Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri rugikan kehidupan Orang Asli - JKOAK

 

Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan didakwa akan merugikan secara menyeluruh kehidupan Orang Asli yang terlibat.


Menurut kenyataan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang mewakili suara lebih 3,000 Orang Asli daripada 17 wilayah, pembinaan empangan itu akan menjejaskan Orang Asli di Pos Tohoi, Pos Pulat, Kampung Wias dan Kampung Bering yang dianggap akan tenggelam sepenuhnya.


"Sebanyak 1,185 orang daripada 217 keluarga akan dipindahkan ke kawasan lain iaitu di Kampung Kuala Yai.


"Manakala 18 kampung atau pos akan terjejas secara tidak langsung di mana kawasan hutan rayau, tanah adat dan wilayahnya akan tenggelam.


"Projek ini juga bakal menenggelamkan kawasan yang mempunyai nilai sejarah penting untuk komuniti Orang Asli Temiar terutama sekali Gua Cha dan Gua Chawas yang menjadi bukti kewujudan awal Orang Asli Temiar selain mempunyai artifak yang membentuk kronologi sejarah awal Kelantan.


"Tapak prasejarah yang berdekatan Pos Pulat dan empangan utama yang mempunyai nilai sejarah dan arkeologi yang tinggi, termasuk Gua Keledung, Gua Cahaya, Gua Kecil, Gua Lubang Kelewar, Gua Perdang, Gua Rahmat, Gua Kemiri dan Gua Tok Batin juga bakal tenggelam. Projek ini akan menghapuskan sejarah kewujudan Orang Asli Temiar di Semenanjung Malaysia," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu yang dikeluarkan usai penyerahan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi tadi, dalam sejarah pembangunan negara pembinaan empangan hidroelektrik tidak pernah memberian keuntungan kepada komuniti Orang Asli dan Orang Asal


Kebanyakan komuniti yang terjejas daripada pembinaan empangan tidak diberikan pampasan dan keadilan yang sewajarnya walaupun mereka diberikan pelbagai janji manis sebelum pembinaan empangan berjalan.


"Kes pembinaan empangan Bakun Sarawak, Temenggor Perak, empangan Ulu Jelai, cadangan empangan Telom, Pahang dan lain-lain lagi menunjukkan dengan jelas tiada pembelaan yang baik diberikan kepada komuniti setelah bertahun-tahun empangan siap," kata mereka.


Em[angan hanya akan memudaratkan kehidupan masyarakat Orang Asli

Selain itu, empangan hidroelektrik Nenggiri juga didakwa oleh JKOAK tidak relevan dari segi keberkesanan menjana elektrik dalam jangka masa Panjang.


Walaupun dianggarkan empangan itu mampu membekalkan kuasa elektrik sebesar 350 MW namun akibat banyakmua aktiviti pembalakan tebang habis untuk tujuan ladang monokultur dan lombong di kawasan tadahannya dikhuatiri akan berlaku mendapan lumpur sehingga kapasiti air dan elektrik empangan akan berkurangan sebagaimana yang berlaku pada empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands.


Sehubungan itu, JKOAK menjuntut pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membatalkan pembinaan empangan berkenaan kerana tidak relevan


Orang Asli mahu kaedah pencegahan banjir melalui pembinaan empangan yang lebih kecil

"Kami memohon pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak meluluskan aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan cadangan, terutamanya kawasan hutan Gua Musang dan hulu Kelantan kerana ia penyumbang utama kepada krisis banjir dan kemarau di negeri Kelantan.


"Kami memohon pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memilih alternatif lain yang kurang berisiko seperti mewujudkan empangan kecil di beberapa kawasan sekitar Machang dan Tanah Merah serta di Pasir Mas dalam mengatasi masalah banjir dan masalah air di musim kemarau sebagaimana cadangan alternatif yang dikemukakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," kata mereka.


Di samping itu, JKOAK juga memohon sokongan dan kerjasama daripada semua pihak iaitu masyarakat awam, pertubuhan NGO, ahli akademik, konsultan, penjawat awam dan lain-lain untuk bersama membantu menggerakkan kempen nasional bagi membatalkan cadangan pembinaan empangan Nenggiri


JKOK juga akan berusaha mengambil tindakan mahkamah bagi menghentikan sebarang projek atau aktiviti yang melibatan pembinaan empangan Nenggiri tersebut.

Fokus pulihkan ekonomi, bukan Kuala Selangor, pemimpin Umno beritahu Zafrul=DASAR SASAU DAN KELIRU


Seorang pemimpin Umno hari ini mengkritik tindakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan Parlimen Kuala Selangor sebagai daerah angkat bagi kementeriannya.


'Zafrul terdesak, tak pernah dibuat mana-mana menteri dalam sejarah'



Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan mengubah rancangan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-15 bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda. Ini meskipun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi gambaran mungkin bertanding di kerusi itu. Semalam, Zafrul mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat dan mengumumkan bahawa stesen untuk Laluan Rel Pantai Timur akan dibina di daerah itu di Puncak Alam.

Penasihat 1MDB terima RM30,000 sebulan tapi tak pernah buat apa apa, mah...



Sulton Amangkabumi Sekeper Harihah
Zaman Najib jadi pm ramai yg terima rasuah jawatan tanpa sedar menjadi 'yes man' dan membiarkan kemungkaran berlaku, pada mereka dapat 'cari makan' tapi amanah diberikan disia-siak kan, tiada tanggungjawab atas amanah diberikan maka kehancuran lah jadinya. Mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti atas apa yg diamanahkan apa yg dikerjakan. Semoga tuhan membalas mereka ini di dunia lagi secepat mungkin kerana ini melibatkan negara yg akhirnya juga melibatkan rakyat.. membebankan dan mengsengsarakan rakyat.

Husni: Najib told me not to interfere in 1MDB


Former finance minister II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah testified today that he tried to warn former prime minister Najib Abdul Razak against setting up 1MDB without a feasibility study. The 20th prosecution witness told the Kuala Lumpur High Court that he tried to advise former finance minister Najib from getting 1MDB involved in an investment with Petrosaudi International Limited (PSI). However, the former Tambun MP claimed that Najib did not heed his advice.

TUUU DIAAA...DUIT RAKYAT DUIT NEGARA MACAM DUIT MAK BAPAK MEREKA- MEREKA YANG BERSALAH...

 



1MDB ditubuhkan sebagai dana politik BN, kata bekas KSN





Bekas ketua setiausaha negara, Sidek Hassan, mendedahkan bahawa beliau menerima RM30,000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, sebelum dikurangkan kepada RM10,000 sebulan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha negara (KSN) Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu, iaitu Barisan Nasional (BN).

Sidek, 71, berkata, oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas perdana menteri, Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.

Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu berkaitan dakwaan salah guna dana.

“Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.

“Saya sahkan Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya juga tidak pernah bertanya Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, beliau beranggapan pelantikannya sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.

“Ketika Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau beranggapan gaji saya agak kecil,” katanya yang memegang jawatan KSN dari September 2006 hingga Jun 2012.

Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Sidek berkata, ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.

“Walaupun saya dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB.

“Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.

Menurut Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai ahli Lembaga Ppenasihat 1MDB.

“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.

Tambah Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.

“Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan,” katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan, iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.


BILA LAGI ???

 

Terima kasih Sdr. Lim Guan Eng. Tak cukup keras tapi memadailah. Setidaknya ia telah memadam kerisauan majoriti penyokong PH selama ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/.../tiada-ruang.../...

Percayalah, dalam PRU15 nanti, PH tak perlukan Pejuang langsung. Sebaliknya Pejuang yang akan bergantung harap kepada PH.

Tiada ruginya tinggalkan Mahathir. Bahkan mungkin lebih menguntungkan. Sekarang tunggu kenyataan pemimpin tertinggi Amanah saja lagi. Guane boh?

Raja Gelap




 

LAIN KALI KENA JADI ANAK MENTERI =TALIAN HAYAT PANJANG ...MACAI GUANA???? NOREH DAH....

 

Siapa kata ekonomi teruk? Siapa kata peluang kerja tiada? Kiranya memilih! Cuba tengok dia ni. Bukan setakat satu jawatan, bahkan dua jawatan yang dia pegang!

Kalau korang sudah dapat kerja. Itu salah sorang sendiri. Siapa suruh tak jadi anak pemimpin UMNO? Guane boh?

Raja Gelap




KAH..KAH...KAH


MMMS


Tenang aje jawapan lebai doreamar penuh dengan "hikmah", macam kalau orang

 lain pergi terjun longkang, kenapa kita pula kena terjun lombong. benda boleh

 ribut ribut kenapa perlu tenang. Minum air perigi belakang Tesco pun boleh jadi

 TMB kan?




BARANG TENGAH NAIK- MANA DIA EKONOMI ISLEY-PEMBOHONG LAGI


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Bila duta nak tunjuk cara kembali pada ekonomi Isley?

 

 Sedih pula kata Duta Timur Tengah bila orang Islam tolak ekonomi berasaskan Isley

 yang lebai anjurkan.

 

Tapi Peniaga bukan takat sedih dah, depa dah start bingung, harga barang naik tapi lebai

 masih tak berhenti-henti melebong.






TAK SAMPAI 24 JAM 3 KES PEMANDU MABUK LANGGAR MANGSA. MANA PAK LEBAI YANG MERAUNG DULU..

 MMMS


Pencarian lebai yang hilang. Lepas dapat jawatan terus macam lembu kenyang.

Innalillahiwainnalillahirajiun untuk mangsa kemalangan.





 

KPI 0%- APA YANG DIPERKENALKAN ISMAIL SABRI ?


REGA AYAM 
REGA TELUR
BARANG NAIK
GST AKAN BERMULA
SALAHKAN DAP=KEH..KEH




 

MALAYSIA DIPINGGIRKAN KERANA APA?


 ZUNAR CARTOONIST FANS CLUB



KEH..KEH..KEH

 

SHAHBUDIN


Dr Puad pun tak betul dalam hal ini, MOU tiada kena mengena dengan UMNO. Ia antara PH dengan kerajaan…



POLIS TEGUR , DIA SALAHKAN NETIZEN.KALAU TAK BETUL TAKKAN POLIS SAJA SAJA DEDAHKAN





LIYANA MARZUKI

Ni jenis “ulamak” yang dilantik jadi pemimpin.

Polis kata trend jenayah seksual di Kelantan semakin meningkat.

Datang Timbalan Menteri Besar, disalahkan netizen. Apakah? Di mana duduknya otak beliau?

Kalau data dah tunjuk di Kelantan kes jenayah seksual makin parah, apa kena mengena pulak dengan netizen?

Tu sebab saya selalu tekankan. Kalau nak cari pemimpin Islam, cari jenis yang boleh jadi Khalifah. Bukan hanya level ulamak.

Kita lihat jelas, selalunya bila ulamak PAS ni memimpin dalilnya keluar ikut tekak. Semua salah orang lain, mereka tak pernah salah.

Rindu zaman Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor 😭Masa tu non Muslim pun respect.

#penunggang #ohpolitikmalaysia

 

100 juta set data peribadi dicuri, pinda Akta 709 pada sesi Parlimen Julai - Fahmi Fadzil








 Data peribadi yang dilaporkan dicuri dalam tempoh 5 tahun kebelakangan di Malaysia didakwa mencecah lebih 100 juta set.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, data seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor MyKad dan pelbagai maklumat peribadi didakwa telah dicuri daripada syarikat-syarikat atau badan-badan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian.


Namun katanya, berdasarkan laporan media cuma satu kes kecurian data peribadi berprofil tinggi yang telah dibawa ke mahkamah sehingga, iaitu kes melibatkan 30 juta data peribadi pelanggan Malindo Air.


"Kes-kes kecurian berprofil tinggi yang melibatkan lebih 70 juta data peribadi lain, sama ada masih belum dibawa ke mahkamah atau hasil siasatan dan tindakan Kementerian atau agensi bertanggungjawab tidak diketahui umum.


"Keadaan ini amat tidak baik untuk rakyat mahupun ekonomi Malaysia.


"Ke mana perginya semua data yang telah dicuri ini? Mengapa kecurian data masih kerap berlaku? Adakah data peribadi yang dicuri ini disalahguna penjenayah bagi tujuan penipuan (scam) atau aktiviti jenayah lain? Hal ini amat merisaukan," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


Katanya, pada Februari 2020 lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu Gobind Singh Deo pernah memaklumkan bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) akan dikaji semula.


Namun, malangnya ujar Fahmi, selepas Langkah Sheraton dan bertukarnya Menteri Komunikasi dan Multimedia, status kajian semula serta cadangan-cadangan pindaan Akta 709 itu didiamkan begitu sahaja.


"Jadi, memandangkan kejadian kecurian data peribadi belum dapat dihentikan dan yang terbaharu berlaku pada hujung Mei lalu, saya menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi memberi penjelasan segera berhubung status kajian semula Akta 709 serta langkah-langkah yang telah diambil bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat Malaysia, termasuklah data peribadi yang disimpan atau dikendali oleh agensi-agensi Kerajaan.


"Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan peluang sidang Parlimen bermula 18 Julai ini untuk membentangkan pindaan kepada Akta 709," katanya.


Menanggapi isu itu, Fahmi berkata, beliau juga akan membawa Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda akta berkenaan dan berharap akan mendapat sokongan kerajaan.


"InshaAllah saya juga akan membawa satu Rang Undang-Undang Persendirian bagi tujuan meminda Akta 709 pada sidang Parlimen kali ini," katanya lagi.