NAJIB JANGAN SENTAP..

 ZUWAIRI MOHD YUSOF


Najib Scammer Kleptokrat sentap koyak rabak lepas dia post orang kaitkan Siti Bainun dengan kerajaan BN UMNO kemudian dia terus post gambar dia dengan Presiden Rusia.Kemudian seperti biasalah dia kata nak kaitkan dengan perang Ukraine ke.Nak sorok mana lagi BossCOW.Benda betul terima sajalah.Janganlah kerjanya nak perhambakan pemikiran rakyat.Kes Yassin Sulaiman yang juga aktivis mesra Keadilan berdepan dengan hukuman gantung sampai mati meskipun ada perkara yang perlu di pertimbangkan mengenai ganja dan keperluan menggunakannya.Tetapi kes kuncu mereka, mereka diam.Rupanya dah ada kabel dalam diam.Sebab itu kes penderaan ini pimpinan kerajaan banyak yang berdiam diri.Inilah bentuk penindasan dan helah UMNO dalam diam.UMNO tidak pernah berubah.

Tindakan Kleptokrat suruh Shafie Abdullah jadi peguam SAM KE TING secara percuma cuma tindakan terdesak BN UMNO nak tarik sokongan pengundi2 CINA yg menyokong mereka kembali sejak beberapa PRN yg lalu.BN UMNO dah kecut telur ketar lutut panas punggung kes BELLA dan SAM KE TING boleh menjauhkan sokongan orang MELAYU,CINA,INDIA dari mengundi calon2 BN UMNO PRU15 nanti beberape bulan dari sekarang.BN UMNO memang tidak boleh di percayai sampai bila2 ingat tu pengundi2 semua.Bia ade kuasa kalau bukan di kalangan mereka habis semua jadi mangsa.Hari ini BELLA,esok SAM KE TING.Selepas PRU15 mungkin kamu pula jadi mangsa mereka yg rakus salah guna kuasa makan rasuah sepanjang zaman.
Ingat lagi masa PH perintah BN,PN,GPS mengadu domba buat fitnah konon arwah Adib mati di bunuh perusuh2 dari kaum India?Akhirnya terbukti ianya kemalangan yg di sebabkan suasana cemas apabila pemandu EMRS mengundurkan kenderaan lalu terlanggar arwah sehingga mati.Puak BN UMNO hantar samseng2 Melayu buat kecoh kacau di kuil ketika itu cuba menyerang pengunjung2 kuil yg ada.Boleh pula kabinet Ismail setelkan kes begitu saja dengan bayar pampasan sehingga juta ringgit pada keluarga Adib.Jika yg maut di tempat Adib tu orang Cina,India jadilah macam kes Sam Ke Ting dan banyak lagi kes2 lain.

ISMAIL SABRI DAN TANGGUNGJAWAB MORAL YANG MENANTINYA

 

Berikutan Ismail Sabri Yaakob telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, pemilihan beliau itu seharusnya diterima sebagai berita gembira oleh semua pihak yang mahu melihat berlakunya perubahan lebih baik dalam UMNO.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang berdepan 87 pertuduhan di mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram dan perbicaraan kes beliau dijangka akan memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Dari segi moralnya selepas ini, beliau bukan saja tidak harus memimpin UMNO, malah keberadaannya lebih menjadikan parti itu terus dipandang tidak elok oleh masyarakat.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula dikatakan sedang dibuka kertas siasatan terhadapnya berkaitan isu pembelian rumah yang dibelinya di London yang dikaitkan dengan amalan rasuah.

Sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya, hanya masa yang akan menentukannya berdasarkan bukti-bukti baru yang bakal ditemui pihak berkuasa.

Meskipun kes beliau adalah kes lama yang tiba-tiba terbuka semula, hakikatnya sudah ada “kekotoran” yang memercik tubuh serta wibawanya.

Dengan itu, tidak saja untuk menggantikan Presiden UMNO yang sedang dibicarakan dilihat tidak sesuai, beliau bahkan sedang terancam kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Iyalah…mana tahu, tiba-tiba kesnya dibawa ke mahkamah dalam waktu terdekat ini dan takkanlah selain Presiden UMNO, Timbalan Presiden juga daripada kluster mahkamah.

Bekas Presiden UMNO, Najib Razak lebih buruk keadaannya kerana sudah pun dijatuhi hukuman bersalah 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dalam kes SRC International.

Bagaimanapun beliau masih menikmati kebebasan kerana dibenarkan menangguhkan hukuman sementara rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan iaitu proses terakhir dalam sistem keadilan negara ini.

Berbanding Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, Najib lebih berdepan kesukaran untuk kembali memimpin UMNO kerana banyak kes lain sedang menunggu seperti 1MDB, meminda laporan audit dan lain-lainnya.

Sebelum ini, UMNO sudah mempunyai peraturan bahawa mana-mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah, mereka hendaklah melepaskan jawatan sehingga kesnya selesai.

Entah mengapa, di era Zahid Hamidi mengetuai UMNO, peraturan itu tidak terpakai lagi, bahkan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah pun masih dibenarkan kekal memegang jawatan parti sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan, Pahang.

Bermakna dalam semua keadaan itu, siapa lagi yang tinggal untuk memimpin UMNO selepas ini?

Oleh kerana Ismail Sabri telah disahkan sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” untuk BN bagi menghadapi PRU15, selain ia merupakan berita gembira buat UMNO kerana siapa calon Perdana Menteri tidak lagi menjadi pertikaian, sokongan keatasnya juga tidak harus terhenti setakat ini saja.

Ismail Sabri harus terus dilonjakkan kedudukannya untuk memimpin dan mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pula.

Kiranya BN berjaya menang PRU15 akan datang, sebab utamanya tentulah kerana Ismail Sabri yang tidak kontroversi, berpenampilan sederhana, boleh berbaik dengan sesiapa saja demi rakyat, tidak terpalit dengan kes mahkamah dan mempunyai isteri yang tidak campurtangan serta tidak menonjol telah berjaya memberi keyakinan dan menarik hati rakyat.

Dengan itu, apalah maknanya jika rakyat telah memberi sokongan kepadanya dengan memberi kemenangan kepada BN, tetapi UMNO masih enggan menjadikannya sebagai Presiden UMNO?

Sudah tentu apabila rakyat memberi kemenangan kepada BN dengan beliau sebagai “poster boynya”, harapan mereka juga ialah untuk melihatnya mengetuai UMNO selepas itu kerana itulah tradisinya selama ini iaitu Perdana Menteri mestilah Presiden UMNO.

Dari segi Ismail Sabri sendiri, berdasarkan mandat yang diberi kepadanya sebagai calon Perdana Menteri, kemudian diberi pula kemenangan oleh pengundi, beliau sebenarnya turut mempunyai tanggungjawab moral untuk memulih dan membina semula UMNO berdasarkan sokongan rakyat kepada BN itu.

Meski belum diketahui bila waktunya itu, tapi Ismail Sabri tidak boleh lari daripada hakikat tersebut kerana hanya dengan menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO saja dapat memastikan kestabilan sebenar di mana parti dan kerajaan berjalan seiring, selain kedudukannya sebagai ketua kerajaan tidak lagi mudah diugut dan diancam. - ShahbudinHusin 19/04/2022.

 


Ini soal prinsip - Anwar jawab sindiran majoriti 'kukuh, meyakinkan'

 

Ini soal prinsip - Anwar jawab sindiran majoriti 'kukuh, meyakinkan'

Hariz Mohd

Diterbitkan:  Apr 19, 2022 

WAWANCARA | Dua tahun lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan dia telah berjaya mendapatkan sokongan yang "meyakinkan, kukuh dan kuat" untuk membentuk kerajaan, dalam usaha merebut kembali Putrajaya untuk Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, sejak itu kenyataan itu dijadikan bahan sindiran selepas pengerusi Pakatan Harapan itu gagal menunaikan janjinya, malah ada yang meragui jika Anwar benar-benar mempunyai majoriti sokongan seperti yang didakwa pada sidang media 23 September 2020.

Diminta untuk menilai semula perkara ini semasa wawancara khas pada Isnin, Anwar bercakap mengenai bagaimana rancangannya telah meleset.

"Bila saya sebut sokongan convicing (meyakinkan), formidable (kukuh), walaupun diperolok-olokkan, itu berdasarkan surat ketua-ketua parti yang memang jumlahnya itu convincing dan formidable.

ADS

"Itu dua tahun lalu. Saya masih pertahankan surat itu ada," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini, The Vibes dan Sinar Harian di pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Anwar tidak menyatakan parti politik dan ahli parlimen di luar PH yang setuju menyokongnya ketika itu, tetapi dikhabarkan mereka termasuk wakil rakyat Umno dan beberapa pemimpinnya yang menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah.

Tak sedia campur tangan kehakiman

Memandangkan sudah mendapat jumlah sokongan ketika itu, Anwar berkata dia kemudiannya membentangkan senarai prinsip kepada mereka yang akan bekerjasama dengan PH.

Ia termasuk syarat bahawa dasar kerajaan tidak boleh dikompromi, bahawa mereka akan menolak sentimen perkauman yang sempit dan rasuah, serta mematuhi tadbir urus baik dan tidak boleh merampas kepimpinan negara.

Ahli parlimen Port Dickson itu juga berkata dia enggan campur tangan kehakiman untuk melepaskan ahli politik yang menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah.

"Paling tegas saya lakukan adalah tidak bersedia untuk campur tangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa.

"Kerana kita juga ada pengalaman dengan badan kehakiman ini. Syarat-syarat kalau disenangi pendirian saya, ok.

"Kalau nampak tidak boleh terima, tidak sokong, itu masalah mereka," kata Anwar.

"Pokoknya begini, kerana syarat itulah saya gagal menjadi perdana menteri, tapi saya tidak boleh khianat amanah rakyat," jelas presiden PKR lagi.

Dipatuk ular di lubang sama dua kali

Cubaan Anwar untuk membentuk kerajaan pada September 2020 berlaku kira-kira enam bulan selepas pentadbiran PH runtuh akibat rampasan kuasa politik yang digelar sebagai Langkah Sheraton.

Ia menyaksikan Bersatu, yang pernah menjadi sebahagian daripada PH, menarik sokongannya dan membentuk satu lagi gabungan dengan beberapa parti lawan termasuk Umno, PAS dan gabungan GPS yang berpangkalan di Sarawak.

Sementara itu, wawancara bersama Anwar turut menyentuh Bersatu yang baru-baru ini memulakan misi membentuk kerjasama dengan parti politik lain untuk menentang Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.


Ditanya jika PH bersedia untuk bekerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu sekali lagi selepas apa yang berlaku pada 2020, Anwar memberikan jawapan panjang lebar dengan isyarat yang pelbagai.

Pada satu ketika, pemimpin pembangkang itu bercakap tentang keraguannya terhadap bekerjasama dengan 'parti yang tidak mempunyai prinsip dan tidak mempunyai kepimpinan yang jelas' dan bahawa PH tidak sepatutnya "dipatuk ular yang sama dua kali."

"Ini semua satu peringatan yang sangat keras. Agar pimpinan kita berwaspada senantiasa," katanya.

Bagaimanapun, Anwar juga berkata sebagai seorang pemimpin dan seorang penganut Islam, dia mesti bersedia untuk berbaik-baik dengan mereka yang ikhlas untuk berdamai.

Dia memetik ayat 10, Surah Al Hujurat yang mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)."

"Tapi kalau nak jadi pimpinan politik dan kata jangan bincang dengan sesiapa, tak betul.

"Saya kalau perdana menteri minta jumpa esok, saya ubah suai, saya jumpa. Walaupun dari segi politik itu permusuhan politik.

“Bukan bermakna nak berdamai, bermakna untuk menjalankan beberapa kerja dari segi soal negara, soal rakyat.

"Kalau saya jumpa PM itu untuk minta projek komisyen DNB, itu haram namanya.

"Kalau untuk kebajikan, saya fikir untuk jadi pemimpin yang diketengahkan di arus perdana, harus ada kesediaan untuk tidak dilihat sebagai pemimpin kelompok atau parti yang sempit.

"Tetapi (pemimpin) yang keras prinsipnya tegas, tapi ada kesediaan untuk berbincang ini dalam Sunnah Rasulullah SAW. Ini yang berlaku dan kita tak lari dari itu," katanya.

 

Bella didera: Rina sekali lagi dikecam warganet, dianggap baru sedar dari lena selepas TMJ bagi ‘salam’



MOHD AFFENDI ABAS


 Bella didera: Rina sekali lagi dikecam warganet, dianggap baru sedar dari lena selepas TMJ bagi ‘salam’

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sekali lagi dikecam warganet susulan keputusan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan Bella.
Orang ramai rata-ratanya menganggap menteri dari parti Bersatu berkenaan sebelum ini ‘tidak buat kerja’ dalam isu membabitkan penderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU) seperti Bella.
Bahkan, ada yang berharap Rina benar-benar menjalankan amanah sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab bukan sekadar berkerja apabila ‘diketuk’ pihak istana.
“Kes dari tahun lalu tapi diam saja. TMJ bagi salam baru muncul. YB baru sedar dari mimpi yang panjang ke?
“Atau sibuk sangat pegang water jet? Kenapalah Malaysia ada menteri macam ni. Nak kena ketuk baru bergerak,” tempelak pengguna Facebook, Franciska Francis.
Kecaman orang ramai itu dilihat memenuhi ruangan komentar dalam hantaran Rina semalam di Facebook yang memaklumkan bahawa pihak kementerian diterajuinya akan bersedia menghadap TMJ.
“Patik dan rombongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia untuk menghadap DYAM Tuanku dan YAM Che Puan Besar bagi mempersembahkan status kes perbicaraan adik Bella, dan tindakan-tindakan yang telah disusuli oleh pihak Kementerian dalam membantu perbicaraan kes ini.
“Titah DYAM Tuanku yang berkenan menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak KPWKM untuk kes ini amatlah bermakna buat pihak Kementerian dalam memperkasakan usaha menegakkan keadilan buat adik Bella,” kata Rina.
Kempen menuntut keadilan buat Bella menarik perhatian orang ramai.
Terdahulu, Tunku Ismail menerusi Instastory di Instagram rasmi baginda memaklumkan sudah menghubungi peguamnya dan akan berhubung dengan Rina bagi tujuan tersebut.
Titah dikeluarkan Tunku Ismail itu beberapa jam selepas Khaleeda berkongsi pendiriannya di laman sama kelmarin, bagi membantu menuntut keadilan buat remaja perempuan Sindrom Down itu.
Dalam masa sama, sedutan video lawatan Rina ke sebuah rumah di Seremban untuk bertemu dengan Bella bersama rombongan media kembali tular di media sosial sekaligus mengundang kritikan orang ramai.
Kes kecederaan fizikal dan emosi yang teruk dialami Bella menyaksikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, berdepan dua pertuduhan di mahkamah.
Siti Bainun yang pernah menerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri Umno pada 2016 itu didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
0:01 / 0:11