Patriot bidas cubaan semai sentimen anti kerajaan




 Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan cadangan seorang pemimpin Perikatan Nasional agar negeri dikuasai pembangkang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza sebagai "pendirian antikerajaan”


Presidennya, Brigedier Jeneral bersara Arshad Raji berkata, kumpulan veteran itu memandang serius laporan berhubung cadangan dibuat Ketua Pemuda PN berkenaan.


"Cadangan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari atas penggunaan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri ditadbir PN dilihat mengkhianati prinsip federalisme yang diamalkan di negara ini.


"Patriot membidas pendirian antikerajaan sedemikian," katanya dalam kenyataan.


Tambah Arshad, cadangan itu bukan sahaja cubaan menanam sentimen anti kerajaan di negara ini, malah ia merupakan satu tindakan angkuh.


Sebagai “pembela negara”, katanya, ahli Patriot mengambil serius perbuatan dan niat pembangkang itu kerana ia menghantar “isyarat sangat berbahaya dan menetapkan duluan implosif”.


"Tidak pernah wujud pendirian sedemikian dalam sejarah kenegaraan kita sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. Kenapa sekarang?" soalnya.


Sehubungan itu beliau mendesak agar kerajaan mengambil tindakan drastik terhadap perbuatan dan niat berbahaya PN.


Katanya, raja-raja Melayu tidak akan membenarkan pengkhianatan terhadap federalisme yang dipelihara selama beberapa dekad.

PRK: Suhaizan mahu pastikan Pulai kekal kerusi PH


 Calon Parlimen Pulai mewakili Kerajaan Perpaduan, Suhaizan Kaiat (gambar, kiri), mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan hadapan.


Jelasnya, beliau optimis mampu memenangi hati warga Pulai kerana telah berkhidmat di kawasan itu dalam arena politik, termasuk ketika menjadi Speaker DUN Johor bagi tempoh 2018 sehingga awal tahun lepas.


"Pulai ialah kerusi yang dimiliki PH dan kita mahu ia dikekalkan dengan majoriti yang meyakinkan, ini untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Amanah dan PH telah beri kepercayaan kepada saya untuk bertanding, saya faham bahawa ini satu tugas berat kerana saya membawa amanah untuk menyambung legasi dilaksanakan Allahyarham. InshaAllah saya bersedia menggalas amanah ini," kata Naib Pengerusi Amanah Johor itu dipetik.


Suhaizan berkata begitu ketika ditemui di Program Outreach Sara Hidup Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru.


Presiden parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan pencalonan Suhaizan mewakili PH bagi kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram pada kedua-dua PRK bulan depan.


PRK dilaksanakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lepas.


SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos depan, 5 Sept untuk pengundian awal dan 9 Sept sebagai hari mengundi untuk kedua-dua PRK itu.


Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, Salahuddin memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi.


Meskipun tanggungjawab agak berat, Suhaizan berkata, beliau memegang pesanan Allahyarham Salahuddin yang mahu pegawainya turut sama bekerja serta berkhidmat untuk rakyat, yang akan sentiasa menjadi kata-kata semangat buatnya.

BERIYA SANUSI NAK BUAT LAPANGAN TERBANG SEBAB APA?


 

TAKUT PADA DAP ATAU. PADA ALLAH


 

KENYATAAN MEDIA ADUN GALAS DAN ADUN KOTA LAMA MENGENAINKATA KATA DIN COPONG


 

WALAUN TAK FAHAM LAGI


 

KEDAH MENANG SLOGAN. APA PUN TAK JADI.


 

SKIM PERUBATAN MADANI. APA ADA DIDALAMNYA






Baru-baru ini Kerajaan telah meluncurkan Skim Perubatan MADANI yang bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan warga B40. Justeru itu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar.

Saya amat berharap skim ini dapat memanfaatkan golongan sasar sebagai usaha dan upaya Kerajaan mewujudkan akses yang adil kepada khidmat kesihatan yang berkualiti. Saya mohon teman-teman untuk sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan.

#MalaysiaMADANI #SkimPerubatanMADANI

 

PMX MENGHADIRI MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA

 






Alhamdulillah, semalam saya dan Azizah hadir dalam Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H/2023M di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur. Saya ingin zahirkan ucapan selamat datang dan penghargaan kepada seluruh peserta dan hakim jemputan yang melibatkan wakil dari 52 negara.

Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk. Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama.

Saya juga tegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan memelihara seluruh hak rakyat Malaysia dengan pelbagai latarbelakang agama serta kepercayaan.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha memulia serta memartabat Al-Quran dalam majlis ini dan seterusnya mengangkat kedudukan umat.

#MalaysiaMADANI

 

STEVEN SIM , BAU WONG DAN TAN KOK YEW MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PAK SALLEH

 



Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi hati yang menanggung ujian kehilangan orang tersayang.

Saya dapat rasa peri sakit dan sugul Pak Salleh ketika di upacara pengebumian anak sulungnya, Muhamad Hafiz. Allahyarham seorang pekerja penghantaran makanan yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Menteri Pengangkutan Saudara Anthony Loke Siew Fook minta saya untuk sampaikan sumbangan ikhlas RM10,000 daripada pihaknya kepada keluarga Allahyarham.

Turut hadir YB Bau Wong Bau Ek ADUN Siram dan Saudara Tan Kok Yew Pengerusi DAP Kedah.

Tiada kata-kata dapat mengubat kehilangan Pak Salleh; saya hanya mampu mengungkapkan ucapan takziah dan memberitahu Pak Salleh agar menghubungi saya jika keluarga mereka memerlukan bantuan selanjutnya nanti.

Marilah kita titipkan doa buat keluarga mereka.Description: 🤲Description: 🙏

 

ISU AMBALAT: Melondehkan Pembohongan Perikatan Nasional

MENCARI PELABUR DI SEBALIK TOHMAH DAN FITNAH



“Kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan (sistem) ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. “Visi ini menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi,” katanya.


PENERANGAN KERJASAMA PH-BN PERLU SAMPAI KE AKAR UMBI



“PRN ini adalah ujian pertama kita bersama sebagai satu pasukan dengan latar belakang falsafah politik dan pendekatan kita yang berbeza sudah bertahun-tahun. "Tetapi persamaannya pada kali ini berhadapan dengan PRN yang mahukan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong. Pada saya titah ini adalah ikatan yang amat utama kerana ini adalah titah di bawah Perlembagaan kita," katanya, dipetik daripada diskusi 'Analisa PRN 2023 Di Mana Silapnya?' yang menerusi laman sosial UMNO Online dan Media Perpaduan.




RENTASAN 1428 | PANAS!! INI PUNCANYA PN MENANG 22 KERUSI DUN SELANGOR



MENARIK DALAM RENTASAN 1428 1. NEGARA INI MILIK KITA SEMUA 2. RAKYAT HANYA MAHUKAN KEADILAN 3. KENAPA TIDAK DIPERKASA MEDIA SOSIAL YANG SEDIA ADA? 4. SIAPA GAGAL & SIAPA JUARA, APA LAGI MAHU DIBUKTIKAN??




UMNO TERKELUAR DARI LANDASAN PERJUANGAN ATAU MAIL SEBENARNYA BERHASRAT N...

MAMPOIH WALAU TAIK FITNAH

 



Jamzuri Ardani


YB Dr Hafidzah tak pernah bergambar dengan Nik Elin pun tapi walaun sebar gambar orang lain dan fitnah kata YB Dr Hafidzah bersamanya menyokong usahanya mencabar undang-undang syariah. 


Tapi walaun tak sebar pulak gambar Nik Elin dengan Setiausaha Agung PAS Pusat. 


Saya bukan nak tuduh siapa-siapa. Tapi kalau nak tahu betapa jahatnya tukang kempen PAS itulah dia.  Fitnah dan bohong jadi makanan harian. 


Kawan-kawan dalam PAS mungkin boleh mendabik dada konon partinya hebat dan dapat sokongan besar ... tapi kalau inilah modus operandi untuk mendapat sokongan rakyat ... sorry laaa ... sebelah mata pun saya tak pandang. Nothing to be proud.  Even shameful.  Itu pun kalau masih ada harga diri.