ULAMA MEMBENCI DSAI?




Beberapa persoalan timbul selepas perjumpaan mahabbah ulama dan asatizah bersama PM10 yang berlangsung di Seri Perdana Ahad kelmarin.


Bagi pendokong tegar Pakatan Harapan, kita memang mengenali wajah seorang demi seorang daripada so called ulama yang hadir itu, sebelum ini merupakan duri kepada perjuangan reformasi. Bukan kerana mereka berlainan fikrah, tapi dari komentar mereka di publik.


Semua kita tahu perjuangan politik ini berlandaskan demokrasi, dan ia di luar dari tuntutan iman dan tauhid. Cuma negara kita yang dominan adalah Melayu Islam lalu Islamlah jadi rujukan kita.


Fikrah agama juga berbeza-beza. Ada yang taksub kepartian, taksub tok Sheikh, taksub mazhab sehingga menimbulkan ketegangan juga. Seperti perbalahan wahabi salafi yang tidak berkesudahan, semua mengaku mereka sahaja yang betul dan merekalah golongan yang dipandu ke syurga.


Politik demokrasi juga begitu, golongan liberal dan pragmatik dengan benderanya, sementara parti berlabel Islam mati-mati berkata bahawa mereka saja yang betul.


Dari kalangan jemputan yang dapat dilihat hadir hari itu adalah pendiri pondok, pondok modern serta ulama kontemporari yang popular. Ramai mereka tiada kaitan mempromosi politik kepartian. Cuma beberapa ulama yang cenderung salafi tidak kelihatan. Mungkin untuk next session mereka boleh hadir.


Admin mengenali beberapa antara mereka yang tegar Aswaja hadir, akan tetapi sebelum DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri mereka merupakan individu-individu yang keras membenci dan mempromosi kebencian mereka terhadap DSAI.


Kita tidak layak suuzon. Cuma kebimbangan admin ialah golongan ini manakala naiknya DSAI terus begitu lunak dan menyokong seumpama individu yang hipokrit. Masa belum berkuasa, mereka mengecam, memburukkan dan berulangkali menjadi lidah sambung fitnah terhadap DSAI atas apa persepsi asalkan rakyat membenci DSAI.


Bagi pendokong di lapangan barangkali ada sedikit mual dengan kelompok manusia seperti ini. Tinggal kita sahaja yang mahu mengandaikan bagaimana, DSAI mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.


Kita selalu mendengar luahan DSAI dalam ceramah bahawa beliau pernah makan sehingga ke istana raja, bersama orang ternama, dan beliau juga pernah dihina semasa dihumban ke penjara dan diberi layanan dan makan seumpama anjing belaan.


Mungkin pengalaman derita DSAI telah menjadi pembelajaran berguna kepada beliau untuk meraikan semua jenis manusia, semua kelompok fikrah dan semua bangsa yang ada di Malaysia dan dunia. Beliau terlalu padat dengan ilmu berkaitan perhubungan sesama manusia.


Bagi admin, biar apa jenis asatizah atau ulama yang selalu dan bakal mendampingi DSAI, kita berharap Malaysia menemui satu titik yang harmoni dalam hidup beragama di negara. 


Kalau boleh, kita tidak mahu lagi ditakuk lama apabila pergaduhan fikrah mencetuskan kesenjangan yang semakin melebar. Islam adalah agama dari Allah, bukan manusia yang menentukan amalan ibadah dan penafsiran ikut suka. Semua mesti berpandu Al-Quran dan As-Sunnah.


Mengenai penggunaan Seri Perdana yang disuarakan oleh Perdana Menteri untuk dijadikan pusat penyampaian dakwah amat dialu-alukan sangat. Muzakarah sihat seperti ini sudah semestinya ditempatkan di suatu premis yang strategik dan tidak berguna kalau dibangunkan Seri Perdana bernilai ratusan juta hanya sebagai simbol kemegahan tapi dimanfaatkan sebagai pusat magnetik bagi rakyat Malaysia mengenali Islam yang Rahmah.


Diharap pihak stesen TV milik kerajaan bersedia untuk membuat siaran langsung bagi setiap minggu sessi dakwah itu berlangsung.


Sekian: Admin SS



BAGI LA MB SELESAI .CAKAP PANDAI SANGAT

 



Bob Kelanang


Kalau la aku PM, jangan harap sesen pun bantuan dari kerajaan persekutuan... cakap sombong, DSAI nak bantu pesawah, kau kata kerajaan Kedah mampu membantu sendirian... Skang kenapa macam takut jer!!


Itu kalau aku la... tapi PMX berjiwa besar, beliau akan bantu rakyat xkira berlainan parti dan kerajaan negeri...


SEKIAN... terima kasih


Keh..keh....kasihan...

 



,# RIWAYAT PEMIMPIN GILA KUASA / HARTA


"Saya Tidak akan lepaskan jawatan pengerusi LKIM"..biar hilang maruah.. janji masyukk

NEGERI KAMUPERINTAH RAKYAT CEMPEQA MERATA CARI MAKAN NEGERI PH. NEGERI CINA DAP LAGI BANYAK...TAK MAU BALIK


 

KHIANAT DI KIANATI- KESIAN...


 

KENAPA IANYA PERLU - KERANA SOSMA TETAP AKAN MEMBICARAKAN PESALAH DI MAHKAMAH DAN BUKAN SEPERTI ISA YANG TERUS TANGKAP DAN KURUNG

 

SAIFUDDIN TAK BERGANJAK, SOSMA TETAP TIDAK DISEMAK SEMULA



Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan pendiriannya mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 atau Sosma.

Beliau berkata, peruntukan itu akan membolehkan pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah terancang, terutama membabitkan tangkapan ahli sindiket terbabit dalam jumlah yang ramai.

“Bagi menguruskan jumlah besar dan jenayah berat, hal ini memerlukan undang-undang yang tanpa mengorbankan prinsip keadilan sejagat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Saifuddin turut mengakui pelaksanaan Sosma adalah baik, berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat kerana ia membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan penangkapan suspek kes terbabit.

“Perkara penting untuk dijadikan ukuran adalah prinsip keadilan sejagat. Individu ditahan, dinyatakan pertuduhan ke atasnya, diadili di hadapan hakim dan diberi peluang mengambil peguam serta memfailkan rayuan bagi sabitan dan hukuman.

“Di sisi lain ketika berdepan jenayah terancang, kalau berlaku tangkapan antara 50 hingga lebih 100 orang misalnya. Kalau ikut saluran biasa, ditahan 24 jam, dibawa ke mahkamah dan dapat reman sehingga dua minggu,’ katanya.

Sementara itu, beliau turut mengakui berdepan pelbagai kritikan berhubung pendirian tersebut, termasuk daripada Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memintanya mengkaji semula Sosma.

“Di peringkat awal, saya nyatakan mahu mencapai keseimbangan dan terbuka untuk menerima pandangan serta teguran, selain akan melaksanakan kewajipan mengikut keperluan dan bidang kuasa sebagai menteri.

“Debat di luar (mengenai Sosma) sudah berlaku sekian lama, selain kritikan terhadap perundangan, termasuk kenyataan mengenai pendirian terkini saya berbeza berbanding dulu.

“Ini negara demokrasi, kita kena biarkan ‘iklim’ ini terus bergerak dengan subur, selain saya sentiasa menghargai pandangan semua pihak,” katanya.

Dua hari lalu, Saifuddin memberi petunjuk akta itu tidak akan disemak semula dan menyatakan individu ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, akta itu berbeza dengan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan Ordinan Darurat yang membenarkan tempoh tahanan selama 60 hari.


HA..HA..HA...PUNYA LA TAK MALU- AKHIRNYA NAK FITNAH KENA GELAK


 

UNDANG UNDANG SYARIAH DILAKSANAKAN OLEH UMNO -PAS SAMBUNG DAN TAMBAH SIKIT SIKIT...PH MELULUSKAN ANAKMEN PEGUAM SYARIAH


 

DIA CAKAP KEMUDIAN DIA TUDUH ORANG LAIN KATA-BIJAK UMNO SEBENARNYA..DAPAT KESAN AWAL- MMMM..KAMJAT


 

KENAPA GELABAH ?

 


M.SHAH RIM

Sedangkan atlet negara jiran pun kata wujud rasuah dlm sukan Malaysia.Malu woi..Nak letak muka kat mana?Eloklah @ AdamAdli hapuskan rasuah dan menaikkan martabat sukan kita. Benda baik kita sokong https://twitter.com/MaisarraAnuar/status/1602534181669859328


Kami tuntut @hannahyeoh dan @AdamAdli segera buat AUDIT FORENSIK ke atas KBS,MOM,MSN,ISN,PERSATUAN2 SUKAN yg ada untuk cari skandal2 yg berlaku sekian lama.Ade mangkuk jadikan persatuan2 ini lubuk buat duit kayakan diri keluarga kroni.Timbalan Menteri KBS baru jentik kamu dah triggered sentap pasal apa PRESIDEN MOM dan BAM?Ada buat salahkah sampai koyak rabak tiba2?


We demand @hannahyeoh and @AdamAdli immediately do a FORENSIC AUDIT on KBS, MOM, MSN, ISN, SPORTS ASSOCIATIONS that exist to find the scandals that have been going on for so long.There is an idiot who use this sport association bowl to make money enriching themself,family and crony.KBS Deputy Minister only snap his finger already PRESIDENT MOM and BAM triggered?Did you do something wrong that make you suddenly rant about?


Kenyataan @SPRMMalaysia sebelum ini mengesahkan apa yang Timbalan Menteri @KBSMalaysia saudara @AdamAdli sebut dalam sidang media beliau.Kalau tak buat salah boleh bertenang,yang gelabah tu elok SPRM terus tangkap reman di lokap untuk siasatan walaupun dia seorang TAN SRI merangkap PRESIDEN dan ada pengaruh kuat.



MASA JADI KERAJAAN NYATA PUN GAGAL...NAK TUBUH BAYANGAN PULAK...KAMI BUAT DULU DULU LAMA DAH...

 



PN nak umumkan Kabinet Bayangan minggu depan. Umumlah. Tapi yang aku nak kata, masa kabinet yang nyata pun tak buat kerja. Apa lagi kabinet bayangan ni. Memang tinggal bayang je la. Guane boh?


 

Raja Gelap 

TUBUH PARTI BARU PGHD..


 

Tetiba Mak Lampir jumpa mamak kutty mahathir, apsal?  Nak mintak tolong?  Heyy....hang hilang deposit, mahathir pun hilang deposit, nak tolong mendenye?  Elok tubuh parti Gabungan Hilang Deposit.

W.Fauzin

BODO PIANG

 


Mulai tahun depan, budak-budak perempuan sekolah akan pakai skirt balik, lelaki pakai seluar pendek.  Sesiapa nak kawen sesama jantan, betina sesama betina, tahun depan boleh daftar dah.  Maklumlah Anwar PM...hahaha....baru korang tau korang bodo percaya cakap lebai...adoiii


w.Faudzin



TAK PANDAI BACA KA ?

Shouqi Topoi


 Pakat Dok Marah Awat Minyak Xturun Lagi.Hampa Baca Bg Faham,Jgn Dok Baca Tajuk Saja...

Jenis Belajaq Tinggi,Tapi Xreti Baca Ni Masalah Juga...

Walauunnnta Betul...



HAI MUKA TAK TAU MALU KER.,..KERAJAAN KOMENEH...KERAJAAN YAHUDI...AJEN ISRAIL TU....

 

Nak pinjam duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan kelantan la terr....tau dah...nak pinjam duit dari kerajaan komunis ye?? haha..

W.Faudzin.




BOLEH KEMAS BARANG


 

MENTELITI WALAUN.

 


NAK DISKAUN KENA NAIK MAHKAMAH.TUNGGU SAT LU. SURAT DAPAT DAH KAN.....10 JUTA BUKAN BYK...


 

DULU HARAM- KINI HALAL.....


 

KITA SOKONG UEC- JELAS YA WALAUN CAI MUNGGE SILA HADAM....HADAM...JADI KHADAM


 

SEBAB TAK DAPAT BRIM- SUKA DAPAT DUIT MUDAH


 

HAAAAA- NI YANG SUKA DOK MELALAK NAK BELA RAKYAT- PM10 KATA TAK DITERUSKAN....HAAAAA...AMACAM AUNS


 

ISSHHHH..ISSHHHH...007 BETOI LA YA PM 10


 

JAWAPAN TOK GURU MASA SOKONG DAP DEPAN MASYARAKAT TIONGHUA- NI MASA DIA SUKA


 

APA DIA 5G- DIKAJI SEMULA DAN KENAPA IANYA TIDAK BERJAYA- KINI SEDANG DIKAJI- TNB BERTANGGUNGJAWAB -DAN KERAJAAN KAJI TERMA


 

WOIII- DENGAR SEMUA KAMI SOKONG UEC....


 

INI MESTI CYBERTROOPER DARI GUA


 

MAHIADDIN PANIK- PROTES GELOMBANG HITAM NAK GULINGKAN KERAJAAN.-TANGKAP PERANCANG SEBAGAIMANA. PM LAIN TAK BERANI.

 


RASUAH TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM PERSATUAN SUKAN?



Apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli menyuarakan kebimbangannya tentang amalan rasuah dalam mana-mana persatuan sukan, terdapat beberapa pimpinan persatuan melompat.


Pertamanya saya mahu jelaskan, ini kerajaan perpaduan yang prinsipnya adalah menentang segala bentuk amalan rasuah termasuk di bidang sukan.  Rasuah bukan sahaja berbentuk habuan projek atau wang ringgit, tetapi lebih luas dari itu.  Rasuah juga berlaku di dalam mengatur keputusan perlawanan dan berlaku juga di dalam pemilihan jawatan di dalam persatuan atau pertubuhan.  Apakah ianya tidak pernah berlaku di dalam kementerian belia dan sukan?  Pihak SPRM juga pernah menyebut perkara yang sama dan saya rasa SPRM tidak akan menyatakan isu ini sekiranya tiada asas.  


Keduanya, mengapa seorang dua pimpinan persatuan ini cepat sangat melatah dan merasa panas? Salahkan seorang Timbalan Menteri mengingatkan tentang perkara ini sebelum terlambat?  YB Adam Adli  tidak menyebut mana-mana pimpinan atau persatuan, tetapi beliau tidak mahu bersikap hipokrit kerana beliau sedar penyakit rasuah ini ada di mana-mana dan ianya perlu dibenteras lebih awal.  Sehubungan itu, beliau peringatkan tentang perkara ini.


Jika mana-mana pimpinan persatuan merasakan mereka atau persatuan mereka bersih, apa yang perlu ditakutkan?  Sepatutnya mereka menyokong kenyataan Timbalan Menteri berkenaan kerana rasuah bakal merosakkan budaya dan prestasi sukan di negara kita.  


Syabas YB Adam Adli kerana berusaha untuk merealisasikan hasrat PM 10 agar negara ini dibersihkan dari amalan rasuah.  "Jangan merasa pedas kalau tidak memakan cili".  


WFAUZDIN NS

PERLEMBAGAAN KAFIR- AIKKK.....ANGKAT SUMPAH JUGA YA


 

SAYA BERTAWAKKAL. ANWAR BERKATA PADA 19 HB NANTI BELIAU SERAH KEPADA RAKYAT


 

ADAKAH ANWAR TIDAK BEKERJA ? TIDAK BELIAU TERUS BEKERJA.JOM LIHAT INI


 

KISAH DAN PENGALAMAN SEORANG USTAZ BUDAYA TAKFIRI MENULAR DI MARANG


 

TARIF LETRIK TIDAK DINAIKKAN


 

INGAT PEMFITNAH ITU ADALAH DOSA -TAK DAK KERJA LAIN ? SAMAN SAJA KAH ? DULU MACAM MACAM AKTA DIGUNAKAN.SEKARANG SAMAN SAHAJA...OK LA...


 

BADAN SUKAN DI NEGARA INI TERLIBAT RASUAH


 

UBAT PREP- HIV - TUJUAN BAGUS TAPI TAJUK PROJEK KERAJAAN NI KENAPA DI FOKUSKAN PADA GAY- TAK ELERT LAGI KA MENTERI ?

 

HIV NI PALING BANYAK-MAT GIAN-KEMUDIAN

 PELANGGAN JALANG-LESBIAN GAY NI

 SIKIT. DI MALAYSIA 87 % NI ADALAH DARI PENAGIH.




JUMPA DI MAHKAMAH- SAMPAI MASA JOM RAMAI RAMAI- 10 JUTA OOOO


 

JOM PAKAT GELAK KEPADA KERAJAAN LEPAS


 

TELOR TAK ADA DAH ADA, HARGA MAHAL DAH TURUN, MINYAK, LEBIH MURAH DARI ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE...KINI TARIF LETRIK TAK NAIK.....


 

RASUAH MELINGKUPKAN DUIT RAKYAT PERLU DISIASAT- TAK BUAT KERJA ? .....


 

SELEPAS Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim! Ini Pula Reaksi Sanusi M...



Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor berkata, beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkaitan “berperwatakan tidak bermoral”.



EH...LANTIK SANATOR TAPI BOLEH BUAT KERJA- BUKAN MACAM KAU LOMPAT DAN KHIANAT PARTI-HIPOKRASI-6 ATAU 9 BANYAK

 


MELAYU WAJIB TENGOK: DAP SUDAH BERUBAH? LOMPAT PARTI - 4 PILIHANRAYA KEC...

PRU SUDAH TAMAT DAN TUMPUAN PENYELESAIAN KEPADA RAKYAT. PN MELINGKUPKAN MASA DEPAN NEGARA


 

PRU15: PAS "RASUAH" ANAK MUDA UNDI PAS & PN? - PENDEDAHAN EKSKLUSIF LOKM...

SELAMA INI KAMI TIDAK TAHU SIAPA YANG MENGHANTAR KARPET YANG BANYAK UNTUK DICUCI


 

JANGAN BIMBANG, PEMBENCI ANWAR BUKAN PUN MENGUNDI PH ATAU BN!!


 Ada penyokong PH mula meluahkan rasa bimbang melihat serangan dan sentimen kebencian terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan di media sosial kebelakangan ini.

Kata mereka, mampukah kerajaan ini bertahan lebih lama?

Realitinya, pebagai perkara mereka jadikan isu untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan, tidak terkecuali berkaitan hal-hal yang tidak kaitan sama sekali dengan Anwar atau janji PH pada PRU15 lalu.

Janji menurunkan harga minyak, walaupun orang yang waras tahu ia adalah janji pada PRU13 dan tidak terdapat dalam manifesto PRU15, masih ada yang suka mengulang-ulang isu tersebut dan mempertikaikan bila lagi ia mahu dilaksanakan.

Mereka ini, selain selama ini semacam duduk dalam gua, perbuatan tersebut juga sebenarnya memperbodohkan diri sendiri kerana janji PRU13 hanya boleh dituntut jika PH menang pada 2013 dahulu.

Kalau dalam peperiksaan, sudah lama mereka berkenaan diberi markah dengan pen merah kerana menggunakan fakta yang tidak berkaitan dalam isu yang dibangkitkan.

Lebih teruk lagi, penamatan khidmat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam baru-baru ini turut juga diseret nama Anwar yang melakukannya.

Sekali lagi, mereka yang mengaitkan perkara itu dengan Anwar memang sah selama ini duduk dalam gua kerana langsung tidak membaca berita semasa sejak lima enam bulan sebelum ini.

Kalau mereka jenis yang peka dan rajin membaca, tentu mereka tahu isu sebenar berkaitan Ketua Pengarah JPA yang ditamatkan khidmatnya oleh Ketua Setiausaha Negara itu.

Tetapi, yang terus tidak habis-habis dipertikaikan ialah kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri melalui pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Pelbagai aspek dan sisi lain cuba dijadikan alasan untuk mempertikaikannya tanpa mereka memahami bahawa kuasa melantik Perdana Menteri itu adalah hak Agong berdasarkan keyakinan siapa yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Sepatutnya setelah perlantikan dibuat oleh Agong dan kemudian Anwar sendiri menunjukkan jiwa besarnya dengan sedia membawa usul undi percaya di Parlimen pada 19 Disember ini, semua pihak mesti bertenang dan menunggu tarikh tersebut untuk berbuat sesuatu.

Jika yakin ada sokongan dan mahu menjatuhkan Anwar, tolaklah beliau dalam undi percaya tersebut.

Ini tidak, menceceh dan meroyan tak henti-henti yang memberi gambaran jiwa mereka sedang kacau dan begitu tertekan setelah hilang gaji serta jawatan, sesetengahnya pula memperolehinya hanya dengan duduk di rumah saja.

Pun begitu, jika kita perhati dan teliti, mereka yang tidak henti-henti mempertikai kerajaan dan Anwar sekarang ini bukanlah daripada penyokong atau pengundi PH, juga bukan penyokong dan pengundi BN yang parti ini kini telah bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

Penyokong dan pengundi PH, juga penyokong dan pengundi BN, secara umumnya menerima baik kerajaan ini dan berkeyakinan Anwar bersama pasukan kabinetnya mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Cuma, dengan pelbagai masalah dalam negara, disertai beban hutang yang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu – lebih masa, sokongan serta pemahaman rakyat adalah amat diperlukan.

Perubahan atau hasil untuk dinikmati tidak mungkin dapat dituai dalam jangka waktu yang segera.

Mereka yang tidak puas hati itu adalah penyokong selain daripada PH atau BN atau dalam erti kata lain, sebahagiannya adalah penyokong dan pengundi PN, manakala selebihnya lagi adalah pentaksub Tun Mahathir Mohamad dan GTA.

Tiada ubat untuk mereka itu dan terlalu sukar untuk diubah hati mereka, lebih baik usah dilayan sangat.

Penyokong dan pengundi PN, jika mereka sedar, lebih patut menyalahkan Mahiaddin Md Yasin kerana dengan sombong dan ego menolak titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan yang dicadangkan baginda.

Jika Mahiaddin tidak menolak titah Agong itu, hari ini PN sudah pasti merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Dah diri sendiri menolak kerajaan perpaduan, tapi marah pula orang lain yang mahu dan berada dalam kerajaan perpaduan, tidakkah mereka ini “sakit” sebenarnya?

Begitu juga dengan penyokong dan pengundi GTA, mereka sepatutnya ada rasa malu untuk mempertikaikan Anwar dan kerajaan yang dipimpinnya sekarang.

Ini kerana GTA sendiri, selain ditolak, juga dikalahkan dengan teruk sehingga hilang deposit di semua kawasan yang ditandinginya.

Kalau bertanding pun sampai hilang deposit semua kerusi, duduk diam-diam saja layaknya!! – ShahbudinHusin 14/12/2022.



HAAA- NI WALAUN- MASA TAKI DULU BUKAN DIA NAK NAIKKAN TARIF LETRIK KE ?


 

SAMAN TERHADAP SANUSI BARANGKALI AMARAN AWAL BUAT HADI


 Daripada empat pemimpin blok pembangkang yang disaman setakat ini oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, tiga daripadanya adalah pemimpin Pas.

Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan terbaru, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Pemimpin keempat yang diambil tindakan sama ialah Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu.

Secara tidak langsung ini bermakna, walaupun Pas itu parti Islam kononnya, tetapi pemimpinnya dilihat lebih terdedah kepada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Jika tiada unsur fitnah, tentulah tidak mungkin Anwar ada asas untuk mengemukakan saman terhadap mereka itu.

Dengan mengemukakan saman itu, sebagaimana disebut sebelum ini, ia bukanlah bermakna Anwar pemimpin yang mudah koyak dan tidak sedia dikritik.

Anwar sebenarnya sangat terbuka dengan kritikan, bahkan amat meraikan perbezaan pendapat.

Tetapi, melalui saman yang dikemukakannya, ia menunjukkan beliau tidak bertolak ansur terhadap fitnah, pembohongan serta kata-kata berbentuk penipuan.

Berkedudukan sebagai Perdana Menteri, apabila tindakan saman diambilnya terhadap pemfitnah, ia adalah mesej untuk rakyat memahami tentang pendiriannya terhadap fitnah.

Tidak sukar sebenarnya untuk memahami bahawa bagi Anwar, fitnah mesti dilawan dengan tindakan undang-undang agar ia dapat memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit serta orang lain juga.

Fitnah tidak boleh lagi dilawan dengan penafian atau penjelasan semata-mata, jauh sekali tidak boleh sekadar hanya berdiam diri serta berserah kepada Tuhan saja.

Melalui tindakan saman itu, ia adalah peringatan kepada tukang-tukang fitnah, sama ada yang berkopiah atau tidak, agar ada sedikit ketakutan untuk meneruskan kerja-kerja jahat tersebut.

Seterusnya, dengan mendepani fitnah itu dengan saman, ia akan membolehkan Anwar memberi lebih tumpuan untuk mengurus negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Beliau tidak perlu lagi menafi atau membuat penjelasan terhadap fitnah kepadanya, segala-galanya mesti mereka hujahkan di depan hakim di mahkamah nanti.

Kalau asyik mahu menafi, menjawab atau memberi penjelasan setiap kali fitnah ditimbulkan, ia tidak mungkin berakhir sampai bila-bila dan akhirnya hanya membuang masa jika kemudian banyak lagi fitnah-fitnah lain dikeluarkan.

Pendek kata, saman fitnah Anwar bukan saja sebagai pengajaran kepada pemfitnah dan mereka yang suka membuat fitnah, malah juga untuk membolehkan beliau lebih serius dalam tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Selepas ini, jika ada sesiapa lagi memfitnahnya, mereka juga pasti disamannya.

Sekaligus, saman terhadap Sanusi barangkali merupakan amaran awal secara tidak langsung kepada pemimpin utama Pas, Hadi Awang yang dilihat masih berterusan mempertikaikan kewujudan kerajaan perpaduan dan tidak puas hati dengan terangkatnya Anwar sebagai Perdana Menteri.

Hadi boleh terus berhujah dan mempertikaikannya selagi ia berbentuk kritikan, tapi hati-hati jangan sampai terseret unsur fitnah di dalamnya, baik dalam ceramah atau tulisannya yang kerap di media sosial.

Kalau celupar dan memfitnah juga, percayalah, waima Hadi sekali pun, tidak akan terlepas daripada turut dilayangkan surat saman.

Cubalah kalau tak percaya? – ShahbudinHusin 14/12/2022.