kosong, tetapi disampaikan untuk membuka hati mereka yang ditelefon.


Ramai yang melihat dari luar dan terus menghukum. “Asyik call je? Tak ada kerja lain ke?” Sindiran-sindiran begitu sudah biasa didengari. Dan saya akui, memang mudah untuk memperlekeh usaha ini jika kita tidak berusaha memahami hakikatnya.


Apa yang ramai tidak sedar ialah telefon bukan sekadar alat komunikasi. Ia adalah medium diplomasi yang paling pantas, paling jujur, dan paling peribadi. Ketika rundingan rasmi masih belum sempat dirancang, ketika pasukan tentera masih berkawal di sempadan, satu panggilan yang ikhlas dan terus kepada pokok persoalan boleh mengubah segalanya. Dan itulah yang dilakukan oleh PMX. Beliau tidak menunggu meja rundingan didirikan. Beliau sendiri yang membina jalan ke meja itu, bermula hanya dengan satu panggilan.


Bukan semua pemimpin mampu melakukannya. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana mereka tidak memiliki kredibiliti untuk dipanggil ‘sahabat’ oleh pemimpin negara lain. Ada yang jika menelefon, perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu.


Berbeza dengan PMX. Beliau dikenali, dihormati, dan lebih penting, dipercayai. Itulah sebabnya apabila beliau menelefon, kedua-dua pemimpin Kemboja dan Thailand mendengar. Dan dalam masa hanya lima hari, mereka terbang ke Kuala Lumpur. Mereka duduk di bilik yang sama. Mereka menandatangani gencatan senjata. Semua ini bukan kebetulan. Ia adalah hasil daripada siri panggilan yang konsisten, penuh hikmah, dan dibina atas reputasi yang kukuh.


Saya juga menyedari satu sisi lain yang jarang dilihat orang iaitu nilai keterbukaan dan ketelusan beliau. Setiap perbualan penting yang boleh dikongsi, akan dikongsi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk memberitahu bahawa kerja sedang berjalan. Rakyat berhak tahu. Dan rakyat perlu tahu, supaya mereka tidak terpengaruh dengan sindiran sinis yang hanya melihat luaran tetapi tidak memahami proses di sebaliknya.


Saya turut melihat bagaimana PMX tidak pernah mengambil ringan aspek kemanusiaan dalam setiap interaksinya. Kadangkala beliau melontarkan satu dua jenaka yang ringkas, tetapi cukup untuk meredakan ketegangan dalam suasana penuh tekanan. Saya yakin, itu bukan skrip. Itu adalah pengalaman, kebijaksanaan, dan sentuhan kemanusiaan seorang pemimpin yang memahami bahawa diplomasi bukan hanya tentang dokumen dan meja panjang, tetapi hubungan hati ke hati.


Apa yang lebih menyedihkan ialah ketika pihak pembangkang yang menyindir beliau dengan gelaran “Bapa Penelefonan Negara” berteriak di jalanan kononnya mahu menjatuhkan kerajaan, mereka tidak pun berani mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen. Ironinya, mereka yang melaung “TURUN ANWAR” tidak ada keberanian politik sebenar untuk mencabar kedudukan PMX di tempat yang sepatutnya iaitu Dewan Rakyat.


Tapi sementara mereka berhimpun dan mencaci, apa yang PMX lakukan?


Beliau bekerja. Beliau menelefon. Dan hasilnya? Dua negara yang hampir berperang kini menghentikan tembakan. Dan semua itu berlaku di bawah bumbung Malaysia.


Jadi, mari kita nilai semula apa yang telah dicapai oleh PMX berhubung konflik Kemboja–Thailand dan kesan langsung kepada Malaysia:


PMX bertindak sebagai pengantara yang berjaya membawa kedua-dua pemimpin ke meja rundingan di Putrajaya dalam masa yang singkat menunjukkan kepimpinan beliau di peringkat serantau yang bukan hanya penting kepada dua negara itu, tetapi juga kepada kestabilan seluruh ASEAN, termasuk Malaysia.


Tindakannya menelefon pemimpin-pemimpin terlibat adalah satu bentuk diplomasi proaktif. Ia mencerminkan kecekapan beliau dalam mengurus komunikasi krisis, satu strategi penting dalam apa jua keadaan genting.


Dengan karisma dan pengalamannya, PMX tidak hanya tampil serius tetapi turut menyuntik pendekatan peribadi dalam komunikasi, menjadikan hubungan antara pemimpin serantau lebih akrab dan mudah.


Dalam konteks kebergantungan kompleks (complex interdependence), tindakan beliau mencerminkan bagaimana negara-negara ASEAN saling bergantung. Keamanan antara dua negara jiran memberi kesan langsung kepada kestabilan dan ekonomi Malaysia sendiri.


Konflik Kemboja–Thailand juga tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China. Dengan mengambil peranan sebagai perantara, PMX sebenarnya membantu menyekat ruang campur tangan kuasa luar yang boleh merumitkan keadaan dan menggugat kedudukan ASEAN sebagai blok yang berdikari.


Dan walaupun ada yang berkata beliau terlalu memberi fokus kepada hal antarabangsa, hakikatnya setiap tindakan itu membawa kesan terus kepada negara kita dari sudut pelaburan asing, kestabilan sempadan, sehinggalah imej Malaysia di mata dunia.


Biarlah mereka terus mengejek.

Biarlah gelaran “Bapa Penelefonan Negara” terus diulang oleh mereka yang tidak mengerti.

Tetapi bagi mereka yang membuka mata, minda dan hati, matlamat yang ingin dicapai hanyalah Keamanan Dunia dan Kestabilan Serantau.


Dan segalanya bermula…

Dengan satu panggilan telefon 📞


SADIQ ASYRAF



MAT SABU YANG SERING DISERANG LEBAI KATA MENTERI TIDAK TAHU KERJA!

'Ini kurang ajar!' - Soalan MP Hulu Langat dicantas timb speaker

LAPORAN POLIS TERHADAP MP PAS! YANG PUNYA HATI HITAM DAN BIADAP!

MACAM MACAM SABAH NI..KENA HAPUSKAN PUAK PERASUAH NI.

 


PTI dibagi dokumen oleh Kerajaan GRS? Bukan MC yang cakap ah tapi Page upahan GRS sendiri yang cakap ni.






Credit Borneo Voice


#SelamatkanSabah

#KitaLawanRasuah

#SabahBangkit

#GRSKerajaanGAGAL




DARI AKU MUDA SAMPAI TUA..TAK PERNAH DENGAR PUN PAS LETAK NAMA CALON PM. PERGINA AHLI TAPI PM ORANG LAIN. KOMAN SPANA.

Che Ibrahim


 Sepanjang sejarah perjuangan Pas, Pas tidak pernah menamakan pimpinannya sebagai calon PM. 


1. Zaman sebelum Ust Fadhil Nor - tak terfikir nak jadi PM

2. Zaman Fadhil Nor - DSAI

3. Zaman Haji Hadi ;


- pernah menamakan Ku Li,

- pernah keluar hukum Islam tegah menamakan bakal PM.

- pernah sekejap timbul nama Dr Syamsuri, itupun sbg modal kempen kerana nak hadapi PRK Kemaman.

- pernah menyokong Najib, Muhyidin dan Ismail Sabri sbg PM. 


Calon TPM pun tak pernah naik nama, apa lagi calon PM!!!



Menurutnya, PAS mempunyai ramai pemimpin berwibawa dan PN hanya akan umumkan calon PM selepas berjaya menawan Putrajaya.


Baca berita penuh dalam komen 👇


#pas #pn #politik #calonpm #putrajaya




KENA KESEMUA UMAT ISLAM ANGKARA PUAK KHAWARIJ



FAWWAZ Fadzil






 Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan secara ta‘liq dalam Sahih al-Bukhari, satu kata-kata daripada Ibn Umar RA:


“إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين”


Terjemahan:

“Sesungguhnya mereka (golongan Khawarij) telah pergi kepada ayat-ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir, lalu mereka aplikasikan (ayat-ayat itu) ke atas orang-orang beriman.”


Ibn Umar RA juga menyifatkan golongan Khawarij sebagai “sejahat-jahat makhluk ciptaan Allah”, kerana kesesatan mereka dalam memahami nas-nas al-Quran dan keberanian mereka menumpahkan darah sesama Muslim atas nama agama sewaktu itu. 


Malangnya, golongan seumpama itu masih wujud pada hari ini. Mereka berselindung di sebalik nama ilmu dan agama, namun memperalatkan ayat-ayat Allah menurut hawa nafsu dan kepentingan politik mereka. 


Mereka menafsirkan ayat suci sesuka hati, lalu menghukum sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, bukan kerana kebenaran tetapi demi mencetuskan fitnah dan perpecahan. 


Lebih dahsyat lagi, apabila sasaran mereka adalah saudara-saudara seagama yang berada di sekeliling mereka sendiri!




TAK BOLEH JADI PENIAGA DAN PENJAJA

 


Warga asing tidak diiktiraf sebagai penjaja atau peniaga kecil di Malaysia dan larangan ini termasuk tidak membenarkan mereka bekerja sebagai pembantu di bawah lesen penjaja premis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).





Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, larangan itu adalah jelas dan selaras dengan peraturan sedia ada di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian.


“Kami tidak mengiktiraf warga asing sebagai penjaja atau peniaga kecil malah mereka juga tidak dibenarkan menjadi pekerja pembantu di bawah lesen penjaja premis PBT. Lesen ini adalah keistimewaan untuk rakyat Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


#KPKT #WargaAsing


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




DULU DULU MACAM NAK BERBUNUH DAH RAMASAMY....SOKONG JA PARTI DIA...PARTI PELACUR PAS NI...DAN DAN TU JADI BAIK ISLE SELALU.

 

Wan Makette


Walaun kata dulu Ramasamy anti islam sekarang dah bersama pas/PN Ramasamy dh jadi pembela islam. Asal sokong PAS/PN semua jadi baik suci murni. Bayangkan dulu gegak gempita Malaysia semua pemuda di peringkat kawasan buat poster jangan biadap kemudian post di FB masing². Naratif dibina untuk nak mengangkat isu kononnya PH dahulu meletakkan suara Ramasamy sebagai halatuju dan panduan dalam memerintah.












Apabila ramasamy keluar DAP dan PH, walaun dan pimpinan julang Ramasamy dah macam hero dalam PN. 


Walaun yang kena cucuk hidung lupa dah dulu mereka kecam dan kutuk kaw² si Ramasamy ni. Bagi walaun hat dulu tutup buku..sekarang dah boleh bersama lawan PH dan nak jatuhkan Anwar semuanya dah diampunkan.. KIOK...macam haramjadah. SANUSI kata KEPALA BAPAK HANG...tu BUKAN maki..tapi puji pujian.






NEGARA BERDAULAT ...


 

Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.

MMS


 Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.








Itulah orang kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga.


Nilah kut tamsilan yang Hadi kata kerengga banyak mengacau. 


Bayangkan kalau Din Pdf yang jadi PM, jangan kata nak jadi pendamai, soalan live wartawan pun takut nak jawab.



AKAI TAK DAK.


Hamdan Taha


 Saya rasa tak suka macam mana pun pada Anwar Ibrahim jangan sampai Menghina melampau terutamanya dari ahli Parti yang memperjuangkan Islam. Ketua Penerangan Parti Pas dan Bersatu ni orang muda, tapi kena tunjuk lah sedikit kematangan berpolitik, bukan semua kita nak serang dan balun... Saya pun kerap mengkritik PMX dan Kerajaan PMX tapi jangan lah sampai tahap bukan lagi berpolitik, jika orang macam saya ni orang awam masih boleh di maafkan lagi, tapi jika mewakili Pas atau Bersatu lain caranya...







Ahli Parlimen Jasin juga semasa perhimpunan sengaja di pilih untuk baca doa, tapi doa begitu juga tak sepatutnya di gunakan kepada orang islam lainnya, doa itu bahaya sebab jika Allah turun Laknat pada Malaysia dia tak pula pilih ahli PkR dan Umno je... Ahli Pas pun kena juga... Yang tak berparti pun kena... Jika Bala Allah turun...


Saya bukan suka pmx ni dia memang banyak berbohong dalam trik politik beliau. Tapi jangan sampai tahap Pas hina dia lah sebab Pas parti politik... Kami rakyat biasa.




LAGENDA MAT TEMPE. TURUN TAK NAIK NAIK DAH. KIOK


 Mukhlis Eddie



Kenyataan itu datang daripada seorang tokoh yang pernah digelar Mat Tempe atas latar asalnya yang sederhana, dikenang sebagai Mat Penyapu kerana kempen ‘kebersihan’ sewaktu memimpin, dan kini tercatat dalam sejarah sebagai pesalah rasuah. 


Satu kombinasi pengalaman yang pastinya menjadikan beliau sangat 'layak' untuk memberi ceramah moral kepada negara. 


🤭ma🤭chee🤭bai🤭




WALAUN TAK KENANG BUDI.


Sham Ghaz


Abdul Razak Ab Halim, AJK Pemuda Pas Kelantan kena faham maksud peribahasa “orang berbudi, kita berbahasa”.








Anwar Ibrahim bagi sumbangan RM7.76 juta untuk baiki Masjid dekat rumah Dato Ahmad Yaakob. 


Posting saya tegur bekas MB Kelantan Dato' Ahmad Yakob, Persuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Mursyidul Am Pusat menyebabkan kamu melenting dan menyamakan tindakan Anwar itu seperti “membeli” bekas MB? 


Murah sangat ayat kamu tu, kena respect sikit orang yang bantu kita. W/pun ia seorang lawan politik je pun.


Amat tidak patut bekas MB Kelantan pergi program Turun Anwar yang membantu dia menyiapkan rumah Allah


Jika itulah perangai Walaun, elok bagi duit tu pada Masjid yang pro Pakatan Harapan/Kerajaan Perpaduan. 


Tapi Anwar bukan berfikiran sempit macam Sanusi Md Nor, isu dunia seperti perang Kemboja - Thailand dan Ambalat Indonesia - Malaysia dia boleh selesaikan dengan damai , malah dengan Dr. Mahathir bin Mohamad pun dia boleh maafkan, inikan pula dengan pemimpin Pas yang pernah tidur sebantal dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.


Fikirkan lah elok-elok siapa lawan dan kawan kamu. Mahathir dan Muhyiddin adalah pemecah belah.




Fadhli Shari Perlekeh Usaha PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim. DADAH KAWASAN DIA PUN DIA TAK MAMPU KAWAL.

Fadhli Shaari Sindir PMX : NAK BUAT MACAMANA SEBAB TAK CERDIK : Thailand Dan Kemboja Setuju Genjatan Senjata,...

PARLIMEN : YB PAS ARAU DEGIL AKHIRNYA TERSIPU MALU DIPERINTAH DUDUK OLEH...

Himpunan turun Anwar bawa kesan tidak diduga - Cina sanggup lupakan kema...

KEBIADAPAN MP PASIR MAS TIADA UBATNYA! ASIK TUNGGANG & BERPOLITIK!

Nak tolak rasuah? Mula dengan pendidikan

RAFIZI DAH TAK KISAH PRU16 - PMX JUGA PATUT RISAU PASAL ISU INI | Ayuh M...

NAK JAGA PARLIMEN SENDIRI DARI DADAH PUN TAK MAMPU, NAK KUTUK PEMIMPIN SEPERTI ANWAR ...PENTINGNYA PENDIDIKAN KALAU NAK JADI AHLI PARLIMEN.


 

Fadhli Shaari dikecam teruk, ada yang tuntut letak jawatan MP Pasir Mas

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dikecam teruk gara-gara memuat naik hantaran dan gambar satira menampilkan figura hakim di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang.

Ketika mesyuarat khas dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyaksikan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat, kecaman terhadap Ahmad Fadhli membanjiri media sosial.

Reaksi tidak puas hati orang ramai itu termasuk tuntutan supaya Ahmad Fadhli meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.


Aktivis Keadilan Rakyat, Fairul al Qasas berkata, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat berkenaan sangat biadab, kebudak-budakan dan langsung tiada empati terhadap apa yang bakal berlaku jika perang Thailand-Kemboja itu berterusan.


“Saya mengecam politik sempit dan kolot Pas ini.


“Walaupun satu-satu perjanjian damai itu tidak semestinya berjaya, sebagai seorang manusia yang berakal sepatutnya Fadhli Shaari menyokong segala usaha kearah perjanjian damai,” tegas beliau menerusi kenyataan.


Selain, karikatur satira tiga haiwan itu, Fadhli turut memuat naik tangkap layer laporan berita Bangkok Post pada 25 Julai lalu bertajuk, “Thailand rejects mediation in Cambodia conflict, open to bilateral talk”.


Mengulas lanjut, Fairul menegaskan tindakan Fadhli meletakkan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai monyet manakala Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri juga satu kebiadaban yang boleh mengundang masalah hubungan diplomatik negara ASEAN.

 

“Tidak sukar untuk menentukan niat Fadhli Shaari dalam status ini yang merujuk tawaran perbincangan damai oleh Malaysia sebagai monyet.


“Fadhli Shaari juga merujuk Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri.


“Fadhli Shaari gagal menyerlahkan beliau sebagai mewakili Parti Islam yang menyeru kepada kedamaian dan wakil Kelantan yang tinggi akal budinya.


“Saya dengan ini menyeru supaya Fadhli Shaari meletak jawatan segera sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ketua Penerangan Pas atas tindakan yang memalukan ini,” tegas Fairul lagi.








Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand-Kemboja Bukti Kepimpinan ASEAN Dihormati

 


Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Kejayaan Malaysia membawa Thailand dan Kemboja ke meja rundingan dan mempengerusikan rundingan kedua-dua negara sehingga mencapai persetujuan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat jelas membuktikan ASEAN masih dihormati dalam menyelesaikan konflik serantau tanpa campur tangan kuasa luar.

Ini sekaligus menyerlahkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 sambil menyaksikan dua negara bertelagah boleh mencapai persefahaman menghentikan sebarang konflik bersenjata.

Menurut penganalisis politik Mohammad Zarizi Jamil, Perdana Menteri telah mempamerkan semangat perpaduan ASEAN sebenar dengan menggunakan pendekatan diplomasi berbanding peperangan bagi mengelak konflik merebak ke negara lain.




Mohammad Zarizi berpendapat Perdana Menteri telah mempamerkan semangat perpaduan ASEAN sebenar dengan menggunakan pendekatan diplomasi berbanding peperangan bagi mengelak konflik merebak ke negara lain
.

“Aspek penting dalam mana-mana rundingan ialah memahami masalah atau konflik, mencari titik persefahaman dan seterusnya menghentikan sebarang tindakan ketenteraan dan mengundurkan aset sebagai bukti mahukan perdamaian.

“Amat jelas Perdana Menteri mahukan kesemua pihak bertenang dan mengelak konfrontasi atau provokasi lanjutan dan yang lebih penting ialah bagaimana Thailand dan Kemboja memikirkan masa depan rakyat kedua-dua negara yang berada di sempadan dari segi ekonomi, kestabilan politik dan pembangunan jangka panjang,” ujarnya.

Pandangan serupa dikongsi penganalisis politik yang menyifatkan rundingan atau musyawarah merupakan pendekatan terbaik menyelesaikan pertikaian politik dalam mana-mana situasi seperti yang ditekankan dalam Islam.



Abul Jais rundingan atau musyawarah merupakan pendekatan terbaik menyelesaikan pertikaian politik dalam mana-mana situasi seperti yang ditekankan dalam Islam.

”Alhamdulillah dengan pendekatan dipomasi Perdana Menteri serta kebijaksanaan memahami kehendak dan tuntutan kedua-dua negara membolehkan gencatan senjata dicapai segera dan menghentikan pertumpahan darah yang akhirnya merugikan kedua-dua negara.

”Tiada yang lebih baik melainkan melihat dua musuh berdamai walaupun sementara bagi mencari titik penyelesaian isu sempadan dalam semangat ASEAN itu sendiri,” jelas Abul Jais Ashfaq Ahmed.

Sementara itu, Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, inisiatif diplomasi itu adalah bukti konsep ASEAN centrality (keutamaan pusat) yang diperkukuh menerusi kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia telah berjaya menunjukkan keupayaan sebagai kuasa pertengahan ASEAN untuk mengurus konflik secara tersusun, sekaligus memaparkan wajah ASEAN sebagai rantau yang mampu bergerak sendiri dalam menyelesaikan perbalahan.

“Pendekatan diplomasi tersusun ini menjadi mercu tanda baharu bahawa penyelesaian konflik akibat isu sejarah seperti penjajahan, ketidakadilan, persempadanan bahkan ketegangan antara pemimpin ASEAN masih boleh dileraikan dalam kerangka ASEAN itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, gencatan senjata yang berkuat kuasa mulai tengah malam tadi berjaya meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara dan Malaysia memantau rapat perkembangan susulan persetujuan berkenaan yang dicapai petang semalam.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula jam 3 petang.

Ia merupakan pertemuan secara bersemuka pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran berkenaan pada 24 Julai lalu.

Wakil Amerika Syarikat dan China turut hadir menyaksikan rundingan gencatan senjata malah memuji pendekatan Malaysia menangani krisis berkenaan.




AS Puji Kepimpinan PM Anwar Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata

 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand-Kemboja yang diumumkan, petang tadi. Foto Facebook Marco Rubio

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjadi orang tengah kepada persetujuan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dengan Kemboja.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand-Kemboja yang diumumkan, petang tadi.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS, lewat malam tadi.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Rubio turut menggesa Thailand dan Kemboja agar mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik dan mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

“Presiden Donald Trump dan saya komited untuk menghentikan keganasan serta-merta, dan kami menjangkakan Kerajaan Kemboja serta Thailand akan menunaikan sepenuhnya komitmen mereka bagi menamatkan konflik ini,” katanya.

Rubio menegaskan AS akan terus komited dan terbabit dalam proses yang dianjurkan bersama Malaysia bagi menamatkan konflik berkenaan.



Kenyataan ringkas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang menghargai komitmen Kemboja dan Thailand untuk melaksanakan gencatan senjata tengah malam 29 Julai 2025.

“Kami menggesa semua pihak agar menunaikan komitmen masing-masing,” katanya.

Terdahulu, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku Pengerusi ASEAN, telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula jam 3 petang.

Ia merupakan pertemuan secara bersemuka pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran berkenaan pada 24 Julai lalu.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mesyuarat itu berlangsung hampir dua jam setengah.

Turut hadir ialah Duta AS ke Malaysia, Edgard Kagan, dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

AS bertindak sebagai penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.

Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara itu.



PALA HOTAK MUNG


 

Krisis Perang Thailand - Kemboja bermula dari sebuah kuil.

 

Sham Ghaz



Krisis Perang Thailand - Kemboja bermula dari sebuah kuil.







Buat yang tidak tahu menahu kenapa Thailand dan Kemboja berperang, perkara ini berlaku sejak 1954 apabila tentera Perancis berundur dari Kemboja.


Pertikaian ini bermula di wilayah sempadan antara Thailand dan Kemboja, khususnya melibatkan kawasan sekitar Kuil Preah Vihear - sebuah tapak warisan purba yang terletak di sempadan kedua-dua negara.


Ada kronologi mudah untuk sahabat sahabat mudah hadam boleh rujuk di page REFORM.my