KENALI PEMUKA PEMUKA YANG TIDAK MENYOKONG ANWAR





Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, duduk dan sut

Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu love penyokong setia Anwar dan kini beralih arah:

1. Azmin Ali

Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak.

2. Zuraida Kamaruddin

Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula.

3. Amirudin Shari

Dia MB Selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagi tahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat.

4. Khalid Jaafar

Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat.

5. Kamaruddin Jaafar

Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walau pun jadi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walau pun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul.

6. Saifuddin Abdullah

Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi Menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.

7. Sivarasa Rasiah

Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.

8. Tian Chua

Sanggup kena tahan ISA dan kena macam-macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM.

9. Haniza Talha dan Daroyah Alwi

Berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.

10. Mansor Othman

Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi Timbalan Ketua Menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba-tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak.

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walau pun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat.

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat.

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka.

28 Julai 2019

APA KATA DEEPAK JAIKISHAN








Nama Deepak muncul sekitar tahun 2012-2013 kerana membuat beberapa pendedahan. Ini adalah kerana beliau yang membuka kedai karpet menjadi sahabat baik Rosmah Mansor , isteri PM Najib Razak yang telah mempromosikannegara dengan kecurian berbillion dollar. Selain itu ianya juga berkaitan dengan kes Altantunya dan juga PI Bala.



APA MOTIF PARTI AGAMA SEBAR MAKLUMAT PALSU ?





Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum
oleh: Mohamad Radzi ismail


Apa motif sebarkan maklumat Palsu dan fitnah dari ahli parti suci??? 

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail menegaskan penceramah itu ada tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan dan ia terpakai sehingga 31 Disember 2020.

"Maklumkan kepada semua pihak bahawa tiada halangan buat Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah di Wilayah Persekutuan mengikut tauliah yang diberikan oleh Pejabat Mufti.

"Saya menafikan Jawi membuat larangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/40660/BERITA/Nasional/Jawi-nafi-larang-Ustaz-Azhar-Idrus-berceramah




BILA NAK CARI SALAH , TAPI SILAP ALAMAT



Nampak sangat agenda politik mencari salah tapi tak jumpa-jumpa  salah.

Kedai nombor ekor ni dimiliki oleh syarikat Stimulus Dollars Sdn Bhd yang ditubuhkan pada zaman BN (2011). 


Penyokong sebuah parti agama ada masa dari 2011 hingga 2018 untuk buat bantahan, kenapa tak bantah zaman BN berkuasa?

Disebabkan orang-orang  macam ini lah Islam dipandang selekeh dan meluat.




Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

Lebih baik Azmin letak jawatan



Image result for AZMIN SAYA SUDAH TAWAR HATI

 

"BAD MAN" TIDAK HADIR MEETING, SEBAB SANGKUT DI JALANAN.PEPATAH KATA JANGAN JADI ANJING GIGIT TULANG.


Dalam satu ciapan, Amiruddin menggunakan tanda pagar #KilasSemula dan memetik satu peribahasa Melayu sebagai hantaran di Twitter.
“Janganlah kita berperangai ibarat pribahasa melayu — bagai anjing mengunyah tulang,” ciap Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor itu hari ini.
Dalam kamus Dewan, peribahasa anjing menguyah tulang membawa maksud orang yang suka merungut-rungut.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teksImej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang dudukImej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

NAJIB TIDAK PULANGKAN DUIT YANG DIDERMA PADA PUTERA ARAB

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks





Jeng.. Jeng.. Jeng..

Belum sempat Najib nak dibicara kes derma RM2.6 bilion bulan depan, hari ini saksi dedahkan bhw derma yg dipulangkan Najib itu bukannya kpd kerajaan Arab Saudi tetapi kpd Tanore Finance Corp. yg dimiliki Eric Tan Kim Lonng, rakan kepada ahli perniagaan Jho Low.

PATUTLAH.. pada 26/10/2018, MENTERI Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir telah menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

PATUTLAH.. Ketika SPRM pergi siasat jumpa 'putera Arab Saudi' tersebut, putera Arab Saudi GAGAL nak tunjukkan sebarang dokumen sokongan pemberian 'derma' tersebut.

TEMBERANG 'DERMA RM2.6 BILION' NAJIB SUDAH PECAH !!!!

#NajibPembohong #WalaunMacaiUmnoTetapPercayaNajib

SUMBER: https://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-issued-most-instructions-najibs-accounts-affirms-witness

~SR

BILA BICARA SOAL SYIAH..

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks


Bila wakil Iran datang ke Malasia jumpa pihak kerajaan, menyalak walaun lebai tuduh kerajaan PH bawa masuk Syiah. Tapi bila bapak Syiah jumpa bapak olamak mereka, tiba-tiba  jadi puji-pujianan pula. Nampak tak mereka jual agama? Hahaha355



Mujahid akan saman ADUN fitnah dirinya


Image result for mujahid rawa
PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak teragak-agak menyaman seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak kerana didakwa memuat naik poster fitnah yang mengaitkan dirinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, buat masa ini beliau menunggu makluman daripada peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
“Mereka tak serik-serik. Saya kira ini adalah agenda terancang oleh pihak-pihak tertentu. Bila tiada orang kutuk Islam mereka sendiri yang kutuk Islam.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum


“Lepas itu mereka sendiri yang buat perhimpunan. Dia sendiri yang marah kepada menteri, dia sendiri yang maki hamun kerajaan lepas tu dapat tahu benda itu tak betul.
“Bayangkan, orang yang macam ADUN ini muat naik kenyataan yang tiada langsung standard kerana pembohongan dan dia komen pula lagi tentang saya sebagaimana yang dibaca,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Halfest JAKIM 2019 di Kompleks Islam di sini hari ini.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbar Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ekoran satu hantaran di Facebook berkaitan kes menghina Nabi Muhammad SAW oleh seorang pemegang akaun media sosial berkenaan dan menggunakan gambar dengan dakwaan kenyataan Mujahid.
Laman Facebook itu yang menggunakan nama MyNewsHub dengan memuatnaik sebuah banner berkaitan isu Wendy Loong.
Dalam perkembangan sama Mujahid menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dinyatakan dalam hantaran Facebook tersebut.
Katanya, perkara itu sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan keresahan terhadap umat Islam di negara ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang itu dan meletakkan kenyataan di dalam poster telah meletakkan keresahan.
“Ada yang mengecam dengan berkata dalam nada permusuhan. Saya mengambil itu sebagai tanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka yang menaikkan poster itu dan kita telah kenal pasti siapa dia,” ujarnya.
Dalam pada itu Mujahid bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Hussien Abd Khadir dan Pengerusi Sekretariat Halfest JAKIM, Datuk Zainal Abidin Jaffar.

PATUT LAH DIVA PANGGIL DIA HAMLAU...

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum

DULU KHIANAT KEPADA TUN M, KINI BUKAN SAJA KHIANAT ANWAR, TAPI AZMIN JUGA KHIANAT KEPADA PH

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Tindakan Azmin Ali memberi sokongan kepada kenyataan Pas yang mahu Tun Mahathir Mohamad diberi ruang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU14 adalah sesuatu yang 100% salah atas kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PH.

Ini kerana PH secara umumnya telah bersetuju bahawa khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hanyalah sekitar tempoh dua tahun sebelum mesti menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya.

Lebih daripada itu, tindakan Azmin memberi sokongan kepada kenyataan Pas di ketika PH sudah ada ketetapan mengenai peralihan kuasa kepada Anwar adalah jelas suatu pengkhianatan yang nyata.

Dalam hal ini Azmin bukan saja khianat kepada Anwar, tetapi juga khianat kepada PH.

Sebagai Timbalan Presiden PKR, sokongannya kepada pendirian Pas itu menunjukkan beliau telah khianat kepada Anwar yang merupakan Presiden PKR.

Sebagai Naib Presiden PH pula, Azmin telah khianat kepada ketetapan gabungan itu yang sejak sebelum PRU14 lagi telah ada konsensus berhubung peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

Dengan yang demikian, perlakuan Azmin yang tidak lagi setia kepada PKR dan PH, malah condong kepada Pas sebagai sebuah parti pembangkang, dalam apa sifir sekali pun, selain salah, adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan.

Sama ada PKR atau PH, kedua-duanya wajar menghantar surat tunjuk sebab kepada Azmin atas perlakuan tidak wajar dan tidak beretikanya itu.

Tindakan disiplin - sama ada gantung atau pecat keahlian - mesti dikenakan kepada Azmin supaya menjadi pengajaran kepada lain-lain pemimpin bahawa kesetiaan mestilah kepada parti di mana mereka bernaung dan PH yang menjadi kerajaan, bukan kepada pihak lain yang berada di luar gabungan atau kepada pihak pembangkang.

Kecondongan Azmin kepada Pas, jika sejarah diimbas, bukanlah sesuatu yang pelik sebenarnya. Sebelum PRU14 lagi, beliau memang condong kepada Pas dan mahu bekerjasama dengan parti itu berbanding dengan Amanah.

Sebab itu, Selangor merupakan negeri terakhir memuktamadkan senarai calon pilihanraya kerana sehingga detik akhir beliau masih berusaha untuk mengajak Pas bekerjasama dan menyokongnya agar terus kekal menerajui negeri paling kaya itu.

Hanya setelah Pas berkeras untuk bertanding secara sendirian dan tidak mahu bekerjasama dengannya, barulah Azmin akhirnya akur untuk kembali bersama-sama dengan PH.

Selain itu, Azmin juga merupakan pemimpin PH yang terakhir bersetuju dengan ketetapan bahawa Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU14 lalu.

Beliau bersama beberapa penyokongnya, terutama Zuraida Kamaruddin, sejak awal lagi dengan keras menolak pencalonan Tun Mahathir dan mahukan pemimpin yang lebih muda diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.

Oleh kerana Tun Mahathir dianggapnya sudah terlalu tua dan Anwar pula ketika itu masih berada dalam penjara, maksud orang muda yang dimahukannya sebagai calon Perdana Menteri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Bermakna, cita-cita dan keghairahan mahu memintas orang lain bagi merampas kerusi Perdana Menteri bukanlah tabii baru yang ditunjukkan oleh Azmin.

Dulu, beliau cuba memintas dan mengkhianati Tun Mahathir, kini demi mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri, beliau sekali lagi hendak melakukan tindakan luar tabii dengan mahu memintas dan mengkhianati Anwar pula.

Namun Azmin barangkali lupa, selain khianat kepada parti dan Anwar selaku Presiden PKR adalah suatu perlanggaran disiplin yang nyata, mengkhianati ketetapan PH adalah jauh lebih besar “dosa” yang telah dilakukannya.

Maka, sudah sampai masanya amalan politik luar tabii Azmin hendaklah dihentikan serta-merta dengan sama ada PKR atau PH, salah satu daripaanya mesti bertindak segera terhadapnya. (Shahbudindotcom 30/07/2019)

LAGI DESAK PM,IGP DAN PEGUAM NEGARA BERTINDAK BERDASARKAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN



Kenyataan Media
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isu Kedaulatan Undang-Undang, The Rule of Law  Dan Video Sex Semburit

Setahun yang lalu pada 16 Julai 2018 ketika mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Malaysia, sebaik sahaja selepas Pilihanraya Umum ke-14, saya telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu undang-undang utama negara ini yang asas pentingnya ialah bahawa sesungguhnya  negara Malaysia ini hendaklah bergerak atas landasan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

2. Justeru itu saya menuntut Perdana Malaysia sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad  supaya menjalankan tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat  berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Sebagai seorang Ahli Parlimen saya juga menuntut Peguam Negara Tommy Thomas yang berperanan juga sebagai Pendakwa Raya supaya menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan adil dan saksama, tanpa takut dan pilih kasih untuk melakukan pendakwaan bagi setiap kesalahan jenayah berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

4.Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dan sebagai seorang pengamal undang-undang selaku peguambela dan peguamcara, saya juga menuntut Ketua Polis Negara Hamid Bador supaya menjalankan tugas kepolisannya secara profesional berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tanpa memilih bulu.

5.Sehari sebelum Hariraya Aidilfitri yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan isu video sex semburit yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kanan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.Beberapa tangkapan untuk tujuan siasatan di bawah Kanun Acara Jenayah telah dilakukan oleh pihak Polis.

6.Dari segi fakta yang ada setakat ini di hadapan mata rakyat Malaysia dan Dunia, bahawa sesungguhnya ada seorang saksi yang material dan teramat penting yang telah mengaku tanpa paksa dan membuat pengakuan secara sukarela bahawa dialah yang menjadi salah seorang pelaku dalam kes hubungan seks yang di dalam statut Kanun Keseksaan Malaysia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan sebat.

7.Masa telah lebih dari cukup untuk pihak Polis PDRM menyelesaikan Kertas Siasatannya dan menyerahkan kepada Pendakwa Raya untuk memulakan tindakan pendakwaan.Tidak perlu seseorang untuk menjadi peguam atau pakar undang-undang terlebih dahulu untuk memahami bahawa bola sekarang berada di gelanggang Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya. Kedua-dua ketua Agensi Kerajaan tersebut yang diamanahkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi pihak rakyat dan  Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugasnya di bawah undang-undang bagi perlaksanaan sistem keadilan di Malaysia menurut asas Kedaulatan Undang-Undang dan keluhuran Perlembagaan.

8.Jika pihak Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta Pendakwa Raya gagal dalam menjalankan tugasnya berhubung isu video sex semburit itu maka mereka berdua telah melakukan satu kesalahan besar di bawah undang-undang.

9.Dalam hal ini, akhir sekali saya menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Gabungan Pakatan Harapan di mana saya salah seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah berjaya bersama-sama membentuk kerajaan baru Pakatan Harapan dengan janji kepada rakyat untuk mengembalikan The Rule of Law atau kedaulatan Undang-Undang di Malaysia ini supaya tanpa bertangguh-tangguh melaksanakan proses keadilan seperti yang telah dijanjikan itu dengan jujur dan adil, tanpa  sebarang campur tangan dan gangguan terhadap proses pentadbiran sistem keadilan dan undang-undang di negara ini bersabit episod video sex semburit yang telah memalukan lebih 32 juta rakyat Malaysia di mata masyarakat dunia.

10. Kesimpulannya, masa telah sampai untuk Perdana Menteri, Peguam Negara, Pendakwa Raya dan Ketua Polis Negara membuktikan kepada kami semua rakyat Malaysia dan dunia antarabangsa bahawa sesungguhnya anda  semua telah menjalankan tugas dan amanah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana berani menegakkan kedaulatan undang-undang.

Yang benar,
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
30 Julai 2019


VIDEO UCAPAN ANWAR DAN GAMBAR GAMBAR DI MALAM HARAPAN BARU SARAWAK







Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Dalam ucapan sewaktu majlis makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi, saya turut membangkitkan berkenaan isu penebangan hutan di Sarawak dan Sabah yang kian meruncing.
Saya tekankan bahawa kita mesti mempunyai kekuatan dan tekad politik yang jelas bagi menangani permasalahan ini.
Saya sempat berbincang dengan mantan Perdana Menteri BritainGordon Brown dan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gorebagi memohon bantuan dan dukungan terkait isu alam sekitar bagi memulihkan semula dan melindungi khazanah hutan di Sabah dan Sarawak.



Hanya penyokong klepto-teokrasi beria-ria mahu bersama UMNO





Image result for HADI UMNO


Hanya pendukung kleptokrasi dan klepto-teokrasi akan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa partinya tidak akan berkerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan DAP. 

“Soalan yang patut ditanyakan Zahid ialah siapakah yang mahu bekerjasama dengan sebuah parti yang diketuai oleh seorang presiden yang mencipta sejarah dikenakan 87 tuduhan jenayah berkaitan rasuah?

“Lebih-lebih lagi, siapa yang akan bekerjasama dengan sebuah gabungan politik yang mempunyai penasihat yang terlibat dengan skandal 1MDB, digelar kleptokrat dan menghadapi 42 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram?

“Jawapannya mudah – hanya penyokong kleptokrasi dan klepto-teokrasi!” ujar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini. 

Klepto-teokrasi adalah istilah yang digunakan Kit Siang bagi mengambarkan “doktrin politik di Malaysia yang menyalahguna Islam untuk menyokong rompakan, rasuah, tiada toleransi, ketaksuban, pembohongan dan penipuan”.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, dilantik menjadi penasihat Barisan Nasional baru-baru ini. Ia dilihat pemerhati politik sebagai tindakan terdesak Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam blok pembangkang itu


TUN M SEPENGGAL: AZMIN LANGGAR KONSENSUS – DR MAZLAN

NAJIB MENGAKU WANG RM42 JUTA MASUK AKAUNNYA, KATA PEGUAM