BILA HARGA AYAM LEBIH MURAH DARI SUBSIDI


Takat komen tu saja hang tau...lain tak tau buat. Akhirnya hang pi menikah...sembang kencang pekena orang kampung.


Norman Radzuan

Saya hairan dgn sikap org kita… mereka ini sebenarnya tidak sedar kerana sifat taksub kpd pemimpin yg mereka anggap suci telah membutakan diri dari kebenaran.


Malas nak tulis isu ayam ini tapi tadi breakfast ada pula kawan yg saya anggap pentaksub Hadi ini satu persatu dia membebel tentang kerajaan dari subsidi itu ini… puas saya menjawab hingga lah isu ayam ini dia kena checkmate.


Saya kata tahu tak dulu subsidi utk apa? Dulu sb harga ayam melonjak naik sb harga dedak mahal. Lazim subsidi diberi waktu perayaan saja dan ia diberi kpd pengeluar agar harga tidak melambung naik.


Agak keras juga saya menjawabnya tadi sebab dlm hati masa tu rasa mcm nak duku kepala dia. 


“ Dulu harga RM 9.40 sen sekilo dan skg harga RM 7.20-RM 7.90 sekilo tanpa subsidi… kau nak harga yg mana? Kau ini ini betul la kata Za’ba bangsa subsidi.” ( nada geram). Terus dia diam mungkin dlm pemikirannya berkata betul juga.


Saya beritahu harga dedak dah murah jika beri subsidi pun pada mereka… untung byk la mereka dan bukan rakyat.


Bila zaman mereka senang sahaja jawab…harga ayam naik sb rakyat suka makan ayam. Tak mahu berusaha utk selesaikan masalah rakyat bagitahu je tak baik makan ayam.


Dgn puak ini kita kena byk membaca atau berilmu. Sebab 90% biasanya apa yg dibebel mereka sendiri tak faham. 


Mereka ini jenis Sami'na wa Atho'na yg mereka tidak sedar ayat itu hanya kpd Tuhan yg Maha esa. Kdg mereka ini jenis sami’na wa hum laa yasma’uun (kami dgr tapi namun pura2 tidak dengar).



APAKAH INI PETANDA TUN MAHATHIR AKAN JADI CALON PAS PRK KEMAMAN?



Dulu hangpa dua maki hamun macam macam. Nak kena pekena pulak dengan Mahathir.


Menerusi laman sosialnya petang tadi, Presiden Pas, Hadi Awang memaklumkan tentang kunjungan Tun Mahathir Mohamad ke kediamannya di Rusila, Terengganu.


Dalam catatannya, Hadi berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian bekas Perdana Menteri itu berkunjung ke terataknya di Rusila.


Beliau turut mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesihatan dan rahmat kepada Tun Mahathir.


Tidak pasti apa urusan Tun Mahathir di Terengganu, tetapi kedatangannya menziarahi Hadi di Rusila lada waktu ini segera mencetuskan khabar ia ada kaitan dengan PRK Kemaman tidak lama lagi.


Saya sebelum ini adalah yang paling awal iaitu pada 3 Oktober lalu mencadangkan agar Pas meletakkan Tun Mahathir sebagai calonnya di PRK Kemaman.


Ia sebagai susulan Pas telah melantik beliau sebagai penasihat ekonomi kepada empat negeri tadbirannya atau SG4.


Artikel bertajuk Pas Patut Calonkan Tun Mahathir Tanding di Kemaman boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/10/03/pas-patut-calonkan-tun-mahathir-tanding-di-kemaman.html


Sejak itu, isu kemungkinan Tun Mahathir bertanding di Kemaman mula menjadi bualan ramai dengan pelbagai pihak turut menulis, malah beberapa pimpinan Pas tidak terkecuali memberi reaksi berkenaan dengannya.


Begitu pun, sejak isu berkenaan timbul, Tun Mahathir tidak pernah langsung membuka mulutnya.


Untuk berkata beliau berminat tidak pernah, nak kata tak berminat pun tak pernah.


Tetapi, dengan tiba-tiba beliau sanggup datang ke Rusila untuk mengunjungi Hadi, apakah Tun Mahathir sebenarnya sedang melobi bagi dirinya sendiri untuk jadi calon Kemaman?


Jika bukan itu tujuannya, apa tujuan lain Tun Mahathir bertandang ke rumah Hadi di Rusila?


Memerhati gerak politik Tun Mahathir, beliau tidak mungkin saja-saja datang ke rumah Hadi di Rusila jika sekadar untuk bertanya khabar atau ingin berbual-bual sambil teringin nak makan keropok lekor Terengganu semata-mata.


Ia mesti ada hajat besar, dulu juga Tun Mahathir pernah mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum mereka akhirnya bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak.


Lagi pula selama ini, dalam banyak pertemuan kedua-duanya, ia hampir semuanya diadakan di kediaman Tun Mahathir di Kajang.


Apakah pertemuan di Rusila ini bakal mencatat sejarah buat Pas dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu akhirnya akan dipilih sebagai calon bagi PRK Kemaman? – ShahbudinHusin 02/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/apakah-ini-petanda-tun-mahathir-akan-jadi-calon-pas-prk-kemaman.html



IANYA BUKAN SOAL KECEWA ATAU SOAL SAMBUTAN. PANDUAN SAMBUTAN TAK DIBERIKAN , MENENTUKAN LANGKAH LANGKAH DAN PROSEDUR TIDAK DITERANGKAN. DAN BILA GURU GURU MELEBIHI BATASAN , KEMENTERIAN PULA LEMBIK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN.

 

Fadhlina kecewa Minggu Solidariti Palestin dipolitikkan







Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan telah menjadi polimik kerana dipolitikkan dan dikacau ganggu 'orang luar' tegas Menteri Pendidikan.



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis mengecam pihak yang mengkritik penganjuran program itu.



Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) hanya menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pendirian kerajaan untuk turut sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin selain mahu mendidik kanak-kanak tentang nilai keamanan sejagat.



Dengan nada sebak, beliau menggesa semua Ahli Parlimen memahami perkara itu dan memberi ruang agar KPM melaksanakan tanggungjawabnya dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan melalui program tersebut.



"Beri ruang kepada kami untuk laksanakan tanggungjawab kami...Jangan kacau dan usik guru kami. Di sebelah sana atau sini, sama!



"Beri ruang untuk proses pendidikan ini. Faham yang penting untuk mendidik (murid) tentang kemanusiaan," katanya sambil menegaskan program tersebut bukan mahu menunjukkan pihak mana yang paling hebat dalam isu Palestin.



Sebelum ini, tular video berkaitan program di sebuah sekolah yang didakwa memaparkan unsur ekstremisme bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.



Video 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengacukan senapang mainan ke arah pelajar sambil mengetuai sekumpulan guru mengibarkan bendera Palestin ketika perhimpunan.



Susulan itu pada 31 Okt lalu, KPM mengeluarkan arahan melarang penggunaan senjata dan unsur politik bagi penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.



Sementara itu, Fadhlina ketika menghadiri Minggu Solidariti Palestin di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkata, komuniti pendidikan jelas dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk program itu.

Beliau turut menegaskan tidak timbul sebarang isu di kalangan guru dan pentadbir sekolah berkenaan garis panduan yang dikeluarkan KPM, termasuk untuk tidak menyatakan perspektif satu pihak sahaja.


KHABAR SEDIH

 


Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah.


Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan ruh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 


Al-Fatihah.


ANWAR IBRAHIM




ROYALTI KELANTAN KEKAL JIKA HAJI HADI TAK 'TEBOK ATAP' KERAJAAN PH DULU





1. Hari ini di Parlimen, Hj Hadi kata kerajaan Zalim sebab tak bagi Royalti Kelantan. Jom semak Fakta.

 

2. JUN2018 - Kelantan dapat Royalti minyak kali pertama dalam sejarah masa Kerajaan PH kerana itu janji Menifesto.

 

3. JULAI 2019 - Menteri Kewangan waktu itu Lim Guan Eng DAP buat bayaran Royalti RM400juta. 

 

4. NOV2019 - Nik Amar ucap terima kasih pada PH sebab bayar Royalti. JAN2020 - Kelantan beli 14 buah Mercedes.

 

5. FEB2020 - Diberi Madu, Dibalas Tuba. Hj Hadi gerakan usaha jatuhkan kerajaan PH secara Tebok Atap melalui Langkah Sheraton.

 

6. NOV2021 - Kerajaan baru Hj Hadi dan Muhyiddin umum tiada lagi Royalti Kelantan, hanya wang Ehsan. Rakyat Kelantan dikhianati.

 

7. 33 bulan Hj Hadi dan 8 Menteri PAS tak perkemas perjanjian Royalti Kelantan tapi mansuh keputusan PH.

 

8. Alasan Hj Hadi, banyak 'Kerengga' ganggu nak tumbang kerajaan sebab itu tak perkemas perjanjian Royalti.

 

9. Dua jenayah Hj Hadi, (a) Tubuh kerajaan tak ada majoriti hingga gantung parlimen dan daruratkan negara (b) Mansuh Royalti yang PH dah bagi.

 

10. Rakyat Kelantan boleh 'ludah' muka ahli parlimen PN-PAS yang konon nak jadi hero Royalti. MEREKA SEBENARNYA PENGKHIANAT.

 

Ahmad Mursi

 

AIR KEROH


 

SAMBUTAN ULANG TAHUN SULTAN PERAK

 

Anwar Ibrahim




Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.


Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.


Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.


Dirgahayu Tuanku.


ANWAR IBRAHIM



SIAPA LAHIR 1987.

 

Abd Rani Kulup.


Yang Lahir 1987 Kena pergi PLKN 




.

BANTUAN PMX BUAT SENIMAN DAN SENIWATI

 






Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.


Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka.


Saudara Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala saudari Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.


Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan masing-masing. 


Saya mendoakan mereka berdua dikurnikan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.


#MalaysiaMADANI



POLIS BOLEH AMBIL TINDAKAN

 Khawarij 




Mohamad Fairul AlQasas.



Dulu saya pernah jadi Ketua Pemuda Pas Cawangan. 


Dalam grup wasap Cawangan, campur semua ajk tak sampai pun 20 orang.


Ada satu hari tu SU buat satu kenyataan umum nak bersihkan grup wasap, 


Saya hairan jugak, nak bersihkan buat apa, ahli bukan ramai pun.


Tup-tup saya kena buang tanpa sepatah perkataan. 


Puncanya apa?


Puncanya saya persoalkan Pas nak buat hudud. Masa tu belum pecah PR lagi.


Dah lama senyap soal hudud, tiba-tiba bawa isu hudud.


Saya kata, fokus lah buat benda kita boleh buat dulu, hudud ni dah lah tak boleh nak buat lagi, bila bukak cerita,  ada sokong ada tak, kita pulak kalut dok label munafik, kafir apa semua.


Start dari situ lah Pas Cawangan pinggirkan saya.


Ok sekarang nak cerita apa. Ni contoh Khawarij,  naik semangat sebab budak sekolah dilarang pakai pakaian seperti Hamas dan bawa senjata mainan.


Benda ni saya dah ulas dan ada beberapa tulisan bagus juga dah dikongsikan.


Tungku Mahkota Johor yang juga Brig.Jeneral tu pun bantah.


Tapi benda ni ada orang dapat laba politik dia.


Dan mungkin juga benda ni dirancang,  wallahuaklam. 


Tengok sekarang dah ada yang halalkan darah YBM Pendidikan. 


Sampai tahap tu.


Sebelum ni ada nak BOM Wan Azizah. 


Nampak tak. Cuba dibenarkan apa sahaja mereka nak buat, nescaya negara kita akan jadi macam Afghanistan. 


Bom sesama Muslim.


Puak ni sangat bahaya. Polis please lah ambik tindakan tegas.



Peruntukan belanjawan tertinggi bukti Sabah, Sarawak dibela





 Oleh: Abdullah Zaid


Peruntukan tertinggi bagi Sabah dan Sarawak adalah bukti komitmen kerajaan untuk membela rakyat di negeri itu selaras dengan perjanjian Malaysia 1963.


Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam penggulungan Belanjawan 2024 mengakui peruntukan masih belum mencukupi untuk pembangunan yang lebih mampan.


"Apakah ia boleh selesaikan semua masalah, saya akui tidak boleh dan mengambil waktu.


"Justeru, saya pertahankan keperluan menambah (peruntukan) Sabah dan Sarawak sebab ada kesenjangan di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak," katanya dalam di Dewan Rakyat, petang ini.


Bagi mengisi ruang kesenjangan itu, Anwar berkata, kerajaan pada ketika ini menyediakan pemberian khas sebanyak RM 300 juta kepada Sabah dan Sarawak selain suntikan besar daripada Petronas untuk kemajuan di negeri Borneo berkenaan.


"Bagi pemberian khas yang disebut interim dinaikkan RM 300 juta untuk Sabah dan Sarawak.


"Selain itu, suntikan besar dari Petronas untuk Sabah (RM6.6 bilion) dan Sarawak (RM5.8 bilion) juga diperuntukan," katanya.


Sementara itu, untuk memastikan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak bergerak lancar, Perdana Menteri memberi kelonggaran kepada mana-mana projek perolehan di bawah RM50 juta diserah sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan dan pelaksanaan.


"Begitu juga, Pelabuhan Bintulu kita serah kepada kerajaan Sarawak mengikut persefahaman Perjanjian Malaysia 1963 yang mana pelabuhan diserahkan kepada Kerajaan Negeri.


"Selain itu, kerajaan Sarawak dan Sabah mahu perkhidmatan udara desa dirunding jika mampu diambil oleh Kerajaan Negeri. Saya bersetuju untuk mempercepatkan proses berkenaan," katanya lagi.


Peruntukan pembangunan Belanjawan 2024 tinggi, pembangkang keliru








 Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Ahli Parlimen pembangkang meneliti semula pembentangan Belanjawan 2024 yang disifatkan oleh mereka sebagai ‘keliru’.



Hal itu, katanya kerana salah faham Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang mempersoal peruntukan pembangunan RM90 bilion bagi Belanjawan 2024 lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, sedangkan belanjawan terdahulu dijumlahkan bersama pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bonnya matang pada 2023.



"Saya nak jelaskan sedikit kekeliruan kerana kata Pasir Mas, (Belanjawan) 2023, perbelanjaan RM97 bilion tetapi (Belanjawan) 2024 hanya RM90 bilion. Maknanya sekarang (Belanjawan 2024) kurang.



"Kalau baca (Pembentangan Belanjawan 2024) sebenarnya 2023 itu jadi RM97 bilion (kerana) RM13 bilion itu membayar hutang 1MDB. Jadi sebenarnya angka RM84 bilion.



"Ia disebut dalam buku Belanjawan Tinjauan Ekonomi Fiskal Belanjawan 2023, jadual 3.10, muka surat 49. Jadi lain kali baca dulu,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2024 oleh Menteri Kewangan petang ini di Dewan Rakyat.



Jelas Perdana Menteri, bagi pembayaran hutang seterusnya dijangka akan dibayar pada tahun 2039 apabila satu lagi bon terbitan 1MDB matang.



"Jadi apakah tahun ini ada bayaran 1MDB? Tidak, ia mengikut jadual bayaran pada tahun 2036 kalau tak silap saya, jadi lambat lagi," ujarnya.



Pada 13 Oktober, menerusi Belanjawan Madani Kedua, kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion perbelanjaan belanjawan tahun hadapan, sekali gus menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.