JANGAN LAYAN ORANG BODO
Ok baiklah.. Kita mansuh menu rahmah.. Harga jadi RM 8.50
sepinggan… B40 akan mampu makan satu keluarga di kedai 2
kali sehari….
BEBERAPA PEMBAHRUAN DALAM BELANJAWAN
Melalui #Belanjawan2023,
#PMX ternyata
sdg menstruktur semula & membersihkan institusi-institusi yang sblm ini
menjadi penyebab & kesinambungan kpd ketirisan & kerosakan dlm negara.
Walaupun penting juga, tetapi saya kurang minat dengan bab bekas
Menteri mana terpalit apa.
Saya lebih minta dan tertarik dengan idea-idea baharu seperti:
-penggabungan agensi-agensi kerajaan yang bertindih
-peningkatan kadar cukai pendapatan terhadap golongan T20
-pengenalan cukai terhadap barangan mewah
-peningkatan pendapatan boleh guna (melalui pengurangan kadar
cukai pendapatan) terhadap golongan M40
-pengagihan sebahagian keuntungan syarikat-syarikat besar kepada
golongan marhaen
-dan sebagainya
Langkah-langkah inovatif tersebut memerlukan “political will”
kerana golongan mahakaya dan tauke-tauke besar akan paling terkesan.
Tetapi PM mempunyai keberanian dan ketegasan.
Jujur kata. Berjuang bersama pembangkang selama ini, tak pernah
pun terbayang suatu hari nanti Kerajaan akan berani membentang belanjawan
Reformasi yang mungkin “mengguris hati” golongan yang berpengaruh.
But it is happening now.
Ye. Saya kagum dan impressed.
Mekanisme lesen memandu percuma diumum kemudian
Kementerian Pengangkutan akan membuat pengumuman terperinci
mengenai mekanisme pembiayaan ujian lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan
e-panggilan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, pengumuman itu
akan dibuat selepas pihaknya mengetahui jumlah peruntukan yang disediakan
Kementerian Kewangan bagi tujuan itu.
"Saya tak tahu berapa peruntukan. Ini ‘good surprise to me’.
Ada tambahan tugasan untuk saya.
"Kita akan lihat bagaimana nak laksanakan. Akan buat sidang
media khusus," katanya ketika ditemui media di Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan
Belanjawan Madani semalam berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian
memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan.
Katanya, ia sebahagian daripada peruntukan bernilai keseluruhan
sehingga RM40 bilion untuk manfaat usahawan Perniagaan Micro, Kecil dan
Sederhana (PMKS).
Sementara itu Loke berkata, peruntukan yang disediakan kerajaan
itu dapat membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan.
IPR pastikan kestabilan bekalan makanan terjamin
Kerajaan Perpaduan akan memastikan kestabilan bekalan makanan dan
harga yang rendah serta mampu dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi Inisiatif
Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan dilancarkan esok sektor perekonomian baharu
rakyat akan dilaksanakan seiring dengan sektor pertanian komersial sedia ada
seperti sawit dan getah.
"Komoditi utama pertanian seperti kelapa sawit yang telah
memberi nilai eksport dengan hasil memberangsangkan akan disulami dengan
hasil-hasil pertanian baharu bagi memastikan sektor pertanian memberi input
yang mampan ke arah Keterjaminan Makanan Negara," kata Rafizi dalam satu
kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, dengan membuka ratusan ekar
tanah kerajaan sebagaimana dilakukan dalam inisiatif Felda pada 1960an menanam
sawit juga getah diharapkan ekonomi negara dan rakyat akan semakin berkembang.
"Untuk merealisasikan usaha ini, sebanyak 800 ekar tanah
milik Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan oleh golongan B40 dan miskin tegar
bagi tujuan pertanian. Kerajaan juga akan membuka peluang kepada sokongan modal
dan latihan.
Dengan segala perancangan yang telah dirangka, insyaallah kerajaan
akan memastikan Keterjaminan Makanan Negara kekal mampan merangkupi 4 indikator
iaitu kestabilan bekalan, ketersediaan, penggunaan dan akses," katanya.
IPR akan dilancarkan secara rasmi esok, 26 Februari 2023 di stesen
LRT Cempaka, Ampang, Selangor sekitar jam 10.00 pagi. Orang ramai dijemput
hadir untuk menyaksikan pelancaran berkenaan.
Cuba 'main dua kolam': Mukhriz terpaksa, kata Bersatu
Belanjawan 2023 | Hishammuddin soal subsidi mana yang dikurangkan?
Peruntukan RM100 juta Jualan Rahmah disambut baik
Peruntukan RM100 juta untuk Jualan Rahmah yang diumumkan oleh
Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disambut baik oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata peruntukan itu akan
digunakan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang melambung
ketika ini.
"Bagi memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dalam
menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, program menstabilkan kos sara hidup
rakyat telah diberikan tumpuan melalui Konsep Payung Rahmah, di antaranya
Kempen Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah.
"RM100 juta yang diperuntukkan bagi tujuan Program Jualan
Rahmah akan membolehkan KPDN melaksanakan jualan ini di kesemua 222 kawasan
Parlimen, bagi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
"Melalui program ini, rakyat akan dapat menikmati harga
barangan asas sehingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran," katanya
dalam kenyataan selepas pengumuman Belanjawan Madani.
Menurut Salahuddin, peruntukan RM225 juta untuk mensubsidi harga
barang keperluan asas pula amat bernilai bagi KPDN meneruskan Program
Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming kepada rakyat.
"KPDN akan melaksanakan pengedaran barangan keperluan asas
kepada penduduk di 822 kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak, Terengganu,
Pahang, Kelantan dan Kedah. Ini termasuklah 25 kawasan pengedaran baharu
antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai,
Kelantan.
"Program ini akan memberi manfaat kepada 1.28 juta penduduk
luar bandar di 6 negeri tersebut di mana mereka dapat membeli 7 barangan
keperluan iaitu tepung gandum kegunaan am, gula putih bertapis kasar, beras
putih dan minyak masak sawit tulen paket 1kg/ botol 1liter, Gas Petroleum Cecair
(LPG) serta Petrol RON95 dan diesel pada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.
"KPDN komited untuk memastikan subsidi yang diperuntukkan ini
akan dinikmati oleh golongan yang layak serta melaksanakan penguatkuasaan bagi
mengelakkan ketirisan subsidi tersebut," katanya lagi.
Dalam kenyataan itu, KPDN turut menyambut baik pengumuman Kerajaan
untuk menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit
Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit. Usaha tersebut, katanya, akan
dapat melindungi hak-hak pengguna dan perniagaan.
Belanjawan 2023: KKD akan realisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berusaha untuk
merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital dengan peruntukan yang diumumkan
sebanyak RM2.737 bilion oleh Menteri kewangan dalam Belanjawan Madani semalam.
Menurut Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil, peruntukan itu akan
digunakan untuk meningkatkan kemudahan internet rakyat serta mendukung usaha
membangunkan industri kreatif.
Katanya, Projek JENDELA iaitu pelaburan kerajaan ke atas
insfrastruktur teknologi maklumat (IT) akan dipercepatkan bagi kesalinghubungan
digital di 47 kawasan pengindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah dengan
peruntukan RM725 juta untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan internet yang
stabil.
Selain itu, katanya, kementerian juga akan melatih usahawan dan
pekebun di luar bandar menggunakan IT bagi memudahkan pemasaran produk
dihasilkan mereka.
"Usaha ini penting bagi memastikan rakyat mendapat liputan 5G
yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan.
"Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diperkasakan bagi
membantu peniaga kecil dengan pengetahuan IT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya
satu PEDi akan diwujudkan di setiap DUN bagi meningkatkan literasi digital
dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti
ekonomi digital seiring dengan inisiatif KKD.
"KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan melatih
lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital menerusi program
Digital AgTech ke 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan
peruntukan RM10 juta," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Fahmi, KKD juga mengalu-alukan usaha kerajaan mengukuhkan
peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan
dalam talian. Inisiatif kerajaan tersebut, katanya akan mempercepatkan
usaha-usaha advokasi yang dilaksanakan KKD melalui CyberSecurity Malaysia bagi
memerangi jenayah penipuan dalam talian.
Manakala Peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta
diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai
karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik yang bermutu tinggi dan
disasarkan bukan sahaja berjaya di pasaran tempatan malah menembusi pasaran
antarabangsa.
"Bagi menyokong industri kreatif ini, sumbangan kepada Tabung
Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan diberi potongan cukai manakala duti import
serta cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan
dikecualikan," katanya lagi.
Fahmi berharap Belanjawan 2023 akan menjadi pemacu mendepani
cabaran ekonomi semasa dan menjamin kesejahteraan rakyat untuk tahun tahun akan
datang.
ORANG JAHIL NI SOKONG BUTA TULI
Jahil? Hahaha... Orang jahil adalah orang yang wala secara
membuta tuli, tanpa usul periksa dan tanpa melihat rasional.
Orang jahil ialah orang yang tak tahu membezakan antara ulama
yang benar dengan ulama su'.
Selepas mati, kita akan dibangkitkan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap kata yang kita telah tuturkan tanpa mengira
siapa kita di atas dunia dulu. Guane boh?
.
OOOO- MACAM TU YA- DULU LUPA YA..TAK SAMPAI JUGA....JANGAN SEMBANG LAH SHAHIDAN OIIIII
Shahidan ni dulu dalam kerajaan. Berpuluh tahun memang selama ni
pembangkang tak pernah diberi peruntukan. Malah masa PN dalam kerajaan, benda
sama berlaku. Tak adil juga.
Tapi masa tu dia tak bising. Sebab apa? Sebab dia dapat. So dia
bukan mahukan keadilan. Dia mahu duit. Tapi tak patut dia marah. Kerajaan dah
habis duit dah. Puak dia juga yang habiskan tu.
Senang macam ni je la. Dulu MP pembangkang pun tak dapat
peruntukan. Tapi tetap dapat berkhidmat. Kalau Shahidan rasa tak mampu nak
jalankan tugas sebagai MP, letak je la jawatan. Guane boh?
KWSP- KALAU AKU JADI PM, AKU LANTAK KANSAJA NAK KELUARKAN WANG MEREKA- ORANG MELAYU NI DIA TAK FIKIR JAUH MANA PUN. DIA KIRA HARI INI UNTUK HARI INI. KE DEPAN TAK TAHU MACAM MANA. TAK RAMAI PUN YANG GUNAKAN DUIT UNTUK BELANJA ANAK BELAJAR TINGGI TINGGI.
Macam biasa, isu KWSP menjadi tumpuan walaun. Tiada pengeluaran
KWSP dibenarkan dalam bajet kali ini. Aku baca komen walaun nak hasut rakyat
dengan isu ini untuk tolak kerajaan.
Seperti aku kata, aku neutral dalam isu ini. Kalau boleh keluar,
aku suka. Setakat keluarkan RM30,000 dari akaun aku tak nampak beza sangat. Aku
suka je kalau dapat. Tapi berapa ramai yang begitu?
Jangan kata kalau miskin masa tua nanti itu bukan masalah kerajaan.
Sebenarnya simpanan hari tua ini untuk bantu kerajaan juga. Bayangkan sekiranya
majoriti warga pencen hidup dalam kemiskinan.
Kos rawatan perubatan, kos sara hidup, semuanya akan jadi beban
kepada kerajaan. Bayangkan kalau lepas setahun bersara, semua jadi miskin. Duit
habis. Nak cari kerja sudah atas faktor umur.
Mereka ini akan terus bergantung kepada kerajaan dalam banyak
hal. Di situ kerajaan terpaksa pula sediakan bajet untuk warga pencen. Ia akan
nanti mengganggu belanja untuk sektor lain.
Sebab itu simpanan hari tua rakyat penting untuk kerajaan. Tapi
kan, hari ini rakyat dah susah. Mana sekolah nak buka, raya dah dekat, nak
bayar hutang, kos sara hidup meningkat dan sebagainya.
Betul. Sebab itu ada bantuan tunai, ada bantuan awal persekolahan,
ada bantuan perubatan untuk rakyat miskin, ada Inisiatif Payung Rahmah dan yang
paling penting, ada inisiatif kembangkan ekonomi.
Semua usaha ini bagi membantu rakyat kurangkan beban kehidupan
sehari-hari. Sebagai contoh Menu Rahmah. Dapat jimat duit waktu makan. Duit itu
boleh gunakan untuk bayar hutang.
Untuk bayar ansuran rumah, memang KWSP boleh dikeluarkan. Begitu
juga untuk yuran pembelajaran anak-anak di IPT. Cuba susun semula belanjawan
kita selepas senaraikan kelebihan yang kita boleh dapat lepas bajet ni.
Kerajaan juga mahu tanah yang terbiar milik agensi kerajaan
diusahakan dengan tanaman makanan. Ini untuk memastikan keterjaminan makanan
negara kita selain dapat menurunkan kos barangan.
Tapi kalau aku ada peluang untuk bercakap dengan DS Anwar,
memang aku akan sampaikan cadangan aku soal KWSP berikan pinjaman kepada
pencarum macam yang aku tulis dulu. Tapi apakan daya. Aku bukan orang politik.
Guane boh?
BERI KAIL BUKAN BERI IKAN- NAK MAKAN MURAH PUN IYA JUGA. PATUT MASAK...USAHA LAH WALAU PUN SEDIKIT
Bantu miskin tegar jana pendapatan, bukan terus beri wang, kata kumpulan pengguna
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, berkata pemberian wang tunai dikhuatiri akan menyebabkan rakyat kumpulan bawahan terus bergantung kepada ehsan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membantu kumpulan miskin tegar menjana pendapatan tambahan bukan sekadar menyalurkan bantuan tunai seperti bantuan tambahan RM600 di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumum dalam Belanjawan 2023.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, berkata pendekatan tunggal seperti itu dikhuatiri akan membuatkan rakyat kumpulan bawahan terus bergantung harap kepada ihsan kerajaan untuk jangka panjang.
Menurutnya, bantuan sedemikian juga tidak memberi tambah nilai kepada kumpulan miskin tegar, yang realitinya memerlukan satu inisiatif untuk membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Tambahan RM600 itu tak ke mana pun, sepatutnya kerajaan salurkan dalam bentuk yang lebih produktif yang boleh menjana hasil bagi kumpulan penerima.
“Contohnya, kerajaan bagi pilihan buat perniagaan kecil-kecil seperti tanaman cendawan atau usahakan sayur-sayur hidroponik yang tidak memerlukan kos tinggi,” katanya kepada FMT, mengulas bantuan tunai tambahan RM600 di bawah STR bagi kategori miskin tegar.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam, perdana menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM600, daripada RM2,500 yang diterima ketika ini.
Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM600, yang menjadikan keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Seorang pengamal perubatan, Dr Maamor Mansor, pula berpendapat usaha kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani untuk golongan B40 dipuji, namun menggesa kerajaan meluaskan jumlah perlindungan kepada penerimanya.
“Skim kesihatan kerajaan pusat perlu memberi lebih nilai daripada Iltizam Selangor Sihat yang ditawarkan kerajaan Selangor.
“Ia perlu ditambah baik termasuk tingkat jumlah perlindungan, tambah klinik panel, selain membenarkan penerimanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit lebih awal,” katanya.
Beliau turut berharap skim itu dapat dilaksanakan segera bagi mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan dan hospital awam ketika ini.
Belanjawan Madani 2023 memperuntukkan RM120 juta untuk skim Perubatan Madani khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta, sama seperti dilaksanakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.


