SEMBANG KARI LA...


Ibrahim Mat Isa

Sembang! Letak jawatan lepas tu kalut namakan diri jadi PM semula. Pengalaman kami tak lah sampai 95 tahun, tapi reti jugalah kalau orang nak kelintong..


DAH TERJAWAB SIAPA JUAL ASET NEGARA!



Zain Azman

Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya nak nyatakan di sini, semasa saya menjadi menteri kewangan saya tak pernah luluskan penjualan sebarang aset kjaan.

"Penjualan yang berlaku adalah di bawah kerajaan menteri-menteri lain bukan kementerian kewangan jadi jangan salahkan kementerian kewangan,” katanya.

Kenyataan Lim itu membuat suasana Dewan Rakyat gamat seketika setelah beberapa ahli parlimen dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula bangkit mempersoalkan kenyataannya.

Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dan meminta Lim mendedahkan nama menteri yang menjual aset tersebut.

“YB (yang berhormat) sebutlah nama menteri itu, senang bagitahu mana yang jual itu. YB be gentleman sir dan bagitahu, senang kita.

'Tanyalah MP Gombak'

Tidak ketinggalan, Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) turut mencelah dan meminta Lim menjelaskan berkenaan penjualan kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Healthcare Berhad kepada syarikat Mitsui & Co Ltd ketika pentadbiran kerajaan PH dahulu.

“IHH dijual ke Mitsui, siapa yang lulus?” kata Tajuddin.

Lim kemudian menjawab penjualan saham IHH Berhad kepada Mitsui yang berpangkalan di Jepun bukan keputusan kementerian kewangan tetapi oleh kementerian hal ehwal ekonomi ketika itu.

“(Penjualan saham) dari IHH ke Mitsui, ia bukan dari Kementerian Kewangan, kalau nak (tahu) menteri mana, tanyalah dari (Anggota Parlimen) Gombak (Mohamed Azmin Ali),” katanya.

Azmin kemudian dilihat bangun namun tidak dapat menyatakan pandangannya ekoran keadaan yang agak kecoh.

Untuk rekod, Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika PH menerajui kerajaan.

Azmin kini masih menggalas jawatan kabinet sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selepas “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan kini di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pada 29 November 2018, Khazanah Nasional Bhd memeterai perjanjian dengan Mitsui untuk menjual 16 peratus atau 1,403,087,400 sahamnya dalam IHH, pada harga RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.

Susulan penjualan itu, pegangan saham Khazanah dalam IHH berkurangan kepada 26.05 peratus.

Ia berdasarkan kepada modal saham diperbesar IHH selepas syarikat itu menyelesaikan pembelian tambahan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS.

JANGAN MENGGELABAH.


Zaimi Saad

KELUAR PARTI

Tak perlu melankolik. Tak ada apa lagi perlu saya perjuangakan. Saya sudah cukup makan. Saya tak perlu mengais. Tak perlu menjilat orang politik untuk secupak beras. Saya sertai politik tidak lain hanya untuk survivor agama, bangsa dan negara saya dan terpenting; menolak apa saja kerjasama dengan pendokong korupsi dan kleptokrat.

Ketika mana parti yang saya dan rakan-rakan bina tidak lagi menyokong aspirasi saya, saya perlu undur. Tinggalkan isteri sarat mengandung anak pertama untuk bina parti, korbankan bukan sedikit wang untuk mobilisasi parti, pimpin gerakan media bawah tanah dalam memenangi pilihanraya dan menumbangkan Barisan Nasional adalah kenangan yang tak mungkin saya lupa.

Saya berterima kasih kepada Sdr. Hasnizam Nizam Adham dan Timbalan President Datuk Rashid Asaari kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam membina asas parti di Selangor terutama di Shah Alam dan Kota Raja.

Saya, dengan nama Allah dan hati yang lapang mengumumkan bahawa diri saya bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan secara sendirinya terlucutlah segala jawatan parti yang saya sandang.

Semoga Allah rahmati kita semua. Amin.

¡Hasta la victoria, siempre!

Mohammad Zaimi Saad
00000981
Shah Alam
19 Julai 2020

DAH TERJAWAB SIAPA JUAL ASET NEGARA!


DAM RYUNG

Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya nak nyatakan di sini, semasa saya menjadi menteri kewangan saya tak pernah luluskan penjualan sebarang aset kjaan.
"Penjualan yang berlaku adalah di bawah kerajaan menteri-menteri lain bukan kementerian kewangan jadi jangan salahkan kementerian kewangan,” katanya.
Kenyataan Lim itu membuat suasana Dewan Rakyat gamat seketika setelah beberapa ahli parlimen dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula bangkit mempersoalkan kenyataannya.
Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dan meminta Lim mendedahkan nama menteri yang menjual aset tersebut.
“YB (yang berhormat) sebutlah nama menteri itu, senang bagitahu mana yang jual itu. YB be gentleman sir dan bagitahu, senang kita.
'Tanyalah MP Gombak'
Tidak ketinggalan, Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) turut mencelah dan meminta Lim menjelaskan berkenaan penjualan kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Healthcare Berhad kepada syarikat Mitsui & Co Ltd ketika pentadbiran kerajaan PH dahulu.
“IHH dijual ke Mitsui, siapa yang lulus?” kata Tajuddin.
Lim kemudian menjawab penjualan saham IHH Berhad kepada Mitsui yang berpangkalan di Jepun bukan keputusan kementerian kewangan tetapi oleh kementerian hal ehwal ekonomi ketika itu.
“(Penjualan saham) dari IHH ke Mitsui, ia bukan dari Kementerian Kewangan, kalau nak (tahu) menteri mana, tanyalah dari (Anggota Parlimen) Gombak (Mohamed Azmin Ali),” katanya.
Azmin kemudian dilihat bangun namun tidak dapat menyatakan pandangannya ekoran keadaan yang agak kecoh.
Untuk rekod, Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika PH menerajui kerajaan.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan sut

Azmin kini masih menggalas jawatan kabinet sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selepas “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan kini di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pada 29 November 2018, Khazanah Nasional Bhd memeterai perjanjian dengan Mitsui untuk menjual 16 peratus atau 1,403,087,400 sahamnya dalam IHH, pada harga RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.
Susulan penjualan itu, pegangan saham Khazanah dalam IHH berkurangan kepada 26.05 peratus.
Ia berdasarkan kepada modal saham diperbesar IHH selepas syarikat itu menyelesaikan pembelian tambahan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS.



INI KISAH AZMIN DAN DITOLAK DI GOMBAK


HAMDAN TAHA


Imej mungkin mengandungi: ‎1 orang, ‎teks yang berkata '‎Belum Apa-Apa Lagi Dah Kena Reject. Hihihi.. PPum Pas tolak Azmin di Gombak OlhIAINE July18,202012:35pm 0ם Pas Kawasan Gombak telah memutuskan hanya akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional (MN).‎'‎‎

Tahniah kepada Umno bahagian Gombak dan Pas kawasan Gombak atas usaha menolak Azmin Ali satu usaha yang betul dan tepat
Tetapi mengenali Azmin Ali dan wataknya dia tidak peduli Umno dan Pas kawasan kerana dia tahu di peringkat atasan dia mudah beli dengan macam macam cara...
Saya di beritahu semasa dalam PH dia menteri tetapi hampir setiap malam jika ada di KL akan ke rumah Hishamudin atau di mana tempat yang dia boleh berjumpa Hishamudin berbincang. Dalam Pas pula dia akan jumpa secara kerap dengan Takiyuddin dan Samsuri MB Terengganu jika ada di KL..
Baru baru ini semasa PKP dia menaja ramai MP kerajaan dari Pas dan Umno balik ke kawasan masing masing dengan menaiki Heli yang di bayar oleh beliau...begitu lah cara Azmin Ali berpolitik licik dan halus....janji cita cita tercapai....
Jadi dia akan berusaha keras untuk dia bertanding di gombak jika merasakan gombak itu selamat bagi beliau. Jika dia rasa tak selamat dia akan cari tempat selamat termasuk di kelantan atau pun terengganu yang Pas boleh beri laluan kepada dia bertanding ....ini bukan mustahil...
Orang yang boleh pujuk rayu perempuan bagi saya biasa biasa sahaja...itu ada lah lumrahhhh jika dia boleh goda 10 orang sehari pun saya tak hairan....
Tapi jika boleh goda lelaki....tu kira baru handai....bukan senang yop....tak tahu lah zaman sekarang ni udah senang pujuk lelaki dari perempuan kalah le teman....orang boleh pujuk lelaki ni mulut cukup manis....sabar dan tenang.....dan bijak....


NEGERI MAJU RAKYAT CELIK


Mohd Shah Rim

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri, teks yang berkata 'Shar Sinar Harian 3h Dewan Muslimat Pas Selangor dan Wanita UMNO Selangor menerusi Muafakat Nasional Wanita Selangor bersiap sedia melaksanakan program bersama di peringkat negeri dan bahagian. SINARHARIAN COM. MY Muafakat Nasional Wanita Selangor perkukuh kerjasama SHAH ALAM Dewan Muslimat Pas Selangor dan Wanita UMNO Selango...' Selain P.Pinang, Selangor adalah negeri yang tidak mungkin dimenangi UMNO/PAS,  bukan kerana UMNOPAS tak kuat diSelangor, atau jentera kedua parti tidak berfungsi, malah jentera mereka, lebih baik berbanding negeri yang dominan Melayu seperti di Pahang dan Kelantan..

Jadi.. kenapa Selangor tidak mungkin jatuh ditangan PAS/UMNO.?

Selangor, adalah negeri maju, hampir semua DUN dan Parlimen diletakkan dikategori bandar.. Parlimen luarbandar tak banyak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.. disini kekuatan PAS/UMNO seimbang dgn PH.. PH boleh menang dan PAS/UMNO juga boleh menang di sini.. tapi bagi Parlimen dibandar, peluang PAS/UMNO almost zero, 99% PH akan menang dengan undi yang besar.

Jika ada yang berbeza pandangan, tak jadi masalah, tunggu PRU15 nanti..

AZMIN SUDAH TAK RELEVAN DI GOMBAK

Anwar Ibrahim: Jangan Ambil Komisen Dari Peruntukan Rakyat Miskin, Nak Cari Makan, Cari Kerja Lain


Anwar Ibrahim: Apa Yang Orang Muda Mahukan?


“Bersatu Blackout” Bersama Tun Dr Mahathir


RENTASAN MINGGUAN 074 | KINI PIMPINAN UMNO JUAL NAMA ISTANA?



MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 074
1. JUAL ASET KERAJAAN - SIAPA SYAITAN BISU? 2. ‘HARAM’ UNTUK ORANG LAIN, ‘HALAL’ BUAT MEREKA: SHAZNI MUNIR 3. PAS HANYA TUNGGANG AGAMA, KATA AMANAH 4. KERAJAAN PINTU ISTANA ATAU TEBUK ATAP?







AZMIN MENINGGAL DI GOMBAK. UMNO DAN PAS TOLAK BELIAU


Menteri MITI, Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak nampaknya awal-awal lagi sudah ditolak oleh UMNO dan Pas untuk terus bertanding di kawasan tersebut.
Kata UMNO dan Pas, walaupun Azmin berada bersama kedua-dua parti itu dalam kerajaan PN, tetapi di Gombak hanya ada Muafakat Nasional saja.
Ini bermakna, Azmin yang tidak berparti sekarang berada dalam keadaan sukar untuk mengekalkan kerusi Gombak yang sebelum ini dimenanginya atas tiket PKR.
Tanpa UMNO dan Pas setuju memberi laluan, malah salah satu daripada parti itu akan meletakkan calonnya di Gombak, manakala PH juga pasti akan bertanding sama di situ, Azmin hampir tiada peluang lagi mengekalkan kedudukannya di kerusi itu.
Bakal meninggalkah Azmin?
Salah satu sebab mengapa Azmin Ali diketepikan adalah kerana beliau didakwa cuba membelakangkan UMNO dan PAS di Selangor dengan tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu.
Kritikan itu disuarakan oleh Yang di-Pertua PAS dan Ketua UMNO Bahagian Gombak sendiri.
Yang di-Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir berkata, tindakan Azmin itu seolah-olah terdapat usaha untuk mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.
“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu Azmin ini parti apa dan dia bergerak untuk parti apa,” katanya.
Salehuddin seterusnya berkata, keputusan PAS Gombak tidak ingin bekerjasama dengan Azmin itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Politiknya, Hilman Idham.
“PAS kawasan Gombak telah bermesyuarat dan memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman bahawa kami hanya akan bekerjasama secara politik dengan UMNO Gombak saja atas nama Muafakat Nasional,” tambah beliau lagi.
Ketua Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin pula berkata, tindakan Azmin sebagai pelik dan menyifatkannya sebagai keliru sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) atau masih dengan PH.
“Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, beliau seorang saja buat benda pelik.
“Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin tak panggil langsung wakil PN
“Yang dipanggilnya adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari daripada PH.
“Tetapi tidak apa, jika dia tidak akui PN di Selangor, kami juga tidak mahu berurusan dengan bekas ahli PKR itu di Gombak,” katanya dengan tegas.
Akhirnya, di mana Azmin akan bertanding nanti atau ke mana beliau akan membawa haluannya?
Kesian…walaupun seolah-olah berkedudukan nombor dua dalam kerajaan, malah tempat duduknya di Parlimen pun bersebelahan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tetapi nampaknya awal-awal lagi masa depannya telah digelapkan oleh UMNO dan Pas.
Apakah ini balasan atas pengkhianatannya selama ini? 

(Shahbudindotcom 18/07/2020)


Pilihan lebih praktikal: Terus berusaha rebut Putrajaya atau fokus persiapan PRU15?

Pilihan lebih praktikal: Terus berusaha rebut Putrajaya atau fokus persiapan PRU15?

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan saya tidak pasti apakah keutamaan mereka sekarang?
Mungkinkah masih bergelut dan sibuk berunding “ke sana ke sini mencukupkan nombor” untuk merebut kembali Putrajaya yang di rampas itu?
Atau memberi tarikh akhir untuk Anwar Ibrahim membuktikan beliau mempunyai sokongan minimum daripada ahli-ahli Parlimen bagi melayakkan dirinya sebagai calon perdana menteri?
Bagaimana pula dengan opsyen menamakan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai alternatif kepada pilihan awal Dr Mahathir Mohamad atau Anwar, yang dilihat menemui jalan buntu? Atau, apakah Pakatan Harapan tidak lagi berpegang kepada cadangan yang disuarakan Mahathir itu, dengan hanya berminat kepada Anwar sahaja?
Meneliti perbahasan dan reaksi yang hangat di media sosial, penyokong pembangkang seperti terbahagi dua. Pertama, tetap menekankan keperluan untuk segera mengambil alih kuasa – berdasarkan mandat rakyat PRU14 – yang dirampas itu, apa lagi kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional terbukti mempunyai majoriti terlalu tipis. Kedua, memusatkan tumpuan gerak kerja bagi memperkemas persiapan PRU15 yang dijangka diadakan secara mengejut.
Bagi kelompok yang bersetuju agar kerajaan tebuk atap – yang didirikan atas komplot pengkhianatan – direbut semula, peluang yang terbuka mesti dimanfaatkan sebaik mungkin. Dengan itu, siapa calon perdana menteri boleh dirundingkan, asal tokoh tersebut mampu “mencukupkan nombor”. Tidak sepatutnya timbul serang- menyerang di antara kem Mahathir atau Anwar. Malah, kedua-dua tokoh itu sendiri harus proaktif menenteramkan situasi.
Diakui tidak mudah mendekatkan jarak yang semakin jauh di antara dua kelompok itu. Masing-masing sudah nampak hilang kepercayaan dan dihantui buruk sangka, yang ada kalanya cukup keterlaluan. Semasa bertekad memandang ke hadapan, bagasi sejarah yang memisahkan Mahathir-Anwar sentiasa dibangkitkan. Sehingga setiap gerak langkah sentiasa dicurigai.
Justeru, langkah Mahathir yang dikira menarik diri daripada perebutan calon PM boleh meredakan sedikit ketegangan. Sama ada cadangan nama Shafie dibuat oleh Mahathir ataupun DAP-AMANAH itu tidak penting. Yang mustahak usaha “mencukupkan nombor” belum terhenti dan masih terbuka kepada perbincangan. Namun proses lobi atau rundingan itu mestilah ada tarikh akhirnya. Jangan sampai harapan terus diberi sehingga tiada kesudahan.
Berdasarkan respons Shafie, cadangan namanya sebagai calon PM seperti mengandungi kesamaran. Mahathir mendakwa cadangan awal membabitkan Shafie datang daripada DAP-AMANAH, tetapi selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang terakhir, ketetapan dibuat mengekalkan pencalonan Anwar. Namun masa masih diberikan kepada Anwar untuk berunding lebih lanjut dengan Shafie. Dan Shafie seperti tidak mahu terikat dengan teka-teki itu.
Masa yang sama, lebih ramai pihak yang melahirkan rasa tidak senang dengan polemik pencalonan PM ini. Ya, rakyat lebih terkesan dengan krisis kehidupan seharian yang membelit mereka. Impak korona virus masih di peringkat awal, tetapi sudah cukup menakutkan. Negara dihimpit masalah ekonomi yang serius dan tidak menentu. Kadar pengangguran dijangka melonjak. Kerajaan Muhyiddin Yassin pula selesa berselindung di sebalik pandemik ini. Natijahnya permainan kuasa elit politik tersembunyi di celah-celah pelbagai inisiatif popular atas nama kepentingan rakyat.
Ramai penyokong pembangkang yang bosan menunggu mandat rakyat PRU14 dimartabatkan kembali nampaknya cenderung menggesa PH mempersiapkan jentera pilihan raya. Bagi mereka, lupakan sahaja impian merebut Putrajaya kerana apa juga hasil akhirnya kerajaan tetap tidak stabil. Apa lagi apabila pertelingkahan di antara kem Mahathir dan Anwar seakan-akan tiada penghujung. Kedua-dua tokoh besar itu nampak sukar sekali memilih pendekatan damai. Seolah-olah ada cerita personal yang tidak terungkap menghalang kompromi di antara mereka.
Kelompok ini menggesa agar segala sumber dan potensi yang ada di pihak oposisi difokuskan untuk persiapan PRU15. Berterusan tenggelam dalam polemik calon PM dianggap membuang masa dan memungkinkan perpecahan lebih serius pada barisan pembangkang.
Berbanding situasi menjelang PRU14 dua tahun lalu, koalisi pembangkang kini dilihat agak tertekan dan berada di posisi defensif. Pakatan Harapan tinggal tiga parti. Bersatu pecah dua, manakala nasib dan masa depan kem penyokong Mahathir masih tidak menentu. Faktor bekas perdana menteri itu dalam PRU14 tidak kecil. Ia mencetuskan gelombang. PKR pun tidak sekompak dahulu. Kumpulan Azmin Ali tidak dapat dipastikan sekuat mana, namun dipercayai ia turut memberi impak yang agak serius.
Lebih daripada itu, pentadbiran 22 bulan PH di bawah Mahathir-Wan Azizah berakhir umpama pesawat terhempas dengan tiba-tiba. Sekiranya ia mendarat secara baik – yakni sehingga habis penggal – saya kira banyak pembetulan dan penambahbaikan dapat dilakukan, yang memungkinkan PH dapat memenangi perang persepsi khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu-Muslim.
Dalam tulisan berikutnya nanti, saya akan menghuraikan pandangan peribadi saya, di antara dua pilihan, iaitu terus berusaha menangkap peluang untuk kembali berkuasa tanpa menunggu PRU15 ataupun melepaskan impian itu dan menumpukan fokus kepada persiapan memantapkan jentera pilihan raya barisan pembangkang?


VATERAN PAS TOLAK PANDANGAN HADI AWANG

AS I 👀

Ini pandangan saya


.Image result for hadi awang




Orang-orang veteran dalam PAS yang masih dalam PAS menolak   agenda Hadi dan kumpulan takfirinya. Tetapi kerana mereka sayang kepada PAS, kebanyakan mereka tidak berjawatan tetapi bekerja keras memenangkan PAS setiap kali pilihanraya. Berkorban masa dan wang ringgit serta kederat semua kerana Allah Taala.

Mereka wala' kepada dasar PAS iaitu hadis dan al Quran dan masih menyimpan hasrat dan niat bahawa Islam akan memerintah bumi bertuah ini satu hari nanti. Pemerintahan adil dan harmoni seperti zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat menjadi matlamat setiap ahli. Orang Islam manalah tak kira bangsa yang tidak ingin melihat Islam gemilang dan dijulang? Walau dari parti UMNO, AMANAH, PKR, PPBM pasti mau Islam diangkat tinggi. Dalam perlembagaan termaktub  walau perlembagaan ditulis British yang kufur. Islam itu hak Allah. Pahatkan dalam otak setiap Muslim barulah kebenaran dapat dilihat. Tanpa PAS pun Islam tetap teratas dan  terpelihara oleh Pemiliknya.

Untuk Veteran ini biar mereka dalam PAS. Undi mereka yang diperlukan. PRU 14 tidak sedikit undi yang diberikan oleh veteran PAS khusus di Selangor sehingga 1 kerusi yang tinggal. Jangan sakitkan hati mereka dengan mengeji PAS, kerana dasar parti mereka adalah al Quran dan Hadis. Saya sendiri terguris dan sedih apabila dasar PAS dinodai oleh Hadi dan kumpulan pencinta kuasa dan kereta!

Yang PKR (saya tidak mahu sebut PH, kerana saya tidak lagi tahu halatuju AMANAH dan DAP) perlu lakukan ialah mengguna satu kaedah menyerlahkan kegilaan pemimpin PAS terhadap kuasa dan kesombongan mereka setelah mendapatnya serta sikap mereka memperlekehkan pengundi mereka. Contoh terbaik ialah ialah kenyataan Nik Amar, minum air kroh, air telaga boleh jadi Exco dan Timbalan MB.

PKR wajar belajar dari walaun yang gigih menyebar fitnah. Bagaimana mereka bermain emosi orang Melayu sehingga terasa Islam diancam oleh DAP, WALAUPUN ia satu pembohongan. Bagaimana fitnah mereka berjaya mengujudkan persepsi Islam dihina dan menjadi tanggungjawab setiap Muslim mempertahankannya. Sedangkan semua itu bohong dan fitnah belaka. PKR tidak payah balas dengan menfitnah mereka pula, cukup dengan mengemukakan fitnah-fitnah mereka dan kesan terhadap kemajuan orang Melayu apabila percaya fitnah ciptaan PAS.

PKR TIDAK payah mengutuk atau memaki hamun seperti walauns cukup kemukan fakta yang benar dan hujah tepat menyedarkan pengundi supaya menafikan undi mereka kepada PAS.  Penting perdagangan agama yang sarat dengan fitnah dari pemimpin PAS dihentikan. PAS adalah parti yang mempunyai dasar al Quran dan Hadis relevan sepanjang zaman, sayangnya diseleweng pemimpin yang kecundang dengan habuan dunia. PKR mesti ambil peranan menyedarkan ahli bawahan PAS untuk tidak memanjangkan hayat karier pimimpin gila kuasa sehingga sanggup mengeluarkan dalil-dalil bertentangan dengan bukan sahaja Islam malah peradaban manusia bagi menghalalkan perbuatan songsang mereka! PKR MESTI MEREFORMASIKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA menghentikan tabiat memenangkan pemimpin yang sayangkan diri dan kroni dan meletakan kepentingan mereka mengatasi rakyat dan negara.

KakIda6060




ANWAR TIADA PILIHAN LAIN?


MD ZULAIMI KAZIM

Presiden PKR Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ...

Saya agak tak berapa faham... (sebenarnya saya nak tutup isu ini dan lebih fokus kpd PRU15)

Bila ramai yang boleh dikatakan "pakar" mengatakan Anwar tiada pilihan selain menerima cadangan Tun M untuk sedia mencalonkan DS Syafie Afdal sebagai PM. Anwar akan dapat peluang yang lebih besar kalau sedia kompromi dan terima Syafie Afdal. Anwar akan dihormati oleh rakyat Malaysia atas "sikap berlapang dadanya" menerima DSSA sebagai PM dan kedudukanya leboh strategi untuk PRU15 nanti.

Umno skrg pun dlm keadaan agak tidak selesa... apakah mereka boelh gugurkan Muhyiddin sebagai calon PM dlm PRU15 nanti? ... Umno tidak pernah menerima orang lain sebagai calon PM tapi bila Muhyiddin sudah pegang post itu tidak mudah untuk minta Muhyiddin tarik diri sebagai calon PM.

Sama juga, siapa boleh jamin DSSA ini adalah calon PM untuk tempuh musim ini sahaja dan bila PRU15 nanti calon adalah Anwar... Kalau Tun M dari tempuh 1 tahun ke 2 tahun kemudian terserah pada Tun nak jd PM sampai bila, apakah DSSA bila ada kuasa PM nanti mudah untuk serah teraju kepada Anwar yang berdepan PRU15, silap-silap perpecahan lagi besar berlaku dalam PH.

Kedua; apakah kelebihan keapda Anwar untuk menyerah lagi kepada orang lain untuk tunggu peluang PRU15 dari terus memberi fokus kepada PRU15. Anwar akan dilihat seorang pemimpin yang terlalu lemah sehingga terpaksa ikut pandangan politik orang lain sedangkan pandangan itu juga sekadar pandangan bukan satu kutipan kajian lapangan.

Rakyat nak lihat Anwar tegas dan berani membawa reformasi secara menyeluruh bukan berada dlm acuan lobi politik yg terpalsa tunduk dgn keperluan mana-mana pihak dalam melaksanakan reform. Kalau dapat kerajaan tetapi terpaksa tunduk dengan desakan pihak berkepentingan, mana mungkin reform dapat dilaksanakan... hanya sekadar laungan keramat.

Sekali lagi ditegaskan bahawa kalau ada suara yang kata Anwar tiada pilihan melainkan kompromi dengan cadangan DSSA sebagai PM, itu hanya pandangan politik yang tidak mendengar pandangan rakyat bawahan... andaian semata-mata.

BENARKAH MAHATHIR AKAN JUMPA KETUA-KETUA BAHAGIAN BERSATU UTK LAWAN ABAH YIDDIN DARI DALAM?


Malaysiakini - Dr Mahathir kembali jadi pengerusi Bersatu - Marzuki

Iswardy Morni bocorkan  rahsia? Orang Tua tu juga dikatakan masih bertemu dan berunding dengan semua termasuk Azmin Ali. Kita tidak boleh kata 100% benar atau tidak benar, semuanya dalam ilmu Allah.

Puak Anai-anai PANTUK #K3 tak marah pula kalau Org Tua tu jumpa sesiapa pun? Tapi melompat sebab DSAI jumpa PM Abah Yiddin dan Hamzah Zainuddin.

Agak-agak kenapa puak tu marah walau DSAI dah bagi tahu MP PH mengenai pertemuan itu? Meh saya nak bagitahu...sebab DSAI sangat MERAHSIAKAN sebarang keputusan pertemuan dan TIDAK diceritakan secara terperinci kepada mereka. Nak cerita buat apa kepada alat dan perkakas Mahathir? Nak bagi bocor?

Banayk lagi pertemuan yang berlaku yang DSAI tidak ceritakan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi dia dah banyak kali bagi hint, jika TIPIS, perkuatkan jentera Pilihanraya dan bersedia.

Tapi apa yang DSAI suarakan seperti Dr. Shahruddin Salleh sokong dia jadi PM itu adalah benar walau anai-anai PANTUK kata dia tipu. Cukup hanya Allah yang mengetahui. Adalah DIFAHAMKAN, Dr. Shahruddin sendiri yang maklumkan kepada sahabat beliau, bukan DSAI yang sebut dulu.Macam yang pernah saya kata dulu, ada sesuatu yang Dr. Shahruddin sebut pasal Mahathir. Tapi bak kata DS Siti Nurhaliza.."Biarlah Rahsia".

Anehnya jika Mahathir berjumpa dengan Hadi, Stopa Ali, Azmin Ali atau sesiapa jua, tidak pula menjadi isu? Hakikatnya puak anai-anai PANTUK #K3 ni hanya nak cari alasan menyerang Pengerusi PH kerana kebenciannya menebal setelah Atuk kesayangan mereka malah calon PM SEBULU juga tidak disokong oleh DSAI mahupun MP-MP dari PKR.

Wallahualam.

- Zus Din
18 Julai 2020

DESAK BUBAR PARLIMEN



Ekonomi negara sekarang memang dalam keadaan teruk
Ditambah kesan akibat Covid-19 serta keadaan politik negara yang x stabil, pelabur luar memang xkan pilih Malaysia untuk melabur

Kalau sayangkan negara, desak Yiddin bubarkan parlimen
Bukan bodo p sane sini jaja SD

Patutnya time camni masing-masing perkuatkan jentera sendiri, bukan p cukupkan no lagi dah
Apa guna cukup no tapi sokongan kepada PH pun "bersebab"?
Kerajaan yang dibina tetap xkan stabil
Pelabur luar tetap xkan yakin untuk melabur
Dan akhirnya kita tetap akan hadap benda yang sama selepas ni, "pengkhianatan"

Betul ke risaukan nasib rakyat?
Bukan kejar kepentingan sendiri smpai wujudkan blok Bebas semata-mata xnak bekerjasama dengan DSAI?
Kalau pikir kepentingan rakyat, dah tolak kepentingan peribadi
Ni masih nak orang ikut cakap dia walau dia sendiri gelandangan x berparti

MAHATHIR PERANCANG UTAMA?


Norshidah Mohd Daud

Nak jatuhkan sesebuah kerajaan tanpa melalui pilihanraya perlukan suatu tempoh masa & perancangan teliti

Dengan kedudukan Madey sebagai PM buat kali ke 2, segala akses dlm kerajaan d dlm kawalan dia, logik ke dia xtau pape pasal Langkah Sheyraton?

Semuanya dah dirancang rapi. Dia la perancang utama Langkah Sheyraton tu. Semuanya utk halang DSAI menjadi PM selepas DSAI bersetuju dengan hasratnya utk menjadi PM sehingga lepas APEC

Dari tahun lepas lg Mohd Hazaudin Ibrahim dok ulang cite ni kt aku. Mula tu aku marah gak, dahla dia keja ngan PH, sokong PH, pastu mcm doa lak suh PH jatuh. Tp sape la aku nk nafikan cite dia, sedangkan dia sendiri berhadapan dengan "pelakon2" dlm filem PH ni sendiri

Cuma jangkaan dia agak meleset. Dia jangkakan PH akan tumbang bulan 5 atau plg lewat hujung tahun ni, tp bulan 2 dah jatuh. So bila PH jatuh, kami x terkejut. Semua dah berjalan sepertimana plan "mereka", cuma masanya agak awal

Mase tersebar cite yg PH nk jatuh, ramai dok ckp tu hanya khabar angin. Aku sendiri pun x abis2 suh dia positif sebab sygkan keja dia, sygkan gov masa tu. Aku baca post2 org hebat dlm politik, pun masih mengatakan tu hanya khabar angin. Semua yakin PH mampu bertahan.

Akhirnya PH jatuh jugak. Jatuh bukan sebab ditolak rakyat, tp jatuh kerana Madey letak jawatan PM tanpa berbincang dengan kepimpinan PH. Lepas tu bawak diri xnak jumpa dengan pemimpin PH. Nape ye?

Nape smpai bg bantuan kt Kelantan tempohari?
Nape smpai wujudkan kementerian baru khas utk Jemin?

Logik Yiddin boleh plan semua sedangkan Yiddin sebelum tu sakit & byk luangkan masa utk treatment smpai kerja pun tertangguh?

Sebabtu aku pesan, kalau takat dok sesama sendiri, pastu acah2 tau semua perkara, hentikanla
Sedangkan kerajaan nk jatuh dulu pun korang xtau, xyah nk berlagak bergambo dengan pemimpin sane sini