Menteri, KPN dah perjelas isu Samsuri tapi Pemuda Pas masih adu domba

 


                                    AMMAAAA- ANA MULLAI YELLEK



Walaupun Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN) sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan Menteri Besar Terengganu dikenakan pemantauan Pegawai Kawalan Perjalanan (TCO), Pemuda Pas dilihat masih memilih untuk mengadu domba.

Menerusi kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan melabel pemimpin pembangkang dengan status TCO menimbulkan persoalan besar tentang arah tuju pentadbiran negara.

“Apakah perbezaan pandangan politik kini dianggap satu bentuk ancaman keselamatan?

“Tindakan sebegini bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan penyalahgunaan kuasa terhadap lawan politik,” katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar berkenaan berkata, lebih membimbangkan apabila agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya bebas dan profesional kini dilihat digunakan sebagai alat politik untuk menekan pihak yang tidak sealiran dengan kerajaan.

“Perkara ini amat berbahaya kerana ia menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti institusi negara,” tambah Afnan lagi.

Sehubungan itu, ujarnya, Pemuda Pas menyeru agar Kerajaan Madani menghentikan serta-merta segala bentuk tekanan, pemantauan dan intimidasi terhadap rakyat, khususnya terhadap mereka yang bersuara secara sah dalam ruang demokrasi.

“Jangan sesekali jadikan agensi kerajaan sebagai alat mempertahankan naratif politik kalian.

“Jika kalian berani, hadaplah mereka yang berbeza pandangan dengan cara yang matang, bukan dengan cara politik binatang yang menakutkan dan mengancam lawan dengan kekerasan!” tegasnya.

 Ahmad Samsuri Mokhtar

Tuduhan Afnan yang mengaitkan dengan tindakan intimidasi itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan penjelasan kerajaan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah pun menyatakan tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Samsuri yang sentiasa didampingi anggota polis.


Saifuddin berkata, semua VVIP di negara ini berada di bawah pengawasan atas alasan keselamatan, tetapi hanya Samsuri yang memilih untuk mempertikaikannya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata dakwaan kononnya Samsuri diletakkan di bawah status individu dianggap berisiko oleh pihak tertentu walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah, adalah tidak benar sama sekali.


Menurutnya, istilah TCO yang digunakan Samsuri bagi menggambarkan kononnya beliau dikenakan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa juga tidak tepat.


Jelasnya, TCO sebenarnya adalah jawatan pegawai polis cawangan khas (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk negara sama ada di lapangan terbang atau di Bukit Kayu Hitam.

Semalam, Samsuri mendakwa tindakan kawalan pergerakan yang dikenakan ke atasnya menggambarkan seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster atau persona non grata walaupun di tanah air sendiri.





Dah penggal kedua jadi MB Terengganu pun buat kalut lagi?


 

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar terus dihujani kecaman dan sindiran gara-gara mendakwa dia dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon.


Antaranya, TikToker Wan Hadi yang menempelak pemimpin Pas yang seolah-olah berstatus seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Kau ingat kau siapa? Hari ini Menteri Dalam Negeri menafikan. Tiada keperluan pun kerajaan nak intip.


“Apa benda yang kerajaan nak ambil dari kau sampai tahap nak kena intip kau?” bidasnya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu kerana Naib Presiden Pas itu sentiasa didampingi anggota polis.


Malah, Saifuddin berkata, beliau sendiri pernah tersenarai untuk pengawasan pihak berkuasa dari tahun 2000 hingga 2004.


Mengulas lanjut, Wan Hadi berkata, TCO memang berperanan memantau semua VVIP lintas sempadan negara.


Dalam masa sama, beliau mempersoalkan dakwaan Samsuri memandangkan ahli politik itu sudah mula memegang jawatan Menteri Besar pada 10 Mei 2018.


“Demi keselamatan kau juga. Tiada kaitan politik pun. Menteri Besar lain tak kalut pun.

“Kalau kata kerajaan nak intip, memang kau sendiri tak tahu langsung.

“Kau ingat kerajaan lekeh sangat ke nak intip orang guna cara macam tu?



“Dah penggal kedua jadi Menteri Besar, takkanlah perkara macam ni pun nak buat kalut lagi?” bidasnya lagi.




US TAK PUAS HATI SEBAB NA K IKUT SIJIL HALAL MALAYSIA

 


YELLEK...BERAKHIR YA DRAMA MINGGU INI. HABIH MODAI DAH.

 


Membongkar penyelewengan atas nama agama: Pengalaman bekas ahli Pas


Oleh SHAIFUL ROSEMAN



Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya cuba menahan diri daripada membongkar kebenaran yang telah lama terpendam.


Hati ini berkecamuk antara tanggungjawab menyampaikan kebenaran dan keinginan untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.


Saya memilih untuk berdiam diri, menumpukan pada ibadah dan muhasabah, walaupun setiap hari media sosial dipenuhi dengan dakyah yang semakin melampau.


Namun, kini saya rasa terpanggil untuk bersuara, membongkar penyelewengan yang saya saksikan sendiri sebagai bekas ahli Pas yang pernah terlibat dalam sistem indoktrinisasi mereka.


Sebagai bekas ahli yang telah melalui setiap peringkat proses tarbiyah Pas, saya memahami dengan mendalam mekanisme pembentukan pemikiran dalam Pas.


Saya pernah menjadi sebahagian daripada sistem usrah dan liqa’, menghadiri halaqah dan daurah, serta menyertai muktamar dan tamrin yang membentuk kerangka pemikiran ahli.


Saya menyaksikan bagaimana proses yang dahulunya membentuk Muslim sejati, telah diracuni untuk menanam kesetiaan buta kepada parti.


Struktur tarbiyah yang direka bukan sekadar untuk pendidikan agama, tetapi untuk membentuk kepatuhan (wala’) tanpa soal kepada kepimpinan parti.

 

Apa yang paling membimbangkan adalah doktrin salah tentang konsep perjuangan di bulan Ramadan yang ditanam dalam minda ahli.


Mereka menggunakan kisah peperangan zaman Rasulullah SAW seperti Perang Badar dan Pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada bulan Ramadan sebagai justifikasi untuk melancarkan serangan politik yang lebih ganas pada bulan mulia ini.


Hadis “الحرب خدعة” (perang adalah tipu daya) ditafsirkan secara melampau untuk menghalalkan fitnah, adu domba, dan caci maki terhadap pihak lawan politik.


Mereka menanamkan fahaman bahawa menyerang kerajaan dan memainkan sentimen 3R pada bulan Ramadan adalah suatu bentuk “jihad” yang diberkati.


Padahal, ia jelas bertentangan dengan semangat Ramadan yang menekankan pengampunan dan pembersihan jiwa.


Penyebar kebencian

Saya menyaksikan sendiri bagaimana sahabat dan teman yang dulunya dikenali dengan akhlak yang baik berubah menjadi penyebar kebencian dan fitnah.


Mereka diajar untuk melihat politik bukan sebagai wadah khidmat kepada rakyat, tetapi sebagai medan “perang” di mana segala cara dihalalkan untuk mencapai kemenangan.


Lebih menyedihkan, ramai orang awam yang tidak menyedari bahawa apa yang mereka anggap sebagai “memperjuangkan Islam” sebenarnya adalah politik kebencian yang bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan keadilan, kejujuran dan kasih sayang.


Maaf sahabat-sahabat Pas. Saya sayang kalian, saya masih menjaga hubungan dengan kalian. Saya menulis ini bukan untuk mencari permusuhan atau membalas dendam, tetapi kerana tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang prihatin terhadap kesucian agama dan kesejahteraan masyarakat.


Islam adalah agama rahmat yang mengajar kita untuk berlaku adil walaupun terhadap musuh, bukan agama yang menghalalkan fitnah dan perpecahan untuk kepentingan politik.


 

Proses tarbiyah sepatutnya membentuk Muslim yang berakhlak mulia dan menyumbang kepada keharmonian masyarakat dan rahmah buat seluruh alam, bukan melahirkan aktivis politik yang sanggup mengorbankan kebenaran dan perpaduan demi agenda parti.


Harapnya perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat tentang bahaya indoktrinisasi yang dibawa oleh Pas atas nama agama.



Kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar – yang menekankan ukhuwah.

Politik dalam Islam seharusnya menjadi alat untuk menegakkan keadilan, membawa kebaikan kepada semua, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat untuk mencapai matlamat kuasa dengan menghalalkan segala kaedah, termasuk bercampur hal yang mungkar.






Malaysia Sudah Lakukan Yang Terbaik Perjuangkan Palestin – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

GOMBAK, 11 Apr – Malaysia sudah melakukan segala tindakan terbaik bagi memperjuang hak serta keadilan ke atas penduduk Palestin khususnya dalam merintis kemajuan ke arah menamatkan konflik sekali gus membina keamanan kekal di negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak berdiam diri dan akan terus menyuarakan ketegasannya terhadap isu Palestin dipelbagai sesi dan dialog di peringkat antarabangsa.

“Sebagai sebuah negara membangun, kita sudah melakukan yang terbaik, namun (konflik Palestin ini) masih belum lagi selesai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak hari ini. Turut hadir Rektor UIAM, Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar (kanan). Foto Bernama

“Pastikan kita dapat bersuara (menyokong perjuangan Palestin) sebanyak mungkin, tetapi kita perlu betulkan negara kita, hentikan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pastikan kita mentadbir dengan baik dan melindungi kepentingan rakyat. Itulah jawapannya,” katanya pada sesi dialog terbuka pada program Meet Anwar @IIUM berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor UIAM, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, Malaysia juga perlu melindungi kepentingan ekonomi dan kekayaan negara, bagi membolehkan negara ini terus membantu Palestin khususnya penduduk di semenanjung Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika kita lemah, orang akan merampas kekayaan kamu, kemudian kamu ditindas dan tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

“Kami akan terus memperjuangkan isu Gaza dan melindungi kepentingan negara kita kerana tanpa kepentingan ekonomi dan kekayaan, kita tidak dapat membantu mereka. Sudah tentu kita boleh menyatakan sokongan dengan kuat,” katanya.

Menyentuh usaha reformasi pentadbirannya, Anwar menjelaskan pembaharuan dasar bukan hanya tertumpu kepada bidang pendidikan tinggi saja, sebaliknya turut merangkumi reformasi fiskal, disamping penekanan juga terhadap pembangunan teknologi termasuk peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai contoh, Parlimen kini mempunyai Akta Tanggungjawab Fiskal, yang bermaksud Menteri Kewangan menyerahkan kuasanya kepada Parlimen untuk menyemak jika mereka tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dan menjelaskan perkara itu.

“Seterusnya, kami juga memutuskan semua perolehan dilakukan secara betul dan wajar kerana ia menjadi punca utama kebocoran. Selain itu, reformasi institusi juga merangkumi perkhidmatan awam. Ia perlu lebih bertanggungjawab dan berpegang kepada komitmen terhadap pelaksanaan pembaharuan piawaian yang ditetapkan,” katanya.


Pernah mengaku penyokong tegar negara pengganas, ini perkembangan isu Yusoff Rawther



 Pernah mengaku penyokong tegar negara pengganas, ini perkembangan isu Yusoff Rawther


Muhammed Yusoff Rawther pernah secara terbuka menyatakan pandangan yang menyokong negara pengganas, Israel.

Lelaki yang kini berusia 32 tahun itu dalam sebuah artikel diterbitkan Israel National News pada 2017, menulis mengenai sokongannya terhadap Israel.

Cucu kepada tokoh pengguna terkenal dari Pulau Pinang, Allahyarham S.M. Mohamed Idris itu telah mengkritik retorik anti-Israel yang wujud dalam wacana politik dan media di Malaysia.

Yusoff juga menyatakan bahawa Malaysia telah menyumbang kepada gambaran negatif terhadap Israel di peringkat antarabangsa melalui media dan kenyataan politik yang dianggapnya berat sebelah.​

Pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, Yusoff menarik perhatian umum apabila menuduh Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya di kediaman Presiden PKR berkenaan di Segambut pada 2 Oktober 2018.

Dia membuat laporan polis dan akuan bersumpah mengenai fitnah yang menggemparkan itu pada Disember 2019.

Namun, Pejabat Peguam Negara ketika itu memutuskan untuk tidak mendakwa Anwar kerana kekurangan bukti dan percanggahan fakta material dalam keterangan yang diberikan.​

Yusoff kemudiannya pada 14 Julai 2021, memfailkan saman sivil terhadap Anwar, menuntut deklarasi bahawa Anwar melakukan serangan seksual serta ganti rugi.

PMX menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan tuntutan balas, menyatakan bahawa dakwaan tersebut sebagai palsu dan direka.

Anwar secara konsisten menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai “fitnah tanpa asas” dan satu muslihat untuk menjatuhkan imejnya.

Perbicaraan penuh berhubung saman tersebut dijadualkan bermula pada 16 Jun 2025.​

 

Pada 7 April 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Yusoff untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Anwar.

Penarikan balik rayuan tersebut dibuat pada saat-saat akhir, dan mahkamah mengarahkan Yusoff membayar kos RM5,000 kepada Anwar sebagai pampasan atas penarikan tersebut.

Dadah dan pistol tiruan

Kini, Yusoff sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan Nissan Teana miliknya pada pagi 6 September 2024.


Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.


Dalam masa sama, Yusoff turut berdepan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di Kuala Lumpur, pada 9.25 pagi, 6 September 2024, mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.


Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.


Perbicaraan melibatkan Yusoff yang pernah disahkan bapa saudaranya, Mohideen Abdul Kadir bahawa tidak menyelesaikan pengajian universiti itu bermula 7 April lalu dan masih berlangsung.

Walau bagaimanapun, Yusoff menafikan semua pertuduhan tersebut dan mendakwa dirinya menjadi mangsa perangkap oleh pihak yang mempunyai kaitan dengan tokoh politik berpengaruh.





‘Saya Pun Tertakluk Kepada TCO’ – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar (tengah) menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Shenandoah, AS pada 11 April 2025.

GOMBAK, 11 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau juga tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Malah, tegas Perdana Menteri, semua kenamaan tertakluk kepada tindakan berkenaan.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal mengapa Menteri Besar Terengganu itu dikenakan TCO.

Ahmad Samsuri Mokhtar, mendakwa dirinya dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status ‘Travel Control Office/Order’ (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa situasi itu sudah berlaku sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, dalam sistem keselamatan negara, TCO merujuk ‘Travel Control Order’ oleh pihak berkuasa iaitu satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.