PARTI YANG ADA KAITAN DENGAN MAHATHIR TAK PAYAH LA NAK KERJASAMA...MENGARUT-TAKUT DENGAN KAMU SEKALI ORANG TOLAK

 


Menuju PRU 15: Perlu teroka kerjasama dengan parti anti-BN?






Seandainya trend pengundian yang dilihat pada Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor kekal, yang mana pengundi Atas Pagar enggan keluar membuang undi maka mungkin satu penjajaran baharu politik harus berlaku.



Hal itu diutarakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam program bual bicara terbitan Bernama TV yang dimoderatorkan oleh Sherkawi Jirim, malam mtadi.



Dalam forum bersama Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin itu, Shamsul berkata, mungkin tiba masanya untuk diteroka kerjasama gabungan politik yang boleh menghasilkan satu lawan satu antara BN dan para pencabarnya dalam Pilihan Raya Umum ke 15.



"Saya singgung sikit Pas. Ada pepatah menyatakan 'hidung tak mancung, pipi tersorong sorong'.



"Pada saya kalau katakan dah kena hentam dalam Perhimpunan Agung (Umno) itu, maka kita baliklah ke drawing board, betulkan balik keadaan.



"Saya setuju mungkin perlu kita explore satu lawan satu, penjajaran baru parti dalam negara kita. Kalau kita setuju pada prinsip, mengapa tidak kita mulakan perbincangan yang lebih dinamik, lebih progresif untuk masa depan rakyat dan negara dengan memperbetulkan institusi politik supaya ia lebih baik daripada yang lalu," katanya.



Cadangan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu disambut positif oleh Kamaruzaman.



Katanya, dalam politik semua kemungkinan boleh terjadi berdasarkan strategi semasa dan figh keutamaan.



"Politik bukan benda statik, tetapi dinamik dan memerlukan pertimbangan demi pertimbangan.



"Politik tak sesuai dengan (pemimpin) hati tisu. Ahli politik kena tegas, cool dan memikirkan pertimbangan masa hadapan. Pas parti lama bukan baru. Kami banyak dikhianati kerana prinsip yang kami bawa. Pengalaman itu perlu untuk kita meneroka lebih banyak penambahbaikan," katanya.



Bagi beliau Pas terbuka untuk kerjasama asalkan berlandaskan perlembagaan parti dan membolehkan syiar Islam ditingkatkan.


KONSPIRASI SONGLAP DANA 1MDB, ROGER NG DIDAPATI BERSALAH


 Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh Mahkamah di Brooklyn.

Pihak pendakwa raya mengenakan tuduhan berkonspirasi untuk melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang terhadap Ng, yang juga satu-satunya pegawai bank syarikat berkenaan dihadapkan ke mahkamah susulan terbongkarnya skandal kewangan terbesar dalam sejarah. 

Beliau didakwa membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB, mengubah wang dan merasuah pegawai berkaitan untuk mendapatkan perniagaan untuk Goldman.

Ng, 49, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Peguamnya mendakwa Leissner, yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama pada 2018 dan bersetuju membantu siasatan pendakwa raya, secara salah mengaitkan Ng dengan harapan menerima hukuman lebih ringan.

Bagaimanapun, juri mendapati Ng bersalah bagi dua tuduhan berkonspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Luar Negara (FCPA) dengan merasuah dan memintas kawalan akaun dalaman Goldman, serta satu tuduhan berkonspirasi untuk melaksanakan pengubahan wang.

Pendakwa Raya AS bagi Daerah Timur New York, Breon Peace, menyifatkan keputusan itu sebagai satu kemenangan untuk kedaulatan undang-undang dan rakyat Malaysia.

“Defendan dan kroninya tidak melihat 1MDB sebagai satu entiti yang baik untuk rakyat Malaysia, sebaliknya sebagai sebuah ‘bank’ untuk memperkayakan diri mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ketika keputusan itu dibacakan ketua juri, Ng yang memakai sut jaket dan tali leher hitam, tidak menunjukkan emosi, sebaliknya hanya sesekali memandang juri dan mejanya.

Peguam Ng, Marc Agnifilo memandang ke bawah dengan kekecewaan selepas keputusan bersalah bagi pertuduhan pertama dibacakan.

Hakim Daerah AS, Margo Brodie, kemudian mengarahkan Ng dikenakan perintah berkurung sementara menunggu hukuman dijatuhkan, namun tidak mengkategorikan lelaki itu sebagai berisiko melarikan diri. 

Perbincangan berhubung keputusan itu bermula sejak Selasa lalu selepas proses perbicaraan berlangsung di mahkamah persekutuan di Brooklyn selama dua bulan.

Agnifilo memaklumkan Ng mungkin akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, bergantung pada hasil usul pasca perbicaraan dan hukumannya. 

Peguam itu turut bertegas dengan keputusannya sebelum ini yang meyakinkan Ng untuk menolak ekstradisi untuk berdepan perbicaraan, atas alasan lelaki itu memiliki peluang lebih cerah berdepan perbicaraan adil di AS berbanding Malaysia.

“Kes besar sebegini adalah berat dan amat sukar untuk menang,” katanya.

Pendakwa raya sebelum ini memaklumkan Goldman membantu 1MDB meraih AS6.5 bilion (RM27.4 bilion) menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) daripadanya dialihkan kepada pegawai kerajaan, pengurus bank dan sekutunya menerusi rasuah dan sogokan antara 2009 hingga 2015.

Ng adalah yang pertama, dan mungkin satu-satunya individu berdepan perbicaraan di AS akibat skim itu. Pada 2020, Goldman membayar denda hampir AS$3 bilion (RM12.6 bilion), manakala cawangannya di Malaysia bersetuju untuk mengaku bersalah.

Juri mendengar testimoni daripada Leissner selama sembilan hari, yang mengaku memberi sogokan berjumlah AS$35 juta (RM147 juta) kepada Ng, selain mendakwa Ng setuju membuat cerita mengatakan wang itu adalah hasil perniagaan sah antara isteri mereka.

Isteri Ng, Hwee Bin Lim kemudian membuat pengakuan mengatakan perniagaan itu adalah sah, memaklumkan melabur AS$6 juta (RM25 juta) dalam sebuah syarikat China milik keluarga bekas isteri Leissner, Judy Chan, pada pertengahan 2000, dan wang AS$35 juta itu adalah pulangan daripada pelaburan berkenaan.

Sementara itu, ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, yang masih dalam buruan dipercayai sebagai dalang utama di sebalik skim itu, dituduh bersama-sama Ng pada 2018. – REUTERS.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/dunia/amerika/2022/04/943908/kes-1mdb-roger-ng-didapati-bersalah

SAIFUDDIN NASUTION DEDAH SIKAP AZMIN DAN MAHATHIR



Saifuddin Nasution berhujah dengan Mahathir tentang perletakan jawatan Mahathir sehingga jatuhnya kerajaan PH. Apa Mahathir jawab?


OWHHH...SEMUA INI TIDAK BENAR



 

SOKLAN SAMA SESSI BERLAINAN....KAH...

 

ANA TAHU


Hah? Benda simple macam tu takkan la tak leh pikir. Dah buat dua sesi berbeza kena la buat dua set soalan. Ni pakai kertas soalan sama? Aduyai….





 

AGAK AGAK KENAL KE TIDAK SIAPA PUNYA SYARIKAT INI







 


RIZAL AKHIR


Hampa kenai dak model tu anak sapa? Syarikat tu sapa punya hampa tau dak?



AGAK-AGAK MAMAT YANG BELA NAJIB NI KEMANA YA ? DEBAT 1MBD RAFIZI VS DATO KHAIRUL/HEBATNYA RAFIZI RELAX JER DI HENTAM 2 ...

APA PUN PUNCANYA IALAH TIADA SALAHGUNA KEWANGAN NEGARA DAN PEMIMPIN BERTANGGNGJAWAB UNTUK NEGARA DAN RAKYAT-JEPUN MAJU

 

MOHD SHAH RIM

 



Jepun negara maju..tapi tak perlu import hasil produk makanan seperti beras, daging, ayam, telur, sayuran serta buah buahan..sedangkan hanya 20% tanah di Jepun yang sesuai untuk penghasilan produk makanan.

Malaysia pula, terpaksa import produk dari luar termasuk daging dan beras...

Jepun merupakan pengeluar beras di ranking ke 13 dunia..malah padi ditanam di pejabat dan bangunan..

 

SAYANG SANGAT SANGAT KE MERTUA YA....

 

“Sirim dibuat untuk banteras peIitup muka hauk di pasaran..” Jovian Menantu PM

Baru-baru ini, kec0h mengenai pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan SIRIM sehingga menerima pelbagai reaksi negatlf netlzen yang disifatkan ‘menyusahkan’.

Bagi pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie, dia menyambut baik pelaksanaan tersebut kerana pelitup muka di bawah jenamanya sudah diperakui selamat selain dalam proses bagi mendapatkan logo SIRIM.

“Tak perlu panlk, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram baru-baru ini.

 

Jovian yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka dihasilkannya juga telah diiktiraf oleh Medical Device Authority (MDA) dua tahun lalu.

Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia menegaskan bahawa pelaksanaan tersebut adalah langkah terbaik bagi menghapuskan pelitup muka tidak berkualiti yang ‘bersepah’ dijual di pasaran.

“Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada pengesahan MDA.

“Jadi kalau anda ada MDA atau Sirim, baru boleh jual pelitup muka. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan semalam berkata, penguatkuasaan pelitup muka Sirim ditangguhkan dari 4 Julai tahun ini kepada 1 Januari 2023.

Baru-baru ini Kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka bukan perubatan yang sepatutnya pada 5 Julai ini kepada 1 Januari depan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit. “Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini hari ini.

Sesi khas itu membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.

“Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkltan” katanya

sumber : Omm & kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Asabiyyah Ibn Khaldun



 


Asabiyyah Ibn Khaldun

Dalam tazkirah zuhur ringkas di pejabat semalam, saya mengupas pemikiran Abd al-Rahman ibn Khaldun, sarjana sosiologi terkemuka pada abad ke-14 berdasarkan magnum opus beliau, “al-Muqaddimah.”

Beliau berbicara soal asabiyyah sebagai suatu mekanisme buat memajukan umran al-badawi kepada umran al-hadari dalam kerangka kenegaraan.

Asabiyyah ini merupakan “esprit de corps,” suatu semangat solidariti sosial demi membangun peradaban, bukan faham simplistik untuk mengabsahkan perkauman sempit.

Pemikiran Terjajah

Saya turut menjelaskan mengenai fenomena pemikiran terjajah (captive mind) yang parah menggerogoti pandangan sarwa golongan elit sehingga ke hari ini. Pemikiran ini menjadikan mereka memandang remeh terutamanya terhadap orang Melayu.

Tanggapan negatif terhadap warga tanah air ini mereka warisi daripada penjajah yang mula-mula mengunjurkan stereotaip terhadap kaum-kaum berbeza.

Usaha meluruskan ketempangan ini telah dimulakan oleh José Rizal dalam karyanya “The Indolence of the Filipinos” dan kemudiannya oleh Syed Hussein Alatas dalam karyanya “The Myth of Lazy Natives.”

 

GOpinjam ‘jerat’ rakyat berhutang, risiko muflis, kata pakar.Jerat untuk kenakan rakyat ?





TNG melancarkan ciri GOpinjam di platform e-dompetnya minggu lepas
 yang dibangunkan bersama CIMB Bank Bhd, menawarkan pinjaman
 peribadi dari RM100 hingga RM10,000.

PETALING JAYA: GOpinjam, skim pinjaman mikro baharu milik Touch ‘n Go (TNG) menawarkan kadar faedah setinggi 36% setahun mampu menyebabkan lebih ramai rakyat terjerat dalam kancah hutang dan berdepan risiko muflis, kata pakar ekonomi.

Timbalan Presiden Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata skim itu seolah-olah memberi jalan mudah kepada rakyat untuk meminjam tanpa memikirkan akibat berhutang secara berlebihan.

“Paras hutang isi rumah rakyat Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tertinggi di ASEAN dan kedua tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

“Oleh itu, kemudahan pinjaman seperti ini boleh menyebabkan lebih ramai rakyat terjerat dengan hutang dan berdepan risiko muflis,” katanya kepada FMT.

TNG dalam kenyataan kepada FMT menjelaskan, skim pinjaman mikro itu mematuhi garis panduan peminjaman Bank Negara (BNM).

Syarikat itu berkata, skim berkenaan menyasarkan segmen pasaran lazimnya tidak mendapat perkhidmatan secukupnya, iaitu peminjam individu yang memerlukan jumlah kredit lebih rendah untuk tempoh lebih singkat.

TNG melancarkan ciri GOpinjam di platform e-dompetnya minggu lalu. Dibangunkan bersama CIMB Bank Bhd, ia menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000.

Menurut TNG, bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh antara seminggu hingga setahun tanpa yuran tersembunyi atau caj penyelesaian awal.

Maklumat di laman sesawangnya menyatakan kadar faedah ditawarkan antara 8% hingga 36% setahun, bergantung pada jumlah dan tempoh pinjaman diluluskan bank.

Riba tinggi

Razman berkata, kadar faedah tinggi amat tidak sesuai bagi umat Islam kerana skim itu bersifat pinjaman dan mengenakan kadar riba tinggi.

“Seeloknya pinjaman seperti ini harus dijauhi umat Islam,” katanya.

Katanya, di mata kasar skim pinjaman itu agak mudah dimohon namun realitinya, ia akan menyebabkan pemohon terperangkap dalam hutang jangka panjang.

“Kerajaan bersama NGO perlu memainkan peranan meningkatkan literasi kewangan supaya rakyat bijak menguruskan kewangan dan tidak terpedaya dengan skim pinjaman ini yang pada amnya agak mudah untuk memohon dan jumlah dipohon boleh bermula dengan sedikit,” katanya.

Malaysia merekodkan 11,207 kes bankrap baharu antara Mac 2020 hingga September 2021.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat minggu lepas.

Katanya, sebanyak 6,344 kes direkodkan antara Mac hingga Disember 2020 manakala baki 4,863 antara Januari hingga Oktober 2021.

KALAU DUIT KURANG DAN "ANU" TAK KUAT..JANGAN POLIGAMI...MENYESAL SAHAJA..SEBAB "GOLD DINGGER" TAK SUKA

 

Gagal berlaku adil dalam poligami, Iman Zulkarnain nasihat para lelaki jangan sengaja cari penyakit


Gagal berlaku adil dalam poligami, Iman Zulkarnain nasihat para lelaki jangan sengaja cari penyakit


Meskipun pada awalnya Iman Zulkarnain yakin mampu berlaku adil semasa berpoligami, dia akhirnya akur apabila sangkaan berkenaan meleset terutama apabila melibatkan emosi.

Beranggapan tetap ada hikmahnya melalui dua perkahwinan terdahulu, Iman Zulkarnain menitip pesan kepada lelaki lain agar “jangan sengaja mencari penyakit.”

Katanya sebelum berpoligami dia sudah berfikir semasak-masaknya dan yakin mampu menunaikan tanggungjawab termasuk memberikan keadilan dari segi ekonomi.


“Justeru pesan saya kepada lelaki di luar sana, jangan sengaja cari penyakit,” katanya.“Tapi tak sangkyang menjadi cabaran dalam berpoligami ialah bagaimana caranya saya kena bahagi emosi dan perasaan kepada dua orang berbeza.

Menjadikan kisah dan pengalaman lalunya sebagai iktibar, Iman, 31, berkata perceraian atau krisis berumah tangga mampu dielakkan sekiranya seseorang suami memainkan peranannya dengan baik.


“Tapi yang bermasalah adalah saya kerana kegagalan saya. Saya tak mampu untuk bahagikan emosi dan perasaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.Menurutnya, dia kesal kerana yang menjadi punca krisis adalah dirinya sendiri ketika hubungan di antara kedua-dua wanita yang menjadi isterinya itu langsung tidak bermasalah.

Untuk rekod, Iman mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama pada 28 Jan 2012 Hasil perkongsian hidup itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga anak berusia, 10, 6, dan 4 tahun.

Dia mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua pada 15 April 2019 tetapi mereka berpisah pada Dis tahun yang sama. Melalui perkahwinan tersebut mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Dalami watak austistik

Pada tahun lalu Iman melafazkan talak ke atas isteri pertamanya pula namun proses pengesahan perceraian itu masih berjalan.

Iman berkata, pengalaman terdahulu banyak mematangkannya dan membuat dia berazam untuk tidak lagi menyakiti mana-mana wanita lain sekiranya berumah tangga lagi.

Iman – yang kini sudah mempunyai tunang dan merancang kembali berpasangan tahun depan – berjanji selepas ini untuk mengahwini hanya seorang wanita kerana sudah serik berpoligami.

“Sejujurnya saya serik. Saya serik untuk sakitkan hati manusia lagi. Jika nak berkahwin, biarlah satu saja kali ni,” katanya.

Untuk rekod, nama Iman mula meraih perhatian selepas membawa watak kecil sebagai peniaga warung bernama Man dalam drama fenomena Nur 2.

Sementara itu, mengulas perkembangan terbaru, Iman berkata, dia akan tampil di kaca televisyen melalui telemovie arahan Rashid Sibir, Jeman, yang akan disiarkan di Awesome TV Malaysia pada penghujung Ramadan ini.

Menurutnya, antara cabaran membawa watak Jeman adalah kerana karakter itu menuntutnya meniru sikap seorang lelaki autistik.

“Agak mencabar juga tapi mujur sebelum terima tawaran tu saya sering singgah di Instagram kak Zarina Zainuddin.

“Banyak gerak geri seseorang yang mengalami autisme saya cedok dari tingkah laku ditunjukkan anaknya, Azal. Ia banyak membantu saya dari segi lakonan dalam Jeman.

“Jeman sebuah kisah yang memaparkan seorang anak autistik yang dianiaya ibu tiri, watak dibawakan Farah Ahmad.

“Selain tu antara pelakon lain turut menjayakan Jeman ialah Khir Rahman dan Fauziah Nawi,” katanya.

PELITUP LOGO SIRIM: KENAPA SELEPAS 3 TAHUN?


APA SALAHNYA JIKA MEMBANTU PARTI DENGAN LEBIH JUJUR DAN BUKAN DIKALANGAN TERTENTU

 

Pemilihan PKR: bertanding atau tidak, Amiruddin umum hari ini.




Amirudin Shari berkata, keutamaannya dalam bertanding adalah bagi
 memastikan Selangor kekal di bawah Pakatan Harapan (PH). (Gambar
 Bernama)

PUCHONG: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan membuat pengumuman sama ada akan bertanding atau tidak pada pemilihan PKR Mei ini, hari ini.

Menurut Amirudin, keputusan yang bakal dibuat itu juga bagi memastikan Selangor terus kekal berada dibawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Keutamaan saya memastikan Selangor kekal di bawah pentadbiran PH dan itu fokus yang jadi keutamaan.

“Jadi apa pun keputusan, bertanding apa jawatan tak boleh ganggu fokus saya pastikan Selangor kekal di bawah PH yang diketuai PKR,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Platform Selangor 3.0 di Bazar Ramadhan Bandar Kinrara, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keputusannya untuk bertanding dalam pemilihan PKR, pada Mei.

Amiruddin turut berseloroh, keputusan itu mungkin dibuat esok “kalau bangun tidur”.

“Saya sedang berunding, prosesnya, saya limitkan (hadkan) sehingga tengah malam ini, jadi esok pagi saya akan buat pengumuman,” katanya.

Pada Februari lalu, FMT melaporkan bekas pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding di bahagian Gombak, menentang Amirudin.

Bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim itu, berkata keputusannya mencabar Amirudin bukan bertujuan melenyapkan sebarang “kartel Azmin” atau mencerminkan prasangka terhadap Amirudin.

Untuk rekod, Amurudin sebelum ini dilihat sebagai seorang daripada penyokong tegar bekas timbalan presiden Azmin Ali – antara individu yang menyebabkan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.

 HARGA BARANG MELAMBUNG, KERAJAAN GAGAL KAWAL