Semakin PMX ‘Mendonia’, Pembangkang Makin ‘Tersakiti’

 

Kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar kunjungan selaku Pengerusi ASEAN 2025, malah turut menyebabkan pembangkang makin ‘tersakiti’ di mana sahaja. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MINDA NORAINI NORDIN, 12 Jul – Blok pembangkang kini ghairah mendesak mahu menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri.

Selain melalui kenyataan dan ucapan, mereka juga merancang mengadakan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai depan nanti.

Menjelang tarikh tersebut, mereka mula turun ke negeri-negeri untuk mempromosi himpunan tersebut. Pembangkang cuba mengait apa sahaja yang terlintas untuk di heret bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.




Jelas sekali pembangkang ketandusan isu malah idea untuk menurunkan PMX ketika kejayaan demi kejayaan diraih termasuk melaksanakan ikhtiar untuk rakyat.

Alahai…semakin PMX mendonia menjulang Malaysia ke pentas dunia hingga disegani pemimpin-pemimpin antara bangsa semakin pembangkang tersakiti.


KETANDUSAN IDEA



Pembangkang hakikatnya ketandusan idea dan seolah-olah tidak terbuka mata bila mereka mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang dikenali di seluruh dunia.

Selain mereka sendiri tiada calon Perdana Menteri yang jelas, fikirkan perkara-perkara di bawah ini:



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar UK, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Wahai para pembangkang dan mereka yang tersakiti mari baca apa penulis bentang melalui fakta ini.

  • Dalam masa dua tahun sejak Anwar menjadi Perdana Menteri – gaji dan pencen kakitangan awam naik.
  • Gaji minimum juga naik kepada RM1700.
  • Bonus tahunan, bonus raya tak pernah tidak diberikan.
  • Veteran tentera tidak berpencen sekarang dapat RM500 sebulan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU)/ Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas bagi meneguhkan komitmen bersama d
alam memperkukuh hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Bayaran STR atau Sumbangan Tunai Rahmah naik.
  • SARA atau Sumbangan Asas Rahmah turut naik
  • Penerima Mykasih naik kepada 5.4 juta penerima dengan bayaran RM100 sebulan.
  • Isu ketiadaan beras tempatan tidak lagi kedengaran.
  • Harga sawit getah naik dan harga belian padi naik.
  • Dividen Syariah KWSP mencatat rekod tertinggi sejarah.
  • Bantuan persekolahan naik, subsidi nelayan, petani, penoreh naik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Flysiswa atau bantuan subsidi pembelian tiket kapalterbang untuk pelajar univesiti naik.
  • Pelaburan naik dan setiap kali Perdana Menteri melawat ke luar negara, sentiasa ada jumlah pelaburan dibawa balik.
  • Bantuan Sekolah Agama dikembalikan.
  • Tandas sekolah dan gerai di seluruh negara dinaiktaraf.
  • Sewa tapak bazar Ramadhan kini hanya RM500 sahaja.
  • Harga ayam, daging dan telur boleh dikata stabil dan ada kalanya turun.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di pejabatnya di Putrajaya pada sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Majlis ilmu subur, ulama-ulama dunia silih berganti datang ke Malaysia.
  • FELDA dinaiktaraf dan terus dikembangkan lagi.
  • Malaysia dapat No 1 kedudukan dunia dalam ODIN.
  • SAPURA yang rugi bertahun-tahun, sekarang sudah untung RM100juta
  • MAS untung tiga tahun berturut-turut.
  • Anwar selaku Perdana Menteri terus disanjungi di seluruh dunia dan ke mana sahaja beliau pergi.




Angka dan fakta tidak pernah menipu, maka sebab apa Perdana Menteri mahu diturunkan?

Nasihat penulis eloklah mereka yang merasa ‘tersakiti’ jiwanya melihat kegigihan PMX menjulang Malaysia merawati hati kalian sebelum binasa.

– Oleh Noraini Nordin

Boleh pula ‘Saifuddin Nasution’ tawarkan bantuan kewangan


 Boleh pula ‘Saifuddin Nasution’ tawarkan bantuan kewangan

Harapandaily

July 13, 2025

Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung akaun TikTok disyaki palsu dengan nama Saifuddin_Nasution1 yang dikesan menawarkan bantuan kewangan dengan tujuan tertentu.


Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, akaun TikTok disyaki memanipulasi nama Menteri Dalam Negeri itu dipercayai direka dengan teknik teknologi kecerdasan buatan (AI).


Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran bantuan kewangan melalui media sosial.


“Sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran undang-undang ini.

Semalam, beberapa akaun palsu atas nama dan gambar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dikesan digunakan di TikTok dipercayai bagi menipu orang ramai.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, akaun palsu itu kononnya mendakwa pemimpin PKR berkenaan ingin menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp diletakkan di ruangan biografi laman terbabit.



Radzi Jidin tarif USA 25% kira berbaloi di kalangan negara ASEAN...

PANAS!! - AGONG DAH BAGI INGATAN - RAFIZI JANGAN DERHAKA | PMX adalah ya...

KEM AZMIN MULA LAWAN KEM HAMZAH ? PERGOLAKAN BESAR BERSATU ?

PM Anwar Lulus Peruntukan RM200 Juta Selamatkan Pantai Di Terengganu

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA BERANG, 12 Jul – Menyedari hakisan pantai yang semakin serius melanda pesisir pantai di Terengganu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM200 juta bagi membantu menyegerakan kerja-kerja berkaitan fenomena alam di negeri itu.

Perdana Menteri menjelaskan kelulusan segera Kerajaan Persekutuan itu diberikan sebaik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membangkitkan perkara itu sebaik tiba di sini.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ucapan tahniah perlu diberikan kepada jabatan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyegerakan projek menyelamatkan pantai daripada hakisan berkenaan kerana ia melindungi rakyat yang mencari rezeki menerusi hasil laut dan perikanan tang menjadi sumber ekonomi negeri itu.

Untuk rekod, panjang pantai di pesisir negeri itu yang menganjur dari Besut ke Kemaman ialah kira-kira 225 kilometer dengan beberapa kawasan di sekitar Kuala Nerus, Dungun dan Marang kini diancam hakisan serius.




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.

“Jadi…perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku…



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan,” katanya berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz juga mengiringi Anwar di kemudahan itu.

Kelulusan projek berkenaan memperlihatkan keazaman Kerajaan Persekutuan menyelamatkan khazanah alam tidak ternilai yang diancam hakisan serius ekoran perubahan iklim serta arus Laut China Selatan yang semakin deras.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beberapa kajian dan penelitian pakar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahagian marin turut menunjukkan hakisan serius itu mampu merosakkan ekosistem pantai dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.


‘Ini Satu-Satunya Acara Yang Saya Hadiri Orang Tak Minta Dana’

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Jul – “Ini satu-satunya acara yang saya hadiri di mana tidak orang meminta dana.

“Jadi saya ucapkan terima kasih dan walaupun tidak memohon (dana), saya berikan RM1 juta”.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Begitu pengakuan ikhlas dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang meraih suntikan semangat selepas menerima ‘durian runtuh’ bernilai RM1 juta menjelang kempen Liga Malaysia 2025/2026 yang bermula Ogos depan.

Insentif itu telah diumumkan oleh Anwar ketika berucap pada Majlis Jubli Emas KLFA di sini sebentar tadi.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan sama, Anwar turut memuji pendekatan badan induk pengurusan skuad Warga Kota untuk menghidupkan semula legasi mereka dengan mengukuhkan peringkat akar umbi.

Anwar mengiktiraf usaha dilakukan Penaung KLFA yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar yang memberikan komitmen melangkaui sukan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia bukan sekadar soal dana semata-mata, tetapi juga meliputi kemudahan padang, pusat latihan serta akademi yang lengkap supaya anak-anak dapat dilatih dengan baik dan selesa,” katanya.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

19 Ketua Cabang PKR yg desak , nak tanya Badan kita punya ke?????

‘Malaysia tak boleh jadi negara dua darjat, kedaulatan mesti ditegakkan’


 


K PRAGALATHJuly 13, 2025

Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi kerana ia mengundang tanggapan negatif bahawa tokoh politik boleh mendapat layanan khas.

“Malaysia tidak boleh menjadi negara dua darjat — satu undang-undang untuk golongan elit, satu lagi untuk rakyat. Kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan dengan saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua, tanpa pengecualian,” katanya.

Jika individu yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar negara diberi keistimewaan seperti ini, apakah isyarat yang disampaikan kepada penjawat awam, pemimpin lain, dan rakyat biasa?

“Apakah undang-undang hanya tegas terhadap mereka yang tiada jawatan atau pengaruh?” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun menyatakan bahawa perkara ini perlu ditentukan oleh mahkamah.

Pengerusi KANUN Dr Zulqarnain Luqman hari ini menyatakan bahawa mahkamah perlu menjawab dua persoalan utama iaitu sama ada titah di luar mesyuarat mengikat kerajaan atau tidak.

Kedua, sama ada peruntukan undang-unang sedia ada mencukupi untuk melaksanakan tahanan rumah tersebut.

Ia ekoran gesaan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa kerajaan melaksanakan tahanan rumah ke atas Najib.

 

Pas gagal sebagai pembangkang bertamadun


 

TAK HABIH HABIH NAK TURUN KAN ANWAR- SIAPA CALON DARI PAS YANG LAYAK ? NAMAKAN LAH UNTUK RAKYAT MENILAI KEBOLEHAN BELIAU.



Dalam landskap demokrasi moden, sebuah parti politik yang matang seharusnya berfungsi sebagai semak dan imbang yang bertanggungjawab.

Ia bukan sekadar mencetuskan retorik kosong atau menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dengan menggunakan medan jalanan sebagai alat tekanan politik.

Malangnya, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sekali lagi menunjukkan wajah sebenar mereka — bukan sebagai pembangkang yang membina.


Pas kini pencetus kekacauan, dengan menguar-uarkan sokongan terhadap demonstrasi bertemakan “Turun Anwar” kononnya atas alasan kelemahan ekonomi dan kononnya campur tangan dalam pelantikan hakim utama negara.



Demonstrasi jalanan bukan solusi: Bukti ketiadaan intelektual politik



Apa yang diperlihatkan Pas bukanlah tanda keberanian politik, tetapi kegagalan mutlak mereka untuk berfungsi dalam kerangka demokrasi berparlimen.


Jika benar mereka mewakili suara rakyat dan kononnya mempunyai idea bernas, kenapa tidak mengemukakan white paper, blueprint ekonomi, atau cadangan pindaan terhadap dasar-dasar kerajaan di Parlimen?

Parlimen adalah medan yang sah dan bermaruah untuk mencabar dasar kerajaan.

Namun Pas lebih gemar memilih jalan singkat: politik emosi dan provokasi jalanan — bukan penyelesaian berasaskan data, fakta, dan rasional.

Bukankah ini penghinaan terhadap amanah rakyat yang memilih mereka sebagai wakil di Dewan Rakyat?


Retorik tanpa hala tuju: Di mana blueprint ekonomi Pas?

Pas dan rakan sekutunya dalam blok pembangkang sering melaung-laungkan bahawa kerajaan gagal memulihkan ekonomi.

Namun, apakah mereka pernah membentangkan satu dokumen rasmi atau pelan alternatif yang realistik bagi membangunkan ekonomi negara? Jawapannya: Tidak pernah.

Sehingga hari ini, tiada satu pelan strategik ekonomi jangka pendek atau jangka panjang dikemukakan oleh Pas.

Mereka tidak pernah memperincikan langkah-langkah fiskal atau monetari, tidak pernah membentangkan reformasi struktur industri, tidak pernah menyentuh pelaburan digital atau ekonomi hijau.

Sebaliknya, mereka hanya bijak mengulang frasa seperti “kerajaan gagal”, tanpa sebarang pelan tindakan yang munasabah.



Gagal sebagai legislator: Diam dalam isu RUU dan reformasi perundangan




Ketika kerajaan sedang giat memperkemas sistem keadilan dan undang-undang, termasuk memperkenalkan reformasi institusi kehakiman dan RUU berkaitan mahkamah syariah, di mana Pas?

Mereka tidak membahaskan isu ini secara serius. Malah, mereka gagal membawa naratif penyelesaian atau cadangan konkrit bagi menambah baik struktur perundangan negara.

Lebih memalukan, ketika Pas bersama Bersatu berada dalam kerajaan pintu belakang atau ‘tebuk atap’ selepas Langkah Sheraton, mereka juga gagal memanfaatkan kuasa yang mereka peroleh.



Tiada satu pun dasar ekonomi besar yang dilaksanakan untuk merangsang pemulihan pasca-pandemik secara menyeluruh.

Sebaliknya, ekonomi negara dibiarkan meleset tanpa arah, sementara rakyat bergelut dengan harga barang dan ketidakpastian pekerjaan.

Lebih mengecewakan, Pas yang memegang portfolio berkaitan undang-undang melalui Datuk Takiyuddin Hassan ketika itu, langsung tidak membentangkan sebarang rang undang-undang berkaitan pemerkasaan mahkamah syariah yang mereka laungkan selama ini.

Retorik RUU355 yang dijadikan modal politik sejak 2016 tidak pernah dibawa semula secara serius ketika mereka sendiri memegang kuasa.

Program Jana Wibawa ketika zaman pemerintahan Mahiadin Yassin juga tidak menghasilkan apa-apa impak positif kepada negara ketika pendemik dan pasca-pandemik.

Dalam isu kebebasan kehakiman, Pas juga gagal memperjuangkan dasar penting seperti pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan kehakiman.

Tiada satu pun usaha untuk menggubal dasar yang menjamin pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan bebas daripada campur tangan Perdana Menteri.

Ini sangat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam yang mereka dakwa sebagai asas perjuangan mereka.



Negeri di bawah Pas/PN: Tiada yang membanggakan



Jika benar Pas begitu yakin akan keupayaan mereka, maka wajar rakyat melihat semula prestasi sebenar empat negeri yang ditadbir mereka — Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Malangnya, tiada satu pun yang boleh dibanggakan atau menjadi model rujukan nasional:

  • Kelantan, selama lebih tiga dekad ditadbir Pas, terus berhadapan dengan masalah infrastruktur asas seperti air bersih, pengurusan sampah, kesihatan awam, serta kemiskinan tegar yang masih tinggi. Tiada pelaburan besar masuk, tiada reformasi ekonomi. Negeri ini kekal antara yang paling mundur di Malaysia.
  • Terengganu, walaupun kaya dengan hasil minyak dan gas, masih gagal memperlihatkan model pembangunan mampan. Perbelanjaan negeri lebih bersifat populis jangka pendek, bukan pelaburan jangka panjang yang boleh menjana peluang pekerjaan berkualiti. Perubahan yang dijanjikan hanya kosmetik.
  • Kedah, di bawah Muhammad Sanusi Md Nor, mencetuskan lebih banyak kontroversi berbanding pencapaian. Projek Langkawi International Airport City, Kedah Aerotropolis, dan projek-projek mega lain masih belum menunjukkan hasil konkrit. Malah, hubungan dengan kerajaan Persekutuan diburukkan dengan sikap angkuh dan retorik keras.
  • Perlis, negeri kecil yang juga di bawah PN, tidak pernah menonjol dalam sebarang sektor utama sejak pentadbiran mereka. Tiada inisiatif baharu, tiada daya saing dalam pelaburan atau inovasi. Negeri ini kekal sepi dalam radar pembangunan nasional.

Apakah ini contoh “kepimpinan Islam” yang dibanggakan Pas?

Bagaimana mereka mahu memimpin Malaysia jika negeri kecil pun tidak mampu ditadbir dengan cekap dan berwawasan?



Ironi “Turun Anwar”: Fitnah jadi agenda politik



Demonstrasi yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah atas dasar fakta, tetapi atas manipulasi persepsi.

Anwar telah pun berusaha keras untuk menarik pelaburan, menstabilkan ringgit, memperkukuh bantuan rakyat melalui STR, dan membawa Malaysia kembali ke pentas antarabangsa.



Pas tidak pernah menghargai usaha ini kerana mereka tahu kestabilan dan kejayaan ekonomi negara akan menjadi ancaman kepada survival politik mereka yang bergantung kepada kemarahan, kebencian dan sentimen.

Mereka hidup atas kegagalan, dan akan sentiasa menolak kejayaan kerana kejayaan tidak menyebelahi mereka.

Islam bukan alat jalanan

Pas harus sedar, memperalatkan imej Islam dalam demonstrasi jalanan yang penuh emosi, provokasi dan kadangkala caci maki bukanlah satu tindakan yang memperlihatkan akhlak Islam yang tinggi.

Islam menekankan musyawarah, keilmuan dan hujah, bukan demonstrasi yang berpotensi menggugat keamanan dan mengheret rakyat ke kancah tidak menentu.

Jika benar mereka membawa aspirasi Islam, maka medan yang sepatutnya mereka kuasai adalah Parlimen, institusi ilmiah dan pentas dasar — bukan jalan raya dan pentas provokatif.


Kesimpulan: Pas tidak layak gantikan kerajaan



Rakyat Malaysia harus menilai secara objektif. Pas bukan sahaja gagal sebagai pembangkang berkesan, tetapi mereka juga menunjukkan ketidakmatangan dalam berpolitik.

Mereka menolak peranan institusi Parlimen, mereka menolak dialog intelektual, mereka menolak tanggungjawab legislatif. Mereka memilih demonstrasi kerana mereka tidak punya idea dan wibawa.

Lebih malang, pentadbiran mereka di peringkat negeri bukan sahaja gagal menjadi teladan, bahkan menjadi beban kepada pembangunan negara. Negeri di bawah mereka tertinggal dari segi pelaburan, inovasi, infrastruktur dan daya saing.


Dan lebih parah, sewaktu mereka diberi peluang memerintah negara, mereka tidak menggunakannya untuk membela syariah atau memperkukuh institusi keadilan.

Mereka gagal mentadbir dan gagal memperjuangkan nilai-nilai yang mereka sendiri laungkan.

Ini bukan tentang jatuhkan Anwar — ini tentang usaha menjatuhkan kestabilan negara dengan memperdagangkan emosi rakyat demi kepentingan politik sempit.


Malaysia tidak boleh diserahkan kepada tangan-tangan yang hanya tahu meruntuhkan, tetapi tidak tahu membina. PAS bukan jawapan kepada masa depan negara — mereka adalah ancaman kepada kematangan demokrasi.





PANAS! AHLI PARLIMEN PKR YANG LAIN TIDAK LAYAKKAH? AMAT MENGEJUTKAN!

Isytihar DARURAT KEHAKIMAN: Penyelesaian cukup mudah yang tidak disebut ...

Zahid tempelak naratif ‘UMDAP’, pertegas arah UMNO dalam PRU-16

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak naratif ‘UMDAP’ ciptaan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama tersebut juga dilakukan oleh BN hanya bersama dengan adalah dengan Pakatan Harapan (PH), bukan secara langsung dengan DAP.

“Yang marah kita dengan ‘UMDAP’ pasal apa? Kita ada perjanjian dengan DAP? Tidak pernah.




“Perjanjian kita saya kata, antara BN dan PH yang di dalamnya dalam ada DAP, tetapi DAP tidak pernah menentang kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang kali ke-37 malam tadi.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa DAP tidak pernah menentang dalam agenda Melayu dan Islam termasuk Kongres Ekonomi Bumiputera.


“Yang takut sangat kenapa, bukan saya hendak puji DAP, tidak. Sebab mereka bersetuju dengan kita,” katanya.


Berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Ahmad Zahid berkata, BN tidak akan bergerak solo malah akan mengekalkan kerjasama dengan PH.


Namun, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, BN akan menggunakan logonya sendiri dan mahu kekal sebagai gabungan politik dominan pada PRU-16.


“Kita mahu kekal dominan. Ia bukan sekadar di atas kertas, tetapi menerusi gerak kerja yang kita laksanakan secara konsisten dan tersusun.


“Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Maka strategi kita juga perlu menitikberatkan penyatuan dan keseimbangan antara kaum dan agama,” kata Ahmad Zahid lagi.






MEDIA PKR LEMAH. HANYA MAMPU BERTAHAN TANPA MENYERANG

 

Norman Daud


Selepas PRU14, kita melihat bagaimana media sosial menjadi senjata paling berkuasa dalam menentukan naratif politik negara. Pakatan Harapan, yang pernah menggunakan kekuatan digital sebagai pemecah monopoli maklumat, kini perlu menerima satu hakikat: medan telah berubah, dan musuh sudah lama bersifat ofensif.






PRU16 bukan lagi sekadar pertarungan dasar dan manifesto. Ia adalah pertarungan persepsi, sentimen dan kepercayaan dan semuanya dibentuk di media sosial.


1. Pertahanan Semata Tidak Akan Menang Perang


Pakatan Harapan sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu kerap berada dalam mod bertahan  menepis fitnah, menjawab tuduhan, menafikan manipulasi. Namun, pertahanan semata-mata tidak membina keyakinan, ia hanya melambatkan keruntuhan.


Parti lawan, terutamanya dari blok konservatif, telah lama memanfaatkan strategi komunikasi agresif: menyemai ketakutan, membentuk persepsi jahat, dan mencipta musuh dalam khayalan rakyat.


Jika Pakatan Harapan terus pasif, kita akan terus dibentuk oleh naratif orang lain  dan kita akan kalah bukan kerana dasar kita lemah, tetapi kerana kita gagal menguasai persepsi.


2. Politik Persepsi Menang Kerusi, Bukan Semata Fakta


Kita boleh bercakap tentang peningkatan gaji penjawat awam, kestabilan ekonomi, atau pelaburan asing yang masuk. Namun, jika rakyat tidak rasa mereka sedang hidup lebih baik, semua itu tidak akan bermakna.


Persepsi mengalahkan realiti. Dan persepsi dibentuk bukan oleh fakta semata, tetapi oleh cerita yang diceritakan lebih dahulu dan lebih kuat.


Pakatan Harapan perlu menjadi pihak yang mendahului naratif, bukan sekadar menyanggahnya.


3. Ofensif Bermakna Mengawal Isu, Bukan Membuat Kecoh


Bersikap ofensif bukan bererti menyerang membabi buta atau menjadi pemfitnah. Ia bermaksud:


Mengangkat isu sebelum musuh sempat manipulasi.


Menyentuh perasaan rakyat sebelum lawan semai ketakutan.


Membentuk keraguan terhadap integriti pihak lawan.


Menyerlahkan hipokrasi dan kegagalan blok lawan.


Ini adalah bentuk serangan strategik dilakukan dengan fakta, ironi dan keberanian.


4. Naratif Pakatan Harapan Mesti Dibina di Tangan Sendiri


Kita tidak boleh berharap pada media arus perdana atau hanya bergantung pada sidang media menteri. Rakyat hari ini tidak menunggu berita jam 8 malam. Mereka percaya pada apa yang pertama mereka lihat di Facebook dan TikTok.


Jika kita tidak menyebarkan versi kita lebih awal, mereka akan percaya versi musuh.


Oleh itu, Pakatan Harapan mesti:


Ada kalender naratif mingguan yang dikongsi ke semua jentera penerangan.


Latih penyokong akar umbi jadi pembawa suara parti di media sosial.


Galakkan penghasilan kandungan yang menyerang lawan dengan fakta dan sindiran.


5. Anak Muda Tidak Akan Menyokong yang Lembik


Generasi muda, yang akan menjadi penentu undi di PRU16, tidak mencari parti yang hanya bertahan. Mereka mencari parti yang berani, lantang dan kelihatan yakin.


Jika Pakatan Harapan terus bermain defensif, kita kelihatan lemah – dan anak muda tidak akan meletakkan harapan pada kekuatan yang tidak melawan.


Sebaliknya, jika kita tampil menyerang:


Mendedahkan hipokrasi politik lawan.


Menunjukkan lawan tidak konsisten, oportunis dan gagal ketika berkuasa.


Mengangkat suara rakyat biasa dan melawan ketidakadilan sosial.


Maka anak muda akan percaya bahawa Pakatan Harapan masih relevan dan masih berani.


6. Menyerang Bukan Tak Subur, Tapi Tanda Bernyawa


Sesetengah mungkin bimbang bahawa sikap ofensif boleh mengundang kecaman atau dilabel radikal.


Tapi dalam politik, yang diam itu dianggap setuju, yang lembik itu dianggap selesai.

Jika Pakatan Harapan mahu kembali menjuarai kepercayaan rakyat, kita mesti menunjukkan bahawa kita masih punya nyawa perjuangan


Pakatan Harapan tidak boleh masuk PRU16 dengan strategi PRU14. Media sosial bukan lagi tentang "menyampaikan maklumat", tetapi memenangi jiwa dan kepercayaan melalui naratif yang ofensif dan meyakinkan.


Sudah tiba masanya kita menyerang dengan fakta, dengan suara rakyat, dan dengan keyakinan bahawa kebenaran tidak akan menang jika tidak diperjuangkan secara lantang.


Jika Pakatan Harapan mahu menang di PRU16, kita mesti menukar strategi dari hari ini. Bukan tunggu bila fitnah datang, tapi kita yang kuasai perbualan.




CUBA BAYANGKAN JIKA TIDAK DITEGUR.

 

Hamdan Taha


Cuba tuan tuan bayangkan jika BN Kerajaan ketika ini, Ketua Hakim tidak di lantik lagi dan Hakim Hakim lain juga tak di lantik dan masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Apa akan jadi ketika itu....


Ke 2. Cuba bayangkan kerajaan sekarang ni BN dan harga Disel tidak lagi ada sabsidi dan ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang, Apa akan jadi agaknya ketika itu...


Ke 3. Cuba bayangkan Kerajaaan sekarang ni BN dan tidak lantik Tan Sri Ayob Khan sebagai IGP, masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang, Agaknya apa Dato Seri Anwar Ibrahim akan kata ketika itu?


Ke 4. Cuba bayangkan PM dari BN keluar negara terlalu kerap dan masa itu Dato Seri Anwar Ibrahim ketua pembangkang, agaknya di atas pentas ceramah dia akan cakap apa?


Ke 5. Cuba bayangkan Umno adakan Pemilihan Parti dan Presiden Umno punya anak bertanding Ketua Pemuda sahaja bukan timbalan presiden, agak agak Dato Seri Anwar cakap apa di pentas ceramah, dan penyokong PH akan kata apa di media sosial agak agaknya lah.


Ke 6. Cuba Bayangkan Kerajaan Bn dan anak PM di lantik ke jawatan penasihat dan gaji 35 ribu sebulan dan dengan kemudahan, menantu pula di lantik di kazanah jawatan Timbalan Pengarah, ketika itu ketua pembangkang Anwar Ibrahim, agak agak di pentas ceramah dia akan cakap apa? Penyokong PH akan cakap apa di media sosial


Ke 7. Cuba bayangkan kerajaan bn naikkan cukai GST dari 6 ke 8 persen, Ketua Pembangkang Ketika itu Anwar Ibrahim, agaknya lah apa akan jadi? Penyokong pula akan buat apa...


Ke 8. Cuba Bayangkan Kerajaan Bn memerintah dan Agung berikan tahanan rumah kepada Anwar Ibrahim, tapi terjadi seperti apa yang Dato Najib alami sekarang, agak agak anwar akan kata apa, buat apa dan penyokong dia buat apa?


Ke 9. Cuba bayangkan Kerajaan Bn sekarang dan harga harga barang ada kenaikan seperti sekarang dan ketika itu Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang, agak agaknya apa dia akan kata di pentas ceramah dan apa penyokong Ph akan kata pada Kerajaan


Ke 10. Jika tuan baca ni tuan tambah le apa nak tambah... Haha




GESA PECAT, TAPI SENDIRI TAK BOLEH BERTANG PUN. KERUSI MILIK PARTI LAIN.. ALAHAIIII... KIOK JUGA

 


Tiba-tiba....


19 Ketua Cabang Johor tanpa jawatan Ahli Parlimen & ADUN buat gesaan gantung sementara Rafizi Rafizi Ramli  Rafizi Ramli  & 8 MP Zahir Hassan  Rodziah Ismail  Rodziah Ismail  Wong Chen  Nik Nazmi  Nik Nazmi Nik Ahmad  Muhammad Bakhtiar  MP Sungai Siput Kesavan Subramaniam ? Perlukah buat begitu? 


* MP dari Johor ialah Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar & Ledang Syed Ibrahim Syed Noh .





PRU 16 PKR Akan Menang 10 Kerusi Parlimen Sahaja!

GEMPAK! MANA GENERAL BARU MENGHILANG! DS RAFIZI RAMLI BALUN LEBAI PAS!

TERENGGANU NEGERI PERTAMA TERIMA BANTUAN TUISYEN PERCUMA

 

Saya kemudian ke Pasar Payang, yang juga dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang, pusat pasaran tradisional ikonik bagi Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu.










Dengan tema “Pembangunan MADANI, Rakyat Sejahtera”, PMR 2025 Terengganu menampilkan usaha Kerajaan MADANI membangunkan infrastruktur inklusif seperti jalan, jambatan dan kemudahan awam, sambil memperkukuh nilai insaniah demi membentuk rakyat beretika, cakna dan bertanggungjawab.


Dalam ucapan, saya maklumkan Terengganu dipilih sebagai negeri pertama di bawah Program Tuisyen MADANI yang menerima peruntukan sebanyak RM5.27 juta melibatkan seramai 9,408 orang pelajar dengan kerjasama bantuan pengajar daripada guru-guru sekolah seramai 614 orang guru.


Saya percaya, inisiatif ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelajaran, mengurangkan jurang pendidikan, meningkatkan prestasi akademik selain satu pelaburan dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan negara yang lebih sejahtera dan beretika.


Sebelum beredar, saya mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas kononnya kerajaan Persekutuan tidak membangunkan negeri ini.


Hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek bernilai RM1.836 bilion telah diluluskan di bawah RP5 RMK12, iaitu peningkatan RM239 juta berbanding tahun lalu.


Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu terus diperkasa.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja