Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Jaga jaga. Nanti kena kapiaq-Pemimpin Umno dakwa ahli Pas dah muak dengan perangai Hadi dan konco-konconya(video walaun marah didalam)

Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Nur Jazlan berkata dia sukar memahami sikap PAS yang sering berubah-ubah dan ini menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu sendiri.
“Anggota yang di bawah pun sebenarnya dah muak dengan perangai Hadi dan konco-konco dia.
“Orang PAS di bawah pun sebenarnya masih nak bersama Umno cuma mereka tengok tindak-tanduk pemimpin atasan sekejap ya sekejap tak, akhirnya mereka rasa kecewa juga.
“Saya dengar ahli PAS di bawah kata pemimpin dia bawa Vellfire, ke sana-sini, tetapi mereka di bawah masih guna tin Milo cari sumbangan. Mereka tak nampak apa kelebihan PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu wawancara.
Nur Jazlan juga membidas kumpulan dalam parti itu yang tidak tetap pendirian mereka tetapi mengakui sebagai pemimpin agama.
“Saya hairan orang agama ni cakap berdolak-dalik.
“Sekejap kata putus hubungan, lepas itu kata hubungan tak terputus lagi. Masih nak bersama PN tak mau bersama Umno, saya pun tak faham,” kata bekas ahli majlis tertinggi Umno dan bekas ahli Parlimen Pulai selama tiga penggal itu.
Pada 28 Januari lalu, Hadi menyifatkan Umno sebagai ‘itik patah kaki’, sehingga mencetuskan perang mulut antara kedua-dua parti dan merenggangkan hubungan mereka.
Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pada 23 Feb menggesa pemimpin dari kedua-dua parti itu supaya mengadakan genjatan politik semasa pilihan raya negeri yang sedang berlangsung, sambil menegaskan bahawa mereka harus memikirkan kepentingan jangka panjang umat Islam.
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad kemudiannya membuat kenyataan bahawa Majlis Tertinggi Umno boleh memutuskan jika isu “penceraian” dengan PAS mahu dibawa ke perhimpunan agung Umno pada pertengahan Mac ini.
Bagaimanapun, Nur Jazlan tidak melihat keperluan untuk berbuat sedemikian, dengan menyatakan bahawa PAS telah pun menjatuhkan talak ke atas Umno.
“Bukannya PAS dah ceraikan kita dulu? Bila Tan Sri Hadi buat pengumuman bahawa mereka nak bersama dengan Bersatu. Maka Muafakat Nasional tak ada lagi.
“Bila kita (orang Islam) nikah, mesti di depan kadi, mesti ada wali.
“Bila kita cerai, hanya perlu lafaz talak satu, talak dua, talak tiga. Masalahnya dengan Hadi saya tak tau dia cerai talak satu, dua atau tiga? Yang penting saya rasa Umno dah tolak PAS,” katanya.
Dalam perkahwinan Islam, lafaz talak tiga menunjukkan tiada lagi ruang untuk berdamai.
ANTARA WALAUN PEKAT YANG MEMPERSOALKAN PIMPINAN PAS
‘PRU15 sebelum pemilihan Umno’
Selepas kegagalan tersebut, Nur Jazlan berkata ahli Umno akhirnya menolak kerjasama dengan PAS.
Sementara itu, Jazlan berkata dia percaya pilihan raya umum ke-15 perlu diutamakan berbanding pemilihan Umno, dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi daripada parti.
“Pemilihan parti penting, tapi tak sepenting masa depan negara.
“Lebih penting nasib dan masa depan rakyat dari nasib dan masa depan kepimpinan parti,” katanya.
Menurut pembangkang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya, yang sedang berdepan kes rasuah, mendesak pilihan raya umum awal supaya mereka dapat mengukuhkan kedudukan sebelum pemilihan parti.
Nur Jazlan berkata tiada jaminan bahawa pemilihan Umno akan datang akan membawa perubahan kepada kepimpinan parti.
“Kalau kita adakan PRU lebih awal, dari kita tunggu 15 bulan hingga tempoh akhir untuk adakan PRU, dan keadaan terus terumbang-ambing, lebih baik kita serahkan mandat kepada rakyat supaya kerajaan dapat dibentuk bagi tempoh lima tahun,” katanya.
Pada Isnin lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sekali lagi menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden parti, untuk mempertimbangkan mengadakan pilihan raya umum ke-15 secepat mungkin.
Hayat Dewan Rakyat adalah sehingga sekitar pertengahan 2023.
SUATU KETIKA DULU- KINI DIAM MEMBISU
Terkenang semasa dulu...
Hatiku menjadi pilu...
Janji nak buat RUU...
Dapat kuasa semua membisu..
Mengapa dikenang mengapa difikir...
Kisah lalu penuh zikir....
Lebai bercakap tanpa fikir...
Cari salah suka mengkapir...
WFAUZDIN NS
NAMA ZAFRUL DISEBUT DALAM TESTIMONI LEISSNER -VIDEO MAT SABU SEBUT DALAM DEWAN (TIKTOK)
Beliau yang merupakan saksi dalam perbicaraan itu menceritakan kepada Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya menjadi 1MDB.
Menurut dokumen mahkamah, Leissner mengambil maklum satu emel daripada Ng berhubung satu mesyuarat TIA pada 2009.
Dalam emel itu, Ng memaklumkan selain dirinya individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga.

Leissner dalam testimoninya berkata, Ng memberitahu bahawa tujuan mesyuarat itu adalah supaya Sultan Mizan bertemu orang “daripada bank-bank”.
Ditanya oleh pendakwa raya adakah beliau tahu Tengku Zafrul daripada Kenanga, Leissner menjawab, “ketika itu saya tidak tahu”.
“Dia pernah berpindah semasa saya menjadi pengurus bank jadi saya tak tahu pada masa itu.”
Leissner juga tidak ingat sama ada Kenanga mahu menjadi penasihat bersama dengan Goldman Sachs dalam projek TIA.
Menurut Leissner, Low adalah penasihat kepada Sultan Mizan dan membuat beberapa keputusan penting di TIA.
Beliau juga mendedahkan bahawa Low memainkan peranan penting dalam menarik Goldman Sachs untuk terlibat dengan TIA.
Sehingga kini, tiada sebarang respon diterima daripada pihak Zafrul.
KAH..KAH...KAH...PUNYA LOYAR BUROK SI NAJIB NI- JOM TONTON VIDEO MAKCIK PEKAN

Hutang 1MDB tak guna dana awam?, Pakar ekonomi tempelak Najib menipu dalam Parlimen
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar dan tepat.
KEH..KEH...KEH...MAKCIK PEKAN YANG CERDIK
Menurut pakar ekonomi, Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi, semua hutang 1MDB mempunyai kadar faedah yang perlu dilangsaikan dan ia perlu dibayar oleh kerajaan.
Katanya, dalam konteks 1MDB, syarikat pelaburan tersebut juga mengeluarkan bon untuk berhutang.
“Jadi dakwaan Najib tidak betul. Bon itu ada faedah. Jadi, siapa yang membayar faedah ini? Kerajaanlah yang bayar.
“Ini tak termasuk dengan duit pokok (prinsipal). Hutang ini perlu dibayar pada ketika ia matang. Mungkin pada tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya.
“Perlu diingat 1MDB mengeluarkan bon menggunakan jaminan kerajaan. Oleh itu ia dikira sebagai liabiliti kerajaan. 1MDB tidak ada duit nak bayar, sebab itu kerajaan yang kena bayar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.
Bon merujuk kepada sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah.
Najib pada sidang Parlimen pada Rabu memberitahu, tiada satu sen dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.
Najib menjelaskan pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.
Bagaimanapun, Nungsari berkata, dalam mahkamah di Amerika Syarikat, bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.
“Malah pada tahun lalu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga mengumumkan telah memperoleh semula RM1.9 bilion lagi dana 1MDB yang dicuri dengan bantuan DOJ yang menyerahkan wang itu ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.
“Jadi, wang dan harta yang disita daripada individu yang mencuri duit 1MDB datang secara berperingkat. Ini akan melibatkan beberapa tahun setelah bon dikeluarkan,” katanya.
Misi bantu mangsa banjir Pantai Timur, Abang Viva luah rasa terkilan bila sampai di Hulu Terengganu

‘Abang Viva‘ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, masih belum dapat berkhidmat membantu mangs4-mangs4 banj1r di daerah ini susulan arus yang terlalu deras.
Azwan berkata, situasi itu berisiko untuk bot-bot masuk ke tempat-tempat yang terputus hubungan jalan darat.
“Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah.
Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.
Azwan berkata, selepas misinya selesai di Hulu Terengganu, dia merancang untuk ke Kelantan pula, namunn bergantung kepada keadaan semasa banjir.
Katanya, perjalanan ke negeri ini berjalan lancar dan tiba pada pukul 4.50 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton yang dihadiahkan usahawan kosmetik, bulan lalu.
Dia turut ditemani beberapa kenalannya dan bergerak secara konvoi.
VIDEO LIVE TERBARU ABANG VIVA KETIKA DI TERENGGANU
OOOOO...KAMI FAHAM....PERAK PUN BUKAN KAYA MANA....NAK KENA TEBANG ITU INI JUGA...IDAK PUN NAK DUIT JUGA....FREE TAK BOLEH...
Maaf, Perak tak dapat bekal air mentah kepada P Pinang, kata MB

PETALING JAYA: Keputusan tidak membekalkan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) adalah muktamad, kata Menteri Besarnya, Saarani Mohamad.
Beliau berkata, ketetapan itu dibuat hasil perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta delegasinya di Pejabat Menteri Besar Perak di Ipoh, kelmarin.
Selain keperluan domestik penduduk, katanya, keputusan itu turut mengambil kira beberapa kajian berhubung impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi empangan janakuasa elektrik serta kegunaan sektor perkilangan.
Beliau berkata, keputusan itu sejajar pendirian kepimpinan sebelum ini yang kerajaan Perak sedia membantu, namun tertakluk kepada kecukupan penggunaan air dalam terlebih dahulu.
“Kalau cukup, barulah (air) yang lebih itu kita boleh hantar ke Pulau Pinang, tetapi berdasarkan kajian, air untuk kegunaan Perak pun tidak sepenuhnya mencukupi, terutamanya apabila populasi diunjur bertambah kepada tiga juta menjelang 2050.
“Kedatangan semakin banyak pelabur membuka kilang di Perak turut menuntut penggunaan air yang tinggi, malah sudah ada pengilang terpaksa mendapatkan sendiri sebahagian besar bekalan air seperti dari tasik dan lombong,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Saarani berkata, penyedutan air dari Sungai Perak juga boleh menyebabkan empat empangan sungai terjejas dari segi prestasi penjanaan kuasa elektrik.
“Aspek itu bergantung sepenuhnya kepada paras air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah pasti tidak bersetuju.”
Beliau berkata, empangan Tasik Bukit Merah di daerah Kerian yang mengalami penurunan paras air ke tahap kritikal sehingga memaksa langkah pembenihan awan dilakukan baru-baru ini, menunjukkan Perak turut berdepan masalah bekalan air.
Katanya, Pulau Pinang mencadangkan air yang ingin disedut adalah selepas kawasan empat empangan di Sungai Perak, iaitu melepasi Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar, namun ia tetap memberi kesan.
“Mengikut kajian, jika air disedut di bawah Empangan Chenderoh, penduduk di kawasan selepasnya seperti Parit, Kampung Gajah hingga ke Teluk Intan akan menghadapi masalah bekalan air.
“Kita bersimpati dengan masalah dihadapi Pulau Pinang mengenai isu air, namun maaf, Perak tidak dapat membantu (menjual air mentah).”
Chow sebelum ini dilaporkan berkata, Pulau Pinang akan berbincang dengan kerajaan Perak berhubung hasrat membeli air mentah menerusi projek SPRWTS.
Pecah amanah RM6.6 bilion: Najib, Irwan gagal supaya dilepas tanpa bebas. Haaaa....20 tahun wooooo

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah supaya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.
Hakim Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata, mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut dengan mengambil kira faktor pihak pendakwaan telah bersedia untuk perbicaraan.
“Tarikh perbicaraan selama 32 hari pada September 2021 sudah ditetapkan sebelum ini, namun telah dilapangkan atas permohonan pihak pendakwaan dan ia tidak dibantah oleh pihak pembelaan.
“Permohonan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah hanya boleh dibenarkan jika pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes,” katanya dan menetapkan 1 hingga 4 April 2023, 8-11 April dan sepanjang Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan baharu kes tersebut.
Najib, 68, dan Irwan, 63, memohon dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu hari ini semasa pengurusan kes berkenaan atas alasan mereka telah dituduh sejak 2018 namun masih belum dibicarakan sehingga kini.
Terdahulu, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib berhujah bahawa walaupun selepas didakwa empat tahun lepas, kes terhadap anak guamnya masih tergantung dan perbicaraan belum lagi bermula.
“Pada masa sama, kami memohon beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tetapi ia masih belum dilengkapkan. Oleh itu, kami pohon satu perintah lepas tanpa bebas diberikan kepada anak guam kami,” katanya.
Peguam K Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan berkata, pihaknya tidak meragui proses mahkamah atau pihak pendakwaan, tetapi kes yang dihadapi anak guamnya masih lagi tergantung dan disebut sebanyak 14 kali di mahkamah sejak Oktober 2018.
“Kes ini telah tergantung kerana tiada kesesuaian tarikh perbicaraan berikutan tertuduh pertama iaitu Datuk Seri Najib sedang dibicarakan di beberapa mahkamah berbeza dan pihak kami mendapat makluman daripada peguam beliau bahawa tarikh yang masih tersedia hanyalah pada tahun 2023.
“Sekiranya Yang Arif membenarkan permohonan ini (lepas tanpa bebas), pihak pendakwaan boleh mengemukakan semula pendakwaan pada bila-bila masa,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan tidak adil bagi mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan pada peringkat ini (sebelum perbicaraan).
Beliau berkata, pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes memandangkan sudah tiga kali serahan dokumen dibuat mengikut Seksyen 51A dan mengikut peruntukan undang-undang dan mereka boleh mengemukakan dokumen tambahan jika ada sebelum perbicaraan.
“Pendakwa raya mewakili 34 juta orang awam yang ingin melihat kes ini dibicarakan, bukan boleh dilepas tanpa dibebaskan begitu sahaja. Kami bersedia untuk membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh,” katanya.
Pada 24 Okt 2018, Najib dan Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.
Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.