KISAH MELAYU MALAS DAN SALAHKAN BANGSA LAIN.



*LUAHAN HATI ANAK MELAYU KUALA KEDAH......SENARIO YG MGKIN JUGA BERLAKU D KUALA² LAIN D NEGARA MALAYSIA TERCINTA....*

*Harga ikan segar di Jeti Kuala Kedah pun dah melambung mahalnya*

*Tuan Puan semua yang dikasihi Allah swt, dirindui Rasulullah saw sekalian, part cerita ikan jadi tua tunggu nelayan kita pi tangkap depa tu, saya setuju dengan Tun M*

*1 spot jeti ikan di Kuala Kedah sini, dulu ikannya murah dan pelbagai. Nelayan Melayu dapat permit & atur bot sendiri ke laut untuk tangkap hasil. Kemudian mereka jual melalui persatuan yang diketuai oleh geng isteri nelayan di situ.*

*Namun sekarang, situasi berubah sejak setahun lalu. Semua permit disewakan pada Cina. Mereka dapat imbuhan tetap tiap bulan RM3k setiap permit dari Cina. Tak perlu ke laut lagi, bahkan dapat duit tetap tiap bulan.*

*Kemudian Cina atur bot dengan pekerja asing & anak Melayu termasuk anak owner permit. Dapat ikan, dijual semula pada persatuan. Kini persatuan kena ikut harga pembekal. Ikan jadi mahal sekali ganda. Mahu tak mahu, kena jual juga. Jarang sangat aktiviti sedekah ikan atau lebih kurang kira berlaku sekarang. Semua kira ikut timbang betul-betul, harga biasanya tiada kompromi.*

*Ada sekali tu kami tanya Acik penjual minta kurang sikit harga sambil bagitahu ikan sekarang dah mahal, tak macam dulu-dulu. Balas Acik, "Dik, ni Acik bagi harga ni dah takdak untung. Ikan sekarang beli dari Cina. Melayu dapat permit bagi sewa kat Cina. Cina tangkap ikan jual balik kat Melayu. Depa control harga. Kami dapat untung buat makan kuah ja la ni".*

*Di sini ada 2 spot jeti nelayan Melayu yang besar dan sentiasa sibuk dengan aktiviti jual beli kerana sentimen Melayu support Melayu dan ikan segar dari bot. Kini hanya tinggal 1 saja spot yang masih kekal begini. 1 sudah diambilalih Cina di sini.*

*Ini sikap sesetengah nelayan Melayu pemilik permit yang sangat memalukan dan teruk di sini. Saya cakap begini bukan kerana nak ikan murah, walau saya suka ikan harga rendah. Biasa saya beli untuk keluarga 6 ~ 8 kg, bukan 1kg atau sepinggan ikan temenung.*

*Saya katakan ini kerana ada sesetengah orang Melayu yang ada mindset suka makan atas angin dan nak ambil mudah atas sesuatu perkara penting tanpa fikir masa depan bangsa sendiri. Akhirnya nak patah balik tak boleh.*

*Biasa berlaku selepas 1 ~ 2 tahun, Cina yang sewa permit akan pergi jumpa jabatan, beritahu permit sudah 2 tahun sewa dari Melayu. Nelayan Melayu malas tak mahu turun laut, semua nak makan atas angin. Mereka lobi untuk permit diberi terus kepada mereka.*

*Akhirnya jabatan akur kerana permit diberi bukan kerana bangsa. Ia untuk orang yang mahu usahakannya. Akhir cerita, Cina dah dapat permit sendiri, Melayu dah tak dapat permit & dengan duit sewa pun hilang serta merta.*

*Kini mata pencarian hanya tinggal jual ikan yang ambil dari Cina sejak 2 tahun lalu, itupun hanya tinggal margin 'makan kuah' saja. Terpaksa teruskan jual untuk pendapatan keluarga & jika tak teruskan, keluarga terus tiada pendapatan. Dapur tak berasap. Cina akan lobi pula ambil alih pasar jual ikan dari persatuan Melayu.*

*Mula dengan beberapa Cina jual ikan masuk sebagai penjual, penjual yang diberikan harga sedikit rendah dari penjual ikan Melayu. Buang harga untuk peniaga Cina, ambil balik margin dari jualan kepada peniaga Melayu.*

*Akhirnya peniaga Melayu susah nak survive hanya dengan 1 kerja jual ikan, terpaksa buat 2 kerja dan kemudian jual spot jual ikan kepada Cina lain kerana kerja lain lebih banyak income dari jual ikan. Maka habis pasar ikan Melayu pula diambil alih Cina.*

*Apa yang tinggal untuk Melayu?*

*Tanah pusaka hampir habis dijual kepada bangsa lain, terutamanya bila para pewaris bergaduh dan susah nak sefahaman tentang harta pusaka.*

*Kini pasar dan laut juga sedang tergadai pada bangsa lain, akibat fikir nak senang duduk dapat duit yang sedikit.*

*Siapa rugi?*
*Siapa salah?*
*Siapa tanggung?*

*Tolong ubah cara kita berfikir.*
*Kita kena ubah cara kita berfikir dan berdikir.*
*Kena usahakan jalan penyelesaian, bukan sekadar bincang dan sembang kencang dalam media sosial.*

*Firdaus Kedah,*
*Melihat depan mata bangsa Melayu semakin laju diratah sedikit demi sedikit, akibat sikap dan cara fikir yang salah*aku copy dari group sebelah

NAK JOIN BERSATU , CEPAT CEPAT LAH MIN.



Mesyuarat PKR tak pernah hadir. Program PKR tak pernah hadir. Retreat PKR di Port Dickson pun tak hadir.
Konon sibuk dengan tugas-tugas di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Azmin…Azmin…jawatan Timbalan Presiden PKR tapi macam dah lupa dengan tanggungjawab kepada parti sendiri.
Tapi peliknya program Bersatu ada masa pula untuk hadir?
Kenapa?
Nak bodek Tun Mahathir Mohamad supaya tiada tindakan dalam kes video Haziq ke?
Atau ini tanda-tanda nak masuk Bersatu?
Ohh…lagi pun Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan pada awal tahun depan.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pun dengarnya masih lagi tak berapa sihat sepenuhnya sekarang ini.
Kalau begitu, bolehlah jadi Presiden Bersatu pula selepas ini? (Shahbudindotcom 13/09/2019)

KERAJAAN AKAN TUBUH KONSORTIUM NELAYAN

KERJASAMA UMNO – PAS HUMBAN NEGARA KE JURANG PERKAUMAN Kerjasama Umno

BENDERA Umno TAK DIKBARKAN KAH DI PEJABAT Pas



Pas nampaknya begitu gembira apabila bendera parti mereka akhirnya berkibar di PWTC, tempat di mana terletaknya ibu pejabat UMNO.
Setelah bertahun-tahun menjalin kerjasama, sebelum ini secara sembunyi-sembunyi dan dalam gelap sebagai kuasa ketiga untuk memecahkan undi serta untuk memberi kelebihan kepada BN, tetapi kini hubungan mereka akan diikat dalam piagam yang akan menjadikan “ikatan perkahwinan” secara rasmi, keterujaan Pas melihat bendera mereka dikibarkan di ibu pejabat UMNO tidak dapat lagi disembunyikan.
Bagi Pas, berkibarnya lambang bulan di ibu pejabat UMNO bersebelahan dengan Sang Saka Bangsa adalah detik bersejarah dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Iyalah…berpuluh tahun bermusuh dengan sehingga Pas melabel UMNO sebagai parti kafir yang menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam, memulaukan kenduri dan ada pasangan yang terpaksa bernikah dua kali, manakala UMNO pula melihat Pas sebagai parti sesat, bekerjasamanya kedua-dua parti itu memang tidak pernah terbayangkan oleh sesiapa.
Rasa bangga Pas dengan berkibarnya bendera berlambang bukan di PWTC itu bagaimanapun, tentu saja bersekali kerana UMNO masih belum berjaya mengibarkan benderanya, sama di Pusat Tarbiyah Pas di Taman Melewar atau di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Ini bermakna, bagi Pas, seolah-olah hanya mereka yang berjaya memasuki kubu UMNO, tetapi UMNO masih belum berjaya masuk ke kubu Pas.
Secara tidak langsung memberi erti UMNO hanya boleh berbangga dengan kerjasama bersama Pas ini jika setelah bendera keris mereka berjaya dikibarkan di Pusat Tarbiyah Taman Melewar atau di Ibu Pas di Jalan Raja Laut.
Dalam hal ini, kenapakah, sempena Himpunan Penyatuan Ummah dan majlis menandatangani piagam kerjasama yang akan berlaku pada 14 September ini, Pas masih tidak terbuka hati untuk meletakkan bendera UMNO di Ibu Pejabat parti atau di Pusat Tarbiyahnya?
Apakah Pas masih ada perasaan “geli” untuk meletakkan bendera UMNO di tempat mereka?
Bukankah, jika benar-benar sudah seia sekata dan ikhlas untuk bekerjasama, Pas dan UMNO sepatutnya saling meletakkan bendera kedua-dua parti di kubu masing-masing?
Jadi, dengan hanya UMNO membenarkan Pas meletakkan bendera parti itu di bangunannya, sementara Pas tidak pula ada usaha mahu mengibarkan bendera UMNO di bangunan miliknya, apa makna rasa bangga Pas itu sebenarnya?
Ikhlaskah juga luahan rass bangga yang dilafazkan oleh Pas tentang berkibarnya bendera bulan di PWTC itu? (Shahbudindotcom 12/09/2019)

NEGERI SEMBILAN TOLAK KENAIKAN TARIF AIR

INI BUKAN NAK JUAL KE CHINA JUGAK KAH?



Aduhh….Zuraidah Kamaruddin ini menteri mana sebenarnya?
Menteri untuk rakyat Malaysia atau menteri untuk rakyat negara China dan Hong Kong?
Jika beliau menteri untuk rakyat Malaysia, kenapa beria-ia sangat nak menjual rumah kepada warga China dan Hong Kong?
Rumah untuk rakyat Malaysia sendiri bagaimana?
Pernahkah beliau bersungguh-sungguh seperti ini dalam memastikan rakyat Malaysia sendiri memiliki rumah yang selesa?
Selain itu, kenapa bersungguh-sungguh sangat beliau mahu menjual rumah di negara ini kepada warga China dan Hong Kong?
Apa jadi kepada negara ini jika semakin ramai warga China dan Hong Kong dibenarkan memiliki terlalu banyak rumah mereka sendiri?
Ia bukan macam mahu menjual negara ini kepada China dan Hong Kong juga ke?
Agaknya Zuraidah ini lupa bagaimana PH sebelum PRU14 lalu telah menjadikan isu kononnya BN mahu menjual negara ini kepada China sebagai bahan kempen mereka.
Kenapa sekarang beliau pula mahu melakukan perkara yang sama seperti BN dahulu?
Nak sepenggal saja ke jadi kerajaan? (Shahbudindotcom 12/09/2019)

MALAYSIA PERLU DASAR EKONOMI BAHARU PRO-RAKYAT Malaysia perlu dasar ekonomi baharu pro-rakyat

PERTAMBAHAN HUTANG NEGARA TIDAK MEMBIMBANGKANG

REFORMASI OMONG KOSONG.ANAK PM JUAL SAHAM KAUT UNTUNG



1. Kerajaan baru menjanjikan reformasi dan perubahan khususnya dalam tatacara pentadbiran dalam menangani rasuah,salahguna kuasa yang menjadi budaya kerajaan lalu.
2. Saban kali PM menggariskan dan menekankan langkah2 yang akan diambil kerajaan baru dalam menangani rasuah dan salahguna kuasa ini.Terbaru dalam ucapan sembah takzim PM di majlis keputeraan DYMM Agong beberapa hari lalu.
3. Saya dan rakan2 beberapa kali menyatakan sokongan kepada usaha dan komitmen PM dalam mempastikan kerajaan baru bebas rasuah dan salahguna kuasa.
4. Namun apabila dilaporkan baru2 ini MB Kedah menjual sebahagian saham milik beliau didalam sebuah syarikat tersenarai awam dan mengaut keuntungan, timbul persoalan samada kerajaan baru ini benar2 serius melakukan perubahan atau hanya retorik kosong.
5. Bagaimana sebuah kerajaan baru pro reform membenarkan dan membiarkan seorang MB terus memiliki saham dalam sebuah syarikat?
6. Anggota pentadbiran seharusnya melupuskan semua pemilikan saham dalam syarikat2 sebaik mengangkat sumpah jawatan.Apa yang berlaku MB ini terus memilikinya dan melupuskan sebahagian daripadanya untuk meraih keuntungan.Ianya tindakan tidak beretika dan samasekali tidak memperlihatkan ciri2 sebuah pentadbiran pro reform.
7. Lebih tidak beretika apabila penjualan dibuat setelah wujud kenaikan harga saham syarikat miliknya gara2 spekulasi manfaat mendatang hasil pengumuman sebuah kementerian dan agensi kerajaan pelan nasional yang membabitkan puluhan billion ringgit.
8. Dan sehingga hari ini tiada penjelasan dilakukan apalagi pembetulan yang sepatutnya dilakukan bagi mencerminkan kerajaan hari ini bukan seperti kerajaan lalu yang tiada etika dan moral dalam pembolotan harta kekayaan negara termasuk yang membabitkan keluarga PM.
9. Maka tiada beza kerajaan hari ini dengan kerajaan lalu.Yang berbeza hanya dari sudut ucapan dan retorik.Dari sudut praktis sama sahaja sikapnya yang tidak mempedulikan soal moral dan etika dalam urusan pengagihan kekayaan negara.
10. Semakin jelas kerajaan baru ini terus menjadikan yang kaya terus kaya dan yang miskin terus papa kedana.Tradisi bobrok lalu yang terus dipertahan sehingga hari ini.
11. Dalam suasana ekonomi suram,rakyat semakin terhimpit dengan kepayahan, syarikat semakin banyak gulung tikar kita diperlihatkan pembesar menjual sahamnya dan meraih jutaan ringgit dalam beberapa hari sahaja.Inikah ciri kerajaan baru?Kerajaan perubahan dan reform?Atau lebih tepat ciri sebuah kerajaan tiada moral dan etika, sebuah kerajaan yang terus melindungi sipembesar dan sikaya terus kaya raya.
12. Kalau tidak serius mahu lakukan perubahan,saya sarankan lebih baik berhenti melaungkan agenda reform dan perubahan.Berhenti dari terus menipu rakyat yang dahagakan perubahan dengan retorik kosong.
13. Atau berhenti sahaja dari memegang kuasa atas nama perubahan dan reformasi.Berundur secara terhormat dan serahkan kepada mereka yang benar2 jujur mahu lakukan perubahan dan reformasi bagi negara ini.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ahli Dewan Negara (2010-14)
11 Sept 2019/ 11 Muharam 1441H.

RAKYAT TIDAK PUAS HATI PRESTASI PH TAPI BN – PAS LEBIH BURUK

UMNO KATA CHIN TONG LEBIH MENONJOL DARI MAT SABU?

umno HASUT ISU PERKAUMAN, NAJIB SERAH SEMUA PADA JHO LOW



Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina.
UMNO tidak perlu menjawab mengenai kerosakan berpuluh tahun yang mereka tinggalkan. PAS tidak perlu menjawab 60 tahun mereka menuduh UMNO tidak Islam, malah satu ketika menuduh UMNO kafir.
Kafir pun kafirlah, asalkan dapat menang mudah. Itu fikir PAS.
UMNO pun tidak kisah mengangkat ego PAS untuk sementara waktu, asalkan dapat menang mudah.
UMNO dan PAS tahu mengapi-apikan sentimen perkauman itu cara yang lebih mudah dari menjadi pembangkang yang berwibawa.
Pembangkang berwibawa menolak rasuah dan menjadi polis mengawasi kerajaan. UMNO dan PAS campak wibawa dengan menjunjung Najib walaupun satu dunia tahu perihal wang rakyat yang dirompak melalui 1MDB.
Pembangkang berwibawa memerah otak mencadangkan kaedah dan dasar yang lebih baik dari yang dilaksanakan kerajaan untuk membela rakyat. UMNO dan PAS bukan peduli pun pasal kaedah membela rakyat, hingga sekarang tidak ada satu cadangan bernas pun yang keluar dari kepala pimpinan UMNO dan PAS selain isu perkauman.
UMNO dan PAS menjaja yang Cina sudah berkuasa di negara ini.
Najib pun turut sama mahu menjadi juragan. Dia yakin pengikutnya di media sosial ramai dan setiap yang dicampaknya akan dijilat hidup-hidup oleh pengikutnya.
Najib akan terus galak mencampak bahan baru untuk menutup malu besar yang didedahkan di mahkamah setiap hari.
Najib sedang dibicarakan atas tuduhan menyeleweng wang rakyat. Bukan seringgit dua, beribu-ribu juta jumlahnya. Cukup untuk bagi biasiswa kepada ratusan ribu keluarga.
Selain dari bukti-bukti wang masuk ke akaun Najib, perbicaraan di mahkamah juga membuktikan perkara-perkara berikut:
1) Najib dan Jho Low ibarat merpati sejoli, sangat rapat dan sangat memahami. Malah Najib lebih mempercayai Jho Low dalam bab-bab menghilangkan wang rakyat berbanding pegawai-pegawai tinggi Melayu yang lain dalam pejabatnya
2) Percayanya Najib kepada Jho Low ini, sehinggakan apabila 1MDB sudah menjadi isu dan wang hilang sudah diketahui orang ramai, Jho Low juga yang dipercayai untuk menyediakan jawapan-jawapan Pejabat Perdana Menteri mengenai 1MDB.
UMNO dan PAS yang kat bawah ini kecoh mengenai Cina ambil alih Malaysia.
Najib tersenyum lebar.
Dia lagi cepat, dah lama dia serahkan semuanya pasal 1MDB (dari wang rakyat) kepada Jho Low.
Najib tergelak besar.
Bila dia kata dia tak kenal Jho Low dalam tahun 2015 dulu, orang UMNO semua percaya. Pimpinan PAS jadi pak sanggup tolong beri cop “halal” kepada bersihnya pentadbiran Najib.
Kini Najib tergelak lebih besar.
Bila dia api-apikan soal perkauman, dia yakin orang UMNO dan PAS akan percaya lagi.
Apa tidaknya, selama ini dia kata Jho Low itu anak Melayu, mati-matian orang UMNO dan PAS yakin yang Jho Low itu anak Melayu.
Semasa wang rakyat hilang beribu juta di bawah pentadbiran Najib, orang Melayu UMNO dan PAS tidak peduli sedikit pun kerana ia satu kesilapan kecil seorang anak Melayu bernama Jho Low yang cukup dipercayai Najib.