Mampukah KEADILAN lakukan kejutan dalam PRN Sarawak?

 



Oleh: Redzuan Shamsudin



ULASAN: Dibayangi prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, KEADILAN Sarawak perlu memberikan sesuatu yang lebih positif dalam PRN kali ini.



Mungkin mempertahankan rekod menang 3 DUN dianggap terbaik dalam cabaran sengit Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang begitu besar dananya dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang juga tidak kurang dana serta penajanya. Bagaimanapun, KEADILAN sebagai parti yang telah bertapak di Sarawak sejak tahun 2000 tidak mungkin mahu diukur prestasi dengan hanya 3 kerusi DUN.



Parti yang telah melalui cabaran dua dekad dan dikenali oleh majoriti pengundi Sarawak seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih menggalakkan.



Wajar menang 5 kerusi



KEADILAN wajar menang sekurang kurangnya 5 kerusi berdasarkan usia parti. Tidak mengulangi prestasi PRN 2016. Dengan bertanding hanya 28 kerusi dan sumber boleh ditumpukan ke kawasan kawasan berpotensi maka seharusnya keputusan PRN kali ini adalah yang terbaik buat KEADILAN.



Namun adakah pengundi tempatan akan menyokong calon KEADILAN? Berdasarkan mood kelihatan KEADILAN boleh mendapat banyak undi di kerusi kerusi sekitar Kuching dan Miri. Di kedua dua bandar besar ini penyokong KEADILAN agak banyak. Biar pun kesukaran berkempen di kekang Prosedur Operasi Piawai (SOP) namun pengundi masih boleh mendapatkan mesej kempen melalui internet.



Golongan berpendidikan yang telah bosan dengan corak pentadbiran GPS selama 58 tahun mungkin akan melakukan perubahan, terutama isu akses internet yang tidak stabil, banjir kilat serta kemudahan asas yang gagal diperbaiki oleh parti pemerintah.



Tidak boleh diperkecilkan arus bantahan pengundi muda dan berpendidikan yang berpendapat 'sekiranya menyokong pembangkang atau kerajaan, kemajuan tetap sama'. Pendapat seperti itu boleh didengar di kawasan kawasan sub bandar. Kebanyakan generasi terdahulu telah mengundi GPS terlalu lama dan tidak mendapat pembangunan yang selayaknya. Maka bagi generasi muda seharusnya GPS 'diajar' dengan mengundi pembangkang.


Cuma ke arah mana amarah tersebut akan diterjemahkan menjadi undi, tidak dikenalpasti. Kemungkinan juga undi akan pergi kepada parti baharu PSB yang dipimpin banyak tokoh politik berpengalaman Sarawak.



Manifesto terbaik



Dari segi manifesto KEADILAN menawarkan tawaran yang logik dan lumayan. Berbekalkan jumlah RM31 bilion rizab tunai Sarawak, mungkin manifesto KEADILAN boleh meransang golongan Atas Pagar yang berpendidikan untuk mencuba kerajaan baharu dan mengharapkan janji bantuan tunai atau pembangunan tersebut akan berhasil.



Bagi kawasan pendalaman pula, KEADILAN menjanjikan pemberian tanah tanah lot dan skim pembangunan tanah Selda. Tawaran Selda menarik bagi anak muda yang telah berkeluarga tetapi tidak memiliki tanah untuk diusahakan. Cuma terdapat sedikit faktor ketidakpastian kerana skim sama tidak ditawarkan dalam manifesto DAP dan Amanah yang sepatutnya diikutsertakan, bagi memberi keyakinan sekiranya parti parti dalam Pakatan Harapan menang maka Selda boleh direalisasikan.



Terlepas daripada tawaran tawaran manifesto, suasana PRN di Sarawak mungkin tidak begitu menyebelahi KEADILAN di kawasan bukan bandar dan sub bandar. Cuma dalam beberapa hari terakhir, kelihatan protes dari golongan di atas 40an kepada GPS dengan pengakuan tidak akan keluar mengundi kerana kecewa dengan ahli ahli politik gabungan itu.



Persaingan KEADILAN, PSB



Protes seperti ini di sesetengah kawasan akan membuka persaingan di antara KEADILAN dan PSB. Sekiranya di kawasan berkenaan mempunyai banyak penyokong KEADILAN tetapi tidak cukup untuk mengalahkan GPS maka dengan boikot penyokong GPS, KEADILAN berpotensi menang.


Hal ini tidak mustahil berpandukan kebangkitan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila KEADILAN mampu menang di beberapa kerusi Parlimen yang dianggap mustahil untuk dimenangi, biar pun kemudian calon calon tersebut melompat menyertai Bersatu.


Sekiranya gelombang PRU 14 boleh diulangi dalam PRN kali ini maka tidak mustahil KEADILAN akan mendapat lebih daripada 3 kerusi DUN. Dengan prestasi itu KEADILAN boleh membuat kejutan sekali lagi dalam PRU ke 15.



________________________________________________________________________________



Artikel ini disediakan berdasarkan pemerhatian pasukan Suara Keadilan yang membuat liputan di PRN sarawak


Pindaan Akta 342: Denda sehingga RM10,000 tidak patuh SOP melampau





Pindaan terdadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atau Akta 342 dianggap melampau apabila mencadangkan nilai maksimum kompaun kepada yang melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) sehingga RM10,000.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Aizuddin Ariffin, kompaun RM10,000 mengikut pengalaman pelaksanaan mungkin hanya dikenakan kepada rakyat biasa dan tidak mungkin kepada wakil rakyat atau menteri yang dirujuk sebagai 'kluster kayangan'.


"Saya mengambil pendekatan mengkritik tetapi tidak menolak untuk menyokong usaha cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1998


"Kegagalan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentangkan perincian garis panduan terhadap rang undang-undang yang bakal dilaksana, hanya mewujudkan banyak kelompongan. Undang - undang berasaskan tangkap muat dan perincian yang longgar tidak dapat menjamin keadilan dan boleh dipertikai kredibilitinya.


"Sebagai contoh, hukuman kepada individu yang melanggar SOP sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara maksimum 7 tahun atau kedua-duanya sekali adalah satu bentuk kezaliman dan tidak masuk akal. Apa jaminan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin rakyat di bawah tidak akan ditekan tatkala 'polisi double standard' menjadi praktis amalan pemerintah?" tanyanya.


Bagaimanapun, Aizuddin tidak menolak cadangan peruntukan baharu seperti pindaan Seksyen 10 ( pemberitahuan kewujudan penyakit berjangkit di mana- mana premis ), seksyen 15 A (penggunaan teknologi untuk kaedah pengasingan dan kuarantin ) yang dilihat mampu mengawal penyebaran penyakit berjangkit dan perlu diberi ruang untuk dibahaskan secara terperinci.


Namun tegas Aizuddin, perkara utama yang perlu dilakukan kerajaan bukanlah menghukum tetapi mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mamatuhi SOP


"Yang penting adalah bagaimana kesungguhan kerajaan meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat tentang peri pentingnya menjaga SOP dan kesihatan di kala negara berdepan pandemik.

"Saya berpandangan, fokus KKM yang utama adalah untuk meningkatkan sistem dan pengurusan kesihatan negara. Perbincangan lebih tertumpu mengurus pandemik dan usaha untuk penghasilan vaksin sendiri daripada kebergantungan kepada negara luar yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.

"Senario sekarang juga memerlukan kesungguhan KKM untuk menilai semula SOP penting dalam pengurusan hospital berdepan pandemik. Banyak lagi yang perlu dilakukan, antaranya naik taraf fasiliti, tambah jumlah doktor, jururawat, staf sokongan serta petugas kesihatan," katanya lagi.


ANIMASI DARI KARTUN ZUNAR-: Meeting 1MDB. 'Patutkah Wang Ini Disapu?".Filem ini menang 7 award Di Anugerah Filem Kangkongland.


 


ANIMASI: Meeting 1MDB. 'Patutkah Wang Ini Disapu?".Filem ini menang 7 award Di Anugerah Filem Kangkongland.

Please share

More cartoons / buy books @ www.zunar.my

#1mdbscandal #1MDB #najibrazak #rosmah #rosmahmansor

MEMANG ISMAIL SABRI IDAMKAN JAWATAN PRESIDEN


 

Pergolakan dalam Umno adalah mengenai pembubaran parlimen

 Panas! Pergolakan dalam Umno adalah mengenai pembubaran parlimen



Hampir empat bulan selepas kembali berkuasa, terdapat kumpulan dalam Umno yang mahu parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Menurut beberapa sumber, perpecahan di kalangan kumpulan yang bersaing sesama sendiri itu berlaku sekali lagi pada mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 8 Dis lalu.

Garis pertembungan itu sama seperti awal tahun ini apabila kepimpinan Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu antara yang mahu mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu dan mereka yang berhasrat untuk menyingkirkannya.

Kali ini, kata sumber, mereka yang sebelum ini mahu mengekalkan Muhyiddin sebagai perdana menteri mahu penggantinya sekarang yang naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkuasa sehingga penggal parlimen berakhir.

Menurut sumber, ketegangan dalam kepimpinan Umno mendorong sekumpulan Ahli Parlimen, diketuai Ahli Parlimen Pasir Salak dan ahli majlis tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, mengadakan sidang media baru-baru ini untuk menyatakan sokongan mereka kepada Ismail.

Kumpulan ahli parlimen ini, yang mendakwa mewakili kelab penyokong kerajaan berkata Ismail perlu terus mentadbir negara bagi memastikan kesinambungan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.

“Beliau (perdana menteri) bersama ahli kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka statistik menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen baru-baru ini.

Sumber daripada beberapa kumpulan dalam Umno memberikan tafsiran berbeza mengenai apa yang mendorong kumpulan ahli parlimen itu berbuat demikian.

Bagaimanapun, mereka mengakui dakwaan bahawa sesetengah pihak dalam Umno mendesak Ismail untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Kita nak PRU segera saja, bukan tukar PM,” kata sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi Umno.

Seorang ahli Majlis Tertinggi parti itu, yang tidak mahu namanya didedahkan mengesahkan cadangan itu dikemukakan semasa mesyuarat awal bulan ini.

Pemimpin berkenaan bagaimanapun menyangkal perkara itu, dengan mengatakan bahawa ia hanya merupakan satu cadangan.

“Ia hanya idea yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Tiada perbincangan mengenainya. Tak ada keputusan,” dakwanya.

Penggal parlimen ke-14 akan berakhir pada Jun 2023. Dengan berbaki 17 bulan lagi, Ismail mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan sebelum mendapatkan mandat baru.

Sejak tewas dalam pilihan raya umum 2018, Umno mengukuhkan penguasaan dengan pantas apabila memperoleh semula jawatan perdana menteri dan mengambil alih semula kerajaan negeri di Perak, Johor dan terbaru Melaka.

Ada pihak dalam Umno yang percaya parti itu kini mempunyai momentum untuk mengadakan pemilihan baru bagi memperoleh mandat yang jelas, dan bukannya membenarkan Ismail menjadi perdana menteri dengan majoriti tipis yang bergantung kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan dengan pembangkang.

“Ekonomi banyak masalah. Kerajaan juga tidak stabil. Bajet 2022 pun dah lepas, buat PRU sajalah” kata sumber yang rapat dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber ini percaya mereka yang menentang idea pilihan raya mengejut adalah mereka yang mahu menunggu sehingga Umno mengadakan pemilihan tahun depan.

“Semua ni dah tau dia orang dah jadi dinosaur dalam politik. Diorang tengah takut Zahid tak cadangkan dia orang, seperti apa berlaku di Melaka, takut parti tak cadangkan dalam PRU akan datang. Bayangkan daripada semua ketua bahagian, hanya dua dicalonkan di Melaka.

“Jadi, mereka mahu mendesak Ismail menjadi presiden parti. Sebab itu tiba-tiba kumpulan itu mengadakan sidang media untuk menunjukkan sokongan mereka. Mereka ini juga dalam Umno yang mahu meneruskan kerjasama dengan Bersatu,” dakwanya.

Gesaan supaya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat sebelum ini disuarakan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sehari selepas Umno memenangi pilihan raya Melaka.

Kes mahkamah

Beberapa sumber Umno lain yang tidak bersetuju raya awal diadakan mendakwa kumpulan yang mahu mengadakan pilihan raya tidak mengutamakan kepentingan parti, sebaliknya kepentingan mereka sendiri.

“Kenapa kamu fikir mereka mahu adakan pilihan raya awal? Lihat kes (mahkamah) siapa yang akan datang,” kata seorang pemimpin parti itu kepada Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 24 Jan tahun depan sama ada akan membebaskan atau memerintahkan Zahid membela diri atas pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram.

Tahun depan juga akan menyaksikan bekas presiden Umno, Najib Razak juga menghadapi dua perbicaraan berkaitan 1MDB.

Satu lagi sumber yang tidak sehaluan dengan mana-mana kumpulan berharap kedua-dua kem dalam parti itu tidak mempamerkan perpecahan terbuka seperti yang dilihat awal tahun ini.

“Perpecahan parti tidak akan menguntungkan sesiapa pun. Jika kedua-dua kumpulan dapat mencapai persefahaman untuk mengelakkan perpecahan terbuka, itulah yang terbaik.

“Saya tidak fikir kita perlu melalui satu lagi tempoh menggelar sesama sendiri sebagai pengkhianat dan perlu kekalkan kredibiliti di mata pengundi,” katanya.

Menteri Pas cuba tutup ‘bangkai gajah’, nafi ada pergolakan hingga menyebabkan berlaku pertukaran kerajaan

 


Menteri Pas cuba tutup ‘bangkai gajah’, nafi ada pergolakan hingga menyebabkan berlaku pertukaran kerajaan


Pas menafikan berlaku pergolakan dalam pentadbiran kerajaan sebaliknya memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memerintah sehingga tamat penggal.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini, tiada gangguan mahupun pergolakan sehingga boleh menyebabkan berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut menjelaskan, ketika ini, bukan waktu yang sesuai untuk berbicara mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada proses memulihkan ekonomi dan krisis kesihatan yang berlaku.

“Gangguan tiada, tak ada ribut cuma kita melihat di waktu ini bukan waktu sesuai untuk bicara soal PRU15, rakyat masih perlu pembangunan ekonomi dan aspirasi 100 hari baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri dan Covid-19 masih belum selesai.

“Atas sebab itu Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) buat keputusan untuk menyatakan dukungan sehingga tamat penggal kepada Perdana Menteri yang ada, saya fikir itu terbaik kerana perlu untuk kita sampai ke tahap itu (mencapai tahap pemulihan) Insya-ALLAH,” katanya, memetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Empangan Sabo kepada kontraktor di Titi Hayun, Yan pada Rabu.


INGATAN KERAS BUAT ANWAR IBRAHIM- JANGAN DENGAR HASUTAN DARI PELAHAP KETUA PERINGKAT NEGERI

 







ZUWAIRI MOHD YUSOFF


Saya ingin memberi ingatan keras buat ANWAR IBRAHIM supaya tidak tidak termakan hasutan ketua PKR peringkat negeri yg kemaruk kuasa pelahap jawatan.Ape berlaku di PRN MELAKA jadikan iktibar di PRU15.Tindakan meletakkan SHAMSUL tanding DUN walaupun dah jadi MP memakan diri.Tindakan amik IDRIS pun nampaknya makan diri bila jadi calon walaupun baru join PKR.Sepatutnya bagi OTAI,PRO REFORMIS jadi calon2 kamu kerna mereka veteran2 yg dah byk bertempur sejak mula berkorban macam2 selama kamu lama dalam penjara.Bulan bila tah siap pukul gendang dia tu bagitau nak tanding dunlah,parlimenlah supaya bila PH menang PRU15 di PERAK,dia boleh jadi MB PERAK eh?Kuota tu milik AMANAH biar kekal begitu.Di MELAKA pun sama milik AMANAH.FARHASH SALVADOR jangan berangan nak cah keting,SHAMSUL usah menyibuk nak sailang KETUA MENTERI MELAKA.PKR dah ade SELANGOR,NEGERI SEMBILAN tak cukup lagika?JOHOR,KEDAH pun ade lagi boleh PKR ketuai ape yg kalut nak yg 2 negeri itu?PAHANG pun ade pilihan PH ape yg kemaruk nak berebut?

PRU15 dah tak lama,sudahkah PKR,DAP,AMANAH,UPKO bersedia untuk menang majoriti 2/3 parlimen dari 222 yg ada?Tanding guna logo sendiri lawan BN,PN,GPS bukan tindakan bijak.Tanding guna lambang PH yg teruk tercemar akibat MAHATHIR lagi bodoh.Rakyat mahu lihat apekah PH mampu bersatu di belakang 1 lambang macam PRU14?Lambang itu dan pilihan
terbaik
logo mata PKR.Peratus turun undi yg cukup rendah di MELAKA satu amaran buat PH PRU15 nanti.PRN SARAWAK amaran kedua wake up call anda.Andai peratus turun undi pun bawah 70% di PRU15 PH yg akan melopong bukan BN,PN,GPS.Cakap air liur dah tak laku anda kene bagi insentif untuk mereka balik undi ramai2 keluar undi ramai2.PH tak perlu bagi RM 50,100,200,300 macam BN,PN buat.Cukup PH buka tabung dana khas sekarang untuk bantu pengundi2 balik mengundi di kampung masing2 macam fb tu buat untuk PRN SABAH yg lalu.PH boleh juga sediakan pengangkutan2 untuk angkut pengundi2 ke tempat undi dan bawa mereka balik semula nanti.
Dengan 2 cara ini peratus yg balik dan turun mengundi akan cecah 90% itu gerenti.PH menang PRU15 cuti umum 2 hari sekali untuk raikan dan rehat secukupnya buat semua yg terlibat.Semua kempem PH mesti bawah satu lambang dan satu jentera yg bergabung jangan sendiri2 itu cari nahas undang kekalahan teruk fikir fikirkan.Musuh sendiri tanding bawah lambang mereka BN,PN,GPS takkan PH mahu menongkah arus pula cari penyakit.Bagitau pengundi2 luar bandar,di kampung dan ceruk pedalaman semua yg terlibat SKANDAL DNB dan PANDORA PAPERS akan terbongkar lepas PH menang PRU15 sama macam terbongkar skandal 1MDB Najib kroni proksi yg kononnya auta fitnah dulu2.Undi jangan berpecah undi biar solid pada calon2 PH sahaja nanti bukan pada MUDA,PEJUANG,WARISAN,BEBAS,BN,PN,GPS ingat tu semua
Sekian......




PAS BELUM LAGI DENGAR SUARA TENTANG PROJEK 5G ATAU MEMANG TAK ADA MAKLUMAT ? DIAM BANGGANG SANGAT ?





HAMDAN TAHA


 Projek 5 G

Wakil umno dah bersuara dan siap buat kenyataan akbar mempertikai projek runding terus bernilai 20 bilion
Ketua pemuda umno pun dah buat kenyataan begitu juga ketua pembangkang dah bertanya di dewan parlimen....menantu siapa yang dapat projek itu kenapa di runding tergesa gesa masa darurat.....
Yang belum dengar suara ialah Pas jer....senyap sebab masa kelulusan itu di buat masa Mujidden Yassin PM kot masa Ismail sabri dia heboh dah...

MANA PAS MANA UMNO : Khalid Samad: Pada Waktu Pandemik, Ambil Tanah Oleh Pemaju Swasta, Mana ...

RENTASAN 1031 | GEMPAR!!! ISU TANAH LOT 41: FITNAH NAJIB DISELAR PEMIMPI...





MENARIK DALAM RENTASAN 1031
1. KAMPUNG SUNGAI BARU BUKA TOPENG PENUNGGANG MELAYU-ISLAM 2. ISU TANAH LOT 41, PENGERUSI PAC SEKOLAHKAN PM6 3. ISLAM TAK SURUH UMATNYA BERSATU DENGAN PENYANGAK 4. PAKATAN HARAPAN TOLAK RUU PINDAAN AKTA 342



TERKINI- BANJIR PAGI INI DI KEMPADANG MAKMUR, KUANTAN

DANA POLITIK


1. Nak jadi orang politik, kena kaya dan banyak duit. Kalau setakat ada latar belakang baik dan punya pengaruh di kalangan pengundi, belum tentu seseorang itu boleh menang. Kata seorang Otai politik kepada saya.
2. This is Malaysia, katanya. Money talks, as simple as that. Tu sebab ada ex-PM, moto politiknya ialah “Cash is King”.
3. Saya cringe mendengarnya. Walaupun itu real politics yang kita kena terima. Tapi kenapa ia dibiarkan sampai jadi kanser dalam negara?
4. Sekarang pengundi pilih pemimpin ikut siapa yang paling banyak memberi. Penyokong parti pula, tengok pemimpin mana yang paling banyak boleh agih projek, itu yang disokong. Hasil nya satu, nak jadi pemimpin di Malaysia ni hanya perlu ada banyak duit. Prinsip dan nilai memimpin, ditolak tepi.
5. Satu saja kena tahu, adakah pemimpin politik ini guna duit mereka sendiri? Bukan semua macam Tunku Abdul Rahman yang sanggup jual rumah sendiri untuk jadi dana merdekakan negara. Pemimpin sekarang negara tengah susah pun, dimintanya tanah dan rumah RM100 juta. Jauh beza benar pemimpin dulu dan sekarang.
6. Truth be told, pemimpin sekarang nak berpolitik perlukan dana politik cukup banyak. Dikatakan satu kali pilihanraya sampai RM1juta-RM5juta diperlukan seorang calon. Kalau tak, tak payah mimpi la nak menang. Saya tertanya2, mana la dapat duit ni semua.
7. Kata Otai politik, dana politik ni datang dari pelbagai macam. Ada beberapa sumber yang nampak baik atas kertas:
(i) Daripada sponsor/ backer (korporat atau persendirian)
(ii) Daripada sumbangan orang awam- macam tradisi tin milo parti PAS.
8. Namun secara realitinya, dunia politik antara yang paling kotor. Macam2 dana boleh digunakan untuk politik. Ramai yang tak tahu dana politik boleh datang dari sumber yang salah dan diragui, seperti wang daripada:
(i) “Kickback” projek Kerajaan
- Ini dibuat bila nilai projek dinaikkan dan dana awam dikeluarkan bukan saja untuk buat projek, tapi sebahagiannya masuk dalam akaun parti politik atau kocek orang politik.
(ii) Sponsor dari Agensi atau GLC
- Duit Agensi dan GLC tetap duit Rakyat, namun ada dakwaan yang ia diseleweng untuk tujuan parti politik dan ahli politik tertentu.
(iii) Dana daripada “underworld”
- Ini dipanggil dana yang “dicuci”. Digubah wang haram untuk jadi dana politik. Wang haram ni datang dalam pelbagai macam: wang dadah, pelacuran dan kongsi gelap. “Underworld” suka sangat nak sponsor orang politik agar kegiatan mereka tak dikacau. Benda ni bukan hanya di Malaysia, di mana2 pun sama. Termasuk di Amerika.
(iv) Dana daripada anasir/ pengaruh luar negara
- Ini pun satu masalah. Ada sesetengah negara yang suka masuk campur urusan negara lain. Jadi mereka umpan dengan beri dana politik kepada parti yang boleh menurut kata. Ingat, there is no such things as free lunch. Semua yang diberi hanya umpan. Belakang2 mereka nakkan habuan.
9. Di negara maju, mereka adakan suatu undang-undang ketat. Untuk mengawal dunia politik. Segala dana dan biaya politik dipantau oleh suatu badan bebas. Parti Politik diwajibkan untuk ishytihar dana politik mereka. Kena buat laporan berkala. Salah guna kuasa juga dilarang. Menteri dan ahli politik yang berjawatan dilarang menggunakan GLC atau agensi Kerajaan sebagai lubuk politik. Kalau dilanggar boleh dipenjarakan.
10. Di Malaysia, Akta Dana dan Pembiayaan politik telah didrafkan sejak 2015. Tapi heran bin ajaib. Tiada suatu parti politik, baik pembangkang mahupun Kerajaan yang betul2 ikhlas nak perjuangkan Akta ini. MOU Bipartisan baru2 ni tak dimasukkan. Kita pun heran.
11. Orang kata, CORRUPTION IS THE MOTHER OF EVIL. Pada saya, POLITICAL FUNDING IS THE MOTHER OF ALL CORRUPTION. Selagi kita tak address cara kita treat “DANA POLITIK” selagi itulah korupsi akan terus berkembang.
12. Teringat dulu masa saya jadi pegawai undang-undang, kami nak ambil tindakan ke atas seorang Pengarah Negeri. Dia punya kekayaan luar biasa padahal jawatan taklah terlampau tinggi. Bila disiasat dan ditanya, katanya dia tolong simpan dana orang politik. Dana politik pula mana salah dalam undang2. Makanya dia terlepas begitu saja.
13. Kita tengokkan kes terowong LGE. Satu tokan/ taukeh bagi dana politik pada punya banyak orang politik. Pemimpin UMNO pun dah berapa ramai termasuk Nazri Aziz. Semua pun dapat berjuta2. Cuma LGE ni lain macam sikit situasinya, sebab dakwaan dia terima ketika jadi Ketua Menteri. Makanya, kenalah dakwa.
14. Tengokkan pula dakwaan derma Pak Arab. Senang2 diberi kononnya masuk akaun sendiri. Walhal sumbernya datang daripada dana orang pencen. Katanya tak salah sebab dia banyak buat kebajikan. Bab dia berjoli untuk anak bini dia tutup mata. Katanya peratus berjoli itu sikit daripada belanja untuk parti. Pengsan kita dengar, dapat pemimpin sebegini.
15. Makanya, satu je kita nampak. Dana politik ni boleh suka-hati disalah guna. Dah jadi macam satu alasan untuk tak beramanah.
16. Untuk PRU15 akan datang saya cadangkan. Tuan Puan nak pilih MP atau ADUN, tetapkan syarat pada dia. Mintak dia sokong untuk luluskan Akta Dana dan Pembiayaan Politik. Kalau tak, jangan lah diberi undi pada mereka.
17. Bagi pemimpin muda, mari kita sama2 paksa dinosaur politik untuk berintegriti. Ianya bermula dengan diri sendiri. They need to walk the talk. Bendanya paling mudah, luluskan undang-undang yang kawal dana atau wang yang disalurkan pada parti atau diri sendiri.
18. Pada saya, itu cara paling baik untuk kita cuba bersihkan negara dari korupsi.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

Sebelum bom jangka dalam Umno meledak


Umno semakin kesuntukan masa. Meskipun hayat kerajaan yang dipimpinnya sekarang cuma akan mencapai tarikh luputnya pada pertengahan 2023, ia perlu bertindak segera untuk menggilap kewibawaannya yang nampaknya semakin tertekan dan tercemar.

Jika isu ini diabaikan, maka bererti ia menyerah tanpa berusaha untuk mengekalkan monopoli kuasa memerintah Malaysia sejak lebih enam puluh tahun lalu. Malah ia akan menjadi institusi Melayu-Islam yang akan dipersalahkan oleh sejarah generasi akan datang.

Cacat yang mempalit Umno kini ialah ia enggan memugar kewibawaannya sebagai pembela umat. Hari ini ia dilihat sebagai parti yang terlalu lelah sehingga tidak berupaya mengikis daki politik yang melekat pada kulit maruahnya.

Mutakhir ini Umno dihukum kurang bermaruah kerana mengizinkan tempekan rasuah dan salah tadbir urus mewarnai corak pentadbirannya. Yang menyedihkan ialah kebobrokan ini dibongkar dan dilaungkan pada umum oleh pemimpin dan mantan pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Ini belum mengambil kira serangan-serangan politik yang dilancarkan bertali arus oleh parti-parti saingannya yang mempertikaikan wibawa pemimpin-pemimpin Umno. Perihal Umno mengamalkan pimpinan kleptokrasi seakan tidak ditentang sama sekali oleh Umno.

Sebaliknya amat mudah disinonimkan Umno dengan kecurangan tidak amanah. Mungkin Umno terlalu yakin pada diri dan keupayaannya sendiri. Bagaimanapun yang mengerikan ialah kecacatan ini seolah terus berlumut pada wajahnya sejak kalah PRU14 Mei 2018 lalu.

Punca kecundangnya Umno hingga terperosok menjadi parti pembangkang ialah kleptokrasi. Meskipun sedar ia adalah virus politik paling ganas menghinggapi Umno, tiada langkah tuntas diusahakan oleh kepimpinan Umno.

Teraju pimpinan Umno lebih banyak menumpukan masa menghadapi tuduhan-tuduhan jenayah urusan kewangan di mahkamah. Baik presiden mahupun mantan presiden menjadi tajuk utama di media tempatan dan antarabangsa.

Yang membimbangkan ialah tiada usaha struktural dilaksanakan bagi memberi Umno bernafas dengan susuk parti politik yang sasa dan perkasa. Agak sukar bagi Umno untuk menggantungkan harapan pada keputusan mahkamah bahawa pemimpin utamanya itu bersih dari segala tuduhan.

Sementara itu Umno menjadi sasaran mudah untuk diperkotak-katikkan oleh parti hijau seperti Bersatu, Pejuang, dan terbaharu, Muda memperolehi perintah mahkamah supaya segera didaftarkan kerajaan.

Umno kini tidak dilihat sebagai parti yang memimpin tetapi lebih dipimpin oleh rakan-rakan kongsi yang belum pasti boleh kekal sehingga PRU akan datang.

Memang benar Umno menang bergaya dalam PRN Melaka bulan lalu. Namun umum tahu PRN itu berlaku kerana Umno tidak mampu menyelesaikan masalahnya dalamannya di negeri itu. PRN itu hanya usaha Umno cuba menyapu sampah di halamannya sendiri.

Memang tiada siapa yang boleh mendakwa menang dalam PRN itu kecuali Umno. Bagaimanapun ia sebenarnya adalah hanya kejayaan Umno melengahkan meledaknya bom jangka daripada meledak dalam Umno sendiri.

Oleh kerana pimpinan Umno kurang tegas, kurang hemah, dan kurang bijaksana, halamannya kelihatan bersih seketika. Namun bayu tidak lembut sentiasa. Ia boleh bertukar ribut jika tiada usaha menjaga halaman dengan tertib dan saksama.

Mujur masih ada pemimpin Umno yang boleh diharapkan. Timbalan Presiden Mohamad Hassan dan pasukannya masih berdaya memastikan Umno tidak kehilangan Melaka. Namun cabaran PRU15 menjanjikan cabaran lebih besar lagi.

Jika beban maruah yang lebih berat menimpa Najib dan Zahid Hamidi di mahkamah, belum tentu Tok Mat dan pasukannya mampu menggalasnya. Jika itu berlaku punah wibawa Umno dan hanya bacaan talqin akan menghurunginya.

Justeru pengijazahan pasukan Tok Mat perlu dilakukan segera. Berilah mereka peluang dan ruang menentukan sikap sebenar Umno ketika disergah badai politik negara hari ini. Izinkan mereka memulakan usaha mempertahankan maruah Umno dengan rekod yang bersih.

Isu Digital Nasional Berhad (DNB) boleh jadi garis pemisah di antara Umno dengan parti Melayu-Islam lain. Tok Mat dah mulakan langkah pertama.

Beliau cuba menepis kemungkinan Umno dipalitkan dengan beban ketidaktelusan kerajaan pimpinan Bersatu yang sebelum ini memuktamadkan projek puluhan billion ringgit dalam bentuk DNB untuk melaksanakan pelaksanaan jaringan 5G.

Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spektrum 5G secara percuma dan eksklusif. Ia kemudian akan dijual kepada syarikat-syarikat telekomunikasi mengikut model “Single Wholesale Network” (SWN).

Pendekatan ini secara efektif memberikan DNB monopoli khusus dalam pelaksanaan dan pengendalian perkhidmatan 5G seluruh Negara selama 10 tahun.

Sehingga kini, kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model ini. Apa kewajaran penubuhan DNB ini sebenarnya? Jika ia lebih efektif, jelaskan bagaimana ia akan lebih efektif dalam pelaksanaan jaringan 5G tanpa persaingan.

Tok Mat mempersoalkan: “Perlukah kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mewujudkan satu lagi syarikat berkepentingan kerajaan?”

Tok Mat mahu kerajaan menjelaskan juga kelestarian model kewangan dalam membiayai DNB dan mandatnya.

Apa lagi bila DNB mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara menelan belanja sehingga RM20 Bilion selama 10 tahun dengan pendanaan melalui pinjaman bank dan penerbitan sukuk.

Kenyataan yang mengatakan bahawa model pembiayaan yang dicadangkan tidak akan melibatkan jaminan kerajaan adalah janggal. DNB adalah milik kerajaan. Pastinya sebarang risiko atas hutang dan keperluan kewangan operasinya akan secara langsung menjadi beban kerajaan.

DNB juga diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesediaan dan kualiti perkhidmatan rangkaian adalah terjamin kepada pengguna.

Jika mengikut model 3G/4G terdahulu, tanggungjawab ini adalah terletak kepada syarikat telekomunikasi. Ia mewujudkan persaingan yang sihat antara mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan.

“Bagaimana DNB akan menjadi katalis kepada persaingan sihat ini?” tanya Tok Mat Hassan.

Dengan pemusatan semuanya kepada DNB sebagai penyedia, risiko untuk berlaku ‘single point of failure’ seperti yang berlaku pada rangkaian Starhub di Singapura April lalu boleh terjadi dan berpotensi menjadi kerumitan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kerajaan pasti maklum bahawa model SWN ini telah terbukti gagal di negara seperti Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan semasa implementasi rangkaian 4G.

Keengganan negara-negara luar untuk mengikut model ini memberi petunjuk yang jelas berkenaan kelemahan model ini.

Risiko yang diambil oleh kerajaan memerlukan penjelasan yang konkrit. Defisit keyakinan terhadap DNB dan model SWN nampaknya semakin jelas dan kerajaan mesti menanganinya, kata Tok Mat.

Beliau terpaksa sekali lagi mengeluarkan kenyataan penyendal serangan tambahan bagi melengahkan satu lagi beban politik raksasa yang bakal menimpa Umno akibat ‘perbuatan’ orang lain.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Mengesahkan Anwar Seorang Berprinsip.





Menarik apa didedahkan oleh Romen Bose dalam bukunya berjudol "Final Rockoning: An Insiders View of the Fall Malaysia's Barisan Nasional Government" berupa catatan dan memoir menjelang kejatuhan Najib Razak dan kerajaan BN.
Bose mendedahkan Najib ada menghubungi Anwar menwarkan sokongan agar Dr Wan Azizah jadi PM demi mengelakkan daripada Mahathir memegang jawatan itu.
Hal ini pernah diceritakan Anwar. Namun demi prinsip dan janji dengan Mahathir, beliau tidak sanggup mungkir walaupun yang akan jadi perdana menteri adalah isterinya.
Sifat setia dan berpegang kepada prinsip inilah antara faktor mengapa Anwar masih belum jadi PM. Dan perkara ini juga ada saya sebut dan perincikan dalam buku saya "Mengapa Anwar Belum Jadi PM", yang siap minggu depan .
Perhatian kepada penempah awal akan mula menerima buku masing mulai Rabu. Atas sedikit kelewstan pohon maaf. Trims.

BANJIR MULA MELANDA ...DI KAWASAN PEDALAMAN PAHANG





 

Tiga kerusi penentu peluang KEADILAN di PRN Sarawak



Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan tiga daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi sebagai penanda aras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.



Katanya, tiga kerusi itu adalah Telang Usan, Mulu dan Lambir.


"Ia bermakna menang atau tidak itu menjadi jelas dan saya lebih optimis meletakkan tiga kawasan yang dianggap mempunyai peluang cerah kepada KEADILAN.


"Tiga kawasan itu sebagai kayu pengukur. Jika tiga kawasan itu dapat kami atasi, maka KEADILAN masih ada peluang cerah untuk menang," katanya.


Saifuddin berkata, calon KEADILAN DUN Mulu, Roland Engan, adalah peguam yang sangat dikenali dalam komuniti tempatan terutama membabitkan isu tanah dan sijil kelahiran.


Katanya, calon KEADILAN Telang Usan iaitu Philip Jau Ding, adalah aktivis masyarakat yang lantang membantah pembinaan Empangan Baram hingga dibatalkan pada 2015 oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Adenan Satem.


"Di DUN Lambir, ini adalah kali ketiga calon KEADILAN, Zulhaidah Suboh, bertanding. Dalam dua percubaannya dahulu, graf beliau meningkat dan setia menjalankan aktiviti di lapangan selama ini," katanya.

 

AKU HARAP ANWAR TAK PERLU ZIARAH LAH KOT..SEBAB MANUSIA NI TAK TAHU NAK HARGAI PERSAHABATAN DAN TAK KENAL KAWAN


 

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

Dalam satu kenyataan daripada IJN Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di situ kira-kira jam 7 petang semalam.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjut. (Mahathir) dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang,” kata IJN.

Tak perlu tilik permainan PAS dan Umno











Apa agaknya pendirian Ismail Sabri Yaakob mengenai Muafakat Nasional? Waktu dahulu kita tahu, masa MN ditubuhkan. Tetapi tidak selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Ertinya sejak jadi PM beliau agak sepi mengenai MN, khususnya pergolakan partinya dengan PAS berhubung soal Bersatu. Tidak ada komen – apa lagi kenyataan terbuka.

Ada yang percaya beliau tersepit (atau terperangkap untuk guna perkataan lebih lembut) antara Umno dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Tidak perlulah kita diperingatkan jawatan Perdana Menteri yang dipegang Muhyiddin diambil Ismail. Kita pun masih ingat mengapa Muhyiddin letak jawatan dan angkara siapa memaksa perletakan jawatan itu dilakukan.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik sependapat apabila PAS memeluk Bersatu dan menggunakan lambang Perikatan Nasional dan melawan Umno-BN pada PRN Melaka bulan lalu ia merumitkan Ismail. Apa tidaknya kerana PAS dan Bersatu bersama parti Ismail mendirikan kerajaan persekutuan pimpinannya. Kata pemerhati dan penganalisis politik itu antara contoh keadaan serba salah Ismail. Tentu ada lagi contoh.

Oleh kerana saya bukan ahli nujum dan tidak punya gelok jampi Pak Belalang, saya tidak tahu apa yang Ismail fikirkan akan apa yang berlaku antara Umno, PAS, dan MN keseluruhannya.

Benar Ismail “hanya seorang Naib Presiden Umno lantas ‘memberi laluan’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden partinya untuk ulas, komen, dan cakap mengenai MN. Akan tetapi beliau adalah Perdana Menteri dan kata-kata beliau penting dan membawa kesan. Lagi pun dua Naib Presiden Umno yang lain Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid kerap menyuarakan pendapat, pandangan, dan pendirian masing-masing mengenai masalah MN. Terutama Khaled yang lantang mengkritik PAS dan Bersatu.

Sebelum ini kedengaran pendapat bahawa Ismail ‘ditugaskan’ Umno menjaga negara manakala parti dijaga Presiden dan juga Najib Razak bekas Presiden.

Hakikatnya Ismail memilih untuk memendam rasa dan seperti dikatakan tadi mengizinkan bos-bosnya dalam Umno bersuara mengenai isu yang diperkatakan ini. Sama ada ada beliau merestui apa yang dikatakan Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan berhubung isu MN, saya ulangi – saya bukan ahli nujum.

Apa pun, bagi saya, hantaran Facebook terbaharu Zahid paling keras setakat ini. Presiden Umno itu merujuk kenyataan Presiden PAS yang mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan MN.

Abdul Hadi Awang membayangkan Umno sudah ‘lari’ daripada piagam MN apabila “mahu PAS dan mereka (Umno) sahaja dalam MN” dengan menolak Bersatu yang merupakan sekutu PAS dalam PN.

Respon Zahid: “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah”.

Cukup keras bukan? Sebelum ini musuh PAS kerap menuduh parti itu “menunggang dan memperdagangkan agama” untuk keuntungan politik. Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pernah menuduh PAS macam “pelacur politik”.

Bagaimanapun apabila Zahid menggunakan istilah “memperdagangkan agama” ia sesuatu yang menyentakkan. Ini kerana beliau dilihat satu-satunya pemimpin Umno yang boleh menyatukan Umno dengan PAS. Malah MN dikatakan ilham beliau. Oleh itu ramai pemerhati yang beranggapan jika Zahid sendiri menyelar Hadi keadaan sememangnya amat buruk.

Seperti yang dijangka perang mulut Umno-PAS mencetus reaksi Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau saya sifatkan hulubalang terbaharu Presiden PAS kerana kerap tampil mempertahankan Hadi dan melakukan serang balas.

Kali ini Fadhli berkata Umno tidak patut menggunakan keanggotaan Bersatu dalam Pakatan Harapan pada masa lalu sebagai alasan menolak parti itu menyertai MN. “Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian daripada PH itu sangat besar untuk dilupakan kenapakah Umno sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dahulu?”

Ada logiknya apa yang beliau persoalkan itu. Jelas, beliau merujuk peranan Umno dalam dan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. Langkah Sheraton ialah rampasan kuasa cara politik. Lalu, sebagai orang politik, Fadhli pasti tahu dalam bidang yang diceburinya itu tidak ada kawan mahupun lawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan. Sama ketika PAS berbaik dan bermesra dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat suatu masa dahulu.

Dalam konteks MN, pemimpin Umno yakin PAS faham akan sensitiviti soal hubungan Umno-Bersatu sama seperti Umno faham sensitiviti hubungan PAS–Amanah. Asal Bersatu ialah Umno dan parti itu ditubuhkan untuk “menghapuskan” Umno manakala asal Amanah adalah PAS dan ia ditubuh untuk menentang PAS.

Oleh itu, kata Timbalan Presiden Umno walaupun partinya turut berpendirian Amanah, PKR, serta Pejuang juga sebahagian ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa parti-parti itu menyertai MN kerana “tidak mahu menyakiti hati PAS”. Maksudnya Umno menjaga sensitiviti PAS. Itu menurut Tok Mat.

Menarik kerana kini semua parti itu disebut dalam pertelingkahan Umno-PAS. Parti pimpinan Hadi pula turut menyenaraikan Putra yang ditubuhkan oleh orang lama, Ibrahim Ali. Kata Fadhli, PAS tidak bermasalah menerima Putra bersama parti-parti yang disebut Tok Mat masuk MN dengan syarat tertentu.

Saya tidak bercadang menggariskan syarat yang PAS tetapkan. Hanya ingin menjelaskan saya kata ini “perkembangan menarik” kerana nama parti-parti itu tidak pernah timbul sebelum ini.

Pun begitu (ini juga menarik) Ketua Pemuda PAS mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersepakat untuk mengundang Bersatu ke dalam MN sebelum ini.

Imbas kembali laporan media 21 Ogos 2020 yang menyebut Zahid dan Hadi telah tandatangani surat mengundang Bersatu sertai MN. Ini berikutan keputusan yang dicapai pada mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno dan PAS.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 yang diadakan pada Mac tahun ini, perwakilan sebulat suara memutuskan Umno tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan Bersatu. Kata Timbalan Presiden Umno, partinya terikat dengan pendirian itu – “jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baharu dalam MN”.

Kesimpulannya, apa yang kita tonton sekarang adalah permainan politik Umno dan PAS dan juga sedikit sebanyak Bersatu yang mengkagumkan dan memualkan pada masa yang sama. Tidak perlu tilik dengan gelok jampi Pak Belalang untuk tengok itu semua.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.