USTAZ MEKAH KELUARKAN HUJAH MIMPI PRESIDEN PAS HADI AWANG BERTEMU RASULU...

SKANDAL PANAS DALAM NEGARA FASHION VALET RUGI KERAJAAN RM43.9 JUTA! APA KAITAN DENGAN MAHATHIR


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet). Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC). “Ini bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing,” katanya menerusi hantaran di X hari ini. Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024 di Pulau Pinang hari ini, mahu siasatan dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam FashionValet. Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan berkata suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan berkenaan serta memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.





MP PEMBANGKANG DISURUH TANYA SOALAN TAPI BERCERAMAH PULA YANG DIBUATNYA!

ISLAM DIPIJAK DIBAWAH PAS. JUDI DINAIKKAN DARI 11 KE 22 KALI.

 

PFAKAI


Islam dimartabatkan dibawah DAP. Bawah PAS celaka laknatullah 33 bulan, islam dihina dipijak dan diludah oleh ulama khawarij PAS iaitu anjing2 dajjal dengan menaikkan cabutan judI, meluluskan konsert2 LGBT, termasuk pesta pesta liberal dan meluluskan arak TIMAH.


PMX LAKUKAN LAWATAN KERJA HARI INI DI CHINA.

 


Memulakan lawatan kerja di China pagi ini dengan menghadiri Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bersama-sama delegasi Malaysia di Shanghai.









Sewaktu berucap selepas pidato pembukaan oleh Premier Li Qiang, saya tegaskan betapa tema “New Era Shared Future” yang diangkat dalam CIIE Ke-7 ini begitu relevan tatkala dunia bergelut dengan sikap unilateralisme, perlindungan melampau, perpecahan dan kegalauan.


Saya berkongsi pandangan sama dengan Presiden Xi Jinping, bahawa kemakmuran dunia ini perlu memanfaatkan setiap individu dan negara. Dasar perkongsian masa depan ini menjadi asas penting mengapa Malaysia memilih menyertai pakatan BRICS, kerana prinsip ini diterima baik negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Global South.


Saya zahirkan penghargaan atas pendirian China yang memilih untuk menjulang prinsip perkongsian kemakmuran tatkala beberapa kuasa besar ekonomi dunia memilih untuk mengambil sikap yang bertentangan.


Terkait CIIE, saya percaya ia adalah wadah penting untuk perniagaan seluruh dunia, terutama syarikat-syarikat kecil memperagakan keupayaan dan menarik pelaburan. Ini adalah contoh penting di mana kerjasama antara negara digunakan sebaiknya bagi memastikan kemajuan global dicapai secara adjl.


Pastinya Malaysia akan menggunakan kedudukan selaku Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mempertingkat kerjasama serantau, antaranya menerusi penganjuran Sidang ASEAN+GCC+China, yang bakal melonjak pertumbuhan serantau serta merapatkan kesenjangan dalam perdagangan, pelaburan dan kemajuan ekonomi.


Saya akhiri ucapan dengan memetik satu ungkapan Cina: “前人栽树,后人乘

凉" - yang bermaksud “Pohon yang ditanam oleh satu generasi akan memberi teduhan pada generasi yang lain.”


==================


LEBAI PUN MUNAFIK JUGA.

 

RMS


Jadi Harakah delete artikel pasal mimpi hadi  tu nak label munafik jugak ke Ostaz.?




TIBA TIBA DIA ADA.. MASA ANWAR TAK ADA.

W. Faudzin


 Jarang sangat lebai Hadi datang parlimen hari selasa sebab dia tahu hari tu sessi PMQ dan PMX ada untuk soal jawab.  Tapi hari ni tiba2 dia muncul, sebab apa? Sebab dia tahu PMX hari ini ada kat China.  Bijok tok ambe? He. He.. 

JAHAK NATANG NIM.


 Zainuddin Omar


Jahak si Awang ni. 


Tuduh di Parlimen berlindung dengan imuniti Dewan untuk buat sentimen negatif. 


Kalau ada bukti lapur pada Polis dan SPRM. 



***************

RSN Rayer (PH-Jelutong) memberi tempoh 24 jam kepada Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya menyimpan wang berjumlah RM94 juta di rumah.


Rayer menyifatkan Awang, ketika membuat dakwaan itu, sebagai bertindak semberono dan tidak bertanggungjawab, serta menggunakan kekebalan di Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar.


Dia juga berkata tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan usul agar Awang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


"Jika benar ada bukti menyokong kenyataannya, saya cabar Awang dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan kepada SPRM dan nyatakan siapa ahli Parlimen DAP yang didakwa terkait dengan penemuan RM94 juta tersebut," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.


Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 hari ini, Awang membangkitkan dakwaan penemuan wang tunai berjumlah RM94 juta yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri daripada DAP.


“Begitu juga dengan kes RM94 juta, di mana seorang menteri DAP dikatakan terlibat. Sampai sekarang, kita masih tidak tahu sejauh mana siasatan telah dibuat,” katanya.


Ia mengundang kemarahan Rayer, yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.


"Tindakannya adalah satu tindakan yang semberono dan tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang menggunakan kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar dan jahat," kata Rayer.


Namun Awang tidak mengendahkan teguran itu dan malah berkata, “Bila sebut sahaja pasal DAP, dia terus marah”. 


“Dia ingat DAP ini malaikat yang suci,” katanya lagi.


Rayer kemudian menegur Awang dan mencabarnya untuk mengulang dakwaannya di luar Dewan Rakyat. 

Sementara itu, Chong Zhemin (PH-Kapar) berkata dia tidak menemui sebarang berita atau kenyataan berkaitan kes yang dibangkitkan Awang.


“Saya google dan dapat berita SPRM telah mengeluarkan kenyataan ada pemimpin PN yang rumahnya terdapat RM5 juta. Jadi saya tidak tahu (berkenaand dakwaan), mana ada berita pemimpin DAP simpan RM94 juta,” katanya.



SPRM nafi keluar kenyataan jumpa RM94 juta di kediaman bekas menteri



TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

04 Nov 2024


PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RM94 juta telah ditemui di kediaman bekas menteri.


Menerusi kenyataan, SPRM berkata, ahli Parlimen berhak menyuarakan pandangan secara bebas namun adalah penting agar kenyataan dibuat berasaskan fakta tepat untuk mengelakkan kekeliruan.


“SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh suruhanjaya ini mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas Menteri tersebut,” katanya pada Isnin.


Terdahulu Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat betukar menjadi kecoh apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).


Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia berlalu.


Ia mengundang kemarahan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.



ANAK MELAYU BOLEH CONTOH DIA. JANGAN IKUT LEBAI SENGKEK IL


RMS


 Anak Melayu boleh contohi dia, dari buang masa merempit..jadi superman dijalan raya..




𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠? 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡


✍️ Ahmad Mursi 


1. Mimpi bertemu Nabi ﷺ adalah motivasi rohani untuk peribadi, bukan petunjuk mutlak atau menjadi asas hukum.


2. Mimpi tidak boleh dijadikan hujah atau sandaran khususnya untuk justifikasi tindakan melibatkan orang ramai.


3. Imam Hasan Al-Banna menegaskan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar memahami Islam. Ilham, kasyaf, atau mimpi tidak dapat dijadikan sandaran hukum jika bercanggah dengan nas. (Rukun Al-Fahmu, Usul ke-2 & Ke-3).


4. Untuk menjaga keaslian agama, dalil sahih dan metodologi ilmiah harus menjadi asas, bukan pengalaman individu yang tidak boleh dibuktikan.


5. Ajaran sesat sering menggunakan mimpi atau kasyaf untuk membina pengaruh, walaupun niat sesetengahnya mungkin ikhlas.


6. Jika seseorang mendakwa bermimpi bertemu Nabi ﷺ, perbuatan fitnah, kafir mengkafir, qazaf, atau adu domba jika dilakukan tetap berdosa kerana nas yang jelas.


7. Ada yang melampaui batas dengan melakukan qazaf untuk mempertahankan dakwaan mimpi pemimpin PAS, walhal itu bertentangan dengan nas agama.


8. Ibn Hajar menukilkan bahawa Ibnu Sirin serta Sahabat seperti Ibnu Umar dan Ibnu Abbas akan meminta perincian sifat Nabi ﷺ dalam mimpi, dan menilai kesahihan mimpi berdasarkan kesesuaian dengan sifat Nabi ﷺ. (Fathul Bari, Hadith 6993-6997).


9. Menggambarkan Nabi ﷺ dalam mimpi dengan rupa yang bertentangan dengan sifat sahih baginda dalam hadith adalah tidak tepat, seperti dakwaan baginda digambarkan berwarna hitam.


10. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi ﷺ, tapi Syaitan boleh menyerupai orang lain yang sesetengahnya sangkakan Nabi ﷺ.



MELAYU PELINGKUP PERNIAGAAN ZAMAN UMNO DULU BIASA.. TAPI BUKAN ZAMAN PMX... HANG PI LA SEMAK FAKTA BAGI BETOI... LEKEH LA HANG..


 

(panas) ADAKAH PAS MELINDUNGI DALANG KRISIS NAFAS?? MAT SABU BONGKAR!!

Vivy the duck juga senang sebat duit Rakyat



KERJASAMA PH/BN BELUM PASTI MENJANJIKAN KEMENANGAN, TAPI LEBIH BERPOTENSI MENJADIKAN UMNO DOMINAN

 

Dua hari lalu di Pulau Pimang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kerjasama itu perlu diteruskan demi memastikan kestabilan negara pada masa kini dan pada masa depan.

“Kita telah melihat hasil beberapa pilihan raya baru-baru ini, dan sukar bagi mana-mana parti untuk mendapatkan majoriti yang kukuh.

“Walaupun ada yang berjaya memperoleh majoriti, kemungkinan besar majoriti itu tipis dan mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya semasa Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di sini.

Semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, PRN Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama antara PH dan BN.

Pengerusi BN itu berkata, PRN Sabah penting untuk menilai persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya.

Katanya, kerjasama PH dan BN menjadi asas kepada pembentukan kerajaan perpaduan dan sewajarnya diteruskan bagi menjamin kestabilan politik.

“Bagi meneruskan kerjasama PH dan BN, kita akan terjemahkannya dalam PRN Negeri Sabah terlebih dahulu.

“Selepas itu, formula yang sama akan kita gunakan untuk bekerjasama dengan lain-lain parti,” tambahnya.

Bolehkah kerjasama PH/BN menjanjikan kemenangan pada PRU16 akan datang dan menjanjikan kerajaan perpaduan dapat dikekalkan?

Mengimbas kembali keputusan beberapa PRK dan PRN di enam negeri tahun lepas, adalah jelas kerjasama PH dan BN belum tentu boleh menjanjikan kemenangan.

Dalam PRN enam negeri misalnya, PKR yang bertanding 59 kerusi,  hanya mampu menang 24 kerusi saja.

PKR juga kalah dalam PRK yang diadakan di Padang Serai, Kuala Terengganu dan Sungai Bakap.

Ertinya PKR yang berjaya mengetuai kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri melalui kemenangan 31 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu (82 kerusi secara keseluruhan oleh PH) tidak membuatkan rakyat menambah sokongan mereka kepada parti itu.

UMNO  pula pada PRN enam negeri bertanding di 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya menang 19 daripadanya.

Pencapaian terbaik UMNO hanyalah di Negeri Sembilan dengan menang 14 daripada 17 kerusi DUN ditandingi. 

Prestasi UMNO di Pulau Pinang dan Selangor kurang memberangsangkan apabila hanya menang dua kerusi saja.

Di Kelantan, parti itu hilang enam kerusi disandang dan kini hanya menang satu kerusi iaitu Galas, manakala di Kedah dan Terengganu, UMNO gagal meraih sebarang kerusi.

Bagaimanapun pada PRK Dun Nenggiri, UMNO berjaya merampas kembali kerusi tersebut dengan cemerlang dan selepas itu menang lagi dengan bergaya di Dun Mahkota, Johor.

Berdasarkan situasi itu, adalah jelas bahawa calon UMNO yang disokong oleh kerajaan perpaduan mula  diterima pengundi berbanding calon PKR yang juga disokong oleh kerajaan perpaduan.

Dengan itu, sama ada PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun depan atau PRU16 akan datang, potensi UMNO untuk mampu memenangi lebih kerusi berbanding PKR/PH adalah cerah sekali.

Kejayaan UMNO di Nenggiri dan Mahkota, manakala PKR semakin bertambah undi kalahnya di Sungai Bakap, sedangkan calon yang ditonjolkan boleh dikira memiliki pakej yang lengkap adalah gambaran yang tidak sukar untuk dibaca.

Sebab utama penolakan pengundi kepada PKR ialah kerana prestasi Anwar selaku Perdana Menteri yang terus dipertikaikan, selain banyak janji-janjinya selama ini yang sudah pun dibungkus ikat mati dan dibuang ke tepi tanpa sempat dijadikan kenyataan.

Ditambah lagi dengan prestasi menteri-menteri UMNO yang lebih menyerlah dan boleh buat kerja, manakala menteri PKR sering dicemuh serta dipertikaikan, bukan saja oleh rakyat, malah oleh penyokong parti itu sendiri.

Model dan bekerjasama melalui kerajaan perpaduan bagi menghadapi PRU16 akan datang memang wajar diteruskan kerana melaluinya lebih memungkinkan UMNO/BM mampu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR/PH berdasarkan kedudukan sebagai anggota kerajaan.

Yang penting, UMNO mesti dominan pada PRU16 akan datang sebagaimana yang sering ditekankan oleh Pengerusi BN, Zahid Hamidi sendiri. – ShahbudinHusin 04November2024.

 

 

Dewan kecoh bila Pendang dakwa RM 94 juta wang tunai dijumpai di rumah s...

Jelutong cabar Pendang namakan pemimpin DAP yang simpan RM 94 juta dalam...


TIDAK HABIS HABIS BERMAIN POLITIK SEDANGKAN PM SEDANG MEMBERIKAN PENERANGAN SOAL PARKARA PENTING. PM DS ANWAR SEKOLAHKAN MP SIK DARI PARTI PAS KAW KAW YANG BERMAIN POLITIK DI PARLIMEN!





PM DS ANWAR SEKOLAHKAN MP SIK DARI PARTI PAS KAW KAW YANG BERMAIN POLITI...


TIDAK HABIS HABIS BERMAIN POLITIK SEDANGKAN PM SEDANG MEMBERIKAN PENERANGAN SOAL PARKARA PENTING. PM DS ANWAR SEKOLAHKAN MP SIK DARI PARTI PAS KAW KAW YANG BERMAIN POLITIK DI PARLIMEN!






SAMPAIKAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN BERTANYA! RM40 JUTA DUIT AWAM! SKANDAL ...

Hentikan semua jenis keganasan dan ketakutan terhadap wartawan (Malay/English)

GERALT/PIXABAY


Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

 Bersempena International Day to End Impunity for Crimes Against Journalists pada 2 November 2024 The Centre For Independent Journalism (CIJ), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka Malaysia (GERAMM) ingin menegaskan bahawa jenayah, pengabaian, dan keganasan dalam semua bentuk terhadap wartawan perlu dihentikan. Kami berdiri bersama wartawan di seluruh dunia yang terkesan oleh isu ini dan menyeru semua pihak untuk bersatu demi memelihara kebebasan media dengan melindungi wartawan sebagai agen demokrasi.

Berdasarkan penurunan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2024 oleh Reporters WIthout Borders, adalah kritikal untuk mengakui keperluan mendesak untuk menangani kemerosotan kebebasan media di Malaysia. Jelas bahawa, walaupun pada tahun 2024, tapisan berlebihan dan kewujudan undang-undang yang menindas terusmenjadi ancaman kepada kebebasan media dan hak wartawan untuk kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Satu kebimbangan yang semakin meningkat yang mengancam landskap media Malaysia baru-baru ini adalah keganasan ekonomi dalam bentuk gaji rendah, keadaan kerja yang tidak selamat, dan ketidak jaminan pekerjaan. Pelbagai isu baru-baru ini telah memburukkan lagi kelestarian ekonomi wartawan dalam landskap media Malaysia. Antaranya termasuk penstrukturan semula dan pemberhentian pekerja di beberapa portal utama dalam talian seperti Free Malaysia Today, Malay Mail, dan The Scoop. Kami juga menyaksikan The Vibes, The Malaysian Insight dan GETARAN gagal membayar gaji sekumpulan wartawan dalam organisasi mereka. Sebagai agen demokrasi yang menyokong media, keadaan ekonomi wartawan yang tidak mampan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima. Bagi melaksanakan peranan mereka dengan berkesan, mereka perlu diberikan imbuhan yang adil serta keadaan kerja yang layak dan selamat.

Tambahan pula, kekurangan kebertanggungjawaban terhadap tindakan yang dikenakan kepada wartawan sepanjang kerjaya mereka telah lama tidak ditangani di Malaysia. Pada bulan Ogos, tiga wartawan Malaysiakini dipanggil untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung sumber maklumat bagi artikel mengenai dakwaan rombakan pegawai atasan polis. Ini adalah satu penghinaan terhadap prinsip perlindungan sumber yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, yang membolehkan wartawan melaksanakan peranan mereka untuk memaklumkan orang awam dengan berkesan, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka menjalankan tugas dan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.

READ MORE:  Malaysiakini's dilemma: How to protect sources while 'cooperating' with police?

 

Kekurangan kehendak politik untuk memulakan pembaharuan undang-undang yang konstruktif juga terus memupuk budaya ketakutan apabila undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1949, Akta Rahsia Rasmi, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terus menggalakkan penapisan sendiri kerana bimbang terhadap tindakan undang-undang dan kerenah birokrasi.

Mengiktiraf kepentingan media dan mengekalkankedudukanmereka dalam masyarakat kita mestilah dipegang pada tahap tertinggi dalam semua institusi di Malaysia.

Kami mendesak agar Majlis Media Malaysia (MMC) sebagai badan kawal selia sendiri yang bebas dan melibatkan pelbagai pihak industri ditubuhkan tanpa berlengah lagi, serta diberikan mandat kuasa untuk melindungi wartawan – secara undang-undang, fizikal, ekonomi, dan sosial – serta integriti landskap media kita.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Oleh itu, bersempena dengan IDEI, CIJ, GERAMM, Kedutaan Belanda, dan Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCT) menganjurkan Festival Solidariti Media pada 16 November 2024 untuk memberi pencerahan terhadap isu-isu ini. Semua acara, termasuk persembahan langsung, bazar, podcast langsung, sesi pembicara, dan pameran akan menampilkan sepenuhnya wartawan dan bekas wartawan bagi menyokong perniagaan mereka serta mengetengahkan cabaran ekonomi dan kesukaran yang dihadapi wartawan dalam menjalankan tugas mereka.

IDEI dan Festival Solidariti Media adalah panggilan mendesak kepada pembuat dasar dan ketua syarikat media: pengabaian hak pekerja wartawan, gangguan terhadap agen demokrasi yang menjalankan tugas mereka, dan ancaman terhadap landskap media kita tidak boleh dibiarkan berterusan.

 

FASHIONVALET RUGI LIMA TAHUN BERTURUT-TURUT SEBELUM PELABURAN KHAZANAH, PNB – KENAPA MELABUR DALAM SYARIKAT RUGI?



FashionValet Sdn Bhd (FV) yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.

Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan bahawa kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.

Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.

Liabiliti semasa syarikat pada 2012 melebihi aset semasa sebanyak RM401,248 sebelum bertambah baik pada 2017 kepada kedudukan aset bersih RM1.24 juta.

Menariknya antara 2015 dan 2017, jumlah aset meningkat hampir 300 peratus kepada RM14.7 juta, manakala jumlah liabiliti meningkat lebih 100 peratus kepada RM11.7 juta.

Khazanah dan PNB melabur RM27 juta dan RM20 juta, masing-masing ke dalam FV pada 2018.

Business Times telah menghubungi Khazanah dan PNB untuk menjelaskan kriteria pelaburan yang dipenuhi yang telah membawa kepada pelaburan mereka pada 2018, berdasarkan rekod prestasi kewangan FV pada 2017.

Jurucakap Khazanah merujuk Business Times kepada kenyataannya sebelum ini, manakala PNB masih belum menjawab.

Sebelum ini, Khazanah berkata, FV adalah platform e-dagang tempatan yang berpotensi apabila melabur RM27 juta untuk sembilan peratus kepentingan pada 2018 dengan lebih 400 jenama dan 15,000 produk dan menjangkakan pertumbuhan pendapatan kira-kira 60 peratus setahun.

“Rasional pelaburan kami berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian, serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang disiarkan di laman web parlimen Isnin lalu berkata pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat itu untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia.

MoF berkata, penjualan kepentingan Khazanah dan PNB dalam FV kepada NXBT Partners Sdn Bhd mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab kepada pelabur strategik yang boleh terus membantu FV dalam menangani keperluan pembiayaannya secara holistik dan memulihkan perniagaannya dalam persekitaran industri yang mencabar.

Sehingga 30 September 2024, NXBT Partners ialah pemegang saham terbesar FV dengan 51 peratus atau 2.5 juta saham, diikuti Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (17.7 peratus) dan Vivy Sofinas Yusof (17 peratus).

NXBT Partners dimiliki sepenuhnya oleh Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotcom Bhd dan Pengarah Bebas Kanan CIMB Group Holdings Bhd.

Pemfailan kewangan terakhirnya dengan SSM menunjukkan bahawa FV mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.5 juta berbanding pendapatan RM112.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Sumber – https://www.bharian.com.my/bisnes




SIAPA MENTERI DAN TIMBLAN MENTERI MASA TU.


 

SIAPA YANG TERLIBAT HARUS DISIASAT. KELOMPOK KECIL JAGA KARTEL.MANA ADA KES SPRM MASUK


 

NAMA PARTI AGAMA- TAPI KAKI FITNAH ...NI SENARAI PEMFITNAH PARTI AGAMA.


 

KALI NI NAK MAKAN SAMAN LAGI... BAGUS..



 Kalau PAS memang 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻. Tah sumber mana si 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 kutip maklumat kata ada dijumpai 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗥𝗠94 𝗷𝘂𝘁𝗮 di rumah 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗔𝗣, dia petik pulak nama 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗦𝗣𝗥𝗠.



Sekarang ni KP SPRM dah 𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 pernah keluarkan kenyataan tentang penemuan wang sebanyak itu. Jadi Pendang kutip info daripada mana? Takkan nak kata 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 atau 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝗰𝘂𝗵 𝗸𝗼𝗽𝗶 pulak?


Macamana 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘆𝘂𝗻 macam Pendang ni boleh duduk dalam dewan? Macamana boleh jadi MP kalau nak cari maklumat sahih pun tak reti? Lepas tu pandai pandai petik orang lain. Dah 𝙙𝙤𝙪𝙗𝙡𝙚 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 tu.


Sewajarnya dibuatkan usul untuk Pendang. Sebab dia kelirukan dewan 𝗱𝘂𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶. Sekali bila dia 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 tu dan kedua bila dia kata 𝗞𝗣 𝗦𝗣𝗥𝗠 yang sebut. Ini bukan 𝗸𝗮𝗹𝗲𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗲𝗻𝗴 punya dajal ni.


Orang berbahas untuk kebaikan rakyat. MP PN bahas untuk 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸. Biar nampak gagah depan penyokong konon dia berani bercakap dalam dewan walaupun 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲 𝗹𝗮𝘂𝘁 dan 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝘂𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Dasar makhluk perosak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RASA 2 ORANG SANGKUT KES... TAK LAMA.

 

"Radzi mendapat sebanyak 11,690 undi manakala Kiandee mendapat 11,295 undi dan Ahmad Faizal pula dengan 9,278 undi."



#AWANInews 

#AWANI745



BAIK DIAM SAJA.


 

PESAN AZHAR IDRUS


 

MIMPI APAKAH INI


 

NABI TIDAK HITAM DAN BERPARUT


 

NABI TIDAK JELIK....


Hassan El Basri


 "Fuh, Hadi Awang ni dah macam ‘travel agent’ agama dalam mimpi! Satu malam dia boleh pergi ziarah mazhab-mazhab, bagi offer ‘promo package’ kat ahli PAS. Siap ajak join Syiah, Wahabi, Hambali, sampai dah tak tahu nak ikut jalan mana. Dah jadi macam menu rojak mamak: syiah ada, wahabi ada, syaifi pun ada. Yang tak tahan, dalam mimpi je dia dah pandai label orang tu kafir, orang ni sesat—macam main chop-chop je!


Tapi cuba bayangkan, Rasulullah SAW tengah tengok dia dari jauh dalam mimpi tu, garu kepala sambil cakap, ‘Hadi ni berangan lagi ke? Aku ajar satukan umat, bukan pecah belahkan orang atas sebab mimpi entah apa-apa.’ Lagipun, kalau sibuk sangat nak label orang ni kafir, orang tu sesat, bila masa nak ajak umat buat benda yang elok-elok?


Sebenarnya, bukan nak jadi hakim dalam mimpi yang penting. Nak jadi umat yang baik, bersatu, saling hormat, dan tolong menolong tu yang Rasulullah SAW ajar. Kalau dalam mimpi pun dah serabut, dalam dunia nyata lagi bersepah dibuatnya!"



Penerangan PM Anwar Ibrahim berhubung Sidang Kemuncak Arab-Islam berkena...





"Keganasan tanpa henti 'with impunity' di Gaza terus meruncing" - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tentang situasi di Gaza adalah kezaliman
dan keganasan tanpa henti yang semakin meruncing. Beliau memilih untuk memberi penjelasan ringkas dan pendirian Malaysia yang juga akan dibentangkan untuk pertimbangan negara-negara Islam dan Arab di RIyadh pada 11 November 2024.






BERSATU BUBAR! PARTI BERSATU SEMAKIN TENAT! PEMIMPIN MEREKA SUDAH HILANG...



Bersatu Bahagian Tenggara didakwa terbubar serta-merta hari ini susulan keputusan ketua dan 30 ahlinya termasuk 15 ahli jawatankuasa bahagian itu yang mengumumkan keluar daripada parti berkenaan. Ketua Bersatu Bahagian Tenggara Hassan Rasid berkata keputusan itu dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi yang dilihat gagal menguruskan parti selain tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawab. Beliau mendakwa tindakan pimpinan tertinggi menghantar notis rasmi pembatalan pemilihan bagi cawangan Kota Jaya Selatan, Bandar Tenggara Selatan dan Sungai Telor sehari sebelum ia berlangsung adalah sesuatu yang tidak cermat. “Selain itu, Sayap Srikandi di Cawangan Bandar Tenggara Selatan, Pengeli Timur, Pelepah Valley yang layak bersidang juga tidak tersenarai dalam perwakilan pemilihan Jawatankuasa Srikandi Bahagian Tenggara malah jawatankuasa itu juga telah digantung daripada bersidang,” katanya kepada pemberita di Kota Tinggi hari ini. Hassan berkata beliau dan wakil beberapa cawangan yang terlibat turut membuat lima laporan polis susulan isu pengurusan parti itu. Beliau mendakwa kira-kira 500 ahli cawangan terbabit dijangka turut mengikuti keputusan keluar dari Bersatu. Bersatu Bahagian Tenggara mempunyai 19 cawangan dengan jumlah ahli keseluruhan ialah 1,263 orang.





SESI PENERANGAN PERDANA MENTERI DSAI!ISU PANAS YANG SEDANG BERLAKU DI LU...

BIAR BETUL MAMAT NI.?

 


Serius la Akmal cakap macam ni? Macam tak kena je. Berani dia kata 𝗷𝗮𝗺𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀. Habis yang dia nak Najib bebas tu apa cerita?



Hehe... Kalau nak cakap soal integriti, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸 dan 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵 semua tak layak. Sebab mereka ni masih 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Integriti apanya kalau sokong penyakau?


Akmal kalau betul tak nak orang yang telan duit rakyat terlepas, berhenti bercakap soal bebaskan Najib dulu. Kalau tak, tak payahlah bercakap soal integriti ni. Bikin malu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA MAKIN TERDESAK MENUNGGANG SEGALA DAN MIMPI JADI SANDARAN? TIDUR DEN...

PANTUN HADI SKIBIDI

 

Zuwairi Md Yusoh


Hadi Awang duduk di Marang,

Malam malam mimpi Nabi,

Ada orang bermacam orang,

Itulah dia Hadi Skibidi.


PASAR KHADIJAH di SERAMBI MEKAH,

PAS pis pus podah boleh jalan,

Cakap pandai kerja tak jalan,

Itulah dia PERIKATAN.


😍🎵😍



KAWAN SEJATI SUKAR DICARI. DUIT MAU SOKONG TAK MAU KALAU DUIT TAK DAK...

RMS


 Saya akan cuba tidak menulis posting berkaitan politik kerana dibimbangi akan memudaratkan semula kesihatan saya yang kini telah pulih 100 peratus setelah serangan PTSD baru baru ini.



Cuma kenapa Dato Eric tak turun ketika kes Najib dibacakan dimahkamah..?? duit nak tapi tak bagi sokongan, kesian Dato Ser Najib.


*Ni bukan posting politik..



PENYANYI DIDAKWA HARI INI

RMS



 Penyanyi wanita Kelantan yang menyokong perhimpunan RXZ yang disertai Ustaz Sampul akan dibicarakan hari ni atas kesalahan dadah.



SIAPA NAK JAGA ORANG BAWAHAN KECUALI PMX. HANGPA MAKI DIA BERBAKUL.. DIA LAWAN PERASUAH.


 

MIMPI HINA NABI MUHAMMAD. S. A. W


 

HILANG PULOH JUTA... NAK CUCI TANGAN... HIDUP MEWAH.. RAKYAT NAK TANGGUNG?


 

MASA JADI TIMBALAN MENTERI NI JA KERJA KAMU?


 

SEMBANG BAB PERCUMA. GURU PASTI MACAMANA?


 

PI CHINA, BERAPA DUIT BAWA BALIK


 

SCAMMER TAR SENIK.

Norshidah Md Daud


 Yang terbakar ni umah menantu dia

Dalam kawasan pondok


Muslimatulhusna tu anak dia


Padan gitu anak beranak jaja no akaun 


Ni umah terbakar sebab bala ke?







BESAR DOSA TU


Miqdad Zakaria

 Dalam menafsirkan mimpi beliau, ana tak sampai hati nak ta'bir tentang Nabi datang dalam keadaan wajah ada kesan luka kononnya dari perang Uhud.

Kalau ikutkan berat tafsiran tersebut, tapi demi maslahah bersama ana gagahkan untuk menghuraikannya.


Bila kita mimpi Nabi datang dalam mimpi lalu di wajah baginda ada parut atau luka, itu bermakna kita telah melakukan kesalahan yang besar sehingga merosakkan syariat Nabi kita.


Yer la,


Manakan tidak, dengan solat dua imam, akad nikah dua kali, sembelihan sesama muslim diharamkan, pulau memulau dan sebagainya.


Bukan itu sahaja,


Yang paling menggila meletakkan hukum mati syahid bila berlawan sesama muslim.


Allahu Rabbi.


Besar sungguh dosa itu.


Nau'zubillah.


🥴🥴



HIKAYAT MIMPI.

 

W. Faudzidin


Hikayat Hadi Al Marangi. Arakian, bermimpilah lebai Hadi kononnya bertemu Nabi. Nabi datang masjid  Rusila dan di hadapan masjid ada bangkai anjing. Tukang tafsir mimpi pun menafsirkan bahawa di masjid itu terdapat makhluk yang sering membusukkan imej Islam dgn menunggang agama.  Ada pun lebai Hadi tidak memahami tafsir mimpi tersebut dan menyatakan Nabi memintanya ke Iran.  Sekian, sahibul hikayat.



Sama x licik macam ni?

C&P


Dia ni pandai berniaga kita pejam mata, venture 47 juta...


Dia pandai dan hebat dalam business walaupun rebranding dari business bapa dia maka kita lantik dia jadi BOD university..