ULANG VIDEO Dari Mana Ku Nan Dapat Kekayaan RM800 Juta? - Anwar










Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu meminta penjelasan daripada pemimpin UMNO yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.
Ini kerana Muhyiddin telah berikrar untuk membersihkan pentadbiran kerajaan baru dari rasuah.
"Saya mohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut perdana menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah," katanya dalam suatu kenyataan di media sosial malam tadi.
Anwar mengulas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan pasukan pembelaan bagi kes rasuah bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor supaya dokumen pengisytiharan hartanya dibuat secara tertutup.
MP Port Dickson itu menyifatkan pendedahan itu sebagai "kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin Umno."

MENARIK UNTUK DIBACA...SEMOGA MENTERI PH TIDAK LAGI JADI BODO



MOHD ASRI ABU BAKAR

Lama betul saya tak muncul....namun hari ini saya nak tulis sikit jer lah!.

Betul...semuanya betul berkaitan pengkhianatan dari Muhyiddin dan Azmin. Saya juga bersetuju bahawa...mereka itu BERDOSA kerana melanggar amanat rakyat yang memilih PH. Ya betul sangat-sangat semuanya itu. Tun M jugak melakukan kesilapan yang besar...itu pun betul!. Mungkin Tun M ada agenda lain, mungkin itu pun betul juga.

Tetapi bukan itu yang saya nak tulis hari ini. Selain kita duk menyalahkan akibat DOSA, KEBIADABAN dan PENGKHIANATAN oleh Muhyiddin dan Azmin....sepatutnya pemimpin-pemimpin PH juga perlu sedar kelemahan dan kesilapan yang mereka sendiri telah lakukan.

Sejujurnya....pemimpin-pemimpin PH memang telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab di Kementerian masing-masing. Apa yang Gobind Singh lakukan sehingga KKMM (SKMM ) gagal menyekat segala fitnah, hasutan dan penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin PH?. Cytro-cytro Pembangkang begitu berleluasa dalam menimbulkan keresahan serta ketegangan kaum, agama dan masyarakat. Fitnah berlambak-berlambak....tetapi di mana suara dan ketegasan Gobind?. Kamu hanya mengharapkan cytro-cytro @ facebooker-facebookers PH (yang tak berbayar) untuk menjawabnya?

Lebih teruk...para Menteri-menteri PH juga agak lembam dan lembap dalam menangani segala fitnah dan gagal dalam membantu sesama pemimpin PH.

Lebih Malang:

1. Menteri-menteri @ MP-MP PH suka sangat mengambil bekasan UMNO dan PAS untuk menjadi PA, Pegawai Khas @ Setiausaha sulit.

2. Menteri, Adun-adun dan MP PH sombong serta gagal BERTEMU dengan penyokong-penyokong dan rakyat. Tiada Program besar-besaran untuk bertemu rakyat jelata dan penyokong PH khususnya (ini melibatkan semua pemimpin-pemimpin dari parti-parti komponen PH).

3. Konon-kononnya nak TELUS...tetapi parti memerlukan dana. Jika kamu tak memberikan Projek kepada penyokong-penyokong, mana mungkin mereka boleh memberikan PULANGAN @ POLITICAL FUND kepada parti?.

4. Kebanyakan Projek-projek di berikan atau di miliki oleh orang-orang UMNO kerana mereka berpengalaman. Tidak mungkin pula mereka memberikan POLITICAL FUND kepada PH. Sudah tentu mereka akan salurkan dana tersebut kepada UMNO.

5. Dalam keadaan rakyat sedikit kecewa tentang pengurusan kewangan/ekonomi negara yang tidak pulih...ada pulak Menteri-menteri bodoh yang telah menghina perokok-perokok dan ada jugak yang mewajibkan pemilik-pemilik kereta menyediakan/memasang tempat duduk khas untuk kanak-kanak dan tali pinggang untuk penumpang-penumpang belakang. Tiada sebarang kajian atau cuba mendapatkan pandangan masyarakat.

6. PKR menjadi liabiliti kepada pakatan PH (bukannya PPBM sebenarnya). Pergaduhan @ persengketaan dalaman antara team Anwar dan Kartel telah menjejaskan perjalanan PH dan melunturkan semangat ahli-ahli serta penyokong-penyokong mereka sendiri akhirnya merebak ke dalam pengurusan PH.

7. Namun, kesilapan terbesar oleh PPBM adalah mengambil MP-MP dari UMNO atau itu memang menjadi agenda tersembunyi oleh Tun M dan Muhyiddin?. Mereka turut bersekongkol dengan Yiddin, UMNO dan PAS untuk mensabotaj atau menjatuhkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat.

8. Ada ahli-ahli, adun dan MP-MP DAP yang terlalu lantang bersuara dan melontarkan isu-isu perkauman namun gagal di tegur/di sekat oleh pemimpin-pemimpin  DAP itu sendiri.

Namun begitu..memang kita nampak (hanya selepas kejadian rampasan kuasa ini) bahawa ada banyak usaha-usaha perbuatan sabotaj yang di lakukan oleh Muhyiddin, Azmin, Zuraida dan Saifuddin Abdullah bagi menggagalkan kerajaan PH ini. Itu,  semua orang pun dah tahu...

Mereka (kumpulan-kumpulan pengkhianat) ini memiliki kuasa wang....maka dengan mudah juga mereka membeli jiwa-jiwa yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti. Cukuplah kekecewaan ini sebagai pengajaran yang cukup pahit untuk di telan. 


Kepada pemimpin-pemimpin  PH...cukup-cukuplah mempergunakan penyokong-penyokong untuk kejayaan yang kemudiannya tidak bersambung semasa kamu di era pemerintahan. Sombong itu tak kemana-mana yob!!!. Kalian (pemimpin-pemimpin  PH) PERLU INGAT bahawa kalian masih memerlukan kami untuk KEJAYAAN untuk hari ini atau di masa hadapan!!





FAIL LAMA SPRM HALANG BEKAS BN SOKONG ANWAR?

Inikah yang orang Melayu mahu?


Oleh Izmil Amri
Ramai orang tidak tahu bahawa Hizbul Hurriyah wal-’Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan) pimpinan Almarhum Dr Mohamed Morsi adalah gabungan sebelas buah parti politik Mesir. Ya, sebelas. 
Jika mahu disenaraikan nama parti-parti Arab ini, jenuh juga tergeliat lidah kalau tak tahu membacanya. Tapi untuk suka-suka, nama sebelas parti ini ialah: Hizbul Hurriyah wal-’Adalah sebagai teraju utama, diikuti Hizbul Ghoda Al-Thaurah, Hizbul Karamah, Hizbul Amal Al-Masri, Hizbul Hadharah, Hizbul Islah Wan-Nahdhah, Hizbul Islah (ya, ada dua), Hizbul Jiil Dimuqrati, Hizbul Misri Arabi Al-Isytiraki, Hizbul Ahrar dan Hizbul Hurriyah Wal Tanmiyyah.
‘Pakatan’ Dr Morsi ini mengambil alih kerajaan Mesir daripada rejim Hosni Mubarak pasca revolusi 25 Januari 2011. Morsi menjadi presiden kelima Republik Arab Mesir setelah partinya menang pilihan raya 2012.
Malangnya, kerajaan Morsi hanya bertahan selama 368 hari; dari 30 Jun 2012 sehingga 3 Julai 2013. Rampasan kuasa berlaku setelah protes tiga hari secara besar-besaran oleh rakyat Mesir terhadap kerajaan Ikhwanul-Muslimin, dan kerusi presiden diambil alih oleh Jeneral Fatah As-Sisi. 
Revolusi Mesir pada awalnya dikatakan menuntut hanya tiga perkara: ‘aish (roti), hurriyah (kebebasan) dan ‘adalah ijtima’iyah (keadilan sosial). Berdepan tiga tuntutan ini, kerajaan Morsi sebaliknya menawarkan agama.
“Diminta kerja, diberinya Quran; ya, pastinya marah,” ujar satu komen ringkas di media sosial ketika itu, yang saya ingat hingga ke hari ini.
Berdepan tulisan Zul Fikri Zamir tentang kegopohan parti politik mahukan perubahan, komen di atas muncul semula ke minda saya. 
Adakah Pakatan Harapan dan tentunya parti Hizbul A’mal Ad-Dimuqratiy (Parti Tindakan Demokratik, DAP) telah bertindak bersalahan dengan keinginan rakyat sehingga menghalalkan rampasan kuasa yang baru sahaja berlaku beberapa hari lalu?
Psiki Melayu
Anthony Milner, dalam kajiannya yang dibukukan dengan tajuk ‘Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule’ memberi kita satu ringkasan yang baik tentang jiwa dan akal budi Melayu.
Kajiannya pada 1977 berdasarkan sejarah nusantara itu menyatakan bahawa Melayu ini sebenarnya tidak ada rasa kenegaraan. ‘Alam Melayu’ itu begitu besar ertinya bagi sebuah bangsa yang budayanya suka merantau dan berpindah.
Maka yang menyatukan Melayu adalah faktor makan pakainya, bahasa tutur budayanya, gaya hidupnya dan sehingga satu tahap, kepercayaannya. 
Hatta, pada pandangan ilmuan Barat, Melayu ini, institusi politik pun tidak ada. Pada zaman kesultanan Melayu lama, rakyat jelata tiada masalah untuk mengalih ketaatan mereka daripada satu raja ke satu raja, dan raja-raja ini pula ada waktunya tidak pun tahu di mana mula dan berhujungnya tanah jajahan mereka. 
Bahkan, tulis Milner, ketika Belanda aktif di kepulauan Sumatera sekitar 1860-an, mereka menemukan demikian banyak kerajaan kecil, dengan populasi sekitar ribuan, dan aktiviti harian para elit pemerintahan adalah berbalah merebut takhta dan bergaduh tentang sempadan jajahan.
Ada juga kisah tentang lanun dan bagaimana para raja memperoleh laba daripada hasil rampasan lanun-lanun ini, tapi tak apalah. Lain tahun kita cerita.
Pendeknya, Melayu pada zaman dahulu, menurut kajian itu, sedikit benar mahunya; sekadar cukup makan pakai, taat beraja di mana mereka mencari rezeki, dan diikat dengan akidah serta budaya. Tidak jauh beza sebenarnya dengan Melayu hari ini.
Kita juga melihat bagaimana rakyat marhaen gigih bekerja dan mencari sesuap nasi saban hari; tidak lekang daripada beribadah dan menonton drama di waktu petang, serta merantau jauh ke negeri orang untuk mencari rezeki. Mujurlah demikian, kalau tidak jenuhlah kita perlu mencari nasi kerabu hingga ke Kelantan.
Namun kebergantungan Melayu kepada kerajaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Hal kerajaan ini, jelas Milner lagi, adalah suatu konsep yang sukar difahami bangsa Eropah. Kata ‘government’, ‘state’ dan ‘kingdom’ diterjemah Alam Melayu sebagai ‘kerajaan’. Sedangkan ia tidaklah semudah itu.
Orang Melayu memerlukan kerajaan yang menjaga kepentingan mereka. Leluhur Melayu juga begitu; menumpahkan taat setia kepada pemimpin yang diangkat sebagai raja. Kerana itulah selama zaman berzaman kita melihat wakil rakyat sebagai pemimpin, ketimbang kerja hakikinya sebagai anggota legislatif yang bekerja untuk rakyat, dan bukan untuk disanjung-sanjung seolah-olah mempunyai sakti.
Akal budi Melayu tentang hal ini barangkali tidak difahami ramai orang.
“Hang masuk kampung, takkan nak bawak kereta Kancil,” ujar seorang sahabat yang dahulunya pernah bertanding di Kedah. “Orang nampak hang la’eh sangat, macam mana nak undi hang,” tegasnya. Maka untuk kelihatan berkepimpinan, beliau memandu kereta buatan Jerman. 
Atas sebab ini juga, pada pilihan raya umum lalu; Pakatan Harapan mengusung Dr Mahathir Mohamad sebagai sosok pemimpin Melayu. Itulah yang orang Melayu mahu. Ternyata model itu berjaya, dan menanglah Pakatan Harapan menjadi kerajaan, meski buat seketika cuma.
Faham demokrat
DAP, sebagai sebuah parti demokrasi sosial, berpegang pada tiga tunjang besar faham tersebut: kebebasan, kesetaraan dan semangat setiakawan. Ia bekerja dalam kerangka untuk memastikan bahawa seluruh rakyat negara ini tidak dibelenggu rasa takut, dilayan tidak sekata dan terbiar tak terbela. Mudah bukan?
Namun DAP tidak pernah sunyi daripada dimomokkan sebagai parti komunis, sekularis, Kristian, pro-Israel, menyimpan pengganas Sri Lanka dan sebagainya. Kerja momok-momok begini memang mudah. Dan orang Melayu pun mudah percaya. Kita memang sejak dahulu (juga dirakam Milner dalam kajiannya) dibentuk pandangnya tentang orang lain, berdasarkan apa yang dipersembahkan si penglipurlara.
Apabila DAP menganggotai Kabinet Dr Mahathir, apa yang dituntut oleh parti adalah reformasi institusi. Ini termasuklah penggubalan undang-undang, penambahbaikan kecekapan agensi kerajaan, hemat belanja, bantuan bersasar berasaskan keperluan dan beberapa agenda reformasi dasar kerajaan. 
Kebanyakan reformasi dan penambahbaikan ini tidaklah boleh dihidang atas meja untuk digaul bersama nasi. Demokrasi ini bukan boleh dimakan, kata orang. Namun inilah tujuan perubahan demokratik – supaya kesilapan boleh dibetulkan, dan menjadikan yang betul itu suatu kebiasaan baharu. 
Tapi iyalah, ini barangkali bukan yang orang Melayu mahu.
Masalahnya negara ini bukan cuma ada Melayu. Dan bukan pula semua yang Melayu itu mahukan perkara yang sama. Maka DAP hadir membawa suara keinginan warga kecil. Suara itu mungkin terlalu kuat. Maka DAP dimarahi.
Nah, sekarang DAP sudah bukan kerajaan lagi, hasil kerja buat elit politik Melayu yang kini bahagia bersekongkol dengan para penyamun yang masih belum selesai bicara rasuah di mahkamah.
Mungkin inilah yang akhirnya akan memuaskan hati Melayu. Mungkinlah, mungkin. Manalah saya tahu. Saya 25% mamak. Saya cuma mahu nasi kandar. – Roketkini.com

TAHNIAH KERAJAAN LUAR BUAT MUHYIDDIN


SIAPA PILIHAN MUHYIDDIN SEBAGAI TPM



Kalau bukan Zahid Hamidi, siapakah sebenarnya yang lebih diingini oleh Muhyiddin Yassin untuk dilantiknya sebagai TPM?
Beberapa pihak yang dekat dengan Perdana Menteri pintu belakang itu mengakui, Zahid Hamidi bukanlah pilihan utama Muhyiddin berikutan Presiden UMNO itu sedang berdepan perbicaraan kes rasuah dan pecah amanahnya di mahkamah.
Kata mereka, pilihan teratas Muhyiddin untuk mengisi jawatan TPM ketika ini ialah Azmin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR yang kini telah menyertai Bersatu.
Muhyiddin dikatakan lebih cenderung memilih Azmin mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu kerana berasakan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu telah memainkan peranan besar menjadikannya Perdana Menteri.
Tanpa gerakan yang dilakukan oleh Azmin, Muhyiddin percaya beliau tidak mungkin mampu muncul secara tiba-tiba mengenepikan Tun Mahathir dan seterusnya berada di puncak kuasa.
Oleh yang demikian, sebagai membalas budi Azmin itu, melantiknya sebagai TPM dianggap sesuatu yang wajar dan munasabah bagi Muhyiddin, walaupun kelompok bekas pemimpin PKR yang mampu dibawanya untuk menyokong Perikatan Nasional atau PN hanya 10 orang Ahli Parlimen saja berbanding UMNO/BN sebanyak 41.
Meskipun melantik Azmin memungkinkan beliau berdepan risiko pertikaian rakyat terhadap kepimpinannya berikutan bekas Timbalan Presiden PKR itu terkait secara langsung dengan kes “video Haziq” yang masih menjadi bualan ramai, Muhyiddin dikatakan berpendapat, perkara itu masih boleh ditanganinya berbanding kes Zahid Hamidi yang sudah pun dibawa ke mahkamah.
Walaupun demikian, melantik Azmin yang merupakan pemimpin daripada Bersatu sepertinya juga sebagai TPM akan menjadikan pemimpin nombor satu dan dua dalam kerajaan datang daripada parti yang sama serta seolah-olah terang-terang mengenepikan UMNO yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai dalam PN.
Dalam hal ini, mahu tidak mahu, Muhyiddin akan dilihat sebagai seorang yang tamak serta tidak menghargai kedudukan UMNO dalam kerajaan yang diterajuinya.
Untuk itu, jika bukan Azmin, pilihan kedua yang lebih cenderung diambil oleh Muhyiddin mengisi jawatan TPM ialah Hishammuddin Hussein.
Lagi pula, kumpulan 13 bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu difahamkan memang melobi agar bekas Naib Presiden UMNO itu dilantik sebagai TPM.
Sebagaimana bukan rahsia lagi, kemasukan 13 Ahli Parlimen tersebut ke dalam Bersatu sebelum ini, selain pembubaran UMNO Sabah, juga untuk menyertai Bersatu, ia difahamkan adalah melalui peranan belakang tabir yang dimainkan oleh Hishammuddin.
Dengan itu, melalui sedikit sebanyak jasanya kepada Bersatu itu, di samping tiada kes mahkamah yang dihadapinya, Muhyiddin dikatakan lebih cenderung melantik Hishammuddin berbanding Zahid Hamidi.
Cuma, masalah Hishammuddin ialah beliau bukan daripada hireaki UMNO serta merupakan pemimpin Johor juga seperti Muhyiddin dan perlantikannya sebagai TPM sudah pasti akan membuatkan Zahid Hamidi lebih tidak senang hati dibuatnya.
UMNO sendiri akan merasakan perlantikan Hishammuddin itu akan menampakkan Muhyiddin tidak menghormati kedudukan Zahid Hamidi dan seperti dalam masa yang sama menyediakan laluan untuk “membunuh” karier Presiden UMNO itu dalam pemilihan tahun 2021 akan datang.
Akhirnya, siapakah pilihan Muhyiddin untuk berganding dengannya mentadbir negara ini?
Kalau bukan Zahid Hamidi, Azmin atau Hishammuddin, apakah calon neutral lain dan yang di luar radar kita semua bakal jadi pertimbangan Muhyiddin? (ShahbudinHusin 05/03/2020)
Kongsikan artikel ini

KENAPA DUNIA PANDANG SEPI?



Kesepian para pemimpin dunia terhadap pertukaran jawatan PM Malaysia daripada lelaki 94 tahun kepada lelaki 72 tahun memberi berbagai tafsiran dan membawa maksud yang menyebabkan kita terus tertanya-tanya.

Kesepian ini antara lain menunjukkan dunia tidak mengenali lelaki 72 tahun. Sekiranya dia dikenali tentu tentu mereka telah menghantar kalungan bunga tahniah. Apakah dia tidak dikenali dan mempunyai kawan di peringkat dunia. Tetapi kenapa tidak ada? Bermakna dia tidak ada kenalan dan rangkaian diplomatik yang luas.

Hanya Indonesia dan Singapura yang menghantar bunga kepada lelaki itu. Ini mungkin kerana di Singapura lah lelaki itu mendapat rawatan semasa di sakit kanser setahun lepas, manakala di Indonesia negara tempat dia mendapatkan satay Padang.

Kenapa ketua-ketua negara lain tidak menghantarkan kalungan bunga, mengucap tahniah. Mungkin mereka menyedari apa yang berlaku disebalik pertukaran secara rampas kuasa itu. Lantas mereka tahun PM itu adalah PMTCN.

Bolehkah dengan pandang sepi dunia ini lelaki 72 itu untuk mentadbir, membawa negara ini keluar dari belenggu yang ada kini. Jangan-jangan dia akan diketawa seperti mana dunia ketawakan terhadap Perdana Menteri ke 6 lalu kerana skandal bersara 1MDB. Trims.

MSO


KAK WAN SUFI SOSIAL

HIMPUNAN BANTAH KERAJAAN PINTU BELAKANG DITERUSKAN

KERAJAAN KEDAH STABIL, SAIN SD PUN TAK LAKU

WOIIIII......PLEASE JANGAN GADOH GADOH....NANTI PAYAH NAK MOVE ON...


MENGAPA PAS BELA KILANG ARAK?

*JAWAPAN TUDUHAN ZF ZAMIR, BEKAS S/U AKHBAR MENTERI PENDIDIKAN*



*Kenyataan Media Hafiz Noor Shams, bekas Pegawai Khas kepada mantan Menteri Kewangan dan Thulsi Manogaran, bekas Setiausaha Sulit kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan*

Kami ingin merujuk kepada tulisan Zul Fikri Zamir (ZF Zamir), iaitu seorang bekas Setiausaha Akhbar kepada mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang melontarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kepimpinan Kementerian Kewangan (MoF) di bawah pentadbiran DAP dan Pakatan Harapan.

*Peruntukan, perbelanjaan dan penjimatan di Kementerian Pendidikan*

ZF Zamir telah memetik contoh di mana bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) telah dikurangkan sebanyak 10% kepada RM 427.3 juta.

Akan tetapi, ZF Zamir sengaja tidak menyebut tentang hasrat MoF supaya segala jawatan pekerja keselamatan dilantik secara langsung oleh pihak sekolah atau PIBG, dan bukannya melalui pihak ketiga. 

Dia juga gagal menerangkan bahawa yang mungkin mengalami pengurangan pendapatan adalah syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan dan pihak ketiga yang sebelum ini mendapat keuntungan lumayan.

ZF Zamir perlu memahami bahawa sebarang jumlah penjimatan yang dibuat telah diperuntukkan semula kepada Kementerian Pendidikan, demi melaksanakan program-program yang mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di negara dengan lebih berkesan. 

Ini dapat dibuktikan apabila peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan meningkat melebihi 7% dari RM 59.8 bilion pada 2018 kepada RM 64.1 bilion pada tahun 2020. 

Malah, peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan telah meningkat hampir 22% dari RM 4.0 bilion pada tahun 2018 kepada RM 4.9 bilion pada tahun 2020. 

Angka-angka ini terkandung dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 yang boleh dimuat turun oleh orang ramai daripada laman sesawang MoF. 

Jumlah peningkatan peruntukan bersih Kementerian Pendidikan sejumlah lebih RM 4 bilion ini adalah jauh lebih besar daripada pengurangan kasar yang menyebabkan ZF Zamir berasa tidak puas hati.

*Keputusan bersama Jemaah Menteri*

Proses penjimatan dan rasionalisasi yang dijalankan Kerajaan PH bukan satu tindakan melulu yang dibuat oleh Menteri Kewangan seperti yang diceritakan oleh ZF Zamir. 

Sebaliknya, ia merupakan hajat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta keputusan bersama Jemaah Menteri untuk mengurangkan pembaziran, meningkatkan keberkesanan perbelanjaan dan mengawal pertambahan hutang dan liabiliti kerajaan yang telah mencecah RM 1 trilion.

*Peruntukan sekolah agama*

ZF Zamir mempertikaikan peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Tetapi, ZF Zamir tidak bersuara tentang peruntukan baharu yang disalurkan Kerajaan PH kepada sekolah agama bantuan kerajaan (RM 50 juta), sekolah tahfiz (RM 50 juta), sekolah agama rakyat (RM 25 juta), sekolah pondok (RM 25 juta), sekolah berasrama penuh (RM 50 juta) dan lain-lain.

Yang pentingnya, kita seharusnya membantu semua anak muda Malaysia untuk mendapat pendidikan tanpa diskriminasi. Itu adalah tanggungjawab utama kerajaan. 

*Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU* 

ZF Zamir menyalahkan MoF tentang pelbagai langkah-langkah yang dibuat oleh pihak lain. 

Sebenarnya, usaha rasionalisasi seperti ke atas Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa di bawah penyeliaan mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN). 

Rasionalisasi tersebut melibatkan semua agensi kerajaan bagi memastikan tiada pertindihan fungsi, sambil mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

*SMJK Heng Ee 2* 

Penubuhan SMJK Heng Ee 2 adalah diluluskan oleh Perdana Menteri semasa beliau memangku jawatan Menteri Pendidikan. Perkara ini bukanlah suatu isu kerana kerajaan BN pun telah meluluskan penubuhan beberapa SMJK sebelum ini.

Tuduhan ZF Zamir bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati “tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan” adalah tidak berasas. 

Faktanya adalah sebegini: di bawah Akta Pendidikan, hanya Menteri Pendidikan yang berkuasa untuk menubuh sesebuah sekolah. Akta tersebut boleh dibaca oleh orang ramai, termasuk ZF Zamir.

*Permohonan daripada Timbalan Menteri*

ZF Zamir menuduh bahawa Timbalan Menteri Pendidikan telah membuat permohonan kepada Pejabat Menteri Kewangan tanpa pengetahuan Menteri Pendidikan. Ini tidak benar. Malah, mantan Menteri Kewangan tidak pernah meluluskan peruntukan terus kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan. 

Apa yang diluluskan adalah peruntukan kepada sekolah, agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pendidikan sendiri. Terdapat dua contoh permohonan:

a) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah memohon RM 15 juta diberikan sebagai bantuan yuran bagi golongan B40 yang menghantar anak mereka ke tadika swasta. Permohonan ini diluluskan dan peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan.

b) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah menulis sepucuk surat rayuan kepada MoF supaya cukai taksiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM 47 juta dikecualikan. 

Segala surat mantan Timbalan Menteri Pendidikan yang ditujukan kepada MoF sentiasa disalinkan kepada Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan. Oleh itu, segala perkara adalah dalam pengetahuan Menteri Pendidikan dan KSU Kementerian pada ketika itu.

Akhir kata, Zamir seharusnya berhati-hati dalam membuat pelbagai tuduhan tanpa usul-periksa, terutamanya apabila ia mampu mengapi-apikan sentimen perkauman.

04 Mac 2020, 
Kuala Lumpur

MEETING SAMBIL MAKAN DURIAN



Semalam meeting sambil makan durian di rumah Zahid. Tak tahu apa butiran perbincanganya.

Tiba2 hari ini Ayah Chik keluarkan surat mencadangkan seseorang yg "bersih" utk jawatan TPM dan masuk dlm barisan kabinet. Saya gembira dgn surat itu cuma lewat sikit surat tu keluar.

Petang ni, team Zahid pula mula bersuara ada usaha nak retakkan MN yg sedia terbina antara Pas dan BN.

Team Muhyiddin dan Azmin nampak masih kalut dgn status PPBM, khabarnya pihak Tun sdh htr minit kpd ROS yg menjelaskan beberapa keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM termasuk isu Tun M letak jawatan dan keputusan memujuk Tun M tarik balik sehingga Tun terima kembali. Team Tun tunggu pengesahan ROS utk tindakan seterusnya... drama masih panjang. Tun bukan mudah nak menyerah dan membiarkan ego dia dirobek oleh mereka yg bersumpah setia dgn beliau akhirnya mengkhianati beliau. Nampak Tun tidak minta rakan2 PKR, AMANAH  dan DAP bantu dan beliau uruskan dgn beberapa pimpinan yg setia dgn beliau. Tun minta dia selesaikan sendiri isu yg berpunca dr beliau sendiri.

Berbalik kpd kenyataan Presiden Pas ttg ciri2 TPM dan barisan kabinet, team Zahid rasa kenyataan itu usaha utk ketepikan team Zahid sehingga Dato Zaharin keluarkan video kalau TSMY lantik Hishamudin sbg TPM atau Menteri, beliau akan tentang habis2an.  Kenapa?

Kerajaan melayu berantakan, kononya bersatu tp sebenarnya masing2 adalah ular berbisa tunggu untuk mematuk sesama sendiri. Hishamudin dikenali pengkhianat dlm UMNO dan menjadi perunding MP Umno lompat ke PPBM. 

Jadi pihak Zahid merasakan Pas sdh berubah arah kpd team Hishamudin dan Tok Mat. Menarik... makin menarik. Sambil kita berwaspada dgn Covid-19 agar jauh dr kita, kita juga tunggu lihat kudeta kemana haluanya.

ADAKAH PENDAKWAAN TERPILIH AKAN DITERUSKAN OLEH KERAJAAN BARU? Oleh : Lokman Adam



Pagi semalam Mahkamah Majistreet Shah Alam menunda kes saya ke 3hb April 2020 jan 9.00 pagi.  Kes ini berhubung laporan polis yang saya buat terhadap IGP dan Pegawai Penyiasat Kes Pembunuhan Syed Daniel.  Ini berikutan penularan gambar terpilih dari rakaman video yang dibuat oleh isteri pembunuh Syed Daniel, Yew Wee Liang.  Akibat laporan polis yang saya buat mempertikaikan bagaimana gambar "still photo" dari camera yang ditahan bersama dengan pasangan suami isteri tersebut boleh tular, akibat laporan polis itu saya pula telah didakwa menghina penjawat awam.

Hari ini pula, 5 Mac 2020, saya akan berada di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya jam 9.00 pagi untuk memohon agar pihak Mahkamah mengenepikan cubaan Tommy Thomas untuk memenjarakan saya atas tuduhan menghina Mahkamah.  Sedangkan apa yang saya lakukan adalah membuat laporan polis terhadap Datuk Amhari yang secara terang-terang didalam prosiding Mahkamah telah mengakui bahawa beliau telah melanggar Akta Pencegahan Rasuah dan AMLA apabila Amhari :
1. Mengaku menerima gaji dari sebuah syarilat swasta, Orbs Solution Sdn Bhd sedangkan beliau seorang penjawat awam.
2. Menerima USD 200,000 daripada Low Teak Jho.
3. Menerima 3.7 juta dalam akaunya di BSI Swiss.

Saya juga masih belum lupa, laporan polis saya terhadap Video Semburit Azmin Ali dan Haziq Aziz akhirnya telah menyebabkan saya dilokap satu malam.

Sekiranya Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin serius dalam soal menyemarakkan demokrasi dan menegakkan rule of law, beliau harus mulakan dengan berhenti dari menghukum manusia yang membuat laporan polis dan menumpukan perhatian menyiasat pihak yang dilapor.  Syarat-syarat lapok dalam Akta Perhimpunan Aman yang memaksa notis diberikan notis 10 hari lebih awal sebelum sesuatu perhimpunan dilakukan juga sewajarnya dikaji semula.  Ada kalanya kita perlu menyatakan pendirian kita dalam sesuatu isu yang mendesak secara serta merta, sudah pasti syarat notis 10 hari lebih awal adalah sangat tidak munasabah.

Dato' Lokman Noor Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia
5hb Mac, 2020

Profesor Perancis Masuk Islam kerana Firaun
....
Ustaz Muhammad Amirul Izzat bin Lokman Noor, Mahasiswa Ulum Islamiah, Tahun 1, Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga bermanfaat ☺
@amirul_izzat2098
.
Facebook:
https://www.facebook.com/egyptmalaya/videos/917790531957077/
.
Instagram:
https://www.instagram.com/tv/B9TQA_snT08/?igshid=n3r6t6rhfc39
.
FB facebook.com/egyptmalaya 
IG instagram.com/egyptmalaya.ig
Telegram t.me/egyptmalaya
Twitter twitter.com/egyptmalaya
Emel egyptmalayastudios@gmail.com
.
.
.
#firaun #ramses #mumia #quran #ems #egypt #tarbiah #lughah #AlAzhar #universitialazhar #stam2020 #stam #mumtaz #dakwahjentikhati #videojentikhati #katakatabijak #katamutiara #katabijak #dakwahsunnah #egyptmalaya  #egyptmalayastudios