'Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT' - Radzi Jidin






Veteran UMNO Sabah, Salleh Tun Said Keruak membayangkan Tun Mahathir Mohamad boleh kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri jika tindakan politiknya tidak diperhati serta diawasi.
Berikutan keputusan empat negeri tadbiran Pas melantik bekas Perdana Menteri dua kali itu sebagai penashat tidak rasmi mereka, Salleh seterusnya melihat Tun Mahathir sekarang ini adalah “ketua de facto” blok pembangkang PN.
“Dalam arena politik, cita-cita tiada had dan umur pula bukan menjadi penghalang. Oleh itu jangan memandang rendah kehendak orang tua,” katanya lagi.
Secara mudah difahami, Salleh dalam hal ini sebenarnya ingin memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim, PH dan UMNO agar sentiasa berjaga-jaga.
Persoalan asas ialah bolehkah Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sekali lagi?
Walaupun tiada perkara yang mustahil di dunia ini. tetapi daripada segi kemunasabahan dan hukum akal, terlalu sukar untuk Tun Mahathir mampu kembali ke puncak kuasa.
Pertama, beliau ketika ini bukanlah Ahli Parlimen dan ini, setidak-tidaknya sehingga PRU16 akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2027, sudah tertutup jalan buatnya untuk menjadi Perdana Menteri.
Memberi jawatan penasihat tidak rasmi kepada empat negeri itu hanyalah untuk Pas memanfaatkan pengalaman dan pengaruh beliau, di samping Tun Mahathir sendiri melihat ia sebagai platform agar suaranya selepas ini lebih didengari.
Menjadi penasihat tidak rasmi seumpana “Perdana Menteri Tidak Rasmi” juga bagi empat negeri berkenaan.
Yang mungkin berlaku, dengan kedudukan tersebut ialah pengikut dan penyokong Tun Mahathir barangkali lebih dulu terbuka peluang untuk berniaga atau mengemukakan apa-apa proposal kepada empat negeri sebagai peluang mencari rezeki.
Kedua, selagi ada Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN dan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan dua tokoh utama gabungan blok pembangkang, ruang untuk Tun Mahathir menguasai PN boleh dikata sentiasa tertutup.
Ini kerana Mahiaddin dan Hamzah juga teringin mahu jadi Perdana Menteri – seorang untuk kali kedua can seorang lagi kali pertama.
Malah Hamzah, sejak kebelakangam ini, sudah ramai yang memaggilnya PM11.
Ertinya, sebelum PRU16 akan datang, kalau pun kiranya Pas sedia menjadikan Tun Mahathir sebagai Ahli Parlimen semula dengan meminta mana-mana Ahli Parlimennya sedia ada meletakkan jawatan, laluan mendaki kerusi Perdana Menteri tidak mudah buat bekas Pengerusi Pejuang itu kerana Mahiaddin dan Hamzah mustahil akan memberi sokongan.
Jangan lupa, di sebalik PN mempunyai 74 kerusi Parlimen, 31 daripadanya adalah milik Bersatu dan hanya selelebihnya menjadi milik Pas.
Silap-sikap dengan keghairahan yang keterlaluan untuk menonjolkan semula Tun Mahathir itu hanya akan menyebabkan PN sendiri berpecah.
Ketiga, perubahan kerajaan sudah jadi mustahil berlaku sebelum PRU16 berikutan ikrar dan komitmen GPS di Sarawak untuk terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Tak usah sembanglah, tanpa sokongan GPS yang mempunyai 23 Ahli Parlimen, cita-cita menukar kerajaan oleh blok pembangkang hanya sekadar santapan bual-bual kosong di kedai kopi saja tarafnya.
Tambah kukuh kedudukan kerajaan kerana ia terus disokong mantap oleh UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi.
Keempat dan terakhir, detik paling dekat untuk melihat kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan, khusus kerana komitmen sokongan GPS ialah pada PRU16 tahun 2027 akan datang.
Tun Mahathir sekarang berusia 98 tahun dan empat tahun lagi usianya ialah 102 tahun.
Memang tidak mustahil Tun Mahathir masih ada pada tahun 2027 itu nanti, tetapi dalam usia sebegitu, sudah tentu beliau tidak mampu lagi untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat.
Jangankan sebagai Perdana Menteri, tugas sebagai Ahli Parlimen pun mungkin tidak berupaya lagi dipikulnya.
Kalau diletakkan juga bertanding, besar kemungkinan pengundi sendiri secara berjemaah lebih dulu menolaknya, mengulangi kekalahan di Langkawi sebelum ini kerana rakyat secara umumnya tentu mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat, bukan yang memiliki ciri-ciri tenat.
Dengan empat sandaran di atas, mungkin dianggap terlalu takbur atau cuba mendahului takdir jika menghukum mustahil, tetapi dengan akal yang ada, tidak salah untuk mengatakan hampir mustahil bagi Tun Mahathir boleh jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Lagi pun, asyik dia, dia dan dia saja, Malaysia ini nak jadi apa? – ShahbudinHusin 19/09/2023.
https://shahbudindotcom.net/
Masa kempen PRU14, tak sentuh kes Zahid. Masa tu serangan hanya terhadap Najib. Zahid kena pun sebab dia kata dah jumpa dengan Pak Arab yang beri derma tu.
Kes Zahid muncul hanya lepas Mahathir jadi PM. Lebih tepat lagi, lepas Zahid enggan ikut cakap dia untuk bubarkan UMNO. Kita pun terkejut tak sangka Zahid pun ada kes.
Mahathir ni dia sendiri yang mudah lupa, nak kata Melayu mudah lupa rasanya Mahathir dah nyanyuk ni. Cakap pun dah mula menyanyah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Namun, satu perkara pasti, dalam dunia politik yang penuh drama,
Kisah Sanusi jatuh ditimpa tangga akan tetap menjadi cerita yang menggelora!
Mari kita sambutnya dengan senyuman dan gelak tawa,
Kerana dalam kehidupan, kadang-kadang kita perlu juga bergurau dengan riang gembira!
Sanusi, wahai Sanusi, jatuh ditimpa tangga,
Kisahmu mengundang tawa dan gelak ketawa.
Menghilang dari dunia politik, oh betapa tragisnya,
Hong Seng pun terkejut, pelaburan terhenti, sedihnya!
Namun, mungkin Sanusi perlu berehat sejenak,
Dari sorotan politik yang memenatkan hati dan pikiran.
Mungkin dia terjebak dalam isu yang membingkai,
Atau mungkin mencari ketenangan di tepi pantai.
Tak lupa SPRM yang memanggilnya minggu ini,
Kabarnya cerita rasuah yang mesti dijawab dengan jujur hati.
Namun, kita berharap Sanusi takkan hilang selamanya,
Mungkin dia belajar silap mata, bak magikus di pentas dunia.
Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi,
Sanusi mungkin kembali dengan semangat yang membara.
Kita berdoa agar Hong Seng tak merajuk dan kecewa,
Pelaburan RM3 bilion tetap berkilauan, mekar bagaikan bunga mawar!
Dalam dunia politik yang penuh dengan drama,
Kisah Sanusi jatuh ditimpa tangga tetap menggelora.
Mari kita sambut dengan senyuman dan tawa yang meriah,
Kerana hidup ini perlu diisi dengan keceriaan dan kebahagiaan yang tiada tara!
Ibrahim Mat Isa
Kawan2... tolong bacakan tulisan jawi di dalam bena tu... tulisan melayu xder ker...
KOH KOH KOH... jilaker!!
Sampai bila bangsa Melayu terus diperbodohkan
MELAYU TERANCAM….HAKIKATNYA ?
Jana Wibawa yg melibatkan berbillion duit rakyat kononnya utk membantu kontraktor Melayu… akhirnya bangsa Cina juga yg kuasai.
Musang King yg melibatkan berbelas ribu ekar, boleh sahaja Kerajaan Kelantan berikan kpd usahawan Melayu atau melalui GLC utk bantu beratus org Melayu usahakan tetapi diberikan kpd China.
REE melibatkan berpuluh billion diseludup keluar oleh bangsa Cina dari China. Wang tersebut sepatutnya boleh digunakan utk membantu rakyat termiskin.
Atas nama Melayu akhirnya habis wang rakyat, tanah rakyat dan hasil bumi yg melibatkan berbillion diberikan kpd tauke2 Cina malah dari China.
Kesemua ini bukan kerajaan Perpaduan apatah lagi PH yg berikan… ia diberikan oleh mereka yg menggunakan persepsi Islam terancam dan Melayu terancam.
Kalau keratan ini benar, bermakna kerajaan PAS Kelantan perlu jawab adakah masih mengamalkan politik demokrasi atau politik ala Mahathirism?
Bukannya x tau India yang sekat eksport beras ke negara luar telah menyebabkan harga beras import naik mendadak & menyebabkan permintaan tinggi terhadap beras tempatan sehingga stok beras tempatan kurang akibat dari 'panic buying' oleh peniaga & rakyat!
Yang lagi menyedihkan ada pulak peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga beras import sewenang²nya kerana permintaan tinggi akibat kekurangan beras tempatan di pasaran!
Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga beras sewenangnya!
Berita baik dan berita tidak baik…utk kita dgr
LEGASI ANWAR YANG AKAN DIKENANG
Ini pertemuan kali kedua ke kamar Speaker. Sewaktu bertemu Speaker, Tan Sri Johari Abdul kali ini…terus beliau berkata … “Wah sekarang rambut K-Pop style.” Ini akibatnya bila sikat, kawan ambil di dlm kereta jadi hak milik 😂
Ada beberapa perkongsian sahaja yg ingin saya sampaikan. Tan Sri Speaker beritahu beliau sgt kagumi PMX yg bekerja tanpa bercuti utk pulihkan ekonomi negara.
Ceritanya Insyallah negara kita dijangkakan menerima pelaburan sebanyak RM200 billion dari negara China, Amerika, Eropah, India, Turki dan beberapa negara lagi.
Impaknya sgt besar kpd ekonomi negara tetapi yg menyedihkan usaha PMX dicemuh oleh rakyat yg termakan persepsi negatif hasil naratif yg dimainkan pembangkang. Sepatutnya ketika ini kita kena sama2 membantu dgn menyokong usaha2 beliau ke sana sini mencari pelabur.
Berita yg merunsingkan Tan Sri pula, apabila pelajar IPT 74% dikuasai kaum wanita. Kebimbangan ini kerana hasil kajian menunjukkan ramai juga diantara anak2 muda menolak utk sambung belajar kerana lebih tertarik dgn pendapatan bekerja sebagai ‘e-hailing’ dan ‘p- hailing.’
———————————————————————————
Tanya saya mengapa PMX terus bekerja tanpa henti… jawapannya beliau mahu dlm tempoh 3 tahun dari skg Malaysia akn bangkit menjadi gergasi ekonomi sekurang kurangnya di Asia Tenggara. Tempoh yg singkat itu mampu dicapai hanya dgn usaha gigih tanpa mengenal erti penat.
Beliau bukan mahu mencipta legasi pemerintahannya ada bangunan tertinggi, ada jambatan terpanjang dan sebagainya tetapi beliau mahu mencipta legasi sebagai Perdana Menteri yg membawa negara Malaysia kembali menjadi juara Asia dan menghapuskan rasuah.
Itu yg saya dpt baca pemikiran beliau. Kdg2 saya pun ‘marah’… PMX perlu berehat dua tiga hari bimbang akan kesihatan beliau. Bayangkan kelmarin di Sarawak, semalam di China dan pagi ini sudah berada di Parlimen.
Tapi saya tahu masa tidak ada dan tidak menanti beliau. Sebab itu kita kena sama2 bersama dgnnya. Pemimpin lain seperti mengikut media Taiwan curi ratus billion duit rakyat tapi PMX ke sana sini mencari pelabur utk membela nasib rakyat.
Kita kena bantu PMX. Sumbangan walaupun kecil hanya menulis atau membuat content di Tik Tok, ia sgt bermakna buat insan bernama Anwar Ibrahim.
Ingat tak dulu masa Pandemik, ada mamat sorang ni dia claim dia dapat kerja NASA di Amerika. Ramai pun percaya. Lepas tu terkantoi, orang cari nama dia di website NASA tiada. Bila ditanya, dia claim dia kena scam.
Tetiba minggu ni, dia kantoi lagi. Jadi Felo Perdana. Felo Perdana ni kalau tuan/ puan nak tahu, ialah program internship Kerajaan tapi level kayangan. Duduk Pejabat Menteri. Bukan calang2 orang boleh dapat. Tapi Mamat ni lepas.
Dengan tipu sijil dari UM, dengan adakan award BNM yang takde, senang2 je terus jadi Felo Perdana.
Nasib baik netizen Malaysia hebat2. Ternampak gambar dia dalam FB Menteri, terus mereka gali. Terkantoi lagi!
Kalau takde bawang rangers Malaysia, entah2 PRU16 dia bertanding, terus jadi Menteri 😅
Tapi tak boleh salahkan dia. Menteri sijil tipu bersepah. Yang dah terkantoi berlambak. Marzuki dr Pejuang, Zuraidah ex-PKR dan Peja dari Bersatu.
Mungkin jadi aspirasi mamat ni, kalau mereka pun boleh, takkan saya tak boleh 😂
Lawak2 juga. Tapi tengokkan kualiti mereka yang duduk di corridors of power. Anak muda sanggup scam, sebab nak bersama mereka. Mana tak rosak negara.
PRU16 nanti, moga kita dapat lebih ramai calon berkualiti untuk diangkat jadi MP dan Menteri. Set2 musibat harap undur diri.
~LM~
Mat Zafrul.
walaun buat fitnah kata Msia beli minyak sawit dari China padahal China yang beli minyak sawit dari Msia..
Sebab banyak like. Bagi portal berita, mereka kejar click, kejar like. Selagi banyak like, selagi itu cerita budak itu akan terus keluar di news feed.
Jadi sekarang, mana-mana berita yang paparkan gambar atau nama Saddiq, jangan like. Baca pun jangan. Biar beritanya jadi tak laku.
Bila setiap kali berita tentangnya dapat sikit saja like, memang wartawan pun tak akan kejarnya lagi. Baru kurang berita dia masuk feed. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Usul Shahidan supaya kerajaan hentikan segala peruntukan dan pembangunan dan menumpukan kepada soal kenaikan harga barangan sekarang telah ditolak oleh Yang Di Pertua Dewan.
Menjengah ruangan komen, walaun beramai-ramai kutuk kerajaan. Yang kutuk DAP pun ada. Biasalah walaun kalau tak kutuk DAP akan sesak nafas dan tak lalu makan. Bakal mati kebuluran.
Semua sengaja bina persepsi yang kerajaan enggan ambil tahu kesukaran hidup rakyat waktu ini.
Padahal jawapan Tan Sri Johari Abdul ada dalam berita tu. Kalau baca pasti faham. Sidang sekarang ni adalah sidang khas, khusus untuk bincangkan kajian separuh penggal RMKe-12.
Malah Tan Sri Speaker jelaskan, menteri berkaitan akan jawab isu itu di Dewan Rakyat kelak. Tanya la pada masa yang sesuai. Ini sidang khas. Takkan itu pun tak boleh faham. Dah lama jadi MP kan.
Entah kenapa pembangkang ni takut sangat cerita tentang KSP RMKe-12 ni. Ada saja akal mereka nak alihkan isu. Lepas satu, satu. Niatnya cuma tak nak KSP ni dibincangkan. Tapi kenapa?
Lagi satu, Shahidan juga kata tiga minggu lepas dia ada minta kawannya belikan beras tempatan. Harga waktu itu RM23. Sekarang dah jadi RM35.
Dia beli beras dekat mana dapat harga murah dari harga siling tiga minggu lepas tu? Dan sekarang ni harga dah lebih harga siling, kenapa dia tak lapor kepada agensi yang sepatutnya?
Selalu juga Shahidan bawa cerita kartun. Entahlah. Sebagai MP senior, aku expect dia boleh tunjuk contoh baik. Tapi dia lebih teruk dari MP yang baru pertama kali masuk dewan.
Kalau nak baca berita ni, boleh klik link berikut: https://tinyurl.com/2whaxh5w. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Aku sebenarnya tertanya-tanya juga. Kes Zahid ni nak dijelaskan macamana ya? DS Anwar sudah pun tegaskan yang beliau tak terlibat. Nak panggil AG pun boleh tapi kalau AG pun cakap perkara yang sama nanti, nak jelaskan macamana lagi?
Puak tu takkan puas hati punya. AG dah senaraikan 11 alasan kenapa Zahid dapat DNAA. Tapi mereka masih mencucuk. So nak jelaskan macamana? Ini kes busuk hati, bukan isu keadilan dan kebenaran lagi dah. Hati busuk tutup dengan jubah?
Sekarang ni, yang menuduh pihak pembangkang. Adab menuduh, termasuklah dalam Islam, beban bukti terletak kepada yang menuduh. Mereka tuduh PM campur tangan, berikanlah bukti. Tapi kalau dah tak boleh nak buktikan, berhentilah menuduh! Nak jelaskan macamana lagi? Cuba fikir. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Lah hai... Semalam aku post tentang komen walaun yang lagak pandai. Mentang-mentang exco negeri Terengganu umum nak tambah pensijilan MyGAP, boleh dia persoal tindakan kerajaan pusat. (Baca di https://tinyurl.com/28baffnh).
Sekali MyGAP tu projek kerajaan pusat la. Dari 2002 lagi dah ada. Bukan baru ni je. MyGAP maknanya Malaysia Good Agricultural Practices. Beras Ganu pula, perkataan MAFI pada bungkusannya bererti KPKM. Kementerian Abang Mad tu.
Jadinya itu semua projek Kerajaan Pusat la kan? Ni aku nak tanya ni, Terengganu ni ada kerajaan ke tak ada? Hahaha... Lebai kaki claim. Walaun pula main belasah je. Bukan nak check fakta. Tapi tak apalah. Yang penting, rakyat dapat faedah. Tak kisah siapa yang usahakan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Saddiq punya sandiwara. Nak nak cipta persepsi konon kerajaan kawal mahkamah dan AGC. Jadi bila dia didapati bersalah nanti, bolehlah kata itu sebab campur tangan kerajaan.
Itu yang aku nampak jelas sekarang. Sebab tu dia sibuk tuduh DS Anwar yang arahkan Zahid diberi DNAA. Walaupun dah nafikan dan Saddiq sendiri tak mampu buktikan tuduhannya.
Kalau betul pun pendakwaan politik, Saddiq kena dakwa zaman Mahiaddin jadi PM. Hamzah pula menteri KDN. Maknanya dua orang itulah yang aniaya dia. Kan? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Saya ambil 2 minit untuk terangkan kenapa orang ramai perlu dapatkan dokumen lengkap 𝗞𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 𝗕𝗲𝗹𝗮𝘀 (𝗥𝗠𝗞𝟭𝟮)
Anda boleh:
📥Muat turun dokumen lengkap Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) di sini: https://rmke12.ekonomi.gov.my/ksp/bm
📦Pautan borang online untuk penghantaran dokumen fizikal KSP RMKe-12:
https://bit.ly/RingkasanKSPRMK12
Naik je la. Memang nampak gaya tak settle harga barang ni dalam tempoh terdekat. India nak pulih pun bukan sekejap. Beras, bawang dan lain-lain barang yang kita import dari India akan berterusan kurang dalam pasaran ni.
Masalahnya, bila dah naik, memang tak akan turun. Harga barang dah kembali normal pun nanti harga jualan kekal tinggi. Tu yang tak best. Kalau hari ni naikkan harga sebab kos naik, bila kos turun patut kurangkan la harga jualan.
Dan ada sesetengah tu, ambil kesempatan naikkan harga secara melampau. Itu yang selalu pembeli susah nak terima. Memang tak semua tapi ramai begitu. Kalau naik berpatutan, InsyaAllah boleh lagi difahami lagi. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Bila pelabur masuk.. Ini kejayaan Kerajaan Kedah dan Sanusi…
Bila pelabur tarik diri … Ini projek kerajaan pusat dan PM…
21 tahun i berkedai. Hari ni first time i "bertekak" dengan customer pasal politik.
Ehhh..jap. Nak kata pasal politik pun tak jugak. Tapi lebih pada rasa terpanggil nak bersuara bila ada manusia rasa dia yg terpaling pandai ilmu agama. Boleh senang2 menghina orang.
Alkisahnya customer ni order minuman dari kedai i. Datang kaunter balik minta tambah gula. Tak cukup manis katanya.
Bahasa dia cantik siap mintak maaf sebab nak tambah gula. Gula dah laa mahal katanya.
I pulak minta maaf kat dia sebab teh O tak cukup manis. Sambil berkata, mahal ok lagi ada duit boleh beli. Ini susah nak dapat gula di kedai biasa. Kalau ada pun pembelian dilimitkan.
Tiba2 bahasa dia yg cantik tadi bertukau macam ni. "Ni semua sebab PMX laa ni. Lain kali nak pilih pemimpin jangan pilih pemimpin yg JAHIL".
I terdiam sekejap.
Tak tau dari mana datang keberanian i respon kat dia.
"KITA JANGAN BUAT KERJA TUHAN ! SAPE KITA SIMPLY NAK KATA ORANG JAHIL ?"
Dia boleh jawab "Sebab tu kita kena belajar."
I jawab balik.
"KALAU I TAK BELAJAR PANDAI DAN ALIM MACAM U PUN TAPI I TAU MERENDAH2KAN ORANG LAIN BOLEH HERET KITA KE NERAKA.
Dengar i cakap macam tu dia terus keluar. Takde terima kasih dah tambahkan gula.
Pihak polis dilaporkan telah mengenal pasti 25 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan “Selamatkan Malaysia” yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Walau berselindung di sebalik hasrat menyelamatkan negara, perhimpunan jalanan itu sebetulnya hanya bermotif politik iaitu membantah DNAA Zahid Hamidi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini, 22 orang sudah dihubungi polis dan enam daripadanya akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau juga berkata, perhimpunan itu jelas tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk penganjur tidak memberi notis lima hari sebelum perhimpunan itu berlangsung.
Kesalahan lain, tambahnya kerana mengadakannya di tempat larangan iaitu masjid dan membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan.
Dengan jelas sekarang bahawa ada undang-undang telah dilanggar, tindakan pihak polis terhadap mereka yang terbabit itu adalah amat wajar sekali.
Mereka tidak harus dibiarkan bebas berbuat sesuatu yang melanggar undang-undang seolah-olah negara ini tiada peraturannya.
Tindakan yang diambil itu bukan bermakna kerajaan tidak lagi mengamalkan kebebasan, tetapi berikutan adanya perlanggaran terhadap undang-undang negara
Dalam hal ini, seruan budiman sesetengah pihak, khususnya daripada kelompok PH sendiri yang menyarankan agar tiada tindakan diambil terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan tersebut atas alasan ramai anggota kabinet sekarang pun adalah mereka yang bangkit daripada perhimpunan seumpama itu, tidak harus dilayan atau diberi pertimbangan sama sekali.
Isunya, bukan soal dulu pun ramai pemimpin PH terbabit dan bangkit melalui aura perhimpunan jalanan, tetapi kerana ada undang-undang telah dilanggar.
Jika sebelum ini, ramai pemimpin PH yang terbabit dengan perhimpunan seperti itu turut dikenakan pelbagai tindakan, apa istimewanya mereka yang terlibat sekarang mahu dilepaskan begitu saja?
Biarlah mereka pun dikenakan tindakan juga.
Tindakan tidak harus dikecualikan terhadap sesiapa saja yang didapati melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.
Dalam hal berkaitan, meskipun tindakan terhadap 25 individu yang melakukan kesalahan itu adalah urusan pihak polis, pelbagai kelompok rakyat biasa juga berharap agar Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasition Ismail tidak berdiam diri mengenainya.
Beliau diharapkan tampil bersuara menunjukkan ketegasan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang menjejaskan ketenteraman awam.
Bukan tidak boleh berhimpun, tetapi patuhi dulu syarat-syarat yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu antaranya, mesti memberi notis lima hari.
Syarat tersebut sangat mudah sebenarnya, bergantung sama ada mahu atau tidak mahu saja mengemukan notis awal iaitu lima hari sebelum tarikh perhimpunan dijadual diadakan.
Sebagai pengajaran awal, 25 individu yang bakal dipanggil itu wajar dikenakan tindakan sewajarnya agar di lain kali, mereka belajar perlunya patuh kepada undang-undang. – ShahbudinHusin 18/09/2023.
https://shahbudindotcom.net/
Nak buat demo susulan? Aku sokong. Kalau yang pertama ni pun, walaupun di buat di ibu kota, waktu cuti umum, cuma mampu kumpul 850 orang, kita tengok kalau buat di luar KL. Dapat tak 100 orang. Silakan. Jangan nanti buat macam-macam alasan pulak ye. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Julung-julung kali aku bersetuju dengan KP UMNO ni. Tapi untuk yang ini aku setuju sangat. Subsidi sepatutnya hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan itu termasuklah beras.
Dan aku juga bersetuju dengan hujahnya, komitmen warga asing tak sama seperti warga negara. Warga asing tinggal di rumah kongsi, anak isteri di negara asal yang kosnya lebih murah,, tak seperti warga negara yang perlu bayar dengan pelbagai bill, anak pun bersekolah di sini dan kos sara hidup pun agak tinggi sekarang ini.
Cuma takutnya, nanti ada warga kita yang rela jadi balaci, belikan untuk warga asing ni. Tak pun dia mark up harga lebih sikit, buat untung atas angin. Bukan tak biasa dengan perangai orang kita. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Patutlah bapak² kerengga tidak turun diperhimpunan selamatkan malaysia smlm rupanya mereka dah tahu akan dijejak pdrm.
Dalam keghairahan PN yang nampaknya masih tak berkesudahan mahu menjatuhkan kerajaan, semua orang sedar perkara itu mustahil menjadi kenyataan tanpa sokongan GPS daripada Sarawak.
Ini kerana GPS mempunyai 23 Ahli Parlimen dan jumlah itu boleh dikira penentu yang sangat penting kepada sebarang perubahan kerajaan.
Memandangkan PN hanya ada 74 Ahli Parlimen, jika mereka ingin menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sekarang, selain perlu mendapatkan sokongan GPS, juga harus disertai oleh GRS di Sabah yang mempunyai enam Ahli Parlimen, kemudian hendaklah ditambah dengan sekurang-kurangnya tujuh lagi Ahli Parlimen daripada BN.
Itu pun jumlahnya masih belum mencecah 112, bilangan paling minimum untuk menukar kerajaan.
Selebihnya masih perlu mendapatkan sokongan daripada Warisan (3 kerusi Parlimen), Parti Bangsa Malaysia (1 kerusi Parlimen) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Sabah yang juga mempunyai 1 Ahli Parlimen.
Sokongan daripada Ahli Parlimen BN pula tidak mudah diperolehi kerana di bawah Akta Lompat Parti, sokongan secara individu dengan menjaja SD tidak lagi berharga, kecuali mereka meletak jawatan dan kemudian bertanding semula.
Hanya setelah memperolehi semua sokongan tersebut, barulah “kerengga-kerengga” yang menjadi pengacau kerajaan ini boleh bersukaria dengan kejayaan agenda menebuk atap sekali lagi.
Oleh kerana Muda sudah mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan, ini bererti jika PN benar-benar mahu menjatuhkan kerajaan, mereka sudah ada satu tambahan kerusi Parlimen yang diperolehi secara percuma.
Begitulah lebih kurang susun aturnya jika ingin menukar kerajaan.
Tetapi dengan pengumuman GPS semalam untuk terus memberi sokongan kepada Anwar menerajui negara sehingga PRU16 akan datang, ini bermakna terpadamlah sudah impian dan angan-angan PN itu.
Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan ditadbir dengan lebih fokus.
“Kami memberi anda (Anwar) sokongan penuh dan memiliki Kerajaan Persekutuan yang stabil sehingga pilihan raya seterusnya,” kata beliau semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di Kuching.
Khalas, tutup bukulah sudah segala-galanya dengan pendirian terbuka Abang Johari ini.
Hadi Awang yang berkali-kali berkata kerajaan akan bertukar, kali terakhir kononnya bulan Ogos lalu, tentu saja paling kecewa dengan pendirian terbaru GPS ini.
PN dengan ini sudah boleh berhenti daripada terus berangan-angan, bermimpi atau berterusan ingin menjadi “kerengga” yang mengacau kestabilan kerajaan.
Mereka kini harus menerima hakikat bahawa Anwar akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Kepada PN, tiada pilihan lain ada di depan mata mereka sekarang ini selain harus memberi khidmat yang terbaik di kawasan Parlimen masing-masing sehingga tiba pilihan raya seterusnya.
Dalam hal ini, kebetulan baru-baru ini ada Ahli Parlimen PN sudah mula mengeluh di dalam Parlimen sebab kekeringan wang untuk berkhidmat kepada rakyat, sehingga katanya, terpaksa mengguna wang sendiri untuk bersedekah.
Inilah masanya untuk PN datang kepada Anwar bagi memuktamadkan perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA agar semua wakil rakyatnya boleh berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.
Tetapi, CSA itu hanyalah berkaitan peruntukan pembangunan saja dengan imbalannya mereka harus memberi sokongan kepada semua rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan di Parlimen.
Inilah yang dilakukan oleh Anwar selaku Ketua Pembangkang ketika era pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Kepada Ahli Parlimen PN yang bersungut ketiadaan wang itu, adalah diperingatkan bahawa duit untuk sedekah kepada pengundi kenalah guna duit sendiri, namanya pun sedekah…takkan kerajaan juga kena bagi?
Duit untuk sedekah tidak termasuk dalam peruntukan CSA.
Duit gaji sebagai Ahli Parlimen yang banyak itulah yang patut diguna untuk sedekah dan apa-apa belanja yang berkaitan. – ShahbudinHusin 17/09/2023.
https://shahbudindotcom.net/#google_vignette
Kesimpulan yang boleh kita dibuat daripada demo Selamatkan Malaysia semalam, PN sebenarnya sangat takut kepada PMX DS Anwar Ibrahim.
Konon demo nak suruh dakwa Zahid tapi yang kena desak letak jawatan DS Anwar pula. Tak sentuh pun Zahid. Dorang cuma nak tengok DS Anwar turun je.
Kenapa? Sebab mereka tahu, kalau DS Anwar terus pimpin negara, Malaysia akan terus maju dan pesat membangun. Sehingga hujung penggal, rakyat akan lihat bagaimana DS Anwar selamatkan Malaysia.
Jika itu berlaku, maka PN takkan ada ruang dalam politik Malaysia lagi. Bukan hanya kekal sebagai pembangkang, bahkan akan jadi tak relevan.
Sebab itu mereka cuba sehabis mungkin burukkan DS Anwar dengan harapan rakyat akan termakan hasutan dan turut menekan DS Anwar untuk turun. Sebab tu segala perkara mereka letakkan kesalahan pada DS Anwar. Guane boh?
Raja Gelap II
.
W. Faudzin.
Tahniah !! Akhirnya Badrul Bakhtiar umum manifestonya !!
Sewaktu kempen PRN baru2 ini, apabila ditanya oleh wartawan apakah manifestonya, beliau menyatakan akan mengumumkan manifestonya selepas dia menang.
Nah, sekarang beliau telah tunaikan janjinya. Manifesto "Tabung Kasih Gurun". Ayuh...pengundi2 di Gurun, berikan sumbangan kpd Adun kamu . Itulah manifesto !!
MMMS
Semua untung ke lebai, masa tarik pelaburan sebab kehebatan bapak seluang, masa pelabur lari pula salah kerengga. Demikianlah lebai tak guna.