GURU BESAR KOMEN HENTAM KERAJAAN. MENTERI PENDIDIKAN JANJI NAK BAGI PERHATIAN KAN.? SILAKAN.


 Hasnul Zulkarnain


Salleh Mohd Nor ini seorang Guru Besar di daerah Kuala Kangsar. Saya dah lama perhati komen2 dia yang hentam kerajaan secara terbuka. 





Cuma kali ni SS sebab komen dia seolah persendakan teks khutbah Jumaat Perak.

Dia merupakan rakan lama saya dlm parti Islam kawasan Kuala Kangsar.


Tlg tag SuPol YB KPM 

CC Tuan Safuan Haji Rabaai Pengarah JPN Perak.



PEMFITNAH BERSIRI PUN ADA GAK PERASAAN.

 


𝗣𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗿𝗶 ni lapor polis terhadap 𝘱𝘢𝘨𝘦 𝘵𝘳𝘰𝘭𝘭 𝘍𝘉 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗱𝗮𝗶𝗹𝘆 𝗛𝗗. Katanya, akaun tersebut sebarkan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.



Yang paling 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙝𝙖𝙩𝙞, Razman kata dia laporkan polis kerana dia 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮.


Memang jenis tak tahu malu betul la orang tua ni.


Pertama sekali, jujur aku tak sangka dia 𝘀𝗲𝗻𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂. Jika tengok keadaannya yang suka buat fitnah, aku ingatkan dia 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗲𝗿𝗮𝗻 sekiranya cerita tak benar tentangnya tersebar.


Kedua, Harakahdaily ni 𝙥𝙖𝙜𝙚 𝙩𝙧𝙤𝙡𝙡. Cerita yang mereka siarkan semuanya dengan tujuan untuk 𝘀𝗮𝘁𝗶𝗿𝗮. 𝗕𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮.


Ketiga, menipu dan membohongi rakyat memang 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗻. Cuma bukan budaya rakyat la tapi 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶.


Contoh paling dekat, Razman sendiri. Kalau 100 yang dia cakap hampir 100 juga 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Berapa kali dia terpaksa minta maaf sebab memfitnah.


Bukan dia je. Lebai lain pun sama. Kira peliklah kalau lebai bercakap benar. Menipu dan membohongi tu kan 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗔𝗦. 𝘾𝙝𝙞𝙚𝙛 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 pun dah fatwakan menipu itu 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻.


Lebai mangkuk ni dah berapa kali 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 menipu pun masih nak berlagak suci. Memang dia lahir tanpa rasa malu agaknya. 𝗛𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA YANG DI TAKUTKAN SANGAT DENGAN AMANAH Ahmad Shahir.


Ahmad Shahir. 



Baru terbaca satu tulisan seorang budak PAS yang kata Fitnah PAN terhadap agama lebih bahaya. 


Amanah adalah parti baru. Baru nak masuk 10 tahun. Parti yang sedang jadi sebahagian Kerajaan Persekutuan. Parti yang ada rekod dan trade mark “RAHMAH”. Seorang Menteri dari Amanah meninggal dunia dalam keadaan membawa mesej RAHMAH yang diterima rakyat terbanyak. 


Biasanya, orang lama memang CEMBURU  dengan orang baru. Lebih-lebih lagi kalau orang baru tu lebih baik dari dia. Biasa dalam ofis, orang baru yang datang dengan imej baik dan latar belakang yang lebih baik, orang lama akan kata “ ni mesti pakai kabel”. Macam itulah AMANAH. Awal-awal lagi PAS tuduh AMANAH parti Tajaan DAP, PANDAP. Warna kain tok sami. Sama macam kisah ofis tadi. 


Memang Amanah ini ada rekod yang baik apabila jadi kerajaan. Itulah kemuncak dalam berpolitik. Mahu menjadi kerajaan. Dengan kuasa, AMANAH berjaya meletakkan dasar Rahmatan Lilalamin dalam Kerajaan. Ia telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Ini fakta yang tiada siapa boleh sanggah. Berbeza dengan orang Lama- PAS. Jadi kerajaan di Kelantan lebih 30 Tahun dan Persekutuan 33 bulan, tapi tiada yang boleh disebut sebagai dasar kerajaan. Membangun bersama Islam tinggal kenangan. Kalau bukan isu Balak, isu Sampah. Belum lagi Perlis. Duit minum air Tuanku pun Anak MB nak kelepet jugak. 


Amanah pernah jadi KETUA MENTERI MELAKA. Rakyat sangat dekat dengan Ketua Menteri. Kediaman Rasmi jadi tempat rakyat mengadu kepada Ketua Menteri. Presiden AMANAH sendiri pernah menjadi Menteri Pertahanan dan sekarang Menteri KPKM. Tugas Presiden jauh lebih berat sebab sedang membaiki kerosakan lama yang melibatkan sumber asas keperluan rakyat. 


AMANAH juga berada di posisi EXCO dalam kerajaan Negeri. Setakat hari ini, tiada seorang pun yang terpalit dengan RASUAH termasuk semasa pilihanraya. Tidak seperti PAS. Ada kerusi PARLIMEN terpaksa dibuat PRK sebab rasuah pengundi. 


Jadi, apa yang fitnahnya AMANAH kepada Islam? Sebab bersama DAP? Sebab AMANAH dikatakan senyap bila ada isi yang melibatkan DAP. Ok meh sini saya bagi tahu.


1. DAP adalah sebuah parti. Dia terikat dengan UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Jika betul DAP ini terlalu jahat dan boleh mengancam MALAYSIA, mengapa tidak diHARAMKAN DAP? Tuhan bagi 33 bulan kepad PAS untuk HARAMKAN DAP. Tapi haram… 


2. DAP hanya bertanding lawan di kerusi MCA, MIC dan GERAKAN. Dalam keseluruhan parlimen Malaysia yang 222 tu, dia hanya boleh 44 kerusi sahaja. Tapi PAS buat seolah2 DAP menang 190 kerusi. 


3. Ini MALAYSIA lah. Negara yang guna SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN. Saya ulangggg… RAJA BERPELEMBAGAAN. Kalau ada 100 Cina DAP yang bercakap nak ubah perlembagaan pun, dia tetap kena lalu RAJA2 MELAYU KITA. Yang selalu takut-takut kan orang Melayu tu LUPA KUASA RAJA-RAJA? ATAU TIDAK PERCAYA KEPADA RAJA-RAJA? Setakat hari ini, DAP hanya bergerak IKUT PERLEMBAGAAN. Kalau dia salah, dia akan diHUKUM ikut PERLEMBAGAAN. Bukan kena terajang macam ORANG MELAYU BUAT PADA OKU DI TERENGGANU. 


Jadi, bagi ahli-ahli AMANAH, apa yang budak PAS tu tulis, dia sebenarnya menunjukkan rasa CEMBURU dia pada AMANAH. Sebab AMANAH tiada orang seperti RAZMAN, MASTURA, ZUL JASIN DOA LAKNAT. Budak PAS tu jugak CEMBURU apabila AMANAH bukan parti yang ahlinya kena cucuk hidung macam lembu. Ahli AMANAH Steady. 


Ahli AMANAH jugak berbilang kaum. Cuba tengok gambar di bawah. Semua tu Pemuda AMANAH. Ada melayu, Johan Silat, ada orang OKU, johan SUKMA, ada Cina usahawan berjaya dan ada India Influencer terkenal yang diterima pelbagai bangsa. Itulah CITRA AMANAH. 


Bukan macam PAS, sebut siapa influencer PAS? Ada cina sorang tu, pun dah sama macam kaki Fitnah yang lain. Siap kena siasat dengan PDRM sebab Fitnah YDPA dan PMX. Rujukan PAS , TIktok PAPAGOMO, RATUNAGA.. 


Jadi, begitulah kalo orang CEMBURU dengan AMANAH. Dikatanya kita pulak FITNAH. Sedangkan dia yang KAKI FITNAH. So, AMANAH boleh teruskan usaha. Kita tak perlu buat slogan AMANAH GANTI PAS. Kita tak perlu ganti. Kita adalah AMANAH. AMANAH akan berada di mana-mana dan diterima kerana AMANAH nya kita kepada RAKYAT. ISLAM? Itulah teras utama AMANAH walau parti ini berbilang bangsa. 


Inilah wajah sebenar AMANAH. Parti masa depan rakyat MALAYSIA.



KETUA ATM YANG BARU



 KUALA LUMPUR, JAN 31 - Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Datuk Mohd Nizam Jaffar, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-23, berkuat kuasa hari ini.



Lantikan Mohd Nizam itu dibuat bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Beliau adalah individu kedua dilantik sebagai PAT yang bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara sedia ada, selepas Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail yang juga PAT Ketiga.


Mohd Nizam adalah graduan Royal Military Academy Sandhurst, England, memulakan kerjaya ketenteraan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja, diikuti juruiring bekas Timbalan Panglima Tentera Darat dan bekas PAT, Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.


Anak kelahiran Johor itu juga pernah diberi tanggungjawab sebagai juruiring Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Allahyarham Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Di peringkat antarabangsa, Mohd Nizam pernah mencipta sejarah sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia pertama yang terpilih menghadiri Global Peace Operations Initiative (GPOl) Peace Support Operations Contingent Commander Course di Monterey, Amerika Syarikat sebelum dilantik sebagai Komander Batalion Malaysia MALBATT) 2 di Lubnan.


#BeritaKS



Bersih tidak, stabil pun tidak.






Penuh dengan kes-kes mahkamah ada lah. Dari pemimpin tertinggi hingga orang kanan, masing-masing punya skandal berjuta-juta. Kemudiannya, bila fail kes dah makin meninggi, kuasa pula terancam, mulalah meliar nak tebuk atap. Siap ada yang satu tu, belum apa-apa dah pergi tinggalkan negara. Inilah yang pepatah bilang, lepas kaki leher terjerat.


Rakyat hari ini rata-ratanya celik dan tidak mudah diperdaya. Sentimen politik mungkin boleh  direkayasa, tetapi fakta dan bukti nyata adalah hakikat yang tidak mungkin tersangkal. Umpama bangkai gajah, mana boleh ditutup dengan nyiru?



KUTIP SAMPAH DAN FITNAH UNTUK WALAUN


Penarik Beca


 Kalau Amanah jadi fitnah lebih besar kepada agama kerana tak tegur kelaku Dap, lagu mana pulak Pas yang membisu terhadap "Becoming Hannah" masa zaman Pakatan Rakyat sampai la depa berada dalam kerajaan tebuk atap?


Tu aku bagi satu contoh ja. Sebab budak tu mulakan tuduhan dia dengan isu buku tu.


Malas la nak sebut Pas tak lawan pun cabutan judi naik sampai 22 kali dari lapan kali, arak Timah dan berdolak dalik pasal pakaian pramugari yang depa terjerit2 pasal pakaian tu ketika belum berada dalam kerajaan. 


Semua tu tak pulak budak tu kata fitnah besar kepada agama.


Yang pasti aku nampak ialah Harakah kutip segala sampah dan fitnah untuk disogok kepada pembaca2nya.



PENANG DI SERBU..!!!!!!!

Penang Press










Sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baharu Cina, Pulau Pinang menerima lonjakan pelancong yang luar biasa.


 Antara destinasi tumpuan utama ialah Bukit Bendera, yang dipenuhi ribuan pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi serta panorama bandar dari puncaknya.


 Suasana di lokasi ikonik ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa yang tidak mahu melepaskan peluang meneroka keunikan tarikan terkenal di negeri Pulau Mutiara ini.


BAS PERCUMA 👍👍



SANUSI PUN MACAM ULAQ.

 


Aku tengok 𝗧𝘄𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿 tadi pengakuan 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 yang dia sendiri pun ada 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝗮 dari sebelah ayahnya. Katanya, datuknya berasal dari 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗴𝗵𝗮𝗶, 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮.


Mujur aku bukan Cina. Kalau tak, aku rasa inilah satu 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 bait seluruh keturunan Cina di Malaysia. Berlaku pada 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 pulak. Tahun ular Sanusi pun 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘂𝗹𝗮𝗿.


Oklah tu. Dah ada darah Cina, boleh la lepas ni boleh la masuk 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Gerakan tu pun dah lama tak gerak, sebab tu tak makan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MCA TALAM DUA MUKA .. topeng PN



Saya paling pantang pemimpin yang depan kita kata lain, belakang kita lagi kemain. 


Pemimpin yang berterusan bodohkan rakyat. Demi kerana kemaruk kuasa bukan sangat nak berkhidmat. 


Bila MCA Johor hari tu beralasan menyalahkan Admin lama mengenai hasutan ke atas bantuan Palestin & JAKIM. Saya langsung tak percaya. Ramai tahu lakonan mereka. 


Depan Melayu, jadi terpaling Melayu. Depan Cina, dengan penuh licik tulis dalam tulisan Cina, jadi terpaling Cina. 


Ini bukan kali pertama ya. 


Dulu tahun 2020, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah. Di media arus perdana berbahasa Kebangsaan, tunjukkan dia punya lah sokong Jawi. Siap boleh buat khat sekali. 


Tetapi dalam akhbar berbahasa Cina, Presiden MCA ni bantah tulisan Jawi nak ambil hati pengundi. Siap menganjing parti DAP yang menyokong tulisan jawi. 


Itu sebabnya MCA ini, dulu dari dapat 2/3 undi, sekarang merudum tinggal 2 kerusi. Masyarakat Cina tahu betapa hipokrit nya mereka. Depan Melayu lain, depan Cina lain. 


Berhati2 lah dengan musang berbulu ayam ini. Mereka 60 tahun dalam Kerajaan, banyak sudah hilang kepentingan. 


Sebagaimana ramai pandang UMNO Parti rasuah. Jangan ingat orang Cina tak pandang MCA sama. Tu sebab sekarang ke laut dalam jua. 


Kerajaan harus monitor semua posting dan propaganda MCA ini, terutamanya yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Banyak kali kantoi, ada gerakan2 halus buat hasutan, melaga2kan rakyat. 


Saya dapat rasakan MO mereka sama. Serupa talam dua muka. Rakan Cina sudah lama sedar, jangan rakan Melayu tertipu pula. 


~LM~



Pulau Pinang Paling Selamat


Zuwairi Md Yusof




Berkat kepimpinan Chow Kon Yeow bukan Char Kuey Tiau dan barisan EXCO2 PHBN,Penang berjaya mendahului senarai negeri paling selamat di Malaysia.


Ini di buktikan lagi dengan kejayaan PDRM menangkap sebuah bot yang cuba menyeludup masuk senjata2 api ke dalam Pulau Mutiara baru2 ini.Saya berbangga dengan ape di capai Pulau Pinang sejak 2008 sehingga ke hari ini.


Berbaloi dan bertuah sekali berpindah ke sini sejak 1991 dahulu.Jika saya berpindah ke Kelantan,Terengganu 1991 dulu pasti lain jadinya dan perasaannya.Semoga kekal begini Penang sampai bila2 dari pengaruh Syiah anasir jahat bawaan PAS sekian.



PMX BERTEMU RAKYAT PERAK HARI INI

 


Tengah hari tadi saya singgah sebentar ke Warung Pokok Belacan untuk bertemu orang ramai dan mendengar sendiri pandangan dan perkara-perkara yang menjadi kerisauan rakyat.



















Saya kemudian langsung ke Majlis Kenduri Rakyat di sebelah Masjid Al-Muttaqin di Taman Meru. Saya tegaskan bahawa Islam menekankan hubungan solat dan zakat, yang menunjukkan bahawa masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi pusat keprihatinan sosial dan keadilan ekonomi.


Al-Quran sentiasa mengaitkan solat dan zakat. Kupasan Sheikh Yusuf al-Qaradawi menjelaskan hubung kait ini mencerminkan peranan zakat sebagai institusi penting dalam sistem ekonomi Islam, terutama dalam membela golongan miskin dan terpinggir.


Dalam sejarah Islam, pertama kali peperangan diisytiharkan bukan kerana tanah, harta, atau kuasa, tetapi bagi memerangi kelompok yang enggan membayar zakat, sekali gus melemahkan sistem sokongan kepada rakyat miskin. Ini menandakan betapa Islam menjulang tinggi kepentingan menegakkan keadilan sosial.


Kerana itu Kerajaan MADANI menjadikan usaha membantu golongan miskin dan yang memerlukan sebagai keutamaan. Kita sanggup membelanjakan RM13 bilion untuk membantu M40 dan B40 menerusi STR dan SARA, bagi mengurangkan beban kos sara hidup.


Ya, ini bukan penyelesaian mutlak, tetapi langkah penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak diabaikan. Usaha ini akan diteruskan dengan memperkukuh ekonomi, pendidikan serta membentuk rakyat dengan nilai dan akhlak yang mulia.


Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin dan menunaikan solat jenazah selepas itu. Khatib Ustaz Abdullah Muhammad Hanif hari ini menyampaikan teguran penting dalam khutbah Jumaat bertajuk “Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa al-Ifki”. 


Umat Islam harus menekuni nasihat dan doa dibacakan Khatib, yang memohon kita semua dijauhkan daripada perbuatan memfitnah, menyebarkan fitnah atau menjadi orang upahan melakukan kerja-kerja fitnah.


Sabda Rasulullah SAW:


‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏


Maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).


(Hadis Riwayat Bukhari)


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



LAPORAN POLIS DIBUAT KERANA FITNAH RAZMAN ZAKARIA.


 

JUAI ARAK DI LANGKAWI TAK PA PULAK. DI MANJOI MCA TAK BAGI HENTI JUAI ARAK TAK KECOH LAK.


 

PENJELASAN KES AFDLIN... UNTUNG NO BARU MASUK DAH XSPAT KERJA DENGAN DBKL.


 

BANTUAN UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK YANG DILANDAH BENCANA BANJIR


 Ketika berucap sewaktu Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh tengah hari tadi, saya umumkan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk memperbaiki segera infrastruktur yang rosak dan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak.




Peruntukan ini juga merangkumi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada semua keluarga yang terkesan dengan bencana- bencana ini.


Bersama kita doakan keselamatan dan perlindungan buat saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini dari bumi Borneo.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja



Kenyataan Penjelasan Law Yiak Kwang 31.01.2025



 Kenyataan Penjelasan

Law Yiak Kwang

31.01.2025


Salam sejahtera, kawan-kawan semua yang saya hormati.


1. Saya merujuk kepada dua posting Facebook yang kedua-duanya bertarikh 30hb. Januari 2025 yang ditulis oleh pemegang akaun bernama "Liyana Marzuki" dan "Adrian Lim Chee En".






2. Dalam posting Puan Liyana Marzuki, beliau menuduh saya bahawa saya menggunakan perkataan "Melayu gila" dalam posting saya bertarikh 30hb. Januari 2025.


3. Dalam posting Encik Adrian Lim Chee En, beliau memandai-mandai menterjemahkan posting saya bertarikh 30hb. Januari 2025 yang sama tersebut dan menuduh saya bahawa saya menggunakan perkataan "Melayu gila" dalam posting saya.


4. Saya ingin memberi penjelasan kepada kawan-kawan semua bahawa :






4.1 Posting saya tersebut ditulis dalam Bahasa Cina dan dipostkan di akaun Facebook saya bernama "Law Yiak Kwang 刘凡". Saya memang sentiasa menggunakan Bahasa Cina dalam posting saya dalam akaun saya tersebut.


4.2 Perkataan "Melayu gila" tersebut adalah satu penterjemahan yang tidak mencerminkan maksud sebenar perkataan "癫马" yang saya gunakan.


4.3 Perkataan "癫马" tersebut telah diterjemahkan dengan cara bias oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman.


4.4 Perkataan "癫" boleh bermakna "gila". Kadang-kala, perkataan ini juga boleh digunakan untuk menyifatkan perangai seseorang yang bertindak tidak mengikut akal.


4.5 Perkataan "马" ada banyak makna. Jika ikut direct translation, Perkataan "马" bermaksud "kuda". Perkataan "马" juga merupakan singkatan kata (abbreviation) kepada nama negara kita yang dicintai kita semua "马来西亚" (Malaysia). Perkataan "马" juga merupakan salah satu nama keluarga bangsa Cina “马” (Mah), contohnya “马汉顺” (Mah Hang Soon).


4.6 Tetapi Perkataan "马" bukan semestinya merujuk kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu) walaupun perkataan tersebut bermula dengan “马”。Perkataan "马" bukan singkatan kata (abbreviation) kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu). Singkatan kata (abbreviation) kepada perkataan "马来人" (Orang Melayu) ialah “巫”. Contohnya jika kita ingin mengguna singkatan kata dalam Bahasa Cina untuk menyatakan tiga bangsa utama dalam negara kita, iaitu "Cina, Melayu dan India", kita mengguna perkataan “华巫印”, kita tidak akan mengguna perkataan “华马印”.


4.7 Dengan ini, penterjemahan perkataan "癫马" kepada perkataan "Melayu gila" tersebut memang tidak tepat dan tidak mencerminkan maksud sebenar perkataan "癫马" yang saya gunakan.


4.8 Sebenarnya, perkataan "癫马" yang saya gunakan adalah satu perkataan yang biasa digunakan oleh netizen kaum Cina untuk merujuk kepada Yang Berhormat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO.


4.9 Perkataan "Akmal" diterjemahkan dalan Bahasa Cina sebagai “阿克马” dengan perkataan “马” di hujungnya. Perkataan "癫马" membawa maksud "Akmal yang sentiasa bertindak tidak mengikut akal".


4.10 Kesimpulan, perkataan "癫马" BUKAN "Melayu gila".


5. Saya berharap kenyataan penjelasan saya yang panjang lebar ini dapat memberikan pencerahan yang terperinci kepada kawan-kawan saya dan seluruh rakyat Malaysia yang saya hormati. Saya berharap kawan-kawan tidak salah faham pendirian saya yang sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia atas satu penterjemahan perkataan yang tidak tepat.


6. Saya berasa tidak adil jika pihak tertentu menuduh saya atas satu penterjemahan perkataan yang tidak tepat tanpa penyelidikan yang terperinci. Don't put words in my mouth.


7. Saya merasa geram kerana ada pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan posting saya tersebut untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.


8. Saya membaca komen daripada En. Nasir Rahman di mana beliau memaparkan satu gambar yang mempunyai kandungan "penterjemahan" posting saya. Pada mulanya saya menganggap "penterjemahan" tersebut satu kesalahpahaman yang ditimbulkan kerana satu "penterjemahan" yang tidak tepat oleh seorang rakan Melayu yang baru belajar Bahasa Cina dan tidak dapat menguasai sepenuhnya Bahasa Cina.  Tetapi malangnya, saya mengetahui bahawa "penterjemahan" yang tidak tepat tersebut dituliskan oleh Encik Adrian Lim Chee En, seorang kaum Cina yang fasih dalam Bahasa Cina dan tidak mungkin salah faham perkataan "癫马" tersebut dalam Bahasa Cina. Adakah Encik Adrian Lim melakukan "penterjemahan" yang tidak tepat tersebut dengan sengaja? Siapa itu Encik Adrian Lim Chee En? Apakah niat beliau membuat demikian? Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang bijaksana membuat penilaian sendiri.


9. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar meningkatkan kewaspadaan terhadap pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa mengapi-apikan sentimen perkauman.


10. Saya memohon maaf jika posting saya menimbulkan sebarang kegelisahan kepada anda semua.


Yang benar,

Law Yiak Kwang

31.01.2025

Pukul 5:10 pagi



WOIII... HANG DOK DALAM 5 BULAN.. BADAN HANG KENA COP NANTI.

 

RMS


Nak pertahankan Islam tapi ugut nak ro**l anak Harris.. Islam kepala hotak nko.





NUSI OH NUSI...

 


HA HA HA..


 

Keh keh keh MACAM TU SAJA.

 


FITNAH' BESAR PAS TERHADAP CITRA BAIK AGAMA ISLAM .


Ridzuan Abu Bakar




Ridzwan Abu Bakar 

PSU Amanah Nasional 


 Salah satu daripada makna 'fitnah' di dalam Al Quran adalah إشتباه الحق بالباطل - menserupakan kebenaran dengan kebatilan - (Imam Tabari) atau dengan makna yang lebih mudah difahami adalah "menjadikan yang batil itu sebagai hak" dengan 'berlakon' atas watak dan wajah agama. 


Saya senaraikan lima 'fitnah' besar terhadap agama yang dilakukan oleh PAS, bersandarkan takrifan Imam At Tabari di atas. 


1. Bermudah- mudahan memberikan gelaran Ulama kepada sesiapa sahaja asalkan berpakaian 'macam' ulama atau hanya kerana petah bercakap dan menyebutkan beberapa istilah agama. Fitnahnya akan berlaku apabila 'cakap' ulama celupan parti itu diyakini dan dipercayai sebagai mewakili agama. Alangkah besarnya fitnah kepada agama ini !


2. PAS 'memusing' tengkok 'nas' yang dihafal oleh mereka, dan digunakan mengikut 'selera' dan 'nafsu' mereka. Sebagai contoh apabila mereka 'berkawan' dengan DAP, maka ayat Mujadalah akan dibaca dan diulas sesuai selera dan nafsu Pas, apabila mereka memusuhi DAP, maka ayat tentang permusuhan pula mereka laungkan. DAP adalah DAP yang sama ketika 'berkawan' dengan PAS dan ketika 'dimusuhi' oleh PAS ! Bukankah 'agama' terfitnah dengan sikap 'sombong' dan 'jahat' PAS ! 


3. PAS adalah juara 'pecah belah' masyarakat, amalan politik 'orang kita' dan melabelkan pihak yang berbeza sebagai 'musuh' Allah, 'jatuh' aqidah dan dakwaan merepek yang lain. Bukankah 'agama' yang dicitrakan oleh PAS tidak bertepatan dengan 'agama' Islam versi Al Quran dan As-Sunnah? Dan inilah fitnah terbesar PAS atas salutan nama agama. 


4. Islam adalah agama yang 'teguh' hujahnya, sementara ia bersifat 'muhkamat' dan 'mutagayyirat', namun semua 'hujah'nya bersifat teguh dan dibincangkan berasaskan kepada kaedah yang telah dibina dan dibentuk !, namun PAS telah membina kaedah tersendiri dengan menjadikan 'maslahah' PAS sebagai 'sandaran' dalam menentukan hujah dan hukum. Ini bukan 'tuduhan', bahkan inilah amalan yang berlaku dalam PAS, contohnya dalam 'kes' saman LGE terhadap Mastura, lihat apa kata Mursyidul Am PAS, bukankah 'maslahah' PAS yang diutamakan ? 


5. Antara sendi Iman yang tertinggi adalah 'beriman' kepada ketentuan baik dan buruk yang ditentukan oleh Allah, adapun PAS - sebahagiannya - terlalu berani untuk menentukan 'tempat kembali' manusia bersandarkan pegangan politik semata-mata. Ini adalah 'fitnah' kepada citra agama yang dimainkan oleh PAS ! 


Ini bukan jawapan kepada dakwaan 'budak kayaiaq' PAS ! Namun, atas premis 'siapakah yang membawa fitnah kepada agama' kita bersedia untuk 'berdebat' bila-bila dan di mana-mana sahaja. 


Intaha !



NI SPESIS WALAUN TAPI DI INDON

 


Kira-kira 100 orang dari pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan pekerja bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, pada Khamis.



Tindakan itu bagi membantah kes tembakan membabitkan warga Indonesia pada 24 Januari lalu di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, menyebabkan seorang terbunuh dan empat yang lain cedera. 


Dalam insiden itu, seorang pekerja asing Indonesia berumur 50 tahun ditembak mati manakala empat lagi cedera selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan tembakan ke atas bot mereka selepas didakwa menceroboh perairan Malaysia.


#SINARKongsi Sumber : @sinarharian / Kompas.com



PMX MEMULAKAN LAWATAN KERJA DI PERAK.

 


Memulakan lawatan kerja di Perak pagi ini dengan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Majlis Rumah Terbuka Dewan Perniagaan dan Industri Cina Negeri Perak (PCCCI) di Ipoh.








Terima kasih atas sambutan begitu meriah dan keunikan persembahan muzik yang menggabungkan kesenian pelbagai kaum, menggambarkan semangat sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia.


Ketika berucap, saya gesa seluruh rakyat ini mengutamakan kepentingan negara tanpa mengira kaum, agama, negeri dan wilayah dalam usaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan negara. Usaha ini tidak harus terikat dengan kepentingan kaum atau wilayah yang cuba dimainkan kelompok kecil untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.


Isu-isu yang melingkari rakyat adalah masalah bersama. Kerana itu Kerajaan MADANI melancarkan inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dinaikkan kepada RM13 bilion tahun ini, kepada rakyat tanpa mengira kaum bagi meringankan beban peningkatan kos sara hidup yang melanda seluruh dunia.


Kerajaan juga putuskan untuk meningkatkan gaji penjawat awam bermula tahun ini kerana tiada kenaikan kepada mereka sejak 12 tahun lalu. Tatkala Kerajaan ini menuntut penjawat awam meningkatkan kecekapan, kepantasan dan kecekapan, pengiktirafan ini wajar diberikan kepada mereka.


Semua inisiatif ini hanya mampu dilaksanakan kerana ekonomi negara yang semakin kukuh hasil kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Negara ini punya potensi baik sekiranya kita berusaha memartabatkan negara dengan kepentingan yang sama, ketimbang mencetus pergaduhan yang merosakkan.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja



BILA RAKYAT MALAYSIA PUNYA ADAB YANG BAIK


 Ahmad Norazlan. 


Sejak dahulu Malaysia 🇲🇾 dan Thailand 🇹🇭 silih berganti mengungguli kedudukan pertama dan kedua kerana sikap majoriti rakyatnya yang beradab.