RASUAH TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM PERSATUAN SUKAN?



Apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli menyuarakan kebimbangannya tentang amalan rasuah dalam mana-mana persatuan sukan, terdapat beberapa pimpinan persatuan melompat.


Pertamanya saya mahu jelaskan, ini kerajaan perpaduan yang prinsipnya adalah menentang segala bentuk amalan rasuah termasuk di bidang sukan.  Rasuah bukan sahaja berbentuk habuan projek atau wang ringgit, tetapi lebih luas dari itu.  Rasuah juga berlaku di dalam mengatur keputusan perlawanan dan berlaku juga di dalam pemilihan jawatan di dalam persatuan atau pertubuhan.  Apakah ianya tidak pernah berlaku di dalam kementerian belia dan sukan?  Pihak SPRM juga pernah menyebut perkara yang sama dan saya rasa SPRM tidak akan menyatakan isu ini sekiranya tiada asas.  


Keduanya, mengapa seorang dua pimpinan persatuan ini cepat sangat melatah dan merasa panas? Salahkan seorang Timbalan Menteri mengingatkan tentang perkara ini sebelum terlambat?  YB Adam Adli  tidak menyebut mana-mana pimpinan atau persatuan, tetapi beliau tidak mahu bersikap hipokrit kerana beliau sedar penyakit rasuah ini ada di mana-mana dan ianya perlu dibenteras lebih awal.  Sehubungan itu, beliau peringatkan tentang perkara ini.


Jika mana-mana pimpinan persatuan merasakan mereka atau persatuan mereka bersih, apa yang perlu ditakutkan?  Sepatutnya mereka menyokong kenyataan Timbalan Menteri berkenaan kerana rasuah bakal merosakkan budaya dan prestasi sukan di negara kita.  


Syabas YB Adam Adli kerana berusaha untuk merealisasikan hasrat PM 10 agar negara ini dibersihkan dari amalan rasuah.  "Jangan merasa pedas kalau tidak memakan cili".  


WFAUZDIN NS

No comments: