POLITIK AHAMD MASLAN TAK ASTRAK

 

May be an image of Rosli Sukiran and text that says "4.7k JAWAB, SAYA TANYA! LIVE Streaming NRChannelT RChannel com.my ATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN AHLI PARLIMEN PONTIAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO 거"


MSO

Dari luar, perwatakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan nampak

hebat

. Tetapi isinya tidak sehebat Mohamad Rahmat yang pernah memegang jawatan itu.

Mungkin kerana Ahmad Maslan bernuasa muda jadi seni politiknya tidak begitu abstrak sangat.

Semasa berdialog dalam sebuah tv internet selejap tadi beliau cuba menjelaskan beberapa perkara yang serabut dalam Umno ketika ini terutamanya perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu berhubung sokongan kepada Mahiaddin.

Ahmad cuba memberi penjelasan agar Umno tidak berpecah lebih teruk lagi. Nawaitunya baik demi survive Umno.

Tetapi ada sesuatu yang bagi saya tidak perlu beliau sebuat dan war-warkan, yakni menyentuh soal Anwar Ibrahim. Kita tahu Umno tidak senang dengan Anwar dan menghalang Anwar dariipada jadi perdana menteri.

Tetapi mendedahkan yang Zahid Hamidi menggunalan nama Allah walahi, wabilah, dan watalahi tidak akan sokong Anwar jadi PM kurang sesuai dan penting. Walaupun perkara itu mungkin tidak rahsia parti, tetapi ia tidak manis kepada umum. Tampaknya Ahmad Maslan tidak mengenali siapa Zahid dan membaca makrifat politiknya?

Pendedahan itu juga boleh mengikat dirinya sendiri. Apa kata kalau sesudah Mahiaddin jatuh (dengan sokongan Umno juga nanti), tiba² Yang diPertuan Agong memilih Anawar sebagai perdana menteri berdasarkan jumlah kerusi mengikut blok, apakah sumpah Zahid itu terpakai?

Apakah Umno tetap menolak kerana berpegang kepada sumpah itu?

Kepada Mat Maslan elok beliau membuka kitab lama ditinggalkan Mohamad Rahmat semasa dia jadi SUA Umno dahulu, jangan hanya baca kitab ditinggalkan Sanusi Junid. Trims

 

Raja Kamarul tempelak MB Terengganu, masalah rakyat tak selesai, banyak habis masa di KL

 

Panas! Raja Kamarul tempelak MB Terengganu, masalah rakyat tak selesai, banyak habis masa di KL


Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang didakwa meninjau kerosakan bekalan air selepas seminggu rakyat di negeri itu menghadapi masalah tersebut, diselar dan dipersoal Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Kamarul secara sinis berkata, Menteri Besar dipercayai sedang sibuk di Kuala Lumpur menghadiri hal lain yang dianggap lebih penting daripada masalah rakyat Terengganu yang tiada bekalan air selama seminggu dan berterusan sehingga sekarang.

Beliau mempersoalkan adakah cubaan menyelamatkan hayat hidup politik Perdana Menteri yang bermasalah jauh lebih penting dari kebajikan rakyat sendiri yang merupakan tanggungjawab utama Samsuri.

“Selepas hampir enam hari sejak 2 Ogos, diberitakan hanya pada tengah hari Sabtu (7 Ogos) Menteri Besar kelihatan turun padang ke Sungai Terengganu, menuju ke tapak punca kerosakan bekalan air tersebut.

“Soalannya, kenapa hampir seminggu baru kelihatan turun ke Losong meninjau kerosakan bekalan asas penting untuk rakyat?

“Rakyat hari ini yang celik maklumat mempersoalkan bagaimana paip besar yang membekalkann air di dasar sungai boleh terputus.

“Adakah ia kesan aktiviti oleh kontraktor berlesen mengambil pasir dari sungai?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, untuk mendapat kebenaran dan memulakan kerja-kerja mengambil pasir, kelulusan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan perlu diperoleh terlebih dahulu.

Jelasnya, kelulusan tersebut termasuklah daripada tujuh jabatan dan agensi antaranya Jabatan Bekalan Air, Jabatan perparitan dan saliran, Syarikat Air Terengganu, Pejabat Tanah dan Galiam Negeri, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri, dan Jabatan Alam Sekitar.

Justeru beliau bertanya, sama ada benar ada individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan Adun tempatan yang juga merupakan Exco negeri, terlibat dalam projek pasir tersebut.

“Menteri Besar terlalu banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur sehinggakan bukan sahaja kebajikan rakyat biasa diabaikan, aktiviti Exco dan Adun Terengganu menjadi tidak terkawal dengan berbagai tuduhan salahguna kuasa.

“Ramai rakyat biasa, termasuk penyokong Pas sendiri, mengadu penyelewengan cara pembahagian projek di Terengganu dalam kalangan terpilih tertentu sahaja.

“Kalau MB asyik berdamping dengan Mahiaddin di Putrajaya sahaja, keadaan akan lebih parah,” ujar Kamarul lagi.



TERBAIK YB AZIZ BARI: MENJAWAB ISU PERTENTANGAN TERBUKA ISTANA NEGARA DE...

ADAKAH VIRUS MENJADI MUTAN KERANA PENYEBARNYA ORANG YANG TELAH DIVAKSIN ?

 

Kredit to Zubaidi Sudin

Lama kena penjara oleh FB

>>>>> 

BERHENTI MENAKUT2KAN DAN TUDUH ORG YG TIDAK MAHU DIVAKSINKAN

- Zus Din

 Ogos 2021

 May be an image of text

PIL MELAWAN CORONA VIRUS

 

Antiviral drug Molnupiravir showing promise in trials against coronavirus

wtsp.com
Antiviral drug Molnupiravir showing promise in trials against coronavirus
Molnupiravir is currently in clinical trials and could be a promising tool against coronavirus.



"Amerika Syarikat dalam 4 hingga 5 bulan akan menggunakan ubat oral untuk merawat coronavirus baru. *

Orang yang menderita coronavirus baru boleh mengambil ubat itu di rumah selama 5 hari, dan coronavirus baru akan dibersihkan sepenuhnya dari badan, dan pesakit akan pulih sepenuhnya.

Ubat ini diterjemahkan sebagai * "Molnupiravir" * yang dikembangkan bersama oleh dua syarikat farmaseutikal utama:

"Rigibel" di Jerman, dan "Merck" di Amerika Syarikat, dan telah berjaya menyelesaikan ujian klinikal fasa pertama dan kedua pada manusia. Kesannya 100%. Percubaan klinikal fasa 3 sekarang hampir tiba, dan kesannya sangat baik.

Sekiranya berjalan lancar, ia akan tersedia di pasaran dalam masa 4 hingga 5 bulan.

Pesakit kemudian boleh mengambil ubat itu sendiri di rumah, dan sembuh dalam 5 hari, yang sangat mudah digunakan.

Mengubati coronavirus baru di masa depan adalah seperti merawat selesema

sekarang. Coronavirus baru bagaimanapun tidak begitu mengerikan, dan istilah "pandemik" paling tidak sesuai dan salah nama yang ditaja oleh

"Yayasan Bill & Melinda Gates" untuk menyuap WHO melalui sumbangan tahunannya yang besar.

Ubat baru ini pada awalnya dikembangkan untuk melawan virus influenza. Ini adalah kompaun, prinsipnya adalah untuk mencegah virus itu tidak berulang, sehingga dapat menghapuskan virus dengan cepat, sementara prinsip vaksin anti-coronavirus yang ada sekarang adalah menargetkan flange coronavirus baru, sehingga mencegah gabungan coronavirus dan sel manusia baru.

Prinsip keduanya berbeza.

Dari bulan Mac hingga April tahun lalu, coronavirus baru terjadi di ladang cerpelai di Belanda dan Norway, yang mengakibatkan kematian berjuta-juta cerpelai besar-besaran. Ladang cerpelai memberi makan cerpelai dengan "Monapinavir".

Didapati bahawa tidak ada coronavirus baru di cerpelai sakit 24 jam kemudian. Ladang cerpelai dengan cepat menghentikan penyebaran coronavirus baru.

Kemudian dua syarikat farmaseutikal utama akan melakukan ujian klinikal fasa pertama ke atas manusia.

Setelah berjaya, mereka akan melakukan ujian klinikal fasa kedua dan ketiga.

Setakat ini, mereka akan dilancarkan secara rasmi.

Pendek kata, ini adalah pencapaian besar komuniti saintifik, terutamanya komuniti perubatan.

Mungkin ia akan menjadikan Valium, aspirin dan penisilin sebagai empat ubat klasik.

https://www.wtsp.com/.../67-87f24932-8244-439a-a664...

Tunggu beberapa bulan lagi, dan yang kita perlukan hanyalah mengambil ubat oral di pasaran tanpa rasa takut akan kesan buruk jangka panjang dari mRNA atau pompa antigen gen virus vektor yang memula dan menyerang sistem imun kita sendiri.

* Tiada lagi vaksin! *

* Tiada lagi suntikan! *

 

Panas! Ahli Parlimen Dap dakwa dihubungi ‘Nazri’ untuk lompat parti sokong PN

 


Panas! Ahli Parlimen Dap dakwa dihubungi ‘Nazri’ untuk lompat parti sokong PN

Isu ‘tawaran’ lompat parti semakin ‘panas’ apabila terkini Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Cha Kee Chin turut mendakwa menerima kiriman pesanan di aplikasi WhatsApp seolah-olah untuk tujuan sama.

Walaupun tiada sebarang ‘tawaran’ yang diberikan, tindakan individu yang menghubunginya menerusi pesanan di WhatsApp itu menyamar sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendatangkan kecurigaan.

Kee Chin menjelaskan, dia pada mulanya menerima pesanan di WhatsApp daripada seorang individu pada 4 Ogos lalu yang pada mulanya beliau percaya sebagai Mohamed Nazri berdasarkan gambar dan nama di profil WhatsApp yang digunakan individu terbabit.

“Saya tidaklah rapat dengan Mohamed Nazri malah tidak mempunyai nombor telefon beliau tetapi selalu berjumpa di Parlimen. Kemudian apabila saya menerima pesanan WhatsApp yang saya percaya daripada beliau dan bertanyakan pula tentang keadaan keluarga dan situasi di Parlimen Rasah, saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Bagaimanapun, apabila individu tersebut memaklumkan ingin bertemu dan berbincang mengenai Parlimen Rasah selain turut memberitahu Perdana Menteri turut menyampaikan salam, saya sudah mulai curiga. Saya membalas mesej berkenaan dan bertanyakan sama ada ia mempunyai maksud tersirat, individu itu memaklumkan “ada dan tiada cuma hanya untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabatnya dekat sini hari ini.

Kee Chin berkata, beliau kemudian memberitahu perkara itu kepada pimpinan tertinggi DAP dan kemudian dimaklumkan bahawa nombor telefon itu bukanlah milik Mohamed Nazri.

Beliau kemudian telah menyekat nombor telefon individu terbabit dan selepas itu tiada lagi perbualan di WhatsApp di antara mereka berdua.

“Apa yang menimbulkan kecurigaan saya ialah apabila individu terbabit menyebut Perdana Menteri mengirimkan salam, jika dia hanya mengakui sebagai Mohamed Nazri mungkin saya tidak mengesyaki apa-apa kerana adalah normal untuk ahli Parlimen saling menghubungi dan bertanya khabar walaupun berlainan parti.

“Jika benar ia merupakan Mohamed Nazri saya tidak akan menyekatnya malah jika ia individu yang mengakui mewakili mana-mana pemimpin sekali pun tidak mengapa kerana saya boleh menyatakan pendirian saya. Tetapi apabila mengetahui individu terbabit hanyalah penyamar, saya menyekatnya dan tiada makna untuk saya terus berkomunikasi dengannya” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut, Kee Chin memaklumkan tidak mahu memanjangkan isu terbabit dan fokusnya adalah untuk terus membantu rakyat yang kini terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya tidak membuat laporan polis kerana di dalam mesej itu saya tidak ditawarkan apa-apa pun seperti rakan-rakan yang lain malah Mohamed Nazri juga saya difahamkan telah menafikan penglibatan beliau dalam perkara ini.

“Perkara sebegini adalah pertama kali saya lalui sejak menjadi wakil rakyat 13 tahun lalu bagaimanapun bagi saya dalam suasana politik semasa isu sebegini bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” katanya lagi.

Kelmarin beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari DAP dilaporkan menerima tawaran supaya melompat parti antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Utara, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong selain beberapa ahli Parlimen dari PKR.

Sumber | UTUS

CEH...CEH...CEH.....DALAM KELAMBU SEKALI PUN TAK BERJAYA NAK SATUKAN...NAK CUBA LAGI KE ..ATAU NAK MAKAN GAJI BUTE

 


Terkini! Hadi mahu satukan Umno, Pas dan Bersatu



Terkini! Hadi mahu satukan Umno, Pas dan Bersatu


Tiga parti teras Melayu-Islam iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu disatukan berteraskan hijrah Islam dengan mengambil kira masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia bertujuan bagi memimpin perubahan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) bersama prinsip yang anjal bagi melakukan perubahan positif.

Pada masa sama, katanya, ia tidak menghapuskan rupa bangsa dan budaya masing-masing yang berkonsepkan tiada paksaan beragama serta adil kepada semua.

“Bersama konsep Islam adil kepada semua, ia telah membawa mesej yang menyatukan rakyat dalam masyarakat majmuk di kala Islam dilaksanakan dengan sempurna.

“Inilah kejayaan yang dimulakan dengan hijrah Rasulullah SAW yang bersejarah itu. Inilah iktibar yang wajib dijadikan teladan oleh umat Islam ketika kegagalan teori dan ideologi negara di seluruh dunia pada hari ini.

“Maka, pendekatan berdasarkan acuan hijrah ini perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau pada Isnin.

Abdul Hadi berkata, konsep Islam adil kepada semua telah membawa mesej yang menyatukan rakyat dalam masyarakat majmuk di kala Islam dilaksanakan dengan sempurna.

Tambah beliau, asas yang kukuh diletakkan dalam perlembagaan negara ketika mencapai kemerdekaan ialah Islam sebagai agama bagi persekutuan, serta mengiktiraf hak beragama bagi penganut agama lain dan konsep demokrasi.

“Manakala konsep Raja Berperlembagaan menjadi tonggak yang boleh dilakukan tindakan susulan bagi memperkenalkan acuan perpaduan dalam masyarakat majmuk,” ujar beliau.

Sumber | S

PEMIMPIN POLITIK MELAYU BERCAKAP DALAM 2 BAHASA!! : USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR



Tujuan utama mereka rampas mandat rakyat dulu dan sanggup tebuk atap adalah kononnya tidak mahu negara ini diperintah oleh kerajaan liberal dan dipengaruhi Dap. Hujah ini diterima baik oleh Pas maka lebai2 Pas pun ikut sekali merangkak naik ikut atap.

Bila dah rasa nak hilang kuasa, mahu juga kekalkan kuasa, puak2 tebuk atap ni pergi cari wakil2 rakyat Dap dan Keadilan untuk dibeli. Sanggup berabis duit jutaan ringgit mahu kepada puak liberal dan komunis Dap?

Nasib baik wakil2 rakyat Dap dan Keadilan bukan jenis pelacur politik macam lebai.....

 W.FAUDZIN

TSMY KENA BUAT REPORT LAGI RABU NI ...


ZUWAIRI MOHD YUSOF

TSMY will have pre-squad meeting with UMPA on Wednesday morning. It is reported UMPA will ask for proof of majority. #UMPA.THE NEXT 48 HOURS IS CRUCIAL.Putrajaya FC are already looking for potential replacement of TSMY if cannot present full squad.

OFFICIAL AND CONFIRMED.There will be a HUGE CHANGE in Malaysia Political League.The Union of Malaysian Political Association (UMPA) has ordered parliament referee Art Harun to confirm TSMY Squad. Sources confirm he will tell UMPA, squad numbers are 106.

MPs with DSAI

PKR FC 35

AMANAH FC 11

DAP FA 42

Free Agent 1

UMNO FC 8 (President Team)

Total: 97

MPs against TSMY

PKR FC 35

AMANAH FC 11

DAP FA 42

WARISAN FC 8

UPKO FC 1

PSB FC 2

PEJUANG FC 4

Free Agent 2

UMNO 1 FC 13 (Contract Retracted)

Total: 120

((LIVE)) BUKA SEKOLAH 1 SEPTEMBER WAJARKAH? - YB DR MASZLEE, PROF ADEEBA...

[[LIVE]] PART 2 9.8.2021 - 4 negeri bakal tumbang? Apa move UMNO sebena...

MALAYSIA JADI BAHAN KETAWA SELURUH DUNIA | Mahfuz Omar

Umno dedah 13 surat MP tak lagi sokong Muhyiddin

SENARAI FITNAH USTAZ HADI AWANG | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

TERBONGKAR! INI TEMBERANG BAHARU DISEBARKAN SHAHIDAN KASSIM?

DEMOKRASI KARTUN DAN KAWAQ | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

SAMA ADA SEKARANG ATAU SEPTEMBER, MAHIADDIN TETAP TIADA ANGKA

 

Melalui surat dan dokumen yang didedahkan oleh laman web rasmi UMNO hari ini, dibuktikan untuk pengetahuan umum bahawa seramai 14 Ahli Parlimen UMNO sah telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin.

Penarikan sokongan itu dipersembahkan melalui warkah yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong.

Mereka menandatangani surat penarikan sokongan itu ialah:-

⁃ Najib Razak (Pekan)

⁃ Azalina Othman Said (Pengerang)

⁃ Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)

⁃ Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)

⁃ Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)

⁃ Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)

⁃ Ramli Mohd Nor (Tanah Tinggi Cameron)

⁃ Ahmad Maslan (Pontian)

⁃ Mohd Nizar Zakaria (Parit)

⁃ Noh Omar (Tanjong Karang)

⁃ Azeez Abdul Rahim (Baling)

⁃ Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong)

⁃ Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

⁃ Mohamad Alamin (Kimanis)

Termasuk Norani Ahmad yang telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, jumlahnya kini menjadi 15 orang.

Berdasarkan kiraan kasar jumlah sokongan yang dimiliki Mahiaddin ketika mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 dahulu sebanyak 114, ini bererti jumlah sokongan yang tinggal bersamanya sekarang hanyalah 99 Ahli Parlimen saja.

Ditolak lagi dengan Ahli Parlimen Gerik yang telah meninggal dunia, maknanya hanya tinggal 98 orang yang masih menyokong Mahiaddin dan kerajaan PN.

Bererti juga, daripada 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang, dengan hanya 98 bersama Mahiddin, seramai 122 orang adalah penentangnya yang terdiri daripada blok pembangkang dan UMNO yang pro kepada Zahid Hamidi.

Kesimpulan mudahnya, sama ada sekarang atau menunggu sehingga September nanti di mana usul percaya telah dipersetuju oleh Perdana Menteri untuk dibentangkan terhadapnya, kedudukan Mahiaddin sudah sah tidak cukup angka.

Apa yang Mahiaddin mahu tunggu lagi?

Daripada mana beliau mahu menampung kekurangan itu menjelang September nanti?

Apakah ada Ahli-Ahli Parlimen yang sedia melompat menjadi katak mengalih sokongan kepada kerajaan yang hampir pasti akan tumbang?

Cukupkah dua tiga guni wang sebagai penambat hati?

Jika begitu, bukankah lebih baik, demi untuk kebaikan negara, kiranya beliau sedia mengibar saja bendera putih dan meletak jawatan lebih awal tanpa menunggu dirinya dijatuhkan pada September nanti?

September atau sekarang – keputusannya tetap sama, hanya tarikh saja yang berbeza.

Atau apakah dalam hal ini penasihat khas yang pernah hilang majoriti yang baru dilantik dengan kedudukan bertaraf menteri ada keajaiban luar biasa untuk menasihati Perdana Perdana dan mengelakkannya daripada kalah undi? 


(ShahbudinHusin 09/08/2021)



Tindakan pengecut lawan Zahid guna kuasa kerajaan


MGF21022019_SUHAKAM-BERSAMA-MEDIA_22-1


KUALA LUMPUR – Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyelar tindakan segelintir pemimpin UMNO yang cuba menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk ‘menghentam’ parti sendiri.

Kadir yang juga bekas penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah satu tindakan pengecut untuk pemimpin UMNO menggunakan kedudukan mereka seperti menteri, timbalan menteri dan juga GLC untuk menentang Presiden UMNO.

“Rasanya  tidak ramai akan meratap jika Ahmad Zahid Hamidi tersingkir daripada jawatan Presiden UMNO. Sebaliknya lebih ramai akan berasa gembira. Betullah seperti kata bekas ketua pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin bahawa dia masih sayangkan UMNO  tetapi tidak percaya kepada Ahmad Zahid.

“Itulah juga punca kekalahan UMNO dalam pilihan raya umum 2018. Pengundi hilang kepercayaan kepada Presiden dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi cara anggota Kluster Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC Umno menggunakan kedudukan dalam kerajaan bagi menentang kepemimpinan parti mereka sendiri tidak membantu mereka menjadi lebih dihormati daripada Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamahnya.

“Kalau mereka tidak bersetuju dengan kepemimpinan Ahmad Zahid Hamidi dan dengan pengaruh Najib dalam kepemimpinan parti, mereka sepatutnya bertindak sebagai orang berani.

“Mereka sama ada berlawan dengan Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamah dari dalam atau keluar daripada parti itu. Menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk menghentam parti sendiri adalah perbuatan pengecut dan salah.

“Kalau Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC Umno dalam Kerajaan PN adalah orang yang berani dan berpekerti tinggi, mereka sepatutnya hadir mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan berbahas secara bersemuka dengan Ahmad Zahid dan konco-konconya.

“Sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang memegang jawatan dalam MKT rasanya tidak hadir mesyuaratnya. Ketua mereka dalam kerajaan PN, Ismail Sabri Yaakob adalah salah seorang Naib Presiden Umno. Sepatutnya dia jadi anak jantan dan berbahaslah secara bersemuka dengan Ahmad Zahid. Dia Timbalan Perdana Menteri sekarang,” katanya dalam tulisan terbarunya di Facebook hari ini.

Tulis Kadir lagi, lebih mengejutkan apabila kumpulan itu juga menggunakan kuasa eksekutif bagi menekan parti sendiri menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Amat jelas yang perintah terbaru RoS berkaitan pengangguhan pemilihan parti itu adalah tindakan politik.

“Adakah mereka sedang bersubahat menggunakan kuasa eksekutif untuk menyingkir Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamah dengan tujuan mengambil alih kepemimpinan parti itu?

“Atau mereka mahu Umno diharamkan supaya mereka boleh merampasnya dengan sekali lagi mendaftarkan UMNO Baru?,” soalnya.

Jelas Kadir Jasin lagi, sememangnya diakui UMNO sudah lama ‘menderita’ masalah kebolehpercayaan yang teruk di bawah pimpinan Ahmad Zahid.

“Dia  mempunyai kes jenayah di mahkamah dan sering dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakannya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong akhir tahun lalu bagi menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri adalah bertentangan dengan dasar parti.

“Tetapi bagi pemberontak UMNO yang menganggotai kerajaan PN dan menyokong Mahiaddin, perbuatan mereka menikam parti sendiri adalah hina dan merendahkan martabat mereka sebagai pemimpin.

“Ramai menyokong mereka dalam percubaan menyingkirkan Kluster Mahkamah tapi bukanlah dengan cara tikam curi. Sekarang mereka menderita padahnya.

“Dua orang rakan menteri mereka dan beberapa orang ahli lembaga pengarah GLC telah meletakkan jawatan dan menarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Mahiaddin. Sekali gus kedudukan mereka sendiri menjadi lemah,” dakwanya. 

Amanah Kuala Langat ingatkan Pas Selangor jangan main isu perkauman.

 hairul-nizam


PEMINAT LGBT KABUR...(BUKAN GAMBAR ATAS)

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kuala Langat mengingatkan Pas Selangor tidak memainkan isu perkauman dan agama dengan ‘menjual’ jumlah bilangan Ahli Parlimen bukan Islam dalam komponen Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua Amanah Kawasan, Hairul Nizam Toha berkata, kenyataan yang dibuat Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohamad Shahir berhubung isu itu jelas tidak matang.

“Kita nak mengingatkan Roslan SMS tidak menggunakan isu perkauman dan agama untuk memujuk UMNO.

“Beliau sebaliknya perlu insaf dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani masalah rakyat sehingga menyebabkan krisis politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga mengingatkan Pas Selangor mengenai kebiadaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membelakangi Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan Ordinan Darurat sehingga mengundang kemurkaan baginda.

Kata Hairul Nizam, ketika PH menjadi kerajaan pusat mahupun negeri, mereka tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan memastikan kebajikan serta pembangunan orang Melayu dan agama Islam dipelihara, di samping tidak meminggirkan bangsa serta penganut agama lain.

“Kita menyeru Roslan SMS jangan bertindak songsang dan segera bertaubat kerana sebarang tindakan politik dalam negara ini tidak menyebabkan agama Islam dan orang Melayu terpinggir.

“Sebaliknya dalam pentadbiran kerajaan PN ketika ini menyebabkan orang Melayu semakin mundur dan miskin serta agama Islam semakin terpinggir,” katanya. 

Permudah proses vaksinasi bagi warga pekerja asing

 


Naib Ketua Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar menggesa kerajaan supaya mempermudahkan proses vaksinasi bagi golongan warga pekerja asing.



Ini selepas beliau menggunakan beberapa kaedah seperti NGO dan bekerjasama dengan beberapa individu untuk mendaftarkan pekerja asing dalam program vaksinasi di PPV di daerah Klang.



Katanya, usahasama ini telah berjaya membuahkan sedikit hasil dengan 300 pekerja asing berjaya mendapatkan vaksinasi mereka dalam tempoh terdekat.



"Lanjutan daripada proses ini, saya mendapati pekerja asing yang menetap di Daerah Klang berjaya mendapat temujanji bagi vaksinasi. Akan tetapi, lokasi yang diberikan terlalu jauh iaitu PPV Putrajaya, Kuala Lumpur dan Mines, Seri Kembangan. Lokasi-lokasi ini lebih kurang 30 ke 50km dari Klang.



"Kedua, ketakutan yang jelas dari pekerja asing yang tidak sah, sama ada mereka mempunyai pasport atau permit kerja yang sah tetapi sudah tamat tarikhya, kumpulan ini sangat takut untuk mendaftarkan diri mereka dalam program vaksinasi. Walaupun ada sesetengah pekerja asing yang sudah berdaftar tetapi mereka masih lagi menunggu untuk mendapatkan temujanji selama berbulan-bulan.



"Ketiga, dilema melibatkan pekerja asing tidak sah yang langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan sah seperti pasport. Setelah mendengar maklum balas dari sesetengah pihak, persoalannya adalah, mengapakan mereka di arahkan untuk hadir ke PPV Bukit Jalil sahaja? Walhal, ramai pekerja asing agak arif kerana mereka juga tahu lokasi pusat penahanan atau depot warga asing juga berada di Bukit Jalil," katanya.



Justeru, beliau berpandangan bahawa PPV haruslah dibuka kepada semua pekerja asing dengan serta-merta.



"Ini adalah kerana terdapat banyak PPV yang masih mempunyai tempat kosong untuk memberikan temujanji kepada pekerja asing.



"Dari segi ini, pihak JKJAV mesti mengeluarkan SOP yang jelas untuk memberikan vaksinasi kepada pekerja asing tanpa dokumen tanpa mengundang risiko tindakan Jabatan Imigresen terhadap mereka.



"Sekurang-kurangnya pastikan dua PPV di setiap daerah boleh menerima pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen. Pekerja asing yang langsung tidak ada pasport atau permit kerja harus dibenarkan pergi ke PPV khusus di setiap daerah.



"Manakala, pekerja asing yang sudah tidak bekerja untuk berbulan-bulan dan tidak cukup pendapatan untuk makan, tidak harus disuruh pergi ke PPV yang jauh kerana mereka tidak dapat menanggung tambang perjalanan tersebut," katanya.