Ahli Parlimen Labuan nyatakan sokongan kepada PM Anwar Ibrahim





Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman merupakan ahli politik dari Bersatu-PN yang terbaharu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dr Suhaili memberi alasan kesukaran penduduk di kawasan parlimennya untuk mendapatkan bantuan sebagai penyebab beliau menyokong Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pembangunan rakyat.


"Setelah mempertimbangkan dengan teliti dan secara terperinci akan rintihan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, berdepan dengan masalah bekalan air dan masalah bekalan elektrik sejak hampir 15 tahun, namun tindakan yang diambil untuk mengatasi semua itu bolehkah dikatakan sebagai melepas batuk di tangga.


"Maka mengambil kira ke atas semua permasalahan rakyat Labuan yang saya nyatakan, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM Malaysia ke 10 bermula dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau dalam kenyataan sama turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang disifatkannya banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah dalam menyediakan peluang pekerjaan serta perniagaan secara kecil kecilan.


Bagaimanapun, dalam masa sama Dr Suhaili menyatakan beliau masih tetap Ahli Parlimen dari parti Bersatu yang taat setia kepada parti, dan beliau bersedia menerima sebarang tindakan di atas sokongan yang diberikan kepada pihak pemerintah.


"Meskipun berkemungkinan akan berdepan dengan risiko tindakan disiplin daripada parti namun saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku.


"Saya dengan ini menyokong dasar dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang," katanya lagi.


Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah menyatakan sokongan kepada PM kerana khuatir rakyat di kawasannya ketinggalan dari segi pembangunan.


Pembangkang PN sejak kebelakangan ini bergolak berikutan keengganan pemimpin tertinggi mereka berunding untuk mendapatkan peruntukan parlimen sebagaimana ditawarkan oleh PM.


Keengganan tersebut menyebabkan beberapa Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan secara individu kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


[sidang media] KENYATAAN TERKINI DS MAT SABU PERKARA YANG RAKYAT PERLU T...



Sidang Media Penamatan Kawalan Harga dan Subsidi Ayam oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur. 30hb Oktober 2023 (Isnin)



[berita buruk] HABIS LA BERSATU ABACHOW & HAMZAH ZAINUDDIN MP SOKONG PMX!



Seorang lagi ahli parlimen Perikatan Nasional telah mengumumkan keputusan untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) telah mengumumkan keputusannya adalah kerana isu kos sara hidup tinggi dan masalah bekalan air dan elektrik.
“Maka mengambil kira ke atas semua permasalahan rakyat Labuan yang saya nyatakan di atas, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bermula daripada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.
“Sukacita juga saya umumkan bahawa saya turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang mana banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Sabah dari segi memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan secara kecil-kecilan sejak beliau mula mengambil pucuk kepimpinan di Sabah.”
Suhaili ialah MP pembangkang kedua yang telah mengumumkan untuk menyokong Anwar. Beliau juga MP kedua daripada Bersatu untuk berbuat demikian. Sebelum ini, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) telah mengumumkan keputusan untuk menyokong Anwar.
Beliau berbuat demikian pada 12 Oktober.






[gempak] RETAK MENUNGGU BELAH PAS BERGOLAK DAN BERSATU TIDAK SENANG HATI?



Semalam, FMT memetik Abu Bakar sebagai berkata antara isu yang melatari konflik dalaman PAS Perlis terkait dengan "kefahaman agama" selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri.
PAS Perlis dilaporkan sedang bergolak dan ia didedahkan oleh pemimpin kanan Bersatu negeri itu hari ini. Menurut Abu Bakar Hamzah antara isu yang melatari konflik dalaman PAS itu ialah terkait dengan "kefahaman agama" selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri. Dipetik FMT, pengerusi Bersatu Perlis itu mendedahkan keadaan tersebut memang meletakkan mereka berada dalam keadaan tidak selesa di sebalik kedudukan kedua-dua parti bersama dalam PN. “PAS sedang bergolak di Perlis, tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan kita," katanya dipetik portal berita berkenaan.




[gempak] TUDUHAN DAN FITNAH PN PEMBANGKANG, INI JAWAPAN PADU TENGKU ZAFRUL!


Pelabur Tak Yakin Terhadap Ekonomi Malaysia? Nilai ringgit lemah berbanding dollar Amerika. Prestasi Bursa Malaysia pula kurang memberangsangkan. Adakah ini petanda bahawa pelabur sudah hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia? Nak tahu jawapannya? Saksikan video ini. Sumber Video FB Tengku Zafrul





ANWAR PERLU LEBIH BERANI. TMJ.

 

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak seharusnya mengambil “jalan terlalu selamat” dan mesti lebih tegas dalam membuat keputusan walaupun tidak bersifat populis, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, katanya Anwar perlu lebih banyak melaksanakan dan berani dalam membuat keputusan.

“Pada pendapat saya, beliau perlu melaksanakan dan membuat lebih banyak keputusan,” katanya.

Tunku Ismail berkata, sejajar dengan keinginan Anwar untuk melihat negara ini berjaya, dia perlu lebih berani dalam membuat keputusan dan bukannya memuaskan hati semua pihak


Memang niat nak buat sesuatu itu ada, tapi dia perlu lebih banyak laksanakan atau berani dalam membuat sebarang keputusan, tak boleh jaga hati setiap orang. 

“Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci.

“Mungkin (dia) ambil jalan terlalu selamat,” katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail berpandangan Anwar akan berdepan ‘kesukaran’ sepanjang pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun depan.

“Ke Bawah Duli akan menjadi Agong yang bukan main-main, memahami tetapi tegas. Apabila bercakap mengenai kepentingan negara, Ke Bawah Duli sangat tegas,” katanya.

Baginda berkata, Sultan Ibrahim adalah seorang Sultan yang “hands-on” khususnya apabila ia membabitkan kepentingan rakyatnya.

Tunku Ismail turut senada dengan Khairy bahawa kerajaan sudah mengumumkan pelbagai pelan tindakan pembangunan dan tumpuan kini beralih kepada sama ada ia boleh dilaksanakan.

“Kami (institusi diraja) terletak atas daripada politik, tetapi anda mesti faham ahli politik berkhidmat untuk rakyat.

“Apabila anda melihat perkara tertentu tidak berlaku dan rakyat tidak mendapat manfaat itu, kami juga ada hak bersuara atau mengingatkan atau memberi pandangan.

“Saya tidak kisah anda datang daripada parti politik mana, asalkan anda boleh berkhidmat kepada rakyat dan boleh menyelesaikan tugas,” katanya.

Sumber –malaysiakini.


SALAH TETAP SALAH. BELOM SAMPAI MASA NAK DAKWA.,.....APA PUNYA LAWYER,


 

BANYAK KALI DAH ORANG KATA.


 

TAK HABIH HABIH NAK EBUK ATAP- BANYAK LAGI NAK SOKONG ANWAR.


 

TUUU DIAAAAAAA...,WAN SAIFUL PUNYA KERJA....MAHIADDIN PUN SAMA JUGAK....SAPU KIRI KANAN


 

LABUAN PULA NYATAKAN SOKONGAN PADA ANWAR..





Shahbudin Husin


 Saya sudah menulis pada 15 Oktober lalu bahawa ada beberapa MP blok pembangkang lagi akan mengambil langkah sama seperti MP Kuala Kangsar.


Hari ini MP Labuan sudah berbuat demikian, ada beberapa lagi dijangka akan menyusul….



APA NAK JADI



Zulkifly.







 Sedap tak jika lagu Allahyarham Tan Sri S.M Salim kalu tukar skit lirik nyer..😆 

"Apa nak jadi?.. Apa nak jadi?.. Sampai sekarang jumlah tak cukup lagi.. Apa nak jadiiiii...?"..


Eewwaahhhh.. Chak pung chakk punggg..

😆 😆 😆


ADUHHHH....PENAT GILA AIHHHH....

 

Paduka Tongga.



Penat guys hiking di bukit aman🤣🤣🤣



YB PAS 'PUAS' DAPAT GUNA PARLIMEN MEDAN KAPIR MENGKAPIR.


1. YB PAS Marzuk dengan bangga Kapirkan DAP secara borong.


2. Bila wakil DAP kata, dalam DAP ramai juga wakil rakyat dan ahli Muslim.


3.  YB PAS terus pertahankan tindakannya. YB PAS lain berbondong2 masuk campur tunjuk alimnya mereka dalam hal agama.


4. Begitulah penyakit Khawarij sejak dulu. Boros dalam isu kapir mengkapir.


5. Untuk lebih cermat agar kekufuran itu tidak kembali kepada YB PAS, bukankah elok berhenti je setelah diperingatkan?


6. PAS suka 'mempersenjatakan' agama untuk laba politik. Walhal di Harakah pun tidak gunakan Kafir bila merujuk non-muslim. PAS guna 'Muslimin dan Kafirin' ke dalam Majlis DHPP PAS?


7. Kata Dr Maza "tok sah (jangan) main isu akidah dalam politik ni". Sepanjang sejarah Islam, pemain politik selalu dijangkiti penyakit Ghuluw dan Takfiri.


8. Ahli PAS sangka dapat pahala lawan PHBN yang mereka label sebagai kafir, munafiq, sekular, liberal, ahli neraka, musuh Islam. Rupanya itu tanda2 KHAWARIJ. Pihak yang lawan Khawarij lah sebenarnya dijanjikan pahala.


9. PAS berjiwa PENGHUKUM, bukannya PENDAKWAH. Sebab tu PAS juara Hudud dan RUU355 tapi gagal dengan teruk hal kesejahteraan rakyat.


10. Gagal wujud peluang kerja, hapus kemiskinan, air paip karat. Presiden PAS pula seperti tak tahu baca data Inflasi setelah lama jadi MP.


11. Puncanya kerana tafsiran jumud  'perjuangan Islam' PAS atau 'membangun bersama Islam'. Walhal Maqasid Syariah ini sangat luas.


12. PAS tersesat jauh dari wajah sebenar Islam. PAS burukkan wajah Islam pada mata non-muslim.


Ahmad Mursi



CIKGU PUN TAK CERDIK







 Agak dangkal pihak yang nak samakan kanak-kanak memakai pakaian ala Tentera Malaysia dan ala Hamas.


Pakaian ala tentera Malaysia itu ada ciri khas mewakili negara Malaysia atau sekurang-kurangnya dipastikan dengan mudah sebagai pakaian tentera. 


Tentera sentiasa dianggap positif dan dianggap sebagai mempertahankan negara.


Beza dengan pakaian ala-Hamas yang mana pakaian sama turut digunakan pasukan pengganas ISIS atau kumpulan pengganas di Timur Tengah, sesuai dengan tradisi pakaian mereka.


Kita khuatir anak-anak sekolah ini tidak mampu bezakan Hamas dan pengganas. 


Budaya seperti ini tidak perlu kita bawa ke Malaysia dan tidak wajar sama sekali dibawa ke sekolah.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka.



MENTOR MENTI


 

OWWWHHH HADI AWANG....SURAT HABAQ LAMA.....


 

KALAU TAK YAKIN....PELABUR TAK MASUK


 

TUIDIAAA NOH..PAPAGOMO TU HANGPA PERCAYA....


 

‘Anwar Triumphs’: Perjalananan luar biasa liku liku politik Anwar




 Buku ‘Anwar Triumphs’ yang dilancarkan petang tadi karya pengarang dan peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell KC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memberikan peluang kepada pembaca melihat sosok Perdana Menteri Datuk (PM) Seri Anwar Ibrahim diulas oleh pengkarya dari luar Malaysia.


Menurut kenyataan penerbit, buku berkenaan secara dekat merakamkan kejatuhan dramatik gabungan Pakatan Harapan (PH) dan kemelut politik susulan gerakan 'pintu belakang' politikus minioriti Malaysia untuk mendapatkan kuasa pada 2020 dan menafikan peluang Anwar menduduki kerusi PM.


Naratif kemudian memperincikan bagaimana kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sebagai blok politik terbesar dan kepintaran Anwar dalam seni politik menggabungkan pesaing politik lama untuk membentuk kerajaan campuran.


"Buku ini menggambarkan perjalanan luar biasa Anwar Ibrahim, ditandai dengan kemenangan ke atas saingan lama, pengkhianatan politik dan inisiatif berani untuk mengukuhkan negara.


"Naratif itu memuncak dalam PRU15 yang bersejarah menyebabkan keputusan parlimen tergantung dan kenaikan beliau ke jawatan PM Malaysia yang kesepuluh.


"Pengarang menawarkan pembaca menyelam mendalam ke dalam 'Anwar Triumphs' juga memberikan pandangan yang jarang berlaku tentang tempoh huru-hara berikutan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara pada Mei 2018," kata kenyataan itu.


Manakala menurut pengarangnya Mark Trowell, buku tersebut menceritakan sejarah secara segar pada waktu kejadian dan fakta setepat yang mungkin.


"Kepentingan buku-buku ini ialah mereka merekodkan untuk sejarah apa yang sebenarnya berlaku - 'akaun kontemporari', bukannya sesuatu yang ditulis selepas banyak tahun apabila kenangan menjadi kabur dan pelupa," katanya.


Mark Trowell (kiri) bersama Zunar

Beliau juga menyatakan bahawa buku itu bukan sahaja menggambarkan Anwar menjadi PM, tetapi juga perjalanan perjuangan 'gerakan reformasi' yang telah bergelut selama bertahun-tahun untuk mengatasi kerajaan autoritarian yang telah berkuasa lebih daripada 60 tahun.


Selain ucapan pengarang, Mark Trowell, turut memeriahkan majlis pelancaran petang tadi adalah kartunis politik terkemuka Malaysia, Zulkiflee Anwar Haque atau dikenali sebagai Zunar


Cerapan beliau menambahkan perspektif unik pada acara tersebut, menawarkan pengalaman yang komprehensif.


Selain itu, persembahan video bertajuk 'The Works of Zunar: Anwar Triumphs' memberikan perjalanan yang mengasyikkan dan visual ke dalam dunia buku.


Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan melancarkan karya Mark Trowell tersebut disaksikan barisan peguam, pengamat politik, ahli akademik, ahli politik, wartawan dan penyokong gerakan Reformasi.


Sebelum ini Mark Trowell pernah menulis beberapa karya membicarakan perjalanan politik Anwar seperti 'The Prosecution of Anwar Ibrahim: The Final Play,' dan 'Anwar Returns: The Final Twist'.


Buku 'Anwar Triumphs' boleh didapati di semua kedai buku utama di seluruh negara.