BUKTI U-TURN, TETAPI ISUNYA LEBIH BESAR DARI U-TURN


Ilustrasi pengiraan asal dimuat naik oleh Bank Negara Malaysia pada 27 Mac 2020, tanpa faedah/kadar keuntungan tambahan selepas moratorium 6 bulan, bayaran sama seperti sebelumnya, hanya bayaran pokok dan faedah/kadar keuntungan asal.
Dalam kenyataannya hari ini, Bank Negara mengakui telah memuat naik ilustrasi asal itu sebelum ditarik-balik. Hari ini, 1 Mei 2020 Bank Negara telah mengeluarkan satu ilustrasi baru. Ilustrasi asal 27 Mac itu seperti dinyatakan oleh Bank Negara sendiri, telah dipadamkan selepas bank-bank mengeluarkan ilustrasi pengiraan masing-masing, yang nyata berkeras mahu mengenakan faedah/kadar keuntungan tambahan.
Selain soal u-turn yang diperkatakan ramai orang sekarang ini, sebenarnya wujud isu yang lebih besar. SIAPA MENGARAH SIAPA? SIAPA MENGIKUT SIAPA? Bank Negara mengawal bank-bankkah? Atau bank-bank mengawal Bank Negara? Bank Negara tunduk kepada bank-bank? Atau bank-bank tunduk kepada Bank Negara? Seharusnya bagaimana? Siapa meregulasi siapa?
Atau mungkinkah Bank Negara ditekan? Kalau Bank Negara ditekan, Bank Negara patut mengadu kepada bosnya, Menteri Kewangan. Tetapi macam saya cuplik sebelum ini apa yang dikatakan oleh Azalina Othman Said, Menteri Kewangan sekarang wakil bank, bukan wakil rakyat! Jadi untuk senang faham, dari segi hierarchy, Bank Negara memang di atas bank-bank, di atas Bank Negara pula adalah Menteri Kewangan. Entah kebetulan atau tidak Menteri Kewangan itu bekas CEO bank. Anda faham ke tidak ni? Siapa menguasai siapa?

KAMI SEKUPANG PUN TARAK..

Tiada penerangan foto disediakan.

TERBAIK PN , PANDAI JAGA PENYOKONG AKA PENGAMPU..PH TAK TAU BUAT MACAM INI ???ORANG BAWAH SAHAJA YANG PULUN SOKONG.

2 pemimpin Umno bakal terajui MAHB, Prasarana, kata laporan
Dikemas kini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2020 10:50AM · 0 Komen
Mahdzir Khalid akan menggantikan hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara, Zainun Ali sekiranya dilantik sebagai pengerusi MAHB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2020.
BEKAS menteri pendidikan tinggi dan naib presiden Umno, Mahdzir Khalid disebut-sebut sebagai pengerusi baharu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman pula bakal mempengerusikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, Prasarana Malaysia Bhd, lapor pengendali perkhidmatan pengangkutan awam terbesar di negara ini, FocusM (Focus Malaysia).

KITA TAK BISA LAGI BERSATU{SAJAK UNTUK TUN DARI TAN SRI PM)



Seribu kali kucuba menghindari
Seribu kali kucuba untuk kembali padamu
Namun langkahku menjadi kian pasti
Melihat bayangmu dalam gerak yang kaku.
Seribu kali kumenatap gambarmu
Seribu kali kumenyebut namamu
Hasrat padamu kian mendesak kalbu
Namun selalu, ku merasa tak mampu.
Ke mana, harus ku melangkah?
Jejakmu terlalu besar untukku
Ke mana, harus ku menjangkau?
Egomu terlalu sulit untukku.
Terangilah Tun, beri ku suluhan mu itu
Agar ku tak jatuh dalam kegelapan
Berikanku Tun, pedoman mu itu
Agar ku tak sesat, dalam kekalutan.
Ku sedari, diantara kita telah tiada
Rasa saling seia sekata
Hari ini, atau esok, lusa
Kita kan berpisah untuk selama-lamanya
Agar tak kan lagi ku rasa
Suka, duka hidup bersama.
Ku disamping rakan dan teman
Memerangi segala kesalahan
Membaiki semua kesilapan
Melawan gejala kuman dan menabur keemasan.
Tun, usah lagi
Perpisahan jadi beban di hati
Kemusnahan yang tidak dipinta
Dan setulus indahnya nota
Tak kan lagi ada
Harapan untuk kembali.
Tak kan semua hilang
Bagai mimpi-mimpi
Seperti yang selalu kau bilang
Usah kau sesali.
Biar mereka yang hilang
Sepantas mereka datang
Tun yang maha tahu
Kita tak bisa lagi Bersatu.
Karya:
Rosli Khan
1hb Mei 2020.

Pemimpin Bersatu sahkan ada masalah di Johor, minta pemimpin campur tangan

Pemimpin Bersatu sahkan ada masalah di Johor, minta pemimpin campur tangan
"Jika para pemimpin ikhlas memperjuangkan agenda penyatuan dan bukan hanya mementingkan diri sendiri, seharusnya mereka berusaha memastikan kesatuan, bukan mengapi-apikan ke arah perpecahan," kata Wan Saiful.
Demikian saranan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menerusi satu kenyataan dikeluarkannya hari ini.
Beliau menegaskan, jangan disebabkan ada yang mahu menjadi hero di satu tempat, habis tempat lain juga rosak sama.
“Saya juga menyokong pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman bahawa pemimpin atasan Bersatu dan Umno perlu berbincang segera untuk menamatkan perdebatan mengenai situasi di Johor,” katanya lagi.
“Jika para pemimpin ikhlas memperjuangkan agenda penyatuan dan bukan hanya mementingkan diri sendiri, seharusnya mereka berusaha memastikan kesatuan, bukan mengapi-apikan ke arah perpecahan.
“Cakap-cakap yang seolah-olah sengaja hendak memecah belahkan gabungan baru ini perlu dihentikan.
“Jangan ada yang menangguk di air keruh sengaja mahu jadi batu api pemecah belah di peringkat dalaman untuk kepentingan peribadi mereka sahaja,” katanya.
Menurut Wan Saiful dalam kenyataan itu, beliau menyifatkan Perikatan Nasional (PN) adalah satu gabungan baharu.
Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sendiri hanya meluluskan kemasukan ke dalam PN pada 23 Februari lalu, iaitu baru sekitar dua bulan lebih sedikit.
“Sudah pasti dalam masa yang singkat, pengurusan gabungan baru ini agak kompleks,” katanya.


BERAPA GAJI MEREKA INI ???




Adrian Lim

BERAPA BANYAK GAJI CEO BANK&2 & LANTIKAN POLITIK DALAM GLC2 & LEMBAGA2 KERAJAAN MALAYSIA?
(Ini tokoh2 bergaji lumayan yang mati2 dipertahankan seorang bekas PM)

GAJI BOS2 BANK :

1. Bos Maybank: RM10.11 juta pada tahun 2017 (RM842,500 sebulan)
2. Bos CIMB: RM9.88 juta pada tahun 2017 (RM823,333 sebulan)
3. Bos Public Bank: RM27.83 pada tahun 2017 (RM2.31 juta sebulan)
4. Bos Hong Leong Bank: RM12 juta pada tahun 2018 (RM1 juta sebulan)
5. Bos Alliance Bank: RM6.8 juta pada tahun 2018 (RM566,666 sebulan)
6. Bos AmBank: RM3.4 juta pada tahun 2017 (RM283,333 sebulan)
7. Bos RHB Bank: RM6.23 juta pada tahun 2017 (RM519,166 sebulan)
8. Bos Bank Islam: RM7.70 juta pada tahun 2017 (RM641,666 sebulan)

GAJI LANTIKAN2 POLITIK :

1. Duta Khas ke Timur Tengah:
Hadi Awang Presiden Pas telah dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah. Berdasarkan rekod Parlimen, seorang Menteri secara purata mengangkat RM636,000 setahun (RM53,000 sebulan).

2. Duta Khas ke China:
Tiong King Sing Presiden PDP telah dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke China. Berdasarkan rekod Parlimen, seorang Menteri secara purata mengangkat RM636,000 setahun (RM53,000 sebulan).

3. Pengerusi Boustead Holdings:
Khaled Nordin Naib Presiden UMNO yang kalah dalam PRU14 telah dilantik sebagai Pengerusi Boustead Holdings. Berdasarkan laporan kewangan tahun 2019, Pengerusi Boustead Holdings menerima imbuhan sebanyak RM5.1 juta (RM425,000).

4. Pegerusi Lembaga Pelabuhan Klang:
Chong Sin Woon Setiausaha MCA yang kalah dalam PRU14 telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bulan ini. Lembaga Pengarah LPK telah dibayar RM254,000 pada tahun 2018 dan RM372,000 pada tahun 2017.

5. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara:
Wan Hassan Ahli Parlimen Pas untuk Dungun telah dilantik Pengerusi baharu SPAN. Entah berapa ratus ribu mamat ini dibayar.

6. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH):
Wilson Ugak Ahli Parlimen PRS untuk Hulu Rajang telah dilantik Pengerusi baharu NIOSH. Entah berapa ratus ribu mamat ini dibayar.

7. Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB):
Ahmad Jazlan Ahli Parlimen UMNO untuk Machang telah dilantik Pengerusi baharu MPOB. Entah berapa ratus ribu mamat ini dibayar.

8. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK):
Ahmad Fadhli Ahli Parlimen Pas untuk Pasir Mas telah dilantik Pengerusi baharu PTPK. Entah berapa ratus ribu mamat ini dibayar.

Hampir semua Ahli2 Parlimen Kerajaan sekarang juga bakal dilantik ke GLC2 seperti TNB, Axiata, Telekom, FGV, Tabung Haji, MARA, Bernas, LKIM, Felcra dengan gaji, emolumen dan pendapatan beratus-ratus ribu berjuta-juta setiap tahun. Masyukkkk.

- - - - - - - - - -

Ye. Pelik tapi benar. Marhaen yang putus pendapatan, hilang kerja, dipotong gaji dan sebagainya sebab PKP diminta “bertolak ansur” dengan watak2 korporat dan lantikan2 politik yang bergaji berjuta-juta beratus-ratus ribu.

Gila.

#BankerJagaBanker
#BangsawanJagaBangsawan

RENTASAN 672 | PANAS!!! INI AMARAN PENGERUSI DAP JOHOR KEPADA MUHYIDDIN YASSIN?





MENARIK DALAM RENTASAN 672
1. TUDUHAN CURI: SAIFUDDIN DITANYA SUDAH LAPOR SPRM? 2. BERHENTILAH MEMFITNAH, JIKA MAHU DIHORMATI 3. JANGAN BENARKAN UPAH PEKERJA ASING TANPA DOKUMEN 4. RAKYAT MELUAT KERAJAAN TIPU, BUKAN MELUAT POLITIK









SIAPA PENGKHIANAT MENJUAL KAD PENGENALAN ?


Kira-kira 20 sindiket sedang dipantau polis, dengan dalang yang dikenal pasti kurang 10 orang termasuk pegawai dan anggota agensi penguatkuasa, kata Ketua Polis Johor.


Cybertrooper Umno dan walaun Pas berusaha sedaya upaya menyebar fitnah bahawa DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing untuk membela petualang di kalangan orang dalam yang terlibat.
Penemuan dalam siasatan polis menunjukkan sebaliknya. Dalang penyeludupan pendatang asing ialah orang dalam. Demikian juga dalang yang menguruskan pemberian Mykad juga pernah ditangkap sebelum ini dari kalangan orang dalam.
Adakah Umno dan Pas yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada negara selama ini kerana menyembunyikan orang dalam?



KALAU ASYIK BERCAKARAN BEGINI , BUAT APA DUDUK SERUMAH LAGI



Hubungan Bersatu dengan UMNO di Johor kini bolehlah diibaratkan seperti suami isteri atau rakan kongsi perniagaan yang asyik bergaduh saja kerjanya setiap hari.
Setiap hari, kedua-dua mereka sibuk berbalas-balas kenyataan menyalahkan satu sama lain.
Mereka pula bukannya bergaduh di dalam rumah atau di bilik mesyuarat, tetapi secara terbuka sehingga suara bertengkar didengari oleh semua jiran dan kawan-kawan.
Namun demikian, dalam salah- menyalah dan tuding-menuding itu, kedua-dua mereka masih lagi sanggup tinggal serumah atau dalam satu pejabat yang sama.
Aneh bukan?
Ketika bersama PH dahulu, Bersatu di Johor adalah parti yang gah, megah dan bermaruah kerana kerusi ketua kerajaan negeri adalah miliknya.
Dengan memiliki kerusi Menteri Besar itu, Bersatu boleh memberi serta mengagih-agihkan jawatan kepada pemimpin-pemimpin dalam PH dan juga mereka daripada parti itu.
Tetapi, kerana Muhyiddin Yassin cuba melakukan “barter trade” dengan UMNO bagi memudahkannya mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, Bersatu Johor diarahkan keluar dan seterusnya bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan baru.
Susulannya, jawatan Menteri Besar dilepaskan untuk diberi kepada UMNO yang kalah dalam PRU14 lalu.
Ikut logiknya, dengan pengorbanan menyerahkan jawatan Menteri Besar itu, UMNO setidak-tidaknya tahu mengenang budi dan tidaklah terlalu melekehkan Bersatu sebagaimana Muhyiddin memberi banyak jawatan dalam kabinet dan GLC kepada UMNO.
Namun, walaupun duduk kerajaan yang sama, Bersatu telah dipinggirkan dalam beberapa jawatan GLC negeri.
Pemimpin Bersatu yang sedia berada dalam GLC pun ada yang dipecat dan digantikan dengan pemimpin UMNO.
Tidak tahan terus dipinggirkan, Bersatu akhirnya bersuara menuntut keadilan tentang kedudukan dalam
GLC dan juga penyelaras DUN.
Bagaimanapun, UMNO Johor yang beroleh kuasa melalui tebuk atap terlihat begitu angkuh dan sombong terhadap Bersatu.
Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Johor, Khaled Nordin berkata, pemberian jawatan kepada Bersatu dalam GLC negeri bukan penentu kepada kukuhnya PN di negeri itu.
Anehnya, Khaled yang baru beroleh jawatan lumayan sebagai Pengerusi Boustead sebelum ini begitu lantang menuntut kepada Muhyiddin Yassin agar UMNO diberikan jumlah jawatan kabinet yang adil bagi menggambarkan kerjasama parti itu dalam kerajaan baru di Pusat.
Kenapa kini beliau begitu mudah berdolak-dalik?
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed pula berkata, pemimpin Bersatu negeri tidak harus bercakap banyak menuntut itu dan ini, sebaliknya hendaklah mencermin diri terlebih dahulu.
Malah, beliau juga mencabar Bersatu berlawan dengan UMNO dalam pilihanraya negeri.
Ternampak bahawa kedudukan Bersatu Johor tidak ubah seperti pengemis yang dipandang hina oleh orang kaya yang ada sifat sombong dalam hatinya.
Pendeknya, dalam kemelut di Johor sekarang, daripada parti yang bermaruah dalam PH, Bersatu sudah pun bertukar seperti “sampah” dalam PN.
Soalnya, apakah Bersatu mahu terus diperlakukan begitu hina secara berterusan oleh UMNO Johor?
Buat apa tinggal serumah atau duduk di pejabat yang sama jika asyik bertengkar setiap hari dengan pasangan atau rakan kongsi yang berakibat daripada banyak permintaan tidak mahu dipenuhi?
Bukankah bercerai atau pecah kongsi lebih baik dan tindakan lebih bermaruah demi kebahagiaan sendiri daripada terus bersama, tetapi terseksa diri? (01/05/2020)


BANGSA MELAYU ISTIMEWA MASUK SYURGA?

AKIBAT 1MDB BANK SWITZ TUTUP?