PENGUSAHA RESTORAN KERUGIAN RM100 JUTA SEPANJANG PKP

TIDAK ADA MUAWIYAH, ALI, KHAWARIJ, HANYA GILA KUASA – KADIR JASIN

JANGAN SAMPAI ADA RAKYAT YANG TAK MAKAN’ – MAT SABU

SETAHU AKU YANG BANYAK KENA BAYAR KES FITNAH ADALAH MERWKA INI..

Setahu aku puak2 kalian (UMNO & PA$) yg kaki fitnah .. tak pernah dengar pulak pemimpin PH kena bayar kerana kalah saman fitnah
😆😁😆😁
Contoh2 kes *#FITNAH* yg diputuskan oleh mahkamah.

1. Papagomo@Sir Azri  (UMNO) vs
    Anwar Ibrahim RM951,260.30

2. Ismail Sabri (UMNO) vs NurulIzzah
     RM600,000

3. Razman (PAS) vs NizarJamaluddin
     RM200,000

4. Wan Zawawi Ismail (PAS) vs
     Husam Musa RM50,000

5. Nasrudin Tantawi (PAS) vs LGE 
     RM10,000

6. Nasir Desa (UMPAS) vs Khalid
     Samad RM100,000

7. Hamidah Osman ( Putra UMNO) vs
     Khalid Samad RM200,000

8. Hassan Ali (PAS) vs Khalid Samad
     RM200,000

9. Utusan Malaysia (UMNO) vs Nizar
     Jamaluddin RM280,000

10. Khalid Abu Bakar (IGP-Umno) vs
       Nurul Izzah RM400,000

11. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim
       Guan Eng RM400,000

12. Utusan Malaysia (UMNO) vs
       Karpal Singh RM50,000

13. Utusan Malaysia (UMNO) vs
       Anwar Ibrahim RM45,000

14. NST (UMNO) vs LGE RM130,000

15. TV3 (UMNO) vs Anwar Ibrahim
       RM1,100,000

16. NST (UMNO) vs Husam Musa
       RM350,000

17. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim
        Kit Siang RM250,000

CER BAGI CONTOH FITNAH PH YG TELAH DISABITKAN OLEH MAHKAMAH PULOK !!

PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG MULA DIAGIH HARI INI



Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang diumumkan kerajaan negeri pada 25 Mac lalu telah mula diagih pada hari ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Katanya, seramai 4,700 wira barisan hadapan yang terdiri daripada anggota Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menerima RM300 setiap seorang pada hari ini.

“Bagi wira-wira barisan hadapan agensi Kerajaan Persekutuan, peruntukan telah disalurkan kepada jabatan-jabatan masing-masing dan pihak-pihak berkaitan akan uruskan pembayaran masing-masing.

“Pada hari ini juga, semua penerima bantuan AES berjumlah 551 orang di negeri Pulau Pinang, yang terdiri daripada keluarga miskin akan menerima RM500 di dalam akaun bank masing-masing,” katanya dalam sidang media di Komtar hari ini.

Selain itu, kata Kon Yeow, pemandu teksi dan pemandu e-hailing juga masing-masing akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan RM300 setiap seorang pada hari ini.

Penyewa rumah sewa serta premis perniagaan kerajaan negeri pula tidak perlu membayar sewa mereka pada bulan ini, tambahnya.

“Manakala, penghuni projek rumah sewa-beli Kerajaan Negeri, peminjam Skim Pinjaman Harapan, Tabung Usahawan Tani dan Pinjaman Penuntut dibenarkan untuk menangguh bayaran bermula bulan ini selama tiga bulan,” ujarnya.

Sementara bagi penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, Kon Yeow berharap wang bantuan akan disalurkan dalam tempoh satu hingga dua hari lagi.

Di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang bernilai RM75 juta itu juga, setiap Adun menerima dana bantuan kecemasan RM30,000 bagi kawasan masing-masing.

Menurut Kon Yew, dana berkenaan perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat yang susah.

“Saya berjanji, semua Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang akan disalurkan dengan secepat mungkin kepada kumpulan sasar dalam bulan April ini.

“Kerajaan negeri akan sentiasa bersama-sama anda untuk mengharungi segala cabaran dalam tempoh sukar ini,” katanya yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang.

DR MAZA SENSITIF DENGAN ISU MAKI POLIS TETAPI BUTAKAN MATA DENGAN ISU PENGKHIANAT MERAMPAS KUASA MELALUI PINTU BELAKANG


W.FAUDZIN

Saya amat-amat bersetuju dengan tindakan pihak Polis yang menangkap dan mendakwa mana-mana individu yang berkelakuan biadab dengan memaki hamun pihak polis yang melaksanakan tugas.

Hukuman yang dikenakan kepada pesalah di dalam kes ini mengikut undang-undang sekarang cukup memadai sebagai satu pengajaran. Kenyataan Dr Maza yang mempersoalkan kewarganegaraan seseorang yang melakukan kesalahan seperti ini amat keterlaluan. Dr Maza seolah-olah mahu pihak berkuasa menghalau keluar pesalah-pesalah kes ini dari negara mereka menunjukkan Dr Maza tidak langsung menghormati undang-undang negara.

Kita tahu bahawa ramai pesalah di dalam kes seperti ini telah menerima hukuman. Kesemua yang pernah didakwa atas kesalahan memaki hamun polis bahkan ada yang memukul anggota polis adalah terdiri dari berbagai kaum. Ada pesalah dari kaum Melayu, Cina, India bahkan ada dari kaum orang asli. Adakah wajar mereka ini dihalau keluar dari negara ini?

Kesalahan mereka hanya biadab dengan pihak Polis, tidak melibatkan kepentingan rakyat sehingga menghuru-harakan negara atau menjejaskan ekonomi negara. Wajarlah mereka dihukum mengikut undang-undang yang setara dengan kesalahan mereka. Bagaimana pula kesalahan yang melibatkan kepentingan negara dan kepentingan rakyat?

Mengapa Dr Maza tidak melihat tindakan beberapa ahli politik yang khianat sehingga sanggup menafikan hak rakyat untuk menentukan kerajaan yang mereka pilih? Tidakkah pengkhianatan itu lebih bermudharat kepada negara? Apa telah terjadi kepada negara dan ekonomi negara selepas kerajaan pintu belakang ini dipaksa ke atas rakyat? Apakah Dr Maza melihat keadaan negara dan ekonomi negara lebih baik sekarang?

Jika kesalahan seorang individu yang memaki polis boleh dihalau dari negara ini, bayangkan apakah hukuman yang wajar untuk pengkhianat mandat rakyat sehingga menjejaskan kepentingan negara. Dr Maza boleh butakan matanya di dalam hal ini malah menyokong dan memujinya kononnya inilah negara melayu Islam. Seseorang Imam solat mesti mendapat restu dan keredhaan makmum teramai, apa lagi untuk menjadi seorang ketua negara. Imam solat pun di antara syaratnya mestilah sihat tubuh badan, apa tah lagi menjadi seorang ketua negara. Apakah Dr Maza berpuas hati dengan seorang PM yang sering sakit dan menjadi PM tanpa mandat rakyat?

Jangan terlalu emosi untuk menghukum seseorang sehinggakan tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan. Adakah wajar hanya kerana dianggap seorang 'Wahabi" atau tidak bermazhab, maka elok dihalau dari negara ini dan dihantar ke negara Arab Saudi?

WFAUZDIN NS






TRAGEDI SPAINISH FLU





Foto di tahun 1918 kelihatan dua org Wanita sedang berjalan dgn memakai Mask muka disebabkan oleh wabak 'Spanish Flu'.
Spanish Flu yg bermula pada Januari 1918 sehingga  disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dlm sejarah manusia.

Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta org telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.

Cara wabak ini dihentikan adalah dgn langkah Social Distancing.
Negara di dunia yg terjejas mula menutup sekolah,rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang.
Walaupun ramai yg djangkiti dan meninggal dunia,sangat difahami kerana teknologi masih belum 'advance' selain Perubatan belum semaju skrg dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.

Adakah kita mahu kembali spt keadaan Spanish Flu dahulu?! Jika tdk, please
 #stayathome #socialdistancing

C&P

DOA ULAMAK TERSOHOR, PROF DR YUSUF AL QARADAWIY KEPADA ANWAR IBRAHIM


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan teks




Anwar dikatakan tamak dan rakus untuk menjadi PM. Itulah tuduhan musuh-musuh politik beliau sejak tahun 1998 lagi. Namun, tiada seorang pun yang berjaya membuktikan tuduhan tersebut, sebaliknya yang terbukti adalah Anwar seorang yang berprinsip dan bermaruah.

Sewaktu beliau dipecat dari menjadi TPM pada tahun 1998, beliau hanya ada selangkah untuk menjadi PM bagi menggantikan Tun M ketika itu. Kelayakannya tidak boleh dipertikaikan kerana ketika beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan, namanya tersohor di merata dunia dan pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia serta tersenarai sebagai di antara 100 orang tokoh popular di dunia.

Seandainya beliau gila jawatan PM, kerjanya mudah iaitu hanya mengampu PM dan mempertahankan PM ketika itu walaupun PM melakukan perkara yang tidak betul. Namun, Anwar memilih menongkah arus. Beliau tidak sanggup melihat negara ini hancur dan musnah dengan amalan kronisma dan nepotisma. 

Beliau bangkit menentangnya sehingga beliau difitnah, diaibkan, dipecat dan dipenjarakan serta dengan berbagai kezaliman dilakukan terhadap dirinya dan keluarganya. Beliau membayar harga yang mahal untuk membela nasib rakyat dan hampir menggadai nyawanya sendiri.

Apabila Tun M cuba untuk menjatuhkan Najib sebagai PM gagal dilakukan bersendirian, akhirnya Tun M terpaksa akur dengan kehebatan dan pengaruh Anwar Ibrahim. Waktu itu PH berada di puncak terbaik untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi Umno/Bn walaupun tanpa Tun M dan partinya PPBM ketika itu. 

Namun, Anwar Ibrahim menerima Tun M dan partinya untuk bersama-sama menjatuhkan kerajaan Umno/Bn melalui mandat rakyat, bukannya mengikut pintu belakang. Tamakkah atau rakuskah Anwar untuk menjadi PM apabila dengan rela hati bersetuju agar Tun M menjadi PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya? Tentulah lebih baik dan selamat untuk Anwar memilih Presiden Keadilan waktu itu iaitu isterinya, Kak Wan menjadi PM bagi memudahkan laluan untuknya? 

Anwar tidak memikirkan soal jawatan PM, tetapi beliau lebih memikirkan soal rakyat harus diutamakan dahulu, tidak kira siapa PM walaupun di era Tun M menjadi PM beliau dipenjarakan dan dizalimi.

Akhirnya kerajaan PH dapat dibentuk dan Tun M dilantik sebagai PM. Tun M berjanji untuk menjadi PM hanya sekitar dua tahun sahaja. Kemudiannya, Tun M mengubahnya berkali-kali sehinggalah Tun M meminta dibenarkan untuk terus menjadi PM selepas persidangan Apec, bulan November tahun ini. Anwar sedikit pun tidak membantah dan mempertikaikan kehendak Tun M.

 Sehinggalah pada mesyuarat Majlis Presiden PH menjelang perbuatan khianat oleh beberapa kumpulan di dalam Bersatu dan Keadilan dirancang, Anwar sendiri mencadangkan agar Tun M terus menjadi PM sehingga selesai Apec dan tarikhnya ditentukan oleh Tun M sendiri. Meskipun ramai di kalangan ahli majlis pimpinan Pakatan Harapan mahu Tun M tetapkan tarikh, namun semuanya akur apabila Anwar dengan berlapang dada memberikan kebebasan buat Tun M. Gila kuasakah Anwar?

Sewaktu pengkhianatan bermula, Anwar juga turut ditawarkan untuk menjadi PM asalkan sanggup meninggalkan PH dan bersama Umno dan Pas. Sekali lagi Anwar tetap istiqomah dengan prinsipnya, menolak tawaran tersebut. Beliau dilahirkan untuk menjadi pejuang reformasi bukannya sebagai pengkhianat. Tidak guna menjadi PM dengan cara khianat mandat rakyat. Lebih baik mati tidak memegang apa-apa jawatan daripada mati dimaki hamun oleh rakyat dan dilaknat pula oleh Allah. 

Sehingga ke saat akhir sebelum kerajaan PH ini tumbang angkara pengkhianat di dalam parti dan dibantu pula oleh parti kleptokrasi dan parti lebai penjual agama, Anwar tetap mengalah dan menyatakan sokongan kepada Tun M sebagai PM.
Malangnya, Tun M gagal bertemu Agong untuk membuktikan bahawa Muhyidin berbohong dengan jumlah yang menyokongnya. Akhirnya, kerajaan pintu belakang hasil dari pengkhianat ini berjaya juga menjatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.

Apakah Anwar rakus untuk menjadi PM sehingga ke tahap ini beliau lakukan? Oleh itu, tidak pelik sekiranya ulamak tersohor seantero dunia ini sentiasa mendoakan tokoh refirmasi ini. Seperti yang beliau sering katakan, kekuatan dirinya untuk bertahan dari segala ujian, fitnah dan kezaliman adalah doa. Ramai yang mendoakan beliau bukan sahaja di negara ini bahkan di kalangan para ulamak di seluruh dunia. Insan yang baik dan sanggup berkorban untuk rakyat akan sentiasa dikenang sebagai seorang pemimpin yang bermaruah.

Apa guna menjadi PM yang tiada maruah? Tidak pelik selepas kerajaan pengkhianat ini mengambil alih Putrajaya dari pintu belakang, tiada mana-mana negara yang mengucapkan tahniah kecuali dua negara jiran terdekat iaitu Indonesia dan Singapura. Negara-negara lain tahu kerajaan ini tidak mendapat mandat rakyat dan ini diakui sendiri oleh Muhyidin. Beliau sedar beliau tiada moral dan maruah diri apabila bertindak sedemikian, tetapi kepentingan dunia itu lebih berharga buatnya.

Marilah kita bersama-sama mengaminkan doa dari ulamak terkenal ini agar di masa terdekat ini rakyat Malaysia akan mendapatkan semula kerajaan yang telah dirompak dari mereka. AMEEN.

WFAUZDIN NS

PET KECAM PH: Sebab apa Pakatan Harapan nak sangat parlimen bersidang


JANGAN SALAH AKU BILA AKU SIARKAN BERITA INI...CUMANYA AKU NAK ORANG DENGAR CERITA DIA YANG KADANG BETUL DAN KADANG TAK BETUL PUN....







Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan mahukan parlimen bersidang untuk meluluskan stimulus package atau pun pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion. Sebab apa? Malaysia sekarang ini di dalam keadaan emergency, sama juga seperti negara-negara lain di seluruh dunia. Ketika emergency, perdana menteri mempunyai emergency powers. Tujuan Pakatan Harapan nak adakan persidangan parlimen ialah supaya undi tidak percaya boleh dibuat terhadap Muhyiddin Yassin. Dan sekiranya mereka berjaya menyekat kelulusan pakej rangsangan ekonomi itu, maka kerajaan pun akan jatuh.

Mazlan Aliman ditamatkan jawatan sebagai pengerusi pertubuhan peladang



Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman. 

PETALING JAYA: Jawatan Mazlan Aliman sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditamatkan berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee selepas menyemak semula keahlian semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun dibawah kementerian itu.
“Anggota pentadbiran kerajaan disusun semula pada 9 Mac 2020 yang lalu. Susulan itu Kementerian menyemak semula keanggotaan semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).
“Sehubungan itu, adalah diputuskan perkhidmatan (Mazlan) selaku pengerusi LLP adalah dengan ini ditamatkan berkuatkuasa 1 April 2020,” katanya berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan semalam.
Mazlan yang juga ahli Jawatankuasa Amanah dilantik sebagai pengerusi LPP 1 November 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya.
Perlantikan Mazlan yang juga pemimpin Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dibuat bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Pentadbiran di Malaysia ini serba tak kena!



Berlakunya pandemik yang menghuruharakan keadaan, di saat itu juga puak khianat Pas Umno nak rampas kerajaan.

Masa PH memerintah, pelbagai ganguan, fitnah dan maki hamun ditabur oleh cybertrooper PasUmno dengan niat supaya rakyat benci PH.

Dan akhirnya mereka berjaya, rakyat melaungkan kebencian kepada PH seolah-olah kerajaan masa itu lemah dan tidak buat apa-apa. Konon kata mereka PH hancing sedangkan hampir kesemua manifesto HARAPAN hampir terlaksana.

Okay lah! Nak rampas sangat, ambik kau. Pandemik yang sedang berlaku sekarang sangat menyakitkan dunia.

Dengan perlantikan menteri-menteri yang ramai, menteri kanan dan timbalan menteri berduet, dengan penasihat lagi, sementelah lantikan profesional di badan tertentu ditamatkan kerana dilantik pemerintah terdahulu.

Apa yang rakyat diperlihatkan?

Semua perangai macam kartun! Cakap macam mabuk ketum sungguh tidak profesional malah mungkin pak menteri tidak tahu apa-apa mengenai potfolio yang mereka pegang, atau berlagak pandai padahal rakyat sentiasa perhatikan satu persatu kelaku kelakar mereka.

Ingat rakyat bawahan ini bodoh ke?

Berkait dengan bantuan ketika musibah bala yang menimpa, seperti dijanjikan tiap rakyat tidak akan tercicir, kata wak bendahara. Namun, tinjauan aku dan aduan dari ramai Makcik Kiah yang sudah mahir main henpon melahirkan kekesalan.

Susah nak akses, line jadi jem, mungkin bandwidth tidak disediakan untuk menerima akses yang besar ketika permulaan pendaftaran atau pemeriksaan status bantuan. Kenapa begitu?

Sebelum ini aku sudah menulis mengenai persiapan yang sepatutnya disediakan oleh pihak terbabit seperti MOF, LHDN mahupun BPN supaya hal ini tidak terjadi apabila ramai pengguna mengakses dan kemaskini data mereka.

Aku tak pasti adakah ada pembaikan. Tapi dari masalah yang diadukan, memang main tangkap muat sajalah nampaknya.

Memang boleh sewel sistem dibuatnya. Kepada pak menteri dan wak bendahara, jangan megah sangat kunun kamu perihatin sedangkan janji dibayar mulai 1hb April pun gagal ditunaikan, apa lagi nak betulkan sistem.

Bila pemimpin PH bersuara, macai walaun sibuk maki hamun, kononnya masa memerintah kami tak buat apa-apa. Sistem yang digunakan dalam ETunai yang menggalakan rakyat berbelanja secara online yang dijalankan oleh PH adalah saluran terbaik untuk digunakan, tapi sudah tentu backdoor govt tak akan gunakan kononnya tak standard agaknya.

Katalah apa pun!

Lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kerajaan PH di Penang, Selangor dan NS walk the talk!

Penang dan Selangor start buat bayaran bantuan mulai semalam lagi. Umum saja, terus buat. Kerajaan PH tidak hadap rakyat merayu-rayu dan mengeluh kerana sistem lembab.

Malulah sama dengan DAP yang dituduh kununnya kapir harbi, kami ni dituduh khadamm DAP, sedangkan kamilah yang banyak kritik kerajaan PH. Sebab itu PH sentiasa TERKEHADAPAN.

Dah hangpa pilih kerajaan khianat, dah walaun pakat nak bodohkan diri masing-masing, melangutlah tunggu bantuan sampai hujung bulan April na.. Itu pun kemungkinan besar RAMAI TAK DAPAT walaupun layak!

Jangan marah dan sedih tau MakCik Kiah.. 😁

Sekadar teguran.
Abg Aim 😎

📷 Salah seorang sahabat yang alami kesengsaraan akses laman BPN hantar gambar ni dekat aku. Sabarlah ye!

Dr M jangka akan ditendang keluar PPBM


BERITA INI SEBULAN LEPAS...DIBERI PELUANG...KECOH SANA SINI....TAK RELEVEN LAGI BUAT PH....PH DIJANGKA KALAH JIKA BELIAU MEMEGANG JAWATAN...

AKHIRNYA PARTI SENDIRI YANG DITUBUHKAN SENDIRI AKAN MENYINGKIRKAN BELIAU.ITULAH NASIB PAK KADUK .SELAIN TAMAK DAN TIDAK MAHU ANWAR DAN TIDAK PERCAYAKAN ANWAR, PARTI BELIAU DAN KEHILANGAN JAWATAN BELIAU AMAT MEMALUKAN.....



Dr Mahathir Mohamad mengasaskan PPBM pada 2016.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka akan dipecat daripada PPBM, parti yang diasaskannya pada 2016, kerana majoriti ahlinya menolak beliau sebagai pengerusi.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya tentang masa depan PPBM berikutan perbezaan pendapatnya dengan presiden parti itu Muhyiddin Yassin yang akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 hari ini.
“Parti akan buat keputusan, sama ada akan memecat saya sebagai pengerusi, ia akan berlaku kerana majoriti ahli tolak saya sebagai pengerusi.
“Secara rasmi mereka boleh pecat,” katanya kepada media di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi ini.
Ketika ditanya sama ada sebagai pengerusi PPBM beliau akan memecat Muhyiddin, Mahathir berkata, beliau tidak berada pada kedudukan yang membolehkannya berbuat demikian.
Katanya, keputusan Muhyiddin untuk melantik diri sendiri sebagai pemangku pengerusi ketika ketiadaan beliau adalah tidak sah dan tidak selaras dengan perlembagaan parti.
“Tetapi baginya, itu bukan perkara penting. Beliau kini mendakwa sebagai pemimpin PPBM, sedangkan saya pengerusinya.”
Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi PPBM pada Isnin selepas meletak jawatan perdana menteri.
Majlis Tertinggi PPBM bagaimanapun sebulat suara menolak peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi keesokan harinya.
Semalam Muhyiddin berkata, beliau adalah pemangku jawatan pengerusi PPBM sementara menunggu pemilihan parti.
Mahathir sekali lagi menjelaskan kenapa beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dengan berkata, beliau tidak boleh bekerjasama dengan Umno secara en bloc bagi membentuk kerajaan.
Katanya, ia bermakna beliau akan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah kerana rasuah.
“Mahkamah mungkin mendapati tidak selesa untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan.”
Beliau berkata, Muhyiddin sebaliknya bersedia menerima apa-apa sahaja.
“Baginya politik lebih penting daripada prinsip. Oleh sebab itu saya tidak bersetuju dengannya.”
Mahathir juga menolak dakwaan bahawa beliau menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Katanya, beliau memberitahu Muhyiddin bahawa beliau “tiada pilihan” apabila ditanya sama ada akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.
“Sama saya sokong atau tidak, tidak relevan. Tetapi beliau menghebohkan bahawa saya sokong pencalonannya sebagai perdana menteri.”

Bersih 2.0 kecam ahli politik iklan diri melalui barang bantuan Covid-19



Bersih 2.0 mengingatkan ahli politik bahawa barangan bantuan biasanya dibeli menggunakan wang pembayar cukai.

PETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini menyeru ahli politik segera berhenti mengiklankan gambar dan nama mereka pada barangan bantuan Covid-19 yang dibeli dengan wang pembayar cukai.
Gambar menteri persekutuan seperti Azmin Ali (PPBM), Annuar Musa (Umno) dan Ismail Sabri Yaakob (Umno) dan juga menteri besar seperti Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang) baru-baru ini dipaparkan pada pakej bantuan Covid-19.
Dalam kenyataannya hari ini, jawatankuasa kumpulan reformasi pilihan raya itu menyatakan kebimbangan mengenai wajah dan nama ahli politik yang dipaparkan pada barangan bantuan Covid-19, seperti beras dan pensanitasi untuk pengundi kerana sesetengahnya mungkin melibatkan penyalahgunaan dana kerajaan.
Mendedahkan 19 ahli politik yang berbeza yang menggunakan wajah atau nama mereka pada pakej bantuan itu, Bersih 2.0 menyeru semua wakil yang terlibat menyatakan secara terbuka kos dan sumber hadiah tersebut.
Ahli politik lain yang dinamakan Bersih 2.0 termasuk Chan Ming Kai (PKR), Fahmi Fadzil (PKR), Hannah Yeoh (DAP), Ikmal Hisham Abdul Aziz (PAS), Khalid Samad (Amanah), Lim Lip Eng (DAP), Najwan Halimi (PKR), Nga Kor Ming (DAP), Noraini Ahmad (Umno), Saifuddin Abdullah (PPBM), Summugam Rengasamy (PKR), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM), Veerapan Superamaniam (DAP) dan Young Syefura Othman.
“Sekiranya dana kerajaan disalah guna ahli politik untuk mendapatkan kepuasan, ia boleh menjejaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” Bersih 2.0 memberi amaran.
Bersih 2.0 menggesa untuk memperkenalkan peraturan yang ketat dan mekanisme pengawasan ke atas semua pembiayaan peringkat kawasan, yang ditadbir penggubal undang-undang persekutuan dan negeri, untuk mengelak ahli politik menuntut kredit bagi sumbangan yang dibuat pembayar cukai.
Di samping itu, NGO itu juga menyeru menghapuskan sekatan berlebihan terhadap tugasan bantuan organisasi untuk masyarakat yang dipinggirkan supaya tidak wujud tempat untuk “ahli politik yang laparkan populariti”.
Sambil menegaskan poster pakej rangsangan Covid-19 Selangor “tidak wajar” kerana memaparkan Ketua Menteri Amirudin Shari, berbanding kerajaan negeri Selangor yang diketuainya, Bersih 2.0 menegaskan ia “mempromosikan personaliti tidak baik untuk demokrasi”.

Bahasa Malaysia kementerian Rina diserang

Bahasa Malaysia kementerian Rina diserang


Selepas beberapa jam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf berhubung tips suara Doraemon untuk para isteri di rumah, penggunaan Bahasa Malaysia kementerian itu pula menjadi sasaran netizen.
Menerusi satu panduan untuk meluangkan masa bersama keluarga yang dimuatnaik 25 Mac lalu, Kementerian itu menyenaraikan enam langkah menjaga kebersihan tandas.
Namun terdapat beberapa kesalahan pada ayat yang digunakan seperti ‘tips’ ‘mops’, ‘flash’ dan ‘disekeliling’ yang sepatutnya ditulis sebagai di sekeliling.
“1) Pastikan mops lantai tandas supaya tiada cecair sabun. 2) Letakkan cecair pencuci di sekitar mangkuk tandas. 3) Gosok disekeliling mangkuk tandas. 4) Kemudian flashkan air. 5) Gosok disekeliling lantai tandas menggunakan berus tandas. 6) Lap cermin dengan kain bersih. Bilaskan lantai tandas dengan air.” sebut panduan itu.
Ada juga pengguna yang melahirkan rasa kesal dengan sikap sambil lewa mereka yang bekerja di bawah kementerian terbabit.
Mohammed Ibn Ghazali berkata: “Macam ini tatabahasa taraf kementerian? tak ada ‘copy writing’ langsung ke? Kalau budak sekolah bolehlah dimaafkan,” tulisnya.
Netizen juga mengkritik kesalahan berkenaan sebagai menghancurkan bahasa Melayu.
“..Ingatkan dah (jadi) kerajaan Melayu ini jagalah bahasa Melayu,” komen pengguna Mendan Sagor.
“Jujur, saya pun tak tahu dalam bahasa Melayu-English, ‘tip-tip” dah boleh pakai (jadi) ‘tips’,” tulis pengguna She Sal.
Pengguna berbangsa Cina, Hoe Meng Hong turut meninggalkan komen: “Flushkan air. Bukan ‘Flash”

RENTASAN 658 | PANAS!!! INI AMARAN TAMRIN GHAFAR TERHADAP PIMPINAN KERAJAAN PN?



WANG NEGARA BUKAN WANG KITA ATAU WANG EMAK BAPAK KITA - HANIPA

TERKINI : PKP Fasa Pertama Berjaya Kurangkan Kes Covid-19 – Dr Noor Hisham



 
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.