Tamat diskaun 20% komuter, kerajaan PN tak prihatin


KTM Komuter - Local Rail Services Kuala Lumpur | KL Sentral

Tamat diskaun 20% komuter, kerajaan PN tak prihatin

Penamatan Inisiatif Diskaun Tambang Komuter Xtra 20 yang dimaklumkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula 31 Disember 2020 merupakan kerugian kepada rakyat dan KTMB sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, diskaun itu yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 selain memberi kebaikan kepada golongan marhaen yang menggunakan perkhidmatan komuter, juga untuk mengurangkan kesan kejatuhan jumlah penumpang KTMB dalam menghadapi persaingan dengan pengangkutan awam lain.

“Seperti yang diumumkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pelaksanaan diskaun 20 peratus ini adalah sebuah langkah mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Inisiatif ini diperkenalkan di bawah kerajaan PH atas hasil maklum balas serta pandangan pelbagai pihak.

“Inisiatif yang diperkenalkan pada Mac 2019 itu juga merupakan serampang dua mata. Selain daripada membantu rakyat secara tidak langsung ia akan membantu peningkatan kadar penggunaan KTMB yang tidak konsisten.

“Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan KTMB mengalami pengurangan bilangan penumpang yang kritikal bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.

“Penurunan drastik bilangan penumpang sehingga 32 juta setahun pada 2019 berbanding 50 juta setahun pada 2015 berlaku atas beberapa faktor antaranya kualiti perkhidmatan, persaingan dengan kemudahan awam lain serta kadar harga tiket,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jurucakap Telekomunikasi, Digital dan Pengangkutan KEADILAN itu lagi, dengan peruntukan besar yang diberikan kepada KTMB untuk memperkasa pengangkutan awam dalam Belanjawan 2021 penamatan diskaun tersebut merupakan satu kesilapan besar dan meningkatkan kecaman rakyat terhadap dasar pemulihan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional pasca Covid 19.

“Saya telah bangkitkan persoalan dalam Parlimen mengenai status kewangan KTMB, yang menuntut kerajaan berbelanja besar bagi memperkasakan KTMB.

“Dengan peruntukan dalam Belanjawan 2021 memakan ratusan juta ringgit, saya menganggap penamatan Inisiatif Diskaun Xtra 20 ini adalah langkah ke belakang yang boleh menggugat prestasi KTMB sendiri.

“Justeru, saya mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) agar meneliti semula penamatan inisiatif tersebut. MOT wajar mencari kaedah bagi mengurangkan beban rakyat yang menggunakan perkhidmatan KTMB sekiranya Inisiatif Diskaun Xtra 20 itu tidak diteruskan,” katanya lagi.



CUKUPLAH JANGAN DOK JANJI MERAPU LA LEBAI

 

Cukup-cukuplah lebai.

Tak letih ke asyik sembang kari saja.

Kalau betul-betul serius,kenapa tunggu sampai tahun 2025.




DI SEBALIK ISU KARTEL DAGING

 DI SEBALIK ISU KARTEL DAGING


zamzuri ardani

Permit import daging nie business besar. Mustahil tak melibatkan kepentingan politik kerana kelulusan AP mestilah dari menteri. Kartel daging nie mestilah orang politik yang jaga. Akhirnya mereka lebih kuat, kaya, dan berpengaruh mengalahkan tauke politiknya. Senang cakap, tauke kartel daging nie adalah dari kalangan circle politik Umno.


Masa PH mentadbir dalam tempoh yang singkat, Menteri Pertanian bukan sahaja berhadapan dengan kartel daging, tapi bermacam-macam jenis kartel lagi. Ini semua adalah legasi peninggalan Umno yang tak sempat dibetulkan kerana PH mentadbir terlalu singkat. Penyalahgunaan subsidi nelayan adalah antara pembaziran paling besar yang dikesan. Ini juga kerja kartel yang Umno bela sekian lama.  Bila Menteri nak ambil tindakan pembaikan, maka berlaku pertembungan dengan kartel. Pernah menteri terpaksa buat report polis sebab diugut dengan menghantar peluru hidup ke rumah. Sampai sekarang siasatan itu entah ke mana. Sama macam nasib siasatan klip video Sandakan agaknya.


Kenapa isu kartel daging dibangkitkan sekarang?  Bagi saya ianya ada kaitan dengan mainan politik kuasa antara Umno dan PPBM. Umno cuba menekan PPBM dengan pelbagai tuntutan. Antaranya dengan memberikan surat sokongan kepada DSAI sebagai PM dan menumbangkan Menteri Besar Perak. 


Kini tiba giliran PPBM pula menunjukkan kepada Umno siapa bos sebenar. Kartel daging adalah legasi Umno dan antara penyumbang dana politik yang besar kepada Umno. Saya difahamkan, Umno menerima jutaan ringgit dari kartel-kartel daging ini dalam bentuk sumbangan politik.  PPBM menggunakan kuasanya sebagai peneraju utama kerajaan untuk bertindak balas terhadap Umno. Mesejnya PPBM kepada Umno ialah, 'I can reach deep into your pocket if I want to'.


Bagi pemuka-pemuka Bani Melayu ini, bukan isu halal-haram sebenarnya yang mereka perjuangkan, tetapi sekadar permainan politik kuasa sesama mereka.  Isu ini memang sangat berkesan terhadap sentimen rakyat, dan ianya digunakan sebagai komoditi politik dalam pertembuangan antara dua kelompok Bani Melayu ini.


Akhirnya ... rakyat yang tertipu.



Lawan Tetap Lawan Kata Najib Dalam Ucapannya, Apa Maksud Mengikut Kefaha...

DAN...BERSATU AKAN KATA MAHATHIR PEEE BALIK LAH....

 

KEMBALI KEPADA BERSATU SATU-SATUNYA PILIHAN PALING SESUAI BUAT MAHATHIR



Hasrat pihak tertentu untuk membawa Tun Mahathir Mohamad kembali menyertai PH sebagaimana yang masih diusahakan sehingga sekarang diyakini akan terus menemui jalan buntu.

Sementara Anwar Ibrahim telah menunjukkan keterbukaannya dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu boleh menyertai PH dengan syarat mesti patuh kepada prinsip perjuangan gabungan itu dan tiada agenda peribadi di sebaliknya, Tun Mahathir bagaimanapun dengan angkuh menolaknya.

“Pi baliklah…” kata beliau ketika ditanya media mengenai syarat yang disebut Anwar itu.

Mujur Anwar seorang yang baik, berhemah dan tiada dendam kesumat dalam hatinya, beliau langsung tidak memberi apa-apa komen lagi tentang kata-kata Tun Mahathir itu.

Kalaulah Anwar juga sama perangai dan hati perutnya seperti Tun Mahathir, mungkin jawapan yang bakal dibalasnya ialah ….”Pi mampuslah….”

Sebelum ini juga Tun Mahathir pernah menyatakan, walaupun Anwar merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau tidak terikat untuk patuh atau taat kepada Pengerusi PH itu.

Katanya, Anwar tidak mempunyai hak mengawal mana-mana Ahli Parlimen dalam blok pembangkang.

“Beliau hanya dipilih sebagai Ketua Pembangkang, tetapi itu tidak memberinya sebarang kuasa untuk mengawal sesiapa, kami boleh buat apa yang kami suka,” tambah Tun Mahathir lagi.

Dengan berperangai sedemikian, bukan saja PH, malah mana-mana gabungan politik yang lain pun di dunia ini pasti sukar menerima kemasukan Tun Mahathir.

Memang benar beliau pernah menjadi Perdana Menteri dan merupakan seorang negarawan, namun eranya sudah berlalu dan beliau kini mesti sedar realiti dirinya.

Tetapi, dengan jalan buntu di hadapannya untuk kembali kepada PH, terutama bagi menerajui semula gabungan itu dan di ketika yang sama Parti Pejuang yang ditubuhkannya pula seperti tidak ternampak laluan untuk diluluskan, apakah pilihan yang tinggal buat Tun Mahathir meneruskan perjuangannya?

Jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, bagaimanakah Tun Mahathir mahu bertanding lagi?

Kalau pun Tun Mahathir sedia untuk bersara dan tidak mahu bertanding lagi, sanggupkah beliau melihat masa depan politik anak kesayangannya, Mukhriz turut berakhir begitu saja?

Lebih daripada itu, jika tidak bertanding lagi dan bersara begitu saja, sanggupkan beliau melihat dirinya tanpa apa-apa wadah perjuangan kiranya ditakdirkan Anwar yang begitu didendaminya makin terbentang laluan mudah untuk menjadi Perdana Menteri?

Melihat kepada semua keadaan yang ada, sebenarnya pilihan yang paling sesuai ialah Tun Mahathir kembali semula menyertai Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

Oleh kerana UMNO sendiri mahu meninggalkan kerajaan PN, kepulangan Tun Mahathir bersama Pejuang ke dalam Bersatu tentu saja merupakan peluang yang memang ditunggu-tunggu oleh Muhyiddin.

Dengan ada Tun Mahathir bersama Bersatu, PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan SAPP, gabungan itu umpama mendapat kekuatan baru dan akan menjadi lebih selesa untuk bertanding dalam PRU15 nanti.

Makna kata, tanpa bekerjasama dengan UMNO, kepulangan Tun Mahathir ke dalam Bersatu memang ditunggu-tunggu, bahkan Pas juga tentu gembira sama dibuatnya.

Malah, dengan hanya berbahagi kerusi dengan Pas saja, Bersatu bukan saja boleh bertanding di semua kerusi Melayu pilihannya, selebihnya juga bebas untuk berlawan dengan UMNO yang enggan berkongsi kerusi dengannya.

Ditambah dengan Tun Mahathir yang baru-baru ini mendabik dada mendakwa dirinya adalah penarik utama pengundi Melayu sehingga membolehkan PH menang PRU 2018, keberadaannya bersama Bersatu pasti menjadikan parti itu mampu menang lebih besar melebihi UMNO.

Yang terpenting sekali, oleh kerana di dalam Bersatu turut berkumpulnya segala pengkhianat – Muhyiddin, Geng Hamzah Zainuddin dan Kumpulan Azmin Ali – jika disertai pula oleh Tun Mahathir yang boleh dianggap pengkhianat juga kerana meruntuhkan PH dan berdolak-dalik berkenaan janji peralihan kuasa kepada Anwar, parti itu tentu menjadi bertambah gah cemerlang lagi wibawanya.

Mungkin ada yang bertanya, sediakah Tun Mahathir berbaik kembali dengan Muhyiddin yang kini merupakan musuhnya semata-mata untuk menyertai semula Bersatu?

Hendaklah diingat, walaupun bermusuh dengan ramai orang, Tun Mahathir juga mempunyai rekod U-Turn berbaik semula dengan sebahagian musuhnya jika ia bermanfaat untuk politiknya.

Dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim, malah George Soros lagi kan Tun Mahathir sanggup berbaik, apalah sangat dengan Muhyiddin?

 (Shahbudindotcom 02/01/2021)



“Umno, Pas, Bersatu dijangka terus berbalah pada 2021” – Penganalisis

 


“Umno, Pas, Bersatu dijangka terus berbalah pada 2021” – Penganalisis

Apabila Bersatu dan sejumlah ahli Parlimen PKR keluar dari PH dan bersama-sama Umno dan PAS untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN), ia seolah-olah seperti fajar baru untuk sebuah perikatan politik Melayu yang sukar ditumbangkan.

Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian, pergeseran demi pergeseran berlaku dan malah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat “diugut” secara terbuka oleh pemimpin Umno.

Bagi penganalisis politik Wong Chin Huat, berbanding menjadi satu “hubungan yang bahagia”, penyatuan Bersatu, Umno dan PAS menjadi tegang ekoran persaingan kuasa.

“Tahun 2020 menunjukkan hakikat bertentangan dengan jangkaan (counter-intuitive) dalam politik yang gagal difahami ramai – kesatuan sukar untuk mereka yang berkongsi cita rasa sama dan lebih mudah di kalangan mereka yang berbeza cita rasa,” kata Wong kepada Malaysiakini.

“Umno, Bersatu dan PAS seperti tiga beradik yang bersaing untuk memikat gadis yang sama (pengundi Melayu konservatif).

“Mereka beritahu gadis itu bahawa ancaman eksistensial buatnya adalah seorang gadis lain (pengundi liberal dan bukan Melayu) dan kekasihnya (PH, terutama DAP).

“Kini, selepas tiga beradik ini berjaya memikat gadis tersebut, mereka berbalah sesama sendiri untuk berebutnya. Ini menjelaskan mengapa kerajaan PN-BN-GPS+ memang berdasarkan Melayu tetapi tanpa kesatuan. Trio ini hanya boleh bersatu jika mereka membahagikan kawasan mereka dan menghormati pembahagian itu, seperti bagaimana Umno dan PBB dalam BN yang dahulu,” katanya.

 

Akar masalah nampaknya pada kekuatan palsu yang dipegang Bersatu. Parti itu sebahagian daripada PH yang menang 121 kerusi Parlimen (jika merangkumi lapan kerusi yang dimenangi Warisan) pada PRU 2018.

Tarikan utamanya adalah Dr Mahathir Mohamad dan dengan adanya bekas perdana menteri dalam parti itu pun, ia hanya menang 13 kerusi.

Bagaimanapun Bersatu sentiasa mendapat banyak jawatan tinggi dalam kerajaan – dalam pentadbiran PH mahupun PN – yang tidak sepadan dengan kekuatannya.

“Umno lebih kuat berbanding Bersatu dan PAS dalam aspek kerusi Parlimen, sokongan popular dan jentera di lapangan. Tetapi hanya 41 peratus ahli Parlimen yang menjadi menteri dan timbalan menteri, iaitu kadar paling rendah.

“Bersatu pula tidak kuat dari segi sokongan akar umbi dan jentera, dan kini memiliki 31 kerusi Parlimen selepas menarik ahli Parlimen dari parti lain – 15 daripada Umno dan 10 daripada PKR.

“Selain jawatan perdana menteri, 77 peratus ahli Parlimen adalah frontbenchers (menteri dan timbalan menteri yang duduk di barisan depan dalam Parlimen).

“PAS pula memiliki jumlah ahli Parlimen paling sedikit tetapi dengan kesetiaan di kalangan pemimpin dan ahli yang paling kuat, dan kadarnya lebih tinggi (berbanding Umno) dengan 44 peratus ahli Parlimennya menjadi frontbenchers.”

 

Menurut Wong, walau apa pun kenyataan yang dibuat ahli politik, situasi antara Umno, Bersatu dan PAS begitu jelas.

“Umno mahukan semula jawatan perdana menteri dan menyerap semula Bersatu – seperti yang terjadi kepada Semangat 46 pada 1996 – dan mengawal PAS.

“Bersatu mahu terus memegang jawatan perdana menteri dan menarik sokongan PAS untuk mengimbangi Umno, seperti bagaimana Bersatu mahu menjauhkan Amanah daripada PKR ketika masih dalam PH.

“PAS, selaku kuasa terkecil, menyokong Bersatu untuk menyekat Umno mengembalikan semula hegemoninya,” kata Wong lagi.

Kemungkinan sabotaj ketika pilihan raya

Walaupun ada desakan agar PN melakukan PRU sebaik selepas PRN Sabah selesai, peningkatan kes Covid-19 telah menghalang rancangan itu.

Sejak itu, ada kemungkinan Muhyiddin akan meneruskan pentadbiran sehingga penggal ini – yang tamat pada 2023 – berbanding membuka risiko untuk partinya kalah teruk dalam pilihan raya.

“Muhyiddin tak akan jadi perdana menteri lagi jika kerusi Bersatu jauh lebih sedikit berbanding Umno.

“Walaupun jika Muhyiddin mendapatkan persetujuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk aturan jawatan perdana menteri, pemimpin Umno lain tidak akan setuju.

“Tentu saja, kerana apa autoriti politik yang dimiliki seorang presiden Umno yang melepaskan jawatan perdana menteri kepada seterunya buat kali kedua terhadap akar umbi yang marah?” soal Wong lagi.

 

Mengambil kira kebencian Umno dan PAS Gombak terhadap Azmin Ali, memang ada kemungkinan calon Bersatu yang menumpang sokongan PKR dan DAP pada PRU lalu untuk disabotaj Umno dan PAS pada PRU akan datang.

“Anda boleh menjangka Umno sabotaj calon Bersatu.

“PAS pula tidak akan begitu membantu bagi Bersatu jika Umno berjanji untuk menyokong PAS di kawasan mereka sendiri, sebagai pertukaran kepada sikapnya untuk berpeluk tubuh.”

Wong berkata lagi, keretakan hampir dapat dilihat dalam penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak oleh Umno.

“Hanya satu perkara menghalang Umno untuk menentang Bersatu: naratif penyatuan Melayu. Ia telah berjaya menghalang Umno Perak daripada membentuk kerajaan minoriti dengan persetujuan keyakinan dan pembekalan (Confidence and Supply Agreement, CSA) bersama PH.

“Apa-apa pun, langkah kerajaan negeri pimpinan Umno di Perak, Johor dan Perlis adalah tanda-tanda awal pemulihan hubungan dan PH dan kembali sebagai kelompok tengah seperti sebelumnya, sehinggalah (Umno berubah) pada 2013.”

Tiga beradik ini dijangka akan terus berbalah pada 2021, kata Wong lagi.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/557320?

Melayu mesti berani tidak membenarkan ditipu Melayu!- TAMRIN TUN GAFFAR

 

Melayu mesti berani tidak membenarkan ditipu Melayu!

Melayu mesti berani tidak membenarkan ditipu Melayu!

DEMI !!!

1. Demi Kuasa
Demi Ketuanan
Demi Bangsa
Demi Negara
Demi Islam
Demi Melayu
Demi . . . . . . .

2. Selain dari Demi itu dan Demi ini, satu lagi slogan yang tak asing ialah :

‘Tidak Melayu
Hilang Di Dunia’

3. ‘Hidup Melayu
‘Allahuhakbar’ !!!

itulah teriakan yang selalu dimainkan ke telinga para Perwakilan dan di tayang secara langsung oleh semua stesen TV semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO dan PAS berlangsung.

4. Tak cukup dengan berbagai slogan, mereka khususnya UMNO akan beramai – ramai menyanyikan dengan penuh semangat , malah ada yang mengalirkan air mata lagu wajib parti tersebut :

i. ‘Bersatu
Bersetia
Berkhidmat’

ii. ‘Anak Kecil
Bermain Api’

5. Jika diikuti ucapan Perasmian dan Penggulungan oleh Presiden dan kebanyakan Ahli – Ahli Kerja Tertinggi yang juga Menteri Kabinet, ia membuatkan orang Melayu terlena diatas buaian seolah – olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

6. Kebanyakan Perwakilan yang berucap pula bukan sahaja tidak berani berterus terang tapi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sehingga mereka lupa atau tidak peduli segala janji yang dilafazkan pada Perhimpunan sebelum itu.

7. Kira – kira 30 tahun lepas Tun Dr. Mahathir telah berterus terang MENGINGATKAN kita bahawa pada tahun 2020 atau mungkin awal lagi orang Melayu AKAN MENOLAK UMNO kerana katanya ketika itu pemimpin – pemimpinnya TIDAK lagi berjuang untuk bangsa ; mereka berebut – rebut kuasa dan melakukan rasuah untuk kepentingan diri dan keluarga.

8. Ingatan Tun menjadi kenyataan apabila buat pertama kali sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946, oleh kerana bencinya kepada sikap pemimpin – pemimpin, orang Melayu MENOLAK UMNO pada Pilihanraya Umum ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu , 9hb Mei 2018.

9. Oleh kerana MEMERLUKAN sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA SEGAN SILU pemimpin – pemimpin UMNO mula MENIUP SERULING dengan harapan tikus – tikus yang BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI akan mengikut mereka sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

10. Kata mereka TANPA UMNO orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

11. Yang sebenarnya pemimpin – pemimpin UMNO lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula – gula.

12. Jika hilang sokongan , yang hilang ‘REZEKI’ ialah pemimpin bukan rakyat.

13. ORANG MELAYU MESTI BERANI DAN TIDAK MEMBENARKAN LAGI DIRI DARI TERUS DITIPU OLEH PEMIMPIN – PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.

14. Hari ini orang Melayu di tiup dengan semangat takut dan benci kepada parti DAP dengan berbagai FITNAH kononnya Parti tersebut

i. anti Melayu
ii. anti Islam
iii. anti Raja – Raja
iv. anti itu dan ini

15. Fitnah ini samalah dengan ibu bapa menakutkan anak – anak mereka kononnya ada hantu atau penunggu di sebatang pokok di hadapan rumah mereka sedangkan ia hanya satu taktik sahaja bagi menghalang si anak keluar rumah pada waktu malam ; akibatnya bukan sahaja si anak malah ibu bapa pun turut percaya ciptaan mereka itu.

16. Kelemahan pemikiran dan sikap sambil lewa sebahagian besar orang Melayu adalah akibat sisa – sisa pengaruh penjajah Inggeris.

17. Mereka didorongkan lebih kepada SENI DAN BUDAYA, digalakkan bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil – kecilan sedangkan mereka yang mendatang seperti orang Cina dan India TERPAKSA bekerja keras tambah pula TIDAK ADA DASAR EKONOMI KHAS seperti Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dan lain – lain Dasar dan kemudahan termasuk pembelajaran.

18. Apabila Tun menggunakan istilah ‘MALAS’ sebahagian orang Melayu marah, melenting dan naik angin tetapi yang sebenarnya Tun MAHU MELIHAT lebih ramai lagi orang Melayu RAJIN DAN BERJAYA dari rakyat Malaysia yang lain – itu adalah CABARAN BUKAN KUTUKAN.

19. Sudah sampai masanya kita orang Melayu BERHENTI menyalahkan orang lain diatas kelemahan kita sendiri.

20. Biarlah pantun yang pernah dibisikkan oleh Penjajah Inggeris ke telinga datuk nenek kita dahulu dijadikan CABARAN bagi kita untuk lebih maju dan berjaya kini dan selama – lamanya :

‘Buai Laju Laju
Sampai Pokok Sena
Jika Beli Maju
Pergi Kedai Cina’

21. ALLAH SWT MENJADIKAN KITA BERBAGAI – BAGAI AGAR KITA MENGHORMATI DI ANTARA SATU DAN LAIN.

22. ALLAH SWT JUGA TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM JIKA KAUM TERSEBUT TIDAK MEMBUAT PERUBAHAN SENDIRI.

23. JANJI ALLAH SWT NERAKA JAHANAM BAGI MEREKA YANG TIDAK BERAMANAH, MENGAMBIL KESEMPATAN SECARA TERANG – TERANGAN DAN SULIT;

‘Buai Tinggi Tinggi
Sampai Cucur Atap
Baru Tumbuh Gigi
Dah Pandai Songlap

24. Semoga mulai tahun ini 2021 kita akan menyaksikan Negara terkeluar dari segala malapetaka politik dan ekonomi.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.

Wassalam
Terima Kasih.

Tamrin Tun Ghafar
01/01/21



Asyraf Wajdi dakwa Bersatu ‘curi dan beli’ ahli Umno

 

Asyraf Wajdi dakwa Bersatu ‘curi dan beli’ ahli Umno

BERSATU mesti berhenti daripada “mencuri dan membeli” ahli Umno kalau mahu kerjasama antara dua parti itu diteruskan, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau mendakwa Bersatu membayar sehingga RM100 kepada setiap ahli Umno yang menyertai parti itu, sementara cawangan yang ditubuhkan diberi peruntukan antara RM3,000 hingga RM5,000.


Dap juga boleh sertai MN, bukan untuk Pas dan Bersatu sahaja

 


Dap juga boleh sertai MN, bukan untuk Pas dan Bersatu sahaja

Dap juga boleh sertai MN, bukan untuk Pas dan Bersatu sahaja

Muafakat Nasional satu wadah penyatuan penting yang boleh disertai semua termasuk Amanah atau bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mahupun DAP, kata Naib Presiden Umno Khaled Nordin.

Khaled dipetik Sinar Harian semalam berkata hal ini asalkan semua pihak yang menyokong MN bersetuju dengan gagasan gabungan politik itu.

“Apa yang paling penting mereka perlu setuju teras politik negara ini adalah orang Melayu dan orang Melayu sebagai teras dalam masyarakat majmuk negara ini.

“Muafakat Nasional tidak terhad kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja.

“Sesiapa pun boleh sokong Muafakat Nasional, ini termasuk DAP tetapi mereka kena bersetuju teras politik tersebut,” katanya pada Jumaat ketika merasmikan mesyuarat Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang.

Pagi ini, Umno Bahagian Pasir Gudang yang diterajui Khaled sedang bermesyuarat.

Semalam, pemimpin kanan Umno menyarankan agar parti itu membuat keputusan berani dengan menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed (gambar, bawah) juga menyarankan parti itu mengkaji semula hubungan kerjasama mereka dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

Katanya Umno Pulai – yang diketuainya ketika ini – akan memulakan langkah mendesak itu dengan mengemukakan usul terbabit.

 

“Usul sedemikian akan turut dibuat di peringkat Umno bahagian lain, bukan sahaja di Johor, tetapi di seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khaled Nordin juga dipetik Sinar Harian berkata, MN berfungsi seperti biasa walau belum didaftarkan lagi

“Kita memang tidak daftar dan ini bukan perkara baru, kita pun dah menang dalam 17 pilihan raya sebelum ini. Memang dari dulu ada perbincangan sama ada nak daftar atau tidak daftar, itu soal kedua.

“Kalau Muafakat Nasional berdaftar sudah jadi satu parti politik. Ini dari awal semua sudah menyatakan, tidak ada niat nak mewujudkan (Muafakat Nasional sebagai parti politik), walau apa bentuk Muafakat Nasional, tidak akan ada yang bertanding melalui Muafakat Nasional.

“Apabila berdaftar dan menjadi parti politik ia akan terhad. Kita tidak bergantung kepada pendaftaran,” katanya.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah pada 30 DIs lalu mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

“Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.

“Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Sebagai rekod, Setiausaha Agung BN Annuar Musa sebelum ini dilaporkan pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS.

Ini kerana katanya, pimpinan gabungan itu perlu menguruskan bagi kerja-kerja prapendaftarannya.



MAAF MASIH DALAM USAHA MEMEPRBAIKI AUDIO : AUDIO HUSAM MUSA MENGULAS MENGENAI PAS, DAN JUGA KENAPA TIDAK PERLU BERSAMA MAHATHIR-MAHAZALIM



MAAF AUDIA YANG DI UPLOAD TIDAK DAPAT DI DENGAR.





 

MAHATHIR PERLEKEH DAP TETAPI PARTINYA SENDIRI DAPAT BERAPA KERUSI?


Image may contain: 1 person, text that says "malaysickini news and views that matter BERITA Mukhriz Hazim malaysiakini.com ΚΑΤΑ MP I Pandangan Mahathir pada keupayaan DAP salah Lim Kit Siang"


Mahathir ego menongkat langit. Orang kata "hidung tinggi", bukan sahaja hidung panjang yang kuat menipu.

Mahathir kata, tanpa bantuannya Dap tidak pernah dapat lebih dari 18 Kerusi Parlimen. Jelas sekali bekas PM dua kali yang khianat kepada PH ini mungkin mengalami penyakit nyanyuk yang melampau. Dakwaan Mahathir itu disangkal dengan fakta oleh Kit Siang di mana Dap banyak kali berjaya memenangi Kerusi Parlimen lebih dari 18 Kerusi tanpa si tua saka itu. Mahathir boleh tipu anaknya Mukhriz, tetapi bukan orang lain. Mukhriz mungkin terpaksa berdiam diri dengan penipuan bodoh ayahnya.

Mahathir telah serang Anwar dan perlekehkannya. Mahathir juga perlekehkan Dap. Tidak tahu bila atau adakah tergamak Mahathir memperlekehkan Amanah? Mungkin Mahathir terhutang budi dengan abang Mat Sabu, Khalid Samad atau Salahuddin Ayob yang bersungguh-sungguh cuba bawa beliau ke dalam 'Grand Coalition". Mungkin hanya Amanah sahaja yang tidak dibantu oleh Dap, agaknya.

Hebat

Mahathir. Dia berjaya tingkatkan jumlah Kerusi parti-parti lain, tetapi partinya sendiri hanya dapat 13 Kerusi sahaja. Partinya yang bertanding di negeri-negeri Melayu pun tidak dapat Kerusi. Di Perak, partinya menang satu Kerusi Dun tapi PH beri juga jawatan MB Perak atas semangat kerjasama dalam PH. Masih tidak sedar diri?

Pelik juga, sampai begitu sekali perangai yang Mahathir pamerkan, masih ada yang berselera untuk bawa Mahathir bersama PH. Tepat sekali tindakan Anwar yang tidak melayan karenah Mahathir ini. Anwar tahu, Mahathir semakin lanjut usia dan mungkin nyanyuk. Selepas ini, jangan kita pelik jika melihat Mahathir main najisnya sendiri.

WFAUZDIN NS

 

MEMALUKAN | INSTITUSI MUFTI MAKIN TERUK KERANA SEORANG 'MUFTI UTARA'


Image may contain: text


BOB KELANANG

Penyakit tanya lain jawap lain pun kena juga dekat Sahribut Samahahaha Serba Tahu, ingat sindrom Guru Hadi sahaja.

Orang tu tanya soalan valid, awak tu level mufti bukan orang kebanyakan lepas tu gatal-gatal post pasal negara lain padahal negara sendiri dah tak terurus.

Awak dulu yang kata Islam terancam bila ada sekolah vernakular, arak, judi, anak luar nikah. liberal tapi semua itu tak selesai pun bila kerajaan melayu Isle yang awak sertu pimpin. Koi makin teruk adalah, tapi awak tak berbunyi langsung nak tegur.

Padahal Allah sendiri tegur sikap hipokrit awak dalam surah Al-Shaff 2-3.

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. ” QS. Al-Shaff: 2-3

Tiba-tiba kata admin pula yang jawap, macam Tar Senik aje standard jawapan aje tulis semua dari Admin walaupun post pukul 11 malam.

Tapi yang lagi pelik bila masa mamat tu claim dia ahli parti PAN (Maybe Pan-Islamic Party Malaysia kut)? Apa jenis mufti kalau benda macam ini pun dah koyak? Siap boleh main tu quoque fallacy macam level jijan seman. Lepas tu tarik Ramasamy sekali dalam cerita, what kind of sorcery is this Drmaza ?

Kalau macam ini taraf Mufti pemegang PHD, padanlah makin teruk institusi mutfi dan universiti di Malaysia.

 

Betul ke Pas main 2 kolam ostad?



Betul ke Pas main 2 kolam ostad?

 Maaf ya ostad petang pagi ni dalam santai santai ni nak respond sikit apa yang ostad tulis tu ya.

1. Ostad kata : “sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PasUmno”. Saya kata: Maaf ostad, bukan sakit benar hati tapi sakit perut tahan gelak..


2. Kata Ostad : “Kedua dua pihak (dalam MN ) saling berteguh janji..” Saya kata: Betul ke? Saling teguh janji atau saling mungkir janji? Bukan ke ada pemimpin Umno tuduh pemimpin parti ehem main 2 kolam? Itu ke definisi versi ostad tentang teguh janji?

3. Ostad kata: “kami orang Pas telah diajar dengan akhlak Islam”. Saya kata : ” ostad sendiri percaya ke dengan kenyataaan ostad tu? Katakan betul diajar.. amalkan tak? Bukan para ostad suka kata ” العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر – ‘Ilmu tanpa amal macam pokok tak ada buah! ?”

4. Ostad kata : “kerana orang-orang Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang” Saya kata : “tu dia guna nama tokoh munafik zaman Nabi – Abdullah bin Ubayy- nak kuatkan hujah yang tak kuat tu! Nak tanya.. orang yang menentang MN dikira orang-orang Abdullah bin Ubbay ke? Jika begitu orang yang bersama MN, “mafhum mukhalafah”nya, ikut perjuangan Rasulullah saw ke, ostad? Teringat bila ada seorang agamawan dituduh pengikut Khawarij. Agamawan itu jawab, maaf, saya paraphrase, jawapan agamawan tu, “Hish hangpa semua ni tuduh aku ni pengikut khawarij, apa! hangpa ingat hangpa semua ni perintah macam Syaidina Ali r.a. ka?”

5. Ostad kata: ” ..sinar suria permuafakatan ini ..tidak berjoget mengikut paluan rebana PH dan para munafik… ” Saya kata: “kira kira hebat juga orang berserban dan berjubah serta selalu bagi kuliah di sini sana. Ringan betul lidah “berzikir” kalam munafik, Abdullah Ubayy… Opps maaf, lupa kan yang ostad semua ni diajar dengan akhlak Islam…patutlah ringan lidah sebut perkataan-perkataan macam tu..


Pegawai kanan universiti terlibat siasatan gangguan seksual wajib bercuti


Fahmi Fadzil reiterates Anwar prepared to consider role for Muhyiddin, with  greater goal of setting Malaysia back on track | Malaysia | Malay Mail

Kakitangan Institut Pengajian Tinggi yang disiasat dalam kes gangguan seksual seharusnya diarah bercuti sehingga siasatan dilengkapkan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, pegawai kanan di sebuah universiti tempatan yang baru-baru ini disiasat di atas kes gangguan seksual tidak wajar sama sekali dibenar meneruskan tugasnya.

“Dulu saya pernah bangkit dalam perbahasan Parlimen tentang kes gangguan seksual di ASWARA. Hari ini saya amat sedih kerana menerima emel yang mengandungi keratan laporan berita Harian Metro bertarikh 29 Disember 2020 tentang kes cabul di satu lagi universiti. Emel itu juga menyatakan beberapa dakwaan khusus yang agak membimbangkan.

“Saya difahamkan ini satu universiti ternama dan melibatkan pegawai yang sangat kanan.

“Ini bukan satu berita yang baik, dan seharusnya pegawai sangat kanan itu berehat sehingga selesai seluruh siasatan. Tugas beliau seharusnya diambil alih oleh pegawai-pegawai lain pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Fahmi mahu menteri Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad memberi arahan sewajarnya agar siasatan tidak terganggu dan mangsa akan benar-benar mendapat pembelaan dalam kes berkenaan.

“Saya harap Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Dr Noraini dapat beri penjelasan tentang isu ini kerana ia melibatkan nama baik institusi tersebut. Saya sedia bertemu YB Menteri.

“Saya juga harap pihak polis akan dapat meneruskan siasatan sehingga lengkap,” katanya lagi.