Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan


 

PAC bimbang dengan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan, dengan hutang pada 2021 berjumlah RM979.814 bilion, meningkat daripada RM879.56 bilion pada 2020 - 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melahirkan kebimbangan dengan tindakan menggunakan 16.3 peratus daripada hasil negara yang dikutip pada 2021 hanya untuk membayar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya Wong Kah Woh hari ini membangkitkan kebimbangan itu dengan membuat andaian bagi setiap RM1 yang dikutip, 16 sen akan digunakan untuk membayar faedah pinjaman.

Ini adalah antara kebimbangan PAC yang diketengahkan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi negeri bagi tahun 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini (6 Oktober 2022).

Pada sidang media di Parlimen hari ini, Wong juga berkata PAC bimbang dengan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan, dengan hutang pada 2021 berjumlah RM979.814 bilion, meningkat daripada RM879.56 bilion pada 2020 – 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata walaupun Sijil Ketua Audit Negara dikeluarkan tanpa teguran, beberapa perkara memerlukan perhatian kerajaan.

Wong berkata ini termasuk pembayaran pinjaman matang menggunakan pinjaman baharu dan pengurangan perbelanjaan pembangunan.

“Pada 2021, kerajaan membuat pinjaman kasar berjumlah RM217.201 bilion, dan 52.4 peratus atau RM113.674 bilion digunakan untuk pembayaran pokok pinjaman matang.

“Jadi apa yang kita boleh lihat di sini, daripada RM217.201 bilion pinjaman kasar, hanya 28.7 peratus atau RM62.317 bilion digunakan untuk tujuan Dana Pembangunan.

“Jadi sebelum ini kita bercakap kira-kira RM62.317 bilion dipindahkan ke Dana Pembangunan, daripada jumlah ini hanya RM40.994 bilion digunakan untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau menegaskan terdapat sedikit penurunan peratusan berbanding 2020 di mana RM37.530 bilion atau 77.3 peratus digunakan untuk Kumpulan Wang Pembangunan.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang turut hadir pada sidang media itu berkata, peningkatan hutang Persekutuan kepada RM979.814 bilion adalah disebabkan oleh pinjaman kasar RM217.201 bilion.

“Sudah tentu, jika kita lihat angka sebelum ini, pinjaman ini sentiasa dibuat untuk membiayai Dana Pembangunan.

“Cuma sekarang, tahun ini (2021) dan tahun sebelumnya (2020), Covid-19 berlaku, dan sebahagian daripada dana itu digunakan untuk meningkatkan ekonomi dan membantu syarikat yang terjejas akibat Covid-19.

“Kami faham itu, tetapi kami bimbang – kenaikan hutang tidak dapat diteruskan dan ini bermakna ini harus menjadi langkah jangka pendek.

“Pandangan kami, kerajaan mesti mengambil langkah untuk membetulkan perkara ini supaya ia lebih terurus,” katanya.

Nik Azman menambah, disebabkan pembayaran faedah terkumpul, bagi setiap RM1 hasil yang dikutip, 16 sen digunakan untuk membayar bayaran faedah.

“Ini tidak boleh diteruskan, walaupun kami faham ini adalah sementara… jadi tugas kami sebagai juruaudit adalah untuk meningkatkan tekanan terhadap perkara itu,” katanya.

 

 

[🔥SIRI 62🔥] "PULANGKAN BALIK! (PART 1)"

TAKAT WAN SAIFUL HANGPA KATA HEBAT SANGAT- GAGAL BUAT KERJA DALAM KERAJAAN DULU.SOH JAGA PTPTN DIA BUAT APA?

 

Saingan ‘sengit’ jika Wan Saiful pilih bertanding di Lembah Pantai, kata penganalisis


Saingan bagi Wan Saiful Wan Jan jika bertanding di Lembah Pantai
 dikatakan akan menjadi agak sengit kerana Ahli Parlimen semasanya,
 Fahmi Fadzil, lebih dikenali di kawasan itu.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, saingan akan menjadi “sengit” sekiranya Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memilih untuk bertanding di Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kartini Aboo Talib daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jika Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ingin mempertahankan kerusinya, beliau dilihat sebagai calon pembangkang yang berkaliber.

“Wan Saiful ahli politik yang sangat berbakat dan aktif sebagai aktivis sosial membantu kanak-kanak kurang upaya (autisme). Beliau juga anak jati Kedah,” katanya kepada FMT.

“Beliau pernah memimpin Ideas, badan pengkaji dasar dan dikenali atas platform ini bagi masyarakat bandar. (Namun) untuk beliau bertanding di Lembah Pantai, saingan agak hebat kerana Fahmi Fadzil lebih dikenali di kawasan ini.”

Selasa lepas, FMT melaporkan ketua bahagian Bersatu di Lembah Pantai dan Jerlun mahu mencalonkan Wan Saiful di dua kawasan itu, walaupun sebelum ini beliau dikatakan akan bertanding di Kubang Pasu. Menurut sumber, Wan Saiful mempunyai peluang cerah untuk bertanding di Lembah Pantai atau Jerlun pada PRU15.

Kartini berkata, di Jerlun, Wan Saiful berkemungkinan berdepan Mukhriz Mahathir, justeru akan menghadapi laluan sukar kerana keluarga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sangat dihormati oleh warga Kedah, terutamanya masyarakat Melayu luar bandar.

“Antara dua kerusi ini, saya kira Wan Saiful boleh memilih Lembah Pantai berbanding Jerlun (kerana mempunyai) peluang yang lebih cerah dalam kalangan komuniti bandar,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin berpendapat jika Wan Saiful atau mana-mana pemimpin parti politik bertanding di kawasan parti gergasi, agak tipis peluangnya untuk menang.

Hal ini kerana, katanya, mana-mana dominasi parti politik gergasi seperti Umno, DAP, PAS atau PKR telah kembali menguasai arena politik negara.

“Seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor. Ini membuktikan masyarakat tidak berminat dengan isu-isu politik dan jumlah pengundi yang turun amat rendah, maka parti gergasi seperti Umno, DAP, PKR, PAS kemungkinan akan terus memenangi PRU15 jika diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, pemimpin parti atau calon bukan dari parti politik gergasi harus bijak mendorong masyarakat keluar mengundi.

“Di situ kemungkinan wujud peluang tumbangkan calon parti gergasi dalam negara dan membentuk jajaran politik lebih demokratik,” katanya.

Sementara itu, Bilcher Bala daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpendapat Wan Saiful akan tewas jika bertanding di Jerlun atau Lembah Pantai.

“Ini bukan soal hendak tukar parti, tetapi soal kesetiaan (merujuk kepada tindakan Bersatu keluar Pakatan Harapan dan sertai Perikatan Nasional),” katanya.

LAAAA....LGBT TAK HILANG JUGAK LAGI....NI NAK PI PADANG MERBOK TANG MANA- JOM CARI STADIUM MANA-MANA ....

 



MOHD AFFENDI ABAS

Zaman Kerajaan Keluarga PAS PN BN- Penyanyi LGBT pun dibenarkan buat konsert? Inikah Kerajaan Melayu-Isle yang dilaung-laungkan?

Mana pergi pejuang RUU 355? Masih menyokong lagi kerajaan ini? Ke semuanya dah keluar dari parti? Patutlah senyap sunyi je Padang Merbok! 


KESIAN BUDAK INI- WAKIL RAKYAT KA MB TAK RASA NAK TURUN BAGI BANTUAN KA TAK TAU- AWAT YANG BINGAI SAMPAI LAGU TU

 

Pelajar cemerlang tolak tawaran ke MRSM demi jaga ibu bapa sakit.




Penaung Kedah Darul Aman FC, Mohd Daud Bakar melawat Nurfatin Hanis dan keluarganya di Sik, Kedah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar cemerlang Tingkatan Tiga menolak tawaran belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) demi menjaga ibu bapanya yang sakit serta adik-beradiknya.

Kisah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Nurfatin Hanis Abdullah, 15, itu mendapat perhatian penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Daud Bakar yang berkongsi pengalamannya melawat remaja itu di Sik, Kedah pada Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Daud diberitahu, meskipun hidup dalam kedaifan, ditambah pula tanggungjawab menguruskan ibu bapa dan adik-beradik, remaja itu masih mampu menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran.

“Pihak sekolah menceritakan kehidupan Fatin. Dia menghantar adik-adiknya pada awal pagi ke sekolah. Kemudian ambil pulang waktu tengah hari.

“Kadang-kadang Fatin tidak dapat hadir ke sekolah kerana hantar ayahnya membuat rawatan fisioterapi. Apa-apa pun, Fatin tetap cemerlang dalam pendidikan. Ibunya juga tidak sihat,” katanya menerusi catatan Facebooknya.

“Seorang pelajar yang cemerlang, tapi miskin. Pihak sekolah menyediakan makanan di kantin secara percuma kepadanya. Saya juga sempat tengok buku catatan kos makanan Fatin di kantin antara RM2.50 ke RM4.80 setiap hari.

Daud melabelkan remaja itu hero hebat kerana mampu berbakti kepada ibu bapa walaupun masih di bangku sekolah.

“Kelopak mata saya terasa berat. Air mata halus mula menolak keluar. Saya datang ke sebuah rumah yang berlubang-lubang, tapi berjumpa seorang hero hebat. ‘Unsung’ hero.”

Tokoh kewangan Islam itu mengambil pelajar tersebut sebagai anak angkat pertama KDA FC dan akan menanggung perbelanjaannya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Rafizi berani bongkar skandal2 besar demi Rakyat #DSAI #anwaribrahim #rafiziramli #ayuhmalaysia #iniusahakit


 

LEBAI LEBONG


 

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG SIRI 2


Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

.

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik dan kangkung? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

.

Bertimbang taralah...

.

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. Saya bukan mengeluh untuk diri saya, Alhamdulillah saya orang susah dahulu yang kini sudah senang. Minyak naik banyak kalipun insyaAllah saya masih mampu tetapi saya cuba mendengar dan memahami marhaen lainnya yang masih mengira syiling dalam saku untuk beli barang dapur.

.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

.

.

SAIFUL NANG

Orang Marhaen

.

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti semasa kita berjumpa di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.

.

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

 

#ruu355 #umno #fyp #tiktokmalaysia #viral #pilihanrayaumumke15 #trending #dap #pkr #pas #barisannasional #pakatanharapan #politiktiktok #pilihanraya Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) - shaniamelia


 

SUBJUDIS






SUBJUDIS

Saya selalu katakan, kes NR ni, ada dua mahkamah. Satu di mahkamah betul2, satu di media massa.

Selalunya apa yang dispin di FB bukan apa yang berlaku di Mahkamah. Ada team admin putar alam dia yang buat kerja. Disambut pula dengan influencers jembalang yang berbayar. Spin2 dan kona2. Tambah dengan, cytro dedak yang menyerang siapa saja yang menyanggah mereka.

Contohnya, masa di Mahkamah Persekutuan. Dia buat sidang media, katanya Mahkamah tak bagi dia diwakili peguam. Dia berseorangan.

Walhal, 2 minggu sebelum kes dia pecat Peguam

Shafee. Lantik Peguam Hisham yang kerja dia nak tunda kes. Bila Mahkamah tak bagi, Peguam Hisyam ala2 merajuk nak tarik diri. Pastu dia pecat pulak Peguam Zaid Ibrahim. Nasib baik Mahkamah tak bagi Peguam Hisyam tarik diri. Kalau tak, stunt dia menjadi.

Sama je kes 1MDB ni, Peguam Shafee buat PC. Kritik Pendakwaan. Mengenai surat Raja Arab. Surat tu untuk pembelaan NR. NR la perlu bawak masuk surat ori untuk buktikan pembelaan beliau. Masalahnya, masa kes SRC, surat ori pun tak jumpa cari. Padahal surat dihantar ke alamat rumah sendiri.

Lepas Pendakwaan bagi amaran, ini subjudis dan kacau ganggu kes mahkamah. Boleh kena tindakan penjara, kerana bicara dalam media.

Dia dengan poyo minta maaf dalam Mahkamah. Walhal fitnah dan misinformation tu dah tersebar. Diulang2 oleh cytro2 mereka.

Bagi rakyat yang tak membaca akhbar, akan terima bulat2. Habis ditohmah DPP dan Mahkamah.

Nampak tak drama mereka di situ? Kalah spin Yahudi hantu.

Lagi satu, awatnya pakcik ni masih peguam NR? Bukankah hari tu sudah dipecat kes rayuan SRC lagi 2 minggu?

Nampak tak taktik yang cuba mengeliru. Hanya boleh nampak kalau anda suka baca buku. Kalau jenis taksuber, akan lebih percaya influencers jembalang hantu. Spin saja mereka tahu.

~LM~

 

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG SIRI 1


Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne, Singapura jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.

.

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.

.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.

.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

.

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

.

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

.

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

.

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

 

 

 

#UndiBanjir: Jangan pandang rendah kuasa rakyat - Penganalisis


 Keyakinan parti politik tidak mustahil akan menjadi sebaliknya dan tidak diterjemahkan dalam bentuk keputusan yang dimahukan. - Gambar hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR: Mengadakan pilihan raya yang 'tidak direstui' rakyat dan memandang rendah pada kuasa pengundi boleh membawa kepada situasi yang tidak diingini oleh parti politik.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Mujibu Abdul Muis berkata, keyakinan parti politik tidak mustahil akan menjadi sebaliknya dan tidak diterjemahkan dalam bentuk keputusan yang dimahukan, atas dasar rakyat tidak selesa dan bermotivasi untuk keluar mengundi.
"Negeri-negeri yang hanya mungkin terlibat dalam pilihan raya umum serentak hanya melibatkan Perlis, Perak dan Pahang. Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan dan Pas seperti Kelantan, Terengganu Kedah, Selangor dijangka tidak mengambil bahagian.
"Situasi ini berpotensi membunuh motivasi pengundi kerana mereka berpendapat kena mengundi dua kali. Mereka yang bertugas juga tidak bermotivasi sebab mereka terpaksa tinggalkan kerja hakiki untuk bantu PRU.
"Kalau ini berlaku, ini tidak bagus untuk demokrasi. Harus diingat, yang perlu diutamakan ialah pengundi bukan parti politik," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
Jelasnya, apa yang menjadi spekulasi ketika ini ialah hanya cepat atau lambat pembubaran Parlimen, namun apa dipersoalkan ialah kesesuaian melaksanakan PRU dengan jangkaan berlakunya bencana banjir.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tambah beliau, diyakini tidak mempunyai masalah dan pastinya akan bersedia dengan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan, namun persepsi orang ramai tentunya berbeza.
"Isunya bukan SOP dari pihak SPR kerana mereka mesti bersedia. Yang menjadi persoalan ialah persediaan pengundi, apakah mereka sanggup menempuh susah payah atau terus hilang semangat.
"Kita sendiri lihat motivasi pengundi semasa pilihan raya negeri yang dijalankan dalam tempoh pandemik, peratusan keluar mengundi tidak begitu tinggi apa lagi kalau berhadapan dengan bencana kemusnahan seperti banjir," katanya lagi.
PRU15 | Pengundi korban cita-cita politik?

KISAH DARI TERENGGANU- BACAAN UNTUK SIAPSIAGAAN- BUKAN UNTUK PANIK-BERITA BELUM DISAHKAN

 

Assalamualaikum ..buat tatapan dan peringatan semua yang disayangi....semalam 28.9.2022 jam 930 mlm poksu telah diminta untuk menghadiri taklimat khas  Bencana Tasik Kenyir di ILP Marang..Taklimatnya menggerunkan...cuma cukuplah jika poksu khabarkan sentiasa bersiap siaga dan ikutlah arahan daripada pihak berkuasa jika diminta. dikhabarkan MUNGKIN  dalam bulan 11 hingga Mac 2023 akan berlaku  banjir besar . Amat dibimbangi banjir ini akan mengakibatkan kebocoran pada pintu keluar atau air buang ditasik kenyir yang kini masih dalam pembaikian akibat kerosakan semasa banjir bulan 2 2022. Mengikut ocpd Daerah Marang...jika berlaku kebocoran........dalam masa 5 hingga 8 jam benteng tasik kenyir akan mula pecah dan kepala air tasik kenyir yang menakung air seluas 360 km  akan melanda hampir semua kawasan hulu terengganu,marang,k.terengganu dan kuala nerus....

 

Kawasan Marang akan menjadi kawasan laluan pokok2 tumbang .Kawasan Hulu poksu tak tahu bagaimana jadinya. Jika berlaku...kawasan wakaf Tapai,Tambak Baru air akan melanda setinggi 5 - 6 meter lebih kurang 18 kaki. Pekan Bukit Payung air akan meningkat setinggi 16 meter iaitu 48 kaki...Jangan panik tapi berjaga-jagalah ...Kita di nasihatkan sekarang agar menyimpan dokumen2 penting,barang2 kemas dan lain2 disatu tempat yang senag diambil dan dibawa bila dikehendaki. Menurut OCPD tersebut tempat yang selamat ialah di dungun. Jika berlaku...bwalah keluarga ke Dungun tetapi kami dimaklumkan jika siren amaran dibunyikan , pada masa tersebut dianggarkan kenderaan daripada K.Terengganu,Marang dan Hulu Terengganu akan mencecah 250 ribu buah diatas jalan.Bayangka bagaiman sesaknya jalan diwaktu itu. Rancanglah dari sekarang.Jangan panik..Fikir jalan mana yang nak dilalui. Dihrapkan bencana yang dikhabarkan ini tidak berlaku.

 

Banyakkan doa dan solat hajat. Utk makluman 27-29 .2.2022 sebelum ini hampir diwartakan darurat kerana empangan kenyir hampir2 pecah..seperti dalam gambar..batu2 bukit sebelah sini telah runtuh dan kawasan bawah sebelah kiri menjadi padang jarak.5 tiang yg membawa arus letrik kaw itu telah tumbang.Laluan air yg hujung sekali telah dihempap batu sebesar rumah...kini dalam proses dibaiki semula.Di tepi laluan air itulah yang dibimbangi berlau kebocoran.Bukan menakutkan tapi berjagalah. Belilah baju pelampung..tak mahal..Air akan menakung dan bertahan antara 3 hingga 7 hari di kawasan yang dinaiki dan akan mengalir keluar..itu punjika air laut pasan tidak tinggi...jadi...jika hujan turun dgn lebat barhari2 ...bawalah famili bercuti di luar terengganu...

5 ALASAN ZAHID


 

PRU 15 - APA KEMUNGKINAN?

 


Mungkinkah Kebawah Duli Tuanku YDP Agong akan menolak nasihat PM bagi membubarkan parlimen atas faktor2 berikut?

1. Memasuki musim tengkujuh. Mencacatkan amalan demokrasi jika diadakan PRU kerana sekiranya banjir berlaku di beberapa tempat, maka ianya dilihat menidakkan hak rakyat untuk keluar mengundi.

2. Apakah PM telah berjaya menunaikan janjinya kepada Agong sewaktu mengangkat sumpah untuk menjadi PM dahulu iaitu tugas utamanya adalah tangani Covid dan pulihkan ekonomi? Berapa peratuskah kejayaan yang telah beliau capai setakat ini?

3. Terdapat banyak bantahan oleh hampir kesemua parti politik kecuali Umno bahkan dari NGO2 serta rakyat yang tidak mahu mengambil risiko menghadapi PRU sewaktu musim tengkujuh. Difahamkan, kabinet sendiri tidak pernah bersetuju untuk diadakan PRU dalam masa terdekat ini.

Persoalannya, adakah Agong wajib menerima nasihat PM? Sejarah pernah membuktikan sebelum ini Agong pernah menolak nasihat PM iaitu sewaktu Muhyidin selaku PM dahulu menasihatkan Agong untuk mengistiharkan darurat. Nasihat PM ditolak.

Jika diikut semangat konvensyen atau moral, seseorang PM yang menasihati Agong tetapi nasihatnya ditolak, maka wajarlah PM itu meletakkan jawatan kerana dianggap telah hilang kepercayaan dari Agong. Namun, Muhyiddin waktu itu tebal kulit muka dan gagal mematuhi semangat tersebut. Apakah ianya bakal berulang lagi?

Rakyat harus melihat kesemua ini. Tidak masuk akal seorang PM yang entah cukup atau tidak lagi majoritinya sekarang tanpa rasa bersalah mahu mendera rakyat dengan mengadakan PRU waktu musim tengkujuh hanya kerana seorang dua manusia yang bermasalah di mahkamah mahu adakan PRU?

Jika ini benar-benar berlaku, rakyat berhak menghukum PM dan partinya kerana langsung tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dan parti masing-masing.

WFAUZDIN NS

 

Presiden Umno kata bubar, Mail kata aku PM….


 

KASIHAN.....

 

Kesian la tengok Isnail ni. Lepas menghadap YDP Agong, kena pula menghadap Zahid. Padahal dia ketua pentadbiran negara. Tapi kena tunduk kepada seorang yang sedang dibicarakan atas banyak kes jenayah kewangan. Lemahhh! Guane boh?

Raja Gelap

 



SEBELUM KITA TENGGELAM, KITA TENGGELAMKAN UMNO/BN/PN

 

Sementara itu di Chepor Ipoh, banjir dah mula. Zahid Hamidi tolong buka mata. Ismail Sabri buka mata. Jangan asyik nak kuasa saja.




TAKUT TAK PUNYA JNTERA : MUHYIDDIN MASIH HARAP BERSAMA PAS-PAS PULA RELA MELUTUT DIKAKI UMNO


 

Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin PAS akan kekal bersama gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Selepas bermesyuarat selama lima jam di ibu pejabat gabungan itu untuk membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya, Muhyiddin menegaskan PAS tidak akan berputus asa dalam perkara ini.

“Insya-Allah, kami tidak akan berselisih,” katanya menurut MalayMail.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir pada mesyuarat PN hari ini berikrar untuk taat setia kepada gabungan itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata masih terdapat perbincangan dengan UMNO di beberapa kerusi bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menang di kawasan tersebut.

“Tiada pilihan, kami sebahagian daripada PN. Cuma kami juga membincangkan beberapa kerusi di mana kami fikir kami boleh mencari kata sepakat dan mengelakkannya daripada jatuh ke tangan PH,” kata Tuan Ibrahim.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN untuk membincangkan persiapan menghadapi PRU-15, termasuk persiapan menyediakan manifesto pilihan raya.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam kenyataan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini berkata, tiada perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dibangkitkan.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu.



PARLIMEN BUBAR….









PARLIMEN BUBAR….

NORMAN RADZUAN

Bubar Parlimen hari ini? Kan saya kata jgn panik. Tuanku pergi dgr taklimat banjir sb baginda nak fikir nasib 30 juta rakyat Malaysia bukan nak fikir nasib ‘Wak’ tu sorang. Suka hati Wak nak tetapkan PRU bila.

Apa majlis lagi Wak Ponorogo utk pekenakan MailDescription: 😂 Kadang2 saya salute pada Mail, despite his looks…he's actually very brave. Apa kata Mail, “ KALAU SEMPAT”… haaaaaa… maksudnya tak penting nak bincang bubarkan Parlimen.

Wak…PN rakan kongsi BN dlm kerajaan campuran pun dah serahkan surat mohon pekenan baginda tidak bersetuju membubarkan Parlimen. Jadi Wak jgn salahkan PH jika ia tertangguh….

Sebab yg jadi PM org UMNO, yg hantar surat pada Agong anggota kabinet PN. Nak bisik dkt Wak… tu Lebai yg tak mahu bercerai dgn UMNO pun sign jugaDescription: 😀 sana mahu sini pun mau.

Note: Sila baca (Wajib baca ) artikel penulisan ABU ILYAS ialah pelajar sarjana sains politik yang sedang menyiapkan kajian tentang siasah Malaysia. Dia percaya banyak parti di negara ini sukar menjadi jujur dan istiqamah kepada ideologi dan prinsip sendiri.