PATUT LAH DIVA PANGGIL DIA HAMLAU...

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum

DULU KHIANAT KEPADA TUN M, KINI BUKAN SAJA KHIANAT ANWAR, TAPI AZMIN JUGA KHIANAT KEPADA PH

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Tindakan Azmin Ali memberi sokongan kepada kenyataan Pas yang mahu Tun Mahathir Mohamad diberi ruang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU14 adalah sesuatu yang 100% salah atas kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PH.

Ini kerana PH secara umumnya telah bersetuju bahawa khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hanyalah sekitar tempoh dua tahun sebelum mesti menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya.

Lebih daripada itu, tindakan Azmin memberi sokongan kepada kenyataan Pas di ketika PH sudah ada ketetapan mengenai peralihan kuasa kepada Anwar adalah jelas suatu pengkhianatan yang nyata.

Dalam hal ini Azmin bukan saja khianat kepada Anwar, tetapi juga khianat kepada PH.

Sebagai Timbalan Presiden PKR, sokongannya kepada pendirian Pas itu menunjukkan beliau telah khianat kepada Anwar yang merupakan Presiden PKR.

Sebagai Naib Presiden PH pula, Azmin telah khianat kepada ketetapan gabungan itu yang sejak sebelum PRU14 lagi telah ada konsensus berhubung peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

Dengan yang demikian, perlakuan Azmin yang tidak lagi setia kepada PKR dan PH, malah condong kepada Pas sebagai sebuah parti pembangkang, dalam apa sifir sekali pun, selain salah, adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan.

Sama ada PKR atau PH, kedua-duanya wajar menghantar surat tunjuk sebab kepada Azmin atas perlakuan tidak wajar dan tidak beretikanya itu.

Tindakan disiplin - sama ada gantung atau pecat keahlian - mesti dikenakan kepada Azmin supaya menjadi pengajaran kepada lain-lain pemimpin bahawa kesetiaan mestilah kepada parti di mana mereka bernaung dan PH yang menjadi kerajaan, bukan kepada pihak lain yang berada di luar gabungan atau kepada pihak pembangkang.

Kecondongan Azmin kepada Pas, jika sejarah diimbas, bukanlah sesuatu yang pelik sebenarnya. Sebelum PRU14 lagi, beliau memang condong kepada Pas dan mahu bekerjasama dengan parti itu berbanding dengan Amanah.

Sebab itu, Selangor merupakan negeri terakhir memuktamadkan senarai calon pilihanraya kerana sehingga detik akhir beliau masih berusaha untuk mengajak Pas bekerjasama dan menyokongnya agar terus kekal menerajui negeri paling kaya itu.

Hanya setelah Pas berkeras untuk bertanding secara sendirian dan tidak mahu bekerjasama dengannya, barulah Azmin akhirnya akur untuk kembali bersama-sama dengan PH.

Selain itu, Azmin juga merupakan pemimpin PH yang terakhir bersetuju dengan ketetapan bahawa Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU14 lalu.

Beliau bersama beberapa penyokongnya, terutama Zuraida Kamaruddin, sejak awal lagi dengan keras menolak pencalonan Tun Mahathir dan mahukan pemimpin yang lebih muda diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.

Oleh kerana Tun Mahathir dianggapnya sudah terlalu tua dan Anwar pula ketika itu masih berada dalam penjara, maksud orang muda yang dimahukannya sebagai calon Perdana Menteri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Bermakna, cita-cita dan keghairahan mahu memintas orang lain bagi merampas kerusi Perdana Menteri bukanlah tabii baru yang ditunjukkan oleh Azmin.

Dulu, beliau cuba memintas dan mengkhianati Tun Mahathir, kini demi mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri, beliau sekali lagi hendak melakukan tindakan luar tabii dengan mahu memintas dan mengkhianati Anwar pula.

Namun Azmin barangkali lupa, selain khianat kepada parti dan Anwar selaku Presiden PKR adalah suatu perlanggaran disiplin yang nyata, mengkhianati ketetapan PH adalah jauh lebih besar “dosa” yang telah dilakukannya.

Maka, sudah sampai masanya amalan politik luar tabii Azmin hendaklah dihentikan serta-merta dengan sama ada PKR atau PH, salah satu daripaanya mesti bertindak segera terhadapnya. (Shahbudindotcom 30/07/2019)

No comments: