YADIM BELA MANGSA BANJIR.

 

NASIB Mangsa banjir di seluruh negara terus mendapat perhatian YADIM.






Inisiatif terbaharu menyantuni mereka berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lintang, Sungai Siput, pada 7 November, yang merupakan hasil kerjasama Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM dengan  YADIM Negeri Perak.


Badan dakwah ini menerusi inisiatif tersebut menyampaikan bantuan baju sekolah kepada 23 pelajar yang terkesan dengan banjir.


Program turut diisi dengan sesi Bicara Ilmu Pemantapan Solat disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Perak, Daie Muda YADIM Nik Saifullah Effandy Nazila selain penyampaian set alat tulis kepada 54 orang pelajar.


Majlis inj dirasmikan oleh Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim yang pada masa yang sama menyampaikan sumbangan dan cek cura kepada Guru Besar, Puan Siti Zuraida Syed Tahir.


Hadir sama ialah wakil bahagian pelaburan, Cik Fatin Najla Mohd Shamshir.


Sumbangan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai salah satu pendekatan untuk terus bersama masyarakat.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



 

Najib Bakar


Kepada yang bising kata kos PADU puluhan juta tu mahal, kena tengok dulu anggaran kos similar system macam tu berapa.



Tengok anggaran kos KKM yang disebut bekas Menteri Kesihatan untuk buat satu integrated system fasiliti kesihatan.


Cadangannya, semua rekod kesihatan pesakit boleh diakses di mana-mana hospital tanpa perlu mendaftar semula. 


Similar concept dengan salah satu matlamat PADU. 


Dia sebut ni tahun 2016, 8 tahun lepas. Anggaran masa tu dah 1.5 billion. 


Kalau kira dengan inflasi Malaysia, 1.5 billion tahun 2016 tu bersamaan dengan 1.72 billion pada tahun 2024.


Nak banding 1.72 billion dengan kos PADU yang cuma puluhan juta?


Just a fraction of the cost bro.


Mind you, sistem ICT yang dicadang pada 2016 di fasiliti kesihatan tu cuma salah satu use case yang boleh digunakan dengan PADU. 


PADU ni integrated, one day bila dah full swing, insya Allah PADU akan jadi backbone semua sistem kerajaan. Banyak gila use case yang boleh develop untuk guna PADU termasuk pihak swasta.


Semuanya cuma dengan kos puluhan juta, dan develop in house oleh kakitangan kerajaan yang ada kemahiran.


Tanpa perlu risau data peribadi dipegang pihak luar.


Jadi, masih rasa mahal ke?



Fashion Valet: Takkan bagi RM42 juta, biar mereka buat sesuka hati? - MP PH

GANTUNG SAJA PENDANG- TAK BERGUNA PUN MEMBANTU NEGARA- Isu RM94 juta: Speaker minta Ahli Parlimen Pendang kemuka bukti atau moh...



Xi Jinping Kenang 50 Tahun Hubungan China-Malaysia, Seru Kerjasama Yang Lebih Erat Pada Masa Hadapan


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China, Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 7 November 2024. Foto Reuters

BEIJING, 7 Nov – Presiden Xi Jinping menzahirkan rasa puas hatinya ketika bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menekankan hubungan yang semakin erat antara China dan Malaysia.

Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.

“Saya sangat gembira bertemu Perdana Menteri sekali lagi,” kata Xi, mengakui ulang tahun bersejarah yang disambut tahun ini dalam hubungan dua hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of People, Beijing pada Khamis. Foto Bernama

Beliau mengenang kembali lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim baru-baru ini ke China, yang menurutnya telah memungkinkan perbincangan penting dalam memajukan hubungan dua hala.

“Saya mengadakan perbincangan ikhlas dan mesra dengan Seri Paduka Baginda, dan kami mencapai kata sepakat yang meluas untuk mempromosi pembangunan hubungan pada peringkat tinggi,” katanya semasa kunjungan hormat oleh Anwar di Dewan Besar Rakyat di sini pada hari Khamis.

Xi turut menyampaikan salam kepada Sultan Ibrahim, semasa kunjungan hormat Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of People, Beijing pada Khamis. Foto Bernama

Xi merujuk lawatan Anwar pada Mac sebagai asas bagi era baharu kerjasama dua hala, dengan mengatakan, “Kami mencapai kata sepakat penting untuk membina komuniti masa depan bersama antara China dan Malaysia serta menggariskan pelan untuk era baharu ini.”

Dalam beberapa tahun lepas, beliau berkata kedua-dua negara telah mengekalkan pertukaran dan kerjasama yang rapat dalam pelbagai sektor, dengan projek masa depan bersama ini memberi manfaat yang signifikan kepada kedua-dua negara.

Ketika Malaysia muncul sebagai pasaran penting dan pemain utama dalam Selatan Global, Xi menekankan kepentingan bersama yang luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam perdagangan, pembangunan, dan kerjasama serantau.

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Great Hall of People, Beijing pada Khamis. Foto Bernama

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik serta Tahun Persahabatan China-Malaysia. Sepanjang beberapa dekad ini, perdagangan kita telah meningkat hampir 1,000 kali ganda, dan persahabatan kita menunjukkan kita adalah jiran yang baik, sahabat baik, dan rakan kongsi dalam pembangunan,” kata Xi.

Melihat ke hadapan, Xi menyifatkan hubungan China-Malaysia berada pada titik permulaan yang menggalakkan.

“Masa depan hubungan kita cerah,” katanya. “China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi memajukan projek masa depan bersama kita secara praktikal, menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan kedua-dua negara dan rantau ini.”

Mengungkapkan harapan untuk kerjasama berterusan, Xi mengakhiri dengan berkata, “Marilah kita bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih gemilang bagi negara kita dan rantau yang lebih luas.”

Lapan langkah untuk mengurangkan gelandangan di Malaysia

 


Statistik rasmi Malaysia mendedahkan bahawa jumlah gelandangan telah meningkat secara ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Antara tahun 2000 dan 2009, purata gelandangan di seluruh Malaysia yang ditahan oleh pegawai kesejahteraan sosial setiap tahun adalah seramai 1,300 orang.

Namun, dari 2015 ke 2019, jumlah kes orang papa yang ‘diselamatkan’ semasa operasi dalam jangka tersebut adalah seramai 14,863!

Dan sejak pandemik Covid bermula, isu gelandangan kini telah menjadi satu masalah nasional: warga kota yang menjadi gelandangan dianggarkan telah meningkat sebanyak 20-30%. Fakta lain yang juga mengecewakan adalah bilangan gelandangan yang sebenarnya adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Punca-punca utama masalah gelandangan dalam Malaysia adalah tahap sosioekonomi yang teruk bagi sesetengah penduduk serta sistem kebajikan negara yang lemah.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan kebanyakan penduduk menjadi gelandangan kerana mereka tidak mempunyai sokongan kewangan yang kuat serta stabil.

Hanyalah reformasi sistem negara dapat menangani punca-punca ini secara berkesan.

Pihak kerajaan mesti mengambil pendekatan holistik melalui kementerian serta jabatan yang relevan untuk menangani punca-punca utama masalah gelandangan ini supaya ia dapat diselesaikan secara berkesan.

Antara langkah-langkah yang pihak kerajaan harus ambil adalah:

1. Sediakan perumahan kos rendah kepada golongan 20% yang termiskin di Malaysia

2. Hentikan amalan pengusiran terpaksa tanpa sekurang-kurangnya penawaran perumahan alternatif

3. Kuatkan jaring keselamatan sosial (social safety net) dan wujudkan suatu skim pencen supaya mereka yang tiada sumber kewangan serta sokongan keluarga yang cukup tidak mudah menjadi gelandangan

4. Beri keutamaan kepada semua rakyat Malaysia di bawah umur persaraan apabila terdapat peluang pekerjaan daripada mengizinkan lebih ramai pekerja asing dengan upah rendah. Dengan cara ini individu termiskin sekurang-kurangnya dapat menjana pendapatan secukupnya untuk menampung hidup mereka

5. Laksanakan suatu skim pencen bagi warga tua yang secukupnya bagi membantu menyokong saraan hidup golongan warga tua serta keluarga mereka daripada segi kewangan

6. Beri pekerjaan yang bersesuaian kepada orang gelandangan yang lebih berupaya supaya mereka dapat peroleh pendapatan untuk menyara diri

7. Tubuhkan jauh lebih banyak pusat jagaan gelandangan yang menawarkan rawatan dan program pemulihan khususnya bagi penagih dadah, contohnya program Desa Bina Diri. Pada masa sekarang, bilangan institut untuk program ini di seluruh negara adalah terlalu kurang

8. Bangunkan sistem pekerja kesihatan masyarakat (community health workers) supaya pekerja tersebut dapat memberikan sokongan emosi dan bimbingan kepada gelandangan dalam pusat jagaan. Mereka dapat membantu individu tersebut memperoleh penjagaan kesihatan yang mereka perlukan, pengangkutan dan makanan khasiat. Kesemua ini dapat menambahbaik kesejahteraan golongan gelandangan tersebut secara keseluruhannya serta menjadikan mereka lebih berdikari dan berkemampuan supaya mereka dapat menyumbang kepada negara

Setiap penduduk di Malaysia tidak patut hidup sebagai gelandangan. Mereka sebagai manusia mempunyai hak asasi dan harus diberikan sokongan kewangan yang secukupnya untuk menyara hidup masing-masing.

Tetapi, hanyalah pendekatan holistik yang menangani punca-punca utama masalah gelandangan dapat memberikan penyelesaian berkesan.

Oleh itu, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kerajaan Malaysia harus mengambil langkah-langkah holistik seperti di atas supaya masalah gelandangan dalam negara kita dapat diselesaikan secara berkesan.

Raveen Jeyakumar, seorang sukarelawan Aliran yang berumur 29 dan bermastautin di Ipoh, berminat dengan isu sosial dan alam sekitar

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

 

Sibu Jempol Marang Dan Maran, PANASS !!! Pembangkang akhirnya disekola...

Trump Diharap Bawa Impak Positif Kepada Geopolitik Dunia – PM Anwar


KREDIT: HARAPANMADANI


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia. Foto Bernama

BEIJING, 7 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.

“Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika positif ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza dan mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Beijing.

Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS). Foto Facebook Anwar Ibrahim via Getty Images

Trump, 78, memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 November, selepas berjaya melepasi angka 270 undi Badan Pewakilan Pemilih, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris.

Kemenangan ini juga menandakan kali kedua Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Beliau memegang jawatan itu buat pertama kalinya pada penggal 2017 hingga 2021.


Penganugerahan kontrak yang menimbulkan banyak kebimbangan dan persoalan






Adakah bijak, terutamanya atas sebab keselamatan, membenarkan entiti asing bertapak dalam sektor Malaysia yang begitu strategik?

8 Nov 2024

Banyak pihak di Malaysia telah menyatakan kebimbangan terhadap penganugerahan kontrak rangkaian 5G kedua kepada U Mobile, penyedia digital yang lebih kecil.

Cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bahawa U Mobile boleh bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi lain dalam usaha ini nampaknya merupakan pengakuan terhadap batasan firma itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kini berkata beliau, timbalannya dan pegawai tertinggi kementeriannya tidak terlibat dalam keputusan itu. Sebaliknya, beliau mendakwa SKMM telah memilih U Mobile secara bebas.

Memandangkan kebimbangan umum yang meluas, Aliran ingin mengetahui siapa pembuat keputusan muktamad dalam pelantikan U Mobile dan atas dasar apa anugerah itu dibuat. Adakah terdapat ketelusan dan akauntabiliti dalam peringkat pra-tender, pasca-tender dan membuat keputusan?

Salah satu sebab kebimbangan kami ialah pemegang saham terbesar syarikat itu ialah entiti asing, Straits Mobile Investments Pte Ltd, yang mempunyai 48.3% kepentingan. Firma itu dikaitkan dengan cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

Walaupun U Mobile telah berkata ia akan melupuskan pemilikan asingnya dan menurunkannya kepada 20%, kami mempersoalkan kebijaksanaan untuk memberikan perjanjian dalam sektor strategik sedemikian kepada syarikat yang dikawal oleh entiti asing. Dan bukan hanya mana-mana syarikat asing tetapi akhirnya dikaitkan dengan kerajaan asing. Adakah bijak, terutamanya atas sebab keselamatan, membenarkan entiti asing bertapak dalam sektor Malaysia yang begitu strategik?

Kebimbangan lain ialah pemilihan itu membayangkan kembalinya kepada kapitalisme kroni – satu amalan yang menjijikkan yang Pakatan Harapan berikrar untuk menghapuskan, bukan menggalakkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Keseluruhan pelancaran infrastruktur 5G dilanda kontroversi dengan pihak yang mengintai pulangan cepat atau mudah, seperti yang biasa berlaku dengan banyak projek mega.

Itulah sebabnya ramai yang mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Bajet 2025 bahawa kerajaan akan mengalihkan tumpuannya daripada projek mega kepada projek berkepentingan awam.

READ MORE:  Bestinet controversy: C4 Center demands accountability for recruitment fiasco

 

Aliran juga mengharapkan undang-undang pemerolehan kerajaan yang akan memberikan pengawasan yang lebih besar, akauntabiliti dan ketelusan dalam membuat keputusan pemerolehan. Undang-undang sebegini sepatutnya memperuntukkan penerbitan maklumat berkaitan perolehan tepat pada masanya pada peringkat pra-tender dan pasca-tender. Ia juga harus memastikan perolehan kerajaan bebas daripada sebarang pengaruh eksekutif.

Tetapi undang-undang ini mengambil masa terlalu lama untuk direalisasikan. Tahun lepas, Timbalan Menteri Kewangan Pertama Ahmad Maslan berkata undang-undang perolehan kerajaan dijangka dibentangkan pada suku kedua tahun ini. Apa yang berlaku? Siapa yang menahannya? Adakah rang undang-undang itu akan didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan di Parlimen? Ia sepatutnya begitu, kerana ia adalah rang undang-undang yang sangat penting yang memerlukan maklum balas maksimum daripada semua pihak yang berkenaan.

Untuk menegakkan ketelusan dan akauntabiliti, kerajaan mesti menjelaskan semua ini secara menyeluruh bagi meredakan keresahan orang ramai. Ia juga harus memberitahu kita bila kita boleh menjangkakan rang undang-undang perolehan kerajaan akan disediakan untuk penelitian awam sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
7 November 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.   Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.   Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.   Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.    Lawan rasuah dan kronisme

Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

 




MP JELUTUNG HENTAM KAW KAW KETUA PEMUDA PAS YANG BIADAP TERHADAP DSAI!


KALAU DALAM PARLIMEN JUMPA PERDANA MENTERI PIJAK SEMUT PUN SEMUT TIDAK MATI! MP JELUTUNG HENTAM KAW KAW KETUA PEMUDA PAS YANG BIADAP TERHADAP DSAI!




PANAS!! SAIFUDDIN BALAS ISU AHLI PAS MASUK LOKAP- MENTERI KDN SERU AHLI PARLIMEN REDAKAN ISU 3R

Titah adendum Najib hanya khabar angin - Saifuddin beritahu Parlimen


Isu adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak kembali hangat di Dewan Rakyat. Ini apabila Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail enggan memanjangkan pertanyaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu). Saifuddin Nasution ketika menggulungkan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat kementerianya tidak memberikan jawapan kukuh sama ada wujud adendum tersebut atau tidak.



Anwar arrives in Shanghai, first stop of working visit to China

Dari mana datangnya 1.2 juta pelancong China ? - Saifuddin

TERKINI ISU PANAS TAHANAN DI RUMAH, INI PENJELASAN MENTERI KDN DS SAIFUD...

MGNews: 1.2 Juta Pelancong China Tak Keluar, KDN Lulus Warganegara Cara ...

KEH..KEH...MP NI TAK CERDIK-MP PAS PASIR MAS KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, KONONNYA NAK SALAHKAN KERAJ...

SAMA TAPI TAK SERUPA.

 

               

                 Zunar Cartoonist Fan Club



TAK SEKOLAH... NAK CAKAP BAB EKONOMI NI MANA DEOA NAK PAHAM...


RMS. 


 Cuma.. jangan tanya pada walaun...😑😑




"Mimpi Jumpa Nabi" - Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin

DONGENG ATAU REALITI - DR MAZA MENGULAS MIMPI HADI JUMPA NABI

[viral] KES PENGHINAAN SANUSI TERHADAP AGONG & SULTAN SELANGOR! PEGUAM N...

Pas tidak benarkan MP mereka runding MoU peruntukan dengan kerajaan

 

Pas tidak benarkan MP mereka runding MoU peruntukan dengan kerajaan



SITI NUR ZAWANINovember 7, 2024

Pas tidak membenarkan mana-mana wakil rakyatnya berunding dengan kerajaan tanpa pengetahuan parti berhubung memorandum persefahaman (Mou) berkait peruntukan untuk pembangkang.

Larangan itu dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof berkata beliau terbuka menerima kehadiran Ahli Parlimen yang ingin berbincang mengenai peruntukan.

Menurut FMT, rundingan tidak benar dilakukan kerana ia harus melalui Perikatan Nasional (PN) yang telah menolak MoU tersebut pada 15 September lalu.

“Sebarang rundingan mesti melalui parti dan syarat mesti dimaklumkan kerana semua Ahli Parlimen terikat dengan parti diwakili.

“Demikian juga mana-mana Ahli Parlimen ingin berunding mesti maklumkan kepada parti bagi mengelak salah faham dan mengundang pelbagai prasangka,” katanya seperti dilapor.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mendedahkan hanya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari Muda sahaja memberi maklum balas rasmi namun PN pula bersikap sebaliknya.

 

KEBIADAPAN MP PAS JERAI KENA SOUND! MACAM DIA PULA SPEAKER MEMALUKAN SAN...

BANG MAT DAN PERBINCANGAN BERKAIT NAFAS.

 





Pagi ini Bang Mat telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Council of Advisors National Farmers Organization (NAFAS), Tan Sri Zainol dan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Council of Advisors NAFAS di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.



Antara yang dibincangkan hari ini adalah berkait dengan agenda reformasi pentadbiran NAFAS untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan operasi NAFAS sebagai institusi penting yang mewakili kepentingan peladang di seluruh Malaysia.


Bang Mat menekankan keperluan untuk meningkatkan tahap ketelusan dalam semua peringkat pentadbiran di NAFAS. Langkah ini penting bagi memastikan integriti NAFAS sebagai entiti yang mendapat kepercayaan dari peladang seluruh negara.


Reformasi NAFAS ini perlu dilakukan untuk meningkatkan daya saing organisasi, termasuklah memperkukuh peranan kepemimpinan dan membangunkan rangka kerja yang lebih mantap untuk memastikan pengurusan yang lebih cekap dan responsif terhadap perubahan dalam industri pertanian.


Selamat menjalankan tugas kepada Council of Advisors NAFAS yang dilantik dan Bang Mat berharap reformasi pentadbiran yang dilakukan ini berjaya mengangkat NAFAS menjadi sebuah organisasi yang lebih dinamik, telus, dan berkesan dalam membela nasib peladang dan memperkasakan sektor pertanian Malaysia.



HABIS KENA GULUNG MP PEMBANGKANG DENGAN YB RAFIZI DALAM SESI PENGGULUNGAN!




MIMPI MANUSIA NI SETAN KACAU.

 


Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadut menjelaskan, hanya mimpi para nabi dan rasul dianggap mimpi yang benar dan boleh dijadikan sumber hukum serta hujah syarak.



Nooh dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ini kerana para nabi dan rasul adalah maksum dan dilindungi Allah SWT.


"Mimpi orang Islam ada tiga peringkat iaitu peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan ketiga ialah mimpi khabar gembira daripada Allah SWT. Mimpi bukan dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah untuk menentukan sesuatu hukum syarak sama ada halal, wajib atau haram," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews