Pelbagai tohmahan dan fitnah bertaburan di media sosial seperti manusia sudah tidak takut Allah. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula gagal membanteras berita palsu, kerana sibuk mempromosi projek 5G, dan menghapuskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Batu api pula begitu kuat digosok untuk memburukkan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir. Walaupun satu dunia Tun Dr Mahathir mencanang bahawa beliau akan memenuhi janjinya dengan PAKATAN HARAPAN sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, beliau masih dilihat flip-flop dalam isu peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8. Kononnya ada Daulah Terpendam.
KERAJAAN TEBUK ATAP TAKUT BERHADAPAN ANWAR IBRAHIM?
Pelbagai tohmahan dan fitnah bertaburan di media sosial seperti manusia sudah tidak takut Allah. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula gagal membanteras berita palsu, kerana sibuk mempromosi projek 5G, dan menghapuskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Batu api pula begitu kuat digosok untuk memburukkan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir. Walaupun satu dunia Tun Dr Mahathir mencanang bahawa beliau akan memenuhi janjinya dengan PAKATAN HARAPAN sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, beliau masih dilihat flip-flop dalam isu peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8. Kononnya ada Daulah Terpendam.
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
30 April 2020
JIKA SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN BEROPERASI, PARLIMEN WAJIB BERSIDANG PENUH
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pendirian Kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh bermula 29 April tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan. Dalam keadaan lengkuk wabak Covid-19 mulai landai dan semakin ramai yang dijangkiti beransur pulih, kebenaran ini adalah satu langkah yang dialu-alukan namun perlu dilaksana dengan waspada dan berhati-hati.
Kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara amatlah besar, di mana begitu banyak syarikat perniagaan kehilangan pendapatan dan ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan.
Majlis Peguam serta persatuan-persatuan perniagaan juga telah menggesa beberapa akta dipinda atau undang-undang baharu digubal bagi menangani masalah dan memastikan sektor ekonomi dapat berjalan dengan baik.
Masalah-masalah Rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan Kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.
Oleh itu, Majlis Presiden berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh. SOP yang telah ditetapkan Dewan Rakyat bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan pada 18 Mei membolehkan sidang Parlimen diteruskan seperti biasa lebih dari satu hari yang diumumkan.
Majlis Presiden turut menggesa agar beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang, termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah Ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
DAP bantu petani, beli lebih 150 tan sayur untuk golongan memerlukan
Pada 30
oleh PENTADBIR

Pemimpin serta wakil rakyat DAP menunjukkan semangat solidariti terhadap kempen ‘beli sayur untuk kumpulan rentan’ dengan membeli lebih 150 tan sayur segar dari Cameron Highlands, Pahang.
Sayur-sayuran itu akan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di kawasan masing-masing dengan harapan, sumbangan itu dapat meringankan beban kewangan keluarga terbabit.
Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong berkata, pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) beberapa kali dikatakan menyebabkan aspek logistik perlahan.

Selain itu tambahnya, beberapa pasar besar dan borong ditutup sementara ekoran pandemik Covid-19.
“Ini menyebabkan situasi tidak konvensional yang mana, jualan produk pertanian perlahan sementara banyak pengguna tidak dapat membeli sayuran jika mereka mahu atau pun mereka tidak mampu membelinya.
“Apabila banyak petani berdepan masalah jualan perlahan bagi produk pertanian, wakil rakyat DAP percaya dengan semangat solidariti di masa kesukaran dan secara bersama telah melancarkan kempen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kempen ini menyasarkan untuk membantu para petani dengan menghubungkan mereka dengan pelbagai saluran jualan dan membantu bebanan kewangan ekoran PKP.
Tambah Yoke Kong, dalam usaha melawan pandemik itu dan menang, semangat solidariti dan sokongan bersama adalah sesuatu yang sangat penting.
Bersatu Johor patut contohi Mukhriz, tak terjebak ‘Langkah Sheraton’
Pada
oleh PENTADBIR

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor adalah ‘mangsa keadaan’ percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan ‘Langkah Sheraton’.
Kesan paling malang kepada Bersatu Johor adalah hilang kerusi menteri besar. Bersatu Johor menjadi ‘korban’ paling sadis dalam sejarah pengkhianatan ini. Meskipun mungkin ia adalah ‘barter trade’ untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai ketua kerajaan di peringkat persekutuan, namun tiada siapa boleh menafikan bahawa kehilangan kedudukan menteri besar di Johor memberi implikasi besar terhadap percaturan dan peranan setiap parti di peringkat negeri.
Dalam politik, kita boleh memahami bagaimana kedudukan menteri besar sebagai ketua eksekutif amat signifikan dalam banyak hal yang secara tidak langsung memberi kesan kepada kelangsungan politik sesebuah parti.
Mungkin pada peringkat awal lagi, Bersatu Johor sepatutnya boleh mencontohi Kedah yang mengambil sikap berkecuali daripada mengikuti formulasi penjajaran semula politik di peringkat persekutuan yang membentuk Perikatan Nasional (PN).
Tiada apa yang perlu dirisaukan berkaitan PN. Ramai pimpinan atasan dalam PN sendiri pun kerap kali menegaskan bahawa PN adalah gabungan politik yang rapuh dan tidak diikat oleh apa-apa perjanjian yang kemas.
PN hanyalah berfungsi sebagai gabungan yang disifatkan ‘sementara’ sahaja pada saat krisis melibatkan ‘Langkah Sheraton’. Ibarat rumah tangga, PN bukanlah lahir kerana ikatan kasih dan cinta.
Selebihnya, tidak ada apa yang istimewa. Tidak ada setia kawan, tidak ada perjuangan bersama untuk mencapai kemenangan, tidak ada ‘susah senang bersama’ dalam berjuang untuk pilihan raya dan paling penting, tidak ada mandat rakyat yang sah yang membolehkan PN berjalan tegak bermaruah pada ketika ini. Yang ada hanyalah episod ‘sailang’ demi survival politik atas seribu satu alasan yang diwujudkan untuk mengabsahkan tindakan yang dilakukan.
Justeru, apa perlunya bergolok-gadai di Johor untuk bercakap soal PN? Bahkan PN ‘entah ada entah tidak’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, juga kita tidak pasti.
Apabila Muhyiddin merelakan UMNO mengetuai kerajaan negeri di Johor, hakikatnya ia tidak memberi kekuatan kepada partinya sendiri. Sebaliknya, jika kita ambil contoh tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kedah misalnya, ia memberikan lebih kuasa dan ‘power of demand’ kepada Bersatu dalam PN yang sekadar merupakan kerjasama politik yang disifatkan sebagai ‘rapuh’ dan tidak memiliki hala tuju ke hadapan yang jelas.
Apa yang terlihat sekarang, UMNO terus mengambil kesempatan mengukuhkan kedudukan mereka pada saat ini. Langkah Muhyiddin dan rakan-rakan ‘Sheraton’ ibarat bonus yang mempercepatkan gerak kerja UMNO untuk kembali ke tampuk kuasa yang pastinya mewariskan politik lapuk serta tidak berintegriti di segenap lapisan kepimpinannya termasuklah kerakusan ‘warlord’ di peringkat akar umbi.
Bersatu Johor wajar mengikut jejak Bersatu Kedah. Dengan perkiraan kedudukan majoriti yang akan lebih kuat serta mendukung mandat diberikan oleh rakyat dalam PRU14 lalu, Johor boleh ditadbir secara stabil serta pembangunan negeri dapat diberikan fokus sepenuhnya.
Pasca PRU14, negara baru sahaja menjengah gerbang politik baru pentadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuklah di Johor. Iya, Bersatu sendiri parti yang baharu. PH juga adalah gabungan politik yang baharu. Namun kita tidak lemah untuk cepat belajar, menyesuaikan diri dan mengemukakan kepimpinan terbaik untuk masa depan negeri dan tanah air ini.
Kenyataan media bersama oleh Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Che Man.
Azmin buat kesilapan besar, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Masing berkata, tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini.
Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi di negara ini untuk beroperasi tanpa sekatan sekarang adalah satu kesilapan yang besar.
Memetik laporan akhbar Utusan Sarawak hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing sebagai berkata, kerajaan sepatutnya lebih berwaspada dengan langkah berkenaan dan ia sepatutnya dibenarkan secara berperingkat sehingga vaksin Covid-19 dihasilkan.
Masing berkata, tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini.
Beliau turut memberi contoh kedai gunting rambut, pusat urut badan, restoran dan pawagam yang mana ia adalah susah untuk mengamalkan penjarakan sosial.
Pada Selasa, Azmin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti sepenuhnya dan dibenarkan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing.
Kebenaran itu diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang bersidang pada 27 April lalu bagi membincangkan kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara, kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat.
Kebenaran tersebut berkuatkuasa mulai semalam dengan syarikat yang diluluskan untuk beroperasi tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran
Azmin juga menegaskan bahawa syarikat di dalam sektor yang dibenarkan itu wajib mematuhi syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor masing-masing.
Kegagalan syarikat mematuhi SOP, menurutnya akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan dikenakan tindakan undang-undang
Antara sektor yang dibenarkan adalah industri pembinaan, automotif, kedai hardware dan kedai barangan elektrik dan elektronik.
AJAK KEMBALI PADA ISLAM PUN MARAH?
Miqdad Zakaria
Ada walaun's marah kat ana.. Dia kata " Ayah Chik ajak kembali kepada islam pun marah ke..? "
Ni ceq nak habaq mai kat hang..!
Nak ajak kembali kepada islam tu baik.. Tapi hang tahu ke apa itu islam..?
Contoh mudah untuk hang nampak islam yang PAS duk laung setiap hari.. Dengan islam yang Nabi SAW bawak mudah ja.. Tengok dalam bab makan..
Dalam satu hidangan mewah.. Ada ikan tenggiri masak asam pedas.. Udang masak lemak.. Sotong masak merah.. Kambing bakar.. Kancil masak paprik.. Landak masak kurma.. Unta singgang.. Boleh kata semua sodap²..
Masa makan.. Walaun's PAS makan nasi kosong dan minum air paip.. Semua makanan yang sedap².. Lazat² dibedal oleh pemimpin PAS..
Lepas habis makan ada ceramah perdana.. Dalam ceramah tu Presiden PAS ajak semua "kembali kepada islam.."
Hangpa ghasa ghena..?
Hangpa ingat islam tu ibadat dan jihad ja ka..? Makan minum tak nak ikut islam ka..? Amal ma'aruf nahi mungkar tak nak ikut islam ka..? Yang hangpa duk sekali dengan perompak dan pengkhianat tu kenapa..? Agama islam mana yang hangpa ikut..?
Yang paling sedih.. Habis ceramah hangpa kena derma dalam tabung Milo.. Masa balik.. Hangpa naik motor buruk.. Pemimpin PAS naik kereta mewah..
Ha ha..
Kembali kepada islam..?
😊😊
KEMELUT UMNO/BERSATU DI JOHOR DAN PERAK SEDANG ANCAM KEDUDUKAN MUHYIDDIN
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.
Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyebabkan Menteri Besar bertukar daripada Dr. Shahrudin Jamal daripada Bersatu kepada Hasni Mohamed yang mewakili UMNO, adalah negeri yang paling awal berubah pucuk pimpinannya.
Perubahan kepimpinan di Johor berlaku sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri adalah semata-mata sebagai “barter trade” yang bertujuan untuk beliau mendapat sokongan yang padu daripada UMNO.
Dengan itu, 11 Adun Bersatu diarahkan keluar PH dan membentuk gabungan baru bersama BN dan Pas yang mempunyai 17 Adun serta turut disertai tiga Adun PKR yang keluar parti.
Oleh kerana kesediaan Muhyiddin menyerahkan kerusi Menteri Besar Johor kepada UMNO yang sebelumnya dipegang oleh Bersatu, itulah yang mengukuhkan lagi sokongan diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Tetapi, sebagaimana Johor menjadi negeri pertama berubah kepimpinan kerana keghairahan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri, ia juga akhirnya menjadi negeri pertama yang bergolak.
Pergolakan berlaku kerana Bersatu Johor tidak puas hati dengan pembahagian jawatan dalam GLC negeri kepada wakil parti itu yang tentunya semua pengagihan itu dilakukan atas percaturan atau pengetahuan Menteri Besar, Hasni Mohamed daripada UMNO.
Tuduh menuduh dan berbalas kenyataan kini sedang rancak berlaku antara Bersatu dan UMNO berikutan ketidak-adilan pengagihan harta karun tersebut.
Apa yang nyata, Bersatu kini mulai nampak bahawa perkongsian kuasa dengan UMNO sama sekali tidak menguntungkan mereka.
Sudahlah perkongsian kuasa itu hanya sehingga PRU15 saja di mana Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dan meninggalkan Bersatu menghadapi pilihanraya akan datang, pembahagian harta samunan pula tidak dilakukan sama rata.
Logiknya, kalau menyamun bersama-sama tetapi pembahagian hasil samunan tidak sama rata, siapa pun pasti akan naik angin akhirnya.
Di Perak, walaupun belum heboh melalui media sebagaimana di Johor, pergolakan yang sama kerana berebut harta karun juga sedang berlaku dalam diam sebenarnya.
Kerajaan PH Perak tumbang apabila 25 Adun UMNO, 3 Adun Pas dan 4 Adun Bersatu bersetuju membentuk gabungan kerajaan baru, juga untuk menuruti arus yang berlaku di peringkat Pusat serta sebagai tanda sokongan kepada Muhyiddin.
Ahmad Faizal Azumu atau Peja akhirnya dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak, meskipun hakikatnya beliau adalah satu-satunya Adun Bersatu yang menang dalam pilihanraya lalu di negeri itu.
Tiga lagi Adun Bersatu adalah daripada dua wakil rakyat UMNO dan seorang Adun PKR yang melompat menyertai parti itu.
UMNO yang memiliki 25 Adun bukan saja tidak puas hati kerana Peja terus kekal sebagai Menteri Besar, tetapi juga kerana hanya 3 jawatan Exco diberikan kepada mereka.
Lebih menyedihkan, portfolia Exco yang diberikan kepada UMNO juga tidak penting berbanding yang dipegang oleh Bersatu.
Pembahagian jawatan dalam GLC negeri juga menjadi isu hangat di mana Peja dikatakan hanya melantik orang-orang pilihannya serta mengenepikan sama sekali watak-watak daripada UMNO.
Sebagai pemegang blok terbesar iaitu 25 Adun, UMNO Perak difahamkan sudah sedia berputus arang dan meninggalkan kerajaan baru ini pada bila-bila masa saja.
Dikatakan juga, ada yang sudah pun menandatangani surat persetujuan menolak kepimpinan Peja serta mahukan jawatan Menteri Besar Perak diserahkan kepada UMNO.
Pokoknya, pengkongsian kuasa UMNO dan Bersatu melalui pintu belakang dan bukan melalui undi dalam pilihanraya adalah sesuatu yang tidak selamat dari segi kestabilan, baik di Johor mahu pun di Perak.
Apakah jika selepas tempoh PKP ini tamat, kemelut antara Bersatu dan UMNO terus berpanjangan dan ditakdirkan berlaku perubahan kepimpinan di Johor dan Perak, maka ia akan memungkinkan perkongsian kuasa di Pusat juga akan runtuh dan kedudukan Muhyddin turut berakhir?
Soalnya, bagi mereka di peringkat negeri, adakah kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri lebih penting berbanding harta karun yang boleh dikaut? (ShahbudinHusin 30/04/2020)
*KENYATAAN MEDIA BERSAMA* Sheikh Umar Bagharib Bin Ali (ADUN Paloh) Taqiuddin Che Man (ADUN Pulai Sebatang) _30 April 2020_
*KENYATAAN MEDIA BERSAMA*
Sheikh Umar Bagharib Bin Ali (ADUN Paloh)
Taqiuddin Che Man (ADUN Pulai Sebatang)
_30 April 2020_
----------
1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor adalah 'mangsa keadaan' percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton.
2. Kesan paling malang kepada PPBM Johor adalah hilang kerusi Menteri Besar (MB). PPBM Johor menjadi 'korban' paling sadis dalam sejarah pengkhianatan ini. Maskipun mungkin ia adalah 'barter trade' untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) 'proceed' dengan jawatan sebagai Ketua Kerajaan di peringkat persekutuan, namun tiada siapa boleh menafikan bahawa kehilangan kedudukan MB di Johor memberi implikasi besar terhadap percaturan dan peranan setiap parti di peringkat negeri.
https://www.facebook.com/790852001027924/posts/2956863871093382/
3. Dalam politik, kita boleh memahami bagaimana kedudukan MB sebagai ketua eksekutif amat signifikan dalam banyak hal yang secara tidak langsung memberi kesan kepada survival politik sesebuah parti.
4. Mungkin pada peringkat awal lagi, PPBM Johor sepatutnya boleh mencontohi Kedah yang mengambil sikap berkecuali daripada mengikuti formulasi penjajaran semula politik di peringkat persekutuan yang membentuk Perikatan Nasional (PN). Tiada apa yang perlu dirisaukan berkaitan PN. Ramai pimpinan atasan dalam PN sendiri pun kerapkali menegaskan bahawa PN adalah gabungan politik yang rapuh dan tidak diikat oleh apa-apa perjanjian yang kemas. PN hanyalah berfungsi sebagai gabungan yang disifatkan 'sementara' sahaja pada saat krisis melibatkan 'langkah Sheraton'. Ibarat rumahtangga, PN bukanlah lahir kerana ikatan kasih dan cinta.
5. Selebihnya, tidak ada apa yang istimewa. Tidak ada setiakawan, tidak ada perjuangan bersama untuk mencapai kemenangan, tidak ada 'susah senang bersama' dalam berjuang untuk pilihanraya dan paling penting, tidak ada mandat rakyat yang legit yang membolehkan PN berjalan tegak bermaruah pada ketika ini. Yang ada hanyalah episod 'sailang' demi survival politik atas seribu satu alasan yang diwujudkan untuk mengabsahkan tindakan yang dilakukan.
6. Justeru, apa perlunya bergolok-gadai di Johor untuk bercakap soal PN? Bahkan PN 'entah ada entah tidak' dalam PRU15 nanti, juga kita tidak pasti.
7. Apabila TSMY merelakan UMNO mengetuai kerajaan negeri di Johor, hakikatnya ia tidak memberi kekuatan kepada partinya sendiri. Sebaliknya, jika kita ambil contoh tindakan Dato' Seri Mukhriz di Kedah misalnya, ia memberikan lebih kuasa dan 'power of demand' kepada PPBM dalam PN yang sekadar merupakan kerjasama politik yang disifatkan sebagai 'rapuh' dan tidak memiliki halatuju kehadapan yang jelas.
8. Apa yang terlihat sekarang, UMNO terus mengambil kesempatan mengukuhkan kedudukan mereka pada saat ini. Langkah TSMY dan rakan-rakan 'Sheraton' ibarat bonus yang mempercepatkan gerak kerja UMNO untuk kembali ke tampok kuasa yang pastinya mewariskan politik lapuk serta tidak berintegriti di segenap lapisan kepimpinannya termasuklah kerakusan 'warlord' di peringkat akar umbi.
9. PPBM Johor wajar mengikut jejak PPBM Kedah. Dengan perkiraan kedudukan majoriti yang akan lebih kuat serta mendukung mandat diberikan oleh rakyat dalam PRU14 lalu, Johor boleh ditadbir secara stabil serta pembangunan negeri dapat diberikan fokus sepenuhnya.
10. Pasca PRU14, negara baru sahaja menjengah gerbang politik baru tadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuklah di Johor. Iya, PPBM sendiri parti yang baharu. PH juga adalah kolasi politik yang baharu. Namun kita tidak lemah untuk cepat belajar, menyesuaikan diri dan mengemukakan kepimpinan terbaik untuk masa depan negeri dan tanah air ini.
TAMAT
Aku Sokong Skandal IC Warga China dan India Di Dedahkan..
Selepas hangat isu pelarian Rohingya, Bagi menutup tindakan kelompok Kerajaan tebuk Atap dalam isu rohingya, depa cuba mengalihkan isu seolah olah ia dilakukan penyokong PH bagi menutup skandal IC palsu warga Cina dan India..Lagi teruk,Bekas Naib Presiden PAS nak tambah perisa, kaitkan dengan usaha perisikan China di Malaysia.. lagi teruk tuduhan ni..
Sebenarnya aku sokong, Bukan takat pendedahan..tetapi Suruhajaya Diraja ditubuhkan.. Kononnya depa kata PH bertanggungjawab membiarkan pendatang asing dan Cina..depa pun bawal laporan Audit tahun 2018..
Korang tahu tak..Pendedahan Laporan Audit 2018 tu, Bukan peristiwa tu berlaku pada tahun 2018.. Laporan tidak ada rekod keluar pelancong Asing China dan India itu direkodkan dari tahun 2016 sehingga 2018... diwaktu Najib jadi PM, dan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu adalah Zahid hamidi, Presiden UMNO hari ini.. Semua ni rakan tawwun PAS, rakan tawwun Kerajaan tebuk atap...
Dalam laporan Audit itu mendedahkan sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar. Syarkat yang dikaitkan dengan sistem VISA inipun adik beradik menteri UMNO..takda kaitan dengan DAP..
"Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar... Setakat hari ini, status lebih 1,5 juta warga China dan India masih tergantung sebab tidak ada rekod akibat kelemahan sistem.. Sistem itu diwujudkan Bani Melayu UMNO.. dan sebahagian kaitanya ada dalam pertuduhan melibatkan Zahid Hamidi Di Mahkamah hari ini..
Depa cuba kalih mainkan isu peneman IC Palsu di Pulau Pinang..kaitkan DAP..Sedangkan sudah 500 kes sejak tahun 2015 dijumpai.. Bukan kes baru.. Kerajaan Negeri, DAP takda kuasa nak keluarkan IC.. dalam sejarah tanah Melayu ni, yang ada Kuasa keatas Imigresen, Pejabat Pendaftaran cuma UMNO.. itu bawah bidang kuasa Menteri KDN..
Laporan Audit tu mendedahkan kes Pelancong yang tidak keluar itu dimasa Zahid Hamidi jadi Menteri dalam Negeri.. Masa PH berkuasa pun.. Sapa yang jadi Menteri Dalam Negeri zaman PH ? Mat Sabu ker..? Lim Guan Eng ker..? tak ker Muhyidin Yasin.. PM dari PN kerajaan tebuk atap jugak.. Muhyidin Yasin rakan taawun PAS.. sejak bila pulak KDN bawah kuasa DAP..apalagi dikata bawah kuasa Negeri..
Jadi aku harap..Segerakan Siasatan..Pendedahan.. Rohingya ker..Bangla ker..Myanmar ker..Indon ker.. Jangan cuba nak alihkan isu.. Heret cepat depa yang bertanggung jawab... :)
Ipohmali
KOMUNIS CHINA CEROBOH NEGARA, TETAPI MELAYU2 UMNO BAGAI JANTAN YANG MATI PUCUK
Oleh : Adrian Lim Chee En
Seminggu lalu pada 16 April 2020, sebuah kapal Kerajaan China bernama Haiyang Dizhi 8 yang diiringi lapan sehingga sepuluh buah kapal maritim serta sebuah kapal perang China telah menceroboh zon eksklusif perdagangan (EES) Malaysia di Laut China Selatan. Mereka telah menggangu West Capella, sebuah kapal Petronas yang sedang menjalankan operasi penggalian minyak.
Menteri Luar UMNO tidak membuat apa-apa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun satu dunia telah mengecam tindakan China.
Beberapa hari kemudian pada 21 April 2020, beberapa buah kapal perang Amerika Syarikat dan sebuah kapal perang Australia telah tiba berdekatan kapal China tersebut sebagai tindakan balas terhadap China.
Menteri Luar UMNO masih tidak membuat apa-apa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun negara-negara lain telah mengambil tindakan.
Seminggu kemudian pada 23 April 2020, bekas Menteri Luar Anifah Aman dari UMNO mengeluarkan kenyataan mempersoalkan pembisuan Malaysia. Bukan PH ye. UMNO mempersoalkan UMNO.
Akhirnya pada 23 April 2020, iaitu seminggu selepas China menceroboh kedaulatan negara Malaysia, akhirnya, Menteri Luar UMNO mengeluarkan sebuah kenyataan.
Tetapi...... kenyataan tersebut cukup mengecewakan dan menghampakan.
1. Kenyataan & Facebook posting ditulis dalam bahasa Inggeris tanpa terjemahan kepada Bahasa Melayu. Statement kepada media jika dikatakan perlu dibuat dalam English sebab ini isu antarabangsa saya boleh terima. Tetapi Facebook posting dalam English meskipun majoriti pembacanya orang Melayu adalah jelas disengajakan- sebab Menteri Luar UMNO tak nak orang Melayu nampak betapa lemahnya pendirian UMNO.
2. Saya baca lagi baca kenyataan tersebut. Saya tidak jumpa mana-mana ayat atau istilah yang mengecam tindakan China. Yang ada cuma pusing lagi pusing bahawa Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya. Tetapi tak kecam langsung pencerobohan China. Ini ibarat pencuri masuk rumah, lepastu Hishamuddin ulang lagi ulang akan mempertahankan haknya tanpa mengecam pencuri tersebut.
Bayangkan kalau ianya isu Palestin. Sudah pasti ianya akan dimuat naik dalam bahasa Melayu, malah kenyataan tersebut akan cukup power dalam mengecam musuh Palestin demi menampakkan betapa gahnya UMNO dalam mata orang Melayu. Betul?
-----
Jadi amat jelas lah. Pejuang-pejuang dan nasionalis-nasionalis Melayu UMNO yang diingatkan cukup gagah dan kuat sebenarnya cuma pengecut dan penakut. Depan orang Melayu dan orang kampung boleh lah dia sembang kencang. Tetapi depan China dia jadi bacul. UMNO sudah lama mengemis dari China.
Tak percaya? Cuba cabarlah Menteri dan penyokong UMNO kuat lagi hentam China sebab ceroboh negara. Ada siapa-siapa berani sahut cabaran tersebut? Takdelah tu. Sebab mereka umpama jantan yang selalu sembang alat sulitnya tebal panjang keras, tetapi hakikatnya sudah mati pucuk...... 😂
https://www.facebook.com/308412239857559/posts/534328020599312/
"Membalas dakwaan Papagomo"
Farhash Wafa Salvador
Merujuk kepada pautan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan isu pekerja asing di negara kita, statistik yang diperolehi adalah daripada badan bukan kerajaan(NGO) yang juga pernah dilaporkan oleh media sebelum ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dilaporkan menyebut tenaga buruh Malaysia meningkat dua peratus kepada 15.6 juta orang pada tahun 2019 berbanding 15.3 juta orang pada tahun 2018.
Namun angka statistik yang dirujuk oleh DSAI pernah dilaporkan di dalam laporan Berita Harian bertarikh Mac 19 pada tahun lepas yang diambil dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI).
Didapati warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.
Berdasarkan statistik NGO itu, lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.
Bagi menjawab satu laporan polis oleh Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung hujahan berkenaan pekerja asing sebagai berita palsu adalah tuduhan yang memesongkan fakta.
Kebimbangan yang cuba disampaikan adalah isu berkenaan ujian kes covid-19 bagi pekerja-pekerja asing ini jika tidak dipantau, akan memudaratkan keadaan sebagaimana yang sedang dihadapi kerajaan Singapura.
Papagomo tidak harus menghabiskan masanya kerana dendam lama, malah harus bermuhasabah diri agar tidak menyusahkan diri sendiri seperti sebelum ini.
Sekian.
‘Ustaz Walaun’ mengamuk salahkan DAP dalam temubual secara online
WALAUN MENGAMUK SALAHKAN DAP DEBAT ISU RUU355.
WALAUN MENGAMUK SALAHKAN DAP DEBAT ISU 355.

Wawancara melalui online ini disiarkan oleh Hazmi melalui facebook beliau.
Kreativiti. Itulah yang digunakan oleh pelbagai pihak untuk menyampaikan mesej mereka ketika negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak Covid-19.
Hazmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Jeming Hassan, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, adalah antara yang menggunakan kreativiti untuk menyampaikan mesej politik beliau.
Hazmi membuat satu temubual olok-olok tetapi kandungannya adalah realiti yang berlaku dalam Pas sekarang. Isunya adalah RUU355.
Rancangan yang dinamakan “Bicara Membawang Malaysia” itu menampilkan ‘Ustaz Walaun’ yang dilakonkan sendiri oleh Hazmi.
Mereka berbicara sekitar RUU 355 yang merupakan isu penting yang diperjuangkan oleh Pas sebelum pilihanraya ke 14 lalu.
Bagi Hazmi, RUU 355 yang ingin meletakkan undang-undang Islam lebih tinggi berbanding apa yang ada sekarang patut dibuat oleh Pas sekarang kerana Menteri Undang-undang sekarang adalah Setiausaha Agung Pas sendiri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Usul bagi memberikan bidang kuasa yang lebih luas kepada perundangan Islam telah dibuat melalui usul persendiriaan yang dikemukakan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2016 lalu.
Abdul Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.
UMNO, PPBM BERPENCAK SILAT DI JOHOR?
Umno, PPBM berpencak silat di Johor?
Kredit: MSO
PPBM dan UMNO nampak bergaduh dan saling curigai mencurigai antara satu sama lain. Apa yang berlaku di Johor sangat jelas, kedua parti satu keturunan itu tidak belaga angin. PPBM Johor tidak senang dengan pembahagian kuasa oleh UMNO yang kini mengetahui kerajaan PN Johor.
PPBM dakwa, UMNO tidak sepatut layan mereka seperti itu memandangkan mereka banyak berkorban untuk Umno menubuhkan kerajaan sampai sedia serahkan jawatan MB kepada UMNO. Sebelum ini masa kerajaan PH, kedua-dua MBnya daripada PPBM. Alih-alih bila bersama UMNO, PPBM dicampak macam kain buruk.
Mengenag pergaduhan kedua parti sama-sama DNA ini saya teringat kepada budaya ikan keli atau nama saintifiknya Clarias Batrachus).. Ikan keli walaupun sama sendiri saling pangkah memangkah. Biarpun duduk dalam satu kolam, tetapi mereka saling pangkah malahan sanggup memakan sesama sendiri jika perlu.
Biasanya ikan keli yang memakan ikan keli itu bila makanan tidak kecukupan. Bukan soal air. Ikan keli tidak peduli air kotor atau bersih mereka boleh hidup kerana habitat mereka asalnya begitu, kotor. Bagi mereka makanan untuk survive itu penting. Apabila makan tidak cukup, mulalah mereka membahan sesama sendiri. Mulanya kerit mengerit lepas tu tebuk perut.
Apakah kolam keli di Johor itu tidak kecukupan makanan, dedak? Atau pun dedak sudah ada tetapi kerana pengagihan tidak sekata, maka terdengarlah apa yang kita dengar kini?
PPBM dan UMNO ini saya lihat sama seperti ikan keli yang sanggup mengkhianati sesama sendiri yang berakhir kedua-duanya akan mati kelaparan dan melampung dalam kolam. Trims.
PN MASIH MERABA-RABA JADI KERAJAAN – MAT SABU
PN masih meraba-raba jadi kerajaan – Mat Sabu
Oleh: Redzuan RF8 Media
Biarpun telah masuk dua bulan kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional dibentuk namun tidak terlihat wujud keserasian di antara kepimpinan mereka.
Malah menurut Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, kerajaan PN seolah-olah meraba-raba tanpa garis panduan yang dipersetujui bersama.
Menurutnya, kerajaan PN tidak pernah mempunyai sebarang manifesto atau janji kepada rakyat yang menjadi panduan dalam memerintah negara.
Sehubungan itu, katanya, beliau yakin kerajaan PH akan kembali berkuasa dalam masa terdekat atau dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kerajaan PN ini kerajaan yang meraba-raba, yang tidak tahu mencari arah. Sebab itu untuk mengekalkan pemerintahan mereka jika boleh kekal dengan meletakkan semua MP yang menyokong mereka ada tempat, tidak lari dari gabungan mereka itu,” kata Mohamad dipetik.
Menurut beliau, sekarang ini negara sedang hadapi wabak Covid-19, maka pemimpin kerajaannya bercakaplah soal Covid-19.
“Tetapi selepas ini dan selain Covid-19, apa yang mereka nak cakap, mereka sendiri tidak tahu dan tidak ada perancangan,” katanya.
Oleh kerana kerajaan PN ini meraba-rabalah maka semua sedar bahawa ada menteri mereka yang bekerja kuat dan ada menteri yang tidak diketahui langsung apa yang mereka buat.
“Mereka tidak ada panduan yang jelas apa yang mereka perlu buat,” kata bekas Menteri Pertahanan itu.
Bagi Mohamad, keaadan Pakatan Harapan pula jauh berbeza dengan PN kerana apa yang dilaksanakan oleh PH sebagai sebuah kerajaan dipandu dengan jelas melalui manifesto mereka yang dinamakan Buku Harapan.
“Manifesto ini pula ada boleh dilaksanakan segera seperti janji untuk mengisytiharkan harta yang dilaksanakan segera oleh PH sebaik sahaja memerintah dan ada yang jangka pendek dan ada yang jangka panjang.
“Manifesto jangka panjang misalnya janji untuk menyediakan sejuta rumah dalam masa 10 tahun memerlukan PH memerintah selama dua penggal untuk melaksanakan manifesto itu,” kata Mohamad.
Bagi manifesto yang belum dicapai pula, kata Mohamad, kerajaan telah mengarahkan kepada agensi di bawah mereka agar membuat laporan pencapaian terhadap manifesto berkenaan.
“Sebab itu kita sentiasa menerima laporan, apa manifesto yang telah dicapai dan apa yang baru capai sebahagian,” katanya.
Namun, katanya, kerajaan PH telah diambil di tengah jalan.
“Mereka yang ambil ini pula tidak ada manifesto dan tidak ada janji, Mereka hanya gabungan ahli-ahli parlimen.
“Saya setuju dengan pandangan pemimpin Umno bahawa PN ini pakatan longgar kerana ia tidak ada persefahaman bersama hanya gabungan untuk mengambil alih pemerintahan,” katanya.
PETANI KURANGKAN BEKALAN SAYUR, SUKAR JUAL DI PASAR BORONG
Petani kurangkan bekalan sayur, sukar jual di pasar borong
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kesukaran menjual sayur-sayuran di pasar borong Selayang menyebabkan para petani di Cameron Highland bertekad akan mengurangkan pengeluran.
Kekurangan bekalan sayur itu dijangka akan meningkatkan harga sebanyak 40% di Kuala Lumpur dan Selangor.
Pengurangan itu berlaku kerana peraturan pengurusan operasi baharu di Pasar Borong KL di Selayang, yang merupakan hab logistik utama sayur-sayuran di negara ini.
Peraturan ketat tentang siapa yang boleh memasuki dan bekerja di pasar itu yang dibuat bertujuan mengekang penularan covid 19 sudah menyebabkan pemborong menurunkan 80% permintaan sayur.
Presiden Persatuan Peniaga Sayur Kuala Lumpur Wong Keng Fatt memberitahu para peniaga berdepan masalah kekurangan pekerja kerana pekerja asing yang membentuk sebahagian besar pekerja pasar itu dilarang memasuki kawasan pasar.
Kawasan di sekitar pasar di Selayang itu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) selepas kes jangkitan Covid-19 dikesan berlaku dalam kalangan populasi pekerja asing di situ.
Kekurangan pekerja dan syarat memohon pas dikenakan ke atas peniaga menyebabkan hanya 50 daripada 216 peniaga bekerja ketika ini, kata Wong.
Perjalanan rentas negeri turut terjejas kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan Covid yang sudah menjangkiti 5,945 orang dan membunuh 100 orang di negara ini.
Presiden Persatuan Pemborong Sayur Malaysia Chong Tek Keong memberitahu The Malaysian Insight yang jumlah lori membawa sayur dari Cameron Highlands ke pasar juga jatuh daripada 50 kepada 10 buah sehari.
Disebabkan berlaku penurunan 80% permintaan, petani Cameron Highlands terpaksa mengurangkan tanaman dan tuaian sebanyak 30%, kata Presiden Persatuan Petani Sayur Malaysia Tan So Tiok pula.
“Sebelum ini, harga sayur naik kerana musim kemarau menyebabkan tuaian terjejas.
“Sekarang, disebabkan Pasar Borong (KL) Selayang tak beroperasi sepenuhnya pula,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Pasar Borong KL diarah tutup untuk proses nyah kuman pada 20 sehingga 23 April lalu disebabkan kawasan sekitarnya diletakkan di bawah PKPD susulan tujuh orang peniaga dan 17 pekerja disahkan positif Covid-19.
Sebelum ini, Chong berkata ramai peniaga enggan membuka gerai selepas pasar ditutup empat hari kerana bimbang dijangkiti virus itu.
Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands Chay Ee Mong menjangkakan kekurangan bekalan akan menyebabkan harga sayur tertentu naik sehingga 40%.
“Untuk sayur berdaun tertentu, harga akan naik antara RM4 sehingga RM5 sekilo.”
Tan daripada Persatuan Petani Sayur Malaysia pula berkata gangguan dalam rantaian bekalan disebabkan Covid-19 sudah menyebabkan petani kerugian sehingga RM23 juta antara 18 Mac sehingga 14 April.
“Dalam dua fasa pertama PKP, kami rugi antara RM900,000 sehingga RM1 juta sehari kerana permintaan rendah dan produk tak terjual.
“Disebabkan permintaan rendah, petani sekarang mengurangkan jumlah tanaman mereka,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
