Mekanisme lesen memandu percuma diumum kemudian




Kementerian Pengangkutan akan membuat pengumuman terperinci mengenai mekanisme pembiayaan ujian lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.



Menterinya, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas pihaknya mengetahui jumlah peruntukan yang disediakan Kementerian Kewangan bagi tujuan itu.



"Saya tak tahu berapa peruntukan. Ini ‘good surprise to me’. Ada tambahan tugasan untuk saya.



"Kita akan lihat bagaimana nak laksanakan. Akan buat sidang media khusus," katanya ketika ditemui media di Parlimen.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan Madani semalam berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan.



Katanya, ia sebahagian daripada peruntukan bernilai keseluruhan sehingga RM40 bilion untuk manfaat usahawan Perniagaan Micro, Kecil dan Sederhana (PMKS).



Sementara itu Loke berkata, peruntukan yang disediakan kerajaan itu dapat membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan.

 

No comments: