Remaja Parah Tertembak Senapang Bapa Sendiri

 

Keadaan remaja 14 tahun yang dilapor kritikal setelah tertembak diri sendiri di rumahnya. Foto MustShareNews

BANGKOK, 24 Apr – Seorang remaja lelaki kritikal selepas menembak dirinya sendiri secara tidak sengaja ketika menunjukkan senapang patah milik bapanya kepada seorang rakan, lapor laman berita Must Share News semalam.

Dalam kejadian kelmarin di Na Mon, wilayah Kalasin, remaja berumur 14 tahun itu cuba menarik perhatian rakannya apabila dia mengendalikan senapang patah laras panjang milik bapanya.

Semasa berada di tingkat dua rumahnya dan tanpa kehadiran orang dewasa, senjata api yang dipegang melepaskan tembakan, menyebabkan lima peluru penabur mengenai dada kanan mangsa.

Polis menyiasat lokasi kejadian tembakan di rumah mangsa. Foto Facebook

Pegawai dari Balai Polis Namon mendapati rakan mangsa yang juga berusia 14 tahun, berada di tempat kejadian dalam keadaan terkejut.

Rakannya memberitahu bahawa mangsa mengambil senjata api tanpa itu tanpa mengetahui ia mempunyai peluru hidup.

Punca sebenar kejadian belum diketahui, manakala polis dan pihak berkuasa lain ditugaskan untuk melakukan siasatan. – AGENSI



HADI AWANG KINI DITEGUR PIHAK BERKUASA AGAMA?



“Pada sayalah, kalau ia membabitkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat. “Jika membabitkan satu pandangan hukum, boleh merujuk Jabatan Mufti dan (badan agama) negeri-negeri sebab ini pihak yang berautoriti. “Cuma, jangan menyalahgunakan untuk kepentingan politik, ini yang paling utama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan merasmikan ibu pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Isnin dipetik Media Perpaduan. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa





Malaysia Komited Tangani Perubahan Iklim, Kurangkan Intensiti Karbon 45 Peratus – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai dialog maya yang dipengerusikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva pada 23 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bersedia menggembleng usaha untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050 sebagai usaha negara dalam menangani perubahan iklim global.

Perdana Menteri menegaskan komitmen itu sejajar dengan matlamat negara untuk dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai dialog maya yang dipengerusikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva pada 23 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis, Anwar memaklumkan bahawa beliau bersama 16 Ketua Negara dan Kerajaan lain telah menyertai dialog maya yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, sebagai persediaan menghadapi Persidangan Perubahan Iklim ke-30 (COP30).

“Dalam dialog ini, para pemimpin bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam menangani isu perubahan iklim, serta membincangkan persediaan untuk penetapan sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) yang akan datang,” kata Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai dialog maya yang dipengerusikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva pada 23 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050, yang disokong oleh dasar-dasar kukuh seperti Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) 2.0, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan pelaksanaan cukai karbon yang akan bermula tahun hadapan.

Tambah beliau, Malaysia juga menekankan pentingnya kerjasama global dan pembiayaan iklim yang adil, terutama untuk negara membangun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai dialog maya yang dipengerusikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva pada 23 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memacu tindakan iklim serantau yang lebih kukuh, memperjuangkan peralihan tenaga yang adil dan inklusif, serta menjadikan ASEAN sebagai hab untuk inovasi hijau dan pelaburan mampan,” kata Anwar.

Anwar juga menekankan pentingnya kerjasama global dalam menangani cabaran perubahan iklim dan berkata Malaysia akan terus memperjuangkan langkah-langkah yang lebih agresif bagi memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.




AI tidak boleh ganti tanggungjawab, kawalan kualiti oleh manusia



 

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) perlu disertai dengan tanggungjawab dan semua pihak perlu lebih peka dan berhati-hati dalam soal penerbitan bahan berkaitan simbol dan maruah negara.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik inovasi dalam bidang teknologi termasuk AI yang kian meluas dalam sektor media, pendidikan dan perniagaan.


“Namun, beliau menegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia.


“Setiap bahan yang melibatkan simbol negara atau sensitiviti rakyat mesti melalui semakan dengan teliti, dengan semangat hormat dan tanggungjawab bersama.


“AI ialah alat yang hebat tetapi jika digunakan secara cuai, ia boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.


Tunku Nashrul mengulas insiden kesilapan Jalur Gemilang melibatkan sebuah akhbar tempatan pada minggu lalu dan sebuah syarikat luar negara yang menyertai pameran di Kuala Lumpur serta terbaharu hari ini dalam laporan prestasi SPM yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Menurutnya, sama ada secara sengaja atau pun tidak, kesilapan pada Jalur Gemilang tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.'


“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu ini.


“Siasatan dijalankan sama ada melibatkan media tempatan, syarikat antarabangsa mahupun agensi kerajaan ama sekali.



“Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua pihak tanpa pengecualian,” tegas beliau lagi.











DENGAR ULASAN INI SAMPAI HABIS - GEMPAR!! - KSN YANG BUAT - KENAPA MUHYIDDIN TAK TAHU? | KPG BARU Shahi...

SATU LAGI Kes Kesilapan Jalur Gemilang, KPM Mohon Maaf! Begini Reaksi An...

AKHIRNYA SHAHIDAN KASSIM BUKA MULUT! ISU KG SUNGAI BARU! ANNUAR MUSA BIL...



Shahidan Kassim (PN-Arau) menyalahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru. Alasannya, urusan pengambilan atau penjualan mana-mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan iaitu sebuah badan yang dipengerusikan oleh KSN. “Pengambilan atau penjualan tanah dibuat terus (oleh jawatankuasa itu) dan duitnya pergi ke kerajaan persekutuan. Semuanya dipengerusikan oleh KSN. “Menteri Wilayah hanya terlibat dengan pembangunan setelah tanah itu dimiliki pihak swasta dan (apabila) pembangunan nak dimulakan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur. Shahidan berkata demikian ketika mengulas kontroversi pengambilan tanah Kampung Sungai Baru. Isu ini kembali panas setelah Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa adalah wajar pihak yang terlibat dalam pemgambilan tanah ini sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional tampil untuk memberi penjelasan.





BENARKAH ISU INI . ATAU SENAGAJA DIMAINKAN SETERU POLITIK ?


 

SESUAIKAH KALAU NAMA PARTI ISLAM. FITNAH NI RATA DAH JADI MAINAN. WALAUN JANGAN BANGGA SANGAT ORANG MELIHAT.


 FITNAH, MOHON MAAF, FITNAH, MOHON MAAF, FITNAH, MOHON MAAF, FITNAH, MOHON MAAF




PELABURAN DI JOHOR MENINGKAT TINGGI

 

Bagi tahun 2024, Iskandar Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan komited sejumlah RM41.4 bilion (kenaikan 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun 2023) dan nilai ini merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan. 









Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.


Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion, meliputi Pelaburan Asing sebanyak RM36.1 bilion dan Pelaburan Domestik sebanyak RM5.3 bilion hatta pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat.


Untuk itu, saya tekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja



FAKTA TAK PERNAH BOHONG


Sham Ghaz


 Kelantan Negeri ke 2 paling selamat? tapi faktanya hampir semua kes jenayah terutamanya kes rogol dan dadah tertinggi.





Kerajaan Kelantan usah menepis kegagalan YB PAS tadbir dan urus masalah gejala sosial dan jenayah di Negeri ini seolah olah semua kerja polis. 


Jadi YB Pas yang dah menang boleh goyang kaki dan makan gaji buta? 


Habis tu MB, TMB, Exco dan Pegawai Kerajaan peringkat Negeri dan Daerah buat apa? 


Apa blue print yang dirangka dan sudah dibuat?


Tidak reti tadbir, lepas tu letak kesalahan di bahu orang lain.



KISAH PENDUDUK ASAL KAMPUNG BARU. YANG MELALAK TAK DUDUK SITU PUN.... LAVI PULA.. RAMAI ADIK BERADIK

 



Terima kasih Ron interview penduduk asal Kampung Sg Baru nak tahu cerita duduk sebenar isu si Pidah yang merentan. 


GM dah tulis lama, ada pula kata faktanya salah sedangkan yang beri maklumat adalah penduduk asal Kg Sg Baru itu sendiri. 


Isunya bila arwah bapanya meninggal, segala pampasan di salurkan kepada Amanah Raya. Jadi bila tuntut dapat sikit setelah di bahagi antara adik beradik, itu yang dia tak puas hati merentan sambil gimik muka bagai salahkan sana sini. 


Si Pidah yang merentan tu tak duduk situ pun...🤣😂



HADI TERLEPAS CAKAP LA YA. MP QAZAF BUAT KOMEN.


 Jamzuri Ardani


Bagi saya ini satu pengakuan terbuka dari pihak PAS bahawa presiden parti mereka sudah terlajak dan tersalah cakap, dan menjadi beban kepada usaha kempen PAS di PRK Ayer Kuning.




PMX MENGADAKAN SIDANG MAYA BERSAMA 16 KETUA NEGARA ASEAN LAIN



 Malam tadi saya bersama 16 Ketua Negara/Kerajaan lain menyertai dialog maya yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PBB, TYT António Guterres dan Presiden Brazil, TYT Luiz Inácio Lula da Silva, sebagai persediaan kepada #COP30.









Kami bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam menangani perubahan iklim di samping membincangkan isu-isu berkaitan termasuk persediaan penetapan sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) yang akan datang.


Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk mengurangkan keamatan karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050. Matlamat ini disokong oleh dasar yang kukuh seperti Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) 2.0, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan pelaksanaan cukai karbon bermula tahun hadapan.


Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama global dan pembiayaan iklim yang adil, khususnya bagi negara membangun.


Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memacu tindakan iklim serantau yang lebih kukuh, memperjuangkan peralihan tenaga yang adil dan inklusif dan seterusnya meletakkan ASEAN sebagai hab untuk inovasi hijau dan pelaburan mampan.


======

KEH.. KEH.. KEH... BLOOD BROTHERS DAH KENA KUTIP


 

KENAPA DIADAKAN AKTA PENGAMBILAN TANAH

 


PS BUKAN ISLAM... ISLAM ITU BUKAN PAS

 


Tanpa PAS melayu islam tetap islam.Melayu yang mahu ikut sesat saja yang masuk PAS.Melayu yang ikut ajaran islam yang benar tidak dertai PAS ikut ajaran seasat PAS.Masuk PAS bersekongkol dengan tunggang agama dan ajaran sesat.




LAJNAH BARU - TOK HEPI DAPAT BERITA INI

 




LAJNAH BARU - TOK HEPI DAPAT BERITA INI






Itulah hikmahnya ada PRK kat Ayer Kuning.  Tok diberitahu, parti tok telah mewujudkan lajnah "  Darul Khinzir" bagi mengira jumlah  khinzir di seluruh ladang khinzir.  


Lajnah ini akan kira jumlah khinzir2 tersebut mengikut jantina, berat dan gred tahinya.  Mana lebih banyak samada waktu kerajaan tok 33 bulan dengan kerajaan madani sekarang.  


Gembira sungguh tok tengok para2 lebai tok buat rombongan ke rumah kediaman khinzir2 tersebut sebagai satu amalan ziarah, eratkan silaturrahim sempena raya ni.


Tok harap parti tok menang di Ayer Kuning kerana adanya "manifesto" untuk mewujudkan lajnah baru ini.


TOK Usin




KERAJAAN ZALIM. TUNGGU SAT YA YA..SPRM MASUK NANTI KITA TAU LA SAPA PUNYA KERJA.


 

NAK BAGI PAHANG MELINGKUP..UNDI PAS..LINGKUP HABIH.

 

MMMS


Benda paling kelakar. ADUN Cheka kononnya nak up data Terengganu dalam DUN Pahang.





Tu ADUN Benta jawap, bonus penjawat awam Terengganu rm500 ringgit, bonus penjawat awam Pahang adalah 1.5 kali ganda. Saguhati raya Terengganu rm500, Pahang rm1k. 


Pastu ADUN Cheka soal balik, Tabung bencana Terengganu di peruntukkan sebanyak 1 juta 2024, 2025 sebanyak 2 juta, penerima (Terengganu) dah terima sebanyak 588 ribu ringgit dari pada 679 penerima. Pastu suruh focus pada tabung bencana sama ada nak buat atau tidak. 


ADUN Benta jawap balik, Pahang ada tabung bencana, tahun 2023 7.6juta, tahun 2024 tak banyak 10 juta, dan tahun 2025 di cadangkan 10 juta. 


Nampak sangat soalanpun ke laut dalam, masuk dewan tak buat homework. 


Untuk 588k dari 1 juta adalah 58% dan setiap penerima dari 679 di Terengganu terima dalam purata RM866 ringgit seorang. 


Kalau penerima yang sama berada di Pahang dengan kapasiti 5.8juta (58% dari 10juta), setiap penerima akan terima RM8541 seorang.


Yang mana lagi banyak? RM866 tau RM8541? RM500 atau 1.5 kali gaji?


So celah mana kepimpinan Terengganu lebih baik dari Pahang kalau pemikiran timbalan Presiden, ADUN dan Ahli Parlimen pun serupa type-W?


Lagi nak buat fatwa undi PRK lebih utama dari haji dan umrah, kalau yang di undi macam ini, bukan takat makhruh, silap-silap haram. 


#nakmundurpilihpas



KITA KEMPEN BERHEMAH



Saifuddin Nasution


 Jika parti lawan memilih pendekatan kempen berasaskan maki hamun dan serangan peribadi, kita pula hadir dengan pendekatan yang matang, berhemah dan berteraskan fakta. Kita kemukakan kepada rakyat hujah-hujah yang kukuh mengapa mereka wajar memilih Calon Nombor 1 dari Barisan Nasional, Dr. Mohamad Yusri Bakir sebagai wakil rakyat di DUN Ayer Kuning.










Inilah antara perkara utama yang saya tekankan ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Angkatan Muda Keadilan(AMK)  Cabang Tapah malam ini, yang turut disertai oleh rakan seperjuangan saya, YB Fadhlina Sidek.


Kita pilih untuk berkempen secara sihat dan beradab. Kita angkat calon kita dengan fakta dan rekod yang jelas iaitu latar belakang pendidikan yang baik, pengalaman sebagai bekas Ahli Majlis, serta komitmen beliau untuk berkhidmat kepada rakyat. 


Kita juga terangkan kepada pengundi bahawa apabila wakil rakyat datang daripada komponen kerajaan yang mentadbir, banyak urusan akan menjadi lebih mudah, lebih banyak bantuan dapat disalurkan, dan lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke kawasan.


Inilah naratif yang kita bawa iaitu naratif yang membina, bukan meruntuh. Kita tolak politik kebencian dan budaya maki hamun sebab kita percaya rakyat kini semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian.


Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir malam ini. Maaf kerana tidak dapat berada lebih lama bersama anda semua kerana saya terpaksa bergegas pulang ke Putrajaya kerana ada urusan penting yang menanti.


Teruskan bekerja dengan semangat yang tinggi dan tekad yang utuh. Semoga kemenangan berpihak kepada kita!


#MalaysiaMadani

#PerakSejahtera

#PRKAyerKuning



BUDAK UGUT BUNUH LAK DAH. RASA PDRM PATUT ANGKUT DAH NI.

Jebat KD


 Budak ni dia baru kenal fb ni.




Ugut bunuh la, bakar kereta la. Sempoi punya bodoh la. 

🤣🤣🤣🤣🤣

Aku ketuk satu repot je... Confirm kedalam budak ni.

Kena 506kk...koyak la.

Kita tengok dia nak satle mcmana n nak lari mana.


Sapa ada maklumat budak ni whatsup aku.. 0163674525

Ada la manis... Dont wory.


Spy spy sekalian... Ada lubang duit ni... Pantas kasi korek. 


https://www.facebook.com/share/1KK7DruqGt/




PMX BERTEMU DENGAN PENGASAS BINANCE CZ.

 


Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Binance, CZ untuk membincangkan potensi Malaysia sebagai hab utama dalam aset digital dan industri blockchain yang semakin berkembang. 






Saya mengalu-alukan perbincangan berterusan bersama agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Digital untuk meneroka kaedah memudahcara dan mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab. 


Pada masa yang sama, jelas bahawa kepimpinan kerajaan adalah penting dalam memacu penggunaan blockchain—seperti melalui pendigitalan dan meneroka tokenisasi instrumen kewangan dan kes penggunaan lain. 


Dengan langkah yang betul, Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi digital global ini.


====


Today I had a productive meeting with CZ, founder of Binance, to discuss the potential for Malaysia to become a major hub in the growing digital assets and blockchain industry.


I welcome continued discussions with agencies such as the Securities Commission, Bank Negara Malaysia and the Ministry of Digital to explore ways to facilitate and promote responsible innovation.


At the same time, it’s clear that government leadership is essential in driving blockchain adoption—such as through digitisation and exploring tokenisation of financial instruments and other use cases.


With the right steps, Malaysia can position itself at the forefront of this global digital transformation.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



Nak tahu fakta ke auta sila sebut di luar Dewan.

Che Ibrahim


ADUN NI DAH PATUT TERGOLONG DALAM QAZAF.


Ambo yakin kepada integriti Polis, kenyataan polis bukan kenyataan politik.





MOGA TUN INSAF DAN TAK CAKAP MELALUT


Alif Jamil.


 Berbekalkan jasa dan sumbangan Tun terhadap negara selama ini , ia menjadikan Tun seorang yg suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jauh sekali kesalahan berbohong. 





Malah , Tun juga diangkat sebagai Wali Allah oleh penyokong Tun sendiri sebelum ini. 


Oleh kerana jasa dan sumbangan Tun terhadap negara , maka Tun sebagai wali Allah mmg memiliki hak yg mutlak untuk membuat sebarang kenyataan mengikut selera dan tekak Tun tanpa boleh dikritik oleh sesiapa kerana hukum mengkritik Tun Mahathir adalah haram disisi islam. 


Malah , taraf Tun yg hampir maksum dan hampir setaraf dgn Nabi ini menjadikan Tun layak bercakap apa sahaja yg dtg dari mimpi waktu tidur ataupon ilham yg turun waktu Tun minum tea panas.. 


Tun nampak sihat walafiat diusia warga emas ini.


Tidak seperti kebanyakan warga emas lain yg berusia 100 tahun yg kebiasaanya menghidap neurogeneratif dementia yg menjejaskan fungsi kognitif otak mereka. 


Alhamdulillah , mungkin ini berkat doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap Tun seketika dahulu menjadikan Tun sihat dan aktif utk melihat hasil jasa dan sumbangan Tun hari ini. 


Semoga Tun dapat menjadi Perdana Menteri untuk 5 penggal lagi selepas ini. 


Alhamdulillah Tun. 

Terbaik Tun. 

Hidup Tun.



Rombakan kabinet pada bulan Disember kerana apa?


 


Kekosongan portfolio Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri yang kini dipegang oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam bulan Disember dilihat sebagai alasan yang akan membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rombakan kabinet pada bulan Disember.


Felo kanan Nusantara Academy for Strategic Research Azmi Hassan berkata kuota untuk jawatan ini wajar kekal dengan Umno untuk mengekalkan keharmonian di dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru itu, Azmi percaya MP Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah calon paling sesuai untuk menggantikan Zafrul.


Tempoh khidmat Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember.


“Rombakan boleh dibuat menukarkan Johari dari Kementerian Perladangan dan Komoditi ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


“Ini kerana kita telah melihat kerja dan prestasi Johari di dalam sektor perladangan dan bagaimana beliau menangani cabaran yang diberikan oleh Eropah dalam isu kelapa sawit. Kredibilitinya diperlukan untuk menjadi Menteri.


“Masa terbaik untuk rombakan ialah apabila tempoh Tengku Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember dan ini mewujudkan sebab yang sah untuk rombakan.

“Perdana Menteri juga pasti mahu mengelakkan rombakan kerana banyak parti dalam kerajaan,” kata Azmi, lapor Scoop.


Namun realitinya ialah Zafrul mendapat kedudukannya dari kuota Umno. Ia juga jawatan menteri kritikal sewaktu Malaysia berdepan isu tarif Amerika Syarikat.


Sebelum ini Anwar telah menolak kemungkinan rombakan cabinet seusai konvensyen DAP.


Terbaharu beliau menafikan pemilihan cabang PKR akan menjadi punca untuk rombakan berlaku.







TERKINI! Tangguh dulu undi Pas | Adun Pas dikecam cari 'salah' PDRM | Iz...



1. Puad Zarkashi minta pengundi ayer kuning tangguhkan kemenangan pas. 2. UMNO Kelantan kecam Adun pas kerana didakwa beri gambaran buruk terhadap PDRM. 3. Shahidan Kassim dakwa tanah wilayah Persekutuan di bawah bidang kuasa KSN dan perdana menteri. 4. Nurul Izzah ingatkan, jangan terjebak dengan 'budaya atau gerakan politik sendirian'. 5. Akmal Tampil Cabar Keputusan Pemilihan 6. PAS Selangor Gesa Projek Tebatan Banjir Disegerakan Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia





BERTABAHLAH SEMUA PENYOKONG TEGAR HADI AWANG PAS

ZAMAN SAPA TU FAWWAZ... CUBA HANG PI SELESAIKAN..


Fendi Apple


 Innallilah waainnallirojiun Al-Fatehah..aamiin 



Arwah sebelum menghilangkan diri sejak seminggu lepas setelah video Sungai Baharu tular dimedia social..😂🤣😅😆😁🤭kih kih kih.




Shahidan persalahkan KSN dalam isu Kampung Sungai Baru




Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) menyalahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru.


Alasannya, urusan pengambilan atau penjualan mana-mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan iaitu sebuah badan yang dipengerusikan oleh KSN.


“Pengambilan atau penjualan tanah dibuat terus (oleh jawatankuasa itu) dan duitnya pergi ke kerajaan persekutuan. Semuanya dipengerusikan oleh KSN.

“Menteri Wilayah hanya terlibat dengan pembangunan setelah tanah itu dimiliki pihak swasta dan (apabila) pembangunan nak dimulakan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.


Shahidan berkata demikian ketika mengulas kontroversi pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.

Isu ini kembali panas setelah Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa adalah wajar pihak yang terlibat dalam pemgambilan tanah ini sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional tampil untuk memberi penjelasan.


Antara nama – nama yang disebut adalah Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Rina Harun.

Shahidan dan Annuar pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, manakala Rina menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli parlimen dari PN.


Shahidan turut mengaku bahawa dia terlibat dalam usaha penangguhan pembangunan.

“Dalam kes itu saya terlibat secara langsung untuk penangguhkan (pembangunan). Tangguh supaya pampasan dibayar berdasarkan nilai semasa.

“Saya juga melantik (syarikat) Rahim & Co untuk membuat penilaian. Cukuplah (penjelasan) setakat ini, selebihnya biar mahkamah putuskan.”


Beberapa hari yang lalu, Khalid Samad yang merupakan mantan Menteri Wilayah sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan mendedahkan bahawa pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru pada asalnya hanya melibatkan pemilik dan pemaju.


PN menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah tersebut, dakwanya.